Selasa, Mei 06, 2014

SEORANG KAKITANGAN VENDOR MAS MENDAKWA PENUMPANG SIAL

Ramai rakyat Malaysia masih terus menyayangi Sistem Penerbangan Malaysia, MAS, biarpun selepas tragedi menimpa MH370. Secara peribadi, saya tetap berasa amat selamat serta selesa untuk diterbangkan oleh pesawat syarikat penerbangan negara itu. Majoriti kakitangan MAS beradab dan sentiasa sudi menghulurkan bantuan kepada penumpang.

Pagi tadi, saya terbang ke Sabah melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Seperti sebelumnya, saya dan kru menuju ke kaunter check in di terminal B.

"Kalau belum check in lagi, gunakan mesin (kiosk) di sana," arah petugas wanita berdiri di laluan masuk ke kaunter MAS.

"Kalau kami terus check in di kaunter?," soal saya.

"Pergilah, nanti kakitangan kaunter akan suruh keluar dan pergi check in di mesin untuk mendapatkan boarding pass," balasnya.

Tanpa senyuman di wajah, kenyataan itu kedengaran bak satu cabaran.

Dia mendakwa menerima arahan dikeluarkan oleh pihak atasan, mewajibkan setiap penumpang check in menggunakan kiosk ditempatkan di hujung kiri kaunter MAS.


Saya menoleh ke kiosk dimaksudkan. Beberapa penumpang dibantu menggunakan kiosk. Senario itu jelas menunjukkan majoriti pelanggan MAS kekok berurusan dengan mesin berbanding manusia.


Di bawah, gambar suasana di kaunter MAS pada ketika itu, lengang.


Faktor itu mendorong kami mendapatkan khidmat kakitangan di kaunter, bukan beratur untuk menggunakan kiosk. 



Mujur di sebaik tercegat di kaunter, kami disambut dengan senyuman manis kakitangan wanita MAS bertugas. Tidak pula dia bergegas mengarahkan kami untuk beredar menggunakan kiosk seperti didakwa oleh kakitangan wanita sebelumnya.

Tidak sampai 10 minit, urusan mendapatkan boarding pass, selesai.


Kami sempat mengungkapkan terima kasih kepada petugas itu. Wajahnya tidak lekang dek senyumanan, jauh berbeza berbanding penampilan wanita berbaju putih kami temui sebelum tampil di kaunter. 

Barangkali saya terkeliru dengan maklumat diterima, lalu saya menghubungi pejabat MAS dan berbual dengan seorang daripada pegawai bertugas.

"Encik, kami dimaklumkan oleh kakitangan berbaju putih berdiri di laluan masuk ke kaunter MAS, penumpang wajib check in menggunakan kiosk tetapi tidak pula kelihatan papan tanda memaparkan arahan itu. Jadi penumpang tidak tahu sehinggalah mereka bergerak menuju ke kaunter," ujar saya.

"Oh! Mereka itu kakitangan vendor MAS. Tujuan penumpang diminta menggunakan kiosk, untuk megelakkan kesesakan di kaunter. Terima kasih kerana sudi menyalurkan teguran, memang tiada arahan dipaparkan di papan tanda," jelas beliau.

Maksudnya, penumpang mempunyai pilihan samada menggunakan kiosk  atau terus berjumpa kakitangan MAS di kaunter, jika tidak sesak. 

Selepas itu, saya juga mendapatkan penjelasan daripada pengurus bertugas, memperkenalkan dirinya sebagai Eugene. 

"Ini arahan kami terima daripada pihak atasan," kata pengurus itu.

"Logiknya arahan itu harus dipamerkan secara jelas kepada setiap penumpang. Jadi mereka boleh terus ke kiosk, bukan ke kaunter. Kami datang awal tadi tetapi tanpa mengetahui arahan itu, kami menunggu untuk ke kaunter," balas saya.

Sebelum itu, saya terlihat seorang penumpang wanita terkial-kial cuba menggunakan kiosk tanpa bantuan.  

"Cik, cuba terus sahaja ke kaunter sebab tidak sibuk," cadang saya.


