Isnin, Disember 26, 2011

ORANG MINYAK BERMAHARAJALELA DI SELAYANG?

Kira-kira jam 3.30 pagi tadi, saya dimaklumkan berhubung dakwaan orang minyak mengganggu sebilangan penduduk di 2 kampung di Selayang, Selangor sejak 3 hari lalu.

"Kes terakhir berlaku awal pagi tadi.  Mangsa kedengaran menjerit di dalam rumah, sebaik ayah gadis itu meluru masuk ke biliknya, dia terlihat orang minyak berada di bilik sama dan kemudian menghilangkan diri. Dia bukan memboloskan diri melalui tingkap tetapi ghaib," kata sumber.

Penduduk kampung dilapor menjalankan rondaan sehingga jam 3.15 pagi tadi namun gagal mengesan orang minyak terbabit.

Jika kejadian itu benar, berita ini cukup menarik.

Sebelum ini Akhbar Harian Metro melaporkan kes orang minyak di Bentong, Pahang.

Klik di sini dan di sini.

Ringkasnya, jika individu terbabit dalam kes pecah rumah atau merogol, dia lebih layak digelar penjenayah. Sebilangan penjenayah sebegitu pernah diberkas sebelum ini.


Penjenayah menggunakan modus operandi sama juga dilaporkan pernah dicekup di Batu Caves, Selayang dalam kes terdahulu.

Berita itu dilaporkan oleh akhbar Kosmo September lalu.


Untuk membaca perincian kes, klik di sini.

Polis kemudian mengesahkan suspek ditahan berstatus kurang siuman, baca laporan di sini.

InsyaAllah, jika tiada aral melintang, beberapa kru 666 akan ke lokasi kejadian hari ini untuk melaporkan berita lebih tepat kepada semua pembaca.

Orang minyak lazimnya dilaporkan hanya memakai seluar dalam ketika berkeliaran memburu mangsa secara rawak. Barangkali dalam keadaan begitu, dia mudah merogol mangsa dan pada masa sama mudah juga untuk terkencing jika diberkas dan dibelasah dek orang ramai.

4 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.