Hampir jam 6 petang semalam, saya dan kru Penyingkap Fakta, Azayusrin Kasri, 28 tahun, minum bersama Ketua Balai Polis Desa Jaya, Kepong, Selangor, Sub Inspektor, SI Ariffin Abd Majid.
"Nanti Mazidul terus berjumpa dengan Shahdan," kata beliau.
Terima kasih kepada SI Ariffin sudi membelanja minum petang.
Saya, Azayusrin dan 3 rakan lain kemudian bergerak menuju ke Flat Sri Saujana Ria, Taman Wangsa Permai, Kepong, Selangor.
Di restoran mamak, kami bertemu penduduk, Mohammad Shahdan Abdullah, 45 tahun.
Shahdan menetap di flat terbabit lebih 5 tahun lalu dan bertugas sebagai Mediator Perunding Jabatan Perdana Menteri juga jurulatih pasukan fresbiee kebangsaan.
"Awal tahun ini, lelaki Afrika membuka salun di shop lots tetapi hanya menggunting rambut orang Afrika sahaja. Dakwa mereka lesen premis dimiliki oleh perempuan warga tempatan, berusia dalam lingkungan 40 an. Di salun itu terdapat tiga kerusi gunting dan ada bilik di belakang. Dalam premis sama mereka dilihat minum arak dan bercium dengan perempuan Melayu, kelihatan seperti gundik mereka. Ini kawasan kami, kami membeli rumah di sini, hak kami dan kami tidak suka dia membuka kedai di sini," ujar Shahdan.
Setelah diperiksa oleh polis, tukang gunting warga Afrika itu didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
"Saya bertanya kepada pemilik kedai dari Selayang itu, kalau rasa hendak berniaga kenapa tidak menggunakan tenaga kerja tempatan? Cina, Melayu atau India untuk menjalankan busines ini?," tambahnya lagi.
Ujar ayah kepada 7 anak itu, sejak tahun 2010 terdapat 125 anggota Skim Rondaan Sukarelawan dan Rukun Tetangga. Mereka berfungsi membantu polis menangani kes jenayah dan sosial di kawasan penempatan terbabit.
Menurutnya dianggarkan terdapat kira-kira 500 warga Afrika kini menetap di situ.
"Kami tunjukkan kepada penduduk di sini, kita kena bersatu kalau ingin melakukan sesuatu. Bulan Julai lalu beberapa lelaki Afrika dilaporkan cuba menggoda isteri orang di taman permainan. Bila suami wanita itu memaklumkan penduduk, dia orang lari ke pub di sini. Dia orang kena belasah lebih 300 orang, Melayu, Cina dan India, semua bersatu," tambah Shahdan.
Sila baca perincian kes itu seperti dilaporkan akhbar Harian Metro, di sini.
Untuk rekod, pub terbabit telah ditutup.
Secara spontan saya teringat kemblai kenyataan SI Ariffin sewaktu berborak sambil minum petang bersama beliau.
"Antara masalah dicetuskan sebilangan warga Afrika, mengacau perempuan kita, menggunakan akaun bank gadis tempatan untuk tujuan penipuan dan bising apabila mabuk," ujar beliau.
"Ada kes pelik pernah berlaku?," soal saya.
"Ada satu kes. Isteri orang berbangsa Melayu, berusia 40 an, bertubuh gempal ditahan bersama pasangannya, lelaki Afrika. Mereka kemudian dibawa ke balai polis Saya bertanya kepada wanita itu, mengapa awak syok dengan lelaki macam ini? Dia menjawab sebab alat sulit lelaki Afrika besar dan panjang. Kemudian saya ajukan satu soalan lagi, bagaimanakah awak mampu bertahan mencium bau badan dia? Katanya, sewaktu 'bersama', lelaki itu wangi. Suami wanita itu kemudian datang ke balai dan melafazkan talak tiga kepada isterinya di hadapan balai," balas beliau.
Seperti wanita itu, sebilangan gadis Melayu juga sanggup menyerahkan tubuh kepada lelaki Afrika untuk diratah.