Dia menerima saranan itu dan bergegas ke kaunter. Saya perhatikan, pelik. Tidak pula kakitangan vendor memberhentikannya. Beberapa minit berurusan di kaunter, dia kemudian beredar dengan boarding pass di tangan.

Bon voyage!


Jelas di pandangan mata kami, penumpang mempunyai dua pilihan, berurusan di kaunter ATAU di kiosk.

"Encik Eugene, barangkali dalam hal ini, kakitangan vendor bertugas harus menggunakan kebijaksaan dan budi bicara. Jika didapati ramai penumpang menggunakan kiosk, penumpang lain harus diizinkan berurusan di kaunter"

Pandangan itu saya lontarkan kepada pengurus MAS, bertinteraksi secara amat profesional itu. 

Terima kasih.

Sebelum bergerak ke Pintu A9, saya sempat menemui kembali kakitangan vendor dan menerangkan kepadanya intipati perbincangan saya bersama dua pegawai MAS terbabit. Tidak sekalipun saya meninggikan suara, jauh sekali memaki hamun. Tujuan pertemuan kali kedua, memaklumkan, bukan mencerca.  

Mengejutkan, penyelia kakitangan vendor itu, wanita bertudung, datang menghampiri saya dan memohon maaf di atas kekeliruan berlaku. Dia kemudian beredar bersama kakitangannya, kelihatan terusik dengan penerangan saya.

 Tepat jam 10.45 pagi, kami terbang menggunakan pesawat MH2710.

Saya menganggap isu itu selesai sehingga kakitangan vendor sama didapati memaparkan status di bawah di laman sosial.


Adakah pelanggan MAS seperti saya dianggap SIAL hanya kerana cuba memperoleh fakta tepat daripada syarikat penerbangan negara? Fakta berkebarangkalian akan lebih memudahkan urusan penumpang.

Tira Misu, saya hanya seorang daripada jutaan pelanggan MAS dan tidak pernah berhutang dengan cik. Jauh sekali saya menuntut cik melutut di kaki saya.

Itu ternyata kenyataan cik sendiri bertujuan untuk mendorong rakan facebook cik membenci saya.




Tatkala MAS dilanda bahana, usah ditambah beban di bahu dengan kenyataan biadab kakitangan bertugas. Seperkara lagi, menghina pelanggan MAS secara terbuka di facebook, bukan jalan penyelesaian bijak dan terbaik.

Kepada pihak pengurusan MAS, jika benar dakwaan, semua penumpang mesti menggunakan kiosk, sila paparkan arahan JELAS ...

'SEMUA PENUMPANG WAJIB MENGGUNAKAN KIOSK SEBELUM KE KAUNTER'


Biarpun kakitangan vendor itu meluat dengan saya, saya tetap sayangkan MAS.

(M)azidul (A)kmal (S)idik.

In Sha Allah. 


Jika pihak pengurusan MAS memikirkan wajar, saya sudi membuka peluang kepada kakitangan itu untuk dia berdiri di hadapan saya dan menghamburkan kenyataan penuh kebencian ...

"Sial!"

... kepada pelanggan tidak begitu dihargai ini.

Dia perempuan, saya BERJANJI hanya akan mendiamkan diri. Semoga dia berpuas hati.

68 ulasan:

  1. Apabila orang bekerja hanya untuk duit dan tidak berdedikasi dalam pekerjaannya .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Kalau tak bantu penumpang, apa kerja pompuan tu.pak pacak? tugu? patung?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengalaman hidup membataskan kebijaksanaan dan budi bahasa nya... Maafkanlah dia, semoga dia belajar lebih berbudi dan bertambah bijak dgn pengalaman ini

      Padam
  3. Mazidul Akmal Sidek (MAS) 1 kebetulan

    BalasPadam
  4. Itu ke bahasa wanita Melayu skrg? menunjukkan sehari demi sehari nilai maruah mulut dn hati wanita Melayu semakin MURAH.. kurang ajar sudah jd perkara biasa.. siap mengugut2 lagi.. kalau xsertakan keterangan td sy ingt wanita tu ialah lelaki.. bhasa kasar diluahkan dlm fb begitu dulu2nya hanya dtgnya dr laki2 yg bermasalah.. hanya krn tak puas hati.. professional lah.. lainlah klu dia dimaki oleh MAzidul. Berkerja hnya krn RM-DUIT itulah hasilnya!

