Sabtu, Februari 28, 2009

Tulisan Buruk

Pelajar Sekolah Kebangsaan Sea Park, Petaling Jaya, Selangor berusia 8 tahun pulang ke rumah dalam keadaan keliru.

Bertemu ibu, dia bertanya …

“Kita dilarang merosakkan harta sekolah kan ibu?,” tanyanya.

“Ya,” jawab ibu.

“Tapi kenapa cikgu koyakkan sehelai buku latihan saya? Buku tu ibu beli. Sebab buku tu bukan harta sekolah, cikgu boleh koyak ya? Cikgu kata tulisan saya buruk, sebab itu dia koyak,” tanya pelajar itu kembali.

Mencari penjelasan, ibu pelajar menemui guru terbabit.

“Cikgu, anak saya jadi fobia nak buat homework, katanya kalau tulisan buruk, cikgu koyakkan buku?,” tanya ibu itu.

“Maaf ya puan, memang saya koyak. Itu cara saya mengajar, saya nak dia jadi pandai,” jawab cikgu.

Wajarkah kaedah mengajar cikgu terbabit?

56 ulasan:

  1. Salam bro MAS..
    Wajar ke tidak,setiap individu ade pendapat masing2..
    tapi pada saya,saya rasa tak wajar kot..hmm..

    saya lebih suka kalu anak tadi diberi amaran atau dirotan..kenapa harus dikoyakkan buku tu??bukan ke buku tu terkandung ilmu lain yang dicatit selama mana yg anak tadi belajar kat sekolah berkenaan??mungkin buku tu boleh dijadikan panduan untuk anak tadi memperbaiki kesilapannya dengan menjadikan buku tu sebagai perbandingan@rujukan dimasa akan datang..kalau da koyak,tak boleh buat ape lagi..habislah ilmu tu suma masuk tong sampah..cikgu tu tak patut.. :(

    guru sekarang ni lain benar perangai dgn guru dulu..Mungkin ramai guru sekarang terpaksa jadi guru disebabkan kerja sekarang susah nak dapat barangkali..
    nak taknak terpaksa laa.Dah tertekan lepaskan pada anak murid..
    Kesian mereka..Tapi tak boleh disalahkan guru 100%,kadang2 murid pon tak kurang kurang ajarnya jugak..benda yang remeh pon nak diadu pada mak bapak..mungkin anak sekarang da terlebih bijak kot..hehee..

    Dulu masa sekolah kalau tulisan buruk cikgu saya baling@hempas je buku tu kat muka @ kat lantai.. Paling tidak pun,kena piat telinga..kalau kena rotan gred A jangan cakap..stanby je pegang tiang zazzzzz....berbilai,tapi tak report kat parent pon.sedar da memang salah kita...hmm..
    Macam2..

    BalasPadam
  2. salam..Cukup menarik isu nie tuk dibincangkan.Pada zaman sy belajar dlu pn kalau budak2 xbuat keje skolah pn kene jugak koyak buku,kene campak kat luar..Bab tulisan buruk xboleh baca pn lebih kurang macam tu jugak.Bercerita perihal masa sy belajar di sekolah rendah.Boleh dikatakan setiap hari sy dapat penampar,sekeh kepala,terajang,rotan dan mcm2 lagi oleh guru matematik sy..Bermula dari darjah 4-6 perkara sama berulang.Bukan sy sorang saja kena,tp ramai jugak.Sebabnya adalah xdapat selesaikan homework,dan xdapat menjawab soalan yg diberikan..Berkenaan dengan pelajar yg mengadu tu,sy rasa niat guru adalah utk mendidik anak bangsa.Bukan mendera atau bersikap kasar.Anak2 sekarang pantang ada salah sikit dah report kat mak ayah dan ada sampai jadi kes polis.Mungkin cara cikgu itu klu kita pandang dari sudut negatif pelbagai tanggapan xelok kita boleh buat.Tp dari sudut positif bg pemikiran sy,ia adalah tindakan utk mengajar dan juga tidak mahu pelajar lain ikut sama melakukan kesalahan seperti kawan mereka.

    BalasPadam
  3. Bagi sarah,ia tidak wajar sama sekali sebab ia mengajar anak murid itu sikap yang negatif "jika tidak cantik..maka musnahkan" secara tidak langsung!Bayangkan berapa banyak yang tidak cantik di muka bumi ini!

