Isnin, Ogos 24, 2009

Tersilap Gesel Boleh Disebat

Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya berkata hukuman sebat dikenakan kepada Kartika Sari Dewi Shukamor, 32 tahun, ‘ultra vires’, tindakan melampaui batasan kuasa mahkamah.

20 Julai lalu, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman maksimum 6 sebatan dan denda RM5,000 terhadapnya kerana disabitkan kesalahan meminum arak jenama Tiger Beer di Cherating Bay Lounge, Hotel Legend, Cherating, Kuantan pada jam 11.40 malam, 11 Julai 2008.

Berikutan ‘pertembungan’ keputusan hukum berlaku di antara dua hakim, perlaksanaan hukuman sebat Kartika di Penjara Wanita Kajang, Selangor hari ini ditangguhkan.

Pada masa sama Kartika dibolehkan mengambil tindakan saman kerana hukuman sebat dijatuhkan terhadapnya tidak sah dan dia tidak boleh dipenjara kerana telah menjelaskan denda RM5,000.

Kita tunggu perkembangan kes ini dalam tempoh terdekat.

Mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Wilayah Persekutuan 1997 sedang diguna pakai, pesalah hanya boleh disebat sekiranya disabitkan kesalahan berhubung doktrin palsu, sumbang mahram, pelacuran, pelindung pelacur, persetubuhan luar nikah, liwat dan musahaqah, memuaskan nafsu seks sesama perempuan secara menggeselkan dua faraj.

Meminum arak bukan satu daripada kesalahan boleh dijatuhi hukuman sebat mengikut akta terbabit.

Justeru, semua pihak berkuasa berhubung undang-undang Islam di Malaysia pada kadar segera perlu duduk semeja menyelaraskan semua Akta Kesalahan Jenayah Syariah Negeri sedia ada supaya tidak mengelirukan rakyat.

21 ulasan:

  1. SALAM SATU MALAYSIA DAN SALAM RAMADHAN

    TERIMA KASIH KERANA MEMBALAS KOMEN SAYA

    SAYA JUGA SETUJU DENGAN PANDANGAN SAUDARA.BEKAS MUFTI PERLIS JUGA ADA MEMBERI KOMEN KEPADA SISTEM KEAKIMAN SYARIAH KITA...SEBASB ITU HUKUM ISLAM TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN SEBAB BANYAK SANGAT KELONGGARAN DLM SISTEM SYARIAH MALAYSIA. BETULKAN!!!!

    BalasPadam
  2. hukuman ditangguhkan?

    tambah sensasi lagi lah kes ini. biasanya sesuatu yang pada mulanya bertujuan untuk memberikan pengajaran, kalau terlalu di"sensasikan", akan timbul perkara yang lain (sendiri fikir perkara lain yang timbul tu ya) hehe

    BalasPadam
  3. biarlah hukuman yang akan di jalankan ke atas Kartika sesuai dan tepat. Lagi satu, semua mahkamah syariah di Malaysia perlulah menetapkan satu garis panduan yang sama bagi setiap hukuman.

    BalasPadam
  4. Mungkin ada hikmah di sebalik penangguhan hukuman ke atas Kartika ini. sama- sama kita nantikan kesudahan kisah Kartika.

    BalasPadam
  5. kembali kepada yang asal iaitu al-Qur'an & as-sunnah

    BalasPadam
  6. Kes Kartika bukanlah satu kesilapan. Ada hikmah di sebalik kontroversi ni. Selepas ni, semua bijak pandai dalam undang-undang Islam diharap duduk semeja dan cari penyelesaian terbaik supaya kemaslahatan dalam masyarakat khususnya arak dan judi dapat diatasi.

    Tak cukup dengan mencegah sahaja. Menghukum pun perlu ada. Di samping tu, tutuplah ruang-ruang yang membawa kepada gejala minum arak, khususnya lesen kelab malam dan seumpamanya.

    Kartika nampaknya sudah insaf, dan saya yakin dia sudah menerima hukumannya, yang penting dia sudah sedar.

