Jumaat, Julai 31, 2009

See You In Court!

“Aku sewakan rumah, RM800 sebulan kepada satu keluarga sejak 3 tahun lalu. Now, penyewa dah tak bayar 4 bulan, suruh keluar, tak mahu keluar. Aku sakit kepala, apa nak buat?,” tanya rakan.

Saya menghubungi peguam sivil, Hani, untuk mendapatkan jawaban kepada soalan terbabit.

Kata Hani, cara terbaik, penyewa harus ke mahkamah membawa bersama ‘tenancy agreement’ dan bukti penyewa tidak melangsaikan bayaran sewa seperti dicatatkan dalam perjanjian.

Dengan persetujuan mahkamah, perintah mahkamah, ‘court order’, dikeluarkan. Penguatkuasa mahkamah, ‘bailiff’, berbekalkan court order akan menyita rumah sewa terbabit tanpa notis kepada penyewa. Bailiff berhak memecahkan kunci pagar, kunci rumah dan mengumpil pintu rumah bagi tujuan sitaan.

“Macam mana kalau pemilik pergi ke rumah sewa, pecah pintu dan keluarkan semua barang penyewa dan suruh dia berambus, since rumah milik dia?,” soal saya kepada Hani.

“Tak boleh Mazidul, nanti penyewa buat laporan polis dan kata pemilik pecah rumah dan mencuri barang dia, jadi kes jenayah dan pemilik boleh didakwa di mahkamah,” jelas Hani.

Justeru, sekiranya pembaca memiliki rumah untuk disewakan, berwaspada sebelum ‘menghadiahkan’ harta itu. Tersilap langkah, terpaksa turun naik mahkamah untuk mendapatkan kembali rumah sendiri.

Penyewa rumah milik bersama isteri dan saya di Shah Alam, Selangor sebelum ini gagal menjelaskan tertunggak sewa hampir setahun.

“Saya nak tanya satu soalan, bulan depan kakak nak duduk di rumah saya lagi ke tidak? Kalau nak duduk free, sewa tak bayar, esok saya pergi rumah, tolong keluarkan semua barang kakak. Biasa, 3 bulan tak bayar sewa, pemilik dah halau. Saya kira berhati perut, setahun tak bayar sewa, masih pejam mata,” soal saya kepadanya.

Sejak 2 tahun lalu, isteri saya berurusan dengan penyewa terbabit, saya tidak pernah campur tangan.

“Ok, kakak akan bayar,” jawabnya ringkas.

Beberapa hari kemudian, bayaran tertunggak dilunaskan. Suami penyewa mendakwa isterinya tidak mendepositkan wang sewa diberikannya ke akuan isteri saya. Kes macam itu pun ada.

Tetapi mujur mereka tidak arif berhubung perundangan sivil. Jika tidak mungkin berikut jawaban penyewa.

“Berani datanglah, keluarkan barang kakak dari rumah, I will see you in court!”

Khamis, Julai 30, 2009

'Urgent' Ertinya 4 Jam 22 Minit

Ibu tunggal, Khatijah Hassan, 74 tahun ditemui di Projek Perumahan Rakyat Termiskin, PPRT di Sekyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Dia ditemubual wartawan 360, Harris Farok Alex.

“Dulu masa sewa rumah RM124, kita tak biasa hutang tetapi sekarang naik RM250 sebulan, kita memang tak mampu,” katanya.

Suami Khatijah meninggal dunia 25 tahun lalu. Kini warga emas kelahiran Selama, Perak itu tinggal bersama cucunya, anak kurang upaya.

“Anak saya ada seorang saja, kerja pengawal keselamatan, pendapatan dia pun bukan banyak. Tapi dialah tanggung perbelanjaan saya dengan cucu, anak dia," ujarnya.

Saya perhatikan kedutan seribu di wajahnya petanda dia dimamah usia.

“Makan minum mak cik macam mana, cukup ke?,” tanya Harris.

“Kita tak makan, tak minumpun, bukan orang tahu,” jawabnya sambil menundukkan kepala.

Khatijah ditemubual bertemankan lebih 20 ibu tunggal lain, Melayu dan India. Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Selangor melalui notis dikeluarkan 2 minggu lalu mengarahkan penduduk mengosongkan rumah mereka kerana dikatakan gagal menyelesaikan tunggakan bayaran sewa.

“Masa sewa rumah RM124, memang tak ada tunggakan. Sejak Parti Keadilan Rakyat memerintah, sewa rumah naik RM126, sekarang dah jadi RM250. Kenaikan itu lebih 100% berbanding sebelumnya (RM124). Kebanyakan ibu tunggal di sini tak ada kerja, uzur dan ramai anak, mana nak mampu bayar,” ujar Siti Aishah Mohd Yusof.

Siti Aishah, 42 tahun, Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Seksyen 8, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sejurus mendengar aduan itu saya menghubungi pegawai perhubungan awam MBPJ.

“Meeting, meeting,” bisiknya.

Lalu, pada jam 4.37 petang tadi, saya menghantar pesanan ringkas, SMS kepadanya.

‘MBPJ mengarahkan lebih 50 ibu tunggal keluar rumah di Seksyen 8, Kota Damansara. Kalau habis meeting, minta call saya balik, urgent’

Hanya pada jam 8.55 malam dia menghubungi saya. Mungkin dia tidak faham maksud perkataan ‘urgent’ atau tidak menganggap kandungan SMS saya hantar penting.

Terlintas di hati, tanpa timbang rasa MBPJ pantas mengarahkan ibu tunggal mengosongkan rumah mereka diami, hairannya perkataan ‘urgent’ bagi mereka bererti 4 jam 22 minit!

360 akan membuat susulan berhubung kes ini.

Dihalau Macam Anjing

Saya menerima lebih daripada 300 pesanan ringkas, SMS ibu tunggal sudi ditemubual untuk episod 360 siaran 5 Ogos 2009 berhubung tajuk ‘Derita ibu tunggal’. Tidak mungkin dapat saya menunaikan hasrat mereka semua.

Apapun, saya membaca setiap SMS dihantar secara teliti dan mendapati majoriti mereka mempunyai bilangan anak di antara 2 dan 8, majoriti mendakwa bekas suami gagal membayar nafkah anak berjumlah di antara RM200 dan RM300 sebulan seperti mana diputuskan Mahkamah Syariah.

Lebih malang sebahagian mereka berdepan cabaran membesarkan anak istimewa, cacat secara bersendirian.

Ibu tunggal menetap di Batu Pahat, Johor, Ina, bercerai dengan suami sejak tahun 2005.

“Suami saya orang Indonesia, lepas bercerai dia menghilangkan diri pulang ke negara asal. Nasib baik saya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Agama. Untuk membesarkan dua anak, saya bekerja pembantu warung dengan pendapatan hanya RM12 sehari. Anak sulung saya berusia 14 tahun terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai pembantu mekanik untuk menyara kehidupan kami sekeluarga,” keluh Ina.

Berikut SMS dihantar Ila, ibu tunggal dari Kg Felda Cahaya, Masai, Johor.

“Saya tidak menerima sebarang bantuan membesarkan 4 anak, kini menumpang di rumah nenek hampir roboh. Berikutan masalah pengangkutan, saya tidak mempunyai pekerjaan sejak berpisah dengan suami 6 tahun lalu”

“Saya dibenci mertua kerana gemuk. Sewaktu diceraikan saya mengandung anak kembar. Kerana tiada nafkah dibayar bekas suami, anak saya terpaksa berhenti sekolah, kami juga dihalau dari rumah macam anjing. Bila tidak makan seminggu, saya dan anak hanya minum air paip untuk mengisi perut,” rintih ibu tunggal, Ema melalui SMS dihantar.

Terfikir mengapa keputusan Mahkamah Syariah menetapkan bekas suami membayar nafkah anak selepas perceraian dipandang lekeh ramai lelaki?

Atau mereka dayus? Membiarkan darah daging sendiri teraniaya lalu sengsara.

Rabu, Julai 29, 2009

Dilema Lelaki

Semasa mencatatkan komen di entry ‘Melancholic’ blog [ Hazrey ] saya terfikir kata pujangga.

‘Sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan’

Kalau anak ‘ditangankan’, ditampar atau dipukul, ramai tidak gemar dan jarang menganggap perbuatan terbabit simbol kasih sayang.

Manakala, jika isteri ‘ditinggal-tingalkan’, contohnya apabila suami sibuk, terpaksa bekerja di luar daerah sekaligus tidak pulang ke rumah dalam tempoh agak lama, majoriti isteri komplen dan berleter.

Jika dilihat, agak sukar lelaki membuktikan ‘sayang’ kepada mereka tercinta.

Selasa, Julai 28, 2009

Bersama Hubungi SKMM

Saya menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM di talian 03 8688-8000.

Menurut pegawai di bahagian Biro Aduan, Blogspot, web host Amerika Syarikat. Saya difahamkan, SKMM dengan kerjasama Blogspot mampu mengenalpasti identiti pemilik blog menggunakan Blogspot. Bagaimanapun, SKMM hanya bertindak mengikut aduan orang ramai. Sekiranya pemilik blog boleh disabitkan kesalahan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, SKMM, melalui Blogspot akan memberi peringatan dan seterusnya menutup blog berbentuk jelek terbabit.

Terbaharu, blog lelakikita.blogspot.com dipadam, kini pemilik blog memaparkan pengisian sama, bahan lucah berhubung gay amat menjijikkan, di alamat [ blogterjah ].

Justeru, sekiranya pelayar mengesan blog berbentuk sama atau blog lain memaparkan bahan menjejaskan maruah sekaligus mengaibkan individu atau kumpulan tertentu, sila hubungi SKMM di talian tercatat di atas atau emel SKMM di ccd@cmc.gov.my.

Saya yakin tindakan kita mengemukakan aduan mampu mengubah keadaan. Saya juga yakin SKMM boleh melaksanakan tindakan sewajarnya dengan kadar segera.

Isnin, Julai 27, 2009

Orbs Mayat Dan Sekolah


Gambar orbs (atas) dirakam di belakang Sekolah Menengah Tg. Lumpur, Kuantan, Pahang sewaktu ramai pelajar sekolah terbabit menjadi mangsa histeria. Klik [ di sini ] untuk membaca entry. Bapa pelajar ditemubual berkata, anak mereka hanya dapat 'dipulihkan' jika di bawa ke lokasi tanah lapang ini dan dibasuh muka menggunakan air sejuk. Jika tidak, kejadian berulang sebaik tiba di rumah mangsa.

Setakat ini saya difahankan, tiada sebarang penjelasan saintifik berhubung histeria dan kewujudan orbs terbabit.

Manakala gambar orbs bersama mayat ini saya rakamkan sewaktu membuat liputan kes bunuh di Sentul, Kuala Lumpur. Klik [ di sini ] untuk ke entry terbabit. Keadaan orbs dalam entry ini jarang saya rakamkan. Kebanyakan orbs berada dalam keadaan statik, bukan bergerak seperti komet, sudut bawah kiri.

Entahlah, ada alam lain mungkin tidak begitu kita fahami.

