Saya tidak suka cikgu Normah.
Cikgu Normah garang. Sewaktu di sekolah dahulu, cikgu Normah amat digeruni pelajar. Suara beliau bak halilintar dan wajah bengis guru itu berupaya membuatkan semua pelajar kecut perut.
Bagaimanapun cikgu Normah tetap saya hormati kerana tanpa ilmu diperturunkan oleh beliau, barangkali saya tidak menjadi manusia seperti sekarang ini.
Teringat kata-kata guru kelas saya, Puan Wong Pok Hing, sewaktu di tingkatan 4 dan 5 Sains I, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Slim River, Perak.
Kami bertemu kira-kira 3 tahun lalu di pekan sama.
"Syukur, kamu menjadi manusia," gurau beliau.
Saya mengaku pernah didenda berdiri di luar kelas selama 2 jam kerana DIDAKWA berbuat bising. Hukuman dijatuhkan tanpa saya dibicarakan.
Kasihan, kan?
Hahahahahaha! Memang saya bersalah.
"Mazidul, kamu keluar sekarang dan bila cikgu keluar kelas sahaja, kamu masuk balik," ujar beliau.
Saya menerima hukuman itu dengan tabah dan senyuman. Biarpun Puan Wong garang seperti cikgu Normah, wajah beliau manis dan petah bercakap dalam Bahasa Melayu.
Kini cikgu Wong sudah berusia lebih 60 tahun.
Pada tahun 1984, beliau mengajar subjek Matematik Tambahan. Di kelas beliau saya belajar tentang pembezaan dan pengkamilan. Saya juga berjaya mendapat gred 1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia di bawah bimbingan beliau.
Terima kasih cikgu Wong.
Oh! Cikgu Normah?
Cikgu Normah ini BUKAN cikgu Normah di sekolah saya dahulu, hanya nama mereka berkebetulan sama.
Biarpun cikgu memang tidak suka saya sebab saya bukan taste cikgu :) namun jika saya mampu mengulangi masa silam, pasti saya berhajat benar menjadi seorang daripada anak murid cikgu. Tanpa mengambil kisah subjek cikgu ajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.
Barulah nanti cikgu akan berpeluang melalui cabaran getir dalam dunia pendidikan seperti ditempuh cikgu Wong dan cikgu Normah di sekolah saya dahulu.
Berkebarangkalian besar, saya juga akan dijemur di luar kelas.
Saya kongsikan bersama semua pembaca, gambar ketika saya berusia 7 bulan.
"Masa ambil gambar, terpaksa dipegang sebab awak hendak melompat dari tempat duduk itu," ujar emak saya.
Emak saya juga kerap menghebahkan berita mengatakan saya petah bercakap sewaktu berusia 8 bulan.
Jadi tidak hairanlah jika di sekolah, saya memang tidak pandai duduk diam. Saya berasa lemas jika tidak mengacau rakan sekelas sewaktu cikgu mengajar di hadapan. Hidup saya juga tidak berasa lengkap andai tidak bersembang ketika cikgu menulis menggunakan kapur putih di atas papan hijau.
Lihat gambar saya bersama rakan sekelas berbangsa Cina sewaktu berusia 17 tahun.
Kulit saya gelap sedikit berbanding warna kulit rakan lain.
Apapun, 5 rakan saya di dalam gambar di atas juga dilaporkan menjadi manusia. Saya difahamkan mereka kini terbabit dalam bidang perniagaan dan teknologi maklumat.
Setiap kejayaan kami dalam kehidupan, hasil didikan cikgu sewaktu bersekolah. Itu fakta tidak dapat disangkal.
Hari ini cikgu Normah menulis berhubung saya.
'Saya memang tidak suka Mazidul Akmal' itu tajuk entri di blog beliau.
Terima kasih cikgu Normah.
Terima kasih kerana sudi menyokong usaha saya bersama rakan Penyingkap Fakta 666.
Untuk pengetahuan cikgu, tengahari semalam, saya, Jet, Adam dan Farid ke Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Beberapa jam kami berusaha mencari bekalan sleeping bags dari kedai borong di sekitar Chow Kit namun gagal.
Jika ada sekalipun, harga barangan terbabit dua kali ganda berbanding bajet diperuntukkan.
Menaiki kereta Jet, kami kemudian menuju ke GM Plaza, premis terkenal kerana menawarkan pembelian pelbagai barangan secara borong.
Farid memandu.
"Kereta kena masuk ke dalam lif dan diparkir di tingkat atas," ujar saya kepada mereka bertiga.
Pintu lif terbuka.
Kereta dipandu masuk.
Beberapa saat kemudian lif mula bergerak naik ke tingkat 10.
Untuk rekod, Adam gayat. Dia gentar apabila berada di tempat tinggi namun berani sewaktu menyertai setiap tinjauan bersama kru 666 lain.
Baca kisah Adam di sini.
Lihat reaksi Adam sewaktu berada di dalam kenderaan.
"Adam, masa engkau pergi ke Bahrain, sebelum naik kapal terbang, engkau makan ubat tidur dahulu ke?," usik Farid.
Jet tersenyum.
Adam dan Farid, memang begitu, sering usik-mengusik.
Kini kedua mereka bersatu menubuhkan syarikat untuk membantu masyarakat khususnya di Lembah Klang, klik di sini.
Sebaik tiba di tingkat 10, kami mengambil peluang menikmati keindahan bandaraya Kuala Lumpur dari lokasi tinggi.
... tetapi tidak Adam.
"Sudahlah ... Jom kita mencari sleeping bags," pinta Adam.
Berulangkali dia merayu agar kami masuk ke GM Plaza.
"Marilah Adam, cantik pemandangan di sini," usik Jet.
Akhirnya Adam menarik Jet untuk 'menyelamatkan' pelajar PhD di Universiti Malaya itu.
Tanpa disangka, dalam keindahan, wujud kekotoran di ibu kota barangkali jarang berpeluang disaksikan oleh masyarakat.
Adam terlalu gayat untuk menyaksikan 2 gambar di atas secara langsung lalu saya rakamkan untuk dikongsi bersamanya dan pembaca.
Banyak kedai kami kunjungi tetapi malangnya sleeping bags dijual tidak menepati spesifikasi kami inginkan.
Banyak kedai kami kunjungi tetapi malangnya sleeping bags dijual tidak menepati spesifikasi kami inginkan.
Saya juga perasan pelbagai barangan dijual di kompleks membeli-belah terbabit termasuk minyak wangi berjenama 'Douhill' dan kemeja 'Amrani'.
Hemat saya, sesekali penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan harus pergi menjenguk barangan dipasarkan di GM Plaza.
Barangan murah, jimat jika berbelanja.
Kami hanya ingin mendapatkan bekalan sleeping bags buatan Malaysia dengan harga berpatutan namun tidak ditemui.
Sleeping bags dijual di Carrefour kelihatan lebih berkualiti berbanding barangan hampir sama dipasarkan oleh Giant tetapi kedua hypermarket di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor itu malangnya tidak mempunyai stok mencukupi. Justeru hari ini, kami akan berkunjung ke beberapa cawangan Carrefour untuk membuat pembelian sebelum mengagihkan barangan terbabit kepada kelompok gelandangan di Kuala Lumpur pada 3 Disember 2011, jam 11 malam.
"Bro, adakah apa boleh kami sumbangkan?," tanya Izham Yusoff.
Beliau Pengarah Urusan Percetakan Nasional Malaysia Berhad, PNMB, juga sahabat saya sejak kami berusia awal 20 an.
"Seratus tuala mandi, berkualiti tetapi tidak terlalu tebal, nanti dia orang tidak ada tempat untuk menyimpan, boleh bro?," balas saya.
Cadangan itu dipersetujui oleh beliau dan InsyaAllah Izham serta beberapa kakitangan akan bersama kru 666 membuat pengagihan barangan untuk PROJEK BANTAL.
Terima kasih kepada semua pembaca blog sudi menyumbang, kru 666, perawat kasturi Syifa', Izham bersama kakitangan PNMB dan tidak lupa kepada cikgu Normah dihormati kerana memberikan kata kata perangsang di dalam blog sehingga nukilan beliau diangkat menjadi 'entri terfemes' di klcitizen.
Sebaik sekolah dibuka semula, sampaikan salam saya kepada pelajar cikgu dan jika memerlukan penceramah percuma, sila hubungi saya melalui Facebook.
That is the least that I could do.
