Sabtu, Ogos 31, 2013

KILANG HARAM MEMBAWA BAHANA KEPADA HAMPIR 1 JUTA RAKYAT SELANGOR? MPS LEMBAB BERTINDAK TAHAP GABAN


Tumpahan minyak diesel itu dilaporkan berlaku di Rawang berpunca dari sebuah BENGKEL. Akibatnya sejak semalam kira-kira 1 juta penduduk Selangor menerima bahananya, dicatu bekalan air.


Seperti dijangka, Syabas akan mencari kaedah terbaik untuk memastikan kehidupan jutaan penduduk Selangor tidak akan menjadi kritikal berikutan ketiadaaan keperluan asas itu.

Apapun, saya ingin tahu, BENGKEL manakah menjadi sumber tumpahan minyak itu? Tidakkah pengusaha mengambil langkah keselamatan bagi memastikan kejadian itu tidak berlaku?  Siapakah pula pemilik bengkel itu?  Bagaimanakah minyak diesel boleh tertumpah ke dalam sungai? Apakah pula tindakan Jabatan Alam Sekitar Selangor terhadap kilang itu? 

Akhbar The Star menghuraikan jawabannya.

Rupanya bukan bengkel tetapi KILANG.

Kilang beroperasi TANPA LESEN  terbabit dikatakan terletak kira-kira 500 meter dari Aeon Rawang. Menariknya,  kilang memproses semula minyak terbuang itu telah dikompaun 14 kali, berjumlah RM34,000. Berikutan kejadian minyak dibuang ke sungai berhampiran, penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang, MPS  telah menyerbu kilang itu.

Bangang juga, kan?

Kilang di Jalan Batu Arang itu disahkan berstatus haram dan telah dikompaun berulangkali tetapi masih terus gah  beroperasi. Lebih menarik lagi, penduduk di kawasan sekitar dilapor telah mengemukakan komplen berhubung bau busuk datang dari kilang sama tetapi tiada tindakan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan. Penguatkuasa MPS sabar menunggu sehingga kejadian membebankan jutaan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur berlaku, barulah mereka menutup kilang terbabit.



Kilang itu milik individu berbangsa Melayu, India atau Cina? Tidak pula dinyatakan dalam laporan  kerana pemilik terbabit dikata menghilangkan diri. 

Hemat saya, penguatkuasa MPS tentunya boleh menghubungi pengusaha itu kerana hampir 15 kompaun  telah dikeluarkan kepadanya.

Ternyata, MPS mengambil tindakan LEMBAB TAHAP GABAN.

Baca laporan The Star, klik di sini.

PONDAN SERTAI PERBARISAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KE 56

Secara peribadi saya terkejut membaca berita dipaparkan oleh akhbar Sinar Harian Online berhubung tindakan penganjur membenarkan 12 MAK NYAH atau PONDAN menyertai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan di Kuantan, Pahang.

Khunsa, individu dilahirkan secara semulajadi memiliki 2 alat jantina lelaki dan wanita.  Pondan pula terikut-ikut menyerupai wanita. Sebilangan daripda mereka sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk menukar jantina lelaki kepada wanita lazimnya di Thailand atau Singapura.

Pondan terbabit dilaporkan mewakili Drug Intervention Community Pahang, DIC.

"Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," ujar Timbalan Presiden DIC Pahang,  Abd. Rahim Abd. Hamid.

Tambahnya, golongan pondan seringkali dipandang hina oleh masyarakat. 

Tanggapan itu silap.

Masyarakat tidak memandang hina terhadap manusia, makhluk diciptakan oleh Allah tetapi berasa muak melihat perangai mereka. Lelaki berbuah dada kecil tetapi pondan kemudian merubah kejadian tuhan.  Mereka memakan atau menyuntik hormon ke tubuh agar buah dada berubah,  bersaiz separuh buah tembikai. Pada masa sama, pondan mempunyai pilihan untuk berambut pendek kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki tetapi demi memelihara keayuan, mereka berambut panjang mayang mengurai.


Paula, gambar di atas seorang daripada pondan bakal memeriahkan sambutan hari bersejarah negara kita. Lebih pelik, pembabitan kali pertama sedozen pondan itu dianggap UNIK oleh DIC.

Pondan, lelaki berperawakan seperti perempuan dan lihat sahaja nama digunakan, 'Paula'. Sebelum ini kakitangan Jabatan Agama Islam negeri di Malaysia menjalankan pelbagai operasi menangkap pondan di atas kesalahan berpenampilan menyerupai wanita dan berpakaian menjolok mata. Kini Shima, seorang lagi pondan bakal menyertai perbarisan Hari Kebangsaan tidak perlu berasa bimbang, statusnya tidak akan menyakitkan mata pemimpin negara dan golongan cerdik pandai agama.

Agaknya begitulah.