Dua Gadis Pilah


JAWABAN: Lelaki tersenyum berbaju oren, warga Indonesia 25 tahun, seorang daripada PATI ditahan dalam operasi RELA Daerah Petaling malam semalam di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Hairan, bagaimana dia masih boleh tersenyum biarpun kedua tangan berikat :)


Beberapa PATI ditahan cuba memboloskan diri dan sanggup bersembunyi di dalam lubang tangki najis. Mereka terpaksa membersihkan diri setelah diberkas anggota RELA bertugas, jika tidak, yaks!

Blog 'lelakikita.blogspot.com' removed?

Saya dimaklumkan dalam komen di blog ini, blog gay, lelakikita.blogspot.com telah dipadamkan. Pemilik dikatakan sedang merancang memaparkan blog lebih ‘hebat’ lagi’.

Kepada pemilik blog terbabit, ingat, orang tua tidak akan sia-sia berkata, ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.

Apapun, kepada semua, sekiranya terjumpa blog gay terlampau, sila kongsikan maklumat agar boleh bersama kita ‘menganalisa’ blog terbabit.

Terima kasih.

Bola Ganjil Bercahaya

Saya pernah menulis entry berhubung ‘orbs’ sebelum ini.

Apa itu orbs?

Menurut [ ghoststudy ] ‘orbs are believed to be ghosts in the form of balls of light. They are life forms that travel in groups and are believed to be the human soul or life force of those that once inhibited a physical body here on earth’. Manakala menurut petikan di [ vampmalaysia ] ‘positive orbs are believed to be the spirits of the dead by many. However, other theories suggest that they might be separate life forms or even nature spirits. The problem is that many orb photos are false positives'. Petikan dari [ shadowlands ] mencatatkan ‘orb is the energy being transferred from a source (i.e. powerlines, heat energy, batteries, people, etc) to the spirit so they can manifest’.

Sejak setahun lalu tanpa mengendahkan takrifan sebenar, saya sering merakamkan gambar orbs, ‘bola bercahaya’ berbeza saiz di pelbagai lokasi. Terbaharu, sewaktu menjalankan tinjauan di Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan 24 Julai lalu, saya dan krew 360 sempat ke Kem Pengakap Bukit Putus pada jam 8.30 malam. Sebelum itu, warden kem sama saya hubungi mengatakan makhluk halus dilaporkan sering mengacau ganggu pelajar sewaktu berada di kem terbabit.

Dua gambar di entry ini saya rakamkan di lokasi sama, berbeza waktu kira-kira 5 saat sahaja, tetapi tidak sama. Jika lensa kamera kotor, saya merakamkam gambar dipenuhi orbs terlebih dahulu berbanding gambar satu lagi. Andai fenomena berlaku kerana pengaruh cuaca, tempoh terlalu singkat.

Sebenarnya, banyak lagi persoalan lain masih tidak terjawab berhubung kewujudan orbs.

Orbs, pelbagai warna, antaranya merah, biru dan putih boleh dirakam menggunakan kamera digital pada waktu malam dan siang. Kelompok tertentu di negara barat percaya orbs, roh atau hantu. Golongan skeptic pula berkata sebaliknya. Manakala sebilangan mereka mendakwa ‘pakar’ dalam bidang fotografi mempunyai pandangan jauh berbeza.

Google ‘orb ghosts’, banyak maklumat berbeza boleh diperolehi berhubung entiti terbabit.

Apapun, kewujudannya menarik perhatian. Ada komen ingin dikongsikan?

* Baca [ Orbs ]

Ahad, Julai 26, 2009

Perlukah post 'Blog Gay Terbuka' Dipadamkan?

Saya menerima emel meminta post 23 Julai 2009 bertajuk ‘Blog Gay Terbuka’ dipadamkan. Bukan permintaan pemilik blog tetapi rayuan seorang daripada ‘model’ dipaparkan, mendakwa menjadi mangsa. Menurutnya, gambar terbabit diambil tanpa kebenarannya dan dimuatkan di blog menjijikkan itu.

Jika diperhatikan semua ‘model’ terbabit menampilkan pelbagai aksi termasuk melakukan seks sesama jenis.

Berikut soalan penulis emel kepada saya.

‘Ingin saya bertanya, adakah En. Mazidul rasa dan terfikir bahawasanya saya dan setiap orang yang terpampar dalam laman web tersebut dengan rela hati menyiarkan dan membuka pekung di dada sendiri untuk tatapan umum?’

Jawaban saya, entah. Saya lihat sebelum ini, hampir setiap gambar disertakan nombor telefon bimbit, pejabat dan alamat 'model', sebelum dipadamkan pemilik blog. Kata pemilik blog, butiran peribadi dicatatkan terpaksa dipadam kerana 'model' diganggu kelompok tertentu.

Tambah penulis lagi, ‘Malahan, administrator laman web terbabit dengan 'bangga' dan 'angkuh' nya terhadap hasil karya mereka’.

Itu saya setuju.

Soalan lain turut dikemukakan.

‘Ini adalah laman web mereka yang kedua setelah laman web yang pertama telah di sekat. Apakah hak mereka untuk melemparkan kata-kata kesat dan nista buat setiap orang yang terpapar di dalam laman web tersebut? Apakah mereka 'Tuhan'?’

Sudah menjadi lumrah, setiap perlakuan bertentangan fitrah manusia akan menarik perhatian ramai. Inikan pula kes berhubung seks di luar tabi'i beserta gambar.

Kenyataan berikut menarik perhatian saya.

Pihak SKMM sudah dimaklumkan berkenaan dengan laman web ini dan sedang di dalam pemantauan’

Hemat saya, blog terbabit tidak perlu dipantau, wajib ditutup dengan kadar segera.

Komen seterusnya ditulis dalam format ‘bold’.

‘Oleh itu, saya mengharapkan kerjasama dari En. Mazidul sendiri untuk memadamkan komen anda yang bertarikh 23 Julai 2009 berkenaan dengan laman web tersebut. Cukuplah 'penghinaan' yang telah saya terima dari mata masyarakat buat masa ini. Atau mungkin En. Mazidul sendiri mengharapkan agar 'rating' blog anda akan meningkat?

Ayat terakhir ‘menembak’ saya dengan telahan.

‘Jangan letakkan kesalahan 100% terhadap setiap 'muka' yang tersiar di laman web terbabit tapi selidiki dalang di sebalik laman web’

Selama ini, kebanyakan daripada pembaca memberi komen berhubung blog terbabit secara spesifik, bukan gambar individu dimuatkan. Malah ramai tidak sampai hati untuk klik ‘read full’ kerana semua gambar terbabit tidak menyelerakan khususnya bagi lelaki ( mahupun wanita ).

Apapun, tujuan sebenar post terbabit ditulis, supaya pemilik blog berhati binatang itu memadamkan blognya.

Saya akan melihat komen 25 pembaca terawal. Jika majoriti bersetuju post ‘Blog Gay Terbuka’ dipadam, saya akan padamkan.

Kepada pembaca, selain komen sertakan pendirian anda, ‘Ya’ atau ‘Tidak’.

Antik Kuala Pilah




Menjelang Tiba




P. Ramlee Nombor Dua

Dia menoleh ke belakang.

“Kau tibi tigo ko?,” jeritnya kepada saya.

“Bukan, saya kerja di TV3,” gurau saya.

Dia menunggu saya berjalan menghampirinya. Ketika itu matahari di bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan mula berlabuh di ufuk barat.

“Yolah, kojo drebar ko apo?,” soalnya dengan wajah serius.

“Kenapa?,” tanya saya membalas soalannya.

“Pak cik nak bercakap dengan wartawan, bukan drebar,” jelasnya selamba.

Saya perhatikan kopiah putih di kepala dan seluar pendek berpetak melepasi lutut dipakainya.

“Oh! Wartawan saya tengah ada kerja, ada apa?,” soal saya.

“Memang dah agak kau ni drebar tadi. Pak cik bukan apo, nak kongsi cito pasa penyelidikan pak cik buek dengan wartawan. Dengan kau buang maso ajo”

Ujarnya sambil mata menjeling ke arah wartawan 360, Harris dan jurukamera, Fadil sedang merakamkan visual Stesyen Teksi Kuala Pilah.

“Penyelidikan?,” tanya saya lagi.

“Kau tau ko, P. Ramlee tu keturunan ‘Syed’?

“Tak,” jawab saya.

“Tapi macam mano pun, dia syed nombor duo”

“Kenapa nombor dua?,” saya keliru.

“Sebab pak cik nombor satu!,” jawabnya yakin.

“Ooooo … Harris sini kejap!,” jerit saya.

Harris dan Fadil kemudian berdiri di sebelah lelaki dimamah usia, Mohd Zain.

“Pak cik dulu di Mokah, betapo di Guo Hirak, ini ha gambarnyo”

Sambil tangannya memegang gambar sewaktu muda ditampal di belakang boarding pass Malaysia Airlines System.

“Pak cik ado pingat,” katanya.

“Pingat apa?,” soal Harris.

“Pingat kojo lamo, ponah bagi ceramah pado budak universiti, tajuknyo, ‘kito bopijak di bumi yang nyato’,” balasnya sambil mengeluarkan pingat dan poskad, potrait dia bertanjak dari beg hitam disandang.

Perlahan, saya kemudian melangkah pergi meninggalkan mereka bertiga. Terlintas di hati, siapa Mohd Zain sebenarnya? :)

* Takziah kepada keluarga Allahyarham Yasmin Ahmad.

Sabtu, Julai 25, 2009

Saya Di Twitter

Untuk berkongsi maklumat lebih pantas, pembaca dipelawa menjadi followers saya di twitter, sila klik [ Mazidul Twitter ]

Pensil Cucuk Mata

Bulan lalu di Kemaman, kerajaan negeri Terengganu mengedarkan komputer mini, buku elektronik, e-book kepada pelajar sekolah.

Terbaru, akhbar Kosmo melaporkan 12 pelajar sekolah kebangsaan di Gong Badak menyalahgunakan e-book untuk menyimpan dan menonton bahan lucah. Komputer mereka kemudian dirampas dan menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman pelajar terbabit kini berhadapan kemungkinan dibuang sekolah.

Hemat saya, pelajar sekolah itu masih di bawah umur maka pemikiran mereka terlalu mudah dipengaruhi. Pelbagai perkara ingin diketahui dan mereka cuba memenuhi tuntutan itu tanpa bimbingan golongan dewasa.

Andainya diberikan pensil sekalipun, tanpa kegiatan dipantau golongan dewasa, antaranya ibu bapa dan guru, pensil sama berkebarangkalian mencucuk mata mereka berikutan pemikiran singkat remaja.

Persoalannya, siapa memantau penggunaan e-book dan bahan dimuatkan pelajar di memori komputer? Di rumah, sebilangan ibu bapa mungkin tidak endah berikutan buta ilmu komputer berbanding anak mereka. Di sekolah, pelajar terlalu ramai, mustahil guru mampu memantau setiap tindakan anak murid mereka berhubung penggunaan komputer.

Justeru, membuang mereka dari sekolah bukan tindakan bijak. Kerajaan negeri harus mengkaji dari aspek pemantauan penggunaan e-book diedarkan secara lebih teliti.

