Sebelum ini saya pernah terbaca emel kisah ustaz memberi ceramah kepada pesakit AIDS, bukan di masjid tetapi di gereja. Saya terkejut, pesakit mendakwa mereka diabaikan golongan Islam sepatutnya membantu.
Jam 10.30 malam tadi, sejurus tiba di rumah, saya sekali lagi terkejut apabila membaca emel dihantar penonton 360 bertajuk ‘Derita Ibu Tunggal’.
Apapun saya berhasrat TIDAK mencetak sebarang komen berbaur politik di entry ini. Jadi, usah mencuba, letih jari menaip :)
Berikut saya cetakkan emel terbabit dalam bentuk asli.
‘APA KHkABAR,,SAYA TELAH MENONTON RANCANGAN INI BERTAJUK IBU TUNGGAL.
Saya ialah ibu tunggal dan mempunyai 8 anak dan bekerja sendiri.Baru-baru ini saya mendapat bantuan dari badan kebajikan masyarakat tetapi baru 1 bulan itu pun setelah saya memberontak kerana saya meminta bantuan dengan mereka dulu tetapi permohonan di tolak..saya hilang pedoman dan hilang kepercayaan kepada orag yang seagama dgn saya sendiri iaitu org islam...ada orang yang telah membantu saya iaitu pihak gereja dan memberi bantuan untuk saya berniaga secara kecil kecilan dan sekarang saya ada perniagaan untuk menamopung anak..selain dari itu saya jadi percaya kepada agama kristian dan sering ke gereja untuk belajar bersama anak saya.mereka melayan dan mengajar d dgan baik...mohon saya telah belajar Bible dan memohon untuk masuk krikstian kerana desakan hidup’
Saya membalas emel di atas dan menawarkan bantuan mampu dihulurkan. Saya percaya ibu tunggal terbabit terlalu kecewa dengan penderitaan dilalui. Sebahagian episod kehidupannya, mungkin tidak kita fahami.
Pun begitu, jika pembaca mempunya ide bernas untuk menangani masalah dikemukakan dalam kadar segera, sila kongsikan bersama saya.
Terima kasih.
Jam 10.30 malam tadi, sejurus tiba di rumah, saya sekali lagi terkejut apabila membaca emel dihantar penonton 360 bertajuk ‘Derita Ibu Tunggal’.
Apapun saya berhasrat TIDAK mencetak sebarang komen berbaur politik di entry ini. Jadi, usah mencuba, letih jari menaip :)
Berikut saya cetakkan emel terbabit dalam bentuk asli.
‘APA KHkABAR,,SAYA TELAH MENONTON RANCANGAN INI BERTAJUK IBU TUNGGAL.
Saya ialah ibu tunggal dan mempunyai 8 anak dan bekerja sendiri.Baru-baru ini saya mendapat bantuan dari badan kebajikan masyarakat tetapi baru 1 bulan itu pun setelah saya memberontak kerana saya meminta bantuan dengan mereka dulu tetapi permohonan di tolak..saya hilang pedoman dan hilang kepercayaan kepada orag yang seagama dgn saya sendiri iaitu org islam...ada orang yang telah membantu saya iaitu pihak gereja dan memberi bantuan untuk saya berniaga secara kecil kecilan dan sekarang saya ada perniagaan untuk menamopung anak..selain dari itu saya jadi percaya kepada agama kristian dan sering ke gereja untuk belajar bersama anak saya.mereka melayan dan mengajar d dgan baik...mohon saya telah belajar Bible dan memohon untuk masuk krikstian kerana desakan hidup’
Saya membalas emel di atas dan menawarkan bantuan mampu dihulurkan. Saya percaya ibu tunggal terbabit terlalu kecewa dengan penderitaan dilalui. Sebahagian episod kehidupannya, mungkin tidak kita fahami.
Pun begitu, jika pembaca mempunya ide bernas untuk menangani masalah dikemukakan dalam kadar segera, sila kongsikan bersama saya.
Terima kasih.
* Mangsa kematian akibat H1N1: 16
Salam. Saya turut bersimpati dengan apa yang berlaku. Pada pendapat saya, kes sebegini perlu dilaporkan segera kepada pihak Majlis Agama Negeri atau mana-mana bahagian hal ehwal Islam yang bertanggungjawab menjaga kebajikan orang-orang Islam. Menyelamatkan aqidah lebih utama daripada segala-galanya..
BalasPadamBro, ini baru sekelumit dari apa yang lebih besar berlaku.
BalasPadamSaya pernah bercakap dengan Mufti Johor dua tiga tahun lepas sebab saya sendiri menemui 20 orang tinggalkan Islam.
