Setakat ini 67 terkorban akibat serangan virus Selesema Babi. Satu persatu rakyat Malaysia meninggal dunia. Bayi, kanak-kanak, dewasa dan warga emas, mati.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican majoriti mangsa maut, golongan berpenyakit kronik, antaranya pengidap diabetis, asma, darah tinggi, radang paru-paru dan ibu mengandung serta kanak-kanak.
Kementerian Kesihatan berulangkali memperingatkan orang ramai mencuci tangan menggunakan sabun sehingga bersih. Apapun, hakikatnya, kementerian tidak mampu memantau dan memastikan setiap rakyat mematuhi peringatan itu. Menjaga kebersihan, tanggungjawab bersama.
Rakyat terus dinasihat menggunakan topeng penutup muka. Malangnya, topeng terbabit sukar diperolehi, out of stock. Jika ada, dijual pada harga berlipat ganda sehingga ada pihak menyarankan topeng dijadikan barang kawalan. Bagaimanapun harga bukan isu pertikaian, jika stok ada, orang ramai akan membeli sebab mereka enggan memperjudikan nyawa tiada galang ganti.
Saya dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan sidang media pada jam 5 petang hari ini berhubung topeng penutup muka.
Di zaman dahulu, jika lebih 60 mati ditembak komunis di seluruh negara, kerajaan pasti mengistiharkan darurat demi menjamin keselamatan rakyat lain biarpun menghadkan pergerakan mereka buat sementara.
Kini ada pihak menuntut kerajaan mengistiharkan ‘darurat kesihatan’. Darurat kesihatan antaranya bermakna semua sekolah wajib ditutup, majlis keraian terbuka dibatalkan dan operasi premis tumpuan ramai dihentikan. Kuasa mengistiharkan darurat kesihatan di tangan Majlis Keselamatan Negara dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mexico mengistiharkan darurat kesihatan apabila 88 rakyatnya maut akibat jangkitan virus Selesema Babi. Berikutan itu, sekolah, tadika, universiti, panggung wayang dan muzium ditutup bertujuan mengekang wabak merebak.
25 Ogos, pilihanraya kecil Permatang Pasir, 31 Ogos hari ulangtahun kemerdekaan negara manakala Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba dalam tempoh sebulan. Semua acara membabitkan perhimpunan orang ramai di kawasan terbuka.
Semoga Allah selamatkan kita semua.
Amin.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican majoriti mangsa maut, golongan berpenyakit kronik, antaranya pengidap diabetis, asma, darah tinggi, radang paru-paru dan ibu mengandung serta kanak-kanak.
Kementerian Kesihatan berulangkali memperingatkan orang ramai mencuci tangan menggunakan sabun sehingga bersih. Apapun, hakikatnya, kementerian tidak mampu memantau dan memastikan setiap rakyat mematuhi peringatan itu. Menjaga kebersihan, tanggungjawab bersama.
Rakyat terus dinasihat menggunakan topeng penutup muka. Malangnya, topeng terbabit sukar diperolehi, out of stock. Jika ada, dijual pada harga berlipat ganda sehingga ada pihak menyarankan topeng dijadikan barang kawalan. Bagaimanapun harga bukan isu pertikaian, jika stok ada, orang ramai akan membeli sebab mereka enggan memperjudikan nyawa tiada galang ganti.
Saya dimaklumkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengadakan sidang media pada jam 5 petang hari ini berhubung topeng penutup muka.
Di zaman dahulu, jika lebih 60 mati ditembak komunis di seluruh negara, kerajaan pasti mengistiharkan darurat demi menjamin keselamatan rakyat lain biarpun menghadkan pergerakan mereka buat sementara.
Kini ada pihak menuntut kerajaan mengistiharkan ‘darurat kesihatan’. Darurat kesihatan antaranya bermakna semua sekolah wajib ditutup, majlis keraian terbuka dibatalkan dan operasi premis tumpuan ramai dihentikan. Kuasa mengistiharkan darurat kesihatan di tangan Majlis Keselamatan Negara dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mexico mengistiharkan darurat kesihatan apabila 88 rakyatnya maut akibat jangkitan virus Selesema Babi. Berikutan itu, sekolah, tadika, universiti, panggung wayang dan muzium ditutup bertujuan mengekang wabak merebak.
25 Ogos, pilihanraya kecil Permatang Pasir, 31 Ogos hari ulangtahun kemerdekaan negara manakala Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba dalam tempoh sebulan. Semua acara membabitkan perhimpunan orang ramai di kawasan terbuka.
Semoga Allah selamatkan kita semua.
Amin.
