Jumaat, Januari 31, 2014

PATI DIBENARKAN BEKERJA DI MALAYSIA

Menurut Kementerian Dalam Negeri, KDN, terdapat kira-kira 300,000 pendatang tanpa izin, PATI  terperangkap di Malaysia akibat ditolak oleh negara asal kerana mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri.



Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Jundidi Tuanku Jaafar berkata, kos menanggung kehidupan setiap PATI, RM75 sehari. Wan Junaidi dipetik mengeluarkan kenyataan itu di Utusan Malaysia. Kos itu termasuk untuk menanggung makanan dan perbelanjaan kesihatan PATI terbabit.



Beliau juga berkata, 13 Depot Tahanan Imigresen hanya mampu menampung 6, 500 PATI sahaja. Dicongak, dalam tempoh sebulan, Malaysia membelanjakan RM14 juta untuk menanggung kos kehidupan PATI di Depot.  

Sampai bilakah rakyat Malaysia bakal menanggung kos kehidupan biawak hidup, PATI itu? Tidak pula Wan Junaidi memberikan tempoh masa dalam kenyataan media beliau.

5 tahun lagi? 10 tahun? 20 tahun atau sampai kiamat?

Klik di sini untuk membaca laporan penuh Utusan Malaysia. 

Persoalan lain, di manakah 300,000 PATI dilaporkan 'terperangkap' di negara kita ditempatkan? 

Jawaban, di bawah.



Jika diteliti kenyataan Wan Junaidi di atas, maksudnya PATI dibenarkan bekerja di Malaysia. Saya juga tertarik dengan perkataan 'sebahagiannya masih bekerja dengan majikan'

Berapakah bilangan PATI diertikan dengan perkataan 'sebahagian' itu?

Semoga Wan Junaidi boleh memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia secara telus. Kami ingin tahu berapakah bebanan kewangan terpaksa ditanggung oleh negara akibat kegagaglan pelbagai pihak berkuasa bernaung di bawah KDN mengekang kemasukan PATI membolosi sempadan Malaysia kami cintai ini selama ini.

Khamis, Januari 30, 2014

RESPON AWAL KEMENTERIAN KESIHATAN BERHUBUNG PRODUK DOUBLE STEMCELL

Saya telah menghantar mesej kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM, semalam dan kemudian menerima respon di bawah.


In Sha Allah, pegawai komunikasi korporat KKM saya hubungi berkata, penjelasan bakal dibuat dalam bentuk kenyataan rasmi awal minggu hadapan.

Seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, KKM juga pihak berkuasa. Justeru apapun keputusan KKM kelak, diharap peniaga produk Double Stemcell dapat menerima dengan hati terbuka.

PERMOHONAN PENJELASAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BERHUBUNG STATUS KELULUSAN PRODUK DOUBLE STEMCELL

Terdapat pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh agen dan mobile (stokis) memasarkan produk Double Stemcell.

Mengetahui saya adalah pesakit diabetes, sebilangan daripada mereka, bercakap seperi pegawai perubatan, mendakwa kononnya produk itu mampu mengurangkan kandungan gula dalam darah. Kenyataan lain juga turut dihebahkan, dikatakan produk sama mampu menyembuhkan pelbagai penyakit lain.

Syarikat pengeluar produk stemcell itu, Phytoscience Sdn. Bhd mencetak kod siri kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM di bungkusan produk. Sila rujuk gambar di bawah.


Melihat 'KKM-163/S/25 Jld. 214', pastinya majoriti golongan marhaen tidak mengetahui samada kod itu dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Pharmasi atau Bahagian Keselamatan dan kualiti Makanan, KKM. Setelah membuat pemeriksaan, saya dapati 2 bahagian itu mempunyai beberapa sub-seksyen.

Sebelum ini, JAKIM telah mengesahkan produk Double Stemcell menyalahgunakan Logo Halal JAKIM dan syarikat kemudian bertindak membuang logo itu sekaligus memperkenalkan bungkusan baharu, klik di sini.