Dan ini kata beliau: "inilah akibatnya kalau pendakwah sibuk berpolitik." Saya tak mau menjurus kepada politik dalam komen ini.
Tetapi, memandangkan kita banyak berurusan dengan orang susah, orang susah semakin disusahkan.
Kenapa saya cakap camtu: seorang lelaki bukan sahaja daif, malah tidak berdaya untuk berjalan. Sudahlah tu duit pun takder. Dia mendapat bantuan, tetapi bantuan perlu diambil di pejabat JKM.
Pejabat JKM jauh berbatu batu. Nak naik bas, tak berupaya. Maka terpaksa minta tolong dari jiran. Sekali dua, boleh free, lepas tu, jiran dapat tahu dia nak pergi ambik duit, si jiran mula charge.
Akhirnya, tolak duit sewa kereta, tinggal sekeping dua jek duitnya. Saya pernah tanya soalan ini kepada JKM kenapa tak bagi jek pada pemimpin masyarakat untuk diagihkan? Takut tak sampai, itu katanya.
Susah jugak kan.
Yang Baitulmal pun sama. Tengok kisah ibu tunggal kat KL tu. Lepas u pass the story to BU, baru Baitulmal nak datang. Sebelum ni pergi mana? Pergi picnic reramai kat Sunway Lagoon? Hari keluarga?
Tapi kita terus sangka baik.
Percayalah, kalau lepas tv dan akhbar keluar story, baru agensi atau jabatan terbabit bergerak. Kita ni bagaikan suis.
Dan saya pasti perkara seumpama ini akan banyak dan terus berlaku. Kenapa orang Penan di Sarawak ramai beragama Kristian? Sebab mubaligh mereka sanggup masuk hutan. Pendakwah kita masuk hutan? Bukan ke jabatan agama juga ada 4wd? Ok, untuk jalan bandar sahaja, takut calar.
Kita tak boleh salahkan si ibu tunggal itu, sebab kelemahan terletak pada kita. Kita ada jabatan yang diperuntukkan pelbagai sokongan untuk berfungsi. Agama lain tiada.
Bimbingan pada mereka seperti si ibu perlu berterusan, dan bukan sekadar cukup untuk keluar TV dan keluar paper.
Pernah kita tengok dan cemburu kenapa Calvary Charismatic milik mereka gah, dan berfungsi dengan baik. Sebab apa? Ini tidak, kita sibuk bercakar.
Tak semua orang memiliki kekuatan iman sekukuh pak ustaz ustaz dan si bijaksana semua. Betul kata naziehas, perbetulkan aqidah tetapi ia perlu juga ditunjukkan dengan passion, TLC. Kalau takda TLC, macam mana orang nak yakin Islam ni agama yang sempurna? Bukan salah Islam, tetapi salah manusia.
Naziehas dan Hazrey, semalam sewaktu di Lembaga Zakat Selangor, saya dimaklumkan jumlah kakitangan mereka, 380 orang sahaja. Mereka bertanggungjawab memantau 22,000 fakir miskin di 9 daerah. Penganut Islam di negeri sama dianggarkan berjumlah 2.5 juta.
BalasPadamJusteru, Lembaga terbabit melantik wakil di setiap kampung untuk dijadikan mata dan kepala, pada masa sama menentukan golongan fakir perlu diberikan bantuan.
Soalan saya, wakil kampung berkebarangkalian terbabit dalam kes 'pilih bulu' dalam keputusan mereka. Maksudnya fakir berhak menerima bantuan tetapi tidak disukai mungkin akan dinafikan haknya.
Jawab pegawai saya temui, "Jika ada komplen dari orang ramai, kita akan hantar pegawai untuk menyiasat".
Saya bimbang, jika tempoh siasatan terlalu panjang manakala jalan ke gereja lebih dekat.
Saya sendiri pernah mengalami situasi yang sama. Soalan mengapa kurang pemantauan... lalu dijawab kami kekurangan kakitangan.
BalasPadamKadang2 pelik jugak, disaat ramai warga negara yang menganggur, masih ada pihak2 yang kekurangan kakitangan. Mengapa tidak ditawar sahaja kepada mereka yg sgt2 memerlukan pekerjaan itu?
Belum lagi kita lihat apa yg berlaku kepada warga org asli yang telah Islam tetapi bertukar agama terutamanya kristian. Pengalaman saya pada tahun 1996 lagi ketika menyertai ops dakwah orang asli, ramai di kalangan mereka yang telah Islam tetapi bertukar agama kepada kristian. Pihak gereja saban minggu datang menawarkan pelbagai juadah, bantuan dan sebagainya.. Pihak Islam.. kata mereka, nak tunggu sebulan sekali pun susah. Sedih rasa hati bila melihat surau dibina cantik tetapi kosong, berhabuk dan tiada pengisian. Harap jgn sampai surau juga bertukar menjadi.....
