Rabu, Februari 16, 2011

Yeah! Tell Me About Pelacur ...

Blogger Ondscene mencoretkan pengalaman peribadinya berhubung kes pelacuran di sini.

Tampalan amat menarik dijadikan bahan bacaan. Saya gemar membaca berita berbentuk fakta dicatatkan sahabat saya itu.

Bagi saya, cerita pelacur lebih kurang sama. Selama bertugas, barangkali sudah ribuan pelacur saya temui, sebilangan ditemubual.

Kepada pembaca baru mengunjungi blog ini, cuba baca catatan saya berhubung pelacuran di Batam, Indonesia di sini, di sini dan di sini. Liputan pada bulan Januari 2010 itu dibuat bersama blogger Hazrey, sahabat akan saya temui pada hari Jumaat ini di Johor Bahru, Johor.

Memyertai operasi berhubung pelacuran lagi? Entahlah. 

Hazrey memaklumkan saya ...

"I have arranged, accordingly"

I believe you bro, we have done so many assignments together before.

Apabila terbabit mengendalikan program berpaksikan liputan jenayah, sukar untuk tidak menyentuh kes pelacuran.

Pelacuran, wang untuk seks, sexs for money, itu definasinya. Transaksi tanpa modal, hanya memerlukan sedikit tenaga untuk melaksanakan perlakuan itu.

Blogger Ondscene menggambarkan premis dijadikan pusat pelacuran 'hanyir'. Saya tidak dapat menafikannya. Sebagai wartawan beratus kali saya berada di premis hanyir, sama sekali bukan pengalaman indah. Lazimnya, bilik digunakan untuk pelacur dan pelanggan melakukan hubungan seks hanya dilengkapi tilam nipis, bantal, tuala, tisu dan bilik air.

Lihat contohnya di sini dan di sini.

Untuk rekod, premis sama diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian IPK Kuala Lumpur pada jam 1 pagi 15 Februari dan 17 pelacur Melayu, India dan Cina diberkas.

Saya juga berpengalaman membantu menyelamatkan 2 wanita Indonesia diperdagangkan di Tawau, Sabah sebelum ini.

Kisahnya saya abadikan di tampalan ini.

Kedua mereka kini berada dalam keadaan selamat di kampung halaman, Surabaya, Indonesia.

Blogger Ondscene menyelitkan fakta telus, majoriti pelanggan pelacur  di lokasi ditinjau, warga asing. Melalui pengamatan saya, harga pelacur murah, di antara RM15 dan RM30 sahaja. Jika gaji pekerja kilang warga Bangladesh dan Myanmar RM1,000 sebulan, mereka masih mempunyai baki gaji, RM880 andai melanggan pelacur sekali setiap minggu.

Senario warga asing beratur menunggu giliran memuaskan nafsu bukan sahaja berlaku di Kuala Lumpur.

Di Melaka tidak jauh bezanya, sila baca tampalan ini.

Mei 2010, saya berpeluang menyelami pengalaman ngeri dilalui pelacur di Tawau, Sabah dan rakaman perbualan saya muatkan di tampalan ini.

Dahsyat pengalaman dilalui gadis terbabit, itu saya akui.

Jika anda membaca 8 tampalan berhubung pelacur di atas, barangkali kebosanan melanda. jiwa Malangnya, pelanggan tidak pernah berasa bosan menikmati tubuh pelacur manakala pelacur pula tidak bosan memperdagangkan aset mereka.

Hakikatnya begini ...

Pasukan polis tidak pernah bosan menyerbu premis menawarkan khidmat pelacuran biarpun mungkin mereka sudah muak melihat kondom dan cecair pelincir. Dalam operasi dilaksanakan, bukan sahaja pelacur diberkas malah bapa ayam turut dicekup. 

Analoginya mudah.

Ada reban ayam. Di dalam reban itu, ada 10 ekor ayam dan 1 ekor bapa ayam. Jika ayam dan bapa ayam ditangkap dan disembelih, dalam tempoh tertentu ayam lain akan masuk ke dalam reban sama.

Kita tangkap dan sembelih lagi sebelum ayam lain memasuki reban.

Hoi! Letihlah menyembelih ayam!

Robohkan sahaja reban, kalau susah sangat, bakar!

Tiada reban, tiada ayam.

Saya menyokong penuh kenyataan blogger Ondscene, Penguatkuasa Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya harus bertindak lebih tegas. Runtuhkan semua premis dikenal pasti dijadikan pusat pelacuran. Jika sukar, potong bekalan air dan elektrik.

Masakan pelacur dan pelanggan selesa melakukan hubungan seks tanpa keperluan asas terbabit.

Bayangkan, tanpa air? Meleleh ...

Tanpa elektrik? Tiada kipas dan keadaan bilik gelap gelita. Berpeluh ...

Bergantung ...

Jika tindakan terbabit dilaksanakan secara serius, InsyaAllah kegiatan pelacuran mampu dikekang. 

Hapus secara total? Sukar sedikit kerana kini ramai pelacur dari luar negara bekerja secara freelance, menawarkan khidmat mereka di tepi jalan.

6 ulasan:

  1. Kata Usop dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah...'kita bako.. kita bako jeeee...'

    BalasPadam
  2. masalah ni sukar dibendung..senang kata, buat je hukuman rejam sampai mati untuk pelacur2 kat malaysia ni.. terus diorang takut nak buat pasni...=P

    BalasPadam
  3. sepatutnya jika sudah dibuktikan kesalahan menjual ayam, maka pihak berwajib patut mendapat kuasa utk menutup terus ( kunci pagar dan rampas ) premis yang terbabit dalam sindiket ayam ni. Tak la berlaku selepas beberapa jam diserbu, perkhidmatan yang tergendala sebentar disambung kembali. Kalau premis kayu senang la nak roboh atau bakar tapi kalau premis yang bersembunyi dibalik rumah atau kedai mcamana? ada akta khas utk menutup dan merampas?

    BalasPadam
  4. kalau pelacur digelar jalang, lonte, perempuan murahan. lelaki yang langgan pelacur nak dipanggil apa?
    mungkin en mazidul boleh cipta satu perkataan, war2kan kat 999.

    pada pandangan saya, lelaki yang langgar lonte ini kerana mereka nak merasai pengalaman yang tak mungkin depa buat dengan bini sendiri.
    contoh, kalau di jakarta ada istilah mandi kucing.
    macam mana kucing mandi? jilat seluruh badan. Betul?
    macam tulah pelacur di jakarta. suruh jilat, jilat. suruh lipat, lipat dan sebagainya.
    saya dah ke jakarta lebih 7 kali. tak teringin nak langgan pelacurpun. HARAM Ingat yang ada dirumah lebih baik lagi. tiadaa tandingannya.
    kalau nikah satu lagi saya mau. yang ini HALAL.

    BalasPadam
  5. sudah biasa pergi ke hatyai, surabaya, tretes, puncak - semuanya adalah tempat pelacuran.Kalau nak cari.
    tapi alhamdullillah, Masih dalam lindungan Allah.

    BalasPadam
  6. kalau saudara mazidul sendiri dah penah jumpa dgn ribuan pelacur....bayangkan jumlah sebenar pelacus di malaysia ni.

    patut la macam-macam jadi kat negara kita.

    baik dihapuskan saja reban-reban ayam tu. ada kuasa tapi taknak digunakan...besar tanggungjawab tu...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.