Kenapa sambutan hari kemerdekaan tetap diadakan sedangkan semua pihak sudah tahu serangan virus Selesema Babi kian bertambah.
BalasPadamhttp://www.flucount.org/
memang pun, saya baru aje beli topeng muka -Rm3 dapat 2 helai aje, sedangkan sekeping tu boleh pki dlm beberapa jam aje... dulu harganya... cuma 50 sen aje sekeping...
BalasPadamrisaunye.. dah semakin meruncing kes selsema babi ni.. dalam mase 2,3 hari, dari 20+ kes terus melonjak 50+ kes.. sekarang dah 60+ kes..
BalasPadambulan puase nanti, ramai2 doa minta selamat negare ni mase tarawikh ke.. bile2 ke..
at the same time, kenela jage2, dat day keluar, masih nampak lagi budak2 kecil yang tak dipakaikan topeng oleh ibu bape.. takutnye tengok..
risaunya.. dah semakin teruk sekarang ini. semoga ALLAH melindungi kta semua.. AMIN..
BalasPadambetul betul risau dengan H1N1 di malaysia
BalasPadamharap bilangan kematian tak bertambah lagi
dan sempena ramadhan yang akan datang
saya mahu mohon maaf kalau komen2 saya sebelum ni ada yang melukakan sesiapa - biasalah, manusia berjuta juta, sudah tentulah pandangan pun berbeza beza..
apa pun, selamat menyambut ramadhan bro mazidul..
Salam Abg Mazidul,
BalasPadamIni komen pertama saya, walaupun hampir setiap hari mengikuti blog ini sejak 6 bulan lepas.
Terpanggil untuk saya bersuara kerana isu 'darurat kesihatan' ini sepatutnya ditangani dengan lebih bijak dan telus. Kerajaan bagaikan cuba menyembunyikan situasi kritikal ini.
Walau apa pun keputusan mengenai 'darurat kesihatan' ini, kerajaan harus prihatin terhadap peniaga kecil, terutama peniaga di gerai, medan selera dan di pasar malam. Ini kerana sejak seminggu lalu, orang ramai kelihatan kurang makan di restoran dan kafe.
Ini adalah rungutan yang disuarakan oleh sebilangan rakan saya yang mengusahakan perniagaan makanan kerana perniagaan mereka semakin merudum. Jualan merosot hampir 60%, jika dibandingkan dengan keadaan sebelum ini.
Dengan 1 Ramadhan yang semakin hampir, situasi begini adalah AMAT MENDUKACITAKAN kerana jika ianya berterusan, kemungkinan besar peniaga2 di Bazaar Ramadhan terpaksa gulung tikar dan kata-kata'TIADA RAYA BAGIMU' adalah ungkapan untuk mereka.
Walau apa pun keputusan yang dibuat selepas ini, kerajaan harus mengambil kira dan prihatin terhadap golongan peniaga kecil kerana ia adalah 'win-win situation'. Ditelan mati emak, diluah mati ayah.
h1n1 ni memang semakin teruk pun.. tapi macam tak boleh nak buat ape2.. tak boleh nak serah sume kat allah.. kena ada usaha jugak nak tangani masalah ni.. kalau takde kerjasama dari semua pihak takkan menjadi..
BalasPadamkenapa kerajaan tunggu fasa ke2 H1N1 dalam bulan Oktober baru diisytiharkan darurat??..takkan nak tunggu rakyat beratus-ratus mati baru nak diisytiharkan darurat..kenapa juga apabila ada pesakit yang demam dalam 38 darjah Celcius keatas baru disyaki terdapat jangkitan H1N1??..harga mask pulak sudah naik berganda2..ini tindakan yang tak patut..mengaut keuntungan tidak kena pada masa dan keadaan..
BalasPadamAllahu Akbar, Allahu Akbar,
BalasPadamYa Mujeebu ajib du aa'ana
(Duhai yg mengijabah doa, ijabahi doa kami)
Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(Duhai yg maha lembut, Kasihanilah kami)
Kenapa masih tak mau istihar "DARURAT".. sbb rakyat Msia masih mengambil sikap acuh tak acuh... sekurang2nya mereka sudah diberi amaran keras!
Saudara Mazidul,
BalasPadamsomething to share from us di brunei darussalam. "sebagai usaha untuk memohon perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata'ala semoga negara, rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam terhindar dan selamat daripada Wabak Influenza A (H1N1), seluruh Masjid, Surau dan Balai Ibadat di Negara Brunei secara berterusan mengadakan Sembahyang Sunat Hajat selepas Sembahyang Fardu Maghrib dan sebelum menunaikan Sembahyang Fardhu Jumaat serta membaca Doa Qunut Nazilah semasa menunaikan Sembahyang Jumaat"
Malahan setiap pegawai dan kakitangan kerajaan mengadakan sembahyang sunat hajat di kementerian masing2.