    BalasPadam
  4. Salam..

    saya ada 2 pandangan yg berbeza..
    1. dari satu pihak, iaitu guru, ia mungkin salah satu cara untuk mengajar pelajar / murid nya untuk menghasilkan kerja terbaik. Tetapi, mungkin ada kaedah yg lebih berkesan.

    2. Dari pihak ibu bapa, ia mungkin satu tindakan yang sukar untuk diterima. Yang mana, pada masa ini, duit begitu bernilai untuk kita semua. Buku yg dikoyakkan itu dibeli oleh ibu bapa bukan diberikan secara percuma oleh sekolah.

    Oleh itu, saya rasa, guru perlu memikirkan cara terbaik untuk mendidik pelajar pada masakini. Tidak boleh menggunapakai teknik yang diajar oleh guru2 pada tahun2 dahulu. Zaman dah berubah.. takkan pemikiran guru2 zaman sekarang tak bleh nk berubah??

    BalasPadam
  5. Susah sikit laa soalan ni bro..
    Itu cara yang cikgu-cikgu gua pernah buat pada gua dulu.. Walaupun ianya tak patut tapi bagi gua ia mengajar gua agar berusaha lebih kuat demi untuk mengelakkan buku gua dikoyakkan lagi.. Dulu bebudak sekolah bukan bawak duit banyak pun.. Takat sepuluh dua puluh sen je..!!

    Pada gua niat guru tu baik kerana hendak mendidik biarpun caranya keras seperti cikgu-cikgu zaman dulu-dulu. Bebudak sekarang ni kalau diberi muka pun akan pijak kepala.. Dah banyak dah contoh..!!

    Itu pendapat gua je laa.. Orang lain gua tak tau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni bodoh ,budak kecil lagi la,lagi satu mana tau mak ayah dia orang miskin x kesian pikirlah jugak cara lain x boleh,nasuhat ke rotan ke ni koyak buku ko ingat ko tu beli pakai air liur.

      Padam
  6. tak patut.. tindakan guru tsebut telah melampau. banyak lagi cara untuk mengajar anak murid supaya mempunyai tulisan yang cantik, sebgai contoh dengan memberi latihan untuk memperbaiki tulisan. selain itu, guru itu juga boleh memberi ganjaran seperti gula2 ataupun yg lebih baik jika anak murid tersebut dpt membuat latihan menulis tersebut dengan baik. secara tidak langsung, anak murid tersebut akan rasa dihargai dan akan terus berusaha untuk menulis dengan baik. guru tersebut jangan terlalu mengikut perasaan.

    BalasPadam
  7. kesian sungguh dengan pelajar ini, kecil kecil sudah ada trauma.

    BalasPadam
  8. Itu cara dia mengajar??? Ya betul, itu cara cikgu mengajar...bukan membimbing dan memimpin...amatlah sangat sedikit sekali untuk aku kategorikan cikgu sekarang yang diistilahkan sebagai pembimbing.Aku tidak salahkan cikgu itu. Mungkin dia juga bukanlah anak murid yang baik satu masa dulu??? Mungkin, kerana cikgu aku selalu berpesan, anak murid yang baik mungkin juga menjadi guru/cikgu yang baik satu hari nanti.

    "Cikgu,saya terjatuh baju saya kotor". Mungkin cikgu itu menjawab......"Buang sahaja baju itu tak perlu dibasuh, beli baru". Itu cara saya mengajar.

    BalasPadam
  9. Salam Bro,
    Rasanya tak wajar tindakan koyak buku pelajar kalau hanya disebabkan tulisan buruk. Saya pun mengaku masa darjah 1-2 tulisan saya buruk, hingga cikgu tersebut cakap ngan kakak saya. Tp xde la sampai nak koyak buku tu. Lagipun orang cakap tulisan paling buruk, tulisan doktor, tapi pandai gak sampai boleh jadi doktor.

    BalasPadam
  10. Kita tunggu komen CIKGU ... Mungkin itu cara diamalkan, cuma inginkan penjelasan sebenar.

