Entry di bawah dirujuk.
Pagi tadi saya menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jam 6.20 petang tadi saya bercakap dengan pegawai JKM bertugas. Ibu tunggal berusia 36 tahun itu menghantar emel menggunakan akaun orang lain. Dia pernah bertugas sebagai pramugari dan kemudian berhenti kerja dan menetap di Rawang, Selangor. Ketika itu dia menerima bantuan Baitulmal Cawangan Rawang sebanyak RM350 untuk menampung kehidupan 8 anak berusia di antara 6 dan 13 tahun. Suaminya, penagih dadah, kini dilaporkan berada di Brunei.
Sebulan lalu dia berpindah ke Chow Kit Road, Kuala Lumpur dan memohon bantuan JKM Wilayah Persekutuan. Empat daripada anaknya ‘diberikan’ kepada keluarga dengan perjanjian dia tidak berhak menjenguk anaknya. Manakala 4 lagi anak tinggal bersamanya.
Bermula 1 September 2009, dia akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM400 setiap bulan. Anaknya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur juga diberikan bantuan berbentuk makanan percuma.
Bagaimanapun semasa berada di rumah, mereka sekeluarga dikatakan masih mendapatkan makanan dari gereja berhampiran.
Pagi tadi saya menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Jam 6.20 petang tadi saya bercakap dengan pegawai JKM bertugas. Ibu tunggal berusia 36 tahun itu menghantar emel menggunakan akaun orang lain. Dia pernah bertugas sebagai pramugari dan kemudian berhenti kerja dan menetap di Rawang, Selangor. Ketika itu dia menerima bantuan Baitulmal Cawangan Rawang sebanyak RM350 untuk menampung kehidupan 8 anak berusia di antara 6 dan 13 tahun. Suaminya, penagih dadah, kini dilaporkan berada di Brunei.
Sebulan lalu dia berpindah ke Chow Kit Road, Kuala Lumpur dan memohon bantuan JKM Wilayah Persekutuan. Empat daripada anaknya ‘diberikan’ kepada keluarga dengan perjanjian dia tidak berhak menjenguk anaknya. Manakala 4 lagi anak tinggal bersamanya.
Bermula 1 September 2009, dia akan menerima bantuan kewangan berjumlah RM400 setiap bulan. Anaknya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur juga diberikan bantuan berbentuk makanan percuma.
Bagaimanapun semasa berada di rumah, mereka sekeluarga dikatakan masih mendapatkan makanan dari gereja berhampiran.
Kekadang sebilangan manusia mengkisahkan cerita berbeza berbanding keadaan sebenar. Itu komen saya.
Update
Jam 9.30 malam tadi, 6 Ogos 2009, saya bercakap melalui telefon dengan ibu tunggal, IT menghantar emel di bawah, saya nyatakan kepadanya, saya akan membantu jika dia bercakap benar.
"Awak berani bersumpah atas nama Allah tidak menipu?," soal saya.
"Alamak! Saya dah tak boleh cakap nama tu," balasnya.
"Puan, murtad soal berat, seseorang boleh menjadi murtad melalui niat, perkataan dan perbuatan," saya jelaskan.
"Itu saya tahu," jawabnya.
"Jadi, puan masih Islam atau sudah bertukar agama," katanya.
Berikut SMS dihantar kepada saya selepas perbualan.
'Maaf, saya bukan minta bantuan JKM, cuma tolong kupas masalah saya. Saya dibantu pihak Kristian dan saya telah memohon tukar agama'
Beberapa minit kemudian dia menghantar SMS berikut.
'Saya bukan tipu, bukan minta bantuan, cuma mahu isu ini dikupas. Tapi tak apa, saya masih lagi Islam kerana saya baru kaunseling dan belajar akidah Islam semula'
Serius, saya pening.
Update - emel ke 2
'Saya adalah seorang ibu tunggal dengan 8 anak serta tidak ada nafkah dari pihak suami. Cerita saya memang panjang dan ia berlaku dalam masa 3 tahun ini selepas penceraian saya.. Kehidupan memang sukar dan saya pernah di halau oleh MPS gara2 rumah yang saya duduki tidak dijelaskan bayaran oleh bekas suami dan bermula lah episod saya dan anak2 menumpang di rumah ibu bapa saya.