Sebagaimana Titah KDYMM Sultan Haji Hassanal Bolkiah "Sebagai bangsa yang bertauhid, kita tidak hanya menanganinya dengan cara biasa sahaja, malahan juga menambah dengan membaca doa, Qunut Nazilah dan Sembahyang Hajat."
Terima kasih.
walaupun topeng muka ada stok, tapi harganya dinaikkan berlipat ganda, malangnya nasib golongan miskin kerana mereka pastinya tidak mampu membeli topeng muka tersebut.
BalasPadamsaya sendiri masih mencari2cari topeng muka di pasaran, yang sesuai harganya dengan pendapatan saya memandangkan topeng muka perlu dipakai buang. Alahai nasib!
www.sweetdarling79.com
Stunravers, ada orang gemar membaca bukan bersuara :)
BalasPadamApapun terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini.
Mr. Dean, sembahyang hajat juga turut dilakukan di Malaysia tetapi mungkin tidak sekerap di Brunei.
smlm ke hospital selayang.. dgr kat situ pon dah ade kes H1N1.. tp tgk pesakit2 yg dtg tak ramai pakai mask.. rilek je muka msg2.. tade kesedaran ke??
BalasPadamkerajaan tgg sampai 100 mati br nak darurat?? lebih baik buat skrg.. mungkin blh kurangkan penyebaran virus..
tak perlu celebrate kemerdekaan dgn konsert kat klcc or bunga api.. dok umah tgk tv, doa supaya penyakit ni stop!
rakyat sendiri pun tiada kesedaran.. berapa kerat jer yang pakai mask.. elok government wajibkan pemakaian mask nih.. itu salah satu langkah sebelum mengisytiharkan darurat..
BalasPadamBro Maz
BalasPadam- Selamat Hari Merdeka
- Selamat Berpuasa
- Selamat Menjaga Kesihatan
Ehem...
Nota: Ada member beli kereta besor... 7 seater, kira kereta Hari Raya la tu... he he he
kenapa kita tidak mendaruratkan diri kita dan keluarga sendiri.. tak payahlah tunggu kerajaan istiharkan.. tak ada maknanya! dah istihar pun nanti, adake semua orang nak berkurung dalam rumah masing2???
BalasPadamkalau nak tunggu juga kerajaan yang istiharkan.. tunggu la kot2 ada menteri atau keluarga mereka yang kena virus tu... hmmmmm.....
Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH S.W.T. Hanya DIA yang mampu menolong hambaNYA. Amin.
BalasPadamKepada pihak peniaga, janganlah hanya mementingkan diri sendiri di kala ini. Ikutlah harga yang patut ketika menjual topeng muka.
BalasPadamSudah terantuk baru tengadah. Kelaziman memang begitulah tindakan kita.
BalasPadam"...gelombang kedua pandemik itu dengan kesan yang lebih meluas dijangka melanda negara pada musim tengkujuh bermula Oktober ini..."
Belum pun gelombang ke dua hari ini sudah 67 korban. Jika congakan kasar tentunya akan berganda yang bakal menjadi mangsa.
Sdr Mazidul, bukanlah menakutkan tetapi sebenarnya saya memang antara yang paling takut & ditakut-takutkan. Sayugia@Seyogia jika saya terkena wabak Selesema B@bi ini; tinggal kenanganlah nampaknya suara & penulisan saya. Memang saya antara yang berisiko tinggi lantaran sakit kronik yang ada. Darah tinggi, diabetes, jantung, buah pinggang, hati & tak sanggup nak sebut pakejnya sakit tua ini.
Apa tindakan kerajaan tentang golongan kami ini? Takkan nak biarkan kami berkuarantin di rumah sahaja. Mungkin ada langkah pelindungan dengan memberikan kami suntikan varsin tertentu atau bagaimana?.
Salam..
BalasPadamPada pandangan peribadi saya, masyarakat disekeliling yang kurang prihatin dalam menjaga penyebaran penyakit ini. Lihat saja di tempat2 awam masih lagi anak kecil dibawa bersama, warga emas serta golongan berisiko tinggi tanpa topeng muke (alasan nak beli dah takde stok) jadi, harap2 virus tu tidak berminat dengan kita, mcm tu ke? Mmg benar kuarantin boleh menyekat penularan lebih besar, tapi anak2 dirumah siapa yang menjaga? 'kuarantin' mereka di pusat siber atau pusat membeli belah. Jadi kefahaman umum tentang bahaya penyakit ini masih rendah.
bro mazidul..
