Isnin, Oktober 31, 2011

SELIPAR DI KEPALA (UPDATED) SENARAI PENYUMBANG

"Eh! Sebab apa dia tanggalkan baju bang?," soal kru 666, Jet Da Brutal, terkejut.


Secara spontan saya dan Razali kemudian meminta Jet memberhentikan kenderaan dipandunya berhampiran lelaki berpakaian seperti wanita terbabit.

"Di mana lagi ada orang bergelandangan?," soal saya kepadanya.


'Otai' pondan itu menjawab dengan tenang dan bersahaja.

"Di Stesyen KTM (Keretapi Tanah Melayu) dan Dataran Merdeka," balasnya.

Setelah mengucapkan terima kasih, kami kemudian segera beredar.

"Dia siap genyit mata," bisik Razali duduk di belakang kereta.

"Bang, mengapa dia londehkan baju tadi?," soal anak kelahiran Kuala Lumpur itu keliru.

"Dia hendak menarik perhatian tiga lelaki melintas di hadapan dia tadi," jelas Razali.

Untuk rekod, kru ke-13 666, Jet, pensyarah dan pelajar doktor falsafah, Phd dalam jurusan Sains Perpustakaan, di Universiti Malaya. Anak ke dua daripada empat beradik itu kini mengajar pelajar ijazah di Universiti Teknologi Mara Shah Alam.


"Saya baru sebelas bulan membuat tesis untuk Phd fasal prison library. Kita hendak tahu apakah bahan diperlukan oleh juvana bermula pada usia 16 tahun untuk dibaca di penjara," jelas Jet.


"Apakah kesalahan juvana sehingga dipenjarakan?," soal saya.

"Membunuh tanpa niat atau dengan niat, merogol dan merompak.  Saya bagi contoh, satu kes juvana membunuh ketika berusia 12 tahun, sekarang umur dia 23 tahun dan dipenjarakan seumur hidup dan sedang membuat diploma. Harapannya, berbekalkan pendidikan dia berpeluang untuk dibebaskan dengan pengampunan sultan. Majoriti mereka berbangsa Melayu meluahkan perasaan kepasa saya semasa ditemubual. Ramai menangis kerana terlalu merindui emak dia orang," kongsi Jet.


Kebanyakkan daripada mereka bergelandangan di jalanan juga berbangsa Melayu. Bezanya di penjara banduan juvana masih tidur menggunakan bantal serta berpeluang berkongsi kedukaan bersama individu seperti Jet.

Kebajikan kelompok gelandangan jauh terpinggir. 

Di Stesyen KTM Kuala Lumpur, saya rakamkan gambar berikut dari jarak jauh, bimbang kerana dipercayai sebilangan mereka bergelandangan di lokasi itu, penagih dadah. Biarpun gelap, kami dapat melihat susuk tubuh kurus kering berjalan terhoyong-hayang mencari tempat sesuai untuk melabuhkan tirai malam.


Lelaki itu tidur di atas simen tanpa tilam, selimut dan bantal.

Di Dataran Merdeka, kami terserempak lelaki mendakwa berasal dari Sandakan, Sabah.


Perlahan Razali duduk di sebelah lelaki mendakwa bekerja sebagai tukang menyapu cat di Jinjang, Selangor itu.


"Duduklah Jet," pinta saya.

Jet kemudian berbual dengan lelaki gelandangan terbabit sambil diperhatikan dan dipantau oleh Razali. Saya terlihat dua tin arak berhampiran lelaki sama.


 "Itu siapa punya?," tanya Jet sambil menunjuk kearah tin arak berbungkus.


"Itu saya punya juga, belum dibuka lagi," jelas lelaki berusia 41 tahun itu.


Lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol itu kemudian merenung Jet dari atas ke bawah dan kemudian bergurau sambil meletakkan kepalanya di bahu kiri Razali bak ingin bermanja. Bagaimanapun kru 666 berusia 40 tahun  itu masih berupaya bertenang dan mengawal tindakannya.

