Sabtu, Ogos 22, 2009

Lesbian Tidak Segah Gay

Sebelum ini saya kerap menonton program bual bicara televisyen dikendalikan pengacara wanita terkenal, Ellen DeGeneres, 51 tahun, dilahirkan di Metairie, Lousiana, Amerika Syarikat. Ibu bapanya bercerai ketika dia beusia 13 tahun. Allen kelakar, bersahaja dan kelihatan bijak.

“Allen is a lesbian,” ujar kawan.

Lesbian ertinya perempuan mengamalkan hubungan seks dan romantik sesama jenis.

Lalu saya mencari perincian berhubung dakwaan itu.

Allen mengistiharkan dirinya lesbian kepada dunia melalui majalah TIME. Dia ‘berkahwin’ dengan aktres Portia de Rossi, menjadikan mereka pasangan lesbian. Rossi, bercerai dengan suaminya pembikin filem dokumentari, Mel Metcalfe selepas mengistiharkan dirinya lesbian.

Allen dan Rossi mendirikan rumahtangga pada 16 Ogos 2008 sebaik Mahkamah Tinggi California membenarkan pasangan berjantina sama berkahwin..

“It’s something that we’ve wanted to do and we want it to be legal,” kata Allen.

Percintaan Allen dengan bekas kekasihnya, aktres Ann Heche sebelum itu dilaporkan gagal biarpun mereka tinggal serumah di antara tahun 1997 dan 2000. Heche kemudian dilapor memilih jurukamera lelaki, Coley Laffoon sebagai suami.

Allen pernah keluar bersama lelaki, namun berhenti pada usia 20 tahun.

"I liked guys. But I knew that I liked girls, too. I just didn't know what to do with that," ujarnya.

Lesbian di Malaysia, low profile, tidak segah penampilan lelaki gay. Bagaimanapun dipercayai mereka juga mempunyai kegiatan tersendiri tetapi agak 'tersembunyi'.

Terfikir, apakah antara faktor mendorong kewujudan lesbian di kalangan gadis Malaysia? Sekadar ikutan gejala di negara barat?

* Adamdryx begitu bersungguh-sungguh menyerang saya secara peribadi di blognya. Dalam tempoh 3 hari dari 24 Ogos 2009, jika Adamdryx tidak memadamkan entrynya berhubung serangan itu, saya tidak akan teragak-agak mencari maklumat TERPERINCI berhubung dirinya melalui syarikat penerbangan, majikannya. Setakat ini saya belum bertindak. Boleh begitu?

22 ulasan:

  1. lesbian agak MALU sikit agaknya.

    Gay tak MALU banyak rasanya.

    BalasPadam
  2. salam...

    yg ini yg saya nampak...
    -mrk ni bersekolah perempuan..xder pelajar lelaki utk diminati..jadi kaum sejenis menjadi perhatian..xsemua mrk lesbian..
    -tidak mau dilukai lg sekali lantas memilih kaum sejenis menjadi pasangan sbb faham antara satu sama lain..

    erm...pengkid dan lesbian x sama ker?

    BalasPadam
  3. salam semua
    Perasaan malu masih diterbitkan oleh lesbian2 di Malaysia nie..that's why kita susah nak detect..macam gay nie pulak, gaya dan perwatakan tu sendiri sudah cukup menunjukkan sifat 'ke-gay' an' mereka itu..hehehe..ada ke perkataan kegay-an

    BalasPadam
  4. salam dan selamat berpuasa..
    em..
    lesbian x semestinya terdiri dari golongan pengkid.
    tomboy pula x semestinya lesbian.
    kalau silap, maaf. hehe =)

    BalasPadam
  5. Mungkin lesbian ni melibatkan kaum wanita. seperti yang kita fahami, kaum wanita ni kan pemalu. Jadi kegiatan lesbian ni pun macam malu-malu juga la. haha.

    BalasPadam
  6. Ada sesetengah pendapat mengatakan, kaum wanita ni menjadi lesbian kerana mereka lebih selesa dengan kaum sejenis yang sama-sama lemah lembut dan pernah ada igauan ngeri bersama lelaki.

    BalasPadam
  7. Kalau penyebab lesbian disebabkan bersekolah di sekolah yang pelajar nya semua perempuan,saya tak berapa setuju,sebab saya dari darjah satu hingga ke tingkatan enam bersekolah yang pelajarnya semua perempuan...pokoknya iman dan satu lagi,perempuan lesbian ni takut dengan lelaki sekarang kut...

    BalasPadam
  8. jika tak dibendung, gejala Lesbian juga akan jadi 'masyhur' seperti GAY!

    BalasPadam
  9. kalau lelaki pegang tgn dgn lelaki, masyarakat angkat kening..klu pompuan jejalan pegang tgn dgn pompuan lain, masyarakt bole terima..sbb itu, ramai tk nmpak dan mereka bole 'bergiat' dgn lancar...


