Selasa, Ogos 04, 2009

Kera Terus Disusukan

Ahad lalu saya meninjau penempatan warga Indonesia dipercayai buruh binaan bekerja membina Sekolah Rendah Mutiara Damansara, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Rumah papan didirikan mengguna bahan pembinaan terbuang terletak di kawasan berpagar di atas bukit, justeru tersorok dari pandangan orang ramai lalu-lalang di jalan utama berhampiran. Tinjauan saya pada jam 2 petang mendapati sebilangan penghuni sibuk makan tengahari. Dipercayai majoriti mereka membina koloni di kawasan itu, kaum Madura berasal dari Indonesia.

Timbul persoalan, sebagai buruh binaan, adakah mereka berhak mendirikan penempatan sewenang-wenangnya? Jika kehadiran mereka lengkap memiliki dokumen sah, majikan wajib menyediakan penempatan lebih sempurna?

Saya difahamkan, ada pihak mendesak pihak berkuasa merobohkan penempatan sama. Khabarnya, penempatan terbabit pernah diserbu RELA Daerah Wilayah Petaling sebelum ini, namun warga asing bermaustatutin tetap engkar dan berdegil tinggal di penempatan itu.

Lebih menghairankan, rumah mereka dilengkapi bekalan elektrik, jika tidak masakan antena TV kelihatan terpacak hampir di setiap rumah. Dari mana sumber elektrik mereka? Adakah bekalan elektrik didapati secara sah atau sebaliknya? Tidakkah pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Jabatan Imigresen tahu mengenai penempatan itu?

Jika tidak, biarlah 360 membongkar kisah di sebalik penempatan warga Indonesia terbabit dan kemudian saya percaya baharulah banyak pihak akan membuka mata.

Saya hairan, sedang 23 keluarga berketurunan India di Kg. Buah Pala, Pulau Pinang berhadapan dilema dipaksa meninggalkan penempatan mereka seluas 2.6 hektar, warga asing di Selangor, jelas bebas mendirikan rumah sesuka hati tanpa dipersoalkan.

Nampaknya, kera di hutan masih disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

* Jumlah kematian akibat Selsema Babi semakin bertambah, risau?

33 ulasan:

  1. sokong 200% teruskan ..

    sekadar mengingatkan PBT dan pihak yang berkuasa,,

    mana tau mereka lena..

    jabatan manakah yang tidak mangamalkan bacaan dan doa semasa memulakan kerja pada awal pagi???..

    baca Alfatihah minta doa rezeki HALAL..gaji dari wang rakyat.


    bukan anti PATI, tapi dahulukan rakyat tempatan sebelum orangluar..

    masukkan ke dalam 360..jasamu dikenang..

    lepas tu kita akan mendengar

    kesian warga kg buah pala..

    perkataan ...''TERHEGEH _HEGEH.''.

    BalasPadam
  2. selalu nampak perumahan haram camni.

    bab2 penguatkuasaan ni, malas nak cakap.

    cuma kagum dengan dorang ni. cepat betul buat rumah. banyak sumber lak tu.

    mana dapat sumber tu?? masa buat tu takde orang nampak ke?? tanah sape tu ek??

    BalasPadam
  3. Asilah, pemilik tanah? Wartawan 360 akan memberikan jawaban dalam episod disiarkan pada 12 Ogos nanti.

    BalasPadam
  4. Bagus Bro Mazidul,

    Isu ni dah lama, tapi penyelesaiannya tampak makin jauh. Orang asing bersepah-sepah bina dan buat rumah setinggan, tapi rakyat kita dihalau dan diusir dilayan lebih teruk dari mereka.

    Kupaskan dalam 360, mesti best.

    Tapi PBT memang pejam mata kot? Cuba check, ada 'jolok-jolok' agaknya. Dah kenyang 'makan', senyappp jer lah..

    BalasPadam
  5. ANAK KERA DISUSUKAN, ANAK SENDIRI MATI KELAPARAN - begitulah orang Malaysia, sangat kaya dengan pepatah.. dan kita memang hidup bersandarkan pepatah-pepatah tersebut..

    BalasPadam
  6. tahniah 360.saya dok tengok la, selalunya bila tv3 dah jolok,maka berderu2 lah yang turun padang,bagi kenyataan itu, ini.sebelum tu mereka tido kot.