Jika perancangan ini dizahirkan,  semua pondan di negara kita pasti bakal berasa amat bangga  dengan pembabitan kaum sejenis mereka  tetapi itu  tidak bermaksud majoriti pondan  tidak memberhentikan kegiatan seks sejenis. 

Baca kisah terbabit, klik di sini.

Apakah sudah terjadi kali ini? Adakah pihak penganjur sekadar ingin melakarkan sejarah hitam?  Siapakah membuat keputusan mengiktiraf  pondan di Malaysia? Adakah keputusan itu diketahui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak? Sudahkah pihak penganjur merujuk pandangan alim ulama?  Jika sudah, tidak pula disiarkan oleh akhbar Sinar Harian.

Mengapakah pihak penganjur perarakan taksub, mengundang isu dijangkakan bakal mengundang persepsi negatif?   Tambahan pula Kuantan terkenal kerana 'lorong kunyit', tempat bapok memperdagangkan tubuh jantan, klik di sini.

Kalau begitu, pihak penganjur harus menjemput sekali golongan gay dan lesbian untuk turut serta dalam perbarisan Hari Kemerdekaan ke 56 Malaysia. Mereka juga perlu dibimbing untuk bergaul dengan masyarakat sekaligus memperbaiki cara kehidupan mereka. Kelompok terbabit juga sering dipandang serong oleh masyarakat.

Mungkin tahun hadapan, ada ruang untuk mereka.

Baca tulisan sinis blogger amenoworld di sini.




 Mengapakah hanya pondan diiktiraf?

Apapun, selamat menyambut hari ulang tahun kemedekaan negara kepada semua pembaca blog ini.

Jumaat, Ogos 30, 2013

PENGARAH URUSAN KUMPULAN RICHWORKS GROUP OF COMPANIES MEMOHON MAAF


Mujur Pengarah Urusan Kumpulan Richworks Group of Companies menyedari kesilapan berlaku dan telah melakukan damage control berhubung kes, klik di sini.


Bersihkan sekali hati pengikut terbabit. Orang kaya tidak perlu menyaman. Masyarakat melihat apa berlaku.

Kekadang sebilangan daripada kita kaya wang ringgit tetapi miskin dalam mengawal kesabaran. 


Bergolok bergadai? Ringkasnya, itu pilihan kita sendiri.

AZIZAN OSMAN PERLU MENGAPLIKASIKAN DAMAGE CONTROL DENGAN KADAR SEGERA


Rohaniah Noor, peserta seminar Azizan Osman tidak berpuas hati. Lalu dia melontarkan teguran, baca di sini.


Saya difahamkan oleh rakan berpengalaman menyertai seminar percuma Azizan ...

"Memang antara pesanan paling awal dikongsikan oleh Azizan, dia meminta semua peserta membersihkan hati"

Alhamdulillah.

Andai benar kenyataan Sitiezaim di ruang komen entri sebelum ini,  mendakwa ramai PENGIKUT Azizan mengutuk Rohaniah berikutan tindakan beraninya itu, adakah hati pengikut Azizan telah dibersihkan secara total?



Azizan harus akur,  sebagai manusia diangkat menjadi hebat, komen itu PERCUMA dan tiada sesiapa perlu membayar RM4999 untuk membaca komen dilontakan oleh peserta tidak berpuas hati.
.
Kaedah berdiplomasi lebih bijak untuk diaplikasikan dalam menangani kes ini. Hantar kakitangan untuk bertemu Rohaniah dan berbincang untuk menyelesaikan masalah.  Damage control perlu dilaksanakan agar kejadian seperti didakwa tidak akan berulang lagi. Jika Rohaniah disaman, pastinya kes ini akan menjadi bertambah besar. Kudis bakal menjadi barah. Masyarakat berminat menjadi Alumni Azizan, pasti akan bertanya ..

Mengapakah Rohaniah disaman? Apakah pula akan terjadi sekiranya teguran Rohaniah itu ternyata benar? Bagaimanakah pula keadaan sekiranya Rohaniah dan rakan lain membuat laporan polis? 

Kini, pasti ramai bertanya, mengapakah status di facebook itu dipadamkan?

Orang berilmu dan berniat untuk berkongsi pengetahuan harus bersabar dan meneliti setiap teguran kerana selagi kita bergelar MANUSIA, kita tidak sempurna. Saya juga cuba berkongsi sekelumit ilmu berhubung komunikasi, klik di sini dan pelbagai cabaran saya depani. Mungkin cabaran itu berskala kecil kerana saya belum lagi bergelar jutawan.


Seperkara lagi, komen Azizan di laman sosial seperti dicatatkan di bawah menarik perhatian saya.

"Jika semua orang miskin, siapa nak belanja 'ostad' makan lepas baca doa?

In Sha Allah,  saya bukan kaya, saya BOLEH BELANJA.