Walaupun saya mempunyai 8 anak, saya mempunyai pakej kecantikan semulajadi dan saya sering di fitnah oleh jiran tetanga danbekas mertua saya memang begitu membenci saya kerna kecantikan saya hingga saya di sihir dengan teruk iaitu bernanah satu badan. Ibu bapa saya berusaha untuk memulihkan saya dengan berubat tradisional.
Dalam masa itu masaalah kewangan memang menjadi kerunsingan pada diri saya, setelah kesihatan pulih saya bekerja sebagai Kerani di syarikat pembinaan dgn bergaji RM 700.00 sahaja. Dengan gaji begitu saya menampung anak2 saya dan mereka semua tidak pernah keciciran dalm sekolah.
Pada suatu hari sedang saya dan anak2 tidur, rumah ibu bapa saya telah dikepung oleh Jabatan Agama Islam kerana fitnah orang dan Jabatan Agama menyerbu tanpa usul periksa mengalahkan kami penjenayah.
Dalam masa itu masaalah kewangan memang menjadi kerunsingan pada diri saya, setelah kesihatan pulih saya bekerja sebagai Kerani di syarikat pembinaan dgn bergaji RM 700.00 sahaja. Dengan gaji begitu saya menampung anak2 saya dan mereka semua tidak pernah keciciran dalm sekolah.
Pada suatu hari sedang saya dan anak2 tidur, rumah ibu bapa saya telah dikepung oleh Jabatan Agama Islam kerana fitnah orang dan Jabatan Agama menyerbu tanpa usul periksa mengalahkan kami penjenayah.
Tiada apa yang mereka jumpa melainkan maki hamun kepada keluarga saya dan kami telah mendapat aib sangat. Keesokkan harinya pula JKM datang pula kerumah kerana mendapat aduan saya jual anak 30 ribu seorang, saya menjadi marah dan kerna semua tu adalah fitnah, lagi JKM siasat saya tetapi bukan menolong saya hingga kes ini ke Balai Polis.
Akhirnya saya menjadi kecewa dan marah kepada Jabatan Kerajaan, saya hilang pertimbangan dan dalam pada satu hari saya berjalan hingga ke sebuah Gereja di tempat saya, Paderi berkenaan menyapa saya dengan lembut dan menenangkan saya, saya masuk ke geraja dan bercerita kepada paderi, dengan senang hati paderi menghulurkan wang sebanyak RM 1000.00 kpd saya untuk menampong keluarga dan dari situ saya rapat dan belajar dengan paderi itu hingga pada bulan april tahun ni saya memohon untuk bertukar kepada agama kristian kerana kecewa dengan oarang yang seagama dengan saya dahulu'
bagi saya.. iman dihati perlu kuat walau cabaran sebesar mana datang menduga.. jgn disalahkan kesusahan utk kita berpaling arah melupakan Yang Esa..
BalasPadamBro, memanglah kan. Like what I have encountered kat Masai tu, siap airmata bercucuran berbesen besen.
BalasPadamMereka sentiasa mahukan perhatian, dan akan bercerita benda yang berpihak pada mereka.
how come bro..! erkkk
BalasPadamdan juga tanggungjawab kita sesama insan jgn dilupakan.. insyaallah semua dapat diatasi jika kita bersatu dan bekerjasama....
BalasPadamberingat waktu ada.. berjimat sentiasa...insyaallah selamat
kerjaya dahulu pramugari.wah..
BalasPadam"Bagaimanapun semasa berada di rumah, mereka sekeluarga dikatakan masih mendapatkan makanan dari gereja berhampiran. "
*kalau dia Ingin atau tidak mahu menerima lagi sumbangan dari gereja dia boleh menolak dengan baik . sebab mungkin pihak gereja dan beri bantuan sejak dari dulu lagi.
contact gereja cakap tidak payah bagi bantuan lagi . itu sahaja. Dan jgn lupa ucapkan terima kasih.
konklusinya:
Bila terima laporan baru ada pihak nak bertindak.