Satu tindakan amat dialu-alukan agar masyarakat pengguna ISLAM di Malaysia tidak terus ditipu. Hairannya, sedang isu ini hangat dibicarakan, setakat ini JAKIM tidak langsung mengambil tindakan tegas terhadap syarikat itu. Apakah sebenarnya berlaku? Pilih kasih? Pilih bulu? Hanya berani mengeluarkan kenyataan rasmi tetapi tidak bertindak mengimplementasikan undang-undang? Sedangkan bukti nyata di depan mata. Tidak perlu sudah terang lagi bersuluh.

"Individu menjadi rujukan soal agama, Datuk Haron Din juga menggunakan produk Double Stemcell," ujar kenalan.

"Barangkali beliau sendiri tidak mengetahui FAKTA, syarikat pengeluar telah menyalahgunakan Logo Halal JAKIM selama ini," balas saya spontan.

Apapun, demi kepentingan rakyat Malaysia, saya memohon KKM untuk memperjelaskan isu ini.

Bahagian manakah di KKM mengeluarkan kodex 'KKM-163/S/25 Jld. 214' ditampal di bungkusan produk? Adakah produk terbabit selamat untuk dimakan? Adakah Double Stemcell tidak mempunyai bahan kimia berbahaya? Boleh juga diterangkan, apakah sebenarnya status kelulusan itu (jika ada) samada dikeluarkan oleh Bahagian Perkhidmatan Pharmasi atau Bahagian Keselamatan dan kualiti Makanan

Persoalan LEBIH penting, layakkah produk itu dihebahkan berfungsi sebagai pengubat pelbagai jenis penyakit seperti didakwa sebilangan agen?

Saya berharap KKM akan membuat kenyataan rasmi di facebook dikunjunghi lebih 100,000 pelayar sosial, klik di sini.



Entri ini telah ditampalkan di laman terbabit.

MENGAPAKAH PYTHOSCIENCE MEMBUANG LOGO HALAL PADA BUNGKUSAN PRODUK DOUBLE STEMCELL TERDAHULU?


[ Gambar I ]

Gambar di atas, bungkusan baharu satu daripada produk Double Stemcell, keluaran syarikat Pythoscience.

Di bawah, bungkusan produk terdahulu.


Bandingkan 2 gambar di atas. Nampak perbezaan ketara? Ya, Logo Halal JAKIM telah dibuang. Persoalannya, mengapa?

Jawabannya ringkas dan mudah.

Sejak Double Stemcell dipasarkan di Malaysia, produk itu sebenarnya TIDAK pernah mendapat Sijil Pengesahan Halal JAKIM.  


Tidak hairan, sehingga ke detik entri ini ditulis, Phytoscience GAGAL menunjukkan bukti bergambar, kononnya syarikat itu memiliki Sijil Pengesahan Halal JAKIM yang didakwa telah tamat tempoh.

GAGAL kerana, Sijil Pengesahan Halal itu TIDAK pernah wujud.

Untuk pengetahuan semua, pengasas produk terbabit, BUKAN beragama ISLAM, namanya Lim Teck Peng, kini bergelar Datuk Seri. Masyarakat Malaysia khususnya penganut  agama Islam harus mengajukan soalan penting kepada diri sendiri. 

Apakah TUJUAN sebenar syarikat itu sehingga tergamak manyalahgunakan Logo Halal JAKIM? 

Untuk menarik LEBIH ramai pelanggan beragama Islam biarpun memperkotak-katikkan status halal.