    BalasPadam
  11. x wajar..
    perkara ini sering t`jadi di semua skolah..knp dgn guru zaman skrg ni?? hanya tulisan buruk?? dan itu cara dia mengajar?? walhal pada zaman rasulullah dahulu al-quran di tulis tanpa baris dan titik, dan ianya masih boleh dibaca sehinggalah pada zaman tabi'tabi'in baru lah di perkenalkan penulisan al-quran secara baris.. tapi skrg, hanya tulisan buruk dah di koyak, kalau tulisan itu tidak bertitik apa pula yg akan di buat oleh cikgu itu? adakah dia terus bakar je buku tu?? selain itu tidakkah cikgu tersebut berfikir bagaimana jika ibubapa pelajar terbabit adalah dari kalangan org yang susah?? untuk membelikan sebuah buku semestinya akan terasa kesempitan.. cuba cikgu terbabit di beri kan gaji rm500 sebulan dan terpaksa menanggung 5 org anak.. apakah tindakan dia?? adakah dia akan pergi berjumpa dgn perbit program BERSAMAMU??

    tidakkah cikgu terbabit tidak diberi latihan psikologi untuk mendalami perasaan kanak-kanak??
    apa jenis guru kah ini??

    komen skit bro....

    BalasPadam
  12. Salam bro mazidul,
    pada pandangan saya, kaedah mengajar cikgu tu adalah tidak wajar. Banyak lagi cara lain mengajar. Tak perlu la sampai kena koyak buku.

    Teringat saya zaman sekolah dulu, arwah abah selalu bagi latih tubi tulisan..tiap2 hari kena berlatih menulis. Selagi tak elok tulisan tu, selagi tu la kena menulis esok nya. Alhamdulilah berkesan jugak teknik tu.

    BalasPadam

  13. En Mazidul, mengapa ulasan yang saya buatsebelum ini di reject?
    adakah ia komen berbentuk serangan peribadi??
    saya tau itu hak anda,

    terkilan seketika...

    BalasPadam
  14. Hafis, maaf, komen itu tidak berbentuk serangan peribadi, cuma izinkan pembaca lain melontarkan pandangan mereka tanpa 'bias'.

    Lalu, jangan terkilan :)

    Masih menunggu komen Cikgu ...

    BalasPadam
  15. Royadly, komen menarik. Saya pasti kesan psikologi terpahat di perasaan pelajar itu.

    Ibu bapa pada masa sama tidak mampu memberikan penjelasan. Mungkin hanya sekadar berkata, "Tak apalah, perbaiki tulisan tu. Nanti mesti cikgu tak akan koyak lagi"

    BalasPadam
  16. Bro...sepatutnye cikgu memberi tunjuk ajar, bukan melemahkan pelajar dengan mengoyakkan buku mereka.

    pelajar boleh diberikan motivasi untuk memperbaiki tulisan mereka...cuba cikgu tu dekati murid tersebut, dan beri kata2 semangat...pasti perubahan akan berlaku kan...budak2 kalau diberi kata2 semangat, maka bersemangat lah mereka untuk membuat perubahan.

    Salam dari Rampage.

    BalasPadam
  17. salam..
    kesian pada anak kecil itu..
    sure fobia nak menulis homework..

    bagi kakliza..sebaiknya guru tersebut memberikan latihtubi tulisan pada pelajar itu supaya secara tak langsung dia dapat memperbaiki tulisannya..
    tapi kemungkinan guru itu berpendapat itu cara dia mengajar untuk pelajar itu menulis dengan cantik..

    by the way..tulisan anak bungsu kkliza pun buruk..
    setakat ni takderlah guru koyakkan buku dia lagi..
    cuma kkliza mmg asik suruh dia padam balik apa yg dia tulis..
    tuliskan secantik yg boleh baru kakliza beri dia teruskan kerja homeworknya..

    BalasPadam
  18. jawapan saya: TIDAK WAJAR

    seperti pandangan pandangan pembaca yang lain... yang pernah mengalami situasi yang sama iatu ... cikgu koyak buku sebab tulisan tak cantik....

    saya sedang berfikir.. mengimbas kembali... pernah ke saya koyak buku anak didik saya semasa menjadi guru tuisyen di rumah... erm erm... erm erm...

    TAK ADA...

    tulisan anak anak didik yang buruk?

