Rabu, November 16, 2011

PERANGKUL TIGA PINGAT EMAS SUKAN SEA KE-26

"Tiga bulan saya ikut latihan di Surabaya, tidak pernah bolos (ponteng) dan inilah hasilnya," ujar Franklin Ranses Mumbari.

Atlet Indonesia berusia 20 tahun itu datang ke studio TV3 di Palembang siang tadi.


Franklin, atlet kelahiran Papua merangkul 3 pingat emas dalam acara 100 meter, 200 meter 4x100 meter sekaligus dipercayai bakal dinobatkan sebagai atlet terbaik Sukan Sea ke 26.


"Ini penyampai (pengacara TV)," ujar Abdullah Sani sebelum itu menemubual Franklin.


Saya bukan pengacara sukan hebat seperti mereka justeru saya katakan kepada Franklin ...

"Saya bodyguard mereka ini"

Mujur dia sudi bergambar bersama saya.


Biarpun dilahirkan di antara daerah termundur di Indonesia namun dengan dedikasi, bakat dan komitmen, saya percaya atlet terbabit mampu mencipta nama di peringkat dunia.

Untuk rekod, esok pasukan bola sepak Harimau Muda, di bawah 23 tahun, anak didik Ong Kim Swee akan tampil menentang pasukan Indonesia dalam perlawanan akhir di Jakarta.

5 ulasan:

  1. ayuh skuad negara...buktikan kesungguhan dan kejaguhan

    BalasPadam
  2. Leh tnye sikit x??Papua New Guinea tu adakah sebuah Negara atau salah satu daerah di Indonesia??

    BalasPadam
  3. coba verifikasi sebelum publish, franklin ramses burumi kelahiran Provinsi Papua. Papua new guinea itu nama negara bersebelahan dengan indonesia.

    BalasPadam
  4. Rendi, itu kesilapan kecil, berbanding tidak tahu membezakan di antara bendera Singapura dan Malaysia oleh media Indonesia.

    Ops! Untuk rekod, bendaera Malaysia mempunyai 7 jalur putih BUKAN enam seperti di kibarkan di kolam rengan tempoh hari.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.