Ahad, April 25, 2010

Natrium Terbang!

Semasa saya di sekolah menengah, jika pelajar melakukan kesalahan kecil, guru mendenda mereka berdiri di atas bangku atau di luar kelas.

Jika kesalahan bersabit masalah disiplin, sebilangan mereka dirotan di hadapan semua pelajar dan guru, ‘public canning’ sewaktu perhimpunan pagi.

“Nasib baik aku letak kain tebal dalam seluar,” kata rakan.

Bukan itu sahaja, pelbagai kaedah lain digunakan pelajar dihukum bagi mengelak punggung berbirat.

Semasa di sekolah rendah, sebilangan guru mengambil keputusan mendenda pelajar berlari mengelilingi padang sekolah jika melakukan kesalahan. Ketika itu tiada pihak bersuara berhubung hukuman terbabit.

Perkembangan terkini, Persatuan Fisioterapi Malaysia, MPA mahu hukuman itu dimansuhkan. Menurut presidennya, Dr. Balwant Singh, kanak-kanak tidak digalakkan untuk berlari tanpa persediaan kerana 80 peratus daripada tubuh mereka mudah terdedah kepada kecederaan.

Bagus jika permohonan itu dilaksanakan Kementerian Pelajaran demi kesejahteraan pelajar.

Saya masih ingat, kalau ke sekolah berkuku panjang, pasti pelajar bimbang. Lantas sebilangan mereka sanggup menggigit kuku ketika berada di dalam bas dalam perjalanan ke sekolah. Jika kuku tidak dipendekkan, guru kelas tanpa teragak-agak mengetuk tangan berulang kali menggunakan pembaris kayu.

"Aduh!"

Hanya itu perkataan terkeluar dari mulut pelajar, tiada dendam kesumat tertanam di sanubari.

Maksudnya, pelajar dahulu biarpun melakukan kesalahan dan dihukum, majoriti mereka tetap menghormati guru sebagai pendidik. 

Senario di sekolah kini berbeza. Segelintir pelajar sanggup menumbuk dan menendang guru mereka. Sikap besar kepala itu malangnya, kekadang mendapat sokongan keluarga bertindak tanpa usul periksa, mengecam guru mendidik anak mereka.

Teringat, sewaktu di tingkatan lima, saya mengeluarkan seketul besar Natrium daripada larutan Naftalena di makmal sains dan kemudian meletakkan bahan terbabit di atas permukaan air. Akibatnya, Natrium itu 'terbang' ke seluruh makmal dan membakar meja dan beberapa baju kurung pelajar perempuan. Ya, saya didenda berdiri selama 2 jam di luar kelas. Memang malu apabila dilihat dan ditertawakan pelajar dari kelas lain. Namun, saya akur setiap kesalahan pasti ada hukuman.

"Kamu, saya kata letak sedikit sahaja, bukan sebesar penumbuk," marah guru saya, Cikgu Fuadi.

Kini, peristiwa itu menjadi antara kenangan manis bagi saya. Terima kasih kepada semua guru mendidik saya selama ini di sekolah rendah dan menengah.

Saya percaya setiap pembaca blog ini juga mempunyai kenangan pahit dan terindah sewaktu menjadi pelajar di sekolah dan mari bersama kita kongsikan pengalaman itu di sini.

Sila catatkan juga penghargaan kepada guru masih anda ingati nama meraka kerana ilmu diperturunkan serta jasa tidak ternilai ditaburkan kepada kita semua.

32 ulasan:

  1. benar sama sekali..

    pelajar skrg tlalu dmanja kan oleh keluarga..apabila anak salah laku plak nnt..salah cikgu dsekolah krg mengajar..padahal ibu bapa yg salah.

    aish~_~

    BalasPadam
  2. Salam BRO MAZ...

    Saya percaya setiap kita tidak kira lelaki atau perempuan ada kenakalan masing2 semasa sekolah, terutama sekolah rendah.

    Saya masa sekolah rendah tak berani nakal jauh sekali jahat, sbb arwah AYAH saya orang kuat PIBG dan geng dngn cikgu2. Orang hormat dia.