    ADA

    apa saya buat:

    saya belikan buku anak anak kindergarten... yang ada titik titik itu... hurm... saya suruh mereka ikut sampai habis... then dekat buku yang ada garisan pink, biru pun saya suruh buat jugak... sebagai tambahan...

    at least tidak koyak kan buku...

    dan nampak perubahan...

    p/s: saya bukan guru keluaran IPTA mahupun Maktab... cuma buat duit melalui apa yang saya boleh ajar... itu sahaja...

    BalasPadam
  19. ntah la sbb masing2 ada cara n pndpt t'sndri. tp mase sy sklh dulu sy plg benci kalo ade cikgu yg mcm 2. ckgu yg koyak buku student @ cmpak keluar @ baling kt lntai etc. sbb bg sy cara 2 sgt kasar n x hormat air muka org laen.

    bayangkn perasaan kita kalo kene cm2? rase mcm xde maruah..itu ape yg sy rse bila dh sklh menengah. mase sklh rendah myb takot je kot..

    tp alhamdulillah sy x penah kene cm2. tp kalo kwn sy kene yg simpati kt kwn sy n mympah kt ckgu 2. tp x baek b'perasaan cm2 kt cekgu sndri kn.. myb sbb 2 result exm x gempak2.hehehe..

    tp myb cekgu ade sbb n cara mrk t'sndri

    BalasPadam
  20. En mazidul, kemana perginya Pengacara MHI iaitu Wardina yg pernah bergandingkan dgn anda dlm MHI?? mungkin soalan ini keluar dari topik

    BalasPadam
  21. Hafis, Wardina baru melahirkan cahaya mata ke 3. Dia akan kembali mengacarakan MHI bermula Mac ini jika tiada aral melintang.

    BalasPadam
  22. Salam saudara Mazidul,

    :-)

    personally, saya merasakan tidak wajar guru tersebut melakukan apa yg beliau lakukan. lebih2 lagi kepada insan yg baru nak kenal huruf dan tulisan. paling2 pun, do like my former primary school teacher did, rotan tapak tangan dgn pembaris...hehehe. takde le kuat mana pun, tapi... zaman sekarang ni, rotan sikit pun heboh sedunia. salah siapa ye? guru? anak/pelajar? ibu bapa? ahli politik?
    :-)

    mungkin pihak tertentu boleh memperkenalkan semula sub-topik "Tulisan" dalam sistem pendidikan sedia ada. Tulisan saya kemas kerana sub-topik itu la.

    BalasPadam
  23. SANGAT TIDAK WAJAR BAGI SESEORANG YG BERLATAR BELAKANGKAN PENDIDIKAN..

    BalasPadam
  24. salam..
    isu yang menarik bg sy sebagai bakal warga pendidik..insyaallah..
    sy rasa perbuatan guru tersebut tidak sesuai untuk sesi pengajaran beliau..sepatutnya,sekiranya budak itu bertulisan buruk,cikgu tersebut perlulah membimbing secara profesional.ada pelbagai cara utk mengubah tingkah laku dalam menulis perkatan dengan cantik yang cikgu tersebut boleh lakukan dan agak panjang kalau hendak dinyatakan disini..seeloknya(pendapat saya) guru tersebut perlu membuat peneguhan positif terhadap kelemahan(bertulisan buruk) pelajar tersebut dan tidak perlu hingga mengoyakkan buku..perbuatan tersebut menunjukkan satu tahap profesional yang amat rendah sebagai seorang pendidik..hanya pandagan

    BalasPadam
  25. http://pkrpasdap.blogspot.com

    WAJAR
    kena faham kerja guru..jgn salahkan guru..
    kesalahan guru koyak buku, bukannya rogol budak...


    TIDAK WAJAR
    guru buat bodoh aje..
    lantak lah bukan anak aku...

    FIKIRLAH

    BalasPadam
  26. Cikgu, syukur anda akan menjadi pendidik. Saya harap anda akan menjadi pendidik berwibawa dan berjaya dalam kerjaya di dunia dan di akhirat.

    Saya faham bukan mudah menjadi pendidik, harus berhadapan kerenah murid pelbagai usia dan latar belakang. Bagaimanapun, saya pasti anda sudah bersetuju memikul tanggungjawab terbabit, lalu laksanakan dengan sempurna.

    Saya juga nakal semasa bersekolah dahulu. Darjah 1-6, saya bersekolah di SK Slim Village, Perak. Selama 6 tahun saya menduduki tempat pertama, kedua atau ke tiga dalam setiap peperiksaan. Kejayaan itu hasil didikan cikgu dan usaha saya sendiri.

