Khamis, November 22, 2012

KAMERA AES TIADA MASALAH JIKA ...

Tengahari semalam, saya berpeluang melakukan tinjauan memantau sikap pemandu di Lebuh Raya Utara Selatan dari udara.


Saya menaiki helikopter Dolphin bersama pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, Kifli Ma Hassan dan Pengurus Besar Jabatan Keselamatan Trafik, PLUS, Zakaria Shaffie. 


Jurukamera bertugas, Rohaizat Roslan, 44 tahun.


Sambil terbang, jurukamera Majalah 3, diberikan peluang  merakamkan 2 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik, AES di lebuhraya terbabit.


Jika terlihat papan tanda di bawah ...


Kira-kira 1 kilometer di hadapan, lokasi kamera AES.


Maksudnya, setiap pemandu terlebih dahulu telah diperingatkan untuk mengikut had laju ditetapkan oleh pihak berkuasa. Jika mereka memandu tidak mematuhi had laju itu, kamera AES akan merakamkan gambar kenderaan serta nombor pendaftaran sebelum pemilik kenderaan disaman.

Justeru saya hairan, mengapakah sebilangan pihak membantah pemasangan kamera AES. Jika pengguna jalanraya menghormati peraturan ditetapkan, mereka  tidak akan disaman. 

Noktah.

Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, saya terpandang motosikal memintas kenderaan saya pandu.


Di jalan utama itu, dia selamba menunggang kenderaan tanpa memakai topi keledar.


Sambil menggunakan telefon bimbit ...


Tiada seunit pun daripada 14 kamera AES dipasang di laluan itu dan saya percaya kamera terbabit tidak berfungsi merakamkan aksi penunggang motosikal secara jelas memandang remeh keselamatan dirinya sekaligus membahayakan pengguna jalan raya lain.

Jika pengguna jalanraya terus bersikap sebegitu, tidak hairan, dalam tempoh setahun kira-kira 6,700 terkorban di jalan raya, majoriti penunggang dan pembomceng motosikal.

41 ulasan:

  1. yg komplen tu suka bw laju,tu yg takut kena saman..org lain ok je..

    BalasPadam
  2. aes ni patut di buang


    tumpang bace cni jom ke blog sy jgk ek :)

    Tak Mungkin Benar

    BalasPadam
  3. Tuan Inspektor Azim, jelaskan maksud awak. Adakah sebagai pegawai penguat kuasa kerajaan awak membantah penggunaan AES?

    BalasPadam
  4. Pada yang mementingkan keselamatan dan yang pernah mengalami kehilangan orang yang tersayang, mereka sedar dan tahu usaha kerajaan ini adalah untuk kebaikan...AES sesuatu yang baik, cuma pendidikan keselamatan harus dilipatgandakan..sial juga ke blog saya ..http://anuar-ahmad.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. Saya menyokong penggunaan AES di jalan raya di Malaysia. Saya ingin memberi cadangan supaya papan tanda amaran AES dihadapan itu diletakkan 1.8-2.0 kilometer. Membolehkan pemandu sempat memperlahankan kelajuan kenderaan. Saya sudah kehilangan rakan saya akibat kemalangan di Sri Iskandar dan saya tidak mahu kehilangan rakan dan keluarga. Cukup cukuplah.

    BalasPadam
  6. Acap kali juga terserempak penunggang motorsikal begini,nyawa sendiri tidak diutamakan.

    BalasPadam
  7. saya mengenali seorg sahabat org m'sia yg tggl di luar negara..di sana dia betul2 mematuhi undang2 jalanraya, katanya penguatkuasa di sana tiada kompromi dan sgt tegas. Bukan main dia puji langkah2 yg diambil utk menjaga keselamatan pengguna jalan raya.Jangan kata seat belt depan, seat belt blkg pun wajib di saman jika tidak dipatuhi. Malah jgn harap ank2 kecil boleh dipangku, undang2 tetapkn bahawa sekian umur kanak2 harus duduk dlm 'baby/child seat' demi keselamatan.