    BalasPadam
  5. Tahap pemikiran awak sgt rendah tira misu...kesian dekat org mcm awak...hurmmmm :(

    BalasPadam
  6. Inilah cabaran dalam pengurusan servis kita. Kadang-kadang sikap pengurusan syarikat servis perlu juga dipersoalkan dalam pemilihan petugas ‘frontliner’ secara ‘tangkap muat’. Tidak seharusnya petugas jenis seperti wanita muda itu diberi tugas menjaga kaunter atau kiosk pelanggan. Karenah pelanggan yang pelbagai ragam perlu diuruskan oleh petugas yang bukan saja memiliki jiwa kental malah mesti ada sifat sopan, penyayang dan ihsan. Ironinya, jika memang sudah kehabisan wanita muda yang berhati mulia serta sopan berkata, ambil saja seorang nenek tua yang jelas berhati mulia serta halus tutur bicara. Dalam pengurusan servis kita membeli produk yang tidak nampak tetapi jelas nampak terpaksa membayar segala macam layanan buruk yang mereka sengaja lontarkan.

    BalasPadam
  7. Selalunya hanya pompuan2 liar, atau bahasa lunaknya bohsia,yang selalu menggunakan perkataan kasar macam tu.

    BalasPadam
  8. Majoriti dari kita berkerja untuk mencari nafkah. Setiap bulan perkara pertama yang akan dilakukan adalah keluarkan duit gaji. Sangat sukar untuk mencari pekerja yang berkerja ikhlas kerana Allah SWT sedangkan Islam menjanjikan perkerjaan itu sendiri satu ibadah.

    Apabila wang menjadi pertaruhan, maka tiada lagi keikhlasan wujud di kalangan sebahagian pekerja-pekerja. Apa yang penting kerja harus dilakukan seminima yang mungkin tetapi pendapatan mesti maksimum. Wujudkan sikap kurang ajar seperti kes ini dan lain-lain kes di agensi lain terutama agensi kerajaan terutama yang terlibat secara terus dengan pelanggan.

    Walau apa pun, ucapan tahniah kepada pekerja yang utamakan pelanggan dari mereka yang bersikap pentingkan diri sendiri dan tidak beradap dengan orang lain.

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. MEMANG SUKAR UNTUK 'MEMBUATNYA'......

      Padam
  10. dia berani kat FB je...depan2 mintak maaf bagai...takut mazidul ke atau takut dipecat...ramai betul da orang2 yg biadab camni sekarang...MAS patut pecat je dia ni...

    BalasPadam
  11. Pekerja yg mcm inilah yang mencemarkan organisasi, Sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

    BalasPadam
  12. aih, dia tulis macam tu pula? Entah apalah yang mereka fikir tentang penumpang lain rata-ratanya. Mungkin di kaunter sopan, tapi dalam hati menyumpah. Mungkin juga mereka mengumpat tentang pelanggan di belakang tabir?

    BalasPadam
  13. En Mazidul, lebih baik perkara ini dilaporkan terus ke MAS melalui laman webnya dan juga kepada Biro Pengaduan Awam, BPA. Tindakan tegas perlu diambil terhadap kakitangan yang kurang ajar begini. Patotlah MH370 tak jumpa lagi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf, x de kena mengena antar staff tersebut dgn kehilangan MH370. Staff tersebut langsung tidak mengambarkan imej sebagai MAS staff. Sekian, Firdaus x-MAS staff.

      Padam
    2. Maaf, x de kena mengena antar staff tersebut dgn kehilangan MH370. Staff tersebut langsung tidak mengambarkan imej sebagai MAS staff. Sekian, Firdaus x-MAS staff.

