Khamis, November 22, 2012

RAKYAT MALAYSIA TAKUTKAN PATI INDONESIA?

Warga Malaysia takutkan pendatang tanpa izin warga Indonesia?

Mereka mendirikan penempatan haram, kita diam.

Mereka memonopoli kawasan perniagaan, kita diam.

Mereka bekerja secara haram, kita diam.

Mereka melakukan pelbagai jenayah, kita diam.

Bilakah bangsa kita bakal bangkit sekaligus berani untuk bersuara? Bersuara untuk menyatakan hak. Hak untuk hidup selesa dan selamat tanpa kehadiran mereka. 

Tidakkah kita sedar, sedang ketua dan ahli  parti politik saling caci-mencaci dan membenci, negara kita dijajah oleh PATI?  

Di manakah PATI tinggal? Di negeri di bawah pentadbiran semua parti politik samada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat. 

Saya telah melihat karenah PATI di Sabah, Sarawak dan semua negeri di Semenanjung. Warga tempatan tidak pernah meredai kehadiran mereka. Namun adakah mereka peduli? Tidak. 

Dari Tawau, Sabah sehingga ke Johor Bahru, Johor, rakyat tempatan merungut berhubung kebanjiran PATI.  Saban hari, kehidupan mereka dihimpit oleh kebimbangan dan keresahan. Siapakah sudi mendengar keluhan dan rintihan mereka? 

Mendengar tiada masalah tetapi mengambil tindakan?

Biarpun diserbu berulang kali oleh pihak berkuasa, ratusan ribu PATI masih terus gah tinggal di Malaysia. Ditangkap dan kemudian dihantar pulang ke Indonesia, mereka kembali semula ke sini dalam sekelip mata.

Rakyat Malaysia tidak buta. 

Kita melihat dan sedar masalah kebanjiran PATI di negara ini masih GAGAL ditangani oleh Jabatan Imigresen Malaysia, JIM dan Pasukan Polis Diraja Malaysia, PDRM. 

Sampai bilakah PATI akan terus bermaharajalela di negara berdaulat ini? Tiada pihak mampu menjawab soalan itu.

Setuju?

Sebelum ini, saya berpeluang menyertai ratusan operasi membanteras PATI di seluruh pelusuk negara. Dalam entri ini, biar saya kongsikan antara masalah utama mengakibatkan kepincangan menangani kebanjiran pendatang haram di Malaysia, berlaku selama ini.

Mengikut pengamatan saya, berlaku karenah birokrasi di antara JIM dan PDRM  dalam melaksanakan tugasan dipikul walhal kedua agensi penguat kuasa kerajaan itu bernaung di bawah kementerian sama, Kementerian Dalam Negeri.

Biar saya huraikan.

Mengikut Akta Polis 1967, PDRM dituntut untuk membantu tugasan semua pihak penguat kuasa lain di Malaysia. Bagaimanapun, sebelum ini, PATI diberkas oleh polis, diserahkan kepada JIM untuk tindakan lanjut. 

Kini, berbeza.

PATI diberkas oleh polis, berstatus 'Orang Kena Tahan' atau OKT. Rakaman percakapan OKT dibuat oleh polis untuk menyiapkan laporan. Polis kemudian terpaksa mendapatkan PENGESAHAN status OKT itu daripada JIM. 

Adakah OKT memiliki rekod keluar masuk di antara dua negara? Adakah dia mempunyai paspot tetapi telah tamat tempoh? Atau adakah OKT terbabit memasuki negara ini secara tidak sah sekaligus tidak mempunyai dokumen perjalanan?

Pengesahan status OKT dikurung di lokap polis selepas ditahan, hanya boleh diperolehi dalam tempoh minima 3 hari bekerja. Harus juga diketahui, komunikasi di antara polis dan JIM, menggunakan surat. Maksudnya, surat dihantar oleh polis menggunakan tangan kepada kakitangan JIM bertugas.

Mengapa?

Untuk tujuan pertuduhan, mahkamah memerlukan pengesahan bercetak bukan secara lisan. 

Setelah pengesahan diperolehi, kertas siasatan disiapkan oleh polis kemudian dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya, DPP. Jika DPP memutuskan OKT boleh dituduh, dia akan diheret ke mahkamah dan dibicarakan. 