Bagi mereka lelaki Melayu kurang gagah dan terlalu bergantung kepada Tongkat Ali, barangkali.
Jam 6.30 petang, tiga lelaki warga Afrika melintas berhampiran meja kami. Pantas Shahdan menoleh kebelakang untuk melihat mereka sebelum berkongsi cerita bersama kami.
"Sabtu lalu penguatkuasa Jabatan Imigresen memberkas lebih 30 warga asing dari pelbagai negara di sini kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah. Saya pun kekadang berasa hairan, bagaimana lelaki berusia 50 tahun mendakwa pelajar. Pelajar kolej mana? Bila dia menghadiri kelas kalau kelibatnya sentiasa dilihat di kawasan ini?," soal Shahdan.
Persoalan sama juga sering dilontarkan oleh orang ramai dan sebilangan masih gagal menemui jawaban.
Kami kemudian beredar menuju ke lokasi kedua.
Sewaktu memandu keluar dari kawasan penempatan itu, saya terlihat longgokan sampah di tepi jalan.
Sekaligus kami terpaksa menutup hidung untuk menahan bau busuk sewaktu melintasi laluan itu. Barangkali kakitangan Majlis Perbandaran Selayang tidak bertugas mengutip sampah semalam berikutan cuti umum.
Apa pun wajarkah sampah dilonggokkan di tepi jalan sebegitu rupa?
Sebaik memasuki Desa Aman Puri, gambar berikut saya rekodkan.
Setelah menemui mereka, saya dimaklumkan warga Bangladesh terbabit bekerja di kilang berhampiran.
Tiba-tiba saya didekati warga tempatan, penjual burger di kawasan sama.
"Baru dua hari lalu tempat ini kecoh sangat macam cerita wayang. Beberapa warga Afrika bergaduh di sini sampai memecahkan botol arak digunakan sebagai senjata. Dia orang bermasalah selalunya apabila mabuk. Kalau menonton perlawanan bola sepak di dua restoran di sini, mesti bising, riuh-rendah sehingga mengganggu orang ramai sedang berehat atau tidur," ujar peniaga itu.
Lihat kedai runcit di bawah.
Sebaik terlihat kelibat saya dan Azayusrin merakamkan gambar, pekerja dipercayai warga Bangladesh terus membersihkan kawasan di hadapan premis.
Saya difahamkan kedai itu kelihatan diusahakan oleh warga Bangladesh tetapi identiti pemilik lesen perniagaan tidak diketahui.
Lebih musykil, pelbagai barangan diletakkan secara bebas di ruang pejalan kaki. Jika kedai itu milik peniaga Melayu pasti sudah berulangkali disaman oleh penguatkuasa pihak berkuasa tempatan.
Barangkali peraturan dan undang-undang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan tidak begitu diendahkan di kawasan itu. Bukti lebih jelas, sampah bertaburan, dibuang sesuka hati.
Kami juga tidak ketinggalan merakamkan reaksi beberapa lelaki warga Afrika berlegar-legar di kawasan kelihatan bak 'Mini Bangladesh' itu.
Majoriti mereka didapati melarikan diri sebaik menyedari pergerakan dirakamkan oleh lensa kamera kami. Tidak seperti tong sampah, tetap berada di lokasi asal biar pun menampung sampah busuk melimpah.
Terima kasih kepada Azayusrin dan rakan lain keana sudi menemankan saya untuk merakam dan memaparkan semua gambar terpampang di entri ini.
Kesimpulannya, 2 lokasi ditinjau semalam ternyata dibanjiri warga asing dan kotor. Situasi sebegitu pasti tidak disenangi majoriti rakyat tempatan.
Jika kerajaan berhasrat mendahulukan rakyat seperti aspirasi dilaungkan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, semua pihak berkuasa harus terus memantau kegiatan warga asing di penempatan terbabit.
Jangan biarkan warganegara kita gentar untuk tinggal di tanah air sendiri.
smti..
