Sabtu, Disember 31, 2011

BANGLO 2 TINGKAT DI SEKSYEN 2 SHAH ALAM UNTUK DIJUAL DENGAN HARGA RM66,000?






 Baca di sini.

BUAH DADA BAPOK : AURAT?

Sejak semalam, pemikiran saya dibebani soalan dikongsikan oleh sahabat, kru 666, Razali Harun, ketika bersama minum di kedai mamak berhampiran rumah.

"Anak saya bertanya, apakah gelaran patut kalau dia hendak memanggil beberapa bapok tinggal di kawasan perumahan kita? Dia kata, kalau hendak dipanggil 'kakak', dia orang ada buah halkum?," ujarnya.

Saya terdiam.


"Dia budak lagi bro, 8 tahun, jadi mungkin terkeliru dengan identiti bapok itu," tambah Razali.

Sejak kebelakangan ini, saya bersama beberapa rakan memerhatikan tingkah-laku mereka. Lelaki berperawakan seperti perempuan itu berkumpul, makan dan minum bersama sambil gelak tertawa menonton perlawanan gusti di layar besar di restoran mamak.

Tindakan itu bukan satu kesalahan dari segi undang-undang.

Majoriti mereka berambut panjang, berseluar pendek, berbaju singlet dan penampilan mereka lebih 'menonjol' kerana semua memiliki buah dada besar, hampir menyamai saiz organ dimiliki oleh kebanyakkan wanita tulen.

... barangkali LEBIH besar.

Melihat mereka, secara spontan saya teringatkan Shila.


Sila baca kisah Shila, saya nukilkan pada Mac 2010 di sini.

"Kalau dia bukan khunsa, lelaki tetapi mempunyai buah dada, adakah organ itu aurat kepada dia?," soal saya kepada ustaz Aznil Zulkifli.

Sila baca entri sewaktu kali pertama saya berpeluang bertemu dengan Al-hafiz terbabit di pejabat Kasturi Syifa' di sini.

"Penjelasannya macam ini bang. Organ itu (buah dada) adalah organ perempuan tetapi 'dilekapkan' ke tubuh lelaki (bapok). Jadi aib kepada kita, orang lelaki tetapi bukan aurat dia. Justeru kita harus mengelakkan diri untuk melihat organ itu," jelas beliau.


"Kalau nama bapok itu contohnya Jamal, berjantina lelaki seperti tercatat di MyKad kemudian dia menggunakan nama panggilan Julia. Dari sudut nama, bagaimanakah harus kita merujuk dia?," soal saya lagi.

"Lazimnya, kalau saya tahu dia lelaki, saya panggil dia 'encik'. Kalau kali pertama, saya gunakan nama Julia itu tetapi selepas mengenali dia dan dimaklumkan nama sebenar, kalau nama dia Jamal, saya panggil dia Jamal. Usahlah kita kelihatan seperti menyokong cara hidup dia dengan memanggil dia Julia," terang beliau.


Saya perhatikan, majoriti bapok kelihatan bangga dan berperangai gedik sebaik menyedari tingkah-laku mereka diperhatikan oleh orang ramai.

Jangan usik mereka sembarangan, majoriti masih mempunyai kekuatan lelaki tetapi tersorok akibat penampilan lemah lembut di hadapan khalayak ramai.

Pengalaman saya, menjejaki bapok warga Indonesia membuktikan mereka sanggup memanjat bumbung tinggi bangunan untuk memboloskan diri.


Lelaki diberkas terbabit berbuah dada, cuma dibezakan oleh saiz sahaja.

Temui mereka di entri Buah Dada RM500!

Jumaat, Disember 30, 2011

TARIAN TIANG OH! YEAH! (18SX)

Kebelakangan ini heboh diperkatakan berita berhubung tarian tiang.

Tarian berunsurkan pergerakan menggiurkan itu antaranya dipersembahkan di kelab malam di Amerika Syarikat. 

Bukan sahaja lelaki, perempuan juga tertarik menonton tarian sebegitu.


Melalui pembacaan dan maklumat diperolehi dari kenalan tinggal di sempandan, tarian tiang juga tidak asing di Thailand. 

Perut kempis dan wajah seksi gadis Thailand juga dilaporkan menarik perhatian pelanggan dari Malaysia untuk menikmati tarian ghairah itu.


Gadis muda hanya memakai coli dan seluar dalam melakukan pelbagai pergerakan liuk lentok menggunakan tiang untuk kelihatan seksi pada pandangan mata pelanggan pusat hiburan.