    Tapi bila sahabat ini pulang ke Malaysia, bukan main dia marah2kn penggunaan kamera AES ini, katanya menyusahkan dan mcm2 lagi. Dia lupa tujuan utama tindakkn tegas ini utk keselamatan pengguna jalanraya. Katanya saman terlalu tinggi.Jika saman rendah dan mampu dibayar apalah gunanya.....

    haish..xpaham sy. Klau sume patuhi undang2 kn senang. Baik lelaki, perempuan, tua & muda.

    BalasPadam
  8. SAlam bro,
    Abang dah check ke setiap kamera AES ade tak pasang papan tanda peringatan?

    Lagi satu, AES dah pasang. Tapi Menteri kata speed trap Polis pun akan diteruskan juga.

    Andailah, satu hari ade emergency bini nak beranak ke, sekali lalu AES kena saman tetiba depan sket ade speed trap polis kena lagi saman! Tak pasal2 kena double saman ...

    Jadi saya faham kenapa Inspektor Azim tak bersetuju dengan AES. Polis dah jalankan tugas utk kuatkuasakan peraturan halaju, tetiba JPJ pun sibuk nak buat sama. Kan dah bertindih tu?

    BalasPadam
  9. Sy stuju dgn aes, tp ia x mnyeluruh mmbuatkan yg sering jd sasaran adelah pmndu kereta yg berada d hiway or jln psekutuan yg mmg kurg ptut d hadkan km/j yg rendah esp d kawasan yg x jd laluan utama. Saya br trime saman tu gara2 terbawa 98km/j d hiway area purjya yg mmg bkn laluan utama org yg d hadkan 70 im/j shj. Apekate aes tu juga bfungsi untuk mgesan org2 yg buat ksalahan mcm pict d ats tu..

    BalasPadam
  10. AES kalau tidak bias ok je pada saya...dan bagus juga letak kat ceruk-ceruk benua seperti tempat saya...banyak setan jalanraya...nak bawak kereta hari-hari pergi kerja macam nak pergi berperang...

    BalasPadam
  11. Seperhatian saya menggunakan PLUS ramai jugak mereka2 dah membawa kereta secara berkhemah dan mematuhi had laju. hampir 50% AES itu berkesan. Sekarang pemanduan saya juga had kepada 110km.

    Tapi kereta2 kat highway ni makin banyak sbb semua tak brani laju. Kejap jem sana kejap jem sini. takpasti la apa puncanya.

    BalasPadam
  12. As Salam

    Pada pendapat saya, AES amat bagus dilaksanakan tetapi di sesetengah kawasan, had laju agak kurang realistik terutama sekali di kawasan turun bukit. Ada keadaan di mana pemandu tidak perlu tekan minyak dgn kuat langsung tetapi tetap sudah melebihi had laju yg ditetapkan. Contohnya, di lebuh raya yang 3 lane dan turun bukit tetapi had laju cuma 70km/j. Jika diperbaiki akan perkara ini Insya Allah AES akan lebih diterima ramai. Wassalam.

    BalasPadam
  13. AES memang bagus. Cuma, pada pandangan saya, ini akan mengajar pemandu menjadi hipokrit, depan kamera slow, lepas kamera, terus pecut laju.

    Saya selalu berulang-alik dari KL ke tempat kerja di Bangi. Di persimpangan Kajang (highway PLUS) terdapat satu kamera AES.

    Didapati, pemandu hanya slow bila menghampirinya dan kemudian kembali membawa bagai ribut selepas melepasi kawasan kamera AES tersebut.

    Jadi, kalau letak beribu sekalipun, sikap tersebutt hanya di kawasan AES, tidak di kawasan lain seperti gambar yang tuan kepilkan pada tampalan ini.

    Ini hanya pandangan peribadi saya.
    Saya lebih berpendapat sekiranya polis yang mengeluarkan saman itu secara live ditempat kejadian berbanding menggunakan perantaraan kamera.