Jika dilihat dari perspektif lebih luas dan menyeluruh, sebilangan orang dewasa kini lebih ‘dahsyat’ menyalahgunakan komputer berbanding pelajar sekolah masih mentah. Mereka memuatkan gambar lucah menjijikkan di dunia maya untuk tontonan semua. Malah, majoriti berasa bangga dengan tindakan itu. Lihat sahaja blog gay, lesbian dan pengkid dimuatkan golongan dewasa berfikiran mentah.

Mengapa tindakan tegas tidak diambil terhadap mereka?

* Pastinya gambar 2 lelaki dirakam dan dimuatkan di blog [ lelakikita ] BUKAN pelajar sekolah rendah :)

* Guru pelajaran jasmani, 37 tahun di Dungun, Terengganu dilapor memaksa 2 pelajar lelaki melakukan seks oral di stor dan tandas sekolah menengah. Itu antara cara gay melepaskan nafsu serakah? Hinanya.

Miss Sentap 2009

Saya terbaca komen di blog Sherita Aziz, klik [ Sherita Aziz ] tulisan ‘Miss Sentap 2009’.

Berikut komen dicatatkan.

‘sherry, sentapla si mazidul tu asyik asyik nak kondem golongan lembut/nyah/pondan ni!!

apa kata kita mintak semua yg masuk blog kak sherry nih DOA kan supaya anak mazidul jadi gay/pondan/lesbian!! JOM SEMUA!!

Miss Sentap 2009

Rupanya orang nick name ‘Sentap’ gemar mengatakan orang lain sentap. Jadi saya abaikan sahaja.

Miss Sentap 2009 mungkin tidak faham maksud perkataan ‘kondem’ dieja salah itu. Semoga Sherita sebagai guru sekolah bijak berbahasa, mampu mengajar pembaca blognya mengeja dengan lebih baik.

Saya hanya menulis berdasarkan fakta tidak dapat disangkal berhubung golongan pondan.

Apapun, marilah kita bersama berdoa agar Miss Sentap 2009 akan menghargai jantina sebenarnya, LELAKI bukan pondan.

Lelaki bakal memartabatkan perempuan sebagai pasangan hidup dan mendapat cahaya mata berjantina pasti, LELAKI atau PEREMPUAN, bukan jantina di antara keduanya.

Amin.

Jumaat, Julai 24, 2009

Ulu Bendul Kuala Pilah Negeri Sembilan



* Saya dan wartawan 360, Harris Farok Alex di Seremban membuat liputan 'Entiti atau Ilusi'

10 Tahun Penjara Untuk Pengamal Hubungan Sejenis

Saya petik berita dari New Delhi, India sebagai renungan bersama.

Pasangan melakukan hubungan sejenis seperti ‘gay’ di India boleh dijatuhi hukuman 10 tahun penjara.

28 Jun lalu, Menteri Undang-Undang Persekutuan India, Verappa Moily mengesyorkan undang-undang kolonial British 1860 berhubung hukuman pasangan melakukan hubungan sejenis disemak. Kumpulan gay di negara sama, lama menuntut undang-undang terbabit dihapuskan.

Bagaimanapun usul Verappa ditentang The Catholic Secular Forum .

Menurut Setiausaha Agungnya, Joseph Dias, kegiatan homoseksual bercanggah dengan fitrah semulajadi manusia sekaligus lebih rendah berbanding tindakan binatang.

“Mengapa manusia sanggup dipandang rendah daripada binatang sedangkan tiada kajian menunjukkan homoseksual disebabkan genetik,” ujar beliau.

Tambah Joseph, India mempunyai lebih 4.5 juta homoseksual dan 80% daripada mereka pesakit HIV dan AIDS.

India, antara negara demokrasi sekular di dunia mengekalkan hukuman terhadap pasangan gay setakat ini.

The Catholic Secular Forum dianggotai penganut agama Kristian.

Saya kurang arif dari aspek perundangan syariah dan sivil di negara kita kerana tidak pernah mendengar pasangan gay ditangkap dan dijatuhi hukuman kerana melakukan seks sesama jantina.

Justeru timbul persoalan, di negara mengangkat Islam sebagai ugama rasmi, apakah tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada gay?

Jika ada, pernahkah dilaksanakan?

Khamis, Julai 23, 2009

Blog Gay Terbuka

Jam 1.30 pagi, 19 Julai lalu, pasukan narkotik Ibu Pejabat Polis Kontingen Kuala Lumpur diketui ASP Mohd Ashril Md. Johar menyerbu pub dan restoran di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Dilaporkan ketika serbuan majoriti 500 pengunjung lelaki asyik menari, bercumbu dan mempamerkan aksi ghairah bersama pasangan sejenis.

Bagaimanapun tiada laporan mengatakan mereka berbogel tanpa seurat benang di premis terbabit, lalu TIDAK begitu mengejutkan.

Pembaca menghantar alamat blog gay lebih hebat kepada saya. Katanya blog ini lebih dahsyat berbanding blog Sherita Aziz terdahulu. Kini Sherita mengambil pendekatan baharu dalam penulisan blognya.

Blog di bawah mengandungi aksi lucah, lelaki berpelukan dan bercium sesama jenis, JANGAN buka blog berikut jika tidak bersesuaian.

Klik [ lelakikita ] kemudian klik 'read full'.

Apapun hemat saya, jika blog terbabit bebas dibaca sesiapa sahaja, kita berhak mencatatkan komen di blog sama menggesa agar 'blog gay terbuka' itu dipadamkan dengan kadar segara.

Mungkin ramai memerah otak cuba memahami mengapa perlakuan songsang itu berlaku. Saya sendiri TIDAK faham mengapa kelompok terbabit begitu gah memaparkan gambar mereka dalam keadaan memalukan?

* Jam 4.30 petang semalam, pasukan Kementerian Dalam Negeri cawangan Ipoh, Perak, menyerbu premis menjual cakera digital cetak rompak di Tg. Malim, sebelum ini premis itu dianggap 'kebal'. Lebih 5,000 DVD dirampas bersama 2 burner dan pencetak kulit DVD.

Rabu, Julai 22, 2009

Teh Tarik Bungkus

“Di mana?,” soal saya.

“Di lobi, dekat reception,” kata Mohamad Hairollah Hamzah.

[ Mohamad: berbaju putih ]

Mohamad, penyunting plan, tiba di Seri Pentas, TV3, setengah jam sebelum siaran langsung 360 malam tadi. Dia pemenang post ‘Teka Dan Menang’ di blog ini datang bersama rakan sepejabat Ahmad Zakirin Mohamed, berasal dari Melor, Kota Bharu, Kelantan.

“Tolong belikan minuman,” pinta saya kepada wartawan pelatih 360.

Mereka berdua tiada masalah menghirup minuman dibeli di kafe kerana memahami 30 minit sebelum siaran, waktu ‘kritikal’ bagi saya.

"Maaf, teh tarik bungkus sahaja," kata saya.

"No problem," jawab mereka.

“Macam mana boleh teka Chicken Island, Krabi?,” soal saya kepada Mohamad.

“Saya baca blog Kiran, Hot FM, dia pernah pergi sana dan merakamkan gambar sama,” balasnya.

Saya tersenyum.

“Awak ada blog sendiri ke?,” tanya saya lagi.

“Tidak ada tetapi saya suka baca blog orang lain untuk hilangkan tension di pejabat,” ujarnya berterus-terang.

Apapun, terima kasih kepada Mohamad kerana sudi menjenguk saya di TV3, menonton siaran langsung 360 dan menjadi pembaca setia blog ini sejak saya mula menulis lebih setahun lalu.

Entiti atau Ilusi?

Di Gurun, Kedah pemandu mendakwa terserempak perempuan berkebaya merah. Dia dikatakan sering muncul, melintas lebuhraya pada waktu malam mengejutkan pemandu sekaligus mengakibatkan kemalangan jalanraya.

Di Lebuhraya Karak, kelibat Volkswagen kuning tanpa pemandu dilapor sering dilihat berada di jalanraya.

Di Bukit Putus, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pemandu sering mendakwa kenderaan mereka berat akibat ‘ditumpang’ entiti tidak dikenalpasti.

Di selekoh Tai Kong, Kelana Jaya, Selangor, ramai terkorban akibat kemalangan. Majoriti mangsa mendakwa terlihat lembaga hitam melintas jalan secara tiba-tiba.

“Macamana kalau perempuan berkebaya merah, naik Volkswagen kuning ditemui di Bukit Putus, bila tanya nak kemana? Dia jawab nak ‘layan’ selekoh Tai Kong?," usik wartawan saya.

Saya tertawa tanpa jawaban.

Minggu hadapan wartawan 360 akan ke lokasi terbabit, meninjau samada kemalangan berlaku akibat kondisi jalan berbahaya, kelalaian manusia atau benar wujud entiti menganggu pemandu.

Biar mereka jawab sendiri.

* Malam ini saksikan kisah penjual cakera digital cetak rompak 'kebal' di Tg. Malim. Diserbu polis termasuk pasukan Bukit Aman sebanyak 9 kali, masih terus beroperasi.

Selasa, Julai 21, 2009

Wartawan Harian Metro Pereka Cerita?

Saya percaya ramai antara kita gemar membaca akhbar tabloid Harian Metro, HM, malah tidak kurang mempercayai bulat-bulat berita dilaporkan.

Sebelum ini akhbar sama pernah melaporkan kes mahkamah syariah dengan caption, ‘Mazidul dan isteri keluar dari mahkamah setelah disahkan bercerai’. Walhal pada ketika itu Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor belum membuat keputusan berhubung kes itu. Saya kemudian menghubungi editor HM bertugas dan memaklumkan berhubung ketidaktepatan fakta ditulis. Beliau memohon maaf dan kemudian menyiarkan ‘ralat’ keesokan harinya. Syukur, saya masih kekal dan bahagia bersama isteri dan anak-anak tersayang sehingga ke saat ini biar pun HM telah ‘menceraikan’ kami lebih awal. Laporan terbabit tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah.

Sabtu lalu, paparan muka hadapan HM, ‘Restoran Berahi’ disangkal Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Dalam rakaman percakapan dilakukan polis, dua wartawan Harian Metro dilaporkan mengaku mereka cipta berita terbabit dan gambar digunakan diambil dari internet. Ada pihak mendakwa gambar itu dirakam di Satun, Thailand.

Wartawan terbabit disiasat mengikut Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana menyiarkan berita tidak benar dan berniat jahat.

Saya menganggap wartawan terbabit tidak beretika dan harus diambil tindakan sewajarnya kerana menipu pembaca setia di seluruh negara.

Noktah.

Berita muka hadapan HM sabtu lalu disahkan tidak benar, justeru di manakah harus kita meletakkan ‘nilai’ kandungan tabloid nombor 1 di Malaysia mempunyai lebih 300, 000 pembaca sehari itu?

Kini, akhbar Kosmo boleh tersenyum lebar.

* Cuai kali pertama dilihat sebagai kesalahan boleh dimaafkan, jika cuai berulangkali?

* Apapun saya menghormati penulis 'Jarum Emas', Adam Salleh.

* Pengarang Kumpulan HM/Metro Ahad, Mustapa Omar, berkata pihak syarikat sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung berita dianggap tidak benar dihasilkan dua wartawan akhbar terbabit sebelum mengambil tindakan.