      Padam
  14. Saya pun tak tahu nak terima kasih pada Abg Mazidul ke atau Facebook sebab 2 fakta inilah yang menjelaskan hati nurani lahiriah walau senyum di muka.

    Tapi terima kasih pada Abg Mazidul sbb luang masa MEMPERBAIKI PROFESIONALISMA & MENTAL wanita-wanita Melayu yang mengunjungi web ini. InsyaAllah episod lelaki akan datang hehe

    BalasPadam
  15. Agree with u little napolean. Selama ini saya belum pernah dilayan atau dilemparkan kata kata kesat oleh staff staff MAS tak kira on ground atau dalam kabin. Mereka sentiasa polite, tersenyum, dan sangat sangat membantu penumpang yang terkeliru atau yang memerlukannya. Saya rasa mereka bukan kaki tangan penerbangan malaysia mungkin staff MAB. Please ya respect penumpang...sebab penumpang ni selalu confuse kat airport.

    BalasPadam
  16. walau macam mana pun, pihak pengurusan yang patut di persalahkan diatas pekara yang telah berlaku.......ada ke patut

    BalasPadam
  17. Jadi pengajaran kepada semua frontliner

    BalasPadam
  18. Kenapa ye sekarang ni ramai sungguh yang tidak beradap? Baik lelaki mahupun perempuan. Apakah kerana zaman pemikiran terbuka membuatkan kita langsung tiada adab dalam kehidupan seharian? Malu sungguh dibuatnya. Kita ni orang Melayu, Islam pula tapi sikap kita tidak seperti itu... Allahhuakbar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah satu sebab kita sekarang makan makan yang tidak suci.. Sebab tu kita tgk budak-budak sekarang bukan main kurang ajar.. Kita byk tertipu dengan makan halal yang dijanjikan oleh peniaga tetapi adakah ianya suci?

      Padam
    2. "...kencing berlari." Tak tergamak nak tulis penuh. Pemimpin dua buah parti politik di Malaysia bukan nak beri contoh baik tetapi mengajar rakyat ikut perangai mereka.Pemimpin tak senonoh maka penyokong pun sama.Adakah patut Tuhan disamakan dgn samseng! (sila teka siapa).

      Jn salahkan tiada didikan agama yg menyebabkan gejala "kurang ajar".Di negara Jepun yg majoriti rakyatnya pengikut agama shinto dan jarang benar mereka menunjukkan ketaksuban agama org Jepun penuh berdisiplin (majoriti).Kenapa agaknya? Tamadun tinggi.Org Jepun mementingkan kebersihan dan "kebersihan dalaman/hati" pun diperlihatkan dlm kelakuan.Org Melayu ?Nilailah sendiri.

      Padam
  19. Salah seorang melayu-melayu biadab yang di didik dengan cara tidak sepatut nya. Lihat saja yang lain yang memaparkan rendah nya maruah diri dalam maksiat yang di lakukan. Maruah yang tiada nilai...

    Adakah generasi ini yang kita mahukan ? Gaya dan tahap pemikiran rendah seperti pendemo jalanan ?

    Malu kepada bangsa yang bukan Islam. Dari segi kehidupan mereka lebih jauh ke hadapan dengan cara lebih menyakinkan.... Melayu Islam di mana?

    BalasPadam
  20. mas patut pecat ramai lagi staff yg makan gaji buta termsuk vendor...malangnya...politik dalam mas kuat sgt smpai staff tak buat keje pun dapat gaji dan bonus..nak salah sapa???mas, bn, umno, najib....salahkan sume kecuali diri sendiri sebagai org melayu yg ditolong mas dan kerajaan....kalau takder dasar nep MAS amik org cina and india lebih baik dari one race monopoly.....tapi golongan yg tertolong dalam glc nie lah paling kuat menentang deb dan menyokong DAP yg berjanji akan manushkan deb dan kurangkan 1.5 juta penjawat awam...pelik kan?????mungkin label melayu bodoh atau melayu "bijak" sesuai untuk mereka......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hal politik ? Ngn vendor ? Saya ta faham? Kenapa perlu isu politik sedangkan blog pasal adap dan tatasusila . maaf .

      Padam
    2. Nur Maisarah, ini bukan soal politik kan tata susila. Sy bekas pekerja di satu GLC. Yeap, I can verify apa yg di komenkan Mustaqim Abdul Rahman itu benar.....terlalu byk politik jijik dlm organisasi GLC. Dah ditolong, tp makan tuan. Dah ditolong tapi ambil enteng dgn tanggungjawab yg diberi. Yang rugi siapa? Bukan saya atau kucing saya, tapi, ORANG MELAYU tu sendiri. Dah jadi vendor, kerja la elok2. Rasa x nak berhadapan dgn KERENAH PENGGUNA, JANGAN KERJA DGN MANUSIA, contoh, kerja la tanam sayur....sayur TIDAK AKAN SEKALI2 pandai berbicara atau menulis blog.

      Padam
  21. Bahasa melambangkan bangsa.. Agaknya x terdetik dlm hati wanita tu menyesal atas perbuatannya..

    BalasPadam
  22. Vendor nak prove yang bahawa MAS perlu membeli Kiosk dari mereka. Lagi ramai yang pakai kiosk, lagi banyaklah Kiosk yang MAS kena beli. Kena rompak lagi MAS.. Semua ni business punya hal.....

    BalasPadam
  23. Saya pun bulan lepas naik MAS juga, pening juga dgn kakitangan2 yg pakai baju putih ni. Dorg pun nampaknya masih muda dan tidak mahir ttg tugas dorang. Masa tu sy terkial2 nak berbaris untuk check in lepas guna kiosk, yg sorang ckp lain, bila jumpa yg sorang lagi, dia cakap lain...infomasi yang tidak tepat. Setuju dengan komen di atas, petugas di barisan depan mmg kena cari yg berkualiti.

    BalasPadam
  24. Ayat budak2 sekarang susah nak baca. susah gamaknya nak taip penuh.

    BalasPadam
  25. Tira Misu...kalau ego dah terlalu tinggi dan tak boleh menerima teguran untuk kebaikan..jangan kerja dengan syarikat yang berurusan dengan orang ramai...cari kerja yang awak tak perlu berjumpa dengan siapa2..so hati pun tak sakit dan ego pun tak tercalar...

    BalasPadam
  26. Didalam "Hospitality" industri sebegini, kita memerlukan manusia yang mampu berkomunikasi dengan baik dan bijak membuat keputusan bergantung pada keadaan. Silapnya majikan yang mengajikan pekerja tanpa mengetahui tentang tahap kemahiran mereka. Pada pandangan saya kakitangan seperti Tira Misu ini lebih sesuai jika bertugas sebagai warden di Penjara atau pun Sek Henry Gurney dan sebagainya.

    BalasPadam
  27. Kira ok lagi ni Mazidul hadapi situasi mcm ni. Kalau pergi LCCT lagi la layanan mcm sampah. Staff air asia terutama di kaunter2 airport tu bgi jahanam punya layanan. Saya tak kata semua tapi segelintir la.

    BalasPadam
  28. Muka lawa tak semestinya berada di hadapan

    BalasPadam
  29. Dorang ni tak amik pengajaran apa yang berlaku pada MAS ker? Macam2 hal berlaku pada MAS, kalau macam ni la perangai, buat malu pada pelancong asing jer...

    http://kidstuffshop.blogspot.com

    BalasPadam
  30. dak praktikal kot hehee.. letih bdiri lama, tak biasa..

    BalasPadam
  31. Itukah darjah kesopanan kakitangan perkhidmatan kita, dalam usaha kerajaan untuk memertabatkan industri perkhidmatan, ada-ada saja hal yang boleh membantutkan usaha ini. Get to the root of the problem, now or never! Bravo Bro MAS.

    BalasPadam
  32. Blessing in disguss....sama ada Tira Misu ni ada masalah peribadi atau saja nak cari pasal.

