Ahad, Mei 19, 2013

MAS MEMBANTU MEMBAWA PULANG KE MALAYSIA PENUMPANG AIR ASIA DIDAKWA BERMASALAH


Jam 1.30  tengahari  tadi saya menghubungi  adik  Izan Suhaila Mohd Ali,  Saiful Riza, 31 tahun, berada  di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan. 


Klik di sini  untuk membaca  kisah getir ditempuh oleh  Izan dan anaknya,  Maryam Sofea Mohd Reza, 14 bulan,  dilarang menaiki pesawat Air Asia AK 1455, penerbangan dari lapangan  terbang di Ho Chi  Minh  ke Kuala Lumpur malam tadi.



"Saya  berasa musykil. Maryam kena chicken pox kira-kira seminggu sebelum berangkat ke Ho Chi Minh,  Vietnam,  pada hari Rabu, 15 Mei 2013.  Doktor di Malaysia telah mengesahkan tahap  kesihatan  Maryam baik sebelum kami terbang, malah  malam sebelum ke sana,  Maryam  sekali lagi dibawa  menjalani pemeriksaaan doktor. Berikutan  pengesahan itu berstatus sama,  kami membawa  Maryam  bersama," ujar Saiful.


Memang Air Asia berhak melarang penumpang untuk tidak  menaiki pesawat jika didapati membahayakan  nyawa penumpang lain. Maklumat itu  tercatat di salinan  terma dan syarat  perincian penerbangan.

"Masalahnya,  sehingga malam tadi,  kami sekeluarga masih  lagi kabur,  mengapakah Maryam tidak  dibenarkan pulang? Dia tidak demam dan apabila ditanyakan kepada kakitangan Air Asia di lapangan terbang Ho Chi Minh,  mereka tidak langsung memberikan penjelasan. Jururawat memeriksa suhu badan Maryam hanya membisu. Mungkin kerana dia tidak mampu berbahasa Inggeris," kata kakitangan agensi pelancongan itu.

"Jauh  bezanya berbanding kemahiran bahasa Inggeris Tony Fernandes," celah saya.

Di  ruangan  komen entri terdahulu, muncul kenyataan, petugas melarang Maryam menaiki penerbangan,  BUKAN  kakitangan Air Asia tetapi pekerja  lapangan terbang.



Jika kenyataan itu sahih,  di manakah wakil  Air Asia di Ho Chi Minh?  Wakil bertugas untuk membantu  sekiranya penumpang mendepani masalah?  Adalah kebajikan mereka diserahkan  sepenuhnya  kepada ground staff,  didakwa pekerja lapangan terbang?  

Adakah  kejadian   berlaku,  bukti  nyata  nasib  penumpang  sah  pesawat Air Asia   boleh  diperkotak-katikkan  sesuka hati?  Jika wanita  di dalam gambar  di atas TIDAK  terbabit   dengan syarikat  penerbangan  tambang murah itu,  mengapakah mereka  bertugas di pintu 18  terpampang logo  Air Asia?



Maaf,  kerana saya  amat jarang menaiki pesawat  Air Asia,  justeru  memerlukan  sedikit pencerahan. 

"Seperkara lagi,  sewaktu  kami menaiki  pesawat Air  Asia di LCCT pada jam 7 pagi Rabu lalu  untuk ke Ho Chi Minh,  tidak pula timbul sebarang masalah.  Tidak pula Maryam ditahan dan dilarang menaiki pesawat sewaktu check in.  Sedangkan pada ketika itu Maryam  mengalami   chicken pox dalam  tempoh  kira-kira seminggu.  Apapun,  dia tidak demam lagi," jelas Saiful.

"Adakah  wakil Air Asia Malaysia  menghubungi setakat ini?," soal saya.

"Tidak,"  responnya  pantas.

Ayah  Maryam,  Mohd Reza Mat Jan dijangka bakal  terbang ke Ho Chi Minh  petang esok.

"Pada mulanya dia ingin ke sana hari ini.  Dia bimbang mengenangkan nasib isteri dan anaknya  tetapi paspot  Reza  disimpan di peti keselamatan bank. Oleh itu penerbangan terpaksa ditunda esok," kata Saiful.

Jam 3.15 petang,  saya menghubungi Norhamiza.