    Yang lain-lain tu, camana? Nak tunggu kena tangkap macam Kartika lagi?

    BalasPadam
  7. 1st time tahu tersalah gesel pun boleh kena sebat.. hehe..

    BalasPadam
  8. Bazrul, emtahlah bro, sekarah ini sampai tahap melecet pun tidak ada tindakan boleh dilaksanakan dari aspek perundangan. Perasan?

    BalasPadam
  9. Halo Mr. Mazidul. Selamat Berpuasa. Can't wait for another 360 this week! yay! ;)

    BalasPadam
  10. yang saya tak sabar ni nak tengok braper artis - artis kiter yang bakal kene sebar!!...terangan pelbagai gambar yang tersebar di internet ade..kenapa pihak jabatan agama tidak melihat hal ini dengan serius..
    saya amat sokong para ulama agama duduk semeja untuk bincang hal ini dengan lebih mendalam..
    ingat..jikalau kita tidak mengambil berat mengenai hal ini..jika bala turun...jangan salahkan sesiapa..

    BalasPadam
  11. sudah sampai masanya undang2 syariah negeri2 diseragamkan.. kenapa mesti kita asing2kan antara negeri.. walhal semua nya kita perlu merujuk dari quran.. sudah nya mcm kes kartika nih.. ditambah pulak sensasi media.. makin buruk jdnya.. sesama ketua hakim berbeza pandangan... ini bagi saya sesuatu yg amat memalukan dan memburukkan imej islam sendiri... sekarang pun dah makin ramai alim ulama lebih cenderong kpd masalah politik daripada mengambil kisah perkara asas dan pokok seperti ini..

    BalasPadam
  12. ikut je hukum yang telah Allah tetapkan(HUDUD) insyaallah segalanya akan berjalan lancar kerana pemikiran manusia banyak pincangnya. Kenapa kita manusia masih sombong dan berlagak sedangkan semuanya telah dipermudahkan dan ditetapkan.

    BalasPadam
  13. Macam yang saya pernah komen dalam entri yang dibawah, undang-undang syariah di setiap negeri adalah berbeza. Kenapa jadi begitu dan macam mana jadi begitu, Wallahua'lam. Sebenarnya kena selaraskan, baru efektif.

    Baru saya tau persetubuhan luar nikah, kalau berlaku di Wilayah Persekutuan, pesalah akan disebat. Tapi rata-rata tak kena pun. Belum pernah lagi saya dengar pesalah zina ini dihukum begitu. Paling kuat pun kena denda saja. Ish.. macam mana tu?

    BalasPadam
  14. risaunyer dgn anak-anak remaja skrg.combi pun ada 2 org anak remaja nih..yg sorang dah akhir remaja :D

    BalasPadam
  15. dimana letaknya ISLAM di Malaysia jika perkara sebegini diambil mudah..
    ramai yang makin luper diri..oleh itu harusla yang bertanggungjawab untuk mengatasi perkara ini.

    BalasPadam
  16. HUKUMAN ORANG YANG MINUM ARAK(KHAMAR)

    Dalam Kanun Jenayah Syar'iyah seseorang yang telah sabit kesalahan minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk atau tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat dan tidak kurang dari empat puluh kali sebat, hukuman ini adalah berdalilkan hadis rasulullah saw yang diriwayatkan dari Ali Ibn Abi Talib ra:-

    Rasulullah saw telah menyebatkan orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saidina Abu bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali sebat juga, dan saidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulullah saw. Dan ini yang lebih aku sukai. - Riwayat Muslim.

    Itu yang kita baca di alam maya. Memang sudah sampai masa semua mereka yang terlibat menjadi Majlis Fatwa Kebangsaan mendapat kata putus tentang hukuman peminum arak seantero Malaya. Seragamkan. Jika Ulamak sendiri "bertelagah" tentang memberi hukum, kita rakyat marhaen pasti lebih keliru.

    Pun yang pasti kes Kartika Sari Dewi kini menjadi perhatian dunia betapa kita memang Negara Islam membuat langkah awal memerangi arak dengan hukuman sebat. Jangan sampai negara luar ketawa nanti jika budaya kehidupan kita berbeda, jika mereka ke kelab-kelab elit mereka ternampak bersepah anak muda bebas minum arak.