* Saksikan Datuk Siti Nurhaliza bercerita kes cetak rompak dalam 360, 9 malam esok.

Isnin, Julai 20, 2009

Umno Nampak Hantu

“Ada hantu ke di sini?,” soal saya kepada Umno.

Umno, 32 tahun, orang asli suku Temuan, pekerja PLUS saya temui di kawasan rehat Rawang, Selangor petang tadi.

[ Umno, berbaju kuning ]

“Ada, saya nampak orang tua dengan anak kecil di belakang tandas. Dia pakai baju putih macam orang hendak pergi sembahyang, kopiah putih. Dia bukan berjalan, melompat, jauh. Bila saya periksa tidak ada siapa pun di tempat itu,” jelasnya.

‘Jauh’, hampir 2 meter. Umno berasal dari Kuala Kubu, Selangor, bekerja sebagai cleaner hampir setahun di kawasan rehat terbabit bersama rakan berketurunan sama, Norhayati, 22 tahun.

“Awak pernah terjumpa?”

“Saya sudah tiga tahun kerja shif di sini dari pukul tujuh malam sampai tujuh pagi. Nampak hantu tiap-tiap malam,” kata Norhayati selamba.

Biarpun jam tangan menunjukkan jam 6.45 petang, bulu roma saya meremang.

“Saya biasa nampak orang tua sama ‘melompat’ dengan anak dia pukul dua pagi. Tapi dia tidak usik orang. Bila hujan panas lagi senang nampak macam-macam. Perempuan lintas jalan dengan tiga anak dia, dua perempuan, seorang lelaki, pun ada, kemudian hilang,” ulasnya.

“Kawasan ini selalu accident, ramai mati. Dia orang tidak jumpa jalan ‘balik’,” kata rakan mereka, perempuan berusia lebih tua.

Jika wartawan akhbar Harian Metro mengetahui kejadian terbabit, saya percaya mereka akan bergegas bertemu Umno dan Norhayati.

Apapun, biarlah laporan ditulis tepat dan bukan direka cipta :)

* Pemenang 'Teka dan Menang' diumumkan di post sama, sila semak.

Ahad, Julai 19, 2009

Siasat Jangan Tidak Siasat

Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM kini mempunyai 93,348 anggota dan pegawai.

Klik [ PDRM ] untuk membaca butiran terperinci.

Moto PDRM, tegas, adil dan berkhemah. Saya sempat melayari laman web PDRM, satu daripada visi Piagam Pelanggan dicatat, menjalankan penyiasatan dan pendakwaan secara profesional dan berwibawa.

Khamis lalu, mayat Teoh Beng Hock, 30 tahun, setiausaha politik Exco Kerajaan Negeri Selangor ditemui di koridor tingkat 5, Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada jam 1.30 tengahari. Sehari sebelumnya, Teoh dikatakan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan penyalahgunaan dana rakyat di Selangor.

Berikutan kes kematian itu, pelbagai spekulasi timbul. Apapun, sebelum siasatan selesai, tiada pihak boleh membuat kesimpulan samada mendiang ditolak, terjatuh atau membunuh diri.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menjelaskan, polis mengklasifikasikan kes Teoh, mati mengejut tetapi beliau tidak menolak kebarangkalian pembabitan perlakuan jenayah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menggesa PDRM menjalankan siasatan secara telus dan beliau memantau siasatan kes sama. Manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berjanji kes kematian Teoh akan disiasat secara terperinci dan tiada fakta disembunyikan.

Kini, pelbagai pihak mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes kematian Teoh.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kabinet akan membuat keputusan berhubung penubuhan suruhanjaya terbabit rabu akan datang.

Jika ditubuhkan, maksudnya, visi Piagam Pelanggan PDRM, ‘menjalankan penyiasatan dan pendakwaan secara profesional dan berwibawa’ serta moto ‘tegas, adil dan berkhemah’, TIDAK boleh dipakai?

Atau kita harus melihat tindakan terbabit dari aspek berbeza?

* Terima kasih kepada semua mendaftar followers blog ini

Perlukan Penjelasan PONDAN

Setiap kali isu berhubung ‘pondan’ disentuh, ramai sensitif. Justeru, mari kita bersama membincangkan isu ini secara profesional. Apapun, saya memerlukan kerjasama penuh daripada semua pelayar blog ini, samada pelawat tetap mahupun baharu.

Peringatan saya, JANGAN melontarkan sebarang komen berbentuk cercaan, hinaan, kejian atau perkataan bermaksud sama kerana saya TIDAK akan memuatkan komen itu di post ini.

Saya merujuk kepada blog ini, klik [ Koleksi soal jawab ugama ]

Berikut definisi 'khunsa'

‘orang mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan atau orang yang tiada langsung mempunyai kedua-duanya dan hanya mempunyai lubang untuk membuang air kecil’

Ringkasnya, 'khunsa', manusia (1) mempunyai alat kelamin lelaki DAN perempuan ATAU (2) tidak mempunyai alat kelamin, hanya mempunyai lubang membuang air kecil.

Manakala, 'pondan' mempunyai takrifan berbeza, lelaki mempunyai alat kelamin lelaki dan berperwatakan seperti perempuan. Ramai tidak memahami keinginan dan keperluan sebenar mereka. Apatah lagi fakta berhubung naluri dan perasaan kelompok sama kerana tidak ramai antara mereka tampil berkongsi maklumat bersama kita.

Jadi, kepada mereka mendakwa 'pondan', sila jelaskan agar orang lain lebih memahami bukan sekadar mengeji.

Kepada pembaca menganggap diri mereka LELAKI atau PEREMPUAN tulen, tunggu komen pertama PONDAN dan kemudian lontarkan soalan, agar mereka boleh menjawab secara profesional.

Berani?

Kepada semua pelawat, kalau berani berhujah secara profesional, tulis ‘saya berani’ di ruangan komen dan catatkan jantina sebenar anda, ‘L’ atau ‘P’, cukup.

Jika tidak berani berbincang, biar kita bersama mencatat rekod, membiarkan komen di post ini sifar.


Sabtu, Julai 18, 2009

Teka Dan Menang

Pembaca pertama meneka tepat LOKASI gambar ini dirakamkan akan memenangi buku tulisan saya, berjodol 'Virus Kehidupan'. Pembaca hanya boleh meneka SEKALI sahaja.

Lebih menarik, jika pemenang tinggal di Lembah Klang anda berpeluang menyaksikan program 360 secara langsung di TV3, rabu, jam 9 malam, sebagai tetamu jemputan saya ( 2 dewasa SAHAJA ).

Jika pemenang menetap di luar Lembah Klang, maaf, HANYA hadiah buku akan dipos ke alamat diberikan kelak.

Keputusan muktamad pemenang akan diumumkan di post ini pada 21 Julai 2009.

Selamat meneka :)

Selamat berjaya!

Mati Ngeri


Pondan Tertekan

Bekas anggota agensi perisikan MI5 Britain, David Shayler, 43 tahun pernah mendakwa serangan 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia New York, Amerika Syarikat angkara negara sama.

Mengejutkan, akibat tekanan, Shayler kemudian dilaporkan bertukar identiti menjadi pondan. Kini dia menghuni rumah setinggan di Surrey, London, memakai buah dada serta rambut palsu, skirt pendek dan dikenali dengan nama Delores Kane.

Bekas kekasihnya, Annie Machon menuduh kerajaan Britain merosakkan hidup Shayler.

“Tidak salah kita berpakaian seperti wanita. Penting untuk kita menunjukkan sifat kewanitaan dan rakan saya kini tidak kisah mengenai cara saya berpakaian,” ujar Shayler.

Di negara kita lorong gelap di beberapa bandar dan bandaraya masih dipenuhi pondan, mereka melakukan seks oral untuk kepuasan pelanggan dan taksub melakukan hubungan seks di luar tabii bagi kepuasan sendiri.

Apa pula alasan mereka menjadi pondan? Komen secara berkhemah.

* Pondan juga boleh melontarkan komen.

* Kepada KDL atau 'OnlyMalay', jika terlalu taksub, rakam sahaja gambar seluar dalam sendiri, sama sahaja, bukan pakai g-string pun :)

Pesta Arak Perempuan Melayu

Terima kasih kepada ‘unwanted’ kerana memaklumkan saya berhubung rakaman video sekumpulan remaja perempuan Melayu menggunakan loghat Terengganu 'melayan' minuman dipercayai arak.

klik [ Pesta arak ]

‘Hebatnya’ mereka, terhakis sudah perasaan segan silu.

Cheers! :)

Jumaat, Julai 17, 2009

Pemburu Seluar Dalam Padam Blog?

Hairan bercampur pelik.

Sebelum ini penulis blog ‘kesahdunialelaki’ berani menjawab secara lantang beberapa komen pembaca blog saya. Dia menulis respon di post blognya sendiri.

Kemudian saya tuliskan post di bawah sekadar ingin mendapatkan penjelasan berhubung tabiatnya gemar merakamkan gambar ‘anak ikan’ tanpa pengetahuan remaja terbabit. Bukan sahaja imej pegun anak ikan dirakamkan, malah seluar dalam anak ikan dijadikan bahan cerita.

Kurang 30 minit selepas post ‘Lelaki Pemburu Seluar Dalam,’ saya paparkan, blog ‘kesahdunialelaki’ dipadamkan.

Apa jadi? Saya sekadar bertanya, bukan suruh padam blog. Kata orang, berani kerana benar.

* Ops! Blog TIDAK dipadamkan, cuma penulis TIDAK menerima tetamu tidak diundang :)

* Tanpa gambar lucah, blog [ Sherita Aziz ] masih menarik :)

Lelaki Pemburu Seluar Dalam

Post penulis blog [ kesahdunialelaki ] 9 Julai 2009 menarik perhatian saya.

Thursday, July 9, 2009

Meletop Kebabom!!!!

JANGAN SALAHKAN KDL kalau gambar korang terkeluar dalam blog KDL ... dah yang korang pun dok tak senonoh depan KDL buat apa ... tak pasal-2 memang korang akan jadi mangsa KDL..... macam anak ikan nie ... aiyoooo dari awal .... KDL dok bersabar untuk melihat muka dia ... tapi yang KDL dapat hanya gambar macam nie ... dah hampir nak putus asa ... tapi atas berkat kesabaran yang tebal (macam KDL punya ... tebal juga) ... akhirnya penantian membuahkan hasil.... tengok macam nie pun KLD pun dah geram separuh mati apa tah lagi lah kalau di bogelkan nanti mesti KDL tak bagi muqaddiimah... buat segmen terjah terus.

Tumpukan perhatian kepada kenyataan berikut dan gambar ‘anak’ ikan menjadi sasarannya.

‘kalau dibogelkan nanti mesti KDL tak bagi muqaddiimah’

Apa maksudnya?

Jika KDL ingin memberikan penjelasan di blog ini, saya akan publish, tiada masalah.