"Saya  menelefon  adik, Ahmad Johanis, kini  bertugas dengan Tourism  Malaysia di New York, Amerika  Syarikat. Dia kemudian  menghubungi Tourism Malaysia di Vietnam. Wakil Tourism  telah bercakap dengan kakitangan  Kedutaan Malaysia di Vietnam. Staf MAS baik budi, menjemput Izan, Maryam dan dua saudara kami dan membawa mereka ke hospital. Mereka ke hospital kerajaan,  caj  hanya  USD20 untuk pemeriksaan Maryam. Hospital swasta mengenakan caj lebih mahal, USD200.  Wakil Hong Leong Bank di sanapun menghubungi Izan, menawarkan tempat tinggal, jika tiada. In Shaa Allah, andai tiada aral melintang MAS  akan menguruskan penerbangan balik mereka  hari ini juga," jelas kakak Izan itu, tenang.

Justeru itu,  ayah  Maryam membatalkan hasratnya untuk terbang  ke Ho Chi Minh.

Semalam, saya terdengar kenyataan dilontarkan oleh wanita dalam loghat Terengganu di lapangan  terbang di Ho Chi Minh.

"Apa fasal Mazidul  hendak menyibuk?  Ini  prosedur di tempat orang, bukan di Malaysia. Suruh dia duduk"

Biarlah saya jelaskan di sini.

Saya sekadar ingin membantu mereka dalam kesusahan tanpa dibayar sesen pun. Tindakan itu  saya fikirkan lebih  wajar berbanding diam membatu dan mengutuk tindakan individu lain tanpa mengetahui fakta kejadian sebenar.



Kalau puan pengumpat itu  ditakdirkan  mendepani masalah sama, In Shaa Allah,  saya cuba membantu  tanpa  mengambil kira identiti dia. Kalau berkebetulan dia taukeh syarikat pengeluar keropok lekor atau kain baju,  Alhamdulillah,  mungkin jika berkunjung ke Terengganu,  boleh saya membeli se peket  keropok lekor dan baju Melayu dengan harga diskaun.

Yeah!

"Kita semua rakyat Malaysia dan seharusnya saling bantu-membantu sewaktu dalam kesempitan.  Kami  membayar  tiket kepada Air Asia dan menaiki pesawat Air Asia. Sekurang-kurangnya apalah salahnya andai  kakitangan mereka di Vietnam  menghantar ahli keluarga saya ke hospital pada malam itu. At least kami berasa mereka selamat sebelum terpaksa meninggalkan mereka,"  komen Norhamiza.


Sekalung  penghargaan kepada  penumpang pesawat AK 1455 pelbagai bangsa,  sudi menhulurkan wang ringgit mereka secara ikhlas  untuk membantu Izan  dan  Maryam semalam. 

Ikuti laporan kisah ini di akhbar NST esok.


85 ulasan:

  1. Eh, macam tu lah kan orang yang ada network yang besar seperti saudara Mazidul sepatutnya bertindak, membantu mereka yg dalam kesempitan.

    Salute.

    =)

    BalasPadam
  2. semoga izan dan anaknya selamat pulang ke malaysia. kepada akak yang mungkin orang terengganu tu, kite cube tolong orang. bayangkan kalau akak di tempat izan, bagaimana rasanya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. btol... selagi tk kene kat diri , ..dah kene masalah sama baru akak ganu tu paham

      Padam
    2. sy org ganu malu plop dgn peragai "AHKAK GANU" tu..
      cer kene ke mung anok branok guaner mung wase...peseng ngangg bederaungg situ pah ceroh!

      Padam
  3. Tahniah tuan..semoga paparan tuan dapat meningkatkan kesedaran di kalangan kakitangan yang kadangkala lebih sudu dari kuah.Terbaik!

    BalasPadam
  4. salute!!! semmgnya MH, Malaysian Hospitality.. mmg ramai staff AA yg bongkak nie...biasa kene..lali pun..kita sm manusia..malas melayan mereka... go bro!!!!