*kalau xsilap i , pernah kes dekat2 sama jadi tahun ni juga, ada kuar paper dulu.. lupe plak
*kalau aku silap jgn marah . aku bab2 macamni takut nak komen. + aku rasa juga ramai Agama lain yg membaca disini tapi takut nak utarakan pendapat.
Nak bertanya disini.. apa motif pihak gereja beri bantuan? Ada udang di sebalik mi ke?
BalasPadamBukan nak berfikiran negatif, tetapi rasa macam tak kena apabila pihak gereja menghulurkan bantuan. Mesti ada muslihat yang tersirat di sebaliknya.
BalasPadam..saya masih anggap bantuan gereja sebagai ..atas alasan kemanusiaan..
BalasPadamBro Maz
BalasPadamKata seorang padri di Twin City, Minessota dulu...Mereka suka menolong semua orang/manusia tak kira bangsa dan agama, bukan niat untuk 'menipu' mereka yang di bantu supaya diKristiankan. Tapi atas alasan kemanusiaan, kononnya.
Ramai juga member yang ambil kesempatan, bukan setakat tu, malah ambik duit, ambik baju, ambik macam macam lagi .... nakal betul...he he he he
Mereka masih orang Islam hingga sekarang, dan ada yang telah menunaikan ibadat Haji serta bekerja di Tabung Haji sekarang.
Bak kata orang 'Rezeki jangan di Tolak...'
Tak tau pula di Malaysia, ada yang mengatakan itu cara paderi nak tarik orang Melayu masuk Kristian.
Entahlah...
Masing masing ada tugas 'fardu kifayah' kepada masyarakat Islam.
Apakah kita sudah menjalankannya?
Wallah hu aklam bisawab
Jazak Allah hu khairan
kenapa iman di hati begitu rapuh..??? kenapa agama menjadi taruhan bila dihimpit kemiskinan.. tuhan memberi kita akal dan kudrat utk meneruskan perjuangan dimuka bumiNya.. nescaya bumi milik Allah ini masih byk memberi sumber rezeki jika kita berusaha.. Islam amat membenci umatnya yg meminta-minta tanpa ada usaha... fikir-fikirkan lah...
BalasPadamSaya membaca emel kedua itu yang pada pendapat saya cuma menceritakan situasi dia secara ringkas, tapi saya faham tentang sikap prejudis dan fobia masyarakat kita terhadap ibu tunggal lebih-lebih lagi kalau yang ada rupa.
BalasPadamPada pendapat saya, beliau melalui suatu situasi yang terlalu tertekan, ditambah lagi dengan permasalahan dari masyarakat sekitar, sehingga jadi sebegitu. Saya tidak hairan kalau dia mengambil keputusan menerima bantuan dari gereja kerana saya pernah komen sebelum ini betapa golongan seperti ini sering memberi bantuan tanpa banyak soal dan songeh.
Mungkin saudara Mazidul perlu buat "cross-reference" dengan JKM pasal dakwaan IT ini tentang kes jual anak, dengan Jabatan Agama tentang serbuan tersebut.. kenapa mereka lakukan, dan apa tindakan susulan dsb. Di sini saya rasa macam ada sesuatu yang "hilang".. terutama bila dia menyatakan 4 anaknya terpaksa diberi kepada orang lain dan dia tidak ada hak untuk berhubung dengan anak-anak tersebut?
Ibu tunggal ini perlu dibantu terutama dari segi akidah, kerana melibatkan anak-anak juga.
Kepada nyonyacyber, bukan semua orang yang boleh berfikir macam tu. Tahap keimanan setiap orang berbeza-beza.
BalasPadamKena jadi empatik, baru kita boleh bayangkan keadaan dia. Jangan lupa beliau kata beliau pernah bekerja dengan gaji 7 ratus tu, tapi kita tak tau apa jadi selepas itu, mungkin masalah yang beliau alami sedikit sebanyak menjejaskan pekerjaannya.
Orang yang sangat tertekan, yang sangat serabut, kadangkala boleh jadi kurang penyabar.. atau jadi murung.
tak boleh nak salahkan ibu tunggal tersebut juga..kita marah apabila beliau berbaik dengan pihak gereja hingga ingin menukar agama..kita katakan "imannya rapuh"..memang bumi Allah ini tempat mencari sumber rezeki tetapi kalau tanpa pengetahuan dan tanpa bantuan susah nak berjaya..
