Wartawan 360 ke Kelantan pagi semalam dan kembali semula ke Petaling Jaya, Selangor pada jam 11 malam tadi. Sebaik mendarat di lapangan terbang, saya pantas menghubunginya. Menurut wartawan itu dia dan jurugambar 360 merakamkan pengakuan lelaki gay berusia 24 tahun di Pasir Putih, Adi, bukan nama sebenar.
Adi, perancang perkahwinan lulusan Universiti Teknologi Mara dilaporkan jatuh cinta dengan kaum sejenis berusia 26 tahun, Nuar pada tahun 2006. Malangnya Nuar bukan gay, dia lelaki normal. 'Nuar', juga bukan nama sebenar.
Justeru, biarpun berulangkali Adi memujuk, merayu dan mendesak Nuar melakukan seks luar tabi’i bersamanya, pasangannya itu tidak pernah tergamak membenarkan perbuatan terkutuk itu berlaku.
“Siapa ‘bottom’, duduk di bawah?,” tanya saya.
“Adi,” jawab wartawan 360.
“Kenapa Nuar tak ‘layan’ dia?,” satu lagi soalan saya lontarkan.
“Nuar tu orang dia kira alim lah. Dulu dia pernah bekerja di bawah Adi jadi wedding planner,” jawabnya.
Dilaporkan, lebih 2 tahun mencuba sedaya upaya mencapai misinya, Adi akhirnya kecewa.
Akibatnya, dia cuba membunuh diri sebanyak 5 kali. Kata Adi, dia pernah terjun dari kereta bergerak, minum bahan peluntur, menggantung dan membakar diri. Dia terselamat dalam setiap percubaan dan masih hidup. Kini, harapannya tetap sama, mahu nafsu serakahnya dilayan Nuar biarpun kini pasangannya itu menjauhkan diri.
Dakwa Adi lagi, sepanjang perhubungan mereka, dia banyak ‘melabur’ untuk Nuar, lelaki kesayangannya. Ribuan ringgit dihabiskan untuk membeli pakaian, makanan serta melunaskan bayaran bulanan kereta Nuar.
Saya bertanya kepada wartawan bertugas, mengapa Adi ingin membuat pengakuan di 360?
“Dia berharap Nuar akan menonton program kita dan kembali semula kepangkuannya,” jawab wartawan itu.
Sebagai penerbit eksekutif 360, saya membenarkan pengakuan Adi disiarkan. Biar gay bercerita mengenai keinginan songsangnya. Agar tiada gay mempersalahkan manusia normal kononnya merekacipta cerita berhubung mereka.
Update
Wartawan 360 tengah malam tadi menyamar pelanggan tukang urut gay di Petaling Jaya. Dia terpaksa berhadapan antara cabaran terbesar dalam hidupnya, digoda lelaki gay berusia 31 tahun di bilik hotel. Semua audio video dirakam sebagai bukti.
Jangan lupa menyaksikan episod 360, paparan 'Gay Terlampau', 19 Ogos, rabu, 9 malam di TV3!
* Jumlah korban Selesema BABI, 67. Kelihatan seperti pandemik ini sudah tidak terkawal
Adi, perancang perkahwinan lulusan Universiti Teknologi Mara dilaporkan jatuh cinta dengan kaum sejenis berusia 26 tahun, Nuar pada tahun 2006. Malangnya Nuar bukan gay, dia lelaki normal. 'Nuar', juga bukan nama sebenar.
Justeru, biarpun berulangkali Adi memujuk, merayu dan mendesak Nuar melakukan seks luar tabi’i bersamanya, pasangannya itu tidak pernah tergamak membenarkan perbuatan terkutuk itu berlaku.
“Siapa ‘bottom’, duduk di bawah?,” tanya saya.
“Adi,” jawab wartawan 360.
“Kenapa Nuar tak ‘layan’ dia?,” satu lagi soalan saya lontarkan.
“Nuar tu orang dia kira alim lah. Dulu dia pernah bekerja di bawah Adi jadi wedding planner,” jawabnya.
Dilaporkan, lebih 2 tahun mencuba sedaya upaya mencapai misinya, Adi akhirnya kecewa.
Akibatnya, dia cuba membunuh diri sebanyak 5 kali. Kata Adi, dia pernah terjun dari kereta bergerak, minum bahan peluntur, menggantung dan membakar diri. Dia terselamat dalam setiap percubaan dan masih hidup. Kini, harapannya tetap sama, mahu nafsu serakahnya dilayan Nuar biarpun kini pasangannya itu menjauhkan diri.
Dakwa Adi lagi, sepanjang perhubungan mereka, dia banyak ‘melabur’ untuk Nuar, lelaki kesayangannya. Ribuan ringgit dihabiskan untuk membeli pakaian, makanan serta melunaskan bayaran bulanan kereta Nuar.
Saya bertanya kepada wartawan bertugas, mengapa Adi ingin membuat pengakuan di 360?
“Dia berharap Nuar akan menonton program kita dan kembali semula kepangkuannya,” jawab wartawan itu.
Sebagai penerbit eksekutif 360, saya membenarkan pengakuan Adi disiarkan. Biar gay bercerita mengenai keinginan songsangnya. Agar tiada gay mempersalahkan manusia normal kononnya merekacipta cerita berhubung mereka.
Update
Wartawan 360 tengah malam tadi menyamar pelanggan tukang urut gay di Petaling Jaya. Dia terpaksa berhadapan antara cabaran terbesar dalam hidupnya, digoda lelaki gay berusia 31 tahun di bilik hotel. Semua audio video dirakam sebagai bukti.
Jangan lupa menyaksikan episod 360, paparan 'Gay Terlampau', 19 Ogos, rabu, 9 malam di TV3!
* Jumlah korban Selesema BABI, 67. Kelihatan seperti pandemik ini sudah tidak terkawal
Bro Maz
BalasPadamTak Tumbuh Tak Melata
Tak Sungguh Orang tak kata...
itu yang Orang tua tua kata...
Nota: Apa akhir kisah tadi tu ek?
Alid, misi berjaya 100% :)
BalasPadambukan semua lelaki gay mempunyai misi nafsu serakah seperti Adi... bodoh tak bertempat, jgn samakan semua gay sepertinya, itu x adil
BalasPadamAzaz, Sorry? Adakah awak terjumpa kenyataan di entry ini mengatakan SEMUA lelaki gay sama seperti Adi?
BalasPadamTolong tunjukkan kepada saya. Mungkin saya tidak perasan.
Jika tiada, justeru TIDAK timbul soal ketidakadilan, kan? Saya sama sekali tidak mencipta kisah ini, awak boleh dengar kenyataan sebenar dituturkan respondan gay terbabit di 360.