    BalasPadam
  5. amboi makcik loghat terengganuuuu.... apa masalah kamu kalau org lain bgn membantu? 1000x prosedur negara org lain pun, ya hormat tetap hormat... tapi BANTU TETAP KENA BANTU. jgnlah kau sendiri tak buat apa hanya terkuat2 tgk then sibuk nak argue why org lain tlng bantu. kalau saya ada kat situ mau saya sound je balik. itulah gunanya kalau kenal ramai org makcik oi boleh jgk dia bantu, tau jgk staff air asia tu gerun nk buat tak tentu hala sb tau saudara mazidul ada ramai contact. yg sibuk nak argue org nk membentu tu kenapa? ni la kalau org ckp x cerdik marah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduih.. terpukul plak statrment kisah makcik loghat ganu tuh.. makcik.. rasanya soal bz bodi tu x sesuai utk kes ni.. tp niat nk membantu andai boleh kan.. lebih2 lg dibumi asing...
      Apapun.
      Syukur sbb rakyat mesia x kira bangsa mmg prihatin... Alhamdulillah. .. smer da selesai.. smoga jd pengajaran pd smer..
      . jangan bongkak.. jgn sombong... kalu ada penyakit sewaktu nk fly..mohon surat doctor utk dibawa bersama bila travel. Tu penting... especially kt tpt yg masalah bahasa mcmni...penghabisnya dorang akan menang jugak... sbb negara dorang.. apa dorang peduli..
      Lagi penting juga malaysian dibumi asing kena la bertegor sapa.. x luak pun senyuman n sapaan tu...(sbb ada yg sombong buat2 x knal plak tuh.. huh)

      Padam
  6. Inilah yg sepatutnya dlakukan oleh rakyat malaysia..membantu di kala org memerlukan bantuan kita..tolong update berita twrkini mengenai ibu dan bayi berkenaan..

    BalasPadam
  7. adoii buat malu orang terengganu je mak cik tu. papepun, syukur nasib ibu dan baby dah bertambah baik.

    BalasPadam
  8. Orang kita kurang peka dengan adanya travel insurans...Dinasihatkan kalau nak melancong ambik lah dulu travel insurans... ada yang mahal dan murah tapi yang penting dapat tolong jika dilanda musibah di negara orang..

    BalasPadam
  9. Itu pentingnya Travel Insurance...musibah begini memang susah nak dijangkakan..Dinasihatkan sesiapa yang nak pergi melancong dalam negeri atau luar negeri ambilah dulu perlindingan travel insurance ..ada yang murah dan yang mahal tapi sekurang-kurangnya dapat menolong jika berlaku kesusahan

    BalasPadam
  10. Tahniah Mazidul. Air Asia mmg bermasalah. Layanan mmg buruk. Mak Cik loghat Terengganu barangkali tidak pernah tinggal atau kerja dinegara org...sepatutnya membantu bukan mengata org senegara/sebangsa. Rakyat malaysia patut lebih perihatin. En Mazidul menjadi contoh utk semua.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah to mommy and baby. Tq bro sebab paparkan masalah ini. Semoga ianya berguna sbg pengajaran dan iktibar kite semua. For those yg tidak tahu cerita sebenar pld don't simply judge people.

    BalasPadam
  12. tahniah..inilah lah yg kita mahukan..semangat toong menolong diantara kita..

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah tahniah! Harapnya lebih ramai individu macam En. Mazidul! Nasib baik ditakdirkan ibu dan baby terjmpa En. Mazidul!

    BalasPadam
  14. Makcik ganu tu serupa CEO AirAsia X Azran Osman Rani. Melayu lupa diri.

    BalasPadam
  15. jahat mulut pmpuan tu..kalo jadi kat keluarga dia..baru dia tau....
    sedih saya baca cerita ni...takut andai itu terjadi pada keluargaku..kala diluar negara

    BalasPadam
  16. Airasia nk kena pre book kot additional seevice...hahaha
    anyway, great job MAS...truly Malaysian Hospitality...

    BalasPadam
  17. Tahniah Mazidul, menyiarkan berita ini. Memang sedih ..... Allah saja yang menilainya. Tahniah pada semua yang menderma secara spontan, inilah sikap rakyat MALAYSIA.

    BalasPadam
  18. makcik loghatganu tu tipikal melayu feeling2 urban skang ni, tak nak amik tahu hak orang


    sendiri terjelepok ke longkang, baru tahu langit tinggi rendah

    BalasPadam
  19. kakitangan AA yang bertugas di lapangan terbang ANTARABANGSA should learn how to communicate in ENGLISH , come on its a INTERNATIONAL LANGUAGE!.. saya pernah mengalami masalah check-in di airport BEIJING just because they don't understand ENGLISH... please la..simple/basic ENGLISH pun xpaham.. Tony Fernandes should take an action to overcome this problem to avoid its happen again!