BalasPadam"Jangan biarkan warganegara kita gentar untuk tinggal di tanah air sendiri."
BalasPadamBila sekali kita dah bagi ruang pada mereka maka itulah jadinya.. serius.. saya sendiri tak selesa dengan kehadiran terlampau ramai bangsa asing membanjiri negara kita..
cayalah bro.. dekat area rumah aku balai polis tu.. mamak gambar first tu kat restoran najath kan.. port kami tu.. hehe.. kasi ajar sikit PATI ni..
BalasPadamSaya merasakan kemasukan warga asing terutamanya warga afrika ini perlu lebih rapi dan diketatkan agar mereka tidak sewenang-wenangnya bermaharaja lela di tanah air kita.
BalasPadamJanganlah kerana kepesatan ekonomi, keselamatan dan kedamaian yang kita miliki digadaikan.
itulah realitinya..negara kita ramai orang yang seperti ini.ada baiknya.ada buruknya jika tidak dibendung dan dipantau kehadiran mereka.jalan kita dah nampak mcm kampung mereka.sampai ada yang beranak pinak di negara kita lagi.gadis melayu pula yang kecewa dengan lelaki melayu 'percaya' si mamat hitam adalah 'putera' hidup mereka walaupun 3 hari berkenalan.itulah yang terjadi pada saya di tempat saya menuntut sekarang.
BalasPadamENTRI TERBARU: bila couple 'bermanja' didepan kamu
salam.......saya pun heran bila lihat mereka menggunakan gagak hitam sebagai pemandu kereta, ada lesen ke gamaknya....bebas mereka kesana sini...adakah undang undang negara kita terlalu lemah.....cuba cubalah jenguk ke kolej islam antarabangsa berdekatan giant bt caves
BalasPadamsmti...warga asing sama cam sampah...kotor dan menjijikkan..huhuhhu....
BalasPadam"Jika kedai itu milik peniaga Melayu pasti sudah berulangkali disaman oleh penguatkuasa pihak berkuasa tempatan."...
BalasPadamtepat ... padat.. dan padu... !!
bukan saja disaman..
malah diangkut terus..
ini tentu mahu disusuli dgn persoalan..
kenapa jadi bagitu..?
izinkan sy sambung/tambah skit..
SPRM xmau bukak kertas siasatan ke..? atau.. disebabkan tiada laporan/aduan dibuat..?
"Jika kerajaan berhasrat mendahulukan rakyat seperti aspirasi dilaungkan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak,.."
hasrat kerajaan tu udah betoi...
tp.. pelaksaannya.. xbrapa nak betoi...
yg betoinya.. cuma... Skim SBPA 2012 !!!
risau laaaa
BalasPadamplease lah kerajaan do something..
janganlah bagi masuk pendatang asing lagi.. terutama warga african ni kecuali yang expatriate sahaja...
depa datang bawak budaya tak elok..memang tak sesuai untuk kita...
malaysia ni dah jadi betul2 majmuk...majmuk yang negatif
SMTI
BalasPadamtak bolehlah nak harap pihak berkuasa aje.Kita semua kena bersatu.Kena ada jiwa "Cakna" dan ambil tahu.Dalam erti kata lain, kena kacau sikit.Jangan bagi diorang selesa sangat
BalasPadamKenapa boleh jadi macam tu, itu yang menjadi persoalan...dulu tak ade perkara macam ni berlaku, undang2 tanah malayu untuk warga asing amat lemah. Jangan kerana ingin mengaut keuntungan, rakyat jelata yang menjadi mangsa akhirnya. Habes anak gadis, andartu, isteri orang atau erti kata lain wanita melayu yang menjadi mangsa mereka. Selamatkanlah Tanah Air Tumpah Darah Kita ini..
BalasPadamnak buat mcm mana, dah Malaysia (kementerian Pelancongan) mengamalkn dasar buka pintu seluas2nya kpd Pelancong/Pelajar asing datang sini..