    Bila dah sekolah menengah, kata orang akal dah panjang skit, dah cerdik skit, ada juga nakal. Suka usik cikgu lelaki, buat lawak bodoh dlm kelas, kuat melatah dll. Tapi paling teruk pun saya pernah kena, berdiri atas kerusi atau cikgu soh berdiri "at corner" sampai habis waktu mengajar dia.. hahahaha mungkin kenakalan pelajar lelaki lebih agresif.

    Tidak sekelumit pun rasa dendam sebaik sahaja habis sekolah apatah lagi nak ingat sampai sekarang.

    Penghargaan buat SEMUA GURU saya terutama:
    Cikgu Ahmad Osman (Guru Sastera/BM di SM Raja Lope Nor Rashid 1983-84)

    Cikgu MUSA - Sek Ren Sungai Bharu. Guru yang suka buat lawak.

    Cikgu MUSNAH - guru yang pertama ajar saja mengeja "A.Y.A.M ini ayam. Ini ayam jantan." Masa saya Darjah 1. Dia selalu buat sanggul tinggi. Cikgu lelaki selalu panggil sanggul Kalimanjaro.. hehehehehe manis sungguh gelaran itu..

    BalasPadam
  3. salam. lama saya tidak memberi komen...

    Benar....pelajar dan ibubapa tidak lagi menghormati guru...mungkin faktor pemakanan yang menyebabkan hati mereka sudah bebal.

    peranan NGO tertentu yang mahu melihat pelajar kita menjadi kurang ajar...maka bnyk perkara yang tidak boleh dilakukan pada pelajar...
    tugas guru sebenarnya bkn sahaja memberi ilmu tetapi mendidik mendisiplinkan pelajar

    BalasPadam
  4. Pelik!Aku dulu pun kener lari keliling padang.Tak cedera pun hidup sampai hari nih. Tak pernah ada pelajar cedera semasa hukuman dijalankan.

    Memandangkan masa tuh semua peminat gaban maka semuanya menjadi hero. Setakat sebat tuh sok buat lagi.Sakit kejap jer.Anak jantan mana boleh menangis.

    Budak-budak sekarang terlalu manja.

    BalasPadam
  5. Salam Sdr MAS..

    semasa di sekolah rendah, kakcik pernah menulis surat kepada rakan sekelas (perempuan) mengenai seorang pelajar lelaki. Malangnya, surat itu terlepas ke tangan guru wanita (maaf, kakcik terlupa namanya) yang mengajar waktu itu. Dengan selamba guru berkenaan membacakan isi kandungan surat yang kakcik tulis itu di hadapan kelas. Puaslah kena ejek dan merasa malu. Hal berkenaan sampai ke pengetahuan ibu kakcik. Hmmm.. kena marah lagilah jawabnya.. Tapi, itu juga pengajaran - jangan main-main dalam kelas. Dan sama sekali kakcik tidak menyimpan rasa benci, dendam atau sakit hati kepada guru tersebut. Sendiri buat salah, sendirilah tanggung!

    BalasPadam
  6. memang betul...tugas cikgu semakin mencabar..bukan kerana tugas hakiki, tapi kerana perangai murid dan ibubapa..teringat masa zaman saya dulu,bila mak dapat tahu saya didenda di sekolah, balik rumah, pasti dicubitnya saya lagi..tak macam ibubapa sekarang..jika anak mereka disentuh, habisla cikgu tu diserangnya..silap-silap, dibuat laporan polis lagi..cikgu jadi serba-salah..bila budak jadi nakal, siapa yang harus dipersalahkan?..cikgu atau ibubapa yang terlalu memanjakan anak?..

    BalasPadam
  7. bakal melahirkan generasi bijak pandai tetapi attitude yang terok.. dibimbangi melahirkan penjenayah yang cerdik..