Bukan nak menuding kepada sesiapa.. tetapi ini tanggungjawab kita semua. Pihak berkuasa dengan kelebihan kuasa yang ada perlu terkehadapan membantu & menyelamatkan insan-insan malang ini. Kita sebagai rakyat biasa juga perlu membantu sedaya mampu membimbing dan menunjuk jalan agar bukan kekufuran jalan yg dipilih...
Salam saudara Mazidul,
BalasPadamIzinkan saya tumpang lalu,...
Blog ini ada ramai pengikut, sudah 415 orang rakan Google mendaftar dan menjengguk blog ini setiap hari...
Saya cadangkan saudara Mazidul membentuk tabung khairiat Baitulmal supaya mudah sesiapa yg mulia hati menjenguk blog ini untuk menghulurkan derma.
Sorang singgit, daripada 415 Rakan Google, dah dapat kumpul RM415. (Itu dari yang mendaftar... ditambah dengan hamba Allah yg menderma? Lebih banyak rasanya).
Saya tahu, apabila melibatkan wang, agak "complicated" dan agak sulit untuk menguruskannya...
Namun ini hanya cadangan yang boleh dilaksanakan bagi mendapat keputusan dan jalan peyelesaian masalah dengan segera.
Pandangan ramai amatlah dihargai.
Saya bimbang, jika tempoh siasatan terlalu panjang manakala jalan ke gereja lebih dekat.
BalasPadamSaudara Mazidul,
Saya percaya kalau kita membantu, ini tidak akan terjadi.
Masalahnya, andaikata yang menerima bantuan merasakan bantuan yang diberikan tidak mencukupi dan tetap berkeras hati untuk ke gereja dan itu pilihannya.
Itu pilihan si dia (walaupun selepas dibantu) maka tidak byk yang boleh dilakukan andainya terjadi sebegitu.
Maka wajarlah si dia diuji sebegitu rupa.
salam...
BalasPadamyang saya x faham,ini peringatan untuk saya sendiri...kita sesama islam pon mmg susah utk membantusesama sendiri.hanya lepaskan diri sendiri..org lain susah dia sdri tanggung.kita kena akui memang inilah sikap kita sebenarnya.kadang2 'dakwah' org kafir termasuk kristian lebih kuat dari kita.mereka rela habiskan duit atas alasan derma untuk gereja bagi menarik ramai org lagi menganut agama mereka...walaupon dlm jumlah yg sedikit,tapi kalau ramai???cuba kta tanya diri kita sndri brp byk sedekah ikhlas kita dlm sebulan???
Salam,
BalasPadamMana pergi duit zakat yang dipotong tiap2 bulan yer?
sedihnya saya membaca kisah2 ni. sbb tu saya prefer bg wang zakat saya kepada saudara-mara yg susah (yg tergolong dalam 8 asnaf).
BalasPadamBaitulmal tolonglah sedar dari tidur. Ketua2 kg/ pemimpin setempat tgk2 laaa anak2 buah yg memerlukan bantuan. takkan itu pon nak ajar kot?
haihhh..
sedihnyer 360 semalam..mak sye punye nangis jangan cakap lah....yang siti dok dalam hutan tuh harap hidup die lebeih baik pasni...ade lagi owang x berumah skang ni?
BalasPadamsalam...
BalasPadambro mazidul... dlm takut2... kugagahkn jua menaip... sy ni x pandai berkata kata... tp nk gak komen... takut gak apa yg cuba dismpkn x smp... apa2, sy mintak maaf awal2 lg... :)
saya bersimpati dgn nasib ibu tunggal tu... dan saya boleh nampak, organisasi yg terlibat mcm tak memainkan peranan mereka dgn baik... dgn janji janji pemimpin kununnya nak banteras kemiskinan tegar bagai... hasilnya... yg kaya terus kaya... yg miskin terus melarat...
TAPI...
sy juga sedih dgn ibu tunggal tu jugak... tipisnya iman...
~krn desakan hidup... sanggup nk tukar agama... ya ALLAH...
~pihak gereja mmg bg layanan baikla sebab mereka nk tarik kita masuk agama dia... dan saya pernah dgr, yg mana bleh tarik org masuk agama diorg pon, diorg bayar...
DAN...
sblom menunding jari pd org, tilik diri sendiri... tahap mn usaha kita membantu diri sendiri sebelum mengharapkn org bantu diri kita...
peace ya...