    Tingkatan 1-5 saya menuntut di SM Slim River. Saya berjaya mendapat pangkat satu dalam peperiksaan SPM tahun 1987, itu juga hasil didikan cikgu.

    Yup! Saya pernah didenda berdiri selama 2 jam di luar kelas 5 Sains I akibat berbuat bising di dalam kelas. Itu kesalahan saya.

    Manakala untuk pengetahuan semua, tulisan saya sememangnya buruk hingga ke hari ini. Biarpun tulisan guru dan ibu bapa saya tersusun rapi.

    Sebagai maklumat tambahan, di entry atas saya sertakan tulisan buruk pelajar tahun 2 terbabit. Terus terang saya nyatakan, tulisan tangan dia lebih cantik berbanding tulisan saya sewaktu seusia dengannya :)

    BalasPadam
  27. bagi pendapat sy sebagai seorang guru, cara guru tersebut kurang sesuai.. byk cara lain yang boleh digunakan utk membantu murid tersebut. antara yang sering saya lakukan adalah dengan memberikan banyak latihan menulis mengikut garisan titik2. ataupun buat semula latihan yang sama di muka surat lain. sekiranya ada peningkatan bagilah pujian atau sedikit ganjaran walau pun hanya sebiji gula2. setiap budak berlainan karakter. ada yang perlu dipuji selalu ada pula yang perlu kena marah baru nak berubah.

    BalasPadam
  28. dqrinz, saya setuju dengan banyak pendapat di atas. Jika tulisan pelajar benar2 buruk, berikan mereka latihan sewajarnya.

    Saya percaya bukan semua kita sewaktu kecil mampu tampil dengan tulisan tangan kemas. Bagaimanapun tulisan bukan melambangkan kejayaan anak2 ketika dewasa. Ramai antara kita, saya percaya, mempunyai tulisan buruk semasa berada di darjah dua kemudian menjadi manusia berjaya dan berguna menjelang usia dewasa.

    BalasPadam
  29. Salam.
    Isu yg kita bincangkan hanyalah secubit drpd 1001 asam garam dunia pendidikan.

    Tindakan guru mengoyak buku ada 2 implikasi: positif dan negatif. Dalam mendidik, seseorang guru ada langkah2 yg perlu dilakukan. Secara umumnya, mengoyak buku murid atas kesalahan pertamanya (atau ke-2 atau ke-3 nya) adalah tidak wajar. Ada banyak kaedah dan teknik pemulihan / pengukuhan yg boleh dilaksanakan.

    Namun, kalau dah bermacam2 teknik dilakukan, dan hasilnya tetap sama - sesuatu yg lebih tegas (dan tak ada dalam buku pendidikan yg diajar di universiti atau maktab)perlu dilakukan. Pengalaman saya mengajar saya perkara itu.

    Cumanya... sesuatu peneguhan negatif yg dilakukan perlu disusuli dgn peneguhan positif - supaya murid berfikir bahawa : "ohh..sebenarnya cikgu nak bantu saya, bukannya nak menghukum saya.."

    Kalau ada pun kesilapan cikgu dlm kes tersebut, barangkali, ialah beliau tak "tangkap hati" murid tersebut dgn kata-kata yg membina semula harga dirinya.

    Terima kasih atas keperihatinan ibu bapa, tapi percayalah - guru berusaha yg terbaik demi kebaikan anak-anak muridnya - walaupun kadang2 disalah lihat sebagai tidak wajar.

    BalasPadam
  30. tak wajar...
    kena perlu nak dikoyakkan buku tue..
    dengan alasan tulisan tak cantik...
    penting sangat ke dengan tulisan cantik...
    janji hasil kerja tue memuaskan dah laa....
    huhu

    BalasPadam
  31. salam...

    tindakan cikgu tu mungkin salah dimata ramai pihak. Tapi saya yakin, cikgu tu dah byk pertimbangannya. Sebagai cikgu, mesti tak nak tindakan dia menjadi ikutan murid lain.

    Cuma, saya kesal ngan ibu bapa sekarang... cepat sgt melenting, tanpa usul periksa, serang guru membuta tuli... bila Guru Besar tak back up, kesian guru tuh.