    BalasPadam
  8. dirotan sudah acap kali..
    pembaris kuning yang besar, pembaris besi ngan bulu ayam tuh...

    kena lari padang pun bukan sikit , 5 hingga 10 round klu skali kena,

    ketuk ketampi , berdiri dalam kelas tuh pun perkara biasa..

    tapi apa pun yang guru buat , saya tak pernah menyimpan dendam . sikit pun tidak. malah saya percaya , pada era saya , sebenci-benci diorang kepada guru pun , tak mungkin sampai berani bertumbuk atau memaki cikgu [ baca : budak era sekrang berlainan , manja dan sensitif }

    secara jujur , saya tak pernah merasakan hukuman-hukuman sebegitu memudaratkan , malah mendidik kita berdisplin dan menghormati guru.

    andai pulang ke rumah mengadu kepada mak ayah , mesti ada buah tangan tambahan , kalau terbukti salah saya..hehe

    hairan dengan zaman sekarang , anak yang degil bukan main disekolah, dicubit jangan , dirotan apatah lagi.malah cikgu hanya mampu menahan sabar dengan gelagat mereka didalam kelas. semua gara-gara sesetengah ibubapa yang beranggapan cikgu tidak ada hak menyentuh anak-anak mereka , pada masa yang sama tidak pernah mengajar anak mereka berjalan dengan betul.

    sibuk mencari rezeki barangkali...

    BalasPadam
  9. 1) Sorang Cikgu English, Teacher Jesse, pernah cubit perut saya sebab saya tak hafal 10 perkataan English dlm past tense. Lepas tu saya usaha sungguh2 menghafal sbb takut kena cubit lagi.

    2) Ustazah saya, Ustazah Jamaaton pernah suruh saya berdiri kat luar kelas sebab lupa bawak buku teks Pendidikan Islam.

    3) Saya penah berdiri atas kerusi sebab tak reti jwb soalan Matematik.

    Terima kasih cikgu-cikgu...kalau cikgu-cikgu tak buat semua tu, mungkin saya tak dapat mencapai kejayaan seperti sekarang. =)

    BalasPadam
  10. saya baik

    berdisiplinbelum pernah lompat pagar sekolah.
    tak kacau orang tak RIAK, nakal pun tidak, hormat guru,hormat guru agama,tolong angkat getah keping guru agama(yang wangi, tiap pagi dan petang)
    sayang hormat Ibubapa.
    tiada ayam kena lastik.
    dan tidak gatal


    * siapa nak pujidiri. jika tidak diri sendiri..
    qah qah qah

    BalasPadam
  11. bukan kerana saya bakal guru..tetapi ini lah hakikatnya.


    salam. sejak dari kecil lagi ibubapa mendidik anak-anak mereka menghormati orang yang lebih dewasa seperti mereka dan guru. jika kita lihat, zaman dahulu, pelajar akan mencari guru untuk mencari ilmu. sanggup meredah hutan tebal, merentasi sungai, dan macam-macam lagi demi mendapatkan ilmu.tetapi kini, tidak lah saya salahkan zaman yang kian berubah dan maju. tetapi perubahan yang berlaku sekarang menjadikan guru tidak sesanjung seperti zaman dulu. memang diakaui ada masih lagi yang menghormati guru, tapi, lagi menyedihkan apabila terlalu banyak tomahan dan cacian terhadap guru..

    masyrakat tidak sedar apakah peranan dan tanggungjawab guru..ia amat besar dan tak ternilai harganya dengan gaji yang dibayar. bukan soal gaji, tetapi penghargaan itu adalah lebih bermakna..bukan guru minta untuk disanjung tinggi dan diangurahkan pelbagai pingat sampai siaran langsung di TV..tetapi, cukup ah sekadar kita tidak memburuk-buruk kan profesion keguruan secara besar-besaran...

    saya amat berterima kasih kepada cikgu-cikgu sekolah menegah kebangsaan dato hj hassan yunos, rengam, johor..

    terutama sekali cikgu matematik tambahan saya cikgu Supini dan cikgu biologi saya cikgu Suriati..mereka semua bukan sekadar masuk ke kelas dengan mengajar sahaja, tetapi sanggup berkorban wang ringgit, tenaga, masa dan lain-lain demi melihat anak-anak didik nya cemerlang dalam SPM 2006..bila terkenang kembali, ia adalah kenangan dan hadiah dari seorang guru yang berharga.cukup baik peranan dan tanggungjawan nya.tidak pernah sekali dia "mengira" apa yang telah dia beri kepada kami..