    BalasPadam
  20. Syukur mazidul ader kalo harapakan makcik terengganu tu mmg xkan la... ader pulak bole komen mazidul menyibuk... mmg xder sifat tolong menolong betul makcik terengganu tu... cuba kalau makcik terengganu tu dalam situasi akak izan tu ... aper dier rase....

    BalasPadam
  21. rasenye ape akan jadi kalo makcik terengganu tu dalam situasi akan izan tu.... fikir la kita sesama negara sesama bangsa sesama agama bantu la jgn la bongkak sangat... syukur ade mazidul dan saudara2 lain yg menghulurkan bantuan pada akan izan... Tahniah kepada mzaidul dan orang2 yang membantu akak izan...

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah izan n maryam ok n dpt balik esok. M'cik T'gnu mmg x sayang mulut. X ptt ckp mcm tu. Nsb mazidul ada, dpt tlg izan n maryam.

    BalasPadam
  23. Boikot jer Air Asia. Biar naik MAS. tgk perihatinnya MAS dari Air Asia. Kalau kita boikot nescaya AA akan drop....dan maka akan keluarlah berbagai tawaran murah!!!! tak caya?? kita tunggulah nanti. Nak cover balik salah AA. Puithhhh!!!!

    BalasPadam
  24. Staf AA mmg mementingkan rules.. saya pernah terkena jugak.. From Phnom Penh share 1 bag dgn husband boleh je check-in walaupun tiket asing2.. drpd KL nak ke Penang tiba2 nak charge extra baggage sampai 10kg sbb tiket asing2 x leh share weight limit.. tpaksa la kami repack barang2 dlm kotak yg abg McD derma last minit.. bila ingat balik diorang ni pentingkn rules sampai x de tolak-ansur langsung.. kejam.. apa pn syukur mak dan baby selamat.. bergenang air mata baca..

    BalasPadam
  25. Kalau mcm tu layanan...buat malu je pakai nama Air Asia...buat malu jgk nak mengaku owner dia rakyat malaysia ....kalau rakyat malaysia pun x dpt membantu.......hu3.....

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah dah selamat sampai kat KLIA pukul 6.30 ptg hari ini dengan ikhsan penerbangan MAS.

    BalasPadam
  27. hot gn perangai bonggkak mak cik loghat trangganu... fire fly & Mas... no 2 air asia......

    BalasPadam
  28. Alhamdullilah finally..ada hikmahNya blaku pada izan dan anknya..

    BalasPadam
  29. MAS is the best MH ever, afterward never fly with airasia.
    for mom and the baby welcome back.

    BalasPadam
  30. AK terlalu pentingkan untung takde timbang rasa.. 1 sen oun kira mcm taya lori....huhuhu anyway tahniah MAS walaupun tambang mahal tapi tugas sebagai pembawa bendera negara tetap diberi keutamaan...

    BalasPadam
  31. Nasib baik you sabar bro. Kalau orang lain mungkin selipar dah masuk dalam mulut betina terengganu tu.

    BalasPadam
  32. Alhamdulillah ♥
    MAS jadi penyelamat.

    Bangga kita masih ada rakyat Malaysia yg prihatin macam tWaAllahualamjuga penumpang2 pelbagai kaum yg lain.

    Rasa tenang tgk situasi camni.

    At least kisah jd peringatan n pengalamn bg semua org esp yg tak biasa nak AA mcm che pah ni.

    Agak terkilan..percutian family yg sepatutnya diakhiri dgn kemanisan..akhirnya jadi begini..

    CHE'PAH percaya mesti ada hilmah Allah tetapkan berlaku bgini..

    Agar kita dpt belajar ..Memberi bantu Wajarnya tiada sempadab

    Untunglah kita Rakyat Malaysia

    Kerana kita ada rasa kebersamaan

    Walaupon berlainanan agama dan bangsa..

    Kita tetap menghulurkan bantuan..meringankan beban.