    BalasPadam
  14. untuk aes ni saya tak kisah pun sebenarnya, ada takde sama je, saya pernah tulis sebelum ni kat sini

    btw jom join contest ni, cara penyertaan mudah sangat, mana tau leh dapat hadiah thumbdrive 8gb/16gb... klik je kat sini

    BalasPadam
  15. Menyusahkan btol la AES ni.
    110kmh je?
    Punya la besar 3 lorong highway tu.
    Bermakna bodoh la engineer Proton tu design meter Preve sampai 240kmh.
    Tolong beritahu kementerian berwajib lepas ni semua kereta samada proton, perodua, dan semua kereta import / lori / bas , yg berada di Malaysia wajib buat cut-off speed smpai 110kmh sahaja.

    Punca sbnr kemalangan adalah kecuaian.

    BalasPadam
  16. Dino, saya berbincang dengan pegawai atasan JPJ, antara punca utama kemalangan, kelajuan, speed.

    Syahmi, pemandu hipokrit? Pada pengamatan saya dari udara, majoriti pemandu memperlahankan kelajuan mereka selepas melihat papan tanda AES.

    Hipokrit atau tidak, soal kedua kerana sekurang-kurangnya mereka memperlahankan kenderaan di lokasi panas, kemalangan kerap berlaku. Itu bagus berbanding tiada kawalan langsung.

    Rez, menjadi syarat wajib bagi pihak berkuasa, memasang papan tanda 1 kilometer sebelum lokasi kamera AES.

    AES di bawah pusat kawalan JPJ. Biarlah polis trafik terus melaksanakan tugasa mereka menyaman pemandu melanggar peraturan.

    Hanya mereka gemar melanggar peraturan bermasalah dengan AES mahupun kamera pengesan had laju polis.

    Correct me if I am wrong.


    BalasPadam
  17. Kalau benar, blogger, Inspektor Azim itu pegawai polis, pemikirannya tidak sepatutnya begitu.

    Saya berani berdebat dengan beliau secara terbuka berhubung AES.

    Sila sahut cabaran saya.

    BalasPadam
  18. masyarakat kita ni kalau bab2 nak memperbaiki keadaan dan mendisiplinkan diri semua nak bantah.
    Bila memandu tak pernah fikir mudarat kepada orang lain.

    Ambillah contoh seperti negara New Zealand, parking keluar dari kotak sikit pun atau pandu keluar dari lane sikit pun dah kena saman. Entah di mana kameranya? Ini menjadikan pemandu mereka disiplin. Driver bus ekspres yg sedang laju tapi bila sampai kawasan penempatan dengan speed limit rendah, boleh terasa bus terus bergerak perlahan. Mereka dah biasa dek kerana undang2 yang dikuatkuasakan.

    BalasPadam
  19. Pada pendapat saya, mungkin benar kata pegawai atasan JPJ tersebut kelajuan punca utama kemalangan "JIKA" ketika speed di (jalan negeri, perbandaran, jalan kampung) maksud saya jalan lama. Ya itu mungkin boleh menyebabkan kemalangan jika dipandu dgn laju kerana terdpt bnyk simpang sprti perumahan kampung, simpang 3, simpang 4 dan lain2. Oleh kerana adakalanya jalan2 ini sempit.juga terdpt selekoh tajam.
    Yang saya maksud ini adalah di lebuhraya seperti PLUS. wajarkah jalan sebegitu luas dihadkan pd kelajuan 110kmh? contohnya AES di Slim River. Jln tersebut lurus bkn berbukit seperti dikawasan terowong menora, gua tempurung, genting sempah, dan sebagainya. Juga AES di kajang.
    Kecuali ketika hujan. Tetapi siapa yang mahu speed sehingga 160kmh dalam cuaca hujan? kerana penglihatan manusia amat terhad.
    Nampak tak logiknya disitu?
    Pada saya 110kmh amat membosankan dan sangat mengantuk.

    BalasPadam
  20. Dino, adakah boleh dijamin, kemalangan tidak berlaku di jalan lurus?

    BalasPadam
  21. Sahabat saya Mazidul,

    Maafkan saya kerana agak kurang setuju dengan AES.Bukan tidak setuju tetapi kurang.

    1.Lokasi AES.AES diletakkan di kawasan yang hadlajunya bukan 110.Saya tak pasti semua atau tidak.Saya bagi contoh di SKVE (70km/j), Kajang PLUS (90km/j) dan Putrajaya (70km/j).