En. mazidul, Memang ada pihak yang 'pilih bulu' dalam memberi bantuan.Jadi bila dah susah sangat nak minta bantuan pada pihak yang beragama islam sendiri, lebih baik mohon bantuan dari pihak lain.
BalasPadamCute sendiri pernah mengikuti sepupu cute untuk menerima sumbangan atas kecemerlangan nya dalam bidang aklademik dari salah satu pertubuhan kebajikan bukan islam di Melaka ( Tak perlulah di sebutkan di sini nama pertubuhan tersebut). Layanan yang diberikan sangat baik. dari mula sampai akhir pertemuan kami disambut dengan penuh senyuman. walaupun terlalu ramai yang datang pada masa itu,namun mereka sangat ceria melayan kita sehingga kita rasa seperti tetamu VVIP. Lain pula kisahnya bila ke salah satu agensi kerajaan yang pernah cute pergi. nak minta borang pun, tengok muka kakitangan masam mencuka, tak layan pun kita yang datang.. oh mungkin yang datang bukan 'Datuk' 'Tan Sri' atau yang golongan 'ternama'.
tak setuju bila pegawai kata kakitangan tak cukup..
BalasPadammasa cukup??
kerja lebih masa..
jika kewangan tidak cukup mungkin betul.
jika tak memantau memang setuju..
wajar Sdara Report lokasi nama dan daerah kepada Baitulmal...
nak juga tau sejauh mana selaju mana tindakan mereka..
..kesilapan pegawai yang lepas..perlu diambil kira..
.
..tersilau zoom ''PIAGAM pelangan''
Bro maz, rasanya tak ada inisiatif dari pihak kerajaan baik kerajaan pusat atau negeri untuk menambah kakitangan di jabatan agama terbabit. Masakan mereka tidak tahu akan kekurangan tersebut atau mungkin tak kisah langsung dalam hal yang membabitkan murtad ini? Betul kata naziehas kenapa tak tawarkan kerja saja pada mereka yang menganggur sekarang ni bagi melakukan kerja ni. Apa kewangan jabatan tak mencukupi ke untuk menggajikan meraka? Bro Maz kena bongkarkan kan masaalah ini dimana lambat laun seperti kata bro, pihak gereja pula akan memainkan peranannya. Ini dah terjadi pada salah seorang rakan saya yang memang degil untuk kembali memeluk islam. Bila dinasihatkan tak ambil peduli. Untuk menyedarkan kembali dia amatlah susah hanya dengan meggunakan 'tangkapan' & 'kuaratin' saja rasanya dapat menyedarkan dia kembali.
BalasPadamsalam.... itu belum kira kes anak re4maja yang tiada pegangan agama...
BalasPadamada gereja untuk orang melayu lagi...
tidak ada pendakwah yang pergi ke lorong gelap untuk berdakwah..
kalau berceramah di forum perdana atau di masjid....mereka seolah olah menyalahkan penonton ..penuh nada kasar...buat apa sebab yang datang mendengar semestinya orang yang baik...cakaplah bab bagaimana nak tambah pahala
untuk mendekatkan dengan golongan yang kurang ini... pendakwah perlu bergerak keluar
Salam....saya dah tengok 360 semalam..simpati sangat dengan nasib yang dihadapi oleh ibu tunggal...
BalasPadamkalau diteliti, memang banyak karenah birokrasi yang perlu dihadapi oleh golongan yang memerlukan bantuan...dah la hidup susah, disusahkan lagi untuk bantuan yang nak diberi kepada mereka....
pihak yang berkenaan sepatutnya membuat pemantauan dalam kes-kes sebegini...sebagai orang Islam, saya pun malu kalau orang Islam meminta bantuan daripada gereja...
macam saudara Naziehas berkata, "Menyelamatkan aqidah lebih utama daripada segala-galanya.."
Saya pernah komen sebelum ni berkenaan bantuan, derma dsb. Contoh program Oprah's Big Give - kita nampak hasilnya, tapi kita yang dah menderma juta-juta tu, tak nampak jugak hasilnya..
BalasPadamSaya juga bangkitkan hal bantuan yang diberikan oleh kumpulan agama bukan Islam kepada rumah anak yatim dsb, yang mana mereka sangat bersatu-padu dan kuat, dan mereka membantu tanpa banyak soal atau kerenah, sedangkan kita, berkira tak bertempat.
Saya tidak hairan kalau ibu tunggal tersebut murtad kerana situasi yang macam ni. Baitulmal patut sedar akan hal ini dan bertindak segera.