Belajar bersabar, tolong. Please baca setiap kenyataan saya sebaik mungkin, biar adil dan bijak sebelum melontarkan komen.
p/s
Apapun, saya tidak tergamak langsung memuatkan gambar urutan kartun, lelaki 'main belakang' lelaki seperti dalam blog awak :)Hebat sungguh ...
Pelik tetapi benar.
AzAz,
BalasPadamAdi bukan sahaja bodoh tak bertempat, tapi gila sex.
Bukan sahaja gay, terdapat juga lelaki normal lain yang gila sex sebegini.
Umur baru 24 tapi hanyut dalam lautan nafsu semata-mata.
Masih budak hingusan lagi tu. 5 kali cubaan membunuh diri tak mati-mati bermakna masih panjang umurnya... Masih banyak amal ibadat boleh dilakukan.
Azwan Ali dalam blognya bercerita perihal beliau menetekkan lakinya Ashraff, pemain bolasepak berusia 21 tahun. Ada wartawan 360 menemubual beliau untuk siaran 360 malam esok?
Saya yakin 360 malam esok hanya akan mengisahkan cerita segelintir MANUSIA MALANG yang hidup berpaksikan dunia dan nafsu semata-mata.
Jangan bersikap "judgemental". Kerana Adi dan segelintir bersikap sebegitu, maka semua golongan gay dirangkum dan diburukkan sebegitu rupa.
Masih ada yang taat pada agamanya, menghindari dari perbuatan keji dan mungkar. Memohon keredhaan setiap hari di atas ujian Maha Esa yang diberi.
Cuma, mereka sebolehnya, tidak mahu amal ibadah dan amal jariah harian diperbesarkan.
Adam, apa 'judgemental' nya?
BalasPadamRelekslah. Tengok dulu paparan 360, kemudian bagi tahu saya balik apa awak fikir.
Cerita belum disiarkan lagi, spekulasi awak buat. Saya percaya banyak aspek liputan bakal mengejutkan awak.
Saya judgemental ke? Atau awak judgemental?
Hissss!
Kepada En Mazidul,
BalasPadamTuan,
Maksud kenyataan saya diatas ialah kepada sesiapa yang menonton 360 malam nanti agar menonton dengan minda terbuka, kerana paparan hanya menceritakan perihal segelintir golongan dan bukan merangkumi semua.
Saya menulis kerana rancangan 360
belum disiarkan, kalau saya menulis selepas rancangan malam nanti, tiadalah gunanya saya menulis lagi tentangnya.
Tuan juga menulis entry ini sebelum paparan disiarkan, (mungkin bagi tujuan promosi) dan saya cuma mengomen mengenai entry tuan yang menyentuh tentang Program 360 malam nanti.
tak sabo nak tengok ni!
BalasPadamP.A.N.A.S!
BalasPadamphewww...
untuk semua gay dan straight, tengok dulu 360 itu.. lepas tu, lepaskanlah segala yang terbuku di hati..
Mazidul, tak nak ker interview artis2 yang betul2 gay atau seakan-akan gay? Boleh 'blurrrkan' skrin TV tu kalau diorang nak di interview..
sampai sekarang saya tak faham kenapa masih ada pihak yang seolah2 "membenarkan" apa yang di buat oleh golongan gay ni.
BalasPadammaksud saya "membenarkan" tu ialah dengan mengatakan tak semua golongan gay adalah sama.
saya harap takde yang berkecil hati dengan kata2 saya ini.
saya hairan..kalau dah namanya gay, tak sama ke aktivitinya?? Bagi saya yang tak pandai ni, gay ni adalah sesuatu yang songsang. sampai kaum nabi Luth terima bala.
takkan la dalam yang "songsang" ada plak yang "tak songsang"?? betulkan saya jika saya salah.
en mazidul..combi pun pernah dgr pasal gay yg dok serumah dgn boyfrenz dia.beliau seorg profesional lagi tp telah meletak jawatan kerana diarah berpindah setelah kes dia dihidu oleh bos.mayb takmoh berpisah dgn bf dia kot so dia sanggup tinggalkan jawatan dia. :D
BalasPadamdia ni mmg 'jambu' bro ekeke :p
tapi bersimpati kerana bagaimana akhir hidupnya nanti.umor semakin meningkat 'jambu' pun bukan selamanya.betul tak??
Ecah DAN Asilah, orang kata saya bertujuan mempromosikan topik 360 di sini. Tetapi kalau difikirkan balik, jika tidak disentuh di blog ini, 360 masih mendapat sambutan jutaan penonton.
BalasPadamTerus terang cakaplah, sebenarnya episod kali ini akan membongkar banyak hal.
Tukang urut gay kami rakamkan di hotel malam tadi mengaku, dia boleh dapat RM47,000 sebulan. Antara kerjanya, melakukan hubungan seks dengan isteri orang, suami perempuan itu tolong bayarkan.
Dia ingin tunjuk, dirinya memang fleksibel habislah :)
Berulangkali dia menawarkan khidmat seks kepada wartawan 360 tetapi ditolak secara baik.
Ya Raabbi... apalah nak jadi dengan gay ni? Ada kerjaya tapi buat seks sundal dengan jantan.
BalasPadamAllah jadikan faraj perempuan untuk zakar lelaki, yang gay balun lubang dubur tu, nak buat apa?
Gelinyer.
Geli dan menakutkan.
huish..
BalasPadamgila la..
dah akhir zaman agaknya..
*tak tau nak ckp apa..lidah jadi kelu..hati pun terkedu..
saudara..
BalasPadamyang tukang urut tu leh kita kata dia gay ke kalu dia still layan wanita??kalu tuk duit..bermakna dia bkn gay la..dia memang cari duit dengan menawarkan khidmat seks..itu x relevan ngan topik rasanya..yang tu leh disimpan dalam episod pekerja2 pekerja seks..
saudara mazidul yang budiman..
kalu nk dikisahkan tentang adi ni la kan..bagi saya dia seorang yang sakit dari segi jiwasebab sanggup ambil keputusan bunuh diri..
kes macam ni berlambak je x semestinya dalam golongan gay sahaja.perempuan bunuh diri lagi banyak..dari teruk kan sebab bunuh 2 nyawa serentak(anak dalam kandungan)..paling kurang dalam kes gay ni hanya satu nyawa melayang..
saya x nampak apa relevan topik ni.sy masih x nampak apa yang boleh dibanteras dari pendedahan ini..
boleh en mazidul terangkan..
saya setuju dengan en adam...pegi la interview azwa ali yang terang2 mengaku dia ada laki..ataupon en mazidul takut kena laser oleh si azwan ali..ada bran????hehehe
Topik gay ni memang bikin PANAS...
BalasPadamTak sabar nak tengok pendedahan kat 360 malam esok... (^_^)
MMg betol la...
BalasPadamDunia dah nak akhir zaman...