* Klik [ di sini ] untuk melihat koleksi gambar saya rakamkan

Hey! John

Majoriti kita tidak dilahirkan di negara barat. Maka kita tidak memanggil ayah dan ibu menggunakan nama mereka. Berikutan perasaan hormat, kita gunakan ganti nama bersesuaian, antaranya, ‘ayah’, ‘abah’, ‘emak’ dan ‘ibu’. Manakala ahli keluarga dilahirkan dahulu berbanding kita dipanggil ‘abang’ atau ‘kakak’. Itu antara cara panggilan mengikut adat resam Melayu. Jika di barat, mungkin ayah hanya dipanggil ‘John’, emak dipanggil ‘Mary’ sahaja.

“Mak cili mulut tu baru tahu, hormat sikit, dia tu pangkat abang, bukan adik awak!,” ibu menegur anak kecilnya.

Segelintir kita barangkali dibesarkan dalam keadaan berbeza. Ganti nama sesuai tidak wujud dalam perbendaharaan kata.

Justeru, kita seringkali menggunakan perkataan, ‘engko’, ‘ko’ dan ‘lu’.

Andai kita berusia 5 tahun, wajarkah kita berkata, “Engko ambil teddy bear tu, boleh?”, kepada orang berusia 12 tahun lebih tua berbanding umur kita.

Andai kita berusia 30 tahun, wajarkah kita berkata, ‘Ko ambil gelas tu, boleh?, kepada orang berusia 12 tahun lebih tua berbanding umur kita.

Mungkin tidak berdosa menggunakan ganti nama terbabit tetapi tidak molek diapplikasikan kepada mereka berusia lebih tua.

Gunakan ganti nama, ‘encik’, ‘abang’, ‘tuan’, ‘brother’, 'saudara' dan banyak lagi. Kalau perempuan, 'kakak', 'puan', ''saudari', sis' pun boleh diterima.

Malam Anugerah Media AADK

Terima Kasih


Khamis, Julai 16, 2009

Sherita Memohon Maaf

Jam 4.34 hari ini saya menerima emel daripada manusia mendakwa dia Sherita Aziz.

Dia meminta emel dihantar TIDAK dicetak semula di laman blog saya. Bagaimanapun, saya terfikir Sherita sendiri sebelum ini bertindak di luar batasan kemanusiaan, memuatkan banyak gambar lelaki bogel atau berpakaian lengkap tanpa kebenaran mereka. Sudah pasti maruah mereka tergadai pada pandangan mata pembaca blognya.

Berikut emel saya terima dan telah membalas emelnya sekaligus memberikan alas ‘kukuh’ tindakan ini.

As'kum Abg Mazidul,

apa khabar...

uhmm.. saya tak tahu mcm mana nak mula email nih....

yes, saya lah sherita aziz (at least my alter ego)...

terima kasih dgn pendedahan abg mazidul itu... at least saya tetiba rasa saya berada di landasan yg salah...

memetik kata kata abg,

"Kepada Sherita, diharap tindakan itu berkekalan. Tiada siapa melarang dia berkarya tetapi biar bertepatan dengan citarasa orang timur."

ya saya sekarang akan kekal kan blog yg sebegitu rupa, no more those awful stuffs.. janji!!!!

cuma saya sedar yg saya lebih sayang kan kerjaya saya dan juga org org (lebih lebih lagi askar2) yg saya kenal itu....

so dgn itu saya rasa cukup lah saya untuk menjadi "nakal" seperti dulu dulu...

i hope abg mazidul tidak akan take this matter further.. saya pon dah berjanji takkan buat lagi mcm tuh...

anyway, i hope we can be friends and bila i turun kl boleh kita jumpa ke apa (tapi jgn pulak cekop tangkap saya pulak.. he he he.. gurau jer!!)

hiks.. boleh kannn??

PS: tolong jgn publish email nih dlm blog ok.. its just between the two of us.

bye and terima kasih.

Blog Seks Sejenis Dipadamkan

Sebelum ini blogger dengan gelaran Sherita Aziz, giat memuatkan gambar lelaki bogel dengan kemaluan terjuntai. Dipercayai antara lelaki terbabit, anggota polis dan tentera. Dia secara jelas mendakwa mengadakan hubungan seks songsang, lelaki dan lelaki, gambar disertakan.

Saya sempat 'mengeluarkan' satu daripada gambar di dalam blog itu sebagai bukti. Tetapi saya sunting sedikit agar boleh dimuatkan di blog ini tanpa mendatangkan kemudaratan.

Melalui maklumat diterima sebelum ini, Sherita dilaporkan guru sekolah di Jeli, Kelantan.

Semalam saya menghubungi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi, memaklumkan beliau berhubung blog Sherita dan pembabitan anggota tentera dalam aksi seks sejenis. Sherita mengelar anggota tentera ‘abang rimau’.

Hari ini Sheritaaziz.blogspot.com dipadamkan, diganti dengan blog memaparkan entry lebih bersih. Sebelum ini blog terbabit dikunjungi lebih 2 juta pelawat.

Kepada Sherita, diharap tindakan itu berkekalan. Tiada siapa melarang dia berkarya tetapi biar bertepatan dengan citarasa orang timur.

Kepada pembaca melontarkan komen berhubung blog kesahdunialelaki, klik [ kesahdunialelaki ], blogger terbabit menjawab sebahagian daripada komen anda di post blognya.

* Jika gambar di bahagian 'bawah' tidak disunting, identiti sebenar Sherita Aziz pasti terserlah :)

Rabu, Julai 15, 2009

Kes Main Belakang

Saya menerima sistem pesanan ringkas dihantar penonton 360 sejurus selepas liputan berhubung penyalahgunaan laman blog disiarkan awal tahun lalu.

‘Sherita, guru sekolah di Jeli, Kelantan’

Jika benar dakwaan, dia guru, pihak sekolah dan Kementerian Pelajaran harus mengambil tindakan tehadapnya. Blog Sherita lebih ‘hebat’ berbanding blog ‘Kesahdunialelaki’ di post terdahulu.

Tren blognya masih sama, memaparkan gambar lelaki gay mengadakan hubungan seks bersamanya. Sebelum ini Sherita memuatkan pelbagai aksi seks bersama anggota tentera.

Selepas kisah blog songsangnya dipaparkan di TV, Sherita mengambil keputusan memadam blog terbabit.

Kini blog sama muncul kembali.

Jika anda berusia 18 tahun ke atas dan mampu berfikiran waras, sila klik [ Blog Sherita ] dan lontarkan komen di post ini.

* H.E.H, terima kasih kerana mengingatkan.

* Kem tentera, Kem Batu Melintang, Jeli, Kelantan :)

Selasa, Julai 14, 2009

Seluar Dalam Lelaki

Penulis blog [ kesahdunialelaki ] gemar mengambil gambar lelaki kacak secara tersembunyi di pelbagai lokasi. Dia gembira apabila berjaya merakam gambar seluar dalam lelaki dan 'alur' bahagian sulit.

Sedangkan, saya percayai penulis, lelaki. Manakala lelaki sejati TIDAK mempunyai kegemaran dan keinginan sebegitu.

Baca dan kemudian catatkan komen anda di sini.

* Terima kasih kepada Daydeck86

Kisah Anjing Dan Bayang-Bayang

Banyak pihak cuba mengeksploitasi sikap tamak manusia, kaedah digunakan pelbagai, termasuk pelaburan. Kata mereka, laburkan RM1, setiap bulan pelabur dibayar 20 sen. Dalam tempoh 3 bulan, wang RM1 kononnya ‘membiak’ menjadi RM1.60. Bulan pertama, 20 sen dibayar, begitu juga pada bulan kedua. Bulan ke tiga pihak menipu melarikan diri, lesap bersama wang baki 60 sen. Begitu modus operandi mereka meraih keuntungan dalam tempoh singkat.

Kejadian seperti itu berulang. Tetapi tidak ramai anggota masyarakat belajar daripada kesilapan orang lain. Mereka ‘terkena’ dahulu kemudian belajar atas kesilapan sendiri.

Terkini, artis tanahair tertipu, antara mereka, Amy Search, Hattan, Awie dan Misha Omar selain mangsa lain, golongan profesional dan personaliti TV. Jumlah kerugian Amy dan Hattan, 1.5 juta ringgit. Saya percaya sebilangan mangsa terbabit mendiamkan diri, berasa malu tampil untuk membuat laporan polis.

Jumlah kerugian keseluruhan ditaksir lebih 432 juta ringgit. Mangsa disogok tawaran pelaburan pembelian saham dalam syarikat rokok antarabangsa dan dijanjikan keuntungan mencecah 50% dalam tempoh singkat, antara 10 dan 30 hari. Rambang mata, mereka semua terpedaya.

Penjenayah diburu polis Malaysia dan Interpol, Rohaniza Aladib, 31 tahun, kini dipercayai melarikan diri ke Australia mungkin sedang bersenang-lenang, tersenyum membelanjakan wang hasil titik peluh penipuannya. Mujur mangsa, golongan berwang, bukan petani kampung mahupun pekerja kilang.

Bagi saya, Rohaniza penjenayah bijak. Bijak memgeksplotasi sikap tamak golongan sasarannya.

Benar kata pepatah Melayu lama, orang tamak selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang. Tamak, terlihat bayang tulang di air, tulang digonggong erat dilepaskan. Akhirnya melopong, kerugian, tulang jatuh ke air dalam.

Apapun sekiranya Rohaniza bertindak bodoh, masih berada di negara ini tanpa membuat pembedahan plastik, jika ternampak, hubungan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman di talian 03 2616 3747 atau 019 6000803.

* Klik di [ SINI ] untuk melihat koleksi gambar saya.

Cuba Nasib Di Hospital

“Di kawasan hospital tak boleh ambil gambar,” tegur pengawal keselamatan garang.

Tahun 1999 saya membuat liputan kes Japanese Encephalitis, JE di Pusat Perubatan Universiti Malaya, dulu University Hospital, Petaling Jaya, Selangor.

“Encik, membawa kamera dan merakamkan gambar, dua perbuatan berbeza. Cameraman saya membawa kamera, bukan merakamkan gambar,” jelas saya.

Kami berjalan pantas menuju Unit Rawatan Rapi, ICU. Dimaklumkan lelaki India mendapat rawatan di hospital sama, diminta pulang doktor bertugas kerana dikatakan hanya demam biasa. Kurang 24 jam, mangsa, pekerja kandang babi di Shah Alam, Selangor, pengsan dan kemudian koma di rumah.

"Dia cakap, itu nyamuk gigit sama dia, banyak sakit," jelas isteri mangsa duduk di sebelah saya.

Sewaktu saya bertemu keluarga mangsa berhampiran ICU, sekali lagi saya ditegur pengawal keselamatan.

“Kita tak benarkan wartawan ada di kawasan ini,” katanya.

Perlahan saya tanggalkan vest TV3 dan meletakkannya di atas kerusi.

“Ok, sekarang saya bukan wartawan. Saya datang ke sini melawat mangsa JE, aci ini dengan anak dia. Tak boleh ke?,” tanya saya.

Pengawal keselamatan bermisai tebal itu terdiam.

“Dia orang ada di mana? Roger,” kedengaran suara dari walkie-talkie digenggan erat pengawal terbabit.

“Ada sini lagi, roger,” lapornya kembali.

Kurang lima minit, 3 lagi pengawal keselamatan datang menghampiri saya.

“Pihak pengurusan tak benarkan wartawan interview di sini,” kata pegawai mereka.