Hemat saya, itu antara komen tidak perlu dicatatkan di laman sosial.


ROHANIAH TIDAK BERPUAS HATI DENGAN AZIZAN OSMAN

Sifat manusia selalunya mudah.

Apabila telah membuat pembayaran, mereka mahukan servis dijanjikan. Teguran saya terhadap Unifi TM sebelum ini, mendapat sokongan ramai. Terima kasih kepada pengguna berani berbicara mendedahkan kebenaran.

Klik di sini.

Saya pernah menemu bual Azizan Osman sebelum ini dalam program bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini,  mengenai rahsia di sebalik tarikh lahir.

Kini dia tidak lagi meneruskan kerjaya itu, barangkali kerana teguran pelbagi pihak, contohnya, klik di sini.


Kini seorang daripada peserta seminar Personal Coaching untuk  Supreme Diamond Intensif Jutawan Industri dianjurkan oleh Azizan, Rohaniah Noor  menegur penceramah itu secara berhemah.

Rohaniah membayar RM4999.

Klik di sini untuk membaca ketidakpuasan hati diluahkan oleh  Rohaniah. Saya teruja dengan perincian dan rentetan kejadian dikemukakan oleh Rohaniah dan tindakan beraninya, menongkah arus.


Melalui carian di internet kini sebilangan penulis mempertikaikan status  'Dr' diguna pakai oleh Azizan Osman, sila klik di sini.

Saya tidak dapat mengesahkan dakwaan itu kerana belum berpeluang membaca thesis Azizan di dalam bidang Metafizik.  Sewaktu saya menemu bual dia, dia belum lagi bergelar 'Dr'. 

Ramai lagi berbicara mengenai status PhD Azizan, klik di sini.

Secara peribadi, saya tidak pernah  merujuk Azizan sebagai Dr.


Apapun setelah membina nama di Malaysia ini dan ramai alumni hasil didikannya, Azizan perlu menangani masalah diutarakan oleh Rohaniah.

Setiap individu berpuas hati dengan perkhidmatan dijanjikan, tidak akan memaparkan masalah di blog atau facebook. 



** Jika ingin mempertajamkan lagi kemahiran bercakap memukau audien dengan bayaran berpatutan, sila klik di sini.

Saya tidak menjanjikan kekayaan tetapi kita semua akur, kemahiran berkomunikasi, senjata ampuh untuk menyampaikan informasi secara LEBIH berkesan dalam apa jua bidang anda ceburi.


 

Khamis, Ogos 29, 2013

TIGA LINE DIISTIHARKAN KUMPULAN KONGSI GELAP

Tiga line diistiharkan polis sebagai satu daripada 49 kumpulan kongsi gelap di Malaysia. 

Sila rujuk di sini.

Ahli Tiga Line  berbangsa Melayu, seringkali dikaitkan dengan kegiatan terlarang, sila baca di sini.

Ramai barangkali mengaitkan Tiga Line dengan PEKIDA. Apakah sebenarnya  perbezaan di antara Tiga Line berbanding PEKIDA?  Klik di sini.

Baca juga di sini untuk menambahkan pengetahuan.

Kepada ahli Tiga Line,  berhentilah menjadi gengster.

Kumpulan 04 dan 08, dianggotai oleh individu berbangsa India, dikenal pasti sebagai kumpulan kongsi gelap paling berbahaya dan ganas. 

Klik di sini.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan tegas akan dilaksanakan oleh pihak polis terhadap semua kumpulan kongsi gelap terbabit.


[ Klik di sini ]

Rabu, Ogos 28, 2013

HARAM TETAPI DIHALALKAN

Masyarakat mengetahui berita mengenai pelbagai kejadian kes tembak membabitkan penggunaan senjata api di negara kita.

Dari manakah sumber pistol digunakan?

Hari ini akhar Harian Metro mendedahkan kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Wan Jaafar. Senjata dihadiahkan  kepada individu berjaya menyeludup dadah ke Malaysia.

Dipaparkan akhbar sama,  gambar laluan sungai haram di Sungai Golok, Kelantan.


Saya juga pernah mendedahkan isu penyeberangan orang ramai secara haram terbabit, klik di sini.

Penguna bot galah membayar tambang RM1 sehala tidak diperiksa dokumen oleh pihak berkuasa dan kegiatan itu dianggap normal di sempadan negara.

Mengapakah terlalu sukar untuk memberhentikan kegiatan juga menjadi pemangkin kepada kegiatan penyeludupan beras itu? 

PEMANDU KANTOI MEMALSUKAN DOKUMEN KERAJAAN

Suspek, pemandu di agensi penting kerajaan, berusia 33 tahun. 



