Sabtu, November 24, 2012

KERETA PERONDA POLIS 'BERGONCANG' DI SUNGEI WAY?

Malam tadi saya bersama kru 666, Razali dan Suhaimi melakukan tinjauan ke Sungei Way, Petaling Jaya, Selangor.

Lokasi, rumah teres dijadikan asrama pekerja kilang wanita, majoriti berasal dari Indonesia.


Saya difahamkan, dahulu kawasan itu meriah di malam hari. Ramai gadis kilang bersidai di beranda rumah sewa, kekadang tanpa memakai coli.

Namun hasil tinjauan setengah jam bermula pada kira-kira jam 11.30 malam tadi, berbeza. 

Kami hanya melihat beberapa gerai menjual minuman suram beroperasi, dipenuhi pelanggan warga Indonesia. Semua rumah sewa kelihatan lengang. Tiada pula gadis Indonesia duduk beramai-ramai di beranda sambil melambai setiap pemandu kenderaan melintasi rumah sewa mereka.

Saya dan rakan ke lokasi itu, selepas terbaca artikel tulisan Dr. Hamdan Adnan, mendakwa beberapa gadis Indonesia dijadikan 'mangsa', pemuas nafsu polis. Penulis sama juga mendakwa, SETIAP MALAM, anggota polis melakukan rondaan membawa gadis warga asing ke kawasan gelap di Kampung Sungei Way,  kenderaan dipandu kemudian diberhentikan di kawasan terpencil lagi gelap untuk mereka 'bergembira'.

Tambah penulis lagi, dia mendakwa beberapa kali mengekori kereta peronda polis dari jauh dan melihat kenderaan itu 'bergoncang'.

Teringin benar saya untuk merakamkan visual atau gambar itu JIKA benar berlaku.

Dr. Hamdan juga mendakwa, mengikut khabar angin, fail kes bunuh boleh 'dihilangkan' dengan bayaran RM1 juta.

Klik di sini untuk membaca artikel beliau bertajuk 'Police and rape are normal'.

Hemat saya, selain mengemukakan dakwaan sebegitu, lebih bijak andai Dr. Hamdan menampilkan bukti  seperti rakaman video, gambar pegun atau nombor pendaftaran kenderaan terbabit untuk menyokong kesemua dakwaan dipaparkan oleh beliau untuk tatapan umum itu.

Tanpa bukti, amat wajar Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed meminta beliau memberikan penjelasan lebih terperinci kerana dakwaan ditampilkan serius sekaligus mencemarkan imej polis di kawasan pemantauan ACP Arjunaidi.  


14 ulasan:

  1. smti.......bro, kumpul bukti....buktikan ini sekadar khabar angin sahaja....

    BalasPadam
  2. Tak mustahil ianya berlaku, polis bkn malaikat. Menyeludup mercun guna peronda pun pernah dilihat

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...Saya difahamkan, dahulu kawasan itu meriah di malam hari. Ramai gadis kilang bersidai di beranda rumah sewa, kekadang tanpa memakai coli...ada bukti ke?

    BalasPadam
  4. Kehidupan Makkah, saya difahamkan ... faham ke maksud ayat itu Tuan?

    BalasPadam
  5. apabila ada orang berkata begitu .... mungkin pernah terjadi kes sebegitu .....

    kalau dah ada statement "bersidai tanpa memakai coli" .... yg meronda pula ialah lelaki ... siapa yg ketiga ??? :)

    BalasPadam
  6. Shahrul, selain daripada polis, ramai lagi lelaki lalu-lalng di kawasan sama.

    Barangkali awak kurang arif berhubung sejarah Sungei Way. Sebelum ini, penempatan pekerja kilang warga asing itu sering dikunjungi oleh lelaki tenpatan untuk mencari pasangan.

    Jadi pelbagai cerita dikongsikan dek masyarakat.

    Namun dakwaan mengatakan gadis Indonesia dijadikan sebagai pemuas nafsu anggota polis membabitkan pihak berkuasa dan harus dibuktikan.

    Jika tiada bukti, bahan ditulis menjadi FITNAH.


    BalasPadam
  7. Saya melihat ini sebagai satu tohmahan kerana terdapat beberapa percanggahan fakta dan kecelaruan di dalamnya. Barangkali penulis itu juga sengaja mahu memperbodohkan pembacanya.

    Saya juga keliru kenapa pengadu, kalaulah dia benar seorang cendekiawan yang kononnya Prof Hamdan, tidak repot terus ke Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan atapun SUHAKAM memandangkan beliau mempunyai akses tersebut. Tetapi saya yakin yang menulis itu bukan Prof Hamdan yang asli.

    FYI, kepada sesiapa yang menghadapi apa2 masalah berkaitan mana2 agensi penguatkuasan, anda boleh menghantar email terus kepada Pengarah bahagian aduan- Tuan Mujib Saroji menerusi emailnya mujib@eaic.gov.my

    kamal fnd hashim

    BalasPadam
  8. setiap pertuduhan terbuka sebegini harus mempunyai bukti. kesan dari artikel ini boleh membawa implikasi yg buruk pada PDRM dan kerajaan Malaysia. Pembaca harus berfikir secara kritis bila membaca sebarang artikel dari media internet kerana banyak penulisan merapu berbanding fakta sebenar. tapi yang lebih malang sekali ramai sungguh yang percaya pada penulisan merapu dan fitnah tanpa bukti dan fakta.

    BalasPadam
  9. Saya bersetuju dgn pendapat yang mengatakan tuduhan ini adalah serious maka bukti kenalah di lampirkan.

    Juga aduan rasmi perlu dibuat ke pihak yang bertanggung jawab!

    Kita tidak mahu kerana ada pepatah Melayu berkata => Sebab nila setitik, rosak susu (= santan) sebelanga !

    Kerana sebilangan kecil individu polis yang rasuah/korupt maka seluruh pihak polis yang OK akan menerima hukuman !

    Wassalam..

    BalasPadam
  10. Bohong je dr Hamdan tu.... Saya hari2 lalu ikut kawasan 219 ke ldp... Payah la....

    BalasPadam
  11. huhuhuhu!

    Takkan polis mabil kesempatan kot?

    BERGOYANG?? MAKKKK AIHHH!!

    x bepeluh ke kereta tuh Abg Mazidul?

    Update Terbaru Di BLOG MAZEER : CARA NAK MELIHAT KEMBAR QARIN ANDA!

    BalasPadam
  12. Assalam, apabila kita kata polis ia merujuk kepada semua anggota PDRM seluruh negara dari lain-lain pangkat sehingga pegawai. Malangnya apabila ada perlakuan seorang dua anggota yang yang bercanggah dengan etika kerja mereka,jari telunjuk akan menuding kearah semua anggota dan ini tidak adil. Satu perkara didalam email tersebut walaupun ditulis perkataan 'RUMOUR' mengenai bayaran RM1 juta untuk menghilangkan fail jenayah bunuh amat sensitif.Harus dijalankan siasatan keatas pengirim email.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.