Leher mereka kemudian dikalungkan bunga, bernilai di antara puluhan dan ribuan ringgit. Pada waktu rehat, turun dari pentas lalu mengambil peluang melayan pelanggan sudi menghadiahkan kalungan bunga kemudian ditukar dengan wang tunai di kaunter pusat hiburan sama.

Seperti diketahui majoriti pembaca, gambar di bawah didakwa dirakamkan di pusat hiburan di Pandan Perdana, Ampang Jaya, Selangor, MALAYSIA.


Baca laporan pendedahan akhbar Kosmo! di sini.

Saya kemudian menghubungi kenalan menetap di kawasan berhampiran pusat hiburan itu.

"Saya mendapat maklumat, kejadian itu sudah berlarutan sejak kira-kira 6 bulan lalu. Bukan sahaja gadis Thailand, Cina dan Vietnam pun ada. Majoriti pelanggan berbangsa Cina dan pusat hiburan sama seringkali beroperasi lebih masa, sampai jam 6 pagi," dakwanya.

Berikutan latar belakang rakan sebagai bekas penguatkuasa undang-undang, maklumat dikongsinya itu boleh dianggap berkredibliti.

Hari ini Kosmo! memaparkan grafik lokasi pusat hiburan itu berbanding jarak ke Balai Polis, Ibu Pejabat Polis Daerah dan bangunan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, MPAJ.

Satu tindakan cukup telus.


Lebih menarik perhatian saya, kenyataan dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam, MPAJ, Norhayati Ahmad.

“Pihak kami juga tidak pernah menerima sebarang aduan daripada orang ramai berhubung isu terbabit,” katanya.

Adakah MPAJ beranggapan pelanggan pusat hiburan itu akan mengemukakan aduan kepada MPAJ samada membuat aduan bertulis atau menyalurkan maklumat berhubung tarian tiang itu melalui panggilan telefon?

Oh! Yeah!

Atau beliau berharap imam surau atau masjid berhampiran meninjau kegiatan pusat hiburan terbabit dan kemudian menghubungi MPAJ?

MPAJ dilengkapkan dengan pegawai dan anggota penguatkuasa, tidakkah seorang daripada mereka memperoleh informasi berhubung kegiatan pusat hiburan terletak kira-kira 8 kilometer dari bangunan mereka bertugas?

Sila baca kenyataan penuh pegawai terbabit di sini.

Hemat saya, adalah lebih baik pihak berkuasa tempatan itu melaksanakan langkah damage control dengan mengeluarkan kenyataan klise ...

"Pihak MPAJ dengan KADAR SEGERA akan MENYIASAT laporan wartawan akhbar Kosmo dan mengambil TINDAKAN wajar mengikut undang-undang termaktub berhubung syarat lesen dikeluarkan kepada pusat hiburan itu"

Sekaligus menjalankan operasi bersama media tempatan.

Berhubung dakwaan kehadiran perkerja gadis warga asing? 

Barangkali tiang di pusat hiburan di negara mereka sudah tidak mencukupi lalu mereka bertindak mencari 'tiang' lain di Malaysia.

WARGA NIGERIA LARI TERKINCIT (18SX)

Saya difahamkan setakat ini lebih 1,000 warga Nigeria terbabit dalam jenayah siber berjaya diberkas oleh pihak berkuasa.

To all of Nigerian scammers in Puchong, Selangor, I was informed that most of you have disappeared from those luxurious rented condominium units

Good men, stay while bad men go away.

You people know that the Malaysian government are unduly serious to stop Nigerian scams. Our Imiggration enforcerment officers have done a good job in their operations all over the country. Thus many Nigerians were arrested because of overstaying in this lovely country. 

They had to face the consequences.

Well, since many of you have Malaysian girlfriends, please get their assistance to translate the content of this special entry.

Berikutan kisah operasi disebarkan melalui blog, media cetak dan elektronik, saya dimaklumkan majoriti penjenayah siber warga Nigeria kini goyah.

April tahun 2011, saya mula menyertai operasi bersama pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Sebilangan penipu warga Nigeria agak licik dikesan tetapi objektif mereka jelas, seperti tertera di baju lelaki diberkas oleh pasukan polis JSJK diketui ASP Hazri Mohamed pada jam 5 petang, 28 April tahun ini.


Majoriti mereka menetap di kondominium atau pangsapuri agak terpencil. Antara lokasi penempatan di gemari mereka, di Puchong, Kepong, Damansara Damai, Selangor dan Cheras, Kuala Lumpur.