    BalasPadam
  7. Semoga pendedahan yang dibuat dapat membuka mata pelbagai pihak...harap PBT jangan seperti 'hangat-hangat tahi ayam' la...

    BalasPadam
  8. Tajam dan pedih tulisan saudara.Saya juga pernah bertanya pada setinggan 'haram'nie macamana mereka boleh dapat segala kemudahan semudah itu walhal kalau rakyat tempatan ingin berniaga dan untuk mendapat bekalan api saje 'tidak bisa'..saudara tahu apa jawapannya,'bisa diatur pak'Dimanakah silapnya..adakah di TMBkah,PBTkah atau kerajaan negerikah? Janji ada masukk..Tak Tumbuh Tak Melata,Tak sungguh orang tak kata.

    BalasPadam
  9. Semua orang nampak semua ini sejak berzaman. Kalau tinggal di bangsal bina sendiri itu kira bagaikan setinggan, bagaimana yang terus kekal tinggal di perumahan yang terbengkalai.

    Sdr Mazidul mereka memang hidup cara begini untuk mengumpul dan menjimatkan duit. Rasanya pihak pemaju pun lagi suka cara begini akan pasti menjimatkan kos kebajikan pekerjanya dari menyediakan rumah sewa atau penempatan yang sempurna.

    BalasPadam
  10. bongkarkan bro.. mmg ketara sgt permasalahan ini..

    BalasPadam
  11. Sdr Mazidul,

    Mungkin menyusukan beruk di hutan lebih menjimatkan kos daripada menyusu anak sendiri,kerana boleh menggunakan susu murah yang tak berkualiti.Sebab itu mereka lebih rela menyusukan beruk dari anak sendiri.Tak banyak songeh kot...

    Namun bahayanya tetap menanti,kerana beruk ini akan membesar menjadi induk suatu hari nanti..

    1Malaysia Pakat-pakat pikiaq la bai....

    BalasPadam
  12. ini lah lagi satu masalh mangkuk2 hayun nie..

    tak paham knapa masih perLu biarkan beruk2 tu di bg susu dgn pnuh lemak berkrim???

    anak2 sendiri hilang arah mak bapak tak layan..

    macam mana???

    isu yg ni dah lama dibincangkan namun knapa masih blum nmpk jalan pnyelesaian...???

    apa kerja mereka sebenarnya???

    berhoye-hoye kah???

    BalasPadam
  13. diKK skrg dah byk setinggan dipinggir bandar dirobohkan..tatau rumah PATI atau local :)

    apapun sedikit usaha harus dipuji.

    BalasPadam
  14. Bro, memang wajar jugak di kupas dalam 360 kisah nih.. kumpul seberapa banyak penempatan yang serupa demikian.

    BalasPadam
  15. Berdasarkan pengalaman, memang hairan bin ajaib juga. Warga asing nih boleh tengok televisyen, cas handset.. Dari sumber mana diaorang nih dapat bekalan elektrik. Biasanya rumah yang di daftarkan alamatnya sahaja boleh memohon untuk di masukkan elektrik. ( Am i right? )

    BalasPadam
  16. Hmm, maybe diaorang nih ada ilmu elektrik agaknya. hahaha..

    BalasPadam
  17. Bro, I wrote a lengthy reply about the demo. Tapi ntah camner ntah, rupanya tak publish. Bodoh kan blogspot ni. Hawau betul. Never mind lah, nak menjawab pada orang orang tak penting pun. Hehe.

    BalasPadam
  18. .
    .selongkar-selongkar almari,mana tau terjumpa borang keahlian salah satu partai politik di Malaysia???..lagi PARAH..

    BalasPadam
  19. PBT kena lebih bertanggungjawab... ini baru kes setinggan warga asing.. nanti minta 360 cuba tinjau pulau gerai2 warga asing yg berleluasa.. tak der plak kena halau dgn pihak berkuasa.. kalau org tempatan baru dua hari goreng pisang dah kena cantas...

