Rabu, Mei 27, 2009

Fakta Sijil Halal

Saya mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Pembangunan Industri Halal, HDC kerana sudi memberikan penjelasan berhubung sijil halal.

Mungkin ramai tidak mengetahui, sejak 18 September 2006, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM tidak lagi mengeluarkan pengesahan sijil halal kepada premis menjual makanan di negara kita. Tugas terbabit diambil alih sepenuhnya HDC dibantu bekas kakitangan JAKIM. Sewaktu pertemuan, saya dimaklumkan, HDC mempunyai Panel Syariah diketui Datuk Najmi Ahmad manakala Panel Kelulusan Pensijilan Halal dipengerusikan Datuk Mustafa Abd Rahman.

Berikut beberapa fakta perlu dikongsikan bersama pembaca.

1. Tiada undang-undang mewajibkan premis menjual makanan di negara ini mendapatkan sijil halal. Bermaksud, permohonan sijil halal dilakukan pengusaha secara sukarela.

2. Selain HDC, sijil halal turut dikeluarkan Jabatan Agama Islam Negeri dan beberapa syarikat swasta lain.

3. HDC tidak mempunyai bidang kuasa mengambil tindakan undang-undang ke atas premis menjual makanan menyalahgunakan sijil dan logo halal. Sebaliknya, penguatkuasaan dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

4. Setakat ini hanya 26 hotel di Malaysia memiliki sijil halal dikeluarkan HDC, 159 lagi diperakukan Jabatan Agama Islam Negeri. Harus diingat, hanya dapur tertentu sahaja di sebilangan hotel diperakukan menerima sijil terbabit.

5. Semasa entry ini ditulis hanya 1 kopitiam menerima sijil halal HDC, Pak Hailam Kopitiam Sdn. Bhd di Taman Kepong, Selangor.

Pembaca boleh melayari laman web HDC, www.hdcglobal.com atau menghubungi talian bebas tol HDC 1800 880555 untuk mendapatkan maklumat lebih terperinci.

10 ulasan:

  1. Saya rasa perlu dikuatkuasakan ttg sijil halal. Kalau tiada arahan dan penguatkuasaan, peniaga tidak akan memikirkan ttg pengguna Islam.

    View Profile: Rantong™

    BalasPadam
  2. Bang,
    Tolong tanye sikit pada sesape yang berkenaan. Jakim ke Menteri ke..

    Ramai pihak di beri kebenaran mengeluarkan sijil halal. Tapi bab enforcement ni hanya Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

    Yang saya tau enforcement dorang ni lemah sangat. Kakitangan tak cukup la ape la..banyak je alasan.

    Jika pihak yang mendapat sijil halal ni gagal untuk mengikut syarat2 halal selepas mendapat sijil halal. Sapa yang tanggung dosa??...Jakim ka?? Yang mengeluarkan sijil ka??..atau orang yang makan ka??

    Yang pasti orang yang makan tu confident halal sebab ade logo halal.

    Jakim pulak akan cakap yang die bukan die keluarkan sijil..kenape pulak Jakim yang tanggung dosa??

    Pihak yang keluarkan sijil pulak cakap die keluarkan saja..tak dek kuasa nak buat enforcement..

    Perdagangan dalam negeri pulak cakap die tak cukup kakitangan nak buat enforcement sebab peniaga yang dapat sijil halal ni banyak sangat.

    Abis tu sape bertanggung jawab nii??

    Bangau oh bangau....

    Mintak tolong sesape bagi penjelasan skit..public macam sye ni kompius...

    BalasPadam
  3. Mak ai...satu je kopitiam yang terima sijil halal?

    BalasPadam
  4. senang sahaja kalau nak premis2 jual makanan ni rasa perlunya amik sijil halal.. pengguna Islam tak perlu la pk dulu kali kalau premis tu takde sijil halal.. blah je terus.. tak yah layan, habis cite

    BalasPadam
  5. kopitiam tumbuh macam cendawan tp cuma satu yang dapat sijil halal..camne tu? yang lain nya kira meragukan la? saya
    kena mantapkan penguatkuasaan dan selaraskan balik proses tindakan undang2 dengan pengeluaran sijil halal di bawah satu agensi.senang nak refer nanti.

    BalasPadam
  6. then apa gunanyer sijil halal ni..kalu kerajaan pun tak amik serius...website jakim pun kebanyakan restauran kat malaysia ni ada tanda halal tapi bila check dgn JAKIM...JAKIM tak pernah keluarkan sijil halal bley...

    1.Victoria station Restaurants (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)
    2. Charm cafe (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    3. Ipoh KopiTiam (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    4. Baskin Robbins (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    5. Kenny Rogers Roasters (telah disahkan Halal oleh JAKIM/HDC)

    6. Penang Village (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    7. A&W (telah disahkan Halal oleh JAKIM/HDC)

    8. Ikea (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    9. Restoran Cozy Corner (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    10. The Manhattan Fish Market (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    11. Paddington house of pancake (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    12. Hardrock cafe(bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    13. Sushi King (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    14. San Francisco Steak House (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    15. Marche (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    16. Big Apple Donut (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    17. Groupbase (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    18. Good Evening Bangkok (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    19. Dave's Deli (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    20. Eden (bukan pemegang sijil halal JAKIM/HDC)

    21. Johny's Restaurant (bukan pemegang sijil halal HDC)

    22. Eckywoobee - TTDI- Muslim owner tapi menjual alkohol? (bukan pemegang sijil halal HDC)

    23. Bubba Gump Shrimp (bukan pemegang sijil halal HDC)

    24. Jake's Charbroil Steak (bukan pemegang sijil halal HDC)

    25. Carl's Jr (bukan pemegang sijil halal HDC)

    26. Ikea restaurant (bukan pemegang sijil halal HDC)

    27. Chilies (bukan pemegang sijil halal HDC)


    nama jer negara islam..camno...just my opinion..

    BalasPadam
  7. Memang beginilah keadaannya, halal itu bukan syarat utama dalam perniagaan di negara yang dikatakan Islam.

    BalasPadam
  8. ooookay.most of the restaurant listed in the list tu my fave rest :( ta halal ke?? adoi la

    BalasPadam
  9. Penguatkuasaan menyeluruh dan info judnya HDC, sejauh mana pihak yg masih membuat kursus2 berkaitan HOTEL mengikut garis panduan, masih ada hotel pilihan yang mengikut garis2 HALAL.

    BalasPadam
  10. kedai yang tak halal pun dah macam halal, pekerja indonesia, pakai tudung. ada gantung halal besar,
    (sebenarnya sticker je), menu pulak ada makanan orang melayu (nasi lemak, roti canai,dll)..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.