Isteri mangsa terpinga mendengar kenyataan itu.

“Aci, macam inilah, kita keluar sekejap, I interview you fasal your husband dekat luar,” bisik saya.

Perlahan kami berjalan keluar dan berhenti, kurang 1 meter dari pintu pagar utama hospital.

“Tak apa kan? Saya interview aci ni di sini, sebab kawasan ini di luar hospital,” kata saya.

Pengawal terbabit terpaksa mendiamkan diri. Saya tahu mereka geram dalam diam.

Kesimpulannya, bukan mudah menjadi wartawan, biarpun dilengkapi vest dan tanda nama, tidak bererti kita mampu melaksanakan tugasan jika tidak berfikir panjang.

Dua hari lalu, lelaki berusia 31 tahun, Zulkafli Atan, dijatuhi hukuman penjara 3 tahun kerana bersalah menyamar wartawan NTV7 semasa memasuki Rumah Anak-Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Tg. Keling, Melaka. Tujuannya tidak dijelaskan media secara terperinci. Selepas tamat tempoh hukuman kelak, jika dia berhasrat menyamar lagi, saranan saya cuba nasib di hospital.

Isnin, Julai 13, 2009

'Friend' Tanpa 'Face'

Kepada segelintir rakan pembaca dihormati, usah terkeliru. Dalam 2 posts saya tulis berhubung Facebook, Fb sebelum ini, saya TIDAK

1. mengajak atau memaksa mana-mana individu mengikut jejak langkah saya menutup akaun Fb. Saya nyatakan daripada awal, tindakan itu berbentuk peribadi.

2. menggunakan perkataan ‘boikot’ dalam posts terbabit.

3. menuding jari menyalahkan pengguna Fb lain.

Saya cuma mencatatkan beberapa fakta dan menimbulkan persoalan berhubung Fb dan pemiliknya. Jika berkebetulan anda pengguna Fb, sedangkan saya mengambil tindakan menutup akaun Fb, adakah itu tindakan salah?

Sepertimana saya dapat menerima kenyataan, lebih 175 juta menggunakan Fb di seluruh dunia, terimalah kenyataan saya sebagai ‘friend’, bukan lagi seorang daripada mereka sudi meletakkan ‘face’ saya di Fb.

Komen dilontarkan pembaca, ‘Adam', menuduh saya racist di post ‘Facebook Mengkayakan Yahudi’, saya ketepikan kerana tuduhan itu tidak layak saya catatkan dalam ‘book’ pemikiran saya. Dia barangkali, ‘friend’ tetapi tidak berani berkongsi identiti apatah memaparkan ‘face’ nya untuk dijadikan rujukan.

Faham, apa saya maksudkan?

* Gambar di post ini TIDAK berhubungkait dengan ulasan :)

* Klik di [ SINI ] untuk melihat koleksi gambar saya.

Ahad, Julai 12, 2009

Koleksi Gambar Mazidul

Antara hobi saya, merakamkan gambar pegun, still pictures. Sebahagian besar disimpan, sebilangan lagi hilang entah ke mana. Beberapa gambar pernah saya muatkan di sini sebelum ini.

Sila klik [di sini] untuk melihat koleksi gambar saya.

Ops! Obama?

Facebook Kayakan Yahudi

Sebelum menutup akaun Facebook, Fb semalam, saya mempunyai 946 ‘friend’. Melalui pemerhatian saya, tidak ramai ‘friend’ mencatatkan butiran asli diri di Fb. Ekoran bimbang maklumat peribadi diceroboh dan disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab mendorong segelintir mereka menipu, menggunakan identiti palsu. Timbul dua persoalan, pertama, adakah Fb tidak selamat? Kedua, wajarkah mereka menggunakan identiti palsu, dianggap ‘friend’?

Tidak boleh disangkal, majoriti ‘friend’ di Fb sebenarnya tidak kita kenali, identiti mereka kabur biarpun nama mereka tercatat di senarai ‘friend’. Jika dilihat, tidak ramai antara ‘friend’ berani menggunakan gambar dan nama sebenar. Mungkin rupa dan nama tidak menarik, bimbang tidak ‘dilayan’ golongan mengaku ‘friend’, tiada sudi ‘menegur’, tiada sudi ‘bersembang’. Apalah ertinya Fb?

Jadi, usah hairan, jika ‘friend’ lelaki menampal wajah Brad Pitt bersama nama samaran, ‘Putera Handsome’. Manakala, perempuan menggunakan nama samaran ‘Angel’ bersama tampalan wajah ‘Angelina Jolie’ terkenal dengan bibir seksinya. Kesimpulannya, ‘face’ itu sendiri dipalsukan.

Di dunia realiti, jauh bezanya. Kita berpeluang melihat ‘friend’ secara fizikal, mengetahui nama sebenar dan lokasi mereka tinggal. Di dunia maya Fb, majoriti ‘friend’ terdorong tidak bersifat jujur dalam berkawan. Justeru, takrifan ‘friend’ di facebook jauh tersasar berbanding maksud sebenarnya. Itu satu daripada sebab saya menutup akaun Facebook semalam.

Semasa mengumumkan penutupan akaun di Fb, ada Tuan Haji berkata, beliau menggunakan Fb untuk berdakwah. Silakan, tidak salah, teruskan usaha murni itu, respon saya catatkan. Beliau tidak membalas mesej saya. Lagipun, saya sama sekali tidak menyuruh atau dalam apa bentuk sekalipun memaksa beliau mengambil tindakan sama. Bagaimanapun, perhatikan, berapa ramai ‘friend’ kita kenali berdakwah di Fb? Fikir dan jawab secara jujur kepada diri sendiri.

Zack Zuckerbeg, CEO Fb, billionaire Yahudi. Tahun 2008, Fb dilaporkan mengaut keuntungan berjumlah USD300 juta, antaranya melalui pengiklanan. Hakikatnya, syarikat hanya berminat mengiklankan produk atau servis di Fb jika jumlah pengguna Fb terbukti ramai, jika tidak mereka hanya membazirkan wang dan masa. Pengguna Fb kini mencecah 175 juta di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Jika kita pengguna Fb, maksudnya kita secara langsung terbabit membantu mengkayakan Yahudi.

Ada bantahan?

Sabtu, Julai 11, 2009

63 Tahun Kemaruk Seks

Sebelum ini lelaki, orang kurang upaya, OKU, cacat tangan kiri, bermata juling dan tempang, dilapor mencabul kehormatan wanita berusia 23 tahun di kedai kain di Bukit Payonmg, Kuala Terengganu, Terengganu. Mangsa dikatakan memberi derma RM5 kepada OKU terbabit, duduk disebelahnya untuk bersembang sebelum diraba.

Manakala, Harian Metro hari ini melaporkan, warga emas, 63 tahun kemaruk seks merogol OKU 26 tahun di stesen minyak lama berhampiran Kampung Kepala Batas, Tumpat, Kelantan. Mangsa, pengidap Sindrom Down dirogol 4 kali sejak akhir tahun lalu sehingga disahkan mengandung 5 bulan.

Saya percaya suspek akan dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan dia boleh dijatuhi hukuman penjara dan rotan. Bagaimanapun mengikut perundangan negara, jika usia pesalah melebihi 50 tahun, hukuman sebat tidak dilaksanakan.

‘Hebat’ suspek terbabit, pada usia emas masih boleh ‘berdiri’ gagah.

Jumaat, Julai 10, 2009

Facebook Ciptaan Yahudi

Tapak jaringan sosial, Facebook, Fb, dicipta pelajar jurusan sains komputer gagal menamatkan pengajian di Universiti Harvard, Mark Zuckerberg pada 4 februari 2004. Hampir 5 tahun kemudian, Fb kini dilaporkan mempunyai lebih 175 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia.

Hakikatnya, penggunaan Fb menjadi kegilaan masyarakat dunia, tidak terkecuali Malaysia. Ahli politik, ahli perniagaan, artis, pelajar institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah, pekerja sektor swasta dan kerajaan, antara pengguna berhubung dan bertukar maklumat melalui Fb. Malah ramai jarang tidur malam kerana taksub ‘melayan’ Fb hingga awal pagi dan kemudian mengantuk di pejabat, mengurangkan produktiviti. Segelintir leka membuang masa bersembang kosong tetapi dilabel ‘berkomunikasi’, justeru perlakuan terbabit diterima ramai. Pada masa sama majoriti mendakwa memanfaatkan fb mengikut keperluan masing-masing.

Pagi tadi, saya mencari maklumat berhubung latarbelakang Mark, saya terbaca beberapa fakta berhubung individu ke 321 terkaya di dunia itu, hartanya USD1.5 billion. Dia dilahirkan di New York, Amerika Syarikat. Ayah dan Ibunya, Edward dan Karen Zuckerberg berketurunan Yahudi. Maksudnya Mark Zuckerberg, Yahudi, sekaligus Fb, ciptaan Yahudi.

Sila klik di sini untuk mengetahui antara tujuan awal Mark mencipta Fb.

Selama ini umat Islam di seluruh dunia memboikot barangan keluaran Yahudi, khususnya produk berbentuk 'pilihan' bukan 'keperluan', mengapa tidak Fb? Saya akur, bagi diri saya, Fb BUKAN keperluan, tapak jaringan SOSIAL terbabit tidak lebih sekadar produk pilihan. Saya mampu hidup tanpa menggunakan Fb.

Entah mengapa, secara spontan bayangan sifat kebinatangan Yahudi antaranya di Palestin muncul di fikiran. Kanak-kanak tidak berdosa ditembak mati, nyawa wanita dan lelaki Islam tidak langsung dihargai kaum dilaknat. Bak bait lagu Michael Jackson, 'let us start with a man in the mirror', justeru, esok, 11 Julai 2009, jam 5 petang, akaun Fb saya akan DITUTUP. Biarpun tindakan itu dianggap hanya meninggalkan sekelumit kesan kepada kaum Yahudi, itu sumbangan saya.

Apapun, tindakan saya ini berbentuk PERIBADI. Keputusan pengguna Fb lain, mungkin berbeza mengikut tafsiran mereka.

Khamis, Julai 09, 2009

Teh Botol Batavia

‘The Botol’, minuman cukup popular di Indonesia. Teringat, sewaktu bertugas membuat liputan kejadian gempa bumi di Indonesia Barat, Teh Botol, bekalan minuman saya dan krew sepanjang perjalanan berjarak ratusan kilometer. Teh tidak terlalu manis dan enak diminum sejuk, harganya RM2.50 sahaja.

Teh Botol jarang dipasarkan di negara kita tetapi dijual rakan saya, Fifi, pemilik restoran ‘Batavia’, beralamat di D-G-09 Blok D, Ritze Perdana, Jalan PJU 8/5G, Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

“Makanan tengahari di sini memang sedap”

Ujar personaliti pembaca berita sukan TV3, Faizal Ismail, sewaktu saya temui di premis sama.

“Faizal tu, kedai I ni jadi food court dia,” bisik Fifi tersenyum.

Batavia dibuka sejak 4 bulan lalu. Jika ingin mencuba kesegaran Teh Botol dan menjamah pelbagai menu lazat, sila hubungi Fifi di 03 77294124.

Siapa 'Adly Iskandar'?