Memasuki negara ini menggunakan visa pelajar dan kemudian menjalankan kerja menipu menggunakan internet.

Saya kagum setiap kali memerhatikan pihak berkuasa ketika memberkas warga Nigeria. Tubuh sasa mereka menjadi penghalang utama ketika cuba digari. Pergerakan mereka juga sukar dijangka namun berbekalkan semangat dan pengalaman, warga Afrika itu berjaya ditundukkan.


Mulut mereka lazimnya celupar dan pertuturan bahasa Inggeris dalam loghat Afrika, membingitkan telinga.


Mari bersama kita melihat gambar pegun eksklusif antara warga Nigeria diberkas oleh polis.


Setiap rumah diserbu dilengkapi kemudahan jalur lebar dan komputer riba berharga sederhana.


Lihat betapa manis ayat mereka gunakan untuk memperdayakan mangsa dari dalam dan luar negara. Mangsa tanpa mengira kerakyatan, bangsa dan agama, kerugian.


... kerana sanggup mendepositkan jutaan ringgit ke dalam akaun warga tempatan, majoriti teman wanita warga Afrika terbabit. Wang itu lazimnya secepat mungkin akan dihantar terus menggunakan khidmat Western Union ke Nigeria.


Bukan warna kulit menjadi pertikaian tetapi niat mereka berada di negara ini terpesong. Dilaporkan pada setiap sambutan perayaan Krismas, penjenayah siber terbabit pulang ke negara asal sekaligus meraikan secara besar-besaran kejayaan mereka meraih laba secara haram di negara asing.

Hakikatnya, selama ini, kes jenayah seperti rompakan dan samun berlaku di Malaysia. Kerugian ditaksirkan berjumlah ratusan, ribuan dan jutaan ringit ditanggung oleh mangsa.

Namun tanpa kita sedari jenayah siber dikaitkan dengan sebilangan warga Nigeria membabitkan kerugian berbilion ringgit.

Lebih malang lagi, tubuh teman wanita mereka, majoriti berbangsa Melayu dan Cina turut diratah tanpa belas kasihan akibat dek pujuk rayu sehingga mampu menjanjikan bulan dan bintang. Setelah madu dihisap, sepah dibuang, begitu lumrahnya layanan mereka terhadap kekasih kemudian ditinggalkan kecewa.

Saya difahamkan, berikuta pendedahan dilakukan di blog ini dan hasil serbuan pihak polis tempoh hari telah menyebabkan ramai lelaki warga Nigeria lari terkincit ke lokasi lain.


Lelaki di atas dan teman wanitanya, berasal dari Sabah berusia lingkungan 28 tahun,  dilaporkan lari bak tidak cukup tanah.

Manakala lelaki berusia 31 tahun di bawah pula dikatakan telah pulang ke Nigeria selepas rumah didiaminya diserbu oleh pihak berkuasa.


Jika mereka tidak bersalah, mengapa harus melarikan diri? 

Terfikir, bagaimanakah dengan kuliah mereka di kolej dan universiti tempatan? Barangkali menghadiri kuliah bukan prioriti lagi pada ketika ini.

Lebih menarik, rumahnya diserbu 2 hari lalu, sehari kemudian dia mendakwa sudah kembali ke negara asal. Mungkin untuk bertemu orang tua dan adik-beradik di kampung halaman.


Hebat!

Let's drink to that.


Sila tekan butang 'share' di bawah untuk berkongsi kandungan entri ini di Facebook.


Khamis, Disember 29, 2011

KEHIDUPAN PENIPU DI MALAYSIA DAN NIGERIA (Gambar Eksklusif!)

Ex-Nigerian boxing champ killed in UK
Nigerian kills self for failure to cram Koran
Nigerian chief murdered in UK, 3 held
Nigerian kills wife in Maryland, US
Nigerian corpse found floating in Belize sea
Nigerian in court for murder of Irish woman
Nigerian wife killer gets life in U.S.
Nigerian taxi driver slain in Chicago, U.S.
Nigerian 'wife murderer' charged in UK
Ex-Vegas official murders Nigerian boxer
Vincent Ekeoba Moses
Nigerian Student Missing in the U.S.
Nigerian shot in the US, in grave condition
Nigerian kills boyfriend, convicted in US
Nigerian murdered in Uk, man charged
Nigerian Businessman Murdered in the US
SA Warders accused in death of Nigerian prisoner
Nigerian merchant murdered in US
Nigerian student dead in the US
Nigerian executed by his BMW in S. Africa
Unclaimed Nigerian corpse in India 

Semua maklumat di atas dipetik dari sini.