P/S: Saudara Mazidul, perkara ini mungkin sensitif tapi berkenaan penggunaan "Allah" dalam majalah terbitan gereja. Sebenarnya Bible mereka dalam Bahasa Malaysia menggunakan Allah sebagai Bapa Jesus. Saya lihat sendiri dalam Bible yang saya belek sekejap (rasa ingin tahu meluap-luap sebab saya nampak ia ditulis dalam bahasa Malaysia) sewaktu menghadiri pengkebumian saudara saya. Boleh tolong siasat?
Lupa pulak saya nak menambah.. mungkin saudara Mazidul boleh buat susulan ke Baitulmal, Pusat Pungutan Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, tanya apa prosedur dan kelayakan untuk mendapat bantuan. Dan email Ibu Tunggal tadi tu, sebab apa permohonan beliau ditolak dan cuma dilayan selepas dia memberontak? Mesti ada sebab.
BalasPadamKena siasat secara menyeluruh baru kita faham keadaan yang sebenar.
sebenarnya i takut nak beri komen . i rasa i serorang je kristian yang komen disini.... Tapi sebab i Malaysia.
BalasPadamsetiap agama semua ajar kepada kebaikkan tolong -menolong . yang salahnya manusia kekadang banyak penyelewangan. kami bersembayang every sunday dan akan memberikan derma tiap2 minggu, dan dengan derma itu kami membaiki gereja. dan kalau lebih kami simpan dan akan diberi kepada orang - orang yang susah tanpa mengira agama / bangsa etc.kami tiada peruntukkan . Reality adakah malaysia mahu beri peruntukkan untuk bina Gereja? . tidak dan jika ada mungkin akan disalah anggap .dan oleh itu kami berusaha sendiri . sebab nilai kemanusiaan.. kami tidak pernah memaksa org agama lain masuk ke agama kami dan tiada paksaan.
*Seperti cakap rakan saya , Org melayu terlalu sgt untung tapi tak tau hargai keuntung apa mereka dapat.Melayu banyak hak istimewa tapi itu yg membuatkan Melayu tak nak kerja keras sebab banyak hak2 istimewa.
i kurang setuju dengan kenyataan IENA yang berbunyi " yg mana bleh tarik org masuk agama diorg pon, diorg bayar... "
Salam dari Malaysia Borneo .
Sarawak.
Sila rujuk ke Yayasan Pembangunan Nurhikmah > www.nurhikmah.org.my
BalasPadamAda ruang untuk mereka diberi bantuan...
rq prnh pi talk pasal da'wah course dulu dan ia pngakuan jujur dr seorg muallaf knapa orang2 bukan Islam susah nak terima Islam...
BalasPadamdan sbb ini lah salah satu faktor..
lihat saja kwsn d pdalamn sabah, brapa ramai org mnganut kristian???
majoriti mngatakan Islam tidak sampipun ke kwsn mereka mklum sj la keadaan mreka di sana bgaimana..
tp lihat sapae yg bg bantuan pd mreka???
GEREJA!!!!
itulah yg buat rq kciwa dgn semua ini...
mana peranan kite 'konon2' mnganggap Islam agama rasmi...
brapa byk baitulmal ditubuhkan d negara kita, pusat zakat...
mana semua wang2 tue???
apakah ini blh mnybbkn bangsa lain tawar hati pada Islam..
dan 'i said yes'
org Islam sndri yg ckp mcm tu dlm posting nie, bygkan lah kalo bngsa lain...???
?????
terima kasih SDR BP.
BalasPadam.kita sama-sama kongsi pendapat..tak salah silakan..
ada yang u cakap maklumatnya betul..
tentang Melayu..
tak berani nak tuding jari sbb diri sendiri pun tak pernah sumbang apa-apa.. :(
BalasPadamSalam buat Mazidul dan semua yang membaca.
BalasPadamSaya memang sudah lama menyimpan rasa kecewa yg teramat sangat dengan kerajaan malaysia. Saya pernah menghantar e-mail kepada tuan mazidul lebih kurang 2 tahun yang lalu ketika saya amat terdesak dan hampir tenggelam punca. Sahabat tuan yg di AKPK itu pun TIDAK DAPAT MEMBANTU saya. Sekadar memberi nasihat peribadi sahaja. Itupun saya bersyukur. Begitu juga dengan pegawai bank negara yang saya hubungi. Nothing much can be done kerana kes saya terlalu KRITIKAL.
Saya nak ke Baitulmal, mujurlah tak jadi. Kawan saya memberitahu yg procedure dan syarat-syarat untuk mendapatkan bantuan di Baitulmal tu tersangat ketat. Memang rasa nak minum racun je masa tu. Tapi alhamdulillah, iman saya masih ada.