Jika didapati bersalah, OKT dijatuhi hukum dan andai sebaliknya, dia dibebaskan.

Jadi apakah masalahnya?

Hemat saya, tempoh 3 hari atau lebih untuk merujuk dan memperoleh pengesahan status OKT daripada JIM, antara faktor melambatkan proses perlaksanaan undang-undang selepas polis menangkap PATI. Fakta, selama tempoh itu, OKT ditahan di lokap polis sekaligus tiada tempat untuk menempatkan OKT kes lain. Contohnya, andai OKT kes jenayah disumbat ke dalam lokap sama, lokap bak sardin pasti akan menarik perhatian pejuang hak asasi manusia.

Sebagai informasi tambahan, lazimnya, pihak berkuasa diberikan tempoh reman 14 hari sebelum PATI didakwa di mahkamah, sama seperti bilangan hari reman untuk menyiasat dan mendakwa kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Walhal jika kini, polis berpeluang menyerahkan terus PATI ditangkap kepada JIM untuk tindakan undang-undang, birokrasi itu berpeluang dihapuskan. 

Dalam erti kata lain, semua OKT dihantar terus ke Depo Tahanan Jabatan Imigresen dan JIM tidak perlu merujuk status OKT kepada jabatan lain untuk tujuan pertuduhan di mahkamah. 

Saya percaya, selagi masalah birokrasi belum ditangani, semangat pegawai dan anggota polis untuk membantu JIM menangkap PATI akan menjadi semakin layu. 

Daun layu, akhirnya kering berkerepot sebelum gugur ke tanah.

Akibatnya, masalah PATI akan kekal menghantui kehidupan kita di Malaysia dan sekaligus kegagalan  JIM dan PDRM dipamerkan kepada rakyat.

Klik di sini.

17 ulasan:

  1. Assalam.,

    Kadang2 rasa macam kat Indon di sesuatu tempat, kadang2 rasa macam di Bangladesh, takpun di Myanmar, terus terang saya katakan..agak takut dengan mereka ini seolah2 kita pulak yang duk merempat kat tempat mereka. Semasa saya tinggal di Eropah dan Jepun (lebih kurang 12 tahun) saya berasa lebih selamat di sana, tidak seperti saya tinggal di negara sendiri..entah kenapa saya ada perasaan begitu....

    BalasPadam
  2. Tidak bolehkah atau menyalahi undang-undang ke kalau semua PATI yang ditangkap ni dihalau terus ke negara asal mereka pada sehari selepas mereka ditangkap? Tak payah nak tahan-tahan dan dakwa-dakwa, terus halau balik sahaja selesai masalah.

    PATI Tak ada duit tambang? Takkan tak ada duit kot. Kalau tak ada duit jugak, Wujudkan satu tabung untuk biayai tambang PATI. Sumbangan untuk tabung ni boleh dikutip daripada PATI sebagai denda kerana masuk negara kita secara haram.

    BalasPadam
  3. Sekarang ini pati ada macam-macam dari pelbagai negara dan menceburi pelbagai bidang pekerjaan dari bandaraya hingga ke ceruk kampung pun ada pati.Dengan sebab itulah juga sekarang ini ada pelbagai kes jenayah yang tidak kita terfikir dan bayang telah berlaku dengan banyaknya.Keluhan, rintihan rakyat bagai tak dipedulikan. Siapakah yang patut ditujukan jari ? Akhirnya kita sendiri juga yang dipersalahkan....?????

    BalasPadam
  4. Hopefully ahli2 politik yang tunjuk bagus dalam dewan tu baca artikel nie..da puas tgk mat indon,bangla,vietnam,afrika datang sini buat hal...buta ke orang2 politik nie?? ke x buat keje?? jawapan musti sama...akan buat siasatan tapi x settle2 jugak! susah la dapat orang2 yang nak kejar pangkat dan wang saja tapi rakyat terseksa..cuba mai turun padang berapa ramai PATI kat malaysia nie? turun padang without any announcement so that PATI takkan lari and ahli politik leh tgk sndri berapa ramai wat dajal kat NEGARA YANG TERCINTA nie.