    WaAllah

    BalasPadam
  33. Ni kenyataan dari laman web AirAsia
    Referring to the issue raised in social media in regards to the guest denied boarding flight AK1455 from Ho Chi Minh to Kuala Lumpur, we wish to clarify that the guest was not allowed on board because the child had chicken pox. This was confirmed by the Vietnam airport doctor on duty who declared the baby unfit to fly. On being informed the situation of the guest, AirAsia has made arrangements to fly back the mother and the baby as well as 2 accompanying adults for free, once the child is declared fit to fly by the doctor. AirAsia is following global health standards in which guests with chicken pox may only travel 5 days after the rash first appeared, providing the spots are scabbed over. This is to be supported by a medical certificate or doctor's letter confirming you are fit to fly. As per guideline established by World Health Organisation (WHO); to minimize the risk of passing on infections, passengers who are unwell, particularly if they have a fever, should delay their journey until they have recovered. Passengers with a known active communicable disease should not travel by air.We ask that passengers travelling with any infectious illness such as chickenpox, rubella, measles or mumps check our website about the guidance to whether you can fly.

    www.myfir2u.blogspot.com

    BalasPadam
  34. Terima kasih en mazidul. Kepada orang atas air asia yg berlagak bagus dan hanya pentingkan keuntungan, jgn hanya duduk goyang kaki menunggu untung masuk saje tanpa berbuat apa2. Kepada makcik ganu, layakkah anda digelar manusia??

    BalasPadam
  35. Ya,itu la pentingnya travel insuran. Ramai yg beli insuran sbb mereka ingat airasia ada cover. Kalu beg hilang atau accidnt je dia cover. Mmg penah terjadi pun pd ayah sy. Sorang group membr dia x dpt pulang dr bandung sbb dlm flght airasia tu tetiba stewardes perasan dia kena chicken fox. Kena la turun dr pesawat dan stay rmh pemandu pelancong selama 4hr. Masa pegi lepas pulak.Mgkin x ada yg perasan muka dia dah bintik2. Tu memang peraturan cmpany sbb satu kes lg sy tgk berlaku di langkawi. Smp bergaduh ayah budak tu ngan pilot.kesian.

    BalasPadam
  36. Saya rasa nak cabaikan perempuan Terengganu tu. Berubahlah kamu wahai perempuan jangan jadi penghasut bangsa. Perempuan oh perempuan..

    BalasPadam
  37. encik mazidul boleh hubungi saya 0126134797.. Saya nk minta tolong encik membantu kami yg di tipu oleh sebuah koperasi yg cadang yer ingin membuat francais tetapi sehingga sekarang kami tidak dpt wang cagaran.

    BalasPadam
  38. SMTI-Kesimpulannya, saya akan terus memboikot/ memperdulikan AirAsia sampai bila-bila setelah 7 tahun dan lagi

    BalasPadam
  39. Cili JE mulut yg kata busybody tu..klu kena kt batang idung Sendiri bru dia menangis.....manusia mcm ni yg patut tinggal kan kt Vietnam...penting kan Diri Sendiri....saya setiap bln Ke Vietnam...rasa lbh selamat klu jumpa rmi Malaysian kt Sana.......21mei nk kevietnam lg....

    BalasPadam
  40. Prihatin tu lbh penting dr mengata org busybody...en.mazidul tkda ambik gmbr org yg ckp tk Serupa bikin tu....

    BalasPadam
  41. Saya setia DGN MAS....dah berpuluh Kali saya gi Vietnam Dan Indonesia....semua DGN MAS....selera...tiada caj tersembunyi.....Bravo MAS....staff MAS di HCMC mr.Halim mmg terbaik...mesra pelanggan.....

    BalasPadam
  42. Pelik jg bila keadaan mcm ni berlaku. Penyakit tu boleh berjangkit?? Anak sy yg berumur seawal 3 bulan dah kena penyakit ni n sy yg bersihkan n jaga dia 27 hrs..elok je..x de jangkitan..klu dah nk sakit tu, sakit la ia n klu dah nk terkena penyakit tu maka kena lah ia..tu semuakn ketentuan Allah swt...

    BalasPadam
  43. hamboiii makcik ganu...sodap bonar bahasao beliau yo...napo encek mazidul x amek gambor beliau?..tepek sini bosar², sonang pembaco nak identify...

    x ponah naik airasia, sbb sotio dongan MAS shjo...

