Tahun 1987, saya berpeluang bertemu lebih 300 remaja, majoriti pelajar terbaik sekolah berasrama penuh dari seluruh pelusuk negara. Bernasib baik, kami semua ditaja Jabatan Perkhidmatan Awam melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Sebelum ke luar negara kami bersama menuntut selama 2 tahun di Kolej Pengajian Persediaan, KPP di Seksyen 17, Shah Alam, Selangor, batch pertama.
Waktu itu semua masih muda, berusia 17 tahun. Rambut hitam bergaya, badan sihat bertenaga dan bujang, ertinya kemana sahaja tiada siapa menghalang samada siang atau malam.
Kini, pada usia 42 tahun, mereka semua sudah berkeluarga, beranak pinak dan berjaya dalam kerjaya. Apapun dari pengamatan saya, majoriti mereka berkongsi ‘pengalaman’ sama, Sindrom Takut Bini, STB.
“Bukan kami takut bini, bini tak takut kami,” luah Norzal Ghazali atau nama jolokannya ‘Mat Jo’ secara rela.
Rakan lain tersenyum, ada tertawa, mereka tahu STB hanya bahan gurauan sahaja, tidak lebih daripada itu.
Mat Jo, bapa kepada 4 anak, gemar menyakat rakan, sejak azali. Sewaktu remaja gila rugbi, kini hanya futsal. Mungkin kerana faktor usia dan tubuh semakin kurang berdaya.
“Tengok tu, bila nak bersembang suruh anak main jauh-jauh, takut anak report kat bini,” ujar Huzaidi Zawawi mengusik Mohd Razif.
Razif kini beruban lebat, bukan kerana cabaran menjadi bapa kepada 4 anak berusia di antara 5 dan 16 tahun, barangkali kesan bebanan kerja keterlaluan. Dia perunding IT ( bukan ‘ibu tunggal’ tetapi teknologi maklumat ) di Openminds, syarikat beroperasi di Cheras, Kuala Lumpur.
“Marriage aku long lasting, 17 tahun,” tambahnya.
Isterinya, Rohana Zainon, kawan dan pernah tinggal sebilik dengan Zalina sewaktu menuntut di KPP. Zalina, isteri Farid atau ‘Apek’, rakan sekelas semasa menjalani kursus Bahasa Inggeris saya dahulu.
“Kenal tak siapa tu?,” tanya Farid kepada isterinya.
Berkerut dahi Zalina seketika.
“Ulik lah,” celah saya melenyapkan tanda tanya.
‘Ulik’ atau nama sebenarnya Rosli, kini berniaga sendiri, mengurus sisa pepejal di Tawau, Sabah. Sebelum ini dia berkhidmat dengan syarikat pengutip sampah, Alam Flora. Rambut Ulik seperti rambut Raziff, beruban, cuma tidak begitu ketara kerana dipotong pendek.
“Aku kahwin dengan adik Nazri Mokhdar (Ayi), sekarang dia abang ipar aku,” ujar Ulik.
‘Ha?,” saya agak terkejut.
Nazri Mokhdar, rakan sebilik sewaktu kami tingal di Seksyen 18, Shah Alam. Malam tadi Ayi mengenakan penutup kepala, mungkin rambut dia juga beruban seperti rambut Ulik dan Razif.
“Engkau buat cerita hantu di Bukit Putus, Kuala Pilah. Sekarang aku nak balik malam fikir dua tiga kali tahu,” sampuk Nazri Juda.
Nazri, kontraktor berjaya kini bermaustatutin di Negeri Sembilan, isterinya Norzehan, pernah menuntut bersama saya di Miami, Florida lebih dua dekat lalu.
Paling kelihatan formal malam tadi, Hafidz Jamaludin, kemas berbaju kemeja belang biarpun jam di tangan saya menunjukkan pukul 12 malam. Namun, dia juga beruban.
Hakikatnya, kisah kehidupan kami berbeza, namun masih bersahabat dan mesra seperti 22 tahun lalu biarpun hampir semua beruban, kecuali saya. Eh! Ya ke?

* Atas: Mazidul, Razif, Huzaidi dan Hafidz
* Tengah: Ulik
* Mat Jo (paling kiri), Nazri Juda (paling kanan)
Beruban tapi masih Kacak,
BalasPadamada sesiapa yang sudi, kuota ada 3 lagi.
*
selingan,
Nordin MT pintar, setakat DNA??
BOM, sains Fizik kimia dan sains Hayat itu kerja dia,
Nordin Mat top DAH MATI.??
wahh seronokkan kawan dari zaman belajar sampai sekarang masih bertemu.. saya sudah lama terputus hubungan dgn rakan2 lama..
BalasPadammesti bestkan jumpa kekawan lama. dulu jumpe kurus cam lidi sekarang dah sihat.. ihhihihi..
BalasPadamTeringat kawan i dulu. dulu bukan main benci kat satu awek . last2 dengar cerita awek tu jadi jodoh dia.
"eh eh ehh u kawin dengan dia ke? dulu u benci sangat dia..." hihiihhihi..
20 tahun yg lalu semua mcm rockers..skrg semua mcm bapak-bapak suda hehe :p
BalasPadambukan takut bini tp 'syg' bini bah..! :D
Bp, dulu semuanya kurus berbanding saya, sekarang? He he he! Ada antara mereka bila berjalan, kedua belah tangan confirmed tak boleh rapat ke pinggang :)
BalasPadamSeriously, memang ada 'takut' bini sebab bini sudah mengenali mereka luar dalam, bercinta sewaktu belajar dan kemudian berumahtangga. Bila suami nak keluar malam, bini tanya,"Ha, nak minum ke, nak kemana?". Perlahan mereka akan masuk semula ke rumah dan duduk di atas sofa, sambung tengok TV :)
Dude, we are a unique group of guys who have been around each other for the past 24 years! I heard there will be a reunion the year to celebrate 25th year anniversary....
