Ahad, Ogos 10, 2008

Jom Bantu Afni ..

Saya tertarik dengan masalah dikemukakan pembaca blog ini, Afni. Anda boleh membaca sebahagian daripada komen nya melalui cbox. Diringkaskan, ada pelajar di bawa jagaan Afni dikatakan mabuk dan menghisap rokok di hostel bawah pemantauannya.

Sebagai wartawan saya tidak hairan dengan masalah dikemukakan. Pelajar sekolah sebelum ini dilaporkan terbabit dalam pelbagai gejala sosial lain. Ponteng sekolah, terbabit dengan seks bebas, malah terjerumus dalam kegiatan gengsterism.

Saya teringat kata-kata pakar motivasi kenalan saya.

“Remaja ni majoriti bersikap rebelious. Jika ditegur suka melawan, membantah demi menegakkan kepercayaan dia orang. Remaja banyak persoalan belum terjawab dalam minda, justeru mereka gemar mencuba pelbagai perkara tanpa berfikir panjang.

Afni di Pahang memerlukan bantuan kita semua. Dia mempunyai masa terhad membuat keputusan sehingga minggu depan. Adakah pelajar terbabit perlu dibuang dari hostel? Atau mereka harus dinasihatkan atas perlakuan mereka?

Fikirkan juga dilema dihadapi Afni, sebelum ini menurutnya sekiranya pelajar ditegur atau dihukum ada keluarga datang marah dan mengamuk malah teman lelaki pelajar wanita turut memberinya amaran.

Lontarkan pandangan anda, tuliskan di bahagian COMMENTS semoga boleh dikongsi semua ..

5 ulasan:

  1. salam....
    sy juga bkl pddk...
    kerisauan di hati mmg x terbendung melihat mslh sbgini.

    sy prnh menjalani praktikal di sbuah sek dan kbtulan pd mse tu cikgu2 sek tu mendapati trdapat seorg pljr yg sgt bermasalh.

    bila dikaji semula, pljr tsbut rupanya memerlukan pddkn khas utk beliau kerana ada mslh sedikit d bhgn mental shgga belia mempunyai sikap yg amat nakal shgga menganggu pljr lain. Mslh pljr ini di kesan ktika pljr itu sudh drjh 5 kerana sekolah2 pljr tsbt sblm ini x dpt@ gagal mengesan mslh pljr ini seterusnya mengambil tndkn memberhentikan pljr tsbt dr sek [tukar sek].

    tp mslh afni mgkin di sekolah mngh...mgkin berbeza.. klao pelbagai pdktn sudah di ambil tp gagal... maka mungkin penukaran sekolah adalah pilihan terakhir utk slmt kan stdnt lain... tp jika ada cara len ...usahakan lah...

    anak2 murid kite ... adalah anak2 kite.

    Mungkin guru wajar di beri kan lebih kuasa... kalo merotan utk mendidik apa slh nya kan...tp guru skrg tak berkuasa... pljr lbih berkuasa... maka apa ada pd sorg guru??

    BalasPadam
  2. asalamualaikum saudara mazidul

    sy adlh seorang remaja yg bakal memasuki uni.kirenya pe yg sy ckp ni mewakili remajalah wpun maybe sy pn tak tepat 100%.

    skool sy dulu pn byk giler mslh dan sy slh seorang drpd plaja brmslh.tp sy bukanlah jenis plaja yg teruk sgt mcm amalkn seks bebas,merokok atau hisap dadah.Alhamdulillah sy msh mmpu mmbezakn yg mn buruk dan baik.

    sy slalu ditahan olh guru atas plbagai kslahan dan tentulah byk kali sy didenda.sy akui mmg ptt sy ditegur dan didenda tp sy tak penah serik.sy tak suka didenda tp sy setuju klu plaja bermslh dihukum tp hukumannya mstilah yg brtujuan mydarkn plaja,buknny memalukn plaja.mgkin sbb tulah sy tak penah serik bahkan smakin sakit hati sbb denda trhadap sy tu brsifat menjatuhkn maruah sy.bkn sy seorang ttp kbnyakan plaja brmslh yg lain sering didenda dgn denda yg memalukan mereka.

    sy pernah dipukul(guna tgn bkn gn rotan) dan diherdik d hdpn plaja2 lain.yg plg memalukn ialah ketika diherdik dan didenda d hdpn plaja2 junior.tntu sj junior tkkn hormat pd sy lagi stlh melihat sy didenda.sy btl2 malu dan berkecil hati wktu itu sbb kslahan sy cumalah merayau-rayau ketika prep malam bukanlah lari dr skolah pun.sbg remaja,tentu sj ego dan sifat memberontak sy tinggi dan apabila dimalukan olh org lain,naluri remaja sy makin suka memberontak.bile sy minta maaf,kata mereka takde maknanya sy minta maaf.bayangkan perasaan sy masa tu.

    satu lagi,ade sstgh guru yg brsifat prejudis.sy tahu sy byk buat slh dan sy mahu berubah.tp mcm mn sy nk berubah klu guru pn tak support?ada guru yg bile time mgajar,tak mahu langsung pndang muka saya sbb sy slalu ditahan olehnya.bile sy tny soklan,die hentam sy kow2 sbb tak tahu sdgkn pd plaja lain die tak buat mcm tu.sy tahu sy slalu dihentam sbb sy budak brmslh.classmates sy juga bersimpati pd sy yg pd mereka mmg slalu kene hentam ms blaja.bile sy tny soklan pd guru,die jwb mcm taknak jwb je.sy tahu mmg sy tak layak nk minta ilmu drpdnya tp knapa die tak suruh je sy jgn masuk kelas die dah kalau die tk mahu ajar sy lagi?sy terseksa sgt blaja dgn org yg benci pd sy.sy blh nmpk sinar kebencian dia trhdp sy mnyebbkn sy takde mood nk blaja dgn die.sy juga jd fobia nk tny soklan dgn die sbb takut diherdik mcm2.

