Isnin, Disember 05, 2011

CINTA TRIAL AND ERROR

Zaman dahulu majoriti wanita berkahwin awal.

"Mak cik, umur 15 sudah berkahwin. Umur 18 dapat dua anak"

Itu antara kenyataan lazimnya diluahkan oleh wanita berusia lebih 50 tahun. Itu juga hakikat mereka tempuhi tanpa sebarang persoalan.

"Keluarga mak cik miskin, adik-beradik pula ramai. Jadi bila sudah besar sikit, ayah suruh berkahwin. Itu pun bukan mak cik kenal sangat dengan pak cik tetapi bila keluarga dia masuk meminang, mak cik terima," tambah wanita sama.

Majoriti bahagia bersama pasangan mereka sehingga ke akhir hayat, bercucu dan bercicit.

Dunia sekarang jauh berbeza. Remaja samada direstui oleh ibu bapa atau tidak, bercinta awal. Sebilangan mengenali erti kekasih pada usia remaja. 

"Gatal awal, bak kata orang cinta monyet, umur 14 tahun sudah ada boyfriend," komen wanita kini.

Hubungan sebegitu belum tentu berakhir dengan bersatunya dua insan di jinjang pelamin. Cinta mereka bak trial and error.

Seperti aksi monyet, begitulah cinta mereka. Melompat bebas dan bergayut dari dahan ke dahan. Kekadang meniti di dahan pokok sama, kekadang merangkak di dahan pokok berbeza. Setiap kali kaki hampir tergelincir, tangan mereka pantas cuba memaut dahan terdekat asalkan tidak terhumban ke tanah keras.

"Saya berjumpa dengan dia pada usia 19 tahun, kami secocok. Cuma setelah kira-kira 2 tahun, perhubungan menjadi hambar. Call pun susah hendak diangkat, bila berjumpa sahaja, cepat hendak balik. Tidak berapa lama kemudian dia menghilangkan diri"

Komen itu biasa kita dengar.

Dalam kes sebegitu, barangkali monyet jantan menjadi pasangannya sudah menjamah kuntuman bunga secara rakus sekaligus menghancurkan kelopaknya.

Monyet untung, bunga kerugian kerana kehilangan madu.

Cinta trial and error.

Biar pun berulangkali terluka, majoriti wanita tetap akan mencuba untuk dipertemukan dengan pasangan sejati. Mereka berharap pada usia hampir 30 tahun, jodoh akan menjenguk.

"Umur dia dalam lingkungan 35 tahun, bussinessman tetapi saya tidak begitu tahu mengenai latar belakang sebenar dia. Mysterious. Dia memang lelaki istimewa dalam hidup saya pada ketika itu. Layanannya mesra, penyabar dan sama sekali tidak gelojoh. Walau pun kami hanya bertemu twice a month, dia selalu call especially during office hours"

Akhirnya ...

"Dia suami orang. Isteri dia menghubungi saya bertalu-talu sampai saya tidak mampu bertahan lagi. Maki hamun macam saya binatang. Selepas 2 tahun, perhubungan terbina terpaksa kami noktahkan"

She has tried and again it was an error.

Pada usia lebih 30 tahun, majoriti wanita menganggap mereka menempuh waktu 'kritikal'. Analoginya, jika dalam pertandingan bola sepak, ditakrifkan sebagai 'waktu kecederaan'. Usia lumrahnya memburu wanita, kebanyakkan mereka mula gusar sebaik mencecah usia 40 tahun.

"Kalau sudah 42 tahun, mana mungkin berpeluang berkahwin dengan orang muda"

Itu dilema mereka.

Jelasnya, jodoh wanita boleh dianggap bak percubaan dalam pencarian.

10 ulasan:

  1. saya ketika jejak umur 30 tahun baru ada rasa nak berkahwin. pun begitu saya sangat memilih. dan saya memilih sebab berharap hubungan tu sampai akhir usia. tak mahu terburu2. ya sampai sekarang masih bersifat cool.