    BalasPadam
  44. Terima kasih Mazidul krn memberitahu kpd Malaysia

    BalasPadam
  45. Alhamdulillah.. MAS dan agenasi kerajaan tetap akan jaga rakyatnya. Air Asia jaga temolok CEO nya shj..
    WE SUPPOT MAS!
    Air Asia money maker-xde perikemanusiaan. Sorry la too much bad things about Air Asia- arrogance

    BalasPadam
  46. Terima kasih mazidul, kerana masih ada individu yg perihatin, tanpa anda xtau la mcm agaknya keselamatan kak izan & anaknya...anyway kak Izan Suhaila nie member saya...terima kasih sekali lagi

    BalasPadam
  47. Saya ada pengalaman jugak dengan AA Ho Chin Minh City. Kami group 5 orang bila check in luggage kawan2 semua lepas tapi barang saya dan suami tak lepas katanya saya tak ambil luggage sedangkan saya yang booking semua luggage termasuk utk kawan2 saya jugak. Check kat komputer lain pun tak boleh detact sy ambik luggage. Tunggu dari ramai org sampai habis org check in brg lepas tu slumber ja dia tolak barang saya masuk tanpa berkata sepatah pun. Hangin! Silap saya bila tak print booking yg saya dah buat.

    BalasPadam
  48. Dah banyak dengar tentang servis AIR Asia yang tidak cekap dan hanya fikirkan keuntungan semata, tidak perihatin pada pelanggan...nampaknya ini sudah terbukti benar..saya memang cuak nak naik Air Asia..biasa MAS sahaja wlu sedikit mahal..benar bagai dikata indah khabar dari rupa..syabas kpd rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa kerana punyai sikap keprihatinan yg tinggi..diingatkan juga kpd 'traveller' utk sediakan wang bagi menghadapi masa2 kritikal..yg tidak terjangka..Assalam n syabas to Mazidul..

    BalasPadam
  49. En.MH
    Tahniah kepada MH staff..
    Malaysia Airlines is now part of oneworld

    BalasPadam
  50. Alhamdulillah! selamat dah pulang ke tanah air. Saya dapat rasakan betapa cuaknya kena tinggal kat negara orang bersendirian dengan anak yang tak sihat.... tak kiralah nilai duitnya tinggi ke tidak. Tapi kalau berlaku kat saya... kemana tempat saya nak mengadu... Waktu tu mesti "blur" di tambah lagi kalau tak pandai pulak berbahasa Inggeris... kalau pandai pun tak da maknanya juga kalau BI tidak digunakan secara meluas di negara tu. Bergenang airmata saya membaca kisah ni.

    Pada cik puan t'ganu tu fikirkan semula ttg apa yang telah anda lafazkan. Kalau tak nak tolong senyap saja... Saya percaya pertolongan Mazidul dan derma yg dihulurkan tu tetap memberi semangat kepada mangsa. Kalau perkara ni jadi kat M'sia tak pa kalau tak nak tolong... ni jadi kat negara orang... kat Vietnam ya cik puan... bukan kat Terengganu. Tak kena tempatnya nak menyombong tu! Apapun ia tetap melibatkan semua penumpang kapal kan? Sorang penumpang yg bermasalah penerbangan tetap 'delay' sehingga masalah selesai dan semua penumpang kapal terpaksa menunggu.

    Dan jutaan terima kasih kepada MAS yang membantu membawa pulang ibu dan anak. Eh! penumpang MAS Holiday dan anak kapal serta kaptennya kena jangkitan campak tu tak?

    BalasPadam
  51. Busuk punya hati makcik oiii. Prihatin la sikit kita org malaysia.

    BalasPadam
  52. saya salute ngan tindakan mazidul...sebab membantu seorang ibu dan anaknya yang kurang sehat yang berada sendirian di negara orang...kalu saya di tempat izan, saya pun tak tau apa nasib saya...

    tak salah kan kita membantu...kata kita rakyat malaysia...

    kepada mereka yang punya narrow minded...pliss...luaskan pemikiran anda....

    salam...

    BalasPadam
  53. Sedih & pilu baca kisah nie. Alhamdulillah, syukur kpd Allah, telah meletakkan org2 baik mcm Mazidul & yg lain2 kat sana semasa kejadian.
    TERIMA KASEH...