Berdasarkan informasi di atas sahaja, kita tahu, warga Nigeria berada di UK, US dan India  Di Malaysia? Mereka bertaburan di pelbagai lokasi.

"You! I hendak buat apa sekarang ini?"

Itu soalan dilontarkan oleh kenalan wanita, berusia 26 tahun, Zuma (bukan nama sebenar) menghubungi saya kira-kira pada jam 7.14 malam semalam. Ketika itu dia bersama rakannya sedang membeli-belah di Suria KLCC, Kuala Lumpur.

"Kenapa?," soal saya tenang.

"Ada pak hitam tengah ikut kita orang," katanya cemas.

"Berjalan ke tempat orang ramai atau dapatkan bantuan security guards," nasihat saya.

Untuk mendapatkan berita lebih tepat, awal malam tadi saya dan kru 666, Razali Harun menemui Zuma di Restoran Bestari Maju, di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"I dengan my friend di I-Setan. I hendak membeli baju pejabat manakala kawan I pula bercadang mahu membeli baju untuk berjalan-jalan. Tiba-tiba kami terlihat kelibat lelaki pak hitam berdiri dekat di belakang," jelasnya.

"Apa dia cakap?," soal saya.

"Dia bertanya, do you want me to buy that for you? Dan pada masa sama dia berulang kali meminta nombor telefon bimbit kami. Pak hitam itu mengekori kami lebih kurang 15 minit," ujar Zuma.

Saya terus mendengar luahannya biar pun dia bercakap agak laju.

"Terfikir selepas kejadian itu, nasib baik kami ada duit dan kerjaya. I cakap dengan kawan, baju engkau beli RM200. Bayangkan kalau pak hitam itu mendekati wanita kurang berkemampuan, mungkin duit tidak berapa ada, tersilap langkah, berkebarangkalian boleh tergoda dengan tawaran dia," katanya.

Saya percaya warga Afrika itu mencari sasaran secara rawak. Justeru, timbul persoalan, apakah tujuan sebenar dia sehingga sanggup membelikan barangan untuk wanita tidak dikenali?

"Bro, KLCC itu tempat orang berduit membeli-belah. Dia tahu, majoriti pelanggan di situ bukan calang-calang orang," celah Razali.

Melalui pengalaman saya, warga Afrika, terutama dari Nigeria sememangnya mencari wanita Malaysia bekerjaya dan mempunyai wang. Sebaik berpeluang berkenalan, janji manis ditaburkan oleh mereka sehingga mampu membuatkan sebilangan wanita tempatan 'cair', terkeliru lalu terpedaya.

Konsep penipu warga Nigeria mudah, laburkan sedikit wang asalkan mereka berupaya meraih keuntungan berlipat-ganda kemudiannya.

"Saya sudah lama tidak ke KLCC, ramai sangat ke pak hitam di sana?," soal saya.

"Ramai," balas Zuma ringkas.

Saya telah berulang kali menulis berhubung kelompok wanita berperawakan dan berperangai bak lelaki, 'pengkid', sebelum ini. Maka saya dapat melihat persamaan dari aspek daya godaan mereka berbanding godaan pak hitam.

"Pengkid memahami sebab dia pun perempuan. Contohnya, kalau kata, sayang! Jom pergi shopping, dia terus bawa dan belikan apa I nak. Bukan macam sebilangan lelaki, kedekut. Pengkid couple I, umur dia 43 tahun, peniaga buah-buahan, dia ada duit. Bagi dia, duit dia spend untuk I, semua tu tak ada apa. Tetapi dia ni jenis cemburu, sampai tak bagi I kerja sangat sebab itu sekarang I jadi part time beautician

Itu kenyataan Iza sewaktu saya temubual pada September 2010.

Pembaca berusia LEBIH 18 tahun, dipersilakan membaca luahan hati Iza di entri Pengakuan Janda Pengkid.

Sebilangan warga Nigeria juga didapati mampu mempersonakan wanita tempatan biar pun mereka lelaki, BUKAN perempuan ingin kelihatan lebih lelaki berbanding lelaki sebenar.

Pembaca setia blog ini mungkin masih mengingati nama 'Zana' dan kisah dikongsikannya. Jika tidak, klik di sini. Wanita berusia 24 tahun itu sebelum ini tinggal sebumbung bersama kekasih warga Nigeria berusia 30 tahun di Puchong, Selangor.