    BalasPadam
  20. ksian..h1n1 smakin serius..

    ramai kawan2 se uia ku dserang demam dan klinik kami di sana penuh dgn plajar2 yg demam..

    aku mohon Allah peliharakanlah keselamatan kawan2ku dari bencana ini...

    aminnn;)

    BalasPadam
  21. Nak kesalkan apa... kita memang sentiasa mengamalkan dasar buka pintu untuk segala perkara di dunia ini. Daripada kebanjiran orang asing yang kununnya atas dasar membantu menjanakan dan memanaskan ekonomi kita, sehinggalah dasar buka kepala dengan liberalisasi dalam segala-gala hal termasuklah akidah atas nama Perpaduan dan Keharmonian.

    Nasib serupa yang sedang dialami oleh Kampung Pandan dan Kampung Bharu di tengah-tengah Kuala Lumpur tetapi tidak dipandang langsung oleh sesiapa pun. Begitu juga dengan Pandan Mewah dan Ampang yang rata-rata dikuasai oleh manusia yang tidak berdokumentasi tetapi bebas keluar masuk merentasi sempadan di samping membawa pelbagai masalah sosial dan viral yang lain.

    Apa susah sangatkah pihak berkuasa hendak menguatkuasakan undang-undang? Sudah banyak kali ditimbulkan kepada pihak berkuasa, dan hanya selepas berlaku sesuatu kes atau dijolok oleh media, barulah kedengaran suara mereka. Itu pun bagaikan melepaskan batok (bukan batuk) di tangga. Beberapa minggu kemudian, keadaan kembali seperti sediakala.

    Tertanya-tanya, di mana agaknya Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara... barangkali depa ini sibuk sungguh kut sampai terlupa rakyat asing kat negara ini TERSANGATLAH RAMAINYERRRRR....

    BalasPadam
  22. part ini mmg saya nak komplain sgt, saya baru balik dari PJ menghadiri majlis khawin kwn. masa perjalanan nak balik, ternampak le rumah2 mcm setinggan garden dekat dgn bangunan msh dlm pembinaan, boleh tahan juga besar rumah2 papan kat situ, smpi boleh dikategorikan banglo bg penduduk setinggan....
    sy agak terperanjat kat bumbung rumah "banglo" mereka tu ada piring Astro... mcm mana pulak tu, mulanya saya fikir mungkin setinggan kot, kwn saya bukan, itu rumah buruh binaan Indon... dlm hati saya hanya mampu kata : HA?

    BalasPadam
  23. itu tandanya malaysia makmur.. sampai org asing pun boleh hidup senang lenang...

    BalasPadam
  24. ada bau politik la bro...kata x nak sentuh benda2 tu?

    BalasPadam
  25. Bismillahirrahmannirrahim..
    Assalamualaikum..
    sebelum saye bagi komen saye ingin meminta maaf dulu atas kate2 sye nnt..
    bagi saye x salah diorg buat rumah kongsi..tu hanye sementara sahaje bukn selama2 mreka menetap disitu..
    kalo mreka mnetap selama2nye disitu baru la kite perlu brase marah kenapa kerajaan membenarkannye..rumah tersebut akan dirobohkan selepas bangunan yg dibina itu telah siap..bukan smue org indonisia itu smue jahat..hanye segelintir sahaja..jadi kenapa perlu smue menjadi mangsa kemarahan kalian smue..macam org kite jugak bukan smue baik..tp kite xde nak salahkan smue org malaysia itu jahatkan?? kenapa perlu disalahkan smue..saye nak jelaskan disini..
    itu bukan setinggan tp itu rumah kongsi..banyak perbezaan diantara kedua2 rumah tersebut..lg satu yg penting sgt ingin saye katekan wp kite brase marah sgt jage la bahase kite..ni 1st sye bagi komen kat cni sbb da brase "jengkel" sgt dgn kate2 org yg memberi komen disini..dengan mengibaratkan org len itu 'beruk' dan perkataan kasar yg len bagi saye da mlampau..terlajak prahu blh diundur terlajak kate blh ke undur?? dgn berkate2 blh menanbahkan dose..saye minta maaf kalo ape yg saye kate adalah salah..

    BalasPadam
  26. Hati Yang Keboringan, kata awak' hanye sementara sahaje bukn selama2 mreka menetap disitu..
    kalo mreka mnetap selama2nye disitu baru la kite perlu brase marah kenapa kerajaan membenarkannye'

    Geli hati saya membacanya. Biar saya ingatkan, apabila bercakap biar mengikut undang-undang bukan mengikut gerak hati dan perasaan :)

    Semua bangunan didirikan tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan dianggap TIDAK sah. Tidak kisah sehari, sebulan atau setahun. Penempatan haram, tidak sah. Jadi, salah.