    Macam kes kat sekolah saya,... cikgu tu didakwa tahan budak daripada balik, sehingga anak dia tu tertinggal bas dan tak pergi sekolah agama.

    Mak dia datang serang sekolah. Cikgu tu sebenarnya tak tahan pun. Dia balik sama ngan kawan2 dia yg lain. Mungkin dia dah pandai cipta alasan yg boleh menyelamatkan dirinya yg tak pergi sekolah agama sehingga guru tadi menjadi mangsa.

    Bila ditanya semula dgn budak terbabit, betul ke cikgu tahan dia balik...? Dia kata tak... Pulak dah... kan dah naya cikgu tuh

    So, saya nasihat kat semua ibu bapa, jgn mudah nak salahkah cikgu. ibu bapa mendidik anak mungkin 6-7 orang... kami cikgu2 mendidik beratus orang murid, bukan suatu tugas yg mudah.

    So, beri lah kerjasama pada kami. Ada masalah...bawak2 la berbincang. semuanya boleh diselesaikan dengan baik...

    BalasPadam
  32. Nampaknya baru 1 cikgu beri pandangan..

    Oklah saya rasa saya pn nak cakap sebagai seorang cikgu/pendidik..

    Hal cikgu mengoyakkan buku tu, saya rasa tu approach cikgu tu sendiri.. Kalau ikut pedagogi dsb. cikgu tak akan berbuat begitu.. Kebelangan ini, memang diakui ramai cikgu yang stress.. Mungkin itu salah satu sebab dia berbuat demikian..

    Melalui pengalaman saya sendiri, saya tidak pernah mengoyakkan buku murid/pelajar, saya akan komen personally supaya dia membaikinya..selalunya mereka akan mengikut.. Ini pulak budak darjah dua..

    Buat pesanan kepada rakan-rakan seperjuangan, ingatlah yang kita ini juga pendidik..

    BalasPadam
  33. bro sekadr ingin bertanya.. adakah cikgu tersebut masih muda atau masih baru dalam alam perguruannya..

    BalasPadam
  34. Saya setuju dengan jan. Mungkin pedagogi guru tersebut tidak diajar sepenuhnya

    BalasPadam
  35. tak wajar maz cekgu itu berkelakuan begitu. buruk sangat sifat cekgu ini sebab tak paham budak umur 8 tahun tidak boleh disamakan dengan budak umur 18 tahun. saya berumur 11 tahun baru pandai menulis dan mengeja. sekarang saya bekerja sebagai pakar ekonomi di putrajaya. jangan silap menilai kerana kanak-kanak perlukan bimbingan dan bukan amukan.

    BalasPadam
  36. aku akui mempunyai tulisan menarik.aku boleh tulis beberapa bentuk tulisan.aku minat dengan benda2 yang indah dan cantik.termasuk gaya tulisan.ini semua kerana aku refer kepada tulisan mak+arwah ayah aku yang cantik.walau pun aku x berapa faham dengan tulisan mak+arwah ayah aku yang lebih kepada unsur roman tu,aku ambik inisiatif sendiri untuk mempunyai bentuk tukisan yang cantk bagi menarik perhatian dari cikgu2 atau pun rakan2.beberapa tulisan telah aku create di cedok dari komik2 majalah ujang sekitar 93'~95' yang menjadi refferences aku.

    oleh demikian,aku berpendapat ada baik dan buruknya guru2 menghukum dengan cara mengoyak kan buku murid itu.

    buruk:
    murid akan menjadi fobia seperti yang di nyatakan selain terus x minat dengan matapelajaran guru terbabit.mungkin akan lebih teruk lagi sehingga x hingin pegi sekolah jika didapati guru terbabit mengajar pada hari itu.

    baik:
    murid akan memaksa diri nya untuk lebih kemas kan tulisan nya.dengan itu akan mempunyai murid2 yang kreatif.itu pun jika murid itu menerima nya dengan positif.selalu nya tidak.sebab diorang masih mentah untuk mengenal erti positif.

    Kesimpulan dari pada diri aku,benda2 ni semua terletak pada pehak ibu+bapa cara mendidik anak2 nya.Setidak2 nya,menjadi contoh pada anak2.Sebagai contoh,jika sibapa seorang perokok,x mustahil anak nya pun seorang perokok atau lebih teruk lagi...