    ada suatu ketika, sehinggakan ada guru yang sanggup belanja makan, masakkan kami makan itu sudah biasa, belikan bahan-bahan rujukan dan lain-lain..

    saya amat rasa sedih apabila keratan akhbar mengeluarkan tajuk-tajuk berkaitan keburukan yang dilakukan oleh guru, bukan tidak boleh, tetapi ia tak perlulah dijadikan isu besar dan kadang-kala seolah-olah "menyokong" pandangan masyarakat yang tak suka pada guru..
    dengan keyataan yang tidak elok seperti "Guru liwat pelajar", ia secara tidak langsung telah menanam elemen yang tidak elok dalam diri pelajar mengenai guru..memanglah pelajar ada fikiran untuk menilai, tetapi sedikit sebanyak ia akan mempengaruhinya.

    kepada ibubapa yang sering menyalahkan guru, sedarlah, bahawa kamu juga pernah dididik oleh insan yang bernama guru@cikgu. kedudukan kamu yang tinggi sekarang bukan nya datang dengan sendirinya tetapi guru lah yang tolong kamu..jadi, bila dah berjaya itu, ingatlah jasa guru.jangan bila dah ada pangkat, anak kene marah, kamu nak saman guru.


    jom kita hargailah jasa guru!!!!!!

    BalasPadam
  12. dulu zaman sekolah kena denda jalan itik, lari keliling sekolah, kena bersila buat kerja sekolah yg tak siap di koridor kelas etc...

    sekarang jadi kenangan manis.

    mungkin kalau cikgu2 saya (SMKA (P) AlMashoor) tak buat begitu dulu,

    entah di mana lorong saya merambu tak tentu hala.

    terima kasih Cikgu

    BalasPadam
  13. nsb baik sy dulu sklh prmpuan, xde la nmpk kjadian tumbuk tendang cikgu ni. kalau geram dgn cikgu pun, slalu pendam je dlm hati. tak pun, paling jht kwn2 prnh buat, kunci pintu kejap tak bg cikgu masuk. nakalnya dulu :P

    Terima kasih buat semua guru-guru di Tadika Kemas Taman Setia Taiping, Sekolah Agama Rakyat al-Ihsaniah Pokok Assam, S.K Convent Kota Taiping, & S.M.K Convent Taiping. Jasa cikgu tak akan sy lupa :)

    BalasPadam
  14. wah..kagum gila berani letak natrium besar tu kat dalam air.. hebat.
    Memang sgt bahaya, boleh meletup kalau silap langkah

    BalasPadam
  15. Maaf. Ralat: Cikgu BUSNAH sebenarnya.. Maaf...

    BalasPadam
  16. betul... dulu klu dah buat salah kita diam aje... takut nanti cikgu ngadu kat mak bapak... klu diaorg dah tau alamat kena tambah sedas lagi kat punggung. jadi klu dah buat salah sendiri kena tanggung dan diam2 aje.

    BalasPadam
  17. Salam,
    Masa tingkatan 6, Cikgu Zainal (guru ekonomi) gelarkan saya "Ratu Tidur" sebab 90% masa kat sekolah saya tidur. Panggilan itu merebak satu sekolah. Asal jumpa kwn2 lama, mesti keluar balik gelaran ini.

    Cikgu Fauzi (Geografi fizikal) lebih garang dari Cikgu Zainal, tetapi saya tetap tertidur juga dalam kelas. Cikgu Fauzi pernah (3 kali) jerkah dan soal masa saya tidur tetapi dalam mamai itu saya mampu jawab dengan betul. Selepas itu dia biarkan sahaja saya tidur dalam kelas kerana katanya "wahyu datang kat saya masa tidur".

    Semua guru-guru saya yang lain juga sangat besar jasanya dengan kejayaan saya hari ni. Mereka tak pernah minta bayaran untuk kelas tambahan setiap hari Sabtu. Cikgu Zulkifli tahan dengan kerenah saya dan kegagalan saya dalam matematik tambahan tiap kali ujian atau exam. pendek kata, mereka sangat bersungguh-sungguh hanya sebab nak murid dia berjaya tetapi masa itu, saya tak bersungguh sangat. nasib baik masih ada peluang untuk berjaya.
    Terima kasih kepada semua guru-guru saya dari darjah 1 hingga tingkatan 6, hingga dah berjaya begini.