Kini Logo Halal JAKIM tidak lagi dicetak di bungkusan baharu, sila rujuk Gambar I. Mengapa? Phytoscience khuatir produk dipasarkan bakal dirampas oleh penguatkuasa JAKIM atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekiranya Logo Halal JAKIM terus disalahgunakan sekaligus melanggar Akta Perihal Dagangan 2011. Syarikat mungkin berupaya membayar denda maksimum RM200,000 jika disabitkan kesalahan tetapi tidak mampu menjawab pelbagai soalan sekiranya produk dijual oleh agen atau mobile (stokis) disita oleh pihak berkuasa sama.

Itu FAKTA.

Ingin menjadi kaya, tidak salah tetapi usah sesekali cuba mengelirukan masyarakat Islam di Malaysia.

Peniaga produk mengajukan soalan di bawah kepada saya.



Klik di sini.

Reaksi saya, Zaza Haruno, sila buang Logo Halal JAKIM di header laman facebook.  Logo itu TIDAK layak digunakan justeru USAH dijaja.

Berikutan pembuangan Logo Halal itu, ertinya produk terbabit BELUM disahkan halal oleh JAKIM. Biarpun saya dikecam sebilangan individu berikutan pendedahan ini namun saya berpuas hati kerana kini semua rakyat Malaysia berhak memilih samada ingin menggunakan produk Double Stemcell atau sebaliknya.

Rabu, Januari 29, 2014

KARI KEPALA IKAN ENAK RESTORAN ZK DI JALAN KG. ATTAP KUALA LUMPUR


Kari kepala ikan sudah terlalu sinonim dengan Restoran ZK, terletak di 76, Jalan Kampung Attap, Kuala Lumpur.


Premis ini juga lebih dikenali sebagai 'Restoran Kari Kepala Ikan Kg. Attap' di kalangan ribuan pelanggan tetap.


"Tatkala berusia 12 tahun, saya mula bekerja di restoran di Ipoh, Perak, membantu menghantar makanan kepada pelanggan. Di situ juga saya melihat dan mula mengkaji bagaimana cara memasak kari kepala ikan enak. Sepuluh tahun kemudian saya berhijrah ke Cheras, Kuala Lumpur, menyewa tapak perniagaan di restoran Cina dengan kadar RM5 sehari," ujar pemilik Restoran ZK, Haji Zabarullah Khan Kader Mydin, 64 tahun.


Saya dapati, beliau, insan begitu merendah diri ketika berbicara.

"Saya membeli dua atau tiga kepala ikan di pasar pada waktu awal pagi.  Harga cuma RM5 sahaja untuk satu kepala ikan segar. Selepas dimasak, saya hidangkan kepada beberapa pelanggan untuk mereka mencuba rasa juadah saya sediakan. Saya beritahu mereka, kalau sedap, bayar. Mereka cakap, sedap dan membayar RM50 untuk kepala ikan itu," beliau mengimbau kenangan lalu.


"Apakah rahsia di sebalik kari kepala ikan sedap disediakan?," soal saya kepada ayah tiga anak itu.

"Kepala ikan harus segar. Bagi memastikan kesegaran setiap kepala ikan, kira-kira jam 8 pagi, saya sendiri pergi ke pasar untuk memilih hanya kepala ikan jenahak dan merah terbaik dihidangkan kepada pelanggan. Saya kongsikan satu petua bersama Mazidul. Kalau hendak membeli kepala ikan merah, pastikan tiada jalur kuning di bawah mata ikan itu. Jika ada, daging kepala, liat," jelas beliau.

Saya diundang oleh Zabarullah tatkala beliau membeli kepala ikan di Pasar Seksyen 6, Shah Alam, Selangor.


"Selain daripada Pasar Seksyen 6, bekalan ikan juga dihantar oleh peniaga Pasar Pudu, Pasar Klang dan Pelabuhan Klang. Lazimnya kepala ikan saya beli berharga di antara RM20 dan RM30 setiap satu. Berat keseluruhan ikan harus lebih daripada 3 kilogram, jadi kepala tidak akan mudah hancur tatkala dimasak. itu antara petua berguna," tambah Zabarullah.