    BalasPadam
  2. hati-hatilah wahai wanita. banyak-banyak berdoa. ramai lelaki sejati dan bertanggungjawab macam saya kat luar sana. jangan putus asa. heheee

    BalasPadam
  3. hehe...saya sudah lepas umur 30thn..masih mencari... :)

    BalasPadam
  4. wanita sekarang ramai yang berkerjaya & kaya. jika bakal suami mampu menerima wanita yang bekerja (read: tidak akan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri secara 100% & suami terpaksa tolong apa yang patut), maka perkahwinan itu insyaallah, tiada masalah. jika lelaki tak boleh tolerate dengan wanita bekerjaya & suka isteri full time housewife, kena la cari wanita yang tak kerja. ada ramai juga wanita bekerjaya yang menyara ibu-bapa sendiri. ditakuti, kalau wanita jenis ini berkahwin, kebarangkalian wangnya untuk menyara ibu-bapa sendiri bakal tersekat dek suami (suami yang jenis mintak isteri berhenti kerja, suami yang kedekut yang rasa duit isteri patut digunakan untuk urusan rumahtangga, suami yang tak mampu menyara kehendak kehidupan perkahwinan lantas isteri terpaksa top-up perbelanjaan bulanan, suami yang mengongkong kehidupan isteri dan lain-lain kes). paling bagus adalah suami yang menyara ibu-bapa isteri (tak kira la sama ada isterinya bekerjaya atau tidak).

    BalasPadam
  5. sy percaya jodoh,rezeki smua di tangan Tuhan,,sush nk cari lelaki yg seswai dgn sy skrg,,ada yg keja bsr tp prangai xsnonoh,ada yg ok tp xda kerja tetap plak,sy xkisah klu perlu menyara bakal suami tp dgn syarat dia seorg laki yg baik,soleh,btgjwb,dan plg penting sedar diri..klu xda pendapatan tgi maka jgn nk bebankan isteri dgn perangai xsnonoh..mslahnya skrg byk laki yg kawen dgn isteri keja besar,pastu lupa tgjwb,,lgpn parent sy xpnh pressure pasal kawen..mgkin abah sy byk tgk keruntuhan rumah tga anak2 kwn2 dia..so pada dia xpa la ank aku lmbt smpai jodoh,sy ada kerjaya,sy happy dgn fmly sy,sy happy dgn hdp sy skrg,,kawen tu satu perjudian..kita xtau nasib pasca kawen cmana,,klu org nk ckp sy memilih,,yes im very choosy..org bleh ckp apa sj,,tp ada aku kisah,,bkn org yg bagi mkn pakai kat aku,,hehe,,sy percaya ada laki yg baik di luar sana,,masih mencari..to my fmly abah mama,,thank you for being supportive..org ckp kawen seronok,,tp byk juga yg gagal,,peduli apa org ckp..hdp org tu pn bkn la bes sgt,,org dulu bg ank perempuan kawen awl sbb rasa ank tu beban keluarga..pyh ada ank perempuan,,baik bg kawen,,ada kwn sy ayah dia sbuk carikan jodoh,,konon hdp ayh rs xtenang slagi xkawenkan anak,,rasa xlps tgjwb,,OMG,,kawen kan ank perempuan tu stakat nk pass tgjwb kat org lain ke,,ksian,,

    BalasPadam
  6. penah tgk org tua yg dulu2 kwen atas pilihan org tua, sekali suami meninggal, perghhhhh.. ligat mengalahkan org muda! berganti lelaki mcm ganti baju, kwen kat siam, cerai, kwen lg.. pakai baju seksi2, pi karaoke, pi otel, berpeluk sakan.. atas alasan, dulu x rasa nikmat cinta, x sempat enjoy.. alahai.. umur da 50 lebey kowt~

    BalasPadam
  7. saya 30, dan belum kahwin, malah takde boyfriend. saya tak terdesak, tapi mak ayah saya yang nampaknya terdesak suruh saya kawin.

    orang keliling memang ada yg bertanya, dan kalau yang tanya tu pun saya tau mereka mesti sibuk nak fikir pasal hal saya, tapi saya tak kisah. asal jangan tuduh benda yang bukan-bukan sudah. ada yang tuduh saya memilih, cakap saya tak usaha, sampai ada yang anggap saya memang taknak kawin. mungkin sebab nampak cool je kot. tapi pape pun, saya tahu kenapa saya masih single.

    saya percaya ketentuan Allah tapi kadang2 orang islam sendiri boleh lupa akan wujudnya rukun iman ke 6. pelik.

    BalasPadam
  8. Trial and error macam x best


    "TEST DRIVE" lagi best

    BalasPadam
  9. saya berusia awal 30an....masih single juga. apa yang penting..jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan ALLAH SWT... kita hanya mmapu berusaha...semoga dipertemukan dengan jodoh yang sesuai....aminnnnnnnn

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.