Rabu, Mac 28, 2012

MALAM INI PELBAGAI PERSOALAN AKAN TERJAWAB ...

"Sekarang ini hujan lebat di Puncak Perdana," ujar kru 666, Mohd Farid Hamzah.

Dimaklumkan Jet juga sudah berada di lokasi sama.

"Tetapi InsyaAllah tidak ada masalah sebab memang ada bilik besar dekat sini sebagai alternatif.  Lagi mudah untuk kita mengawal keadaan. Untuk pengetahuan abang, 'perancangan' kita ok dan saya ada ide bernas untuk dilaksanakan," ujarnya lagi.

"Malam ini, Shaiful akan berjalan seperti beauty pagent," balas saya.

Farid faham apa dimaksudkan.

Jam 8 malam ini, bakal berlangsung 'Forum Menyingkap Fakta Paranormal' di Universiti Teknologi Mara , UITM Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

Ahli panel bakal mengupas topik terbabit, kru 666, Razali Harun, wakil Pengembaraan Alam Ghaib, Azree Ja'afar, Al-Hafiz Ustaz Zaharuddin Zainal dan Ustaz Muhammad Hafiz Ahmad, wakil Kasturi Syifa'.

Malam ini pelbagai persoalan berhubung Paranormal akan terjawab dan orang ramai dijemput untuk menghadirkan diri ke majlis ilmu terbabit.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang, saya akan bertindak sebagai moderator forum. Terima kasih kepada pihak pengurusan UITM kerana sudi memberikan peluang kepada kami sebagai penyingkap fakta.

Datanglah, jika mempunyai waktu terluang.

HEBAHKAN

3 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.