Jet pula cuak berikutan tindakan lelaki itu. Pantas saya mengajak mereka beredar dari lokasi terbabit. Maklumlah, orang mabuk berupaya untuk melakukan tindakan di luar jangkaan minda kita.

Beberapa langkah berjalan, saya merakamkan gambar lelaki gelandangan, tidur di bawah cahaya lampu sambil beratapkan langit di  dataran bersejarah itu.


Dia hanya berbantalkan beg galas namun kelihatan tidur lena tanpa mempedulikan orang ramai di sekitar. Dia juga langsung tidak terusik dek bunyi bising kenderaan lalu-lalang di jalan utama di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad.


Pastinya dia mempunyai kisah lampau kehidupan sehinggakan terpaksa bermalam di lokasi terbuka itu.

Sebelum ke dua lokasi disyorkan pondan kami temui, kru 666 berada di hadapan bank RHB Jalan Tun Perak di tepi Lebuh Ampang.


Razali dan Jet menemubual lelaki gelandangan berasal dari Melaka, ayah kepada dua anak.


"Kenapa tidur di sini?," soal Razali.

"Hendak tidur di masjid kena halau, dia orang takut kami mencuri duit sedekah di masjid. Kalau di gereja tidak ada masalah malah mereka sudi menyediakan tempat tinggal dan makanan tetapi saya tidak mahu pergi ke sana," jelas lelaki berbangsa Melayu berusia 44 tahun itu.


Sambil mereka berbual, saya merakamkan gambar 12 lagi lelaki gelandangan lena di kawasan berhampiran. 


"Siapa hantarkan bekalan makanan ke sini?," soal Jet kepada lelaki sama.

"NGO, PERTIWI (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam) dan JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan)," balasnya perlahan.


Di lengannya jelas kelihatan kesan lubang suntikan jarum justeru saya berasa ragu kerana menurut Razali, lelaki terbabit mendakwa bertugas sebagai pengawal keselamatan.


Mari bersama kita perhatikan 'bantal' kelompok gelandangan terbabit seperti dirakamkan.


Fakta, mereka semua tidur hanya berbantalkan surat khabar, pelbagai jenis beg atau tangan sedangkan kita beradu selesa nyenyak di dalam bilik bertilam empuk dan berbantal lembut.

Sewaktu meninjau di kawasan sama pada jam 12.30 malam, saya terlihat dua warga emas berbangsa Melayu dan India tidur bergelimpangan. 


Pada saat tubuh dimamah dek usia, di manakah anak, isteri dan keluarga mereka? Berasa kita terlalu kejam mengizinkan warga emas terbabit menghabiskan sisa hidup mereka dalam keadaan terlalu daif.

Di manakah kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat? 

Di manakah jutawan Malaysia selama ini hidup mewah? Di manakah pula semua pemimpin berjiwa rakyat di negara kita?

Jika kenderaan mewah dan banglo tersergam indah berharga jutaan ringgit mampu mereka miliki, mengapakah keadaan sebegini harus terus terjadi?

Kami kru 666 tidak tergolong dalam kelompok itu, hidup kami sederhana dan tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan kakitangan jabatan kerajaan untuk melaksanakan tindakan bertujuan membantu mereka.

Projek Bantal ingin kami laksanakan hanya sekadar mampu melapik kepala warga emas terbabit secara sempurna agar mereka berpeluang melelapkan mata dalam keadaan lebih selesa.

Sekaligus membantu lelaki gelandangan di bawah 'mengangkat' martabat kepalanya.