BalasPadamSo agensi lain la yg terpaksa tanggung!!!
memang gagak hitam amat menakutkan.. nak kuar rumah pun takut.. nak pegi kerja, belajar.. selalu ingatkan kwn2 berhati2 & kalau nk kuar kena dalm kumpulan..
BalasPadamIsu ni juga boleh diselesaikan oleh penduduk sendiri. dengan cara turun sama berbincang masalah setempat dan memwujudkan rukun tetanga..insyaalah..masalahnya kita terlalu berharap dgn pihak berkuasa..diorang takde masa dengan kes kes kecil ni... kecuali melibtakan jenayah langsung dan nyata...ayuh semua kenal mengenalilah jiran anda...
BalasPadamsmti
BalasPadamBro, ini semua salah Fakatan Rakyat dan DAP. Mereka pihak berkuasa tempatan patut ambil tahu hal rakyat, bukan sibuk cari salah BN.
BalasPadamBenci. Meluat. Sakit hati. Geram. Semua bercampur baur...
BalasPadamSeolah negara kita ni tiada undang - undang. Seolah negara ini bebas sebebasnya ?
Seperti komen saya dalam Tampalan terdahulu, apa kerja pak itam ni?
Dari mana depa ni dapat duit untuk menyara hidup sehari-hari ???
WAJIB disiasat hingga ke akar umbi di mana kelompongan hingga menjadikan mereka demikian bebas di negara kita ?
Apakah perlu Saudara Mazidul yang memulakan ?
Barangkali pihak berwajib memerlukan seseorang untuk membuat REPORT ? Kalau perlu, kepada pihak berkuasa yang mana?
Pembaca yang arif tentang undang-undang (atau Saudara Mazidul sendiri) barangkali boleh merungkaikan persoalan ini ?
PLEASE ... do something...
terima kasih sebab datang ke Aman puri semalam..sy nampak kelibat Abg Mazisul & krew yg lain.hati mcm nk panggil utk luahkan lebih byk lagi 'seksa'nya menetap disini..sy menyewa disini & pernah juga di ganggu oleh si org afrika semasa dlm perjalanan pulang dr kerja...kononnya nk nk berkenalan..sampai sekarang sy mmg fobia..mmg betul ada pergaduhan...itu belum lagi rumah yg dijadikan 'port'..org tempatan seperti menumpang di negara orang..itu belum lagi lift selalu rosak,sampai di setiap tingkat,sampah,ganggu wanita,kereta terbakar.Sebenarnya saya rasa penduduk tempatan kat sini hidup dlm tanda tanya..
BalasPadamkalau betul keadaan mcm tu,saya pun turut risau keselamatan terutamanya keluarga saya..
BalasPadamsaya antara rakyat Malaysia SEJATI yang tinggal di kawasan apartment berhampiran. Walau kawasan rumah saya masih selamat kerana mempunyai sekuriti tapi kami masih juga terlihat kelibat2 awang hitam ni berkeliaran di kawasan apartment kadang kala malam hari berpesta di rumah dengan lagu lagu reggae mereka sambil mabuk atau kadang2 mabuk beramai2 di kolam renang bersama wanita warga tempatan lebih tepat dan MEMALUKAN ialah wanita melayu yang mebuat muka tersangat lah bangga di sampig awang hitam.
BalasPadamTerima kasih Mazidul kerana highlight perkara ini kerana setelah hampir 11tahun saya di sini lebih tepat saya katakan kawasan Sri Damansara (1-5) kawasan Sri Saujana, Desa Aman Puri adalah seperti bukan di Malaysia dan saya amat takut berjalan di sekitar kawasan sini tanpa iringan suami.
Bab kotor pula, saya sudah lelah melihat kawasan ini semua yang terlalu kotor dan kusam umpama Majlis Perbandaran Selayang langsung tidak ada mata kepala untuk melihat. Saya sendiri sudah komplen di website mereka namun Mazidul sendiri lihatlah bagaimana kawasan kami. Tolong lah bertindak.
Harap 2 perkara yang di utarakan oleh saudara sepert kes Awang Hitam dan kawasan sekitar kotor mendapat perhatian pihak berwajib.