    ... sy rase perlu dihebahkan atau diuar2kan atau diceritakan selalu dlm majalah/blog/paper bhw KINI pompuan dan pompuan pegang tgn adalah sesuatu yg pelik...biar pompuan pikir 2,3 kali klu nk pegang2 tgn dipublic...biarlah ianya jugak dipandang spt lelaki pegang tgn sesama lelaki...

    BalasPadam
  10. Visit- http://orangutanchatters.blogspot.com/

    We are begging you for the sakes of orang utan. To ignore this is to deny the rights of another living creature. Human started all this and we are determined to put an end to it. Are you with us?

    BalasPadam
  11. saya setuju dengan anati.sekolah menengah dulu sy sekolah perempuan. xda mslh pun..xrama sbnrnya.itu semua lepas habis skolah masing2 mula dgn haluan sendiri. masing2 boleh fikir baik buruk semua, dan apa yang diorang buat effect sendiri kan. yang penting, iman dan hati..hmmm,sekadar pandangan..

    BalasPadam
  12. kecewa dengan lelaki malaysia yg memenuhi institusi pusat pemulihan dadah

    belum kira yang mati katak atas jalan (dok merempit)

    dan juga lelaki yang kurang kematangan..tahu enjoy2 tp masa depan xde jaminan...

    BalasPadam
  13. hakikatnya, isu lesbian tidak menjadi serius sebab banyak lelaki normal yg sukakan lesbian, mereka cukup ghairah apabila melihat lesbian beraksi didalam porno. Eh, entah entah Bro Maz pun suka tgk aksi lesbian dalam porno kan? Kebiasaan lelaki yg berusia seperti Bro Maz ini nafsu kuat, mesti selalu tengok porno, kalau tak kerap pun, pernah lah jugak kan layan porno... mengaku jangan tak mengaku, tak baik menipu, ini bulan puasa.

    BalasPadam
  14. pengkid (dyke) ialah TOP manakala lesbian ialah BOTTOM... mcm Allen tu, dia ialah pengkid, selalunya mereka ni suka berpakaian seperti lelaki, berambut pendek, kurang gemar bermake-up dan naluri kelakiannya lebih sikit dari lesbian...

    BalasPadam
  15. mungkin sebab lelaki tak pandai nak layan pempuan...syok sendiri je...kena tanya Dr Ismail thambi ni ha ha

    BalasPadam
  16. Lesbian dan Gay nama lain tp tingkah yang sama ... kedua2 dilaknat Allah... di malaysia tidak ketara mungkin disebabkan sifat wanita yang malu itu masih menebal.. namun ada juga yg tanpa segan silu menonjolkan kehidupan lesbian mereka di khalayak.

    BalasPadam
  17. pernah brhadapan dgn golongn2 lesbi ini...

    dan i never thought she's like that!

    based on her appearance, nobody will suspect dat she actually is a lesbi...

    n i hope, this 'fren' of mine tak buat lagi..

    apa khbr agaknya dia....hmmmmm

    smg Allah berikan dia hidayah

    BalasPadam
  18. Sebab-sebab mereka terjerumus dalam soal lesbian ni macam golongan homoseksual jugak. Naluri la, kecenderungan la.. dan apa-apa lagilah sebab yang dah kita dengar sebelum ni.

    Saya rasa golongan lesbian lebih "obvious" .. boleh sesiapa jawab, pengkid tu lebih suka menjalin hubungan dengan perempuan atau lelaki?

    BalasPadam
  19. Diaorg tuh tak berpegangan agama... tuh lantak lahh.. yg bangsa yg seagama kita ni lak yg ikut2an....

    BalasPadam
  20. bro ni link adam..tgk le

    http://www.manjam.com/adamdryx

    BalasPadam
  21. setelah tengok ulasan/komen2 pembaca kat sini nak tergelak pun ada, bukannya apa.....komen2 tu sangat tak tepat. kaum wanita jadi lesbian dan pengkid kerana naluri-sebab utama, kesua kerana keadaan persekitaran, pastu sebab lelaki. ellen ni bukan pengkid tapi dia andro, masih ada sifat feminin. setahu saya maaysia saja guna istilah pengkid=butch, butch adalah tidak sesuai dengan penampilan ellen yang lebih lembut dari pengkid=butch. lebih lucu tomboi yang di malaysia tidak dikaitkan dgn golongan lesbian, sebenarnya tomboi ni sebahagian dari lesbian kerana ada juga tomboy yang minat dan suka wanita. so jaga2 kalau nampak anak anda ada ciri2 ketomboian, jangan abai saja hehehhe. pengisian program2 agama yang kurang oleh kerajaan juga menyebabkan gejala sosial sangat teruk pada masa kini. terlampau banyak program hiburan dianjurkan tanpa memikirkan kesannya pada masa hadapan?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.