Jika pembaca bermurah hati ingin membantu, sila klik PROJEK BANTAL

KEMAS KINI

Senarai Nama Penyumbang Bantal

1. Mohd Fadzly Nordin 
2. Zaini (Kota Damansara)
3. Farul (Cheras)
4. Ustaz Hafiz Ahmad (Gombak)
5. Pembaca blog (Kelana Jaya)

Penyumbang berkelapangan untuk pergi bersama kru 666 ke beberapa lokasi gelandangan di Kuala Lumpur, sila maklumkan kepada kami. 

Tarikh dan waktu pengagihan bantal akan dimaklumkan kelak.

'1 bantal 1 gelandangan'


Terima kasih.

Ahad, Oktober 30, 2011

PROJEK BANTAL

Manusia homeless, gelandangan, wujud di bandaraya Kuala Lumpur.


Majoriti mereka tidur di kaki lima atau di ruang pejalan kaki di hadapan deretan kedai. Kini dilaporkan terdapat sebilangan kumpulan membekalkan makanan dan minuman kepada kelompok terbabit.

Lihat gambar mereka tidur di sini.

Kepada pembaca berpeluang merayau pada waktu malam atau di awal pagi pasti pernah terserempak dengan manusia berhati mulia, membantu golongan memerlukan.

Kebanyakkan mereka bergelandangan, tidur tanpa tilam, selimut dan bantal. Bagi mereka, simen itu tilam, baju itu selimut dan tangan itu bantal. 

Kru 666 percaya, dengan sumbangan ikhlas masyarakat, kita berupaya memberikan sedikit keselesaan kepada kehidupan mereka.

Justeru, kami ikhtiarkan 'Projek Bantal'.

Kepada pembaca blog ini, ingin menyumbangkan bantal, sila berhubung dengan Razali Harun di talian 016 231 5812 atau emel ke razarro@yahoo.com.

Sumbangan berbentuk wang tunai boleh didepositkan ke akaun Maybank 1141-0600-4713 tetapi pastikan pembaca menghubungi Razali untuk urusan berhubung slip deposit. 

Sila catatkan NAMA PENUH dan lokasi anda tinggal.

Bantal sponge, plastik, kekabu atau bantal angin bersaiz KECIL, semua diterima dan InsyaAllah akan diagihkan kepada kelompok gelandangan di ibu kota.

Jika ada penaja bermurah hati, Alhamdulillah.

Selain merakamkan gambar pegun dan video entiti paranormal sebagai hobi, kru 666 juga ingin terus berurusan dan membantu manusia. Semua kru 666 bersedia mengagihkan bekalan bantal kepada kelompok gelandangan, itu janji kami.

.. biarpun usaha kami itu cuma sekelumit.

Orang ramai mempunyai waktu terluang juga dijemput bersama mengagihkan bekalan bantal bakal disumbangkan oleh pembaca.

Tarikh dan waktu pengagihan akan diumumkan kelak.

MENDEBARKAN ...

Mendebarkan ...


Jumaat, Oktober 28, 2011

ANJINK FAM? ATAU BAB ... ? (UPDATED) GAMBAR WISMA FAM


Ramai rakyat Malaysia gemar menonton perlawanan bola sepak dan bijak meluahkan isi hati mereka berikutan harga tiket pertandingan akhir Piala Malaysia esok dinaikkan ke RM50.

Laman sesawang Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM digodam.

Dengarnya Wisma FAM di Kelana Jaya, Selangor disimbah cat merah.

Menteri Belia dan Sukan serta Presiden FAM sudah campur tangan tetapi setakat ini tiket perlawanan masih tetap RM50. Kita tengok apa lagi bakal berlaku. 

Ranking pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dilaporkan semakin teruk, harga tiket melambung. 

KEMAS KINI

Berikut gambar terkini Wisma FAM di Kelana Jaya.

KLIK

Klik ...


Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada statistik itu.

Jika ingin mengiklankan produk atau perkhidmatan sesuai di blog ini, sila hubungi Sabil di talian 017 256 3850.

Klik Sabil.

Sabil juga menawarkan perkhidmatan membuat laman web secara kreatif dengan harga berpatutan.