Benda yg haram dihalalkan, yg halal diharamkan...
Hurm...
Sedih...
Zua, paling saya tidak faham, banyak blog gay memuatkan gambar kemaluan lelaki pelbagai saiz.
BalasPadamApa seronok sangat?
Kalau ditanya, gay kata, suka hati dialah, blog dia.
Samalah, program saya, terserah kepada saya menentukannya. Tidak salahkan?
Saya boleh interview Azwan dengan syarat, interview awak sekali, boleh? Awak pun hebat juga, kan?
Sebenarnya banyak hal kita tidak berapa faham dan cuba memahami.
terimakasih sangat2 saudara mazidul sebab sudi tuk interview,,no thanks..
BalasPadamatas dasar apa hendak interview saya?ada saya beritahu saudara yang budiman bahawa saya ini gay???
dalam blog saya pon ada statement yang saya keluarkan seperti terdapat dalam blog azwan ali?
dalam ingatan saya tidak..
adakah kerana saya follower kepada blog gay dan blog gay menjadi follower saya,anda melabel kan saya gay?
anak juga mempunyai link kepada blog gay..adakah anda sama sepertia adam?
adam memang mengaku,x pasti la dia mengaku sebab seronok atau dia betul2 gay,tetapi saya tidak pernak sesekali mengaku atau buat kenyataan..
kenyataan tentang komen saya dibuat pon atas dasar pemerhatian saya dan apa saya rasa..
kalau nak tanya,posting sahaja beberapa soklan di dlm entry anda..
jika ada jawapan pasti terjawab samada saya atau yang lain2..
memang banyak yang kita x faham,sebab tu saya cuba memahami kenapa perlu topik ini dibincang terbuka..kalu nak kata terbuka,sy tgk kdg2 en mazidul ada jgk x terbuka..atau nak terbuka hanya dalam kes gay n lesbian sahaja kah???
dalam kes gay suka letak gambar kemaluan tu..itu normal la..seperti juga lelaki str8 suka tengok kemaluan wanita dan sebagainya..cume beza lelaki tengok lelaki..tiada yang janggal..ada jugak kes lelaki pasang cctv intip wanita bogel,gay x sampai tahap tu..
jadi tiada apa sangat yang nak dibesarkan..tp program tu dah pon siap tuk tayangan..xpe la..kita tunggu n lihat saja..tq
Zua, jangan melatah bro.
BalasPadamAwak suruh saya interview Azwan Ali. Tetapi saya memilih to interview awak sebab awak kerap sangat mengutarakan pandangan bernas di blog ini. Pandangan awak semua orang baca.
Selalunya orang berpandangan bernas, apabila dia bijak recommend orang lain untuk diinterview, mesti opinion dia sendiri bagus, kan? Jika tidak masakan boleh mencadangkan respondan untuk ditemubual.
Satu lagi, saya pun TIDAK ada menuduh awak gay. Please next time DON'T assume.
Jika tidak jelas, berikut saya cetak semula komen saya ...
"Zua, paling saya tidak faham, banyak blog gay memuatkan gambar kemaluan lelaki pelbagai saiz.
Apa seronok sangat?
Kalau ditanya, gay kata, suka hati dialah, blog dia.
Samalah, program saya, terserah kepada saya menentukannya. Tidak salahkan?
Saya boleh interview Azwan dengan syarat, interview awak sekali, boleh? Awak pun hebat juga, kan?
Sebenarnya banyak hal kita tidak berapa faham dan cuba memahami"
Helloooooo! Ada nampak kenyataan menuduh awak gay ke? Kejap. Saya pakai glasses, mungkin sudah tua, mata kurang jelas.
Eh! Tak nampak juga.
Peace!
rm47 ribu sebulan..??fuyooooo
BalasPadambole jadi jutawan kalo keja seminggu 7 hari tanpa henti selama setahun.
ngape suami pompuan tu yg bayarkan??ooooooo 'dia' punya dah tooooot ekk.kesian mesti isteri dia cantek :p
..........
en mazidul..blog ni en mazidul punya kan.so ade sape2 yg tak puas hati?? ^_~
Echah, perkara biasa.
BalasPadamAda orang puas hati, ada tidak. Tetapi kita terima sahaja, pandangan tidak semestinya sama.
Macam gay, ada bottom, top dan fleksi.
Semua sejenis, namun citarasa TIDAK sama :)
Nanti tengok juga kisah lelaki gay beranak 2, masih mencari pasangan lelaki. Rakaman di Tasik Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Mazidul,
BalasPadamSaya mempunyai kelas malam keesokan hari. bila bleh saya menonton ulang tayang episod besok?
Kaplex, boleh saksikan semula tayangan 360 di laman web tv3.com.my.
BalasPadamSiaran ulangan di TV, selasa malam rabu minggu depan, jam 1 pagi, jika saya tidak tersilap.
Kerana ingin cinta songsangnya terbalas, Adi sanggup bayar hutang kereta 'nuar'.. huhu.. Apalah nak jadi dengan umat akhir zaman sekarang ni.
BalasPadamBro, nak tanya kat sini. Kenapa si 'Adi' ni tak berminat dengan kaum wanita? mesti ada sebabnya kan?
BalasPadamterima kasih la sebab sudi pamer n reply komen sy yang x berapa..memang terpampang anda memuji saya..tapi xpe la.terima kasih lah sebab saya tidak dapat rasa keikhlasan anda dalam memuji saya..
BalasPadammemang anda tidak menuduk dalam kenyataan anda,,tetapi saudara mazidul yg budiman menyatakan ingin interview golongan gay..anda juga ingin interview saya,,jadi persamaan nye saya ada lah gay..x begitu..
ok takat ni je tentang peribadi..kita teruskan dengan topik dan entri berkitan tajuk ini sahaja..
topik ini banyak yang boleh dicungkil..tapi jika ingin temuramah saya,saya rasa saya tidak layak tuk mewakili pihak minoriti ini..
terima kasih bro
Nak juga tahu, kenapa pasangan yang bercinta sesama jenis ni terjadi.. Apa punca sebenarnya.
BalasPadamkesian jugak bile dengor cite cinta tragis adi ni...ye la
BalasPadamcinta yg x kesampaian...
bab kate org tue2
ikutkan hati mati,,ikutkan rase binase lah jawapannya....
Kepada Puan Asilah,salam diucapkan.
BalasPadamPuan,
Untuk kefahaman puan, dengan ayat mudah saya terangkan, apabila seseorang lelaki itu mempunyai naluri sukakan lelaki secara sexual, dia tergolong dalam golongan gay. Itu homosexual.
Golongan gay ini,saya permudahkan lagi terbahagi kepada dua iaitu golongan satu dimana mereka gagal mengawal nafsu serakah meraka dan golongan dua yang sentiasa berdoa supaya dijauhkan dari perbuatan yang mungkar.