    BalasPadam
  37. Teddy, kes ini terjadi kepada anak saya sendiri. Cuma saya tidak nyatakan daripada awal untuk saya menerima komen tanpa 'bias' anda semua.

    Terima kasih kerana melontarkan pandangan.

    Saya percaya, guru mempunyai cara tersendiri mendidik anak murid mereka. Cuma kekadang kita sebagai ibu bapa tidak mempunyai jawaban persoalan dikemukakan anak berusia 8 tahun.

    Anak saya menjadi fobia membuat kerja rumah diberikan guru terbabit. Itu kesan langsung dari sudut psikologi. Bagaimanapun saya katakan kepada anak, berusahalah memperbaiki tulisan, biarpun saya lihat tulisan tangannya tidak seburuk mana, masih boleh dibaca.

    Saya merujuk kes ini kepada beberapa guru berpengalaman sebelum menulis entry ini, majoriti berpendapat tindakan guru terbabit KURANG wajar. Dalam mendidik anak kecil, jika guru melatah, bimbang kesannya berpanjangan.

    Saya mampu merujuk kes ini kepada pihak atasan Kementerian Pendidikan tetapi saya ingin guru dan anak muridnya belajar daripada tindakan masing2. Tidak sekali2 berhasrat memperbesarkan isu mengoyak sehelai muka surat buku latihan.

    Saya cuma bimbang, perasaan anak turut 'terkoyak' jika penjelasan logik tidak diberikan kepadanya.
    Jika anak itu pandai segalanya maka tidak dia bergelar pelajar. Itu kesimpulan saya.

    BalasPadam
  38. asalam..bro mas..
    mmg klu difikirkan dr penulisan nie nampak sangat nak salahkan cikgu2..tapi rasanyer mmg tak patut pon salahkan cikgu...perlu salahkan ibu bapa juga..kenapa saya berkata begitu?dalam sehari cikgu hanya ader lebih kurang masa 1-2 jam sahaja bersama seorang anak murid..(ikut jadual harian) yang selebihnya...mungkin bersama ibu bapa..kenapa perlu diharapkan semua kerja dibahu guru?bayangkan klu cikgu tu ader 500 pelajar?berapa banyak buku yang harus ditandanya setiap hari...itu baru satu mata pelajaran,klu dah seorang cikgu tu sampai 2-3 mata pelajaran?darab la sendiri...
    mungkin itu kaedah guru tu sendiri..klu nak tumpu seorang murid sahaja?mcm mana ngan anak murid yang lain...
    jadi bagi saya..ibu bapa dan guru harus saling faham memahami dan sering bertanya pendapat untuk anak mendidik anak bangsa...
    sekian..

    BalasPadam
  39. Teringat masa umo 11 thn(1989),waktu tu baru belajar guna pen utk menulis.Guru kelasnya pulak cikgu yg baru ditukar dr sekolah bandar ke sekolah kampung(sekolah saya)..sy ada ditegur 2-3 kali sebb tulisan sy mcm ckar ayam..x kemas..penat menegur, cikgu tu ketuk jari sy ngan pembaris kayu kuning tu...tp bukan kuat..sekadar utk 'menegur' DAN selepas itu..sy berusaha utk memperbaiki tulisan sy...waktu darjah 6, tulisan sy antara yg cantik dlm kelas..sampai sekarang, kami masih brhubungan, tetap hormat dan syg dia mcm ibu sendiri..pada sy guru2 sekarang kurang 'aura' sbg guru, setengahnya jd guru sbb xde keje yg sesuai lpas amik 1st degree. pastu mohon KPLI. anggap pelajar bukan amanah , tp sekadar memenuhi laporan utk dpt gaji akhir bulan.
    maaf ckp, anak sy penah di suruh carikan air jampi utk suh anak sy x hiper dlm kelas..Huh! Ada jugak pemikiran kuno guru yg ada diploma/ ijazah...dan sekarg ni kecoh kat sekolah guru sama guru main surat layang memfitnah. Aduhai..makin serabut sekolah tu...Kes ni dh sampai ke pengetahuan Pej.Pendidikan Daerah, tp xde perubahan..rsnya seorg guru x sesuai berada TERLALU lama di sesebuah sekolah sbb nnt rs pulak diri tu Hebat sbb dh berada dlam zon selesa..Apapun rasanya sesiