Sabtu, Disember 03, 2011

HENDAK BAGI DUIT BOLEH?

"Macam mana Projek Bantal?," soal Wan Ismail Wan Ibrahim.

Wan, peniaga anak kelahiran Terengganu, 48 tahun, sahabat saya sejak muda ( tidak bermaksud kami sudah terlalu tua ).


Lihat sahaja kolar baju Wan, bukti nyata ciri keremajaan di dalam jiwa masih tetap dikekalkan. Kami bertemu di Restoran Ayam Kampung di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

"Malam ini kita akan agihkan semua barangan, jam 11, dekat bangunan Cahaya Suria, Kuala Lumpur," balas saya.

"Hendak bagi duit boleh?," soal ayah kepada 4 anak itu.

Belum sempat jawaban diberikan, Wan menghulurkan sejumlah wang tunai kepada saya.

"Buat belanja minum malam nanti," ujarnya.

Ringkasnya, selepas selesai misi pada malam ini, semua kru 666, kakitangan Syarikat Percetakan Nasional Berhad, pelajar Segi College, perawat Kasturi Syifa' dan kru Penyingkap Fakta dipersilakan untuk menjamu selera bersama di lokasi bakal dimaklumkan kelak.

InsyaAllah, semua barangan, BANTAL, sleeping bags, toiletries dan tuala akan diagihkan kepada gelandangan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur.

Terima kasih juga dirakamkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman di atas kerjasama beliau.

"Berapa lama akan berada di situ Dul?," soal beliau semalam.

"Sekitar setengah jam tuan," balas saya.

"Tidak ada masalah," ujar beliau.

Turut sama kakitangan ELS Helathcare Services, bakal merawat gelandangan jika diperlukan.

Saya percaya ramai rakyat negara ini ingin terbabit dalam projek kebajikan sekaligus mereka menyumbang dengan hati tulus ikhlas.

Malangnya sebilangan tertipu, layari entri dibaca hampir 62,000 pengunjung, klik di sini.

InsyaAllah selepas ini, kru 666 akan meneruskan projek unik untuk membantu kelompok memerlukan di Malaysia. Projek seterusnya akan diumumkan sebaik Projek Bantal dilaksanakan. Kami tidak mampu memberikan kenderaan mewah atau banglo tersergam indah kepada golongan hidup susah tetapi akan berusaha membantu dalam apa cara sekalipun biarpun hanya sekelumit.

If we can't change the world, let's change something for the betterment of others.

Apa pun, terima kasih kepada Wan dan isteri kerana terus sudi menjadi sahabat sekaligus penaja makanan dan minuman malam ini.


Untuk rekod, saya tiba di  rumah pada jam 5 pagi tadi.

Bersama kru 666 dan perawat Kasturi Syifa', kami menjalankan tinjauan di rumah tinggal selama 11 tahun di Serendah, Selangor.

"'Dia' mengintai saya 3 kali, hanya nampak sebahagian kepala di tepi dinding. Bang, saya bukan orang penakut tetapi tadi saya memang takut," ujar Jet Da Brutal.

Jet, pelajar Doktor Falsafah di Universiti Malaya dan pensyarah kanan di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, kini kru tetap 666.

Sila baca butiran tinjauan terkini kru 666 di blog Penyingkap Fakta, kira-kira 2 jam dari sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.