BalasPadammaaf lah, tapi saya merasakan masyarakat Melayu Malaysia ini ramai yg busuk hati..bila berjaya sikit, ditaburkan fitnah..bila ada yg berjaya ramai yg dengki..bila ada wanita yang menjanda, dikutuk-kutuknya dan dikatakan nak merampas suami si polan..bila ada yang membantu secara ikhlas dikatakan macam-macam..hai..apa lah nak jadi..
nyonyacyber : sebab itu diadakan zakat untuk membantu golongan fakir miskin..kerana jika kehidupan melarat dikhuatiri seseorang itu akan murtad..namun ke mana perginya duit zakat yang dihulurkan?
saya rasakan bahawa sudah tiba masanya baitulmal setiap negeri dan Wilayah Persekutuan diaudit dan hasilnya disebarkan kepada orang ramai.
1. Kenapalah agama diperlekeh-lekehkan?
BalasPadam2. Hanya kerana sekelumit bantuan dari pihak Kristian dapat mengubah Tauhid?
3. Memang benar apa yang Allah firmankan. Kemiskinan boleh membawa kekufuran.
4. Binasalah sekelian umat Islam jika membiarkan saudara mereka merempat sedangkan memang ada cara dan jalan untuk membantu mereka ini.
5. Na'uzubillah..
Bila dah jadi mcm nie, pandailah pulak cakap pasal iman rapuh, yang rasa hebat tu dah diuji ke belum, silap hari bulan lagi teruk dari ibu tunggal dalam cerita ni.
BalasPadamkesimpulan ceritanya, orang melayu islam ni pandai bagi nasihat (bla...bla...bla...) tapi bila tang nak laksana cara-cara membantu fakir2 miskin seperti di atas, sorry to say, KO. Ditambah pula dengan PHD sesama melayu, pergh, bertambah teruklah masalah hamba Allah tu.
ringkas ceritanya, kita kena banyakkan cara membantu orang-orang mcm tu daripada cakap berapi-api depan TV.
Ps; rasa pelik, kenapa pada zaman khalifah berempat tu, ada pada satu masa, salah seorang khalifah menawarkan wang baitul mal tetapi tak ada orang nak ambik; bukan sebab rakyatnya kaya tetapi rakyatnya hidup dalam keadaan mencukupi.
bak kata cikgu saya, cakap berapi kentut berasap.
mmg menjadi tanggungjawab kita utk sama2 membantu.. tp dlm masa yg sama mereka juga perlu membantu diri mereka sendiri.. saya tidak menyalahkan mereka seratus peratus.. cuma sedikit terkilan kerana mereka sanggup menggadaikan agama bila dihimpit masalah.. saya pernah berurusan dgn pejabat zakat.. dan pernah melalui proses memohon zakat.. ianya tidak lah terlalu perit seperti yg diceritakan sebelum ini.. agaknya mungkin saya bernasib baik mendapat layanan baik dari pegawai pejabat zakat..
BalasPadamuntuk makluman.. sekarang ini pihak pejabat zakat ada menyediakan kaunter zakat express bg membantu mereka2 yg dalam kesusahan.. apa yg pernah saya lihat.. musafir yg datang dari kg pun boleh memohon duit tiket utk datang bekerja di bandar.. jd secara tidak langsung saya tak nampak kenapa begitu susah ibu2 tunggal ini utk mendapat bantuan..maaf jika saya tersilap tafsir.. sekadar berkongsi apa yg ada dalam fikiran saya..
buat Nyonyer..
BalasPadamsebagai info pelayar, elok sertakan nombor telefon unit zakat mana dan pegawai bertugas atau hotline, benda positif dan info berguna kepada mereka yang memerlukan..
untuk makluman setiap hari pejabat zakat selangor membuka kaunter zakat Express di lobi tingkat bawah.. boleh terus berurusan di sana.