    Pengguna jalan raya berikut di atas pasti mengetahui keadaan jalan yang lurus, dua atau tiga lane tetapi ada AES.

    Selekoh Gambang yang merbahaya (jalan lama), hadlaju 90km/j, tanpa AES.

    Soalannya ialah, adakah benar-benar AES bertujuan mendidik atau untuk mengaut saman?

    Berlainan speed trap Trafik, tidak kita ketahui lokasi tetapnya.Tau tau je kena gawang bendera merah dan kita akur menerima surat saman atas kesalahan kita.

    Mungkin Mazidul dah buat dari atas heli tu, kalau belum, cuba rakam kan imej berhampiran AES Kajang di waktu puncak sekitar jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.Satu km menuju AES akan sesak, lepas AES,semua pecut menuju Sg Bes...

    2.Saya kurang setuju bila kata AES bertujuan mengurangkan rasuah Trafik.Nampak sangat kita memandang anggota Trafik sebagai pemakan rasuah.Apa agaknya perasaan mereka yang selama ini penguatkuasaan hadlaju ini diterajui mereka.

    3.Saya tau asal usul syarikat yang dapat. Yang ni tak mau ulas panjang,bahaya...hehe...

    Akhir kata,kalau kena saman AES pun saya akan bayar jugak walau kurang setuju.We abide by the law...

    Salam hormat.

    BalasPadam
  22. pada saya, sikap pemandu yang perlu diperbetulkan. misalnya memandu perlahan di lorong laju, suka mencelah, dan sebagainya.

    tak dinafikan, kelajuan itu membunuh, tetapi perlahan juga boleh mengundang kemalangan, seperti yang saya nyatakan di atas, memandu pelahan di lorong kanan.

    BalasPadam
  23. Salam,

    Saya juga terpanggil untuk memberi pendapat.

    Memang kelajuan membunuh. Tapi tak semua pemandu yang bawak laju tu secara berbahaya. Macam yang saya tahu saman akan dikeluar jika had laju kereta lebih 10km/j dari had laju di lokasi tersebut. Untuk selesaikan isu ini mohon kaji semula had laju di semula kawasan kerana pretasi kereta sekarang agak tinggi.Even tak rasa pun kalau bawak 120km/j di Highway.

    Yang selalu eksiden

    1)Bawak laju dalam keadaan mengantuk
    2)Memandu secara memba*i buta
    3)Terpengaruh dengan filem aksi


    Kesalahan lain seperti

    1) Memotong di lorong kecemasan
    2) Memandu perlahan di lorong kanan sedangkan tidak memotong
    3) Menukar lorong tanpa memberi signal

    boleh membuat pemandu lain kurang sabar. Adalah lebih baik jika kamera AES boleh menangkap dan mengambil tindakan terhadap pemandu sebegini. Baru betul nak didik.


    Harap boleh dipertimbangkan.

    Tabiat pemandu Malaysia

    BalasPadam
  24. Nampaknya saudara Mazidul masih tidak faham kenapa ramai membantah kamera AES ni kerana saya yakin semua yg membantah ini sgt bersetuju AES diletakkan di kawasan persimpangan isyarat untuk memerangkap pengguna jalanraya yg melanggar isyarat merah tetapi bkn memerangkap kelajuan 80kmh/90kmh/110kmh di lebuhraya yg diletakkan di kwsn yg tdk munasabah.

    BalasPadam
  25. saya kalu terserempak dgn penunggang motosikal yg sedang menunggang motorsikalnya tetapi masih sibuk nak berhenfon bagai, rasa macam nak himpit je motor dia.

    mcm penting sangat je menjawap henpon tu sampai tak sempat nak berhenti ditempat yg selamat dulu.

    sayangilah nyawa kita dan nyawa orang lain, kerana itu semua adalah amanah dariNYA. sebagai manusia, kita masih ada kehidupan selepas kematian nanti.

    kita bukan katak :)

    BalasPadam
  26. Dino, saya telah berbincang dengan banyak pihak termasuk JPJ dan PLUS.