"Masa berjumpa suspek, dia menyamar bertugas sebagai pegawai selia. Katanya, agensi tempat dia bekerja kononnya membuka tender, direct nego untuk membeli  50 unit komputer tablet. Saya mengeluarkan modal RM10,200 dan membuat pembayaran melalui akaub bank kerana kata suspek dia akan membekalkan tablet itu cuma tidak boleh menggunakan nama sendiri sebagai kakitangan awam.  Letter head asli agensi itu diguna untuk menyakinkan saya. Dokumen delivery order juga diberikan sebagai bukti agensi terbabit dikatakan  telah menerima semua tablet terbabit," ujar rakan saya.

Suspek tinggal di Ampang, Selangor.

Setelah menyedari ditipu kerana tidak menerima bayaran berupa keuntungan kepada transaksi terbabit, mangsa  kakitangan syarikat insuran, berusia 42 tahun kemudian berkunjung ke agensi kerajaan itu semalam, kira-kira 3.30 petang.

"Saya bertemu dengan head dia,  wanita. Suspek mengaku terbabit memalsukan dokumen agensi itu. Dia menggunakan nama Fairul Habib, kononnya bertugas sebagai pegawai penerima dan Siti Hanum Naim, pegawai Kepimpinan PTD. Walhal setelah disiasat, dua nama itu tidak wujud. Saya juga dimaklumkan oleh pegawai bertanggungjawab, surat tender dan delivery order itu dipalsukannya," sambung rakan saya itu lagi.

Pada jam 11.45 pagi tadi, saya menghubungi pegawai perhubungan awam agensi sama.

"Saya sedang menunggu keputusan siasatan kes terdahulu.  Ini kes terbaru dilaporkan kepada saya.  Apapun saya akan berhubung semula dengan encik Mazidul," kata beliau.

Ternyata penipuan berlaku bukan kes pertama. 

Saya kemudian menghubungi suspek dan memperkenalkan diri.

"Saya akan bayar dalam tiga empat ribu pada hari Jumaat ini. Pada masa sama, saya pun sudah mengaku bersalah semalam," terangnya.

"Mengaku bersalah itu tanggungjawab awak kerana setiap perlakuan menyalahi undang-undang itu ada kesannya terhadap pelaku. Itu normal.  Duit RM10,000 dimasukkan ke dalam akaun bank dan  awak terima, digunakan untuk apa?," soal saya.

"Saya beli tablet China dalam 10 unit dan bekalkan kepada agensi tempat saya bekerja," katanya.

Dia menggunakan nama dan butiran diri mangsa untuk mengelirukan majikannya sendiri.

"Tidakkah awak dapat menjangka bahawa penipuan ini akhirnya akan terbongkar? Sekaligus boleh menggugat kerjaya awak dan mungkin polis akan memanggil awak untuk tujuan siasatan? Kejadian sepatutnya tidak sepatutnya awak tempuhi jika awak berperlakuan jujur," tanya saya.

"Saya tahu, itu pun saya fikir juga," balasnya.

Dia ternyata gugup manakala saya berkomunikasi secara tenang.

Klik di sini, untuk mengetahui formula untuk berasa LEBIH tenang tatkala bercakap dengan sesiapa sekalipun.

"Laporan polis boleh dibuat oleh mangsa dan pada masa sama, gambar dan identiti awak telah diperolehi dan akan didedahkan. Bolehkah jika mangsa mengambil tindakan itu?," tanya saya lagi.

"Jangan bang," responnya.

"Agensi kerajaan tempat awak bekerja dikenali ramai. Nama besar. Awak mempunyai anak bini, malu mereka nanti tetapi malangnya  cakap si penipu amat sukar untuk dipercayai. Kalau kes ini didedahkan kepada masyarakat mesti banyak lagi kes lain bersabit awak bakal terbongkar, kan?," soal saya.

"Ya bang," jawabnya.

Majoriti kita bekerja membanting tulang empat kerat untuk mencari rezeki halal. Malangnya segelintir manusia memilih jalan mudah dan singkat untuk mendapatkan wang.

JANGAN BACA ENTRI INI JIKA ENGGAN BERCAKAP MEMUKAU AUDIEN (SENJATA AMPUH DIMILIKI OLEH SEMUA)


Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul, YBBM 1 berlangsung lancar pada 17 Ogos 2013. Alhamdulillah.


Siapakah peserta bengkel?

Doktor falsafah, pelajar sarjana universiti, cikgu,  pelajar institusi pengajian tinggi, IPT dan sekolah, penceramah  ugama  dan  juga  peniaga. 



Klik di sini untuk melihat gambar dan komen peserta.


Mereka semua hadir dengan misi sama, ingin menggilap kemahiran komunikasi dan mempertingkatkan pengetahuan untuk memukau audien. Saya melihat wajah kepuasan terserlah.  


Ilmu untuk bercakap secara berkesan harus dipelajari agar kelak boleh diapplikasikan sewaktu berinteraksi bersama masyarakat pelbagai lapisan.