BalasPadamCheers
ManB
jidul..... tak semua cam tu dah... mungin 10-15 tahun dulu, ada cam tu.... tapi skrg nie semua dah tahu..... kalau keluar rumah pon tak kemana..... hahahahaha.... yeke???
BalasPadamHehehe..
BalasPadamMasa belajar dulu tak sama macam sekarang, komitmen keluarga dan kerjaya mengehadkan hubungan.
Saya punya rakan rapat semasa di UPM Serdang, 91-95. Masuk dusun contoh amik durian D24, sewa van ramai-ramai dan berhuha-huha, snorkling di Langkawi, alangkah seronoknya dulu.
Tapi bila difikirkan sekarang, seronok berjumpa dan mengenang kisah lama.
Bro Mazidul, kita dah jadi retro lah..
Tu sebab seaya suka dengar SINARFM..
Brahim, saya setuju sangat, all of us are retros!
BalasPadamDulu, ada kawan berasal dari Pulau Bahagia, Terengganu selalu rendam seluar jeans berhari-hari dalam baldi di dalam bilik air, busuk.
Senyap-senyap saya buang seluar dalam tong sampah dari tingkat 3. Bila dia tanya roomates, semua orang cakap,"Mazidul buang seluar engkau dalam tong sampah!". Namun, dia tidak pernah marah atau mengamuk. Sebab apa? Sebab katanya dia takut, badan saya LEBIH besar berbanding badan dia.
6 tahun lalu, dia masih bujang. Maklumat terakhir, dia sedang bercinta dengan janda. Tapi tidak pasti samada benar atau sebaliknya :)
heheh kelakar kan bila dikenangkan kembali zaman2 muda dulu.. ehh dah tua ker kita ni ek? heheh
BalasPadamTak salah pun jika Nyonya hendak mengaku muda, silakan .
BalasPadamkalau lelaki ada sindrom STB. perempuan ada sindrom apa2 tak?
BalasPadamSTB... tu tanda sayang bini; rasanya sindrom itu jika melekat di hati lelaki okey... saja!.
BalasPadamBoleh katakan rakan & taulan Sdr Mazidul memang hebat belaka sebab dari kalangan pelajar terpilih & cemerlang belaka.
Geng sy pula lain, kami dari kelompok pelajar miskin & ada yang terpilih cemerlang. Jika kekawan sy terbaca Michaelian @ Asrama Putra Jalan Watson Ipoh sekitar tahun 70an. Pasti tersenyum.
Geng kami ada kena gantung sebab dadah, ada juga jadi Imam masjid negeri, Ada jadi Prof di UiTM Perak, ada juga sekadar jadi Penyair macam sy, Ada jadi Pilot mati terlanggar pokok kelapa masa LIMA Langkawi, ada sekadar pemandu lori sampah bandaraya. Ramai juga jadi doktor perubatan, pengarah jabatan atau sekadar, askar & Peg Bomba. Perbagai taraf bidang kerjaya.
Sesekali kami jumpa semua laki bini lenggang perut... bunting gajah. Memang kami warga tak kurang hebatnya.
Dol, nak buat pembetulan, bukan takut balik rumah waktu malam, seram sikit kalau balik ke / dari kampung di Kuala Pilah pada waktu malam. Biasanya den balik dari kampung dalam pukal 9 - 11 malam, bila kereta dah kurang, percubaan untuk mengurangkan kesesakan jalanraya. Tapi, Alhamdulillah, setakat ni tak ada apa apa yang menyeramkan berlaku, walaupun banyak cerita didengar.
BalasPadamSatu lagi fakta yang perlu ditambah;
Isteri Mazidul, Fazlin pula pernah bekerja dalam satu pejabat dengan saya pada pada kurun yang lalu (tahun 90an). Begitu kecilnya dunia ini......
nadzrijuda
Nadzri Juda, huh! area pokok pulai di Bukit Putus tu, ada orang pakai kot menjerit tolong! tolong! tolong! tapi tak ada kepala tahu?
BalasPadamAda satu lagi cerita, a former Seekers member menggunakan laluan sama pada jam 11 malam. Dia mendakwa ternampak pocong berdiri di tepi jalan. Beberapa saat kemudian, pocong tu muncul, berdiri di depan kereta dia. Apa lagi, diapun brek.
Mangsa hanya tersedar apabila matahari memancar muka, tengahari keesokan harinya. Satu jari dia putus akibat kereta terhumban ke dalam gaung. Bila dia memajat tebing, naik dan duduk di tepi jalan, ada pemandu berhentgi dan menjerit...
"Kau ni manusia ko hantu?"
Katanya, manusia!. Ketika itu muka mangsa basah dengan darah.
salute ngan ayah rq..
BalasPadamumur 65 masih tidak beruban...
alhamdulillah...
berkat guna santan kelapa n hampas 'nyo' dilumur2 ke kpala..
tbe2 rndu abah lak...huwaaaaaaaaa
Begitulah putaran dunia ni, sampai masa kita akan jadi tua dan beruban. Teringat zaman kanak-kanak dulu. tengok nenek yang beruban, mesti tanya kat nenek tu kenapa rambut dia warna putih. hehe
BalasPadam