    Jika saya dianggap tidak memahami isu ini, terserah. Barangkali ilmu saudara berhubung perlaksanaan AES lebih banyak.

    Sila tonton Majalah 3, 8 Disember 2012, jam 9 malam.

    BalasPadam
  27. Saya sokong AES. 90% kemalangan adalah akibat kejuan dan sikap, erujuk kepada statistik kemalangan sistem CARS.

    Dino, kalau awak kata kelajuan 110km sejam adalah membosankan, lebih bosan lagi kalau awak mati kemalangan akibat kelajuan dan masuk kubur.

    Dino, kalau nak laju lagi, jadilah pilot, anda boleh memandu dengan kelajuan 800-1200km sejam.

    BalasPadam
  28. 14 kamera AES dipasang setakat ini antaranya bertujuan melihat keberkesanannya.

    Setiap kelemahan dan ketidaksesuaian lokasi pasti akan dikaji semula sebab itu kerajaan tidak memasang kesemua lebih 800 unit kamera sekaligus.

    Cuba fikirkan.

    saya percaya rungutan orang ramai didengar sebelum perlaksanaan menyeluruh dibuat.

    BalasPadam
  29. Fuyoo naik heli...

    Nasib baik mamat yg naik moto tu bukan tengah mel..c.p hehehe

    BalasPadam
  30. Inspektor Azim saja nak havoc nak tarik orang baca blog diaa... hampeh... tp mmg bijak. Aku harap lebih ramai orang bijak join PDRM.

    BalasPadam
  31. The Red Rambutan,
    bila berckp tu tolong lah pakai otak sikit ya. Statement ini nampak agak kurang cerdik(bodoh).

    "Dino, kalau awak kata kelajuan 110km sejam adalah membosankan, lebih bosan lagi kalau awak mati kemalangan akibat kelajuan dan masuk kubur.

    Dino, kalau nak laju lagi, jadilah pilot, anda boleh memandu dengan kelajuan 800-1200km sejam. "

    Mati dlm kemalangan akibat kelajuan itu membosankan?
    Boleh pilih ke, tak nak mati akibat kemalangan?
    Mati mcm mana yg best?
    Mcm mana awak tahu di dalam kubur itu bosan?

    Laju? bukan nak bwa laju sehingga 200kmh di jalan raya. Maksud saya cth AES di kajang 90kmh.

    Disebabkan nak bwa laju saya kena ambil kursus penerbangan dimana yuran pengajian memakan ratusan ribu? Bkn semudah sprti mengambil lesen kereta ke.
    Geli hati sy dengar :)

    Alahai kasim..kasihan kamu..

    BalasPadam
  32. kelemahan AES nie di trafic light, pengguna jalan raya tidak akan memberi laluan pada ambulan atau kenderaan kecemasan melepasi trafic light semasa trafic light berwarna merah kerana akan disaman oleh AES.

    BalasPadam
  33. KHABARNYA .. pemasangan AES ini belum diluluskan oleh parlimen.Setau saya, sesuatu akta jika belum diluluskan oleh Parlimen, tidak boleh dilaksanakan. So .. bagaimana saman boleh dikeluarkan pula atas kesalahan yang dirakam oleh AES ? Telah di war-warkan keuntungan di targetkan 70 juta hasil kutipan saman melalui rakaman AES ini. Ishkk.. banyak tu. Pembelian sistem/alat AES ini dan pemasangannya di kendalikan oleh siapa/syarikat mana yer ?? Siapa orang kuat di belakangnya ? Boleh en Mazidul buat kajian ??

    BalasPadam
  34. Shady, sudah diluluskan, kalau parlimen negara lain, saya tidak tahu.

    Kenyataan itu bukan KHABAR tetapi fakta.

    BalasPadam
  35. Saya tidak setuju AES dilaksanakan jika motifnya adalah :

    (1) Menzalimi/menganiyai orang ramai. Maksudnya AES diletakkan dijalan yang langsung tidak pernah berlaku kemalangan ! Contohnya Tuan Mazidul & pegawai pegawai kerajaan /JPJ/Polis silalah turun ke padang dengan membawa kereta daripada arah IoI Mall, Puchong ke arag tol LDP terakhir di Serdang iaitu arah nak ke Putrajaya/Kajang/Hospital serdang.