Golongan satu, seperti yang dapat kita lihat di mana-mana, hidup berpaksikan dunia dan nafsu semata-mata.
Golongan dua lebih bersifat "low profile", memohon keredhaan Ilahi dan berusaha sentiasa memperbaiki diri dan mencapai yang terbaik di atas kekurangan dirinya (dilahirkan dengan naluri sukakan lelaki)
Walau bagaimanapun,kedua-dua golongan gay ini adalah makhluk yang diuji Yang Maha Esa.
Samada mereka mampu menempuh ujian ini bergantung kepada akalfikiran yang dikurniakan Allah kepada mereka.(Rujuk semula asal usul kejadian Nabi Adam a.s dan kekhuatiran para malaikat)
Saya sendiri setiap hari bermohon agar naluri saya beralih menyukai wanita. Namun, saya perlu jujur pada diri saya sendiri. Itu faktor utama untuk memperbaiki kelemahan diri.
Saya harus menerima diri saya ini dicipta serba kekurangan dan tidak sempurna.
Nampaknya inilah ujian Allah yang Maha Esa terhadap saya dan saya redha dengan ketentuan-Nya.
Kita tidak boleh meletakkan label sesama kita manusia. Itu judgemental namanya. Kamu gay dan aku str8 adalah salah kerana sesungguhnya perbezaan antara kita adalah akhlak dan akidah kita.
Bukankah kita disarankan agar berbaik sangka sesama kita?
Saya percaya, pelacur yang menjaga akhlak dan akidahnya adalah lebih baik daripada wanita bertudung yang menabur fitnah setiap hari.
Saya juga percaya golongan gay yang taatsetia pada ibubapanya, mengelak daripadamenderhaka adalah seribu kali lebih baik berbanding mat rempit pelesit jalanan yang mencalar maruah keluarga.
Apa yang ingin saya sampaikan ialah,kita perlu lihat pada akhlak, pekerti dan akidah setiap insan itu tak kiralah samada lelaki normal, gay mahupun tidak dapat ditentukan jantinanya.
Wallahualam.
P/s : Saya antara manusia yang sentiasa mencari keredhaan Ilahi. Andai ada kekhilafan saya, saya mohon diperbetulkan.
echah_syed berkata...
BalasPadamrm47 ribu sebulan..??fuyooooo
bole jadi jutawan kalo keja seminggu 7 hari tanpa henti selama setahun.
ngape suami pompuan tu yg bayarkan??ooooooo 'dia' punya dah tooooot ekk.kesian mesti isteri dia cantek :p
-----------------------------------
Puan Echah menulis dan saya "quote"kan,..
Puan,
Duit yang diperolehi itu saya gelarkan "duit panas" kerana sumbernya haram.
Kalau beli/buat rumah, rumah terbakar.
Kalau beli kereta/harta, kereta eksiden harta tak kekal lama.
Nikmat yang diperolehi Allah berikan sekejap sahaja, tiba masa ditarik semula tinggallah sehelai sepinggang.
Dia tidak akan menjadi jutawan sama sekali. Duit haram yang dimakannya akan memakan dirinya sendiri.
Boleh jatuh sakit dan ribuan duit yang dimilikinya akan berhabis digunakan hanya untuk bayaran rawatan.
Kisah hidup dan dugaan yang diterimanya adalah untuk kita jadikan ikhtibar.
Harap tiada sesiapa mencontohinya pula.
p/s : Saya tertanya-tanya adakah si suami yang bayarkan perkhidmatan itu tergolong dari kelompok gay juga. Andainya dia menikahi isterinya itu, bukankah dia lelaki normal?
Ini perkara yang menimbulkan kekeliruan saya.
salam,
BalasPadamtak mo komen pasal gay ni, just nak en mazidul betulkan date kat dua post en mazidul,
esok, rabu, 19 Ogos, bukan 18 Ogos
en mazidul excited sgt kot, tu yang terawal tarikh tu, hehehe....
Bro Maz
BalasPadamPandangan saya
Yang HARAM tetap HARAM
Berilah walau sejuta alasan kenapa mereka jadi begitu... ia tetap HARAM
Kembalilah ke pangkal jalan ke pangkuan Agama Islam
Jangan tanya jangan pertikai kenapa HARAM tapi kajilah kenapa Allah s.w.t mengharamkannya.
Sebesar besar Bukit boleh diubah, inikan pula setakat 'perasaan dan perasan'
Ikut hati mati... kata orang tua tua
Mati aqal, mati iman, mati hati
Ikut Agama Selesa
Hidup Bahagia...
Kembalilah kepada Agama
Jangan cuba melawan Allah dan perintahNya, jangan menipu diri sendiri...
Terimalah kejadian diri, jadilah lelaki yang sepatutnya atau wanita yang sepatutnya...
Nota:
1. Setakat ni, seumur hidup sehingga hari ini, tak pernah dengar, lihat atau terjumpa binatang 'mengawan' sesama jenis... he he he inikan pula kita yang di beri AQAL...
2. Malu bila rakan Islam dari negara Buddha bertanya 'Kenapa Negara Islam banyak GAY, banyak kes rogol, kes bunuh dan kes jenayah?'
Apa nak jawab????
3. Kalau tak silap peratusan Kaum yang tertinggi terjebak dalam masalah Social begini adalah Kaum MELAYU beragama ISLAM....
Wartawan 360 tengah malam tadi menyamar pelanggan tukang urut gay di Petaling Jaya.
BalasPadambesarnya pengorbannan Wartawan..T_T
Kata Adam, "Saya tertanya-tanya adakah si suami yang bayarkan perkhidmatan itu tergolong dari kelompok gay juga. Andainya dia menikahi isterinya itu, bukankah dia lelaki normal?
BalasPadamIni perkara yang menimbulkan kekeliruan saya"
Ish! Hemat saya, tidak semestinya, jika lelaki menikahi wanita menunjukkan dia lelaki normal.
Lupa hendak dikongsikan. Dalam 360 minggun ini, ada terselit kisah lelaki menikahi isterinya di Selayang, Selangor, kemudian bercerai. Kenapa? Kerana isterinya mendapati dia membawa lelaki lain datang ke rumah dan melakukan hubungan seks luar tabi'i.
Dia menikahi wanita tetapi masih gay.
Jadi, saya harap Adam tidak keliru berhubung soal ini. Usah sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.
saya setuju dengan adam..kalu tidak tiada la kisah pelacur yang dapat masuk syurga..tul kan..
