Jumaat, November 04, 2011

SEKSUALITI MERDEKA 2011 DIHARAMKAN

Semalam saya menulis berhubung pandangan mengenai program Seksualiti Merdeka 2011, di sini dan sepatutnya bermula semalam sehingga 13 November ini.

Terkini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program itu bercanggah dengan nilai budaya, adat resam, agama dan undang-undang Malaysia. Pada masa sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga meminta pihak berkuasa melaksanakan tindakan tegas terhadap penganjur jika program sama bermatlamat mengiktiraf pengamal seks songsang di Malaysia.

Baca laporan lengkap di sini.

Manakala Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan, semua kegiatan  berhubung program itu diharamkan serta-merta, klik di sini.

Teliti fakta dan pandangan rakan blogger saya, Bujai, berhubung program sama, di sini

Pengamal seks songsang boleh dianggap seperti api di dalam sekam. Sebilangan lelaki gay beragama Islam didapati meluahkan perasaan dan ketaksuban mereka mengenai seks di luar tabi'i melalui penulisan di blog. Bahan lucah terlampau dipaparkan secara terbuka termasuk aksi ranjang mereka bersama kaum sejenis.

Bagaimanapun setelah saya memaparkan beberapa bantahan seperti ini dan ini, beberapa otai gay didapati menutup atau menukar status blog mereka kepada 'the blog is open to invited readers only'. Contohnya seperti, blog milik GURU di Jeli, Kelanatan, Sherita Aziz dan Ita Lembut.


Kelompok gay Melayu beragama Islam di negara kita bak tidak boleh ditegur. Secara spontan mereka akan menyerang kita di alam maya ini.

Kata mereka, benang basah harus terus ditegakkan atas dasar hak asasi manusia, lihat reaksi mereka di sini.

Tidak berpuas hati dengan hasil tulisan saya, sebelum ini lelaki gay turut tampil menemui kru 666, Adam dan meluahkan pandangannya.

"Berulang kali dia minta abang Mazidul tidak datang bersama saya sewaktu berjumpa dengan dia. Katanya, dia tidak suka. Dia cakap abang, tidak boleh dibawa berbincang," ujar Adam.

Laporan pertemua Adam dan lelaki gay di Shah Alam, Selangor boleh dibaca di sini. Hari ini, Adam sekali lagi memaparkan tampalan bernas berhubung gay di blognya.

11 ulasan:

  1. semoga mereka diselamatkan dr kejijikan ini...ngeri memikirkan bala dr Allah....

    BalasPadam
  2. bagus lah kalau pihak berkuasa dah mengharamkan aktiviti mcm ni...tindakan perlu ada.jngan kenyataan media je dah le...

    BalasPadam
  3. Sekarang ni bila saya tgk anak buah saya yg lelaki...sy risau, ape akan jadi pada dia pada masa depan kelak.

    Pengaruh drpd kawan2 sgt lah berbahaya.

    Semoga pihak jabatan agama islam seluruh negara dapat berpadu tenaga untuk banteras gejala tidak senonoh ini.

    Ibubapa pun perlu main peranan mengukuhkan akidah anak2...

    Semoga Allah S.W.T memelihara akidah umat Islam di Malaysia...
    InsyaAllah...
    Aminn....

    BalasPadam
  4. pihak berkuasa ambil tindakan yang teramatlah tegas diatas penganjuran yang sebegini. Saya tak mahu golongan seperti ini diberi MUKA. Kena kawal keadaan ini, tapi kita juga kena bekerjasama atas hal, kita sama-sama banteras gejala ini.Tumpuan haruslah diberikan kepada mereka yang beragama islam.

    Ni saya nak tanya, AMBIGA tu LESBIAN ke?? dia ada anak tak?

    BalasPadam
  5. saya sokong....batalkan apa jua berkaitan seks songsang ni.....

    BalasPadam
  6. Astagfirllahalazim... moga Allah memberikan mereka hidayah. Insaf2lah wahai umat.




    Isteri Cantik Rumahtangga Bahagia. Benarkah?

    BalasPadam
  7. Tak fahamlah dengan puak-puak ni. Majlis Peguam pun satu, walaupun ramai di kalangan ahli Majlis Peguam tu gay, tapi lebih 40% adalah Islam. Kenapa mereka ini dah jadi sonsang dan duk meroyan dengan majlis HARAM JADAH tu. SUARAM pun sama, bukan nak membela hak yang sepatutnya di bela tapi duk juga perjuangan puak-puak laknat ini...jadi elok sangat SUARAM itu kita panggil SUARA HARAM, tak gitu Abnag Mazidul?

    BalasPadam
  8. teringat kata2 arwah opah sewaktu saya menangandungkan anak sulong...katanya zaman dia dulu kalo dapat anak pompuan akan dijaga dengan kawalan ketat sebab tak mahu arang tercalit dimuka keluarga dgn perut mengusung bayi takpasti bapa tapi kata arwah opah lagi, zaman skrg ni anak lelaki pon kena jaga sama ketat kawalan nya sbb zaman jahiliyah suda kembali.....Nauzubillah...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.