Sekarang ini terlalu banyak kes awang hitam ni. Macam-macam hal.
BalasPadamSejak saya mula tinggal di Taman Putra Perdana Puchong kira-kira 4 bulan yang lalu, saya perasan semakin ramai awang-awang hitam mula tinggal di kawasan perumahan ni. Saya tak tahu sama ada mereka ini pelajar atau bukan pelajar.Lagak mereka seperti memiliki duit yang banyak. Kaya btol student-student Afrika ni.
Penduduk sekitar Taman Putra Perdana Puchong termasuk saya juga rasa semakin kurang selamat.
2-3 minggu yang lepas, 1 kedai makan telah dibuka oleh awang-awang hitam ni dan terus menjadi lokasi lepak mereka. Terlalu ramai berkumpul.
Yang saya heran, macam mana mereka boleh buka kedai sebegitu mudah?
SMTI
BalasPadambukan 1 2 kes berlaku yang melibatkan warga afrika..kenapa masih diberi kebenaran mereka masuk ke nagara kita?? kalau lah guna pas pelajar pun, berapa kerat sangat yang betul2 belajar..kalau sampai rakyat sendiri pun takut dan merasa tidak aman tinggal di negara sendiri, bermakna pemimpin kita perlu berfikir sedalamnya tentang isu ini.
BalasPadamas salam
BalasPadamSMTI
salam..terima kasih kepada pihak abg mazidul ,pihak berkuasa yg membuat serbuan hr jumaat lepas kat Aman Puri nie..yg masuk newpaper dlm 29 org @ lebih yg dah tangkap..tp klu boleh nk semua mereka nie ditangkap & dihantar balik..sebaiknya setiap rumah perlu diketuk & pasti terkejut bila awam mengetahui realitinya..lagipun kita leh nampak mereka nie di mana-mana..apapun..harap pihak berkuasa dapat melancarkan operasi banteras awang hitam ni sekerap yg boleh..biar mereka nie sedar ckit yang Malaysia nie bukan tempat mereka nk tunjuk hebat..sampaikan berani nk mengasari penguatkuasa yg bertugas...selamatkan juga wanita2 yg senang diperdaya sebelum jd hamba duit @ keldai dadah..BERTINDAK SEBELUM TERLAMBAT..
BalasPadamakhirnya, ada juga tindakan daripada pihak berkuasa ke atas awang hitam. Tu pun selepas beribu komen, banyak cerita dalam surat khabar.
BalasPadamagaknya, berapa had minimum laporan dan rungutan yang perlu dibuat sebelum pihak berkuasa boleh bertindak?
I wonder...
saudara mazidul..
BalasPadamapa kata lepas ni pergi ambik gambar dan paparkan.. keadaan disekitar pasar borong selayang.. peniaga2 warga asing berniaga sayur dan macam2 dengan tiada gangguan dari MPS..
kawan maklong pernah jual nasi lemak.. kat satu meja kecil.. MPS punya kacau..
Sungguh menakutkan kalau sayalah yang berada disana..dah macam negara asing..kenapa malaysia jadi bergini?penting sangat ke kita terima org tah apa2 ke Malaysia ni?tolonglah kerajaan,buat sesuatu..jangan sampai nasi dah jadi bubur..
BalasPadamSalam bro mazidul...
BalasPadampekata dtg pula area mentari court, sunway...pun leh thn ramai org afrika ni...
terbaik la abg mazidul..terus lg dedahkan info mcm nih..semoga terus sukses
BalasPadamom pakat kumpul ramai2 geng kita di seluruh negara halau warga awg hitam ini!!! ayuh!! selamatkan wanita2 dan anak2 dara kita..Jom pakat ramai2 halau mereka...nak harapkan pihak berkuasa memang dah tak boleh dah..dah makin sial dah awg hitam di negara kita..