BalasPadamtuk en alidyangon..tentang nota anda no 3..kalu nak compare kat malaysia memang la nampak ramai jika kita buat perbandingan berdasarkan peratus..sah2 peratus terbesar kat negara ni melayu kan..
cuba pakai nisbah..rasenye x la seteruk itu jumlah atau nilainya kan..betul x???
perbandingan biar la adil..kesian melayu..
en bazidul...kan dah diberitahu..adi tu gay..kalu dia minat wanita xdela jadi gay..sah2 la jadi str8 dah kisah dia xkn ada la dlm blog en mazidul yang budiman ni malam ni...
BalasPadamZua, memang awak selalu bersetuju dengan Adam. Itu tidak salah.
BalasPadamSedari juga, pada masa sama, majoriti tidak bersetuju dengan pandangan awak berdua. Itu juga tidak salah.
Kisah Adi, akan sentiasa tercatat dalam blog ini. Malam esok kita paparkan di kaca TV. Saya yakin akan ramai rakyat Malaysia membuka mata dan menyedari betapa nazak kehidupan lelaki gay itu.
Sdr Mazidul
BalasPadamDalam Gay memang ada Bisexual. Perlu diingat Bisexual ini ada lelaki & ada perempuan. Lagi memeningkan...
Ceriteranya ada di sini; http://en.wikipedia.org/wiki/Bisexuality
terlupa untuk ucapan tahniah diatas kejayaan saudara mencari lelaki gay untuk ditemuramah..
BalasPadamjika dari penceritaan saudara..sudah pon diketahui bahawa memang nazak dan hina hidup hadi sehingga ke tahap itu..sudah la tidak dilayan,menganjing diri sendiri menyalak bukit..memang nazak serta hina..
saya setuju yang tiada majoriti yang menyokong kenyataan saya..saya x pernah mengharap apa lagi bermimpi untuk majoriti menerima golongan minoriti ini..
cuma saya terpanggil utk mengulas sebab saya rasa pendekatan anda sedikit tidak kena...banyak lagi cara seerta kkaedah lain yang boleh digna pakai..
en mazidul rasa sapa yang patut disalahkan,lelaki gay yang menikahi perempuan atau masyarakat keliling yang mendesak lelaki gay itu berkahwin sedangkan dia tidak bersedia tuk kawen..
apa kata anda?
erm... terima kasih kpd abg mazidul yg telah 'melawat' blog saya... saya sgt menghargainya... tapi saya x letak pun gambar org kan, hanya kartun... oklah itew... apa pun... sy masih x setuju dgn tindakan bodoh Adi itew, bg saya klu dah org x nak buat apa msh nak tersua2? even klu si "nuar" itew str8 dan minat kat pompuan pun, x semesti dia minta kt semua pompuan kt dlm dunia ni... mesti ada yg kena reject, and yg dh kena reject 2 pun kalau berkelakuan sprt Adi, jawapannya tetap NO kan? Bagi saya kes Adi 2 kes terpencil, yg x sepatutnya menjadi contoh, tuju arah setiap gay yg ada kat bumi Malaysia ni... x kanlah kalau setandan pisang semuanya busuk kot? Adi itew aje gay yg dh terOVER, saja nak glamour masuk tv, rmi lagi gay yg x OVER mcm dia itew...
BalasPadamAzaz, saya memang gemar melayari banyak blog. Kekadang isi blog menggambarkan sikap dan jiwa si pemiliknya :)
BalasPadamha'ah... betul ckp iDAN itew... org gay yg khawin dgn pompuan, BUKAN dipanggil gay lagi tapi BISEXUAL... diperbetulkan sekali lagi ye... BISEXUAL... sy sendiri pun ngeri dgn golongan ini... dua2 pun dia suka...eeeeiiii geli!
BalasPadamBlogger Mazidul Akmal Sidik berkata...
BalasPadamAzaz, saya memang gemar melayari banyak blog. Kekadang isi blog menggambarkan sikap dan jiwa si pemiliknya :)
TERIMA KASIH BEBANYAK... DAN SELAMAT BERPUASA
Azaz, selamat berpuasa juga kepada awak dan semua pengunjung blog ini.
BalasPadamalamak abang mazidul, abang dah tersalah ni... bisexual dan gay ialah 2 golongan yang berbeza. gay ialah lelaki yang bernafsu sesama lelaki, tapi bisexual ialah golongan lelaki dan perempuan bernafsu pada kedua2 jantina, bisexual pun ada di kalangan perempuan, bukan lelaki sahaja
BalasPadammcm mana ni, abang dah kelirukan pembaca dan akan mengelirukan penonton 360 nanti.
bagi lelaki gay yg dah berkahwin dgn perempuan, dia dah jadi bisexual, bukan gay lagi, mcm mana pulak tetap jadi gay, sedangkan dia bernafsu bukan saja pada lubang dubur tapi juga faraj!
kesian abang dah keliru, jangan pulak abang kelirukan pembaca/penonton abang pulak dengan menyebarkan maklumat yang salah, tak betul tu abang, macam kes tukang urut tu, tu bisexual tu bukan gay, saya ulangi ye abang, GAY dan BISEXUAL adalah DUA GOLONGAN YANG BERBEZA... kami tak sama! kami tak main perempuan
satu lagi abang mazidul... saya terlupa nak tulis... ada juga.. GAY FOR PAY... golongan ini mmg str8 tapi jadi gay sebab duit... golongan ini boleh juga dikategorikan sebagai bisexual juga... sebab hakikat sebenarnya dia lelaki tulen cuma jadi GAY hanya untuk duit, tu lah sebenarnya sebelum abang nak buat isu panas ni abang kena korek semuanya dulu buat homework jangan nak terus siar aje, nanti makcik-makcik kampung, pakcik-pakcik kampung yang tak tahu menahu tu jadi keliru mcm abang jugak... okay abang?
BalasPadamSalam Abg Mazidul,
BalasPadam'Entry' sebelum ni, saya hanya jadi 'silent reader' kerana ianya tidak menjadi isu 'nationwide' dan hangat diperkatakan.
Kali ini, saya hendak minta pendapat sikit mengenai KISAH BENAR dan memberi komen terbuka untuk semua.
Ada seorang rakan saya, berusia awal 30an, yang pernah dicabul dan diliwat masa berusia 9 tahun oleh bapa saudaranya. Bila dewasa, dia membawa perasaan dendam itu dan suka melakukan seks sejenis dengan remaja belasan tahun atan awal 20an. (golongan anak ikan). Katanya dia bergilir2 meliwat dan diliwat oleh budak2 lelaki itu. Sedangkan dia sudah berkahwin tetapi lebih gemar membuat seks dengan anak ikan. Isteri di rumah ditinggalkan 'kehausan' tanpa anak setelah 5 tahun berkahwin. Adakah dia dikategorikan sebagai GAY atau BISEKSUAL? Sedangkan dia pernah menjadi mangsa cabul dan liwat semasa kecil. Bukan kehendak dia untuk jadi begini.