Saya tertarik membaca artikel tulisan Zainuri, Berita Harian, hari ini bertajuk ‘Menilai kualiti perantara program bual bicara’.

Antara komen Zainuri …

‘Sesetengah orang mengatakan Wan Zaleha Radzi masih menjadi ikon dalam dunia pengacaraan TV. Di TV3, Adly Iskandar sepatutnya boleh menjadi pengacara program TV yang baik. Malangnya imej Adly bercampur aduk. Pada waktu pagi dia mengendalikan muncul Malaysia Hari Ini (MHI) yang ada ketikanya menemubual orang korporat, politik, budayawan atau ahli akademi dengan topik serius; pada malam sebelumnya jadi pengacara hiburan Mentor. Memang Adly kelihatan hebat kerana menemubual pelbagai orang, tetapi hakikatnya tidak ada program yang benar-benar menonjolkan kredibiliti dan ketokohan kerana dia sudah membina imej yang tidak konsisten atau cacamerba. Adly seharusnya menetapkan satu saja program dan dari situ mengukuhkan imejnya sama hendak menjadi seperti Larry King, Jay Leno, Sayed Munawar atau Rosyam Nor’

Siapa ‘Adly Iskandar’?

Kisah Getir Menonton TV

Tahun 1974 …

Setiap hari saya berjalan kaki hampir 2 kilometer dari rumah untuk menonton TV di Estet Sungai Bill, Tg. Malim Perak.

TV hitam putih menggunakan tenaga generator. Kekadang terpaksa balik awal ke rumah kerana generator kehabisan minyak.

Tempat menonton TV di estet hanya berlantaikan simen, banyak nyamuk dan berbau sireh. Bagaimanapun kerana terlalu minat dan asyik menonton siri ‘Six Million Dollar Man’, ‘Combat’, ‘Space 1999’ dan ‘Charlie’s Angel’, sejuk, gigitan nyamuk dan bau tidak dirasai.

Dalam perjalanan pulang dari estet sewaktu melintas pokok kayu ara dikatakan berhantu, saya berlari sekuat hati dengan selipar Jepun dipegang di kedua belah tangan. Jika selipar dipakai, bimbang kaki tersadung. Biarpun lewat malam, saya tidak balik ke rumah, tidur di rumah arwah opah kerana takut dimarahi emak. Esok hari, emak pasti memberikan ‘ceramah’ berjela. Antara kata-katanya, “Tengok TV boleh kenyang ke?,” sambil beberapa cubitan singgah di pinggang.

Abah marah, sedang anak muridnya belajar mengaji, bazanji dan marhaban di rumah, saya ‘hilang’ kerana menonton TV.

Segan menonton TV di rumah jiran kampung, takut pasir di kaki mengotorkan lantai rumah kerap disapu. Kata emak, “Tak malu pergi rumah orang!”.

Jika tiada pilihan, membayar 10 sen sekali menonton TV di rumah jiran. Wang dikutip digunakan untuk mengecas bateri kereta digunakan sebagai bekalan tenaga TV. Ketika itu tiada bekalan elektrik di kampung. Jika bateri habis, skrin TV mengecil, lalu saya pulang, hampa.

Jejari pernah terkepit di pintu rumah jiran pemilik TV, biarpun dia nampak tangan kanan saya memegang daun pintu ketika ingin naik ke rumah. Sakit, pulang ke rumah, jejari disapu minyak panas, masuk ke bilik dan tidur.

Dua anak saya tidak pernah melalui pengalaman getir sebegitu hanya untuk menonton TV.


Rabu, Julai 08, 2009

Siapa Dia?

Usia gadis ini 25 tahun, pernah menetap antaranya di Johor, Negeri Sembilan, Kelantan dan kini di Selangor mengikut ayahnya bertugas di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

“Adik beradik berapa orang?,” soal saya.

“Tiga. Saya anak kedua, ada abang umur 27, adik lelaki 23 tahun,” ujarnya mesra.

Dia bukan lulusan bidang penyiaran tetapi mengendalikan program terkenal di TV3.

“Bila nak kahwin?,” tanya saya.

“Tak tahu lagi,” jawabnya ringkas.

Jika berumahtangga, satu ketika nanti dia pasti ditinggalkan suami teramat jauh. Andai teman lelaki terkini menjadi pilihannya.

Siapa dia?

PSSMI Dimansuhkan

Terkini, di Putrajaya, Timbalan Perdana Menteri membuat pengumuman PSSMI dimansuhkan selepas 2012.

Maksudnya, subjek Sains dan Matematik di sekolah rendah dan mengengah akan diajar semula dalam Bahasa Malaysia.

Desakan beberapa sasterawan negara akhirnya didengar biarpun perubahan mengambil masa. Bagaimanapun kerajaan berhasrat lebih memantapkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah.

* Jika menggunakan perkhidmatan amah Indonesia, ajak mereka menonton 360, jam 9 malam ini berjodol 'Kisah Amah' di TV3

Selasa, Julai 07, 2009

Seks Di Rumah Majikan - Gambar Amah


* Rujuk post 'Seks Di Rumah Majikan'

14 Aduan Kerap Diterima

Berikut antara aduan kerap dikemukakan kepada saya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS, mengikut priority.

1. Bilangan pendatang asing tanpa izin terlalu ramai hingga menggugat keselamatan masyarakat tempatan.

2. Mesin judi ‘on-line’ terlalu banyak, pelanggan majoriti Melayu, tua dan muda.

3. Menerima SMS kononnya menang hadiah lumayan ditawarkan Power Root dan syarikat operator telefon.

4. Penagihan dan pengedaran dadah.

5. Penjualan cakra optik cetak rompak, CD, VCD dan DVD secara terbuka.

6. Pelacuran secara terbuka atau tertutup.

7. Ditipu syarikat ‘pelaburan’ akhirnya pelabur berputih mata.

8. Kegiatan mencuri pasir sungai dan lombong.

9. Khalwat pasangan warga asing diadukan warga asing sendiri.

10. Kehidupan orang daif terbiar.

11. Ketiadaan kemudahan awam, jalanraya, bekalan air dan elektrik di kawasan pedalaman.

12. Tidak pasti dalam memilih pasangan biarpun sudah bertunang.

13. Ahli keluarga tidak memulangkan wang dipinjam, minta menjadi orang tengah.

14. Ingin berkenalan 

* Aduan atau topik cadangan boleh dihantar ke hotline 019 2345-360

Seks Di Rumah Majikan

Saya menerima emel daripada majikan, ‘Mar’, merasakan dirinya dianiaya amah Indonesia, Risna. Risna berusia 21 tahun, bersuami dan mempunyai anak berusia 3 tahun di Indonesia, berkhidmat sebagai amah lebih 10 bulan. Menurut Mar, Risna dianggap dan dilayan sebagai ahli keluarga dan atas dasar simpati dia berhasrat membawa anak amah itu berhijrah ke Malaysia sekaligus membiayai kos persekolahannya.

21 Jun 2009, Mar dan keluarga dikejutkan.

Jam 8 malam ketika cuba masuk ke bilik amahnya untuk mengambil selimut, dia mendapati 2 pintu bilik Risna berkunci biarpun amah itu berada di luar bilik. Jam 11 malam suami Mar ingin membaiki lampu bilik terbabit dan menyuruh Risna membuka pintu. Alangkah terperanjatnya mereka apabila mendapati lelaki hanya memakai tuala tanpa seluar dalam berada di bilik sama. Gambar lelaki itu dan seluar dalamnya, disertakan. Risna mendakwa lelaki terbabit, Haris sepupunya. Berang, Haris kemudian diheret majikannya ke balai polis dan setelah disoal siasat dia mengaku bukan sepupu Risna dan mendakwa mereka sudah lama berpacaran. Pasangan itu juga akhirnya membuka mulut, mereka mengadaka hubungan seks di rumah Mar.

Mar mengakhiri emelnya.

‘Dear Mazidul, for your information, this is my 4th maid and all of my maids have the same problem, sexual affairs. Hope 360 will be an eye opener to the Indonesian government’

Kisah benar Mar akan dipaparkan dalam 360, siaran 8 Julai, jam 9 malam di TV3.

*468 kes selsema babi disahkan setakat ini

Isnin, Julai 06, 2009

Pintu Seksi

Apa masalah dia?

Itu persoalan tercetus di dalam fikiran saya sewaktu membaca berita berhubung tabiat buruk lelaki berusia 22 tahun di berkas di Kuala Terengganu, Terengganu. Suspek dikatakan gemar melakukan onani secara terbuka.

Hampir 15 penghuni rumah menjadi mangsa, terpaksa menghidu bau kurang menyenangkan ekoran penemuan ‘cecair pelik’ di hadapan pintu rumah mereka. Pemuda berasal dari Kampung Air Lilih, Manir akhirnya ditangkap kelmarin selepas hampir 2 bulan penduduk melakukan intipan.

Imaginasi suspek pasti terlalu tinggi, mungkin dia membayangkan pintu rumah umpama gadis seksi menggiurkan.

* Kampung Air Lilih atau Kampung Air 'Meleleh'? :)

Selsema Babi : Yakin Selamat?

Bermula 1 kes di Sungai Buloh, Selangor pada 13 Meil lalu, hari ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan statistik mangsa selsema babi mencecah 434 kes di seluruh negara, 75 mangsa dikesan dalam tempoh 24 jam, 41 kes impot manakala 34 jangkitan tempatan.

Saya lihat masyarakat masih bertenang. Mereka bekerja, beriadah, membeli-belah, bebas bergerak ke mana sahaja. Ringkasnya, mereka tidak panik. Barangkali kerana media sepakat tidak ‘memperbesarkan’ isu keseriusan wabak mengorbankan ratusan nyawa di luar negara.

Fakta sukar ditolak, majoriti 75 mangsa dikesan dalam tempoh sehari itu pasti bercampur-gaul dengan orang lain sebelum mereka dikuarantin. Siapa mangsa 41 kes impot terbabit? Bagaimana mereka tiba di negara ini? Siapa bersama mereka sebelum dikenalpasti sebagai pesakit? Jika mereka masuk ke Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, KLIA atau Lapangan Terbang Tambang Murah, pasti mereka berkongsi pesawat bersama penumpang lain. Apa berlaku kepada ‘penumpang lain’ itu? Apakah jaminan mereka tidak dijangkiti dan berkebarangkalian menjangkitkan selsema babi kepada orang lain pada ketika ini? Melalui pemerhatian saya, pengimbas suhu, heat scanner, di terminal antarabangsa KLIA hanya mampu mengesan jika suhu badan penumpang melebihi 37C semasa melaui kawasan saringan sahaja. Jika penumpang demam selepas itu, mereka gagal dikenalpasti lalu bebas memilih, enggan mendapatkan rawatan di hospital atau sebaliknya.

Virus selsema babi, bawaan angin dan boleh berjangkit secara mudah jika pesakit batuk atau bersin. Ingat, kita tidak mengenali mangsa jika mereka masih bebas bergerak dan bercampur bersama kita.

Maka mengapa majoriti kita masih tidak menggunakan penutup mulut dan hidung, mask? Adakah kita terlalu yakin berada dalam keadaan selamat?