    BalasPadam
  5. diorang pihak berkuasa hidup dalam zaman batu ker ? kan sudah ada kemudahan "ONLINE" dan jugak "INTERNET" - gunakanlah kemudahan tersebut.. bukan hanya gunakannya bila nak seronok2 tengok facebook dan bersembang kat pejabat... inilah gunanya...

    mungkin para pelaksana perlu lebih "CELIK IT"

    BalasPadam
  6. undang undang bertindih laaa kot .....

    pandangan saya kuat mengatakan bahawa sebenarnya di "sempadan" .. masih ada ramai "tali barut" yang bersetongkol dengan agensi penguatkuasaan .... lebih tpt lagi ... aktiviti "suapan" .... (maaf jika silap ....), seterusnya menyumbang kpd lemahnya penguatkuasaan .....

    BalasPadam
  7. PATI sebaliknya umpama aset ampuh kpd pihak trtentu bagi mengekalkn dominasi, 'kebolehan' mereka utk mengundi amat signifikan dlm menjadi penentu....

    BalasPadam
  8. Ramai PATI di Flat 'ikan' berhampiran fakulti alam sekitar di UPM.. siap berniaga lagi.. Yang herannya polis pun ramai

    BalasPadam
  9. memang ada tali barut..siapa nak ambik tindakan?masing2 ada kepentingn untuk dijaga

    BalasPadam
  10. kita tak boleh mengharapkan atau tuding jari kat pihak berkuasa je.Kita sebagai rakyat malaysia yg sayangkan negara patutnya kita mainkan peranan.Negara kita, kitalah jaga.Pihak berkuasa takkan mampu nakkawal berjuta2 pendatang haram kat negara kita ni

    Kita patut mainkan peranan jugak, cakna dan ambil tau sikit.contoh kepada tuan rumah jangan bagi sewa rumah sesuka hati kat diorg, selidik dulu ada passport ke tak,org bisnes pulak jgn ambik pekerja warga asing, jgn fikir nak bayar gaji murah je.

    Jgn bagi diorg selesa.dah tgk komen berjela2 panjang dari rakyat malaysia ni, nampak la sudah penyebab kenapa masalah kebanjiran warga asing tak dapt dibendung.dok tuding jari sapa salah, sapa betul, mmg payah la camtu

    BalasPadam
  11. SMTI, bangunlah bangsaku dari tidur yang nyenyak.

    BalasPadam
  12. amat setuju dengan pendapat kengkawan di sini .. saya kagum dengan kerajaan Singapura yang begitu tegas dengan perlaksanaan undang-undang di negara mereka. Sehinggakan rakyat asing/pelancung ( termasuk pelancung dari M'sia ) amat patuh dan akur dengan undang-undang mereka. Ketegasan pihak pemerintah Singapura melaksanakan undang-undang member keselesaan kepada rakyatnya. Tapi rakyat di Malaysia mengeluh tak sudah mengenai masalah PENDATANG ini .. adakah kerajaan Malaysia ambil kisah?? Yang terkini .. ribuan lagi BANGLA akan di bawa masuk tahun depan .. sedangkan yang ada sekarang pun dah menyesak nafas warga tempatan. Setuju sangat dihapuskan saja birokrasi .. agar setiap pendatang yang ditangkap terus di hantar saja balik ke negara mereka SETELAH DI SEBAT sekali kalau itu pertama kali mereka masuk secara tidak sah !!!

    BalasPadam
  13. Betul Abg Mazidul.

    Saya pun takut, sebab diorang ni pandai main ilmu2 ajaib.

    Contohnya, biar saya nyanyikan utk pembaca semua di sini yea...

    "Kadam mbak dukun, sedang ngobatin pasiennya..
    Konon katanya, sakitnya kerna diguna2...
    Sambil kumat-kamit mulut mbak dukun baca mentera,
    Ambil segelas air lalu pasien disemburrrrrrrrrrr...."

    Update Terbaru Di BLOG MAZEER : CARA NAK MELIHAT KEMBAR QARIN ANDA!

    BalasPadam
  14. akhir tahun ini saje hampir setiap hri seratus lebih sample darah fomema diterima...bayangkan untuk sebulan..saya rasa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untk bendung kemasukan melampau pendatang asing...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.