Apabila disentuh tentang GAY dan BISEKSUAL, kalau dibaca maksudnya agak subjektif, tetapi kenyataannya BISEKSUAL adalah golongan HIPOKRIT dan DAYUS pada isterinya!! Tak begitu? Kerana dia menduakan isteri untuk membuat seks sejenis! Dan golongan2 ini BERLELUASA tak kira pangkat atau darjat. Orang kenamaan pun agak ramai yang terbabit (sekadar tahu dari mulut ke mulut)
"Pesanan untuk pengkritik2 yang anti-gay dan lesbian, kalau boleh jangan terlalu menghina. Sekadar memberi pendapat yang optimistik agar tiada pihak yang merasa terhina. Saya faham jika Abg Mazidul terasa hati kerana kalau boleh kita jaga hati masing2. Bukan untuk galakkan golongan ini makin berleluasa, tetapi cuba tangani masalah ini sebaik2nya dengan secara halus. Golongan ni punyai perasaan sentimental yang tinggi, jadi gunakan cara diplomasi."
"Pesanan untuk pembaca blog ini, JANGAN PREJUDIS dan TERLALU MENGHINA golongan minoriti. Abang2, kakak2, makcik2, pakcik2, adik2 semua - anda semua ada anak, kalaupun tak ada lagi, insyaAllah akan ada. Kalau ALLAH nak uji, nanti 'naluri' itu kena pada anak atau waris korang, pada siapa nak mengadu? Sekarang ini, ALLAH bayar "CASH".
Kata dulang paku serpih. Nanti tidak cukup tangan pula nak pulangkan paku buah keras.
Bagi saya, Abg Mazidul buat suatu pendedahan. Tiada salahnya, tetapi harapan saya agar Abg Mazidul tidak terlalu prejudis untuk golongan minoriti ini. Bukan mereka pinta untuk dilahirkan begini, tetapi KETENTUAN sejak azali.
Saya simpati dengan semua golongan yang tidak bernasib baik (saya selalu gelar - golongan minoriti, tak kira OKU, anak yatim, asnaf, 'gay dan lesbian'). Apa2 pun hanya 3 golongan yang diiktiraf, 2 yang terakhir itu hanya sekadar pelengkap kerana tiada hak dan undang2 di Malaysia untuk mereka.
~Penulis hanya memberikan komen yang terbuka untuk kedua2 pihak di samping 'case study' untuk renungan bersama. Dan penulis BUKAN dari golongan minoriti tetapi mempunyai saudara rapat yang sejak kecil dimanjakan oleh ibubapa~
salam bro mazisul..
BalasPadamsaya makin kecewa dengan sikap manusia skrang yang tidak boleh berfikir akan masa depan.24 adalah 1 umur yang muda serta 5 kali cubaan membunuh diri itu menandakan Yang Maha Esa masih memberi dia peluan guntuk bertaubat..
sikap mereka yang lupa diri serta tanggungjawab sehingga mengizinkan isteri di'tidur'kan oleh orang lain..suatu yang memalukan kaum..
saya harap bro dapat kupas lagi agar dapat membuka mata manusia bahawa dunia kita ni hampir dipenghujungnya..
kepada adi jika membaca blog ini..pulangla ke pangkal jalan..
ada hikmah awak terselamat..
fikirla ibubapa awak, harapan mereka..taubat nasuhah..seek help if you need to..anything..asalkan awak pulih...hidup normal..
awak tak tahu bertapa indahnya hidup normal ni..
alhamdunillah..
bro mazidul..tahniah saya ucapkan...
majulah 360 untuk kesedaran rakyat..
hampir setuju dengan en ke pn leelah ntah..pape je la kan..
BalasPadamtentang gay for pay tu..kalu dia str8 saya rasa mereka dah jatuh ke dalam golongan gigolo..
golongan yang menyediakan khidmat seks tuk duit..bukan gay n bukan biseksual..
tu pandangan saya la kan..mungkin anda setuju..
Malam ni ye.. mmg x sabar nak tgk nih...
BalasPadamdi sekeliling saya kat ofis ni pun ada jugak yg gay,.. siap ada anak bini lagi.. tp tu semua cuma utk mengaburi mata masyarakat dan keluarga.. dlm diam2 ada juga teman sejenis utk dilepaskan nafsu.. sanggup berhabis duit utk lelaki yg menjadi temannya,..
BalasPadamstunravers...
BalasPadamada beberapa perkara saya bersetuju dengan anda..ada benarnya..nanti abg mazidul kata saya suka bersetuju dengan kenyataan pro gay plak..saya x kisah la nak lebel apa pon..
saya setuju dengan kenyataan tidak elok sekiranya kita menghina golongan naif ini..
saya x setuju dengan kenyataan saudara berkenaan balas dendam..walaupon beliau pernah diliwat,tiada hak untuk dia membalas dendam keatas orang lain dan tiada kelayakan keatas beliau untuk menzalimi isteri dengan mengabaikan isteri..
amatla kejam melakukan sedemikian kepada wanita apatah lagi jika wanita itu suci serta golongan baik2 pelakuannya..
di situ la beza antara gay dan biseks,gay langsung tidak akan berkahwin selagi berasa tidak boleh tuk berubah..sebalik nya bisek akan berkawen(samada rela atau dengan desakan keluarga)tetapi tetap meneruskan aktiviti lain diluar rumah.paling tidak pon golongan gay ini tidak menzalimi orang lain.hanya menzalimi diri sendiri sedangkan biseksual menzalimi diri,isteri serta keluarga kedua2 pihak..
jika rasa x boleh nak stop,tolong jangan sakiti hati wanita.kejam anda berbuat begitu pada wanita..
saya ada persoalan ini..anda sila jawab jika anda ada jawapan...
kes nye macam ni..
seorang lelaki berkahwin menyimpan kekasih(lelaki) diluar..adakah salah?salah disebabkan simpan kekasih diluar atau sebab kekasih nya lelaki....anda semua ada jawapan??? sila beritahu saya..
Salam…
BalasPadamKepada sesiapa yang memberi komen fair judgement tak kiralah dari golongan majority atau minority, saya ucapkan berbanyak terima kasih
Kepada sesiapa yang terlalu mengkritik, it easy to judge the errors of others but difficult to recognize our own errors
wassalam
Salam manis saya ucapkan kepada pembaca dan penulis komen tegar blog Bersama Mazidul ini....
BalasPadamAda response saya terhadap komen Leelah telah saya tersalah postkan di entry "Tak Perlu Perang".
Mohon maaf jika kesilapan ini menimbulkan kerumitan.
Leelah,
Terima kasih di atas komen anda. Anda telah menulis sebahagian komen yang ingin saya tulis di sini.