Sejak operasi dijalankan pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam, klik di sini, warga Nigeria mengakui mencintai Zana sepenuh hati, dilapor menghilangkan diri.


"Bukan saya sahaja terperangkap dengan lelaki Nigeria. Saya kenal wanita berasal dari Sabah, kini tinggal dengan lelaki warga sama sejak lebih 3 tahun lalu dan telah mempunyai anak lelaki tanpa berkahwin. Dia memang selalu kena pukul dengan teman lelaki dia tetapi tidak mampu untuk membebaskan diri kerana anak," ujar Zana.


Anak kecil itu dianggarkan berusia 2 tahun. Saya difahamkan, wanita itu beragama Islam, tidak teman lelakinya.

"Teman lelaki dia juga terbabit menipu menggunakan internet. Sekarang wanita itu terjebak sekali, malah turut melatih adik-beradik dia membuat kegiatan sama," jelas Zana.

Lihat gambar lelaki dimaksudkan di bawah.


Hebat!


Dia datang ke negara ini hanya berbekalkan tubuh tegap dan visa pelajar, kini menetap selesa di kondominium mewah bersama wanita berkulit putih gebu diserikan dengan kehadiran cahaya mata tanpa status kewarganegaraan.

Apa pun nasib anak mereka itu tentunya lebih baik berbanding nasib majoriti kanak-kanak di Nigeria. Untuk rekod, gambar di bawah TIDAK diceduk dari Google.


Manakala gambar di bawah menunjukkan kemewahan kehidupan mereka di Nigeria setelah berjaya memperdayakan ramai mangsa pelbagai bangsa di Malaysia.

Jutaan ringgit wang hasil penipuan di negara asing disimpan dan dibelanjakan di negara sendiri. 


Saya percaya di dalam gambar di atas, kekasih Zana, berdiri dua dari kanan. Lelaki dilaporkan bekerja sepenuh masa sebagai penipu di negara kita itu kelihatan bergaya sewaktu bergambar di Nigeria.

Berikut gambar lelaki sama dipercayai berada di rumah keluarganya di benua Afrika.


Di Malaysia dia tinggal di kondominium mewah dan menjalankan kegiatan penipuannya bersama rakan bersekongkol.


Mereka juga menggunakan ruang dan peluang bermastautin di Malaysia untuk bergembira.


... dan menyokong pasukan Chealsea di stadium.


"Dua kali teman lelaki saya dan ramai kawan dia mengumpulkan duit, membeli makanan kering seperti beras, biskut dan perisa minuman. Meraka kemudian menyumbangkan barangan terbabit kepada dua rumah anak yatim," terang Zana. 

Berikut gambar dirakamkan pada 6 Jun 2009 sebagai bukti kepada dakwaan itu.


"Tujuan menghulurkan sumbangan supaya mereka tidak kelihatan jahat pada pandangan mata masyarakat. Bayangkan, mereka tidak bekerja selain duduk di rumah hampir 24 jam sehari, meraih wang lumayan melalui hasil penipuan internet," jelas Zana.


Selagi bernyawa, saya berazam tidak akan berhenti berkongsi maklumat sekaligus membongkar kegiatan haram sebilangan warga Nigeria di Malaysia untuk tatapan pembaca dihormati.

Sebelum ini, barangkali kegiatan warga Nigeria tidak begitu didedahkan kerana ramai mangsa dibuai dek mimpi indah.

Kini berdasarkan maklumat disalurkan oleh sebilangan mangsa, kita semua mengetahui kisah kehidupan mereka di Nigeria dan Malaysia.

Rakyat Malaysia tidak dilatih untuk membenci kerana mereka berkulit hitam tetapi majoriti rakyat sudah berasa terlalu muak berikutan pembabitan warga NIGERIA dalam kegiatan penipuan bak tidak berkesudahan.

Sekali lagi saya memohon jasa baik pembaca blog dan rakan Facebook untuk menyebarkan intipati entri ini demi untuk menyedarkan lebih ramai wanita kita agar tidak terperangkap dengan tipu daya penjenayah Nigeria merempat di negara kita cintai ini.

Bermula hari ini, berikutan permintaan ramai, sila klik butang "Facebook share" di bawah untuk berkongsi kandungan entri di blog ini terus di wall facebook anda. 

Terima kasih di atas sokongan anda.