Ilmu ditimba di bengel ini  In Sha Allah boleh digunakan untuk mereka berminat menjadi pengacara majlis,  pengacara televisyen juga penyampai radio.

Hakikatnya, kita semua memiliki SENJATA AMPUH  untuk memukau audien tatkala bercakap. Persoalannya, adakah kita tahu  SENJATA itu?  Adakah SENJATA itu  digunakan pada tahap maksima?  SENJATA itu dan kekuatannya,  saya dedahkan  kepada semua peserta bengkel.  


Majoriti kita kekadang bercakap terlalu laju,  sebutan perkataan kurang jelas dan kerap kali dihantui serta dihimpit  oleh perasaan  gemuruh sewaktu bercakap di khalayak ramai. Semua masalah itu BOLEH diatasi. Setelah menghadiri bengkel santai ini,  peserta tidak lagi perlu berasa tertekan  jika disuruh bercakap di hadapan audien tanpa mengira bilangan mereka.

Saya berpengalaman bercakap selama hampir 20 tahun di kaca televisyen,  pernah bergiat aktif  di arena  perdebatan dan syarahan. Berulang kali saya juga diundang sebagai penceramah dan juga pengacara majlis. Justeru saya membuka ruang untuk setiap  peserta mengemukakan soalan berhubung soal komuniksi selama ini diperap di minda mereka. 

Jika menuntut ilmu, biar berguru dan ilmu harus dicari sekaligus dipelajari.

Penyertaan pelajar sekolah menengah dialu-alukan. Ibu ayah akur, anak mereka harus dibekalkan dengan kemahiran komunikasi agar anak kesayangan  tidak  akan  berasa kekok, segan dan  gemuruh,  contohnya ketika  membuat pembentangan  di menara gading kelak.


Kita semua tahu,  kelemahan berkomunikasi mampu menjejaskan kerjaya. Manakala kemahiran  dan kekuatan dalam bidang komunikasi pula membuka  ruang LEBIH  besar dalam pembangunan  kerjaya individu.

Hubungi Pegawai Khas YBBM, En. Mohd Farid Hamzah melalui telefon atau Whatsapp 017 605 2290.

BILANGAN PESERTA TERHAD, 25 ORANG SAHAJA.

Berikut perincian Bengkel YBBM 2

Tarikh : 29 September 2013 (Ahad)
Lokasi : Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Masa : 9 pagi - 5 petang.

Yuran :

1. RM350  untuk pelajar sekolah dan IPT (bukti kad pelajar diperlukan)
2. RM550  untuk kakitangan kerajaan/swasta  

( Sarapan pagi dan makan tengahari disediakan. Parkir percuma dan surau berdekatan )

Kepada syarikat berminat menaja HADIAH untuk setiap peserta Bengkel YBBM, sila Whatsapp saya 019 390 2899.

Suasana menang menang diciptakan untuk semua penaja budiman.

Seperti penaja di YBBM 1,  saya akan memaparkan  butiran produk atau perkhidmatan ditawarkan di blog ini.

Klik di sini untuk melihat contoh.

'MENGGILAP KOMUNIKASI MEMUKAU'





Selasa, Ogos 27, 2013

TERIMA KASIH TM ...


Ruang untuk pelanggan TM berhadapan dengan masalah mengakses internet untuk mengemukakan komen mereka, di sediakan.

Klik sahaja  di sini.


Barangkali di waktu terluang pihak pengurusan Telekom Malaysia, sekali sekala boleh menjenguk komen di entri terbabit untuk lebih memahami rungutan pengguna sekaligus melaksanakan tindakan lebih berkesan menangani masalah didepani oleh pelanggan. .

Pelanggan TIDAK bermaksud untuk mengkritik SEMUA kakitangan TM tetapi sekadar ingin menyedarkan kelompok terbabit  secara langsung dengan  usaha peningkatan mutu servis ditawarkan kepada mereka.  

Jika teguran pelanggan enggan diterima, abaikan sahaja. 

Kepada sebilangan kakitangan TM melontarkan respon, kami membaca setiap patah perkataan dicatatkan.  Biarpun segelintir  mendakwa kakitangan syarikat sama berhujah bak menegakkan benang basah.  

Andai kritikan pelanggan dianggap penting untuk mengangkat TM ke satu tahap tersendiri dalam menawarkan perkhidmatan jalur lebar di Malaysia, pertimbangkan.

Hakikatnya, pelanggan tidak berpuas hati BUKAN dibayar untuk mengemukakan kritikan dilontarkan. Mereka melakukannya secara ikhlas samada TM melaksanakan  tindakan susulan berikutan kritikan itu atau sebaliknya.

Sekalung penghargaan kepada semua kakitangan TM melaksanakan tugas secara profesional dan ikhlas. 

