Rabu, Disember 19, 2012

BERTARUNG BIAR SETANDING

Sejak kebelakangan ini, media menyiarkan kes penderaan terhadap kanak-kanak. Anak kecil, disepak dan dibelasah tanpa belas kasihan. 

Malah ada maut akibat didera.

Mengapakah sebilangan manusia mendakwa matang sanggup bertindak sebegitu?

Oh! Barangkali kerana mereka hanya kelihatan dewasa tetapi bertindak membabi buta akibat didorong emosi keterlaluan.

Insan kerdil, belum mengenal erti hitam putih kehidupan dan tidak berupaya untuk bangun dan menentang kezaliman dilakukan terhadap mereka.

Bertarung, biar setanding.

Semalam, seorang mekanik, T. Rajasegaran, 32 tahun didakwa di mahkamah di atas tuduhan mendera anak isteri keduanya berusia 3 tahun.


Baca laporan Kosmo di sini.

 Di Kedah, seorang lelaki berusia 28 tahun diberkas polis kerana dipercayai mendera anak teman wanitanya berusia 2 tahun sehingga meninggal dunia.

Pankreas anak kecil itu dilaporkan putus

Laporannya Sinar Harian, di sini.

8 ulasan:

  1. SAYA ADA MENDENGAR PERBINCANGAN BERKAITAN KES INI DI BERNAMA RADIO 24.

    SAYA AMAT TERTARIK KERANA ADA SEORANG PEMANGIL BERBANGSA INDIA (SAYA YAKIN DIA BERAGAMA HINDU) AMAT MENYARANKAN HUKUMAN HUDUD DIJALANKAN UNTUK MENGHUKUM SI PELAKU,

    MUNGKIN BELIAU KURANG FAHAM APA ITU HUDUD DAN MEREKA YANG SEPATUTNYA MENERIMA HUKUMAN HUDUD, TETAPI SOKONGANNYA TERHADAP PERINTAH ALLAH INI AMAT MENGHARUKAN SAYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la harapkan nik ajis buat mungkin dio duk tunggu selepas pilihanraya kot.

      Padam
  2. harap pesalah itu akan dikenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya

    http://buasirotak.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. pankreas putus?? Masyaallah abg mazidul..sebagai seorg ibu, rasa hancur hati dgr ada org sanggup buat mcm tu...smpainye hati.apelah yg dibenci sgt pada ank2 xberdosa ni...

    BalasPadam
  4. patut letak lam penjara Guantanamo.. tak pun penjara kt US.. merasa la kena 'dera' dgn banduan senior kt sana.. baru setandinggg..

    BalasPadam
  5. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.