BalasPadamSetakat nie penutup muka di tempat yonz dalam Rm0.60 ke Rm0.80 sekeping.Kenapa kerajaan tak umum jer terus semua rakyat m'sia pakai mask??..nie ada yang pakai..ada yang tidak..situasi dalam LRT lagi best,ada orang bila nampak orang lain pakai mask,siap gelak-gelak dengan member (kutuk yang pakai mask tue..H1N1 konon).Kerajaan macam acuh tak acuh..kata tak nak cetus panik pulak..bagitau tempat-tempat yang banyak kes H1N1..sebelum nak umum darurat tue..umum dulu semua WAJIB pakai mask..tak kira sakit atau tidak..itu pendapat yon la..
Sama - samalah kita berdoa...semoga dengan kedatangan Ramadhan ini dapat memberi sinar harapan yang baru serta menyelamatkan kita semua..
BalasPadamAMIN...
Semoga Allah selamatkan kita dan keluarga kita semua dari wabak ini.
BalasPadamKembalilah kepada apa yang Allah suruh dengan sebenar-benarnya.
Di Kelantan pun masih banyak yang tidak memakai mask untuk melindungi diri dari H 1 N 1 sedangkan saya difahamkan katil pesakit H 1 N 1 kat kota bharu makin penuh, malahan apabila saya pakai topeng, ada yang mengatakan saya yang sakit H 1 N 1.Kerajaan harus serius hal ini tak kan nak tunggu ahli keluarga menteri mati baru nak bertindak sedangkan setiap hari pasti ada nyawa yang melayang. Tentang si arwah yang meninggal dunia kerana H 1 N 1 cara mengkafankannya melebihi pesakit AIDS, ahli keluarga si mati menyatakan jenazah di balut dengan plastik barulah dengan kain kafan. Alasan pihak hospital ialah mengelak virus merebak.
BalasPadam"Apapun terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini."
BalasPadamTerima kasih dari saya dan tahniah kerana Abg menulis dengan kreatif dan baik sekali.
Blog ini membuka perspektif baru dalam penulisan. Penerapan 100% Bahasa Melayu adalah suatu yang lain dari yang lain. Tidak ketinggalan, penggunaan perkataan yang tepat dan ejaan yang betul. Macam perkataan "Selesema" yang diperbetulkan oleh iDan dalam 'entry' sebelum ini.
Tahniah sekali lagi dan saya harapkan Abg Mazidul akan terus menulis. Penulisan adalah satu seni. Setiap orang boleh berkarya dan menulis, tetapi tidak semua orang mampu menarik pembaca membaca hasil penulisan mereka.
~Penulis suka menulis dan membaca kerana ini yang dididik semasa keciloleh arwah ibubapa, bekas pendidik.~
En. Mazidul,
BalasPadambenarkah majoriti mereka yg meninggal akibat H1N1 ni melayu? sy dpt info dr sms...kalo silap...maafkan saya..cuma ingin kepastian...bgaimana bangsa lain di ma'sia tidak menghidapinya kiranya majoriti yg meninggal adalah melayu...
Majikan saya menyediakan cecair pembasmi kuman tanpa bilasan di setiap lobi lif untuk digunakan membersihkan tangan sebelum menggunakan lif atau pergi ke mana-mana di dalam bangunan. Majikan saya juga memberikan topeng muka sekeping seorang untuk digunakan apabila keluar masuk bangunan.
BalasPadamSaya cuma menggunakan topeng ini kalau mahu keluar dari bangunan semasa waktu makan tengahari atau ke bank dan sebagainya. Dalam pejabat, atau turun dari kereta terus masuk ke lobi bangunan saya tidak pakai.
Saya juga sudah mengurangkan kekerapan keluar ke pusat membeli-belah atau di tempat awam yang ramai orang pada hujung minggu. Saya cuma keluar apabila betul-betul perlu.
Saya memang risau pasal wabak selesema babi ini kerana saya pernah mengidap asthma semasa saya kecil dan anak saya masih kecil dan senang dijangkiti.
Soal berhari-raya pada saya macam menjadi suatu perkara yang kurang penting kerana saya rasa kesihatan dan tindakan menghindari dari mengubati adalah lebih penting.
En Mazidul.... erk buat lah post update untuk H1N1 hari hari untuk number dan kawasan yg terlibat dengan virus
BalasPadamvital sign
KKM pun tak ada info ni... kat webpage...
p.s saya suka blog En mazidul... sungguh telus dan berinfomasi sekali :) tahniah.... teruskan usaha anda :D