Terima kasih TM kerana memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengakses internet,  membenarkan kami mencapai informasi di hujung jari. 


Apakah sebenarnya terjadi kepada tiang telefon di atas?  Berhantu? Mata beragan?  Adakah TM telah mengambil tindakan terhadap komplen dikemukakan lebih 2 (DUA) tahun lalu? 

JAWABANNYA?  Klik di sini.

Isnin, Ogos 26, 2013

STAF TM MELUAHKAN RASA


Kisah pengorbanan anggota polis wanita terpaksa meninggalkan anaknya dijaga dek suami di rumah  demi memastikan keselamatan orang awam terjamin dipaparkan setelah direstui oleh anggota itu dan Ketua Polis Balainya.

Klik di sini.

Satu kisah masyarakat  perlu dikongsikan agar PDRM lebih dihargai. 


Oh! Rupanya staf  TM ingin meluahkan ketidakpuasan hati. Tidak perlu bersembunyi  jika yakin  maklumat  dikongsikan itu benar.

Keyboard warrior tidak berguna.

Berdasarkan sifat telus dan  tulus, saya  tidak bermasalah langsung untuk berkongsi pandangan  IT Techniacl Specialist  Telekom Malaysia, Muhammad Azree Jamaluddin bersama semua pembaca budiman.

Bukti saya sudi dikritik.

Setiap kenyataan Azree saya teliti serta  pertimbangkan jika benar. Tidak salah menerima teguran, jika teguran itu membina. Cuma tidak kena jika telah ditegur berkali-kali tetapi masih mengekalkan servis di takuk lama.


Orang ramai selaku pengguna mengkritik kerana mereka  sayangkan TM agar syarikat terbabit sentiasa mencuba untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan tetapi jika enggan mendengar,  terserahlah.

[ KLIK di sini ]

Untuk pengetahuan Azree yang amat bermaklumat, pengguna bila bosan lazimnya mereka bersuara.  Saya juga bukan satu-satunya pelanggan TM mengemukakan kritikan, ramai lagi. 

Sebilangan mereka telah  meluahkan rasa di sini.

Saya harap Azree bukan membuat kenyataan mewakili TM.


ANWAR IBRAHIM TIDAK MEMBUAT HOMEWORK

Keadilan Daily online  melaporkan

'Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 213. 

Manakala Najib dijangka melancarkan kempen '1Malaysia, Endless Possiilities' pada 17 September depan.

...

"Sampai sekarang dia (Najib) kata kebetulan. Ternyata ada pengaruh asing termasuk apa didakwa 'pengaruh Israel'," kata ANWAR IBRAHIM.

Baca artikel penuh, klik di sini.


Hakikatnya penulis artikel dan Anwar Ibrahim tidak membuat homework terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan tidak berasas.


Januari  2013 delegasi Malaysia diketuai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, menghadiri World Economic Forum di Davos, Switzerland  telah membentangkan kain rentang di atas untuk promosi peringkat awal slogan Endless Possibilities.

Slogan itu akan dilancarkan pada September akan datang.

Nampak di mana kesilapan laporan Keadilan Daily dan Anwar?

Israel mempromosikan Endless Possibilities pada bulan April, Malaysia bermula  pada bulan Januari

Jadi Malaysia bukan dipengaruhi oleh Israel.  

Klik di sini untuk membaca informasi lebih terperinci.

[ Klik di sini ]

Anwar hanya menangguk di air keruh sekaligus mengenepikan kronologi kejadian dan fakta. Asalkan boleh mengecam kerajaan, kecam.

Ahad, Ogos 25, 2013

JIKA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN TM KOMPLEN DI SINI

Saya melihat tindakan TM mengatasi masalah saya depani sejak beberapa hari lalu  bak pahat dan penukul.  Saya percaya, selama ini ramai lagi  pelanggan Unifi TM dilayan sambil lewa tetapi tidak mempunyai platform kukuh untuk mengutarakan ketidakpuasan hati mereka.

Setiap kali berhadapan masalah, pelanggan tersepit tentunya menghubungi nombor bebas tol TM, 1300 88 1221. Jika bernasib baik, dalam tempoh  2 minit, panggilan dijawab oleh petugas perkhidmatan pelanggan TM. Jika malang,  peganglah telefon bimbit  itu sehingga panas. 


Jika sebelum ini pihak pengurusan tertinggi TM  tidak mengetahui situasi ditempuh oleh pelanggan, cuma secara rawak hubungi sendiri talian itu. Jadikan diri tuan tuan besar semua sebagai pelanggan.

Dalam kes terdahulu, saya memang telah dikencing kuat  oleh petugas khidmat pelanggan TM dan juruteknik  bertugas seperti saya catatkan di entri terdahulu, klik di sini.

Sila rujuk komplen saya di pengkalan data TM.