BalasPadamsalam bro...rumah sy juga berhampiran aman puri...juz nak share tentang mps, setiap kali aduan dibuat, mereka hanya ambik endah tak endah..sy sendiri pernah membuat aduan tentang kedai yg meletakkan barang di atas jalan utama, tapi aduan sy tidak diambil peduli.sampaikan sy sendiri call ke mps dan bertanya sama ada mereka telah menerima "habuan" hingga menyebabkan kesalahan kedai itu tidak kelihatan. inilah nasib penduduk di sini, aduan dan pandangan hanya dipandang sepi...nasib peniaga melayu mmg malang berbanding kedai bangsa cina yg dibiarkan dibuka sepanjang jalan hingga kadangkala menganggu lalulintas kerana kereta pelanggan yg diletakkan di bahu jalan.
BalasPadamsaya heran kenapa pihak berkuasa tempatan kalu dengan orang melayu bukan main cepat smaan sampai, kalu orang luar, patani ke, indon ke afrika ka lamabt plak yer...lagi satu, depa ni mai mengaji betoi ka auta ja..kena pantau betoi2..bukan skt rumah tangga hancuq sebab depa, anak2 pompuan jadi gundik depa, aku pun heran la apa ilmu depa pakai..confius2..
BalasPadamdulu negara kita telah dijajah oleh Orang putih dan jepun, takkan sekarang nak dijajah oleh orang Afrika and PATI-PATI yang lain pula.
BalasPadamsekian,
Entahla apa dah jadi di negara kita ni, pendatang asing seperti dibiarkan memperlakukan seperti dinegara mereka........dimanakah pihak-pihak berwajib? tidakkah sewajibnya perkara ini disiasat dan dihapuskan.
BalasPadamtak payah tunggu pihak berwaib...kkita sebagai rakyat perlu ambil tindakan halau je terus dari kawasan kediaman kita..sekarang dah pijak kepala last2 nanti entah apa yang mereka akan lakukan..
BalasPadamas-salam saudara mazidul,
BalasPadamterima kasih kerana sudi meninjau kawasan desa aman puri kepong tu...saya pernah menetap di sana hampir 1 tahun..dan mcm2 masalah yang dihadapi apabila mendiami kawasan yang sama didiami oleh warga asing ini. berkenaan dengan pembukaan kedai atau warong mmg amat menyedihkan...manakan tidak...suami saya yg dulunya membuka perniagaan burger secara kecil2 (siap masuk suratkhabar lagi)...diangkut habis barangnye dengan lori MPS...sedangkan baru2 ini..warga BANGLADESH berniaga burger tidak dikenakan sebarang tindakan pula...xtau di mana silapnya isu ini...diganggu awang hitam mmg selalu terjadi kpd wanita (tidak kira melayu cina atau india) disini..tidak kira tua muda cantik atau tidak dan juga tidak kira status...nak naik lif seorang diri ke rumah pun takut...belom lagi kes kecurian moto...kecurian pakaian yang disidai di luar rumah...pelik bin ajaib apabila tgk awang hitam yg hampir seusia dgn ayah saye dikatakan pelajar disini...mengenai longgokan sampah itu pula...saya juga telah byk kali membuat aduan (email) kpd MPS tp masih begitu...tp tidak adil juga kalau menyalahkan 100% pihak MPS sbb kesedaran sivik penduduk disitu jugak adalah penyebab berlakunya masalah itu...harapan saya...ada PIHAK yg membuka mata lantas melaksanakan tindakan yg berkesan dlm menangani isu PENDATANG ASING ini...
"KESELAMATAN PENDUDUK MALAYSIA PATUT DIUTAMAKAN"........
salam sejahtera.. im sarawakian..n just live here bout 2 month.. since i was here... what was writter write..so true... malah sekarang masih berleluasa n semakin menjadi2... sehinggakan bila saya pergi makan atau minum di kedai, ada di antara warga asing ini yang sudah membuka premis makanan western food dan juga ada diantara mereka mempunyai anak..? jika pelajar..adakah mereka ada masa utk melakukan semuanya... mohon tinjauan sekali lagi..trima kasih.. salam perpaduan. :)
BalasPadam