    BalasPadam
  33. bro mazidul. inilah yang kita panggil emosi melebihi akal. sebenarnya kakitangan nan seorang itu sedang menggali kubur profesionnya atau menabur pasir dalam periuk nasi sendiri. akal yang segar dan tidak dipengaruhi emosi (dalam beremosipun sebenarnya kita masih mampu gunakan akal) sentiasa memandang sebatu dua batu di hadapan. jika memaparkan celaan dan makian begitu dalam laman sosial, ianya pasti akan dipublishkan kepada awam dan akhirnya? sampailah ke pengetahuan pengurusan mas. haa...berakhirlah kerjaya kamu. mh370 sedang menjadi beban mas, jangan kamu pulak menjadi beban tambahan. rasanya....kasihan nak sebut....sediakan proposal kerja baru...

    BalasPadam
  34. dia puya salah , lain orang pulak dia maki , hahahaha nie lajadinya bila otak turun ke lutut dan lutut naik ke kepala

    BalasPadam
  35. Ada sesiapa leh kasi link Facebook Tira Misu ni? Nak tengok bagaimana orangnya.

    BalasPadam
  36. Semalam aku ada membaca artikal penjelasan mengenai gelaran kepada musliamh pas yang menyertai demonstrasi GSTsebagai PELACUR KELAS ATASAN dari SAUDARA AMAR daripada penjelasan itu saya mengakui apa yang disampaikan oleh beliau memang bertepatan dengan ala yang telah dilakukan oleh muslimah jadi jadi kenapa harus melenting bagai.

    Satu contoh pelacur kelasatasan adalah staff mas seorang ini. Jangan kerana mulut badan binasa. Saya luahkan kebenaran ini walaupun pahit sedagkan saya juga seorang perempuan.

    BalasPadam
  37. INI masalah pengurusan yg memilih utk mencari jalan pintas tanpa menyediakan latihan yg mencukupi sekadar tangkap muat.
    Mereka mahukan perubahan pada tahap perkhidmatan yg sedia ada tapi gagal melakukan. percaya atau tidak selepas ini pengurusan atasan MAS akan bergegas melantik konsultan luar atas alasan meningkatkan perkhidmatan.

    BalasPadam
  38. Orang zaman sekarang nie, peningnya macam-macam... bila berdepan face to face nampak lain... tapi, bila online perangainya lain macam sket...

    BalasPadam
  39. Maaf . tidak semua kakitangan tu kurang sopan . jangan kerana sorang yg bermasalah , semua dipersalahkan . tegurlah mungkin itu yg akan membuat dia sedar .

    BalasPadam
  40. Kebanyakan penyelai atau orang yang bertanggungjawab terlepas pandang dalam hal-hal yang berkaitan dengan petugas dibarisan hadapan. kita perlu ingat perkataaan pertama keluar dari mulut mencerminkan peribadi kita.budaya seperti ini telah menjadi barah dalam masyarakat kita. Ayuh bersama-sama kita pupuk sikap hormat menghormati dikalangan kita sekarang

    BalasPadam
  41. Salam Encik Mazidul Akmal Sidik, cuba lihat tahap pendidikan wanita petugas tersebut, latar belakang beliau, tekanan yang dikenakan kepada beliau oleh pihak atasan, pihak lain dan berbagai-bagai lagi.
    Encik Mazidul janganlah ambil hati dengan sikap 'biadap' budak ni, mungkin dia tidak sebijak Encik Mazidul yang terlalu jauh lebih berpengalaman, banyak makan garam dan telah menjelajah seluruh Dunia.
    Dan lagi satu, adatlah, setiap wanita yang belum 'tamat-haid' pasti ada waktu waktu 'bertenang' beliau. Lebih elok jika Encik Mazidul Akmal Sidik tawarkan pendidikan separuh harga untuk menghadiri kelas 'Cara bercakap dengan orang-ramai dengan lebih berhemah dan berkesan'. Beliau mungkin mengenali Encik Mazidul Akmal Sidik dan mungkin merupakan peminat, tapi sebagai manusia biasa, kita semua tidak lari dari kesilapan. Apapun, saya doakan yang terbaik untuk semua pihak. Inshaa - Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila seseorang itu ditugaskan untuk berhadapan dengan orang ramai untuk mewakili sebuah pihak, pihak yang memberi tugas sewajibnya MEMBERI LATIHAN YANG SECUKUPNYA. Sebagai seorang yang MENERIMA TUGAS untuk mewakili sebuah pihak, petugas itu sewajibnya BERAKHLAK. Sebagai orang Islam pula, AKHLAK BAIK adalah tuntutun.