    Selepas tol tersebut adalah jalan luas & berhighway & menuruni bukit ! Betul betul dekat petrol pump minyak SHELL, tuan akan dapat melihat AES dipasang disitu !

    Soalan saya :

    (1) Adakah jalan tersebut berbahaya ? Jika ya bolehkah pihak bertanggung jawab mengeluarkan statistik berapakah rekod kemalangan ( kecil @ maut ) yang telah berlaku di kawasan tersebut semenjak 5 tahun yang lepas !

    (2) Berapakan kelajuan yang di benarkan di kawsan tersebut ? 60 , 80 atau 110 KM sejam kah?

    (3) Adakah tahap kelajuan yang di benarkan di tulis di papan AMARAN yang diletakkan dalam jarak 1 KM sebelum AES itu ?

    Saya penuh berkeyakinan bahawasnya jalan yang diletakkan AES itu adalah bukan kawasan yang merbahaya kerana semenjak saya mengguna jalan tersebut semenjak 8 tahin yang lepas belum pernah sekali saya melihat/menyaksikan kemalangan yang berlaku di kawasan tersebut?

    Maka di manakah logik & justifikasi yang digunaka pakai yang mengatakan AES di pasang di kawasan yang kerap & selalu berlaku kemalangan ?

    Jadi saya melihat itu adalah PERANGKAP untuk merompak duit orang ramai ! Bukannya untuk mendidik untuk menjadikan pemandu kita lebih berhemah & berdisiplin semasa memandu.

    Ilmu untuk mendidik rakyat malaysia untuk berdisiplin & berhemah di jalan raya hendaklah diajar & didik semenjak drp kecil & di peringkat sekolah rendah lagi !

    Jika Tuan Mazidul boleh dapatkan penjelasan & jawapan drp pegawai yang terlibat tentang isu yang saya kongsi di atas, maka saya antara orang yang di hadapan yang akan menyokongnya !

    Isu besar di sini kerajaan ( JPJ & ETC ) SEKALI KALI JANGAN menzalimi & aniyai rakyat yang sudah banyak tersimpit dengan keadaan ekonomi yang sungguh parah kerana kenaikkan kos barang asas.

    Ini ditambah lagi dengan minima saman RM 300 kerana rakyat tanpa sengaja memandi melebihi 85 KM sejam !

    Jika orang lain tidak bersetuju dengan Tuan ( yang berpeluang mendekati pihak berkuasa / atasan ), maka tuan juga kena memberi ruang untuk mendengar rintihan rakyat marhem yang menggunakan jalan tersebut saban hari untuk mencari rezeki.

    Setiap satu sen yang diambil adalah satu penganiyaian & kezaliman.

    Wassalam..

    BalasPadam
  36. saya nak komen pasal pemakaian HELMET tu..

    kita kena sentiasa pakai HELMET kalo nak bawak moto.

    Sebab, kita tak tahu bila2 masa je, kita boleh ditimpa kecelakaan.

    Patah kaki xpe.

    Kalau pecah kepala macam mane?

    Update Terbaru Di BLOG MAZEER : CARA NAK MELIHAT KEMBAR QARIN ANDA!

    BalasPadam
  37. En. Mazidul, sebagai seorang pengkritik jalan raya, saya menyokong penuh pelaksanaan AES kerana hanya melalui penguatkuasaan yang tegas tanpa berlebih kurang sahaja barulah pemandu Malaysia boleh didisiplinkan dan seterusnya mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

    Komen-komen dangkal dan tidak matang oleh para penentang AES hanyalah menunjukkan pekung sebenar pemandu Malaysia terutama di kalangan mereka sendiri - para penentang AES sudah biasa mengingkari peraturan jalan raya termasuklah memandu terlalu laju dan melanggar lampu merah sehingga ke tahap sanggup berbuat apa saja untuk menghalalkan kebiadaban mereka di jalan raya termasuklah cubaan merasuah polis. Mereka ini bukan sahaja tidak berdisiplin, malah melenting apabila cuba didisiplinkan. AES memang dilaksanakan bukan sahaja bagi mendisiplinkan pemandu, malah menutup ruang bagi segala cubaan merasuah pegawai polis atau JPJ, memandangkan ada bukti bergambar.