Maaf, saya tidak dapat memberi apa-apa cadangan kerana sudah tidak ada keyakinan that anything can change. Sekadar berkongsi sinopsis kisah yang saya pernah lalui sendiri. Sakit-peritnya, tak ada yang dapat mengerti. Mujurlah saya bukan ibu tunggal dan kami suami isteri masih bertatih, perlahan-lahan bangun semula dari kejatuhan teruk yang memusnahkan hampir segala-galanya.Dan kami masih mengadu serta meminta pertolongan daripada Allah Taala.
Salam again...
Semoga dapat dijadikan iktibar.
errr... baitumal stu hal..sile cek jabatan kebajikan masyarakat sekali yer....sngat terok!
BalasPadamCT, ada masalah datang sendiri, ada masalah dicari. Saya bukan pihak berkuasa tetapi cuba untuk membantu. Jika AKPK tidak mampu menghulurkan bantuan, pastinya masalah terbabit 'unik'.
BalasPadamTidak semua masalah boleh dibantu. Namun bergantung kepada usaha golongan bermasalah untuk gigih mencari jalan menyelesaikan masalah didepani.
tak perlu nak menuding jari pada baitulmal atau pusat zakat.. itu semua tanggungjawab kita bersama,.. dan paling penting tanggungjawab wakil rakyat yg dipilih.. wakil rakyat yg patut mengambil tahu susah senang rakyat dikawasan mereka.. saya tak salahkan semua wakil rakyat.. ada wakil rakyat yg betul2 mengambil berat masalah rakyat.. tapi masih ramai wakil rakyat yg lebih berseronok berkompang hal politik dari menyelami masalah rakyat.. tak kira wakil rakyat pembangkang mahupun wakil rakyat parti pemerintah..
BalasPadamtanggungjawab kita yg berupaya ini pula adalah membantu mereka yg susah.. bukan setakat bantuan kewangan.. kita juga boleh bg bantuan dari sudut lain... kalau semua dari kita ada rasa tanggungjawab ini.. masalah ini tidak akan timbul lagi.. insyaallah
kadang kala ramai yang tak nak membayar zakat harta di pusat zakat
BalasPadamkebanyakan lebih suka berzakat secara peribadi di kampung2
Turut bersimpati dengan nasib ibu tunggal. Kalau betul apa yang di sampaikan, mengapa boleh rejadi sedemikian. Sedangkan beliau LAYAK mendapat bantuan. ( Ini bukan ada unsur politik) Sama-samalah kita membantu bagi mereka yang layak.
BalasPadamCuba sama-sama kita bayangkan jika nasib kita di tempat beliau. Hendak makan nasi sehari pun payah, minta bantuan tapi di tolak. Kebetulan ada pihak yang sanggup membantu, sudah pasti beliau akan menerima.
BalasPadambazrul: bagi saya walau dibantu...jgn menjadikan agama sebagai taruhan.. umat islam diajar supaya kuat utk mempertahankan agama... di Malaysia ini, pendatang pun boleh hidup mewah.. kenapa kita sendiri tidak berusaha... insyaallah setiap perkara ada jalan dan pertolongan dari Allah...selagi kita tidak melupakanNya...
BalasPadamnampaknya,,
BalasPadamkena buat garis panduan
peratus kakitangan JKM, Baitulmal mesti berlatarbelakangkan dan berasal dari keluarga sederhana. Bekerja berdasrkan pengalaman.
Bukan mereka tidak tau bila insan atau keluarga itumiskin sikap rendah diri, terhina dan malu akan timbul, bila sekali dua memanjat bangunan dan sukar mendapat bantuan, rasa lemah semangat.
walaupon ada kes IT yang cekal, berdaya mengatasi, termasuk kekadang makan nasi sekali sehari, mereka malu hendak bercerita dan membuka mulut kepada jiran, (ini semua pihak atasan tau sebab mereka belajar Psikologi, cuma buat-buat tak hirau).
Mereka ada pakar..cuma..
Pelaksanaannya..
..bila kawan buat silap tiada kawan sekerja yang sudi menegur, buat kerja MLM (curi & masa bil pejabat)serta bisnes yang menyalahguna kuasa.
Saudara Mazidul,
BalasPadamSetinggi penghargaan dan tahniah kerana highlight kan perkara ini.
Saya bukan peminat saudara, malah amat tidak meminati saudara dan gaya saudara tetapi dalam hal ini saya mesti memberikan kredit pada saudara kerana highlight kan perkara ini.