    BalasPadam
  54. kudos utk rakyat Malaysia yg prihatin, terutamanya utk Sdr Mazidul. Saya bangga dgn anda!

    BalasPadam
  55. JOM BOIKOT AIR ASIA

    http://airasiasuck.blogspot.com/

    BalasPadam
  56. Air Asia patut ditukarr nama kepada Redha Air.. kerana apa yg berlaku anggap redha je le.. kalau dah naik pesawat tuu..

    Salute to bro Mazidul kerana mengemukan masalah ini dalam blognya.. kerana rakyat malaysia dapat maklumat dan ada juga yg ingin membantu..

    kepada macik dari pantai timur tu.. jangan jadi penyu dibawah tempurung tak mahu ambik kisah mengenai masalah orang lain.. budak yg kena demam campak tu dah baik eloknya makcik tu yg dicampak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Redha jelah.... ha loncat kat sawah... kami xbayar airport landing fare XD

      Padam
  57. Saya tabik kepada Mazidul. Tindakan yg betul membantu sekadar terdaya. bagi sip"pengumpat" seperti saudara Mazidul kata tu..kalau tak mahu bantu diam sudah.
    Saya sebagai rakyat Malaysia pun amat geram dan marah dengan tindakan tiada perikemanusiaan itu. Kalau betul pun budak tu demam dan boleh jangkiti orang lain, tiada sejarah yg penyakit tersebut mematikan orang.

    Kalau di US, perbuatan biadap kepada warganya akan dibalas dengan setimpal oleh pihak berkuasa. Malaysia? Entahlah...yg pasti rakyat pelbagai bangsa prihatin..pihak berkuasa? Entah ke mana. Saya pun kalau mampu ingin sekali boikot airasia...tapi apakan daya sebab penerbangan lain mahal...dan saya bukan orang berada.

    BalasPadam
  58. Kita rakyat Malaysia kat luar negara ibarat adik beradik..saling tolong menolong.

    BalasPadam
  59. Salam semua,

    Tindakan kapten pesawat tersebut untuk tidak membenarkan sesiapa jua yang disyaki mengalami penyakit berjangkit adalah tepat dan betul bertepatan dengan Article 24, International Health Regulations (IHR) 2005.

    Walaubagaimanapun, sekiranya kapten atau syarikat penerbangan (conveyance operator dalam tafsiran IHR 2005) benar-benar mahu mengimplementasikan IHR 2005 ini, maka mereka perlulah patuh kepada Article 2 dan juga Paragraph 1, Article 3 yang berbunyi:

    "The implementation of these Regulations shall be with full respect for the dignity, human rights and fundamental freedoms of persons"

    Berdasarkan kronologi yang dijelaskan lebih awal, dapat kita lihat bahawa kapten pesawat tersebut mengambil keputusan terburu-buru dan kurang bijak serta tidak menghormati prinsip Paragraph 1, Article 3 di atas.

    Sepatutnya kapten tersebut, di atas dasar syak, menyerahkan kes tersebut kepada Competent Authorities (CA)(rujuk tafsiran IHR 2005)di lapangan terbang tersebut untuk penilaian lanjut.

    Keputusan untuk membenarkan atau tidak orang yang disyaki menaiki pesawat hendaklah dibuat oleh CA.

    Sekiranya CA tidak membenarkan orang yang disyaki tersebut menaiki pesawat, CA perlu mengisytiharkan kuarantin ke atas orang tersebut. Apabila yang demikian, segala kebajikan termasuklah tempat tinggal, makan minum, pakaian dan perubatan disediakan oleh pihak CA yang berkenaan. Apabila tamat tempoh kuarantin dan orang disyaki telah bebas dari penyakit, maka CA akan mengeluarkan pelepasan kepada mereka untuk menaiki pesawat yang lain. Sehubungan ini juga, tiket gantian perlu dibiayai oleh CA.

    Walaubagaimanapun, jelas dalam kes ini, berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan, Conveyance Operator tidak menghormati prinsip Paragraph 1, Article 3 di atas.

    Diharap pihak yang berkenaan jelas dengan tanggungjawab mereka dan kita sebagai pengguna, tahu dengan jelas segala hak yang kita ada. Jika anda rasa telah dizalimi, maka perlulah yang menjadi penzalim itu diberi tunjuk ajar... dalam kes ini, mungkin mahkamah tempat selayaknya dirujuk kerana Malaysia merupakan negara anggota Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mewartakan undang-undang ini.