    Jika penduduk tempatan berniaga nasi lemak di antara jam 9 dan 11 pagi di tepi jalan disaman RM300 pihak berkuasa tempatan, inikan pula mendirikan bangunan atau rumah sesuka hati.

    Tindakan menceroboh tanah bukan soal sekejap ke, bertahun ke atau berkurun sekalipun, tetap salah.

    BalasPadam
  27. sabo sabo ..HYK..

    sekurang-kurangnya anda ada hati tak nak dipanggil ..'BERUK'..

    tapi ..saya tak makan lada/cili, tak rasa pedas,,

    nanti awak kata dari mana datangnya 'cili' pulak..kat situ belum tentu ada pokok cili..

    BalasPadam
  28. sory la kalo en mazidul rase saye ni cakap ikut perasaan..mmg betul en mazidul kate..bende ni smue adalah 1 kesalahan kalo kite menceroboh tanah org or kerajaan..kalo nak diikutkan kesalahan, byk sgt kesalahan yg ade kat malaysia ni..rumah setinggan pon menceroboh tanah gakkan?? tp saye rase situasi rumah kongsi mungkin laen daripada rumah setinggan..mungkin pekerja ade kebenaran drpd pemaju tapak pembinaan tersebut untuk membuat rumah kongsi..so adakah salah mreka kalo sudah mendapat kebenaran??
    kepada zeqzeq..smue org didunia ini xnak di panggil 'BERUK' atau panggilan kasar lennye, atau mungkin ade org yg nak dipanggil begitu tp mungkin org tersebut mgkin kurang waras.. so kalo kite xnak dipanggil sedemikian jgn lah cakap kat org len sama.. didalam islam pon x dibenarkan berkata kasar kepada umat yg len.. kite umat yg mulia..wp bukan saudara yg berkata begitu..
    saye mohon maaf sekali lg atas kate2 sye..harap dapat dimaafkan..ini hanye la pandangan saye sahaja..

    BalasPadam
  29. HY Keboringan, setiap pemaju WAJIB menyediakan penempatan untuk pekerja warga asing dibawa masuk dari negara asal,BUKAN di dibenarkan tinggal di tempat bakal dibangunkan. Itu, peraturannya. Kebenaran dari PEMAJU tidak bermaksud kebenaran diluluskan pihak berkuasa tempatan. Noktah.

    Untuk pengetahuan awak, entry ini bercerita secara spesifik berhubung warga ASING bukan TEMPATAN dan TIDAK ada kena mengena dengan setinggan.

    Saya keliru, awak faham ke tidak apa saya tulis? Kalau kurang faham HYK baca sekali lagi, tolong.

    Nanti bila cerita ini ditayangakan pada 12 Ogos di 360, tengok. Betapa kotor, tidak teratur dan berapa ramai warga asing tanpa izin ditangkap.

    BalasPadam
  30. minta maaf juga buat HYK jika kebetulan TUNANG anda orang seberang..

    BalasPadam
  31. saye faham ape yg en mazidul ingin terangkan..tp ape blh buat perkataan NOKTAH telah di taip oleh en mazidul jd sye tidak blh memberikan pandangan sye lg ttg isu ini..maaf la jika saye saje yg telah membuat penyataan sebegini..
    kepada zeqzeq pula sory la tunang saye bukan org seberang la..
    huhuhuhuhu..
    kepada en mazidul jgn la marah saye, kan saye kate td itu hanye pandangan sye..xslahkan saye memberikan pandangan..tp kalo salah xpela saye xkan memberikan pandangan lg..
    org kate kalo cepat marah nnt cepat tue..
    peace no war...

    BalasPadam
  32. saya setuju dengan salah satu ulasan di atas. bagus teguran dia. tak elok guna perkataan yang tak elok. rasanya encik mazidul pun tak guna istilah2 seperti itu.

    sorry, off topic sket.

    BalasPadam
  33. HYK dan asilah;

    logiknya takkan nak menjadi kelas mengajar Peribahasa, simpulan bahasa Melayu atau kiasan/bidalan melayu oleh Tuan Blog..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.