    BalasPadam
  18. Utk anyss ... nama cikgu2 awak ni sama dgn nama cikgu2 sy..Masa tingkatan 6, Cikgu Zainal (guru ekonomi sy, Cikgu Fauzi cikgu Geografi fizikal sy..awak sekolah mana dulu??

    Bro Mazidul..terlalu byk nak tulis kenangan di alam persekolahan.. tetapi di kesempatan ini sy ingin rakamkan penghargaan tidak terkira utk cikgu Hamid yg mengajar BI yg byk mencabar sy. Berbekalkan cabaran beliau sy gulung bukan satu ijazah tapi dua..

    BalasPadam
  19. tak pernah kena denda tapi kawan sebelah meja kena denda tiup kertas pembalut gula-gula di bawah meja sehingga ke luar kelas (tong sampah)

    mmg kesian sebab pembalut gula-gula tu milik org lain.disebabkan pengetua sekolah waktu itu sgt garang dan sgt pembersih sehingga sekeping kertas kecil pun tidak boleh kelihatan jika dia meronda disekeliling kelas.

    sehingga kini saya sendiri pun tak sampai hati utk membuang sampah merata tempat walaupun takde org nak denda lagi.

    begitu hebat penangan pengetua cikgu mohd amin.mungkin sesiapa yg belajar disekolah menengah panglima bukit gantang,parit buntar 1978-1980 mmg kenal cikgu mohd amin.

    tapi kenangan yg paling indah saya bertemu jodoh dgn cikgu saya sendiri yakni huby saya sekarang tehehee ;p

    *azie >> mesti hang kata aku pi mengorat bukan pi sekolah kan.apapun jodoh pertemuan ditangan tuhan *ayat klise utk cover line ;D

    BalasPadam
  20. salam...

    saya tergelak bila baca kisah natrium.

    kejadian hampir sama berlaku di kelas sains saya dulu.

    angkara kawan lain..... akibatnya kami yang berdekatan dgn tempat kejadian ramai2 lari keluar meninggalkan mskmsl pasal terkejut tengok 'bola api' terbang...he3x

    BalasPadam
  21. ECHAH > Aku tak sempat nak bermesra (apa lagi nak mengorat) Cikgu Mohd Amin ni. Sebab aku 2 bulan jer kat sekolah tu. Tak pasal2 kena pindah skolah.. Tapi mana2 sekolah pun tetap best pada aku..

    Alaa.. anak murid kahwin dgn cikgu, dah selalu dengar cuma yg tak tahan, gossip tu akan jadi “hot topic in town” lerrrr..

    Haharhahar.. Tapi tengok, jodoh berkekalan hingga ke hari ini, kan?

    COMBI, jom Reunion...!

    BalasPadam
  22. Vic dulu masa di sekolah kira orang kuat juga la di sekolah kerana memegang beberapa jawatan penting dan wakil sekolah dalam banyak pertandingan.

    Tapi walaupun sangat aktif dalam persatuan, Vic seorang yang sangat malas belajar. Especially subject Matematik Tambahan dan Kimia. Jadi bila tiba time kelas tu Vic akan pergi dari kelas ke kelas, kutip yuran ataupun memberikan maklumat mengenai aktiviti baru persatuan. Hahahaha... sampai la akhirnya kena warning ngan 2 cikgu tersebut sebab asal peksa memanjang dapat cangkul.

    BalasPadam
  23. bezanya dahulu dan sekarang...Igt lg dulu2, sy pernah kene rotan di punggung smpai berbirat oleh Ustaz Wah (Sek Agama Felda Tersang 2 year 1992), pernah kne pulas puting ngn Cikgu Hanafiah (SMK Tersang year 1995), kne tarik 'sideburn', kne 'titik' ngn pembaris di jari dan mcm2 lg...tp, semuanya xdisimpan dlm hati malah tiada dendam langsung...TERIMA KASIH CIKGU2 KU...