    Terima kasih.

    Sekadar pandangan,

    myname.ruhaizie@gmail.com

    BalasPadam
  60. sape lah org tranung hok kata ke mazidul wat sibuk tu?? wat malu rakyat tranung hok lain je!! aku nok ngaku orang tranung pun malu doh rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bodoh nya perempuan ganu tu.... hidup tak bertamadun macm tulah..

      Padam
  61. Tahniah Bro Mazidul. Saudara tlh bertindak bijak. Semangat keprihatinan yg patut dimiliki oleh sesiapa shj yang berada di luar negara. Kpd makcik keropok lekor tu...tunggu satu hari kena batang hidung baru padan muka.

    BalasPadam
  62. AA mmg agak melampau. My family pernah kena. Masa tu kami nak melancong ke Langkawi. My sis tgh preggy, dan bw surat dari doktor kerajaan mengatakan kandungan sihat dan x bermasalah, cuma x state kt surat tu perkataan 'fit to fly' jer. (Sblum ni i pernah fly ngan firefly bagi surat mcm tu jg, tp lepas jer). Tetiba staf kt kaunter check-in ckp, surat tu x boleh pakai & kena buat surat lain, dia cadangkan klinik yg kt dlm lcct 'P*****i". Bayangkan bagaimana kelam kabutnya kami waktu tu. Dah la flight nak berlepas tgl x sampai sejam, keadaan my sis yg tgh preggy nk kna berlari2 nak kejar masa, pastu melayang RM50 utk dptkan perkataan 'fit to fly' jer... Kebykan passenger AA ni golongan sederhana, nk melancong pun kna plan awl2, book tket murah. tp jgn la buat kami mcm ni....Tolonglah berperikemanusiaan...

    BalasPadam
  63. Aku rasa mokcik ganu tu sure staaf aa
    Btw aku pernah keje kat hcm ni selama 3 tahun
    Perangai org vietnam ni kalu ada konflik mcm ni sama ada korang kena bg duit (rasuah) atau korang kena herdik dia org kaw kaw punye ( jgn ada rasa takut). Yg rasuah tu mmg amalan dia org kat sana. Yg bab herdik tu korang kena tunjukkan sape boss sbb dia org ni kan komunis. Cara utk layan komunis ni mmg mcm tu kena herdik kaw kaw baru dia org respect sama kita.

    BalasPadam
  64. Salam... terbaik bro.. apa pun wng. Airasia tan sri rafidah aziz kena bertanggungjawab.. tu pun kalo dia ada sifat manusia dan naluri keibuan dalam dirinya..

    BalasPadam
  65. Salam terbaik brooo... makcik dari teganu tu buat malu negeriii jerr

    BalasPadam
  66. Bravo Malaysian Airlines! You make me feel proud being a Malaysian.

    BalasPadam
  67. Badigol punya si tua perempuan tganu tu.tguu nasib kau dan keluarga kau wahai perempuan ganu x sedar diri..apa2 pun tahniah mazidul..tahniah malaysia airlines..beri yg terbaik kepada rakyat malaysia..

    BalasPadam
  68. Terharu dgn sikap semua penumpang lain yg sudi menghulur bantuan.

    BalasPadam
  69. Terharu dgn sikap semua penumpang lain yg sudi menghulur bantuan.

    BalasPadam
  70. Alhamdulillah! Happy ending! Tahniah Mazidul kerana sikap cakna tuan! Semoga kebaikan ini menjadi contoh teladan yg baik bagi orang lain untuk di ikuti.

    BalasPadam
  71. Tahniah kpd saudara mazidul akmal! Semmgnya nilai2 murni mcm ni lah yg patut dikekalkn dan dipupuk oleh setiap masyarat d malaysia dan seluruh dunia...kpd AA...costumer always right...jika ada masalah pihak AA perlu bertanggungjwb atas penumpangnya dan tidak hny menghantar setakat stesen teksi. Bygkn jika keluarga anda di dlm situasi mcm ni...mesti kelam kabut dibuatnya dan pandai plak guna org dlm...what ever it is...CUSTOMER ALWAYS RIGHT!!!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.