    bkn cg sy yg itu saja,ade juga cg lain yg mcm tu.dsbbkn sy buat salah sikit,mrk terus blacklist sy.

    tp sy tak penah cerita kt parent sy sbb sy tau mmg sy slh wpun sy tak stuju dgn cara die mmberi pngjaran pd sy tu.dan bile kwn2 hentam die,sy back up guru2 sy tu wpun sy sndiri brkecil hati dgn mereka.yelah,kita dh ambil ilmu drpd mereka,takkan kite nk baling tahi pula.mcm tak kenang budi pula.

    sbnrnye saudara mazidul,kbykan remaja brmslh ni ade background yg tak brape elok.family problem yg tak habis2,mcm sy ni.sbb tu sy slalu buat mslh.fkrn yg kusut mmbuatkan sy slalu tak fikir pnjang bile nk buat sesuatu tu.jd bile cg dh blacklist sy,sy jd makin teruk dan rs terseksa giler bile blaja.tp sy tahan je sbb berkat guru tu penting wpun sy tak tahu cg berkati atau tak ilmu yg mereka smpaikn pd sy.

    jd kat sini sy nk tekankn pd guru semua,nk denda atau rotan,boleh klu dh mmg slh kami.tp tolong jgn buat denda yg memalukn kami.dan tolong jgn pndg serong atau benci pd plaja brmslh sbb makin dibenci,makin prangai buruk kami menjadi-jadi.

    dan tolong selidik dulu keluarga plaja2 brmslh.mmg ade plaja yg buat hal sbb kaya dan fikir taraf die lbh tinggi drpd guru tp tak semua mcm tu.kbnyakannya sbb ade mslh keluarga jd minda mrk mudah terpengaruh utk buat perkara2 tak elok.

    semua yg sy ckp di atas td bukan ditujukan kpd semua guru2 yg penah mengajar sy.ade sstengah je.sy ulangi,bukan semua.ade cikgu yg skali denda sy,terus sy tak berani buat.sbb mereka denda dgn profesional.

    dan psl ibubapa yg suka menyaman tu,sy pn tak tahu nk kata apa.mgkin itu sbb ibubapa terlalu prcayakan anak2.kdg2 time marah,mungkin kita akan tertokok tambah utk myedapkan cerita.jadi di sini dah jadi slh plaja tu sndiri la.kemudian,guru yg menjadi mangsa.

    BalasPadam
  3. guru sekarang seolah2 tiada erti bagi sesetengah murid...padahal keberkatan ilmu guru lah yang akan membawa hidup mereka pada masa depan...tanyalah mereka yang pernah DERHAKA kepada guru...

    BalasPadam
  4. saya seorang remaja
    1. remaja tak suka dileter.
    2. remaja suka buat apa mereka suka.

    kes pelajar tuh,
    kalau dibuang dari hostel, alamatnya macam melepaskan harimau tgh lapar keluar dari kandang, makin menjadi2lah...

    apa kata, tanya apa yg dia mahu,
    kadang2 remaja buat jahat utk menunjukkan ketidakpuashatian, ada yg mereka mahu buat, tetapi dilarang!!

    maksudnya di sini, "kalau pelajar tu suka conteng dinding, jgn larang dia conteng dinding, bagi la sebuah dinding tmpt khas utk dia menconteng, nanti dah jemu, berenti la dia" ....ok?

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum & salam sejahtera.

    Pelajar brmasalah bkn la isu baru.Cuma bezanya jenis masalah yg dibawa mengikut predaran zaman & masa.Saya yakin kebanyakan rakyat Malaysia yg dewasa kini akan brkata "aku dulu nakal juga tp xdela mcm bdk2 zaman skang ni".

    Sy kurang pasti akan masalah yg dihadapi Afni (krn page gagal loading dgn baik) tp mempunyai pndgn sndr ttg mengatasi mslh pelajar nakal.

    Punca kpd isu ini sbnrnya adalah ibu bapa sndr.ibu bapa yg gagal mencorak anak-anak mereka hinggakan mereka gagal dikawal lagi.Persekitaran mmg memainkan peranan kerana ia mmg dicipta utk memberi pengaruh.Jadi ibu bapalah yg seharusnya menapis pengaruh yg boleh & tidak boleh diterima oleh anak-anak mereka.Ia sama seperti lalang yg tumbuh disekeliling rumah.jika tidak dipantau dan dipotong maka belukarlah jadinya.

    apa yg berlaku ialah kita belum ada pendekatan yg betul2 sesuai dlm menanganani mslh ini.sejauh mana kesungguhan kita dlm memperjuangkan nasib anak bangsa ini?jika denda gagal mengubah,tukarkan ke sekolah lain.di sekolah yg baru mslh yg sama ttp akan brulang.keadaan inilah yg akhirnya menempatkan mereka di pusat2 serenti dan pnjara2 bahkan ke lembah maut.

    apa yg kurang ialah didikan rohani.didikan inilah yg kurang ditekankan terhadap mereka.sy brsetuju jika ada yg mengatakan sistem pndidikan kita lemah.apa sekalipun prmasalahan ini harus ditangani dgn cara yg brsesuaian.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.