      KALAU TAK DAPAT BERAKHLAK dan BERTANGGUNGJAWAB apabila berhadapan orang ramai, JANGAN MENERIMA TUGAS. Gaji yang diberikan sudah jadi tidak halal lagi kerana TAK MAHU MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB.

      Dalam satu hal lagi, budak tersebut telah mempertontonkan KEBIADAPAN yang kini menjadi budaya semakin ramai kaum Melayu. Memaafkan adalah murni, MENEGOR mereka adalah WAJIB.

      Kaum Melayu tak suka ditegor, seolah-olah sudah MULIA dan telah dijamin SYURGA. Sedangkan akhlak mereka semakin buruk.

      Padam
  42. MAzidul pernah tak diminta buka tali pinggang di tempat "security check-in" di airport?? Kalau nak suruh buka tali pinggang maklumlah awal2 melalui "signage" depan pintu masuk.Menyusahkan penumpang sebenarnya.

    BalasPadam
  43. Saya rasa mungkin wanita ini tidak di 'jamah' pada malam semalamnya kot..tu yang dia meroyan tak tentu hala tu...

    BalasPadam
  44. Dia (Tira Misu) merujuk "sial" kepada "Mazidul Akmal Sidek" sedangkan nama tuan adalah "Mazidul Akmal Sidik" - jadi, kita berprasangka baik; bukanlah tuan yang dimaksudkan

    BalasPadam
  45. Sbb tu kalau bole jgn harapkan rupa paras je untuk keje kat "frontliner" ni.. bila asyik nak sedapkan customer dgn muka lawa tu tp budi bahasa lgsg x mencerminkan rupa paras tu.. sia-sia je mak bapak didik dr kecik tp bila besar mcm ni lak jadinya..

    BalasPadam
  46. Datang bulan agaknya. Hormon tak stabil

    BalasPadam
  47. mazidul lain kali serta kan wajah supaya orang lain boleh kenal

    BalasPadam
  48. Saya bukan tak sokong MAS walaupun saya ni frequent traveler untuk penerbangan dalam negeri, tapi

    1. timing flight selalu tak kena
    2. harga tiket yang keterlaluan melampau
    3. kalau kena delay, tak kurang 2 jam (mungkin nasib saya je kot)

    Oleh itu, saya naik Air Asia je sekarang. Harga tiket secara purata pun lebih murah. Saya light traveler. Beg pun tak check-in, jadi mungkin tak nampak masalah yang selalu penumpang Air Asia lain kena.

    Saya rasa MAS perlu lebih competitive dari segi harga tiketnya. Mungkin kena tukar strategi jadi low cost carrier kot? Rugi dah berapa tahun dah ni.

    BalasPadam
  49. Sy dulu pernah kerje mcm ni... sy x pernah nak paksa penumpang nak cheik in mane2... tapi lagi bagus guna kiosk... skrg ni mcm2 mas bg kemudah... cheik in mobile ada... senang.... tapi budak tu x patut buat mcm tu... ahhh... kami dulu siap kena maki dgn penumpang tetap beri senyuman... walaupun dlm hati ni maki2 org... tapi dgn senyumanlah semuanya akan ok...

    BalasPadam
  50. Saya suka naik MAS kerana perkhidatannya bagus biar pun mahal tambangnya, keselesaan saya utamakan, sepanjang saya menggunakan perkhidmatan ini layanan mereka semuanya baik-baik saja, agaknya tuan mazidul kebetulan terkena dugaan dengan insan begini..sabar sajalah namun wanita itu perlu di sedarkan, nanti jadinya " kerana seekor kerbau membawa lumpur habis semuanya terpalit "..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.