    Igt lg sewaktu pakai seluar tempah yg ala-ala 'bell bottom', cikgu disiplin koyakkn dr bwh smpai ke ats...emmm(jom balik zmn skolah). Terima kasih Cikgu Kamarul sebab denda sy lari keliling pdg 5x coz xsiapkan kje skolah spnjg cuti sekolah...huhuhuh...

    Ini semua terjadi tnpa ade ape2 pn perasaan xpuas hati, aku terima dgn hati terbuka...klu kt skolah kne pukul, balik rumah repot bapak, lg teruk aku kne pukul...SEKARANG??? klu ank kne pukul, mak bapak dtg pukul cikgu, saman cikgu dn mcm2 lg...padahal mak ayahnye pn pnh kne ngn cikgu, tp xamik ape2 tindakan....

    Ini bukti bdk zmn skg tlalu dmanjakan(xsemua)...n bdk2 skg sdh pndai memberontak...Yg penting hormati guru...(emm, ade jugak guru amik kesempatan nowadays)...THNX sy to TABIKA TERSANG (1988), SK LKTP TERSANG 1 (1989-1994), SMK TERSANG (1995-1997), SMK DATO' ABD RAHMAN YAAKOB (1998-1999) n UiTM S.ALAM (2000-2003)...Kini aku telah dewasa...

    BalasPadam
  24. Bro

    Orang sekarang ramai yang mengada ngada, mak bapak mengada ngada, anak anak mengada ngada, cikgu mengada ngada. Dulu tak de sedemikian sebab belum lagi di pengaruhi sikap mengada ngada yang kebanyakkannya di bawah oleh bangsa yang lagi satu tu. Dia je yang betul

    Tak percaya? Cuba tengok di jalanraya, terutama disimpang trafik light seksyen 11, Jalan Dedap. Berebut rebut (lari topik ni...)

    ha ha ha

    BalasPadam
  25. azie >> gila hang ngorat cikgu mohd amin.aura dia sgt kuat,asal nmpk bayang dia jer rasa nak terkucil.dah ler pakai spek gelap memanjang.

    baru aku tau ngape dia pakai spek gelap sbb mata dia besau dah tentu nmpk sgt garang ha ha ha ;D

    aku takde gossip bagai sbb kami bercenta dlm diam tehehee *bijak kan ;p

    eh vic kita sama jer..saya dulu pun pengawas sekolah.asal ada homework yg tak siap pura-pura keluar kelas ada meeting.. huhuhu *untung jadi pengawas sbb selalu keluar kelas ;D

    tipu sunat weiii *dah insaf ;)

    BalasPadam
  26. mmg banyak kenangan manis waktu sekolah dulu2.. kalau nak list down nama2 guru2 tuh mmg tak abih. Thanks guru guru ku.... keranamu aku disini..

    Harapan saya sebagai ibu kepada seorang anak agar cikgu sekarang seperti cikgu2 dulu dulu.. garang dengan anak saya.. kena rotan pon takper asalkan jangan sampai masuk hospital dah lah kan.. Mencabar betul nak mendidik dia dirumah kerana katanya cikgu tak marah pon.. contoh tak bawa buku teks, dgn alasan berat n cikgu tak kisah pon. Susah bangun pagi, lambat g sekolah, katanya ramai lg org lain dtg lambat dr dia, cikgu tak marah pon. Tp kalau sesekali cikgunya buat spot check kuku, dua tiga minggu lepas tuh mesti rajin buang kuku.. kalau tak.. jgn harap, selagi tak kena paksa. Agaknya anak saya ni terlampau manja kut, almaklum anak seorang jer. Apa pon saya mmg tak pernah menangkan dia kalau dia mengadu pasal cikgunya..

    BalasPadam
  27. Salam mazidul,

    kelakar dan lucu bila di ingat masa
    zaman persekolahan dulu kan.

    byk kenangan indah,kenangan lucu dan kenangan memalukan tetapi itu semua tinggal kenangan..