Saya ingin berkongsi pengalaman pernah tinggal di kawasan pendalaman Sabah sebab mengkaji kehidupan masyarakat di situ.
Tinggal di kampung suku Kadazan-Dusun ini, menginsafkan saya bahawa pihak gereja amat mendahului kita dari segenap aspek.
Agama asal penduduk kampung itu adalah agama animeisme yang di warisi dari nenek moyang.
Apabila seorang paderi mula ditugaskan disitu, segala nya mula berubah. Kini 90 peratus dari penduduk telah pun dibaptiskan.
Dua perkara yang ingin saya ketengahkan.
1. Setiap hujung minggu, ada sebuah van gereja akan masuk kampung. Mereka membawa baju bundle yang masih elok dan hasil derma penganut Kristian.
Mereka menjualkan nya kepada penduduk yang memerlukan dengan harga RM1 sepasang. Itupun saya rasa RM1 itu untuk bayar minyak saja kot.
Belum lagi dicampurkan dengan akiviti kebajikan yang lain.
2. Penduduk yang telah dibaptiskan itu masih mengamalkan sesetengah tradisi nenek moyang mereka yang bertentangan dengan agama Kristian.
Anda tidak akan mendengar paderi itu memekik-mekik pada penduduk kampung bahawa ada ajaran sesat masih diamalkan ataupun paderi menuduh yang itu dan yang ini sesat.
Sebaliknya, mereka menggunakan pendekatan yang lembut. Paderi menggalakkan mereka meninggalkan ajaran lama, tetapi jika dirasakan kurang selesa, tidak mengapa. Mereka yang masih ada amalan lama itu masih dialu-alukan masuk ke gereja dan tidak akan dimaki hamun, malah tidak dipandang serong.
Saya percaya target pihak gereja adalah generasi yang seterusnya akan meninggalkan apa-apa tradisi yang bertentangan dgn ajaran agama.
Saya cuma menceritakan pengalaman saya saja. Kenapakah saya tidak terkejut apabila ibu tunggal ini terlintas di hati nya untuk meninggalkan agama Islam?
Sama-sama lah kita fikirkan.
Saudara Nizam, saya tidak pernah meminta saudara meminati saya mahupun menyukai gaya saya.
BalasPadamSaya hanya menjalankan tugas sebagai penganut ugama Islam dan menyatakan perkara dilaporkan kepada saya.
Apapun, terima kasih kerana berterus-terang.
Salam semua,
BalasPadamMemang menyedihkan kan apabila tercetusnya cerita sebegini....
Apa yang saya pernah alami, pihak2 yg berwajib seperti zakat, baitulmal & seangkatan dengannya terlalu memandang remeh isu2 seperti ini.
Dahulu semasa saya berjaya menyambung pengajian ke peringkat Diploma & pada masa yg sama hidup saya tidaklah senang mana. Maklumlah keluarga susah pada masa tue. Saya ada memohon bantuan Baitulmal & zakat. Tapi tiada berita langsung. Seolah2, pihak2 terbabit tidak ambil peduli atas permohonan saya. Saya rasa sedih sangat.. Apa yang saya hairan, kawan saya yang bapanya bekerja tetap (bekerja di baitulmal x silap), boleh pula dapat bantuan Baitulmal. Kenapa ini terjadi???
Bukankah Baitulmal & Zakat itu perlu di berikan pada org2 susah, miskin & yg memerlukan???
Kalau boleh Bro Mazidul siasat perkara ini. Kemana duit bantuan Baitulmal & Zakat itu pergi/disalurkan?
Salam. Haliza.
BalasPadamsaya juga pernah mohon baitulmal atas dasar pelajar ( fisabilillah ) dan juga tiada ayah. juga seperti anda. Juga rakan saya yang masih beribu dan berbapa, himpunan gaji sekeluarga lebih rm5k dapat bantuan baitulmal yuran belajar rm500.
tentang perselisihan antara agama Islam dan Kristian, saya rasa, kita patut menyalahkan diri sendiri kerana kekuatan Iman kita sendiri lemah.. berapa ramai yg ingat nama-nama malaikat? seperti permasalahan kes curi dan sebagainya...jika dipertingkatkan peringatan dari media media utama..berita utama..360..dan sebagainya tentang adanya malaikat raqib dan atid yang sentiasa mencatit amalan 24jam sehari..saya yakin masalah kes ragut, rogol, rompak, etc akan berkurangan. saya yakin sbb itu RUKUN IMAN.. ini juga berkaitan dengan masalah kes curi tulang kakitangan berkaitan dan rasa tanggungjawab oleh pihak berkaitan.. MAJLIS AGAMA ISLAM.. adakah agama islam hanya 8 pagi hingga 5.30 petang? dipejabat? saya tak nafikan adanya usaha usaha oleh pihak2 tersebut... tapi saya lebih hargai usaha pendakwah tanpa tauliah seperti golongan yang menyampaikan (tabligh)..