    Kes bergesel sengaja tak sengaja ini pun tak selesai. Terus ujud & tumbuh membiak. Aduhai! memang makin kita memikir semua ini makin terasa gerladangan amat moral kita kini. Kita subahat juga Sdr Mazidul terusan membiarkan kemungkaran ini... kan? Penat!

    BalasPadam
  17. Combi memang kita risau bila di luar sana perbagai kejadian yang tak terfikir oleh kita bebas berlaku.

    Di rumah anak remaja kita dapat kita tegur di luar sana masyarakat sudah tak ambil kisah. Itulah bahayanya jika kita hidup dalam masyarakat yang makin payah dikawal.

    Bayangkan jika remaja kita merantau di luar negara sana, negara yang bebas segala; hanya keimanan sahaja yang menentukan perjalanan hidup mereka.

    Kita hanya sekadar dapat berdoa sahaja. Semoga anak remaja kita dilindungan Allah Nan Esa.

    BalasPadam
  18. salam kpd kamu semua..
    di harap jgn memberi anadain buruk pd ministry kami apabila berita ni kuar malam ni..

    sesungguhnya...ia benar2 satu pembohongan

    kami tidak bersekongkolllll!!!!!

    smg Allah mngampunkan kami

    BalasPadam
  19. iDAN >> ada parent yg merelakan anak remaja mereka tido atau lepak bersama pasangan..sgt keji :(

    maksud combi 'merelakan' sbb dorang tahu perbuatan anak2 tapi tidak melarang.

    BalasPadam
  20. akta yang sekadar akta... tanpa penguasaannya....

    BalasPadam
  21. Assallamualaikum,

    Saya tidak pernah tahu saudara memiliki sebuah blog, hari ini saya diberikan link ke blog saudara, sesungguhnya paparan dan penulisan saudara memberikan pengetahuan dan menjana pemikiran pembaca-pemabaca blog saudara.


    Ketika membaca entri " Tergesel boleh disebat", saudara memetik ayat-ayat seperti:

    Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya berkata hukuman sebat dikenakan kepada Kartika Sari Dewi Shukamor, 32 tahun, ‘ultra vires’, tindakan melampaui batasan kuasa mahkamah.

    Berikut adalah ulasan saya, saya mengenali Ketua Hakim tersebut ketika berurusan hal berkaitan proses penceraian dan hak jagaan anak. Dalam satu hari perbicaraan, saya diperintahkan oleh beliu untuk mengembalikan anak tersebut sebelum mahkamah bersidang semula pada sebelah petang. Saya memaklumkan kepada beliau, anak tersebut berada 1000km dari tempat perbicaraan, mana mungkin saya kembalikan anak tersebut pada hari yang sama. Sekiranya saya engkar, saya akan dijatuhkan hukum 7 hari penjara. Itulah kata-kata seorang Ketua Hakim Mahkamah Syarie Terengganu ketika menjatuhkan hukuman. Sehingga kini, kata-kata tersebut masih tergiang-ngiang di telinga saya.

    Saya tidak hadir untuk perbicaraan setelah mahkamah yang sama bersidang semula. Saya beranggapan sebagai seorang Ketua Hakim, perintah yang diberikan tidak masuk akal atau perintah beliau dipengaruhi emosi atau egonya untuk menunjukkan bidang kuasa beliau kepada saya.

    Akhirnya, setelah menjaga satu-satunya anak saya selama 8 tahun, anak saya diambil dari penjagaan saya secara paksa dengan bantuan polis dan campurtangan politik.

    Apa yang ingin saya kongsikan berdasarkan cerita di atas, Ketua Hakim Negeri Terengganu tidak berhak campur tangan dalam urusan negeri lain. Hakim adalah manusia biasa, tidak maksum, cuma diberikan pengetahuan luas dalam bidang agama. Namun tidak terlepas dari membuat kesilapan dan kesalahan apabila emosi menguasai diri.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.