Zabarullah berbeza berbanding ramai pemilik restoran lain. Beliau memasak sendiri kari kepala ikan direstorannya.


"Memasak kari kepala ikan, hobi saya. Bukan sukar kerana semua bahan telah disediakan oleh pekerja. Kacang bendi, tauhu kering dan tomato antara bahan saya gunakan. Lendir bendi berfungsi memekatkan lagi kuah kari manakala tauhu kering pula menyerap lebihan minyak di dalam kuah. Apapun, hirisan bawang besar ditumis sehingga naik bau, curahkan kuah kari dan tunggu sehingga menggelegak sebelum kepala ikan dimasukkan satu persatu ke dalam periuk," terang datuk kepada lima cucu terbabit.


Restoran ZK beroperasi seawal jam 6.30 pagi, menghidangkan sarapan. Jam 10 pagi, restoran ditutup buat sementara waktu untuk pekerja membersihkan lantai premis terbabit.

"Selain kualiti makanan, aspek kebersihan sentiasa diberikan perhatian khusus demi menjamin keselesaan semua pelanggan. Tepat jam 11 pagi, kari kepala ikan mula dijual," ujar Zabarullah.

Purata, 500 pelangggan berkunjung ke restoran ini setiap hari. Restoran ZK beroperasi sehingga jam 4 petang setiap hari dan ditutup pada hari Ahad.


"Kami semua bertugas di Sudan. Akibat pergolakan dan pertelingkahan dua etnik utama di sana, majikan mengarahkan kami pulang ke tanahair buat sementara waktu. Saya dan rakan teringin untuk makan kari kepala ikan. Restoran ZK menjadi pilihan kami kerana layanan mesra dan kari kepala ikan amat sedap dan menepati citarasa semua," ujar Azizi Abdul Ghani.


"Kari kepala ikan di sini dimasak tanpa santan dan boleh dimakan segar dalam tempoh 24 jam. Harga kepala ikan di antara RM15 dan RM90, boleh dimakan di antara dua dan 7 orang, mengikut saiz. Sebilangan pelanggan saya, membawa pulang juadah ini ke Sabah, Sarawak, Singapura dan London, United Kingdom. Kari kepala ikan dimuatkan di dalam bekas plastik dan beg kertas. Alhamdulillah, ramai juga golongan kenamaan makan di restoran ini," kata Zabarullah.


Anak bongsu Zabarullah, Badrulzaman, 23 tahun, biarpun sibuk bertugas sebagai juruterbang, tetap ringan tulang pada waktu terluang, melayan pelanggan bertali arus berkunjung untuk menjamu selera.


"Setelah lebih 20 tahun meraih rezeki di sini, saya berharap Badrul akan menjadi pewaris perniagaan kari kepala ikan. Sebagai taukeh, kita umpama tiang utama bangunan. Tanpa tiang itu bangunan bakal runtuh. Justeru saya sentiasa cuba berada di restoran ini untuk melayan pelanggan. Pelanggan datang dari jauh dan dekat, membawa wang bersama mereka, membayar bil dan menguntungkan syarikat. Oleh itu setiap pelanggan seharusnya diberikan perhatian istimewa," jelas peniaga bersifat merendah diri itu lagi.

Ketika itu Zabarullah sibuk menuangkan madu asli ke dalam kuah tambahan hidangan ayam madu, antara juadah utama di Restoran ZK, selain daripada kari kepala ikan.



"Saya membeli stok madu asli dari pembekal di Pahang. Jadi ayam madu tidak dicampur gula untuk menjaga kesihatan pelanggan," tambah beliau.


Sehari selepas kisah Restoran ZK dipaparkan di Majalan 3, siaran 20 Januari 2014, ribuan pelanggan menyerbu premis itu.


Andai ingin membuat pesanan awal kari kepala ikan sebelum berkunjung ke Restoran ZK, sila hubungi 03 2773 9786.

Selamat menjamu selera.