    Kalau benar pun dakwaan yang mengatakan kononnya AES adalah projek kroni, mereka sepatutnya mengambil kesempatan "memiskinkan" syarikat kroni tersebut dengan mematuhi peraturan jalan raya terutamanya mematuhi had laju serta berhenti semasa lampu merah. Para penentang AES sepatutnya malu dengan kanak-kanak tadika dan sekolah rendah yang tahu kepentingan mematuhi had laju dan lampu isyarat.

    Saya ada beberapa entri mengenai AES dan had laju di blog saya (Blog Jalan Raya Malaysia) di http://blogjalanraya.blogspot.com untuk dikongsi secara ilmiah, harap En. Mazidul dapat kongsikan di blog ini untuk rujukan pembaca.

    Terima kasih.

    BalasPadam
  38. Pendapat saya, pemandu yang memandu terlalu perlahan juga penyebab kemalangan berlaku. Contohnya jika pemandu memandu kereta di highway dengan kelajuan 70km/j, di lorong tengah, pasti pemandu dibelakangnya akan memotong. Kes memotong selalunya akan berlaku kemalangan kerana pemandu di lorong kanan tak sempat perlahankan keretanya. Saya syorkan supaya kerajaan mengenakan saman terhadap pemandu yang terlalu perlahanjuga . Tak semestinya memandu laju punca kemalangan.

    BalasPadam
  39. Dalam majalah 3 baru baru ni ada keluar heli, org dan baju yg sama....tetapi ia berkenaan yg kononnya "lumba haram dan merempit" guna motosikal kuasa besar....cuma 2 buah motosikal digunakan...
    lakonan tersebut sedang hangat di post di dalam facebook....
    jadi bro...apa cerita sebenarnya ni?? laporan?? lakonan atau sandiwara stesyen tv tempatan..??

    BalasPadam
  40. Pada pandangan saya tak perlu kita bertelagah diantara mana-mana pihak. Kita perlu perbaiki diri kita sendiri. Sedangkan Hukum yang dibuat oleh ALLAH ta'ala seperti yang terkandung dalam Al-Quran untuk orang-orang islam pun kita tak berani nak laksanakan.... perkara2 yang dilarang oleh Allah Ta'ala pun ada yang BERANI buat... apa kita nak pelik kalau org tolak dengan peraturan yang JPJ buat. Saya nak ingatkan diri saya dan orang yang nak DENGAR....
    orang yang TAKNAK dengar boleh abaikan...
    KITA PERLU BERBUAT BAIK DIDUNIA UNTUK KESENANGAN DI AKHIRAT.... SESUNGGUHNYA "KAMERA" YANG ALLAH LETAKKAN DIDUNIA INI LEBIH BAIK KITA TAKUTI DARI KAMERA AES... MUDAH2AN KITA TERGOLONG DALAM ORANG YANG DIPERMUDAHKAN URUSAN DIDUNIA DAN DI AKHIRAT... AMIN
    * TIPS UNTUK ELAK DARI KENA SAMAN DAN AES:
    SEBELUM MULA KAN PERJALANAN KITA MULAKAN DENGAN BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, DOA NAIK KENDERAAN, MINTA PADA ALLAH AGAR DIELAKKAN DARI KEMALANGAN, KESESAKAN JALAN, DAN ELAKKAN DARI TERKENA PERANGKAP LAJU AES/POLIS. IN SHA ALLAH BERKAT SELAGI ADA KEPERCAYAAN PADA KITA TERHADAP RUKUN IMAN YANG PERTAMA. ALLAH PASTI AKAN BANTU KITA. MUDAH2AN.... SETELAH SELAMAT JANGAN LUPA UNTUK BERSYUKUR SEKURANG2NYA LAFAZKANLAH UCAPAN ALHAMDULILLA....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.