Jumaat, Mac 02, 2012

BETTA BELLICA DAN GADIS NIGERIA

Saya percaya, pembaca setia blog ini mengetahui, lelaki Nigeria gemarkan perempuan Melayu berpinggul dan bertubuh besar.

Majoriti sasaran mereka, janda atau wanita bujang lanjut usia.

Barangkali tidak ramai pernah melihat gadis warga Afrika bertubuh langsing seperti di bawah.  


Gambar saya rakamkan di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.


Biar bagaimanapun sekali perawakan dan wajah gadis terbabit, di Malaysia dia tetap dihormati. Tidak pernah saya menerima perkhabaran lelaki tempatan cuba mengurat wanita Nigeria. Jauh sekali menggoda, jatuh cinta dan meniduri mereka.

Sedangkan sebilangan wanita kita terperangkap dengan kata kata manis lelaki Nigeria sekaligus sanggup dipergunakan ke tahap gaban. Mereka rela menyerahkan wang dan susuk tubuh hanya kerana berasa diri dimanjakan dan sering kali dipuji.

Biarpun pahit, itu kenyataan.

Di entri ini, saya ingin menyentuh mengenai kenyataan.

Sewaktu membuat liputan paparan Majalah 3, 'Emas Hidup', saya dihadiahkan 6 ekor ikan Betta Bellica atau lebih dikenali sebagai ikan Pelaga Manja.

Ikan Pelaga Siam atau Betta Splenden, berwarna-warni dan lebih cantik tetapi setiap seekor harus diasingkan. Jika tidak ikan terbabit akan berlaga, kemudian terapung lalu mati.

Betta Bellica, berbeza.


Ikan spesies ini boleh berkongsi habitat sama tanpa menimbulkan masalah. Betta Bellica tidak berlaga sesama sendiri dan hidup dalam keadaan harmoni. Ikan ini gemar berlindung di celah batang kayu dan di bawah daun dalam suasan gelap di dalam akuarium. 


Jika pembaca masih ingat, ikan ini ditangkap di Paya Kopi, Pagoh, Johor pada 3 Februari lalu. Lebih sebulan dipelihara, ikan diberikan kepada saya itu semakin membesar.

Betta Bellica hidup dalam air paya gambut, tanpa memerlukan bekalan oksigen dan cahaya lampu. Malah air akuarium juga tidak perlu terlalu sering ditukar. 



4 hari lalu Betta Bellica saya pelihara didapati bertelur di dalam buih dihasilkan spesies itu, bersesuaian dengan kaedah  pembiakan, bubble nesters.

Saya percaya majoriti telur terbabit telah menetas namun gambar anak ikan masih halus itu masih belum dapat saya rakamkan. 

Ibu dan anak, bersembunyi di celah daun pokok.


Cantik?

Untuk rekod, Betta Bellica kini antara spesies ikan hiasan tropika hampir pupus dan hanya didapati di 2 negeri di Malaysia, Selangor dan Johor.

Jika dicari di kawasan paya gambut, dalam tempoh sejam, belum tentu kita mampu menangkap seekor Betta Bellica.

Itu keunikannya.


InsyaAllah, jika usia ikan itu panjang, saya akan kongsikan lebih banyak gambar untuk tatapan pembaca blog ini.

Untuk pengetahuan, sepasang Betta Bellica dipasarkan dengan harga RM30 tetapi sukar untuk mencari kedai menjual spesies ini.

TERIMA KASIH SUDI BERKONGSI ENTRI INI DI FACEBOOK

18 ulasan:

  1. tahap gaban? Hehe baru inilah saya baca tulisan encik mazidul macam nie....
    Jarang jumpa mem nigeria ramping...

    BalasPadam
  2. Leh ler mintak sekor dua anak ikan tu ...

    BalasPadam
  3. ngeri pulak tengok wanita nigeria ni huhu...

    biar betul hampir pupus ikan ni...hanya dua negeri jer...harap dapat pelihara sepenuhnya yang hampir pupus ini...

    BalasPadam
  4. gamba awek nigeria tuh x best....gamba ikan...best...hehe...cantik la...ikan tuh lah...bkn awek nigeria tuh...hehe

    BalasPadam
  5. Masa saya kecil2 dulu suka mencari ikan ini, memang ikan ini tinggal di kawasan paya. Dan memang sukar untuk menangkapnya. 10 jerat satu daripadanya pun belum tentu dapat. Kami di Terengganu memanggilnya dengan nama ikan Skila. Warna, bentuknya pun sama seperti yang abg punya.

    BalasPadam
  6. Terima kasih Tuan Mazidul, kerana sudi mempromosi melalui blog tuan, ikan kesayangan saya yang begitu manja, Betta bellica. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan generasi kita pada masa akan datang tetap dapat menatap wajah si Manja yang satu masa nanti boleh memikat hati pencinta Betta seluruh dunia.. sebagaimana orang kita mencintai pasangan bangsanya sendiri.. Kenapa kita mesti mengagung-agungkan ikan dari Siam Vietnam atau Myanmar sedangkan ikan Betta kita begitu cun dan manja..
    Tuan Mazidul yang baru berjinak-jinak dengan si Manja sudah dapat membiakkan ikan ini?...Wowwww terkejut besar saya.. Diharap tuan Mazidul dapat membesarkan anak-anak si Manja dengan jayanya.. Sekalung tahniah untuk tuan...

    BalasPadam
  7. cantik la betta bellica ni... macam mana nak cari ye en mazidul? kalau boleh saya nak hadiahkan ikan ni pada suami saya..gantikan ikan kelisa yang mati awal tahun lalu...

    BalasPadam
  8. salam En. Mazidul, boleh minta seekor dua anak ikan tu? Anak-anak saya suka membela ikan hiasan. Setakat dua bulan ini lebih kurang 20 ekor ikan hiasannya asyik mati je. Tak tahulah apa masalahnya. Yang terakhir semalam mereka beli ikan emas, tak tahu lah barape lama boleh hidup. Nak cuba lah bela ikan ni pulak. Kalau nak jual kepada saya pon ok juga. Memang tak pernah tengok ikan ni.

    BalasPadam
  9. dulu masa kecil bntk sangat ...sekarang penggunaan racun membunuh semua ikan kot

    BalasPadam
  10. i dont think lelaki malaysia ada selera dgn minah african tu...

    BalasPadam
  11. teringat zaman kecik2 dulu selalu tangkap ikan ni kt parit kecik kt tepi umah... tmpt tu mmg redup sbb keliling ada pokok kelapa sawit...

    zmn tu ikan ni tak semahal skrg nih... n kami budak2 tak tau pun nilainyer...suke tangkap n lps... heheh tp skrg dh takde dh parit tuh sbb dh keruh dh..maklum zmn berubah semua berubah

    BalasPadam
  12. Bawah cerita pasal ikan Betta, atas cerita pasal ikan belut hitam.

    BalasPadam
  13. betta bellica juga dikenali sebagai tempala...saya boleh dapat lebih 10 ekor dalam masa sejam...

    BalasPadam
  14. saya boleh dapat betta bellica lebih dari 10 ekor dalam masa sejam..

    BalasPadam
  15. saya ada sepasang betta manja ni, jom share macamane nak breedkan ikan ni

    BalasPadam
  16. salam bang mazidul....kalau xkeberatan cuba kupas lagi berkenaan wild betta...ikan-ikan ni perlu perhatian yang tinggi bangi mengelakan ia pupus...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.