"Tempoh 24 jam telah berlalu, di manakah juruteknik dijanjikan akan datang ke rumah?," soal saya.

"Dia sudah datang encik dan membuat kerja di luar rumah dan kemudian balik," ujar petugas.

Bijak sungguh tindakan itu. 

Saya menunggu kemunculannya sejak pagi  dan tanpa menghubungi saya, dia balik? Walhal nombor telefon bimbit telah diserahkan.  TM jangan menganggap kerja lazim pelanggan untuk menunggu di rumah sehari suntuk. Pada hari kerja, kami semua mempunyai tugasan rutin untuk dilangsaikan.

Justeru itu kepada semua pelanggan TM bermasalah dengan perkhidmatan ditawarkan, sila desak petugas perkhidmatan pelanggan TM untuk memberitahu secara spesifik, tarikh dan waktu juruteknik akan datang ke rumah untuk melakukan kerja baik pulih.

Don't waste our time.

TM hakikatnya pantas memotong perkhidmatan jika bil tertunggak. Itu fakta. Bagaimanakah pula dengan masa pelanggan tidak berpeluang menggunakan perkhidmatan TM akibat kerosakan? Tidakkah pelanggan sepatutnya diberikan rebet? Usah buat buat tidak tahu, pelanggan bukan bodoh.

Contohnya, dalam kes  pagi tadi, modem TM di rumah saya digantikan dengan modem baharu, servis pulih seperti sediakala. Maksudnya saya sebagai pelanggan tidak bersalah atau terbabit merosakkan peralatan TM mahupun  menganggu servis internet. Kucing jiran saya juga pastinya tidak menggigit talian TM sehingga servis tergendala.




**  ( Terima kasih kepada juruteknik bertugas pagi tadi, cukup berhemah)

Sehingga sekarang TM  mash  GAGAL menjelaskan kepada saya, apakah masalah sebenar berlaku dengan servis syarikat terbabit  sehingga  saya tidak berpeluang mengakses internet selama hampir 3 hari. 

Sekali kena ketuk, sekali bergerak. Apabila diarahkan oleh pegawai atasan pelbagai panggilan saya terima dari kakitangan teknikal. Kalau saya tidak mempunyai blog untuk berkongsi masalah bersama pembaca, mungkin sehingga kini, TM bo-layan.



Malaysia sedang bergerak mengejar status  negara maju, sayangnya servis jalur lebar TM masih di takuk lama. Saya berharap, ada orang penting kerajaan membaca entri ini dan terbuka hati membisikkan masalah pelanggan juga rakyat Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Sila baca KOMEN bernas  rakan blogger saya, BUJAI di ruang komen entri ini.

TM, tolong dengar dan pertimbangkan keluhan pengguna. Datuk Seri Mohd Najib sibuk menyebarkan hasrat untuk mendahulukan rakyat tetapi TM pula bertindak sebaliknya.

Cuba teliti antara komen rakan saya di facebook. 


Andai masalah mereka ditangani secara profesional, pasti pelanggan tidak perlu membuang masa menaip komen sebegitu panjang. 

Nah! TM, sila baca lagi komen seterusnya. Usah pejamkan mata. Mata, pancaindera utama diperlukan untuk mencerna maklumat dan seterusnya mengambil tindakan wajar.


Baiklah,  jari jemari saya sudah semakin lenguh menaip laju. Lenguh menaip perkataan TM. Apapun TM perlu berubah sekaligus mempertingkatkan kualiti perkhidamatan syarikat itu  jika enggan dikritik oleh pengguna.



Bermula dari sekarang, petugas perkhidmatan pelanggan TM harus mengelak daripada berkata ... .

"Juruteknik TM akan menghubungi encik/cik/puan dalam tempoh 24 jam"  

...  sebaliknya mereka semua harus diarahkan secara hormat oleh pihak pengurusan TM untuk berkata ... 

"Hari apa dan pukul berapa encik/cik/puan FREE untuk juruteknik TM datang ke rumah,  bagi menangani masalah terkini pelanggan kami hormati?"

Dengan ini, saya membuka ruang komen entri untuk pembaca bermasalah dengan TM untuk meluahkan perasaan berikutan masalah didepani. Bersama kita buktikan,  bukan sedikit bilangan pelanggan TM bermasalah cuma  keluhan mereka bak mencurah air di daun keladi. 

Silakan.

Kalau sebilangan berasa marah  ditegur,  sila tawarkan servis kepada kakitangan syarikat sahaja.

** Ops! Tersilap 1-300 BUKAN nombor bebas tol.


PENAT DI 'PAU'


Dalam perjalanan ke Kuang, Selangor semalam,  saya sempat menghubungi Ketua Balai Polis Sungai Buloh. Diminta, beliau kemudian memberikan saya nombor telefon bimbit pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah,  IPD Sungai Buloh bertugas memantau Ops Cantas Khas.