BalasPadamLEMBAGA ZAKAT SELANGOR
MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH,
PERSIARAN MASJID,
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL : 03-5522 7700
FAKS : 03-5522 7722
Talian Aduan Pelanggan : 03-5522 7777
BalasPadamkaryabator;
BalasPadam''kesimpulan ceritanya, orang melayu islam ni pandai bagi nasihat (bla...bla...bla...)''
apakah saudara anggap tulisan di sini sebagai nasihat??
apakah berasap, setiap komentar di TV?
Undang-undang pun belum tentu pembaca dan penonton nak ikut, inikan pulan saranan cadangan..
nasihat dan cadangan perlu dibuka umum.
kerja belakang tabir itu niat, jika ramai yang membantu siapa tahu??
masih (tetap ada) ada insan yang IKHLAS mengamalkan cara hidup,
'sedekah tanpa publisiti''
kita mana tau dan siapa serta di mana..
terima kasih Nyoya muda..
BalasPadammudah-mudahan IT itu jujur dalam membuat pengakuan, bukannya menyalahkan suami, jiran sahabat saudaramara dan pihak berkuasa sahaja.
Zeqzeq,
BalasPadamsaya rasa saudara mungkin sudah salah faham dengan niat asal saya menulis komen disini. Komen yang saya tinggalkan bukannya ditujukan kepada hasil penulisan abang mazidul ataupun ditujukan kepada nyonya siber, sebalik ditujukan kepada sebahagian bangsa melayu islam yang berperangai seperti "tahu bagi nasihat tetapi tak tahu nak melaksana, cakap berapi tapi kentut berasap". Mungkin kelemahan saya menjelaskan sesuatu perkara telah menimbulkan rasa kurang sedap di hati saudara. Saya minta maaf diatas salah faham ini.
tahap iman setiap orang berbeza. iman kuat atau tidak, Allah tetap bagi dugaan.
BalasPadamcuma yang saya kesiankan, IT yang ada di atas terbertemu (ada ke perkataan tu?) dengan pihak yang lain, yang tak seagama dengan dia.
saya pelik sket, takkan la dalam ramai2 orang yang berada di sekeliling dia tu, takde langsung orang alim ke, imam masjid ke...
rasanya orang2 camni boleh membantu. tak banyak, sikit..
saya faham, kadang2 kita hilang rasional bila berada dalam kesusahan. semoga kita semua berda dalam lindungan Allah sentiasa.
jangan la asyik blame orang lain. maybe mende ni takkan jadi kalau Jabatan Agama Islam dengan JKM lebih bersikap understanding dan tidak bersikap judgemental. Ini bukan ajaran Islam. soal keimanan pulak memang subjektif dan Wallahua'lam. tapi masyarakat sekeliling perlu menyokong, menasihati, bukan mengeji.
BalasPadamape-ape pon semoga hidayah menjadi milik beliau. Allah Maha Pengasih Maha Penyayang Maha Mengetahui Maha Pengampun Maha Adil.
soal iman susah nk ckplah..bukan takde golongan beragama yg terlanjur perbuatan.soal aqidah perlu ditekankan dr awal dan sentiasa berpanjangan sbg peringatan.manusia kan mudah lupa.mgkin kat sini bila betul2 wujud kes ni,badan berkenaan perlu bertindak lebih agresif.sy percaya sbnrnya byk kes serupa yg berlaku di negara kita.tp x didedahkan atas alasan tertentu.ermm..byk sbnrnya.malah isu agama klu byk dipolitikkan.agak susah nk bersuara.
BalasPadamermm... terlebih dahulu saya minta maaf sekiranya bahasa yg bakal saya gunakan membuatkan anda rasa tidak senang...
BalasPadamtapi memandangkan ada yg prejudis terhadap org Kristian dan juga gereja...ingin saya utarakan pandangan saya disini (sebagai seorang Kristian)...
bantuan yg diberikan oleh org2 Kristian kepada individu (yang miskin dan hilang tempat bergantung) beragama lain adalah ikhlas (termasuk org2 kristian sendiri)... memang atas dasar 'charity n humanity'.... bukan berniat nak tukar agama org lain...sebab kami memang takkan memilih 'bulu' ataupun org apatah lagi agamanya apa...(slalunya mereka yg menukar agama kepada Kristian adalah atas kehendak mereka sendiri....) takkan nak biarkan mereka susah begitu... hidup merempat mengemis yang tak pernah berkesudahan... kalau tak percaya... ramai juga para ibu2 mengemis (sambil mengendong anak kecil mereka)disekitar Jalan bukit bintang berdekatan dengan Pavillion kerana saya juga berada disitu pada ketika itu...kalau tak percaya cuba lah bersiar2 disitu sekiranya anda ada kesempatan... kalau boleh cuba berjalan kaki... saya pasti anda akan melihat pemandangan yang saya katakan tadi...
tolongla jangan prejudis sangat dengan org Kristian... pasal nak tukar agama tu adalah keputusan tuan empunya badan... bukannya kerana 'hadiah lumayan' yg diberikan... kerana wang bantuan itu bukannya datang dari gereja kalau tak daripada bantuan orang ramai...
sekali lagi saya memohon maaf... bukan niat nak menghentam sesiapa...
Bro Mazidul,
BalasPadamKita kena terima hakikat bahawa permasalahan ini timbul kerana masyarakat Islam yang prejudis yang suka menghukum dengan zalim.
Cubalah mengadu pada Imam atau Majlis agama tentang permasalahan sebegini, kita akan dilayan seperti pesalah yang menunggu untuk masuk ke neraka.
Seorang kawan juga pernah ingin mengadukan masalah rumah tangganya kepada jabatan agama tapi ditanya macam2 seperti memasak atau tidak, kamu layan suami kamu di tempat tidur atau tidak. Apakah maknanya ini semua? Inikah Agama Islam?
Kalau cakap bodoh nanti marah pulak. Kalau cakap Islam kejam dan ganas lagilah dia marah tapi itulah hakikatnya yang berlaku.
Saya tak lah pulak sokong orang Kristian tapi tak boleh dinafikan kadang2 hati budi orang agama lain ni lebih suci murni dari kita orang Islam.
Saya sendiri pernah melihat penguatkuasa JAIS mencekak tangan dengan kasar sepasang suami isteri yang berpegangan tangan yang disangka belum bernikah.
Sudahlah dikasari, maaf pun takde. Hairan macam mana orang2 macam ni boleh bekerja dengan JAIS.
Yang paling best, suatu waktu di Majlis dinner company di mana saya jadi jemputan untuk menjadi sessionist band, seorang India menegur rakan Melayunya yang minum arak.
Malu saya waktu itu. Apa nak jadi dengan orang Islam di Malaysia ni.
-Izham-
Allah Maha Berkuasa Lagi Amat Luas PengetahuanNya..Pada Setiap KejadianNya Pasti Ada Hikmah Di Sebaliknya...Mari Sama-Sama Kita Bermuhasabah Diri..Cari Di Mana Kelemahan Kita..Di Mana Kesilapan Kita Sebagai Hamba Kepada Tuan Punya Yang Memiliki Kita..ALLAHU AKBAR!!!..
BalasPadamKepada Cik Puan Yang Bermasalah..Marilah Dengan Penuh Keinsafan Kita Renung Diri Kita..Dari Mana Asal Kejadian Dan Kemana Akhirnya Kehidupan Kita..??Innalillahi Wa Inna Ilaihi Raaji'uun..Sesungguhnya Kita Datang Dari Allah Dan Kepada Allah Jua Kita Akan Kembali...
Di Luar Sana Terdapat Banyak Sumber Yang Pastinya Tidak Akan Di Cemuh @ DiPertikaikan Oleh Saudara-Saudara SeIslam Kita..Kepada Yang Telah Sudi Membantu Ungkapkanlah Ucapan Terima Kasih Kepada Mereka Seperti Yang Telah DiAjar Oleh Agama Suci Kita Islam..Dan..Ayuh..Kita Mulakan Langkah Baru Untuk Mendapatkan Mardhaatillaah (Keredaan Allah) Di Dunia Yang Sementara Ini Dan Seterusnya Di Akhirat Yang Kekal Abadi...
Ilal Liqa' Ma'as Salamah..
Mengapa umat islam tak buat macam gereja buat dengan cara beri pertolongan kepada sesiapa sahaja yg memerlukan.. tak kira bangsa dan agama?
BalasPadam