Ahad, Julai 05, 2009

Pelacur Remaja Chow Kit

“Lorong Haji Taib ada lima orang India buat bisnes pelacuran, Cina ada sikit, Melayu pun ada sikit, di lorong berlainan”

Ujar lelaki berusia 39 tahun, Awe, saya temui di Pasar Malam Chow Kit, Kuala Lumpur.

“Saya rasa ramai orang takut nak datang sini sebab banyak kes jenayah,” celah saya.

“Dia orang ni dah terlalu melampau. Bila nampak orang asing dari Bangladesh, Pakistan datang sini, siap paksa melanggan pelacur. Kalau tak nak dia orang tarik dan ‘pikul’ naik ke bilik. Di bilik bapa ayam ‘pau’, samun duit dan barang berharga. Pelacur tak ada pun. Kalau dapat kunci kereta, dia baling ke bawah, nanti ada pula geng dia akan selongkar kereta mangsa, ambil barang berharga macam laptop,” sambungnya.

Saya pernah terbaca kes sama dilaporkan akhbar tempatan tetapi bukan daripada sumber primer seperti Awe.

“Polis jarang buat operasi ke?,” soal saya.

Chow Kit, kawasan di bawah pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

“Operasi ada. Bila keluar kisah pelacuran dalam 360 dulu, sehari kemudian polis buat operasi,” katanya.

“Tetapi masalah pelacuran masih berterusan?,” soal saya lagi.

“Sekarang, pelacur remaja Melayu, muda, pun dah ada. Dia orang sewa hotel murah RM25 sejam. Bayaran ‘servis’ bincang dengan pelanggan,” tambahnya.

Selepas bertemu Awe, saya memandu ke Lorong Sultan Sulaiman I dan memasuki satu daripada lorong gelap berhampiran. Gambar pelacur tua dan sekumpulan lelaki disyaki bapa ayam dan pelanggan ‘bersidai’ saya rakamkan. Cuma satu gambar, jika dirakam berulangkali, tersilap langkah, saya menjadi arwah.

Kalau Kita Gila

Semasa berjalan di Kuala Lumpur, saya terserempak wanita ini. Dia menghampiri saya sambil menghulurkan tin bekas coklat.

“Minta sedekah sikit,” pintanya.

“Orang mana?,” soal saya.

“Orang hutan!,” jawabnya.

Dia kemudian merenung wajah saya.

“Awak orang mana?,” dia bertanya selamba.

“Orang tasik,” balas saya spontan.

“Kita boleh kawan,” ujarnya dengan wajah tanpa perasaan.

Saya tersenyum.

Melihat cara dia berpakaian, saya dapat merasakan wanita itu kurang waras. Saya perhatikan, pelbagai ‘aksesori’ pelik bergantungan ditubuhnya, cincin dipakai hampir di setiap jari. Bau hancing menusuk hidung sewaktu saya berdiri hampir dengannya tetapi jauh lebih wangi berbanding bau mayat pernah saya hidu sebelum ini.

Kalau kita kurang waras, mungkin kita juga sama seperti dia. Tiada orang sayang, tiada orang peduli.

Lelaki Jarang Tahu

Saya dibesarkan di kampung, tidak pernah kenal caully flowers dan brocolli. Sejak kecil, ulam kegemaran saya, petai. Malam tadi saya ke Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur, mencari petai tua bermata besar. Di Pasar Tani Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, 4 papan petai berharga RM5, di Chow Kit hanya RM4 sahaja, barangkali kerana bekalan banyak dan lebih ramai pelanggan.

Sedang saya meninjau barangan jualan lain di gerai milik peniaga berasal dari Indonesia, terpandang buah berwarna hijau kelihatan segar, gambar saya rakamkan.

Buah apa? Jika jarang ke pasar, pasti sukar membuat tekaan tepat :)

* 326 kes Selsema Babi disahkan setakat ini.

Sabtu, Julai 04, 2009

Video Lucah Farawahida?

Saya masih ingat ketika komposer, Zulfekar Ahmad membawa anak didiknya, artis, Farawahida Razali membuat persembahan di program Malaysia Hari Ini pada 1 Mei 2008. Mereka kelihatan mesra berbual ketika minum pagi sebelum Farawahida ditemubual.

Kini kisahnya jauh berbeza.

Farawahida, 24 tahun, membuat 3 laporan polis terhadap Julfekar. Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, ugutan jenayah menyebabkan kecederaan dan kematian. Pertelingkahan tercetus apabila Farawahida dikatakan enggan menyambung kontrak dengan syarikat milik komposer berusia 45 itu, tamat 9 Februari lalu.

Menurut laporan Harian Metro, Zulfekar menuntut bayaran ganti rugi RM231,000 untuk keseluruhan produksi dan promosi album terbaru Farawahida. Dia juga meminta bayaran RM200,000 atas segala kepayahan menaikkan nama artis sama sepanjang tempoh 7 tahun.

Bagi saya, kejadian ugutan biasa berlaku apabila dua pihak bertelagah.

Lebih menarik, Zulfekar turut didakwa mengugut untuk mengedar gambar dan video lucah Farawahida. Jika benar gambar dan video lucah wujud, polis harus pantas bertindak merampas bukti terbabit sebelum tersebar ke dunia maya.

Soalan saya, siapa krew penerbitan dan ‘pelakon’ lain terbabit dalam rakaman video lucah itu?

Kesan El Nino belum terasa, panas kisah dunia artis membara.

Norman Dan Memey

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor diberitahu Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS juga saksi pertama perbicaraan, Abdul Rahman Lai Abdullah, pertuduhan khalwat pelakon, Norman Hakim dan Suhaiza Suhaimi, Memey SALAH, tidak seperti dicatatkan di kertas pertuduhan. Mereka berdua ditahan di dua premis berlainan mempunyai alamat berbeza.

Norman, 33 dan Memey, 20 tahun di tahan JAIS di Ukay Perdana, Ampang, Kuala Lumpur pada jam 3 pagi, 30 Oktober, 2008.

Berikut antara petikan perbicaraan di mahkamah.

“Bagaimana awak tahu kedua tertuduh berada di premis itu?,” tanya peguam Norman, Fakhrul Azman Abu Hassan.

“Melalui maklumat diterima daripada pengadu,” jawab Abdul Rahman.

“Adakah awak setuju, pemeriksaan ke atas premis berlandaskan ‘hearsay’ pengadu?,” soal Fakhrul.

“Benar,” jawab saksi.

Soalan saya, apa sudah jadi? Ikuti sesi perbicaraan seterusnya pada 31 Julai akan datang, kes ini menarik. Saya percaya, setiap suspek tidak bersalah selagi mahkamah tidak menjatuhkan hukuman dia bersalah, ‘someone is innocent until proven guilty’.

Biarpun maruahnya separuh tergadai.

Kata pepatah Melayu, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang. Tetapi kekadang kena teliti juga, siapa menghembuskan angin itu.

Saya yakin mahkamah akan menggugurkan pertuduhan terhadap Norman dan Memey, tunggu.

Jumaat, Julai 03, 2009

Bertindik Di Kemaluan

Sewaktu kecil, saya pernah tinggal di estet ladang getah, majoriti penduduk, India. Sebilangan wanita India bertindik di hidung. Menurut rakan, perlakuan itu sebahagian daripada adat dan amalan agama Hindu. Ujarnya lagi, pada usia 4 tahun, kanak-kanak perempuan India ditindik telinga, dibotakkan kepala dan diikuti upacara penyembelihan kambing dalam majlis keraian.

“Kalau anak sama bapa muka sama, anak itu kita tindik telinga kiri dia, biar ada perbezaan wajah. Kalau tidak, tak bagus untuk keluarga,” ulasnya ringkas.

Dua minggu lalu saya terlihat artis wanita Melayu, dia lebih dikenali dalam bidang lakonan berbanding nyanyian. Semasa bertemu, saya rakamkan gambarnya. Pulang ke rumah, semasa menyunting gambar menggunakan Picasa 2, saya terlihat lidahnya bertindik. Terfikir, mungkin dia mengikut pemuzik barat dan kemudian akan menjadi ikutan peminatnya.

Majoriti perempuan Melayu zaman dahulu dan sekarang bertindik, sebahagian daripada adat resam. Apapun, mereka bertindik di telinga, bukan di lidah.

Rujuk forum http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=8&t=9682

Kini, bukan sahaja perempuan bertindik, lelaki sama. Sebilangan perempuan bangga bertindik di pusat dan kemaluan. Justeru, tidak hairan jika mereka mengenakan baju pendek ‘tergantung’ bertujuan mempamerkan pusat bertindik itu. Bertindik di kemaluan, untuk siapa? Itu saya kurang pasti. Manakala lelaki pula gah bertindik antaranya di bibir dan kening. Kata mereka, tidak sakit.

Budaya mana?

Hitam Dan Besar

Saya berasa hairan memerhati gelagat gadis Melayu ‘diusung’ lelaki warga Afrika. Bukan sahaja di kawasan terbuka malah dibawa ke rumah sewa secara berkumpulan. Lebih menghairankan, wajah gadis Melayu itu ceria dan jiwanya bagai melonjak gembira dipeluk mesra. Perhatikan, warga kulit hitam gemar bertemankan gadis Melayu berpunggung besar.

Sebilangan gadis Melayu mungkin tidak gemar jejaka sebangsa, mereka ‘kenit’ berbanding lelaki Afrika, besar, gagah dan ‘berminyak’, sehingga sanggup menyerahkan tubuh, rakus diratah, puas.

Tetapi jejaka Melayu, usah gusar, gadis terbabit, buta mata dan buta mata hati.

23 Jun lalu, Polis Diraja Malaysia memberkas 3 lelaki warga Ghana dan Nigeria terbabit dalam kes penipuan. Suspek dilapor ‘memancing’ gadis Melayu sepi termakan pujuk rayu melalui ruang sembang internet dan kemudian berpura-pura meminta bantuan kewangan. Sebagai balasan, mangsa dijanjikan imbuhan berlian, telefon bimbit dan komputer riba.

Wanita berusia 27 tahun dari Kluang, Johor terpedaya dan kerugian lebih 11 ribu ringgit dalam 3 transaksi pemindahan wang ke akaun bank suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamed Fawzi Arshad, 20 kad ATM, 7 kad kredit, 7 buku bank, 3 kad pelajar warga asing, 2 lesen memandu antarabangsa, 3 komputer riba, 8 telefon bimbit dan wang tunai lebih 12 ribu ringgit dirampas.

Tiga suspek ditahan hanya mendaftar di kolej tempatan tanpa belajar.

Kepada semua gadis Melayu, biarpun statistik jelas menunjukkan bilangan perempuan LEBIH ramai berbanding jumlah lelaki tempatan, usah tergila-gila, ‘desperate’ lelaki Afrika, hanya kerana mulut manis mereka.

Ingat, perbuatan lain, tetap masam, kelat dan pahit.

* 244 kes Selsema Babi disahkan setakat ini.

* Lelaki berusia 30-an, penagih dadah dan baharu keluar penjara, membakar 30 Al-Quran di Masjid Kg. Tualang, Yan, Kedah. Tiga bulan lalu, lelaki sama mencampakkan beberapa naskah Al-Quran ke kolah masjid. Sila derma Al-Quran ...