Sambil minum cendol dan makan cucur udang di pinggir jalan, kontraktor berusia 41 tahun berkongsi cerita tidak saya sangka.


Dia bertugas sebagai kontraktor pembinaan rumah dan jalanraya sejak 10 tahun lalu. 

"Saya membuat kerja menampal jalanraya baru masuk tahun kedua. Setakat ini saya telah mengendalikan 7 projek," katanya.

"Daripada 7 projek itu berapa kali berlaku percubaan untuk 'pau' (memeras ugut)?," soal saya.

"Lima tetapi saya tidak pernah membayar. Lazimnya kumpulan beberapa lelaki India datang ke lokasi dan meminta wang  di antara RM500 dan RM3,000. Mereka mendakwa kononnya menjaga kawasan itu dan datang menuntut wang perlindungan. Kalau  kita bekerja siang, mereka datang siang, kalau kita bekerja malam, mereka datang malam," jawabnya.  


Kontraktor kecil sepertinya mendakwa berada dalam keadaan dilema.

"Kalau kata kita berikan wang, kumpulan lain pula   akan datang meminta wang. Mana kita boleh tahan. Keuntungan bukan besar. Kalau kata tidak dapat juga, kumpulan lain akan 'cucuk angin'.  Mesti akan datang dua kumpulan dan cuba meminta wang perlindungan sampai dapat," ujarnya kecewa.

Lazimnya, dia memaklumkan balai berhampiran sebelum melaksanakan tugasan.

"Satu hari sebelum projek bermula,  saya repot  terlebih dahulu di balai polis, bimbang kalau di kacau. Contoh, kes di Damansara Damai. Sebelum bulan Ramadhan lalu, kami mula  bekerja pada waktu pagi, petang mereka sampai 10 orang. Ketua kumpulan menghubungi saya.   Selepas itu saya pantas menghubungi balai. Dengan kadar segera balai menghantar dua anggota membuat rondaan, ahli kumpulan itu beredar. Lama kelamaan saya tidak sedap hati dan pergi ke balai.  Sewaktu saya menunggu anggota polis  berkumpul  mereka menghubungi saya untuk menuntut protection money.  Sampai semula  di tempat kerja, mereka senyap. Apabila saya hubungi, panggilan terus tidak berjawab," jelasnya.

Tambahnya, kumpulan terbabit tidak pernah menyatakan nama  kumpulan gengster dianggotai.

"Mereka hanya berkata, kononnya menjaga kawasan tempat saya menjalankan kerja. Minggu hadapan saya akan menjalankan projek lebih besar dan 100% saya berani cakap, mereka akan datang mengganggu dan memeras ugut. Majoriti mereka  masih muda,  datang memakai bangle 3 inci, berusia di antara lapan belas, sembilan belas dan tiga puluh lima tahun. Kita tengok pun mendidih.  Mereka tidak gentar biarpun kami membuat kerja di jalan utama. Contohnya, kejadian 5 orang lelaki datang di Kota Damansara, Petaling Jaya," ujar kontraktor berasal dari Sungai Buloh itu.


Pekerjanya kira-kira 15 orang, setiap kali bekerja memperbaiki jalanraya.

"Kumpulan Melayu dan Cina tidak terbabit. ," celahnya.

"Bagaimanakah perawakan mereka?," soal saya.

"Tubuh sebilangan mereka lebih besar berbanding saiz badan bro, ada juga kurus kering. Nanti kalau saya membuat projek lain, bro datang, duduk di dalam kereta dan boleh merakamkan gambar mereka.  Tadi, kira-kira jam 1 tengahari (24 Ogos 2013), di Jalan Orkid, Kampung Damai, Kuang, datang 4 lelaki India menuntut wang perlindungan. Mereka bertemu pekerja India saya dan berkata akan datang kembali dalam tempoh satu jam. Itu kampung Melayu,  mereka berani juga datang ," katanya.

Bertindak melalui maklumat itu, saya kemudian menghubung pegawai berpangkat Inspektor bertugas mengendalikan Ops Cantas Khas di  IPD Sungai Buloh.

"Saya akan hantar unit peronda ke sana untuk memantau tetapi apapun jangan bayar sesiapa untuk wang perlindungan," nasihat beliau.

 Kata saya, sebarang perkembangan terbaru bakal dimaklumkan kepada beliau  dengan kadar segera.

Lihat gambar di bawah, jalan lengang dan kawasan agak jauh dari jalan utama, lokasi kerja pembaikan jalan dilaksanakan oleh kontraktor terbabit.


Ops Cantas Khas dilaksanakan tepat pada waktunya.

Kontraktor seperti lelaki itu mencari rezeki di bumi sendiri dan tidak perlu diganggu sampai begtu sekali.

"Saya penat kalau keadaan berterusan begini," kata kotraktor terbabit.