bukankah semua tahu ttg ayat demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian? kecuali mereka yang berpesan-pesan ttg kebenaran dan kesabaran
kebenaran disini ttg seperti contoh malaikat tadi? dan rukun2 iman lain
kebenaran disini ttg ilmu, teknologi dan sebagainya kemajuan yg benar..
tapi, kita sering menyalahkan agama lain, menyalahkan orang lain ttg KETIDAK UTUHAN IMAN kita.. kenapa orang sanggup merendah2 agama kita? mmg lah tindakan menyelar orang yg menghina kekasih Allah s.w.t itu bagus.. tapi dalam masa yang sama, apa usaha untuk memperbaiki iman diri? iman masyarakat? iman rakyat? lebihkanlah rancangan yg dapat mengingatkan rakyat, masyarakat, dan diri ttg rukun iman, agar UTUH. apa guna ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA jika rancangan tv kebanyakkanya tidak mencerminkan ISLAM?
here i want to share lyric by MAHER ZAIN.. awaken
We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn't stop buying
We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying
Oh...I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves
We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied
We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied
I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves
We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied
My dear brother and sister
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you
Is He satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Is Allah satisfied?
Oh..I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes it's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves
Salam,
BalasPadamSaya tak tahu mcmana nak tulis secara details kerana selama ini dr segi pengamatan saya , lebih menyanjungi institusi keluarga bangsa India dan Cina ..maksud saya sikap laki2 india dan Cina dari sikap laki2 Melayu. MUNGKIN dlm keluarga mrk dr dulu laki2 india diajar uruskan atau lepaskan adik perempuan (tanda tanggung jawab), manakala laki2 cina pentingkan darah daging mereka(anak2 dijaga).Sedangkan dlm keluarga Melayu anak laki2 diajar untuk lepaskan tekak masing2.
Manakala dari segi anak perempuan(contohnya saya) di ajar tidak boleh melawan cakap suami bila dah kawen (maksudnya turut perintah 100%).Kena lakukan semua kerja rumah sedangkan masa tu abg2 relaks.Zaman mungkin berubah tapi banyak sifat laki2 melayu tak berubah.
Anak perempuan cina lebih bernasib baik sebb dr kecik dah di ajar erti sama taraf dgn laki2 ,lebih independent.Mereka rasa lucu bila saya kata tak bole kata 'no' dengn suami espclly bila bab itu takut berdosa ,mereka lebih open dgn pasangan mereka sbb sama2 cari duit sama2 letih.
Mrk digalakkan bersosial oleh suami mrk spt beryoga n lain2.Suami org Melayu lebih suka bini layan mereka dirumah takut orang kata.Bila tak layan sikit mulalah cari alasan.
Tentang ibu tunggal saya setuju buka tabung utk derma atau sediakan kelas ilmu seperti menjahit dan memasak ,tempat jagaan anak dll,cuma perlukan penggerak -ramai yg sudi menderma cuma kes2 ni tidak sampai ke pengetahuan orang ramai,kalau dia tak sms Tuan kita semua pun tak tahu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
BalasPadamHati ini terpanggil untuk meninggalkan sedikit ulasan berhubung perkara berkenaan..
nasalah kemiskinan di kalangan orang islam...
Pada hemat saya, organisasi yang dipertanggungjawabkan seharusnya bergerak laju. merungkai pada kepimpinan dalamannya, bagaimana cara kerja organisasi terbabit..
adakah mereka hanya bertindak tuli sebelah telinga..mampu mendengar tetapi tidak bertindak? kalaupun masalah kekurangan kakitangan, apa salahnya pihak tersebut membuka peluang untuk meramaikan anggota sekaligus membantu juga golongan graduan yang menanggur dan benar2 memerlukan pekerjaan..
Minda ini sering berfikiran, zakat, baitulmal..tidak mungkin kita abaikan untuk membayarnya-InsyaAllah..tetapi peranan organisasi tersebut dalam pengagihannya...
Saya tidak mahu melihat masih ada bangsa kita yang merempat, dan kalaulah saya berkudrat..
Saudara Mazidul, di harap dapat menjalankan perincian organisasi2 yang dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan amanah ini...
kemana perginya wang2 di baitul Mal/ zakat? harap ia tidak dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sekian, sekadar berkongsi pandangan..