    BalasPadam
  28. TERINGAT PADA GURU AGAMA MASA DARJAH 5,USTAZ OMAR NAMANYA. BESAR TINGGI ORANGNYA DAN PERUT BUNCIT. BILA BERTANYA SOALAN DIA AKAN BERDIRI DI SEBELAH KITA.JIKA SOALAN GAGAL DI JAWAB MAKA SIAPLAH. KEPALA KITA AKAN DI TARIK DAN DI LAGA KAN KE PERUTNYA! NASIB TAK BAIK JIKA TERKENA KEPALA TALI PINGGANGNYA.

    CIKGU PUADI BERTUGAS DI PUTRAJAYA SEKARANG NI DAN BERULANG ALIK TIAP-TIAP HARI DARI SLIM RIVER. SEPUPU YOP TU.

    BalasPadam
  29. Dalam tahun tujuh puluhan ,cikgu sek rendah nama Cikgu Majid ajar matematik ,tiap2 hari jumaat dia akn suruh kami satu kelas berdiri atas bangku dan hafal sifar 3 sampai 12. Siapa boleh jawap angkat tangan,betul boleh balik dulu.Dari sini bole tenguk siapa yg cerdas dan siapa yg lembab.Saya suka juga sistem ni tapi budak yg tak bole jawap kesiankan. Yang saya paling tak suka kat cikgu ni bila dia suka cubit ketam sambil pulas dan tempat yg dia paling suka cubit ialah bahagian dada..bayangkan lah kalau kena kat budak perempuan umur 12 tahun yg sedang2 kembang tu mestilah sakitkan.Tak boleh lupa rupa budak perempuan yg malang tu.

    BalasPadam
  30. terima kasih kepada PN Norliza (kalau xsilap nama) semasa di tingkatan 4, SMK Pandan Indah 2004.

    Kerana anda telah berjaya MEMBUNUH minat saya terhadap Biologi.

    Namun ada hikmahnya sebab sekarang saya dah nampak masa depan saya.

    BalasPadam
  31. Saya ni Bro Maz, anak bungsu; manja. Emak ayah tak pernah guna rotan pun penangan pun kut! dah melampau degil. Kalau marah pun setakat marah menasihat tak pernah pernah kena ada rotan pun di rumah saya.

    Tapi manja saya ini saya sedar diri!, masa jadi Michaelian di Ipoh tu; memanglah asrama saya tu jenis asrama terbiar. Dah terlampau samseng sampai berani saya & beberapa rakan lari sekolah pergi ke sekolah orang tunjuk hebatlah konon. Kes remajalah! Kes monteng ini tertangkap dek cikgu kelas lalu buat laporan ke Warden asrama.

    Mana tahu Warden Asrama Cikgu Harun nak rotan kami; memang sakit kena rotan ini; sebab masa itu saya tak pakai seluar dalam pun, ada rakan yang pakai kain pelekat sahaja. Saya memanglah punggungnya berbirat. Adoi!.

    Saya nampak Cikgu Harun lepas merotan tu bergenang juga air matanya. Saya masa itu lari masuk bilik menangislah juga; anak manja tak pernah kena rotan.

    Tapi memang tak berani pun nak kasi tahu emak ayah; dah tahu salah kita. Monteng bukan kerja elok. Kacau sekolah orang lagi.

    Itu namanya sedar diri. Bila kita tak belajar Sedar Diri ini... memang payah. Itu yang saya kata karam tu!.

    Karam di laut dapat direnang karam di darat apa upaya.

    BalasPadam
  32. remaja zaman sekarang hebat-hebat belaka smpi spm 14-20A..tp sayang bijak diotak tp bodoh diakal..sebb tuh rase hormat mcm zaman2 saya dulu tak macam sekarang..dulu kene tampar dengan kene rotan tak pernah nak bgtau mak bapak..kalo bagtau lagi kene ader ar sbb parent tau mmg salah kite...sekurang2nya skang boleh dikatakan dah jadik orang ar..terima kasih cikgu...tp kadang2 pening jugak tgk cikgu zaman skang..emosi kadang2 lebih jugak...pernah sekali masa hari pertama persekolahan mak bapak dekat luar boleh dier ckp lepas habis belajar kalau nak tahu lebih boleh dtg tuisyen kat die...hai cikgu oh cikgu...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.