Cuma hantarkan kenderaan untuk menjemput dan menghantar saya pulang ke rumah. Jika keberatan, saya yakin setiap kru 666 pasti tidak keberatan untuk mengambil alih tugas itu.
Selamat bercuti cikgu Normah!

Sebagai rakyat Malaysia saya berasa amat berbangga kerana turut serta menjayakan Projek Bantal ini dan mengambil inisiatif untuk membantu golongan gelandangan ini.
BalasPadamSebagai Pengarah Urusan syarikat ELS Healthcare saya akan memastikan setiap gelandangan ini akan diberikan rawatan percuma oleh syarikat saya pada malam itu.
Sebagai kru 666 saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan kepada Projek Bantal ini. Tanpa sokongan anda semua, projek ini tidak akan sampai ke tahap ini.
Saya akan terus menyokong usaha murni abang Mazidul. Biarpun gayat, akan kuredahkan juga.
.....Ha ha ha....
BalasPadamtapi saya suka kedua2...EN MAZIDUL & Cikgu NORMAH...
setiap pagi mesti bw blog anda berdua...
.....saya juga ada Cikgu Normah dulu...tapi saya suka dia..
**sebab saya takut bila saya besar dan jadi CIKGU...
saya x nak ada murid yang cakap...
"SAYA X SUKA CIKGU.."
sedih & sayu wo! kalau kena cakap gitu....
he he he...
Usaha yang gigih!
BalasPadamSokongan yang tidak berbelah bahagi untuk semua yang terlibat...
secara langsung atau tidak.
Pasti berhasil!
*Jarang dengar lelaki gayat, biasanya mereka ni handal mengayat!
ngeh ngeh!
pagi ini melihat stat blog, terkejut juga, sbb blog picisan saya tidak pernah menerima pengunjung yang ramai. rupanya orang yang saya 'tak suka' yang membawa masuk ramai pengunjung.
BalasPadamhihihi.
terima kasih mazidul. insyaAllah jika ada program di sekolah, hendak juga menjemput nanti.
saya doakan moga usaha mazidul ini diterima Allah sebagai pencen akhirat, dan Allah mudahkan semuanya.
saya pon gayat tapi rasanya adam lg kronik kot....eh?! off topic sudaa...(*_*)
BalasPadamsyukur sbb ramai yg menyokong projek ini... camne lah agaknyer kalu adam keje kt ofis yg tingat tinggi2... mau tak keje gaknyer...
BalasPadamsaya pun ada cikgu normah, dia cikgu tadika...cikgu yg paling baik saya penuh jumpa dlm dunia ini
Projek yg bagus...
BalasPadamAdam: sy dulu pun gayat jugak, kalau naik bgunan tinggi pasti rasa pening meloya...kaedah terbaik nak atasi ialah naik lif yg blh nampak permandangan kat luar...try floor by floor..(tp mata jgn pejam la..tgk kat luar)
Dulu, lama semasa zaman sekolah, saya ada pengetua namanya Cikgu Normah. Tegas tetapi tidak pernah saya mendangar dia meninggikan suara. Sewajarnya sebagai pengetua, dia menjaga 'suara'nya agar tidak disalahtafsirkan.
BalasPadamCikgu Normah mempunyai persepsi yang berbeza tentang bro Mazidul. Biasalah, kita tidak dapat memuaskan hati semua orang dalam satu masa.
Tapi saya suka baca entry Bro Mazidul. Santai dan membacanya seolah-olah Bro Mazidul rakan yang biasa, bukannya orang TV yang 'sukar dirapati'..
saya salute dgn usaha anda dalam entri ini..
BalasPadamsaya nak minta jasa baik abg mazidul bongkarkan satu aktiviti ajaran sesat di sebuah surau di flat taman cahaya,Ampang. kegiatan selalu dilakukan pada tiap2 malam jumaat.saya sebagai slh seorg umat Islam yang prihatin sgt berharap agar kegiatan ajaran sesat seperti ini dpt dihentikan kerana ia blh memesongkan aqidah umat islam.
minta jasa baik abg mazidul mengenai perkara ini..
email saya di khalifah84@gmail.com
Uish, baru saya tahu kereta boleh naik lif. :)
BalasPadamAlhamdulillah, semakin menampakkan hasil. Saya bangga punya rakyat satu negara yang masih ade perasaan belas.
BalasPadamSmti.. Saya suka blog mazidul...hehe..
BalasPadam