Ahad, Februari 12, 2012

SOFA BERKUALITI HARGA 30% LEBIH MURAH

Terima kasih kepada semua sudi menonton Majalah 3, selama 1 jam malam tadi. Saya kini sedang dalam perancangan untuk menghasilkan paparan seterusnya berjodol 'Body Snatchers'. 

Kekadang untuk mendapat ilham menarik, saya gemar duduk di tempat selesa, sofa lembut tetapi tahan lasak, memudahkan saya 'berkubang' sepanjang hari.

Sofa di bawah, saya beli pada pertengahan Disember tahun lalu.


Semalam taukeh kilang perabot terbabit, Ah Chai dan isterinya, Angel datang menemui saya.


"Saya sekarang selalu membaca blog Mazidul," ujar Ah Chai.

Saya tersenyum.

Sebelum ini, saya percaya mereka tidak mengenal nama saya apatah lagi blog ini. Kekadang perabot mencetuskan persahabatan.

"Sejak cerita kilang saya keluar di blog, beberapa pembaca datang membeli sofa," tambahnya.

"Sekarang ini, ada seorang lagi sudah confirm tempahan tetapi belum ambil lagi," sampuk Angel.


"Baguslah. Lagipun kita bukan menipu orang. Kalau barang baik, harga berpatutan, pelanggan akan beli," balas saya.

Mereka bermula sebagai peniaga kecil-kecilan dan kemudian berjaya membuka kilang perabot di Sungai Buloh, Selangor. Sejak dari awal Ah Chai memaklumkan saya, barangan dihasilkan oleh kilangnya dijual dengan harga kira-kira 30%  LEBIH MURAH berbanding harga perabot dipasarkan oleh kedai ternama.

Sedangkan kualiti hampir sama atau lebih elok.

Baca entri pertama, saya nukilkan berhubung perniagaan mereka, klik di sini.

"Kalau pelanggan hendak pergi ke kilang, masih boleh telefon untuk awak jemput kalau susah jumpa jalan?," usik saya.

"Masih bang. Itu tidak ada masalah. Masuk sahaja kawasan Sungai Buloh, hubungi saya, kita direct datang ke kilang. Kalau susah juga mahu jumpa, kita ambil di lokasi pelanggan tahu. Mereka boleh datang dahulu, tengok pelbagai jenis perabot kita hasilkan, beli atau tidak, itu lain kira," jelas Ah Chai.


Justeru kepada pembaca tinggal di Lembah Klang dan berhasrat untuk menukar sofa baharu, sila berhubung secara terus dengan Ah Chai di talian 012 39 666 21.

Maklumkan kepada dia, maklumat berhubung kilang perabot miliknya diperolehi dari blog ini, layanan dan harga istimewa akan ditawarkan.

Mohon sebarkan maklumat ini di Facebook, terima kasih kepada semua pembaca.

9 ulasan:

  1. Majalah 3 bagus, segar & menarik!

    Tawaran harga rendah 30% drp harga pasaran utk sofa tu sangat berbaloi kalau setara dgn kualitinya.

    BalasPadam
  2. alahai, abg mazidul.. terlepas le nukilan pasal perabot tu.. sy baru je beli baru..kalau tau, dh g dah sg buloh... sy share le kat fb sy utk rakan2 lain... :)

    BalasPadam
  3. lupa nak tanya.. kalau sy kol Ah Chai tu..just ckp ke sy follower abg mazidul punya blog? hihih..tq abg mazidul

    BalasPadam
  4. Terima Kasih atas makluman. Memang berhajat nak cari sofa. Yang mahal tak mampu.

    Ada kedai Jati yang En Mazidul syorkan?

    BalasPadam
  5. smti...boleh gak cuba2 tengok..kot2 cik abang bagi izin tukar perabot baru...tq mazidul for the info

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.