Kepada alidyangon, andai Sdr Mazidul izinkan, anda boleh click di sini - Homosexual Behaviour In Animals sekiranya anda suka membaca dan ingin menambah pengetahuan anda.
BalasPadamzua the great,
BalasPadamItu yang sebenarnya tersirat di hati sahabat saya. Dia pernah memberitahu saya, agar membantunya untuk dibawakan berubat dengan ustaz. Tetapi perasan segan dan malu yang menebal membantutkan niat murni itu.
Saya berulang menasihatinya agak memperbanyakkan doa pada Allah s.w.t supaya dikikis perasaan itu. Andaikata berpeluang menunaikan umrah, pergi dengan segera agar dapat berdoa di Baitullah. InsyaAllah dengan sedikit usaha, tawakkal dan doa, Allah akan memakbulkan doanya. (Dalam perancangan, jawaban darinya)
Mengenai rancangan 360 yang akan disiarkan malam ini, saya pun macam dah tak sabar nak tengok, Abg Mazidul. :-D
Berkenaan 'objek' untuk episod kali ini, mungkin agak tidak sesuai dijadikan objek. Bersetuju jika 'objek' yang 'high profile' ditemubual, akan tetapi siapa yang sanggup?
~Sahabat saya, seorang kakitangan kerajaan yang menetap dan bekerja di Seremban. Memang saya bersimpati dengan masalahnya tetapi apakan daya. Sedih hati saya bila melihat isterinya tatkala berkunjung ke rumahnya. Mungkin dia membaca komen saya ini dan tersenyum sendirian. Rasanya dia tidak marah, kerana dia dijadikan 'objek' untuk 'case study' dalam ruangan komen @ blog ini.~
saudara stunravers,
BalasPadamjika begitu pelakuan sahabat saudara..eloklah kiranya dapat saudara memberitahu agar beliau tinggalkan perbuatan buruk itu..bimbang nanti bila dia sudah gauli isterinya.beliau telahpun membawa pelbagai penyakit berjangkit..
lagi sekali isteri akan teraniaya..
ataupon anda suruh la isteri nye failkan cerai jika begitu layanan yang diterima..
jika sahabat saudara membaca blog ini serta tulisan ini..silalah kasihani insan2 lain jikalau anda sekalipun tidak kasihankan diri anda..
apa dosa isteri anda..bukan beliau yang menyebabkan anda diliwat semasa kecil,bukan beliau yang bagi anda menderita melalui hidup ini..bebaskan isteri anda dari derita ini....
adam;
BalasPadamthanks utk penerangan yang ringkas tapi jelas itu. saya sangat menghargainya.
sekarang saya faham tentang 2 jenis gay tu. komen saya sebelum ini adalah untuk gay kumpulan satu seperti dalam penerangan saudara adam.
saya sendiri ada abang yang seperti ini. tapi saya tak cakap dia gay. takut dia salah faham. sebab dia juga macam saya kot. tak tau gay ada 2 kumpulan.
thanks sekali lagi utk saudara adam.
Salam...
BalasPadamSaya tak mahu menyebelahi mana-mana pihak, tetapi saya rasa kisah gay ini sudah macam disensasikan. Rata-ratanya yang disiarkan ialah berkenaan pemuda bebangsa melayu. Kalau tak silap saya, dalam NTV7 satu ketika dulu pernah dikeluarkan kisah gay. Dalam akhbar metro juga pernah. Dalam Malay Mail juga pernah tersiar. TV3 juga rasanya pernah siarkan kisah gay sebelum ini.
Persoalannya adakah kita lebih seronok mensensasikan sesuatu hingga melupakan peranan yang mungkin lebih bermakna seperti pencegahan, menasihati golongan itu dalam bentuk kaunseling atau mungkin meminta pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian, berbanding menjadikannya isu sensasi dan disiarkan berkali-kali. Jika benda baik disiarkan berkali-kali tak mengapa juga tetapi ini kisah mengaibkan bukan sahaja kepada mereka yang terlibat, tetapi kepada orang melayu keseluruhannya. Adakah dengan menyiarkan berkali kali kisah itu, kita pasti gejala ini boleh berakhir? Jika tidak, apakah maksudnya?
Dari cerita yang saya dengar kisah gay di Malaysia telah bermula sejak zaman berzaman. Di kolej-kolej, malah di asrama sekolah berasrama penuh isu gay sudah tidak menjadi sesuatu yang menghairankan. Malah ahli politik juga ada yang terjebak dengan gejala ini.
Apapun syabas kepada petugas-petugas media kerana sanggup menyelongkar kisah-kisah sedemikian. Diharapkan pihak yang bertanggung jawab boleh menonton rancangan itu dan mencari jalan penyelesaian.
Asilah,
BalasPadamSama-sama. Gembira saya kerana anda mudah faham situasi ini.
yang baik jadi tauladan,
BalasPadambarang lepas cepat2 TAUBAT..
semoga menjadi pengajaran dalam kita membimbing anak2 kita nanti..
BalasPadamAnakMerdeka, saya ringkaskan pandangan saya berhubung gay.
BalasPadamSelagi mereka melakukan hubungan seks menggunakan dubur, asshole, itu salah. Bukan saya mengeluarkan hukum, itu hukum termaktub dalam Islam. Degil, terus melanggar hukum Tuhan, mereka akan menjawab di kemudian hari, alam akhirat.
Jika gay bukan Islam, saya percaya ugama mereka anuti juga TIDAK merestui perlakuan sama.
Tanggungjawab saya memperingatkan mereka. Jika tidak didengar, tanggungjawab sebagai manusia ciptaan Allah telah saya laksanakan. Dari segi teguran, saya tidak memilih bulu, it goes to everyone.
Saya menulis berhubung gay di blog ini, pada masa sama saya menggunakan media untuk menjelaskan isu berhubung perhubungan songsang. Biarpun sebilangan kurang bersetuju, itu usaha saya memperingatkan golongan terbabit.
Jika ada mengaku gay dan mendakwa tidak terbabit dalam hubungan seks di luar tabi'i, bagus. Terus panjatkan doa kepada Allah, semoga mereka dilindungi.
Kepada gay masih dibuai dan melempiaskan nafsu songsang, saya berharap mereka cuba berhenti.
I rest my case.
Salam saudara Mazidul,
BalasPadamKomen terbaru tuan ini menimbulkan kemusykilan kepada saya...
Tuan menentang perbuatan liwat (menduburi) antara lelaki dengan lelaki, tetapi tuan tidak pula menyentuh perihal LELAKI YANG MELIWAT WANITA...
Adakah Tuan menafikan wujudnya golongan ini di kalangan kita. Mereka berkahwin, mempunyai zuriat danpada masa yang sama "main belakang "isteri-isteri mereka..
Adakah Tuan menerima perlakuan ini dan "menghalal"kannya?
Tak kiralah samada lelaki tersebut menikahi wanita itu atau tidak, menurut agama kita perbuatan liwat adalah tetap salah...
Tetapi perkara ini tiada tuan sentuh di blog mahupun paparan 360 malam tadi. Menimbulkan kemusykilan di hati saya.
Sepanjang perkahwinan Mimi dan Wan selama 3 bulan, tiada pula ditanya oleh wartawan 360 kepada Mimi samada Wan pernah ingin meliwatnya...
Hmmm... saya 'speechless!'
Saya amat bermohon agar dapat tuan perjelaskan kenapa tiada tuan menyentuh hal ini (lelaki meliwat/menduburi wanita).
Setiap penjelasan tuan amatlah saya hargai!
Saya cuma berharap agar Adi dapat muhasabah diri dia, dan sedar kenapa lepas cubaan bunuh diri 5 kali tu dia masih lagi tak mati-mati. Allah masih bagi dia peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Semoga dia merebut peluang itu.
BalasPadamP/S: Saudara Mazidul, kena hantar Adi ni pegi kaunseling. Atau mungkin Nuar (yang dikatakan alim itu) itu sendiri boleh kaunsel Adi ni.. supaya tidak terlalu menurut nafsunya dan kembali ke pangkal jalan.
Adam, cukuplah bermain dengan soal 'kemusykilan'. Apa saya tulis, itu ANTARA banyak perbuatan terkutuk saya tentang.
BalasPadamWanita diliwat, itu kes lain dan dan perlakuan itu juga saya kutuk. Justeru, kepada Adam, STOP asking this stupid question, 'Adakah Tuan menerima perlakuan ini dan "menghalal"kannya?'. Jika dinding boleh berbicara, dinding juga akan berkata, "TIDAK!". The answer is obvious, isn't it? Atau awak tidak mampu menjawab sendiri?
Dalam entry ini, Saya tidak membangkitkan kes guru lelaki meliwat pelajar lelakinya, perasankan? Itu satu lagi perbuatan songsang turut saya kutuk.
Jika dilayan, saya percaya awak akan tanya, "Adakah Tuan menerima perlakuan ini dan 'menghalalkannya'?
IF you expect me to AGREE with you in any single matter dan baharulah awak berpuas hati, maaf Adam, itu tidak akan berlaku.
Terlalu jelas awak pro-gay. So, be it.
Audra, Gay lain akan berkata Adi bertindak bodoh.
BalasPadamBagi saya, a gay is a gay, samada gay jenis fanatik atau tidak. Komen majoriti mereka, 'Sukar untuk berubah'.
They prefer asshole. Mind my language :)
Tuan Mazidul,
BalasPadamMaafkan saya andainya pertanyaan saya menimbulkan rasa kurang senang di pihak Tuan. Amatlah saya dukacita sekiranya itu berlaku.
Tetapi, bukankah adalah lebih baik saya bertanya kepada pihak Tuan sendiri secara terang-terangan daripada saya membuat andaian sendiri yang belum tentu betul benarnya?
Bersama Mazidul - Perkongsian saat suka dan duka hidup nama blog diberi. Maka, pada fahaman saya Tuan pastinya ingin berkongsi.
Andainya perbuatan saya ini kurang Tuan senangi, sekali lagi saya memohon kemaafan.
Tuan, buat ketika ini, blog tuan mempunyai jumlah pengikut menghampiri seramai 500 orang. Jelas menunjukkan Tuan mempunyai pengaruh yang amat besar.
Saya membaca blog ini kerana maklumat-maklumat yang terkandung disampaikan Tuan menerusi blog ini. Saya sukakan paparan mengenai kematian yang ada Tuan siarkan. Sedikit sebanyak memberi saya keinsafan.
Disebabkan Tuan mempunyai ramai pengikut dan pengaruh yang besar maka adalah AMAT PENTING pihak Tuan memberikan maklumat yang tepat dan jitu.
Sekiranya Tuan menimbulkan kekeliruan maka nanti pasti ramai juga yang terkeliru.
Sekira ada apa yang tertulis saya ragukan, izinkanlah saya untuk bertanya.
Andainya Tuan tidak ingin melayan pertanyaan saya, maka saya amatlah berbesar hati sekiranya ada pihak yang sudi menjawab bagi pihak tuan.
Isu-isu yang Tuan utarakan haruslah dikupas secara mendalam dan meliputi keseluruhan. Inilah kegunaan ruangan komen/ulasan ini.
Saya juga percaya ada di kalangan pembaca yang ingin melontarkan persoalan yang sama seperti saya.
Walaubagaimanapun, sekiranya Tuan tidak lagi berminat untuk menjawab soalan-soalan saya, Tuan cuma perlu nyatakan, agar saya jangan menganggu Tuan lagi.
Sekiranya ada cara yang lebih baik untuk untuk saya bertanya, saya mohon dan berbesar hati supaya Tuan nyatakan di sini.
Andai ada perkataan kurang sesuai yang saya guna, saya juga berharap Tuan dapat memberitahu saya.
Saya sedar, saya cuma datang bertandang tapi tiadalah niat di hati saya untuk tumpang bermalam.
Terima kasih saya ucapkan kerana menyiarkan komen-komen saya.
pro gay x takut ke allah bayar cash nanti?
BalasPadamCik Kiah, saya yakin gay tahu dan takut tetapi pura-pura tidak tahu dan tidak takut.
BalasPadamBerani sungguh.
Ramai orang boleh berhenti merokok di bulan Ramadan, gay berhentikan seks songsang atau tidak?
betul kata saudara mazidul..sume orang leh buat..titik tolak dari hati sendiri..
BalasPadammerokok henti siang..malam merokok jugak..
gay pon hentikan siang..malam macam biasa la kot..(maybe)x taw lak kat depa..
sume pada hati,baru la ada keokhlasan..sebab tu saya amatlah tidak setuju jika seseorang manusia itu x kira la dalam apa perbuatan jahatnya..akan menyalahkan orang lain atau faktor2 luaran..bukan menuding diri sendiri salah..diri kita kita yang menentukan kemana kita ingin bawa diri kita..jangan salahkan rakan,keluarga,masyarakat serta persekitaran..
P/S:apa kata saudara mazidul buat skop kedai mamak yang buka disiang hari dibulan ramadhan untuk kaki ponteng puasa nelalui pintu belakan(kes main belakang lagi)..panggil pihak berkuasa,tengok apa mereka boleh buat..
Saudara Mazidul,
BalasPadamLife is all about making choices.
Pada saya, apa yang saudara lakukan sudah memenuhi tanggungjawab. Kalau mereka masih lagi sukar berubah, itu pilihan mereka. Jalan terakhir, kita berdoa supaya mereka membuat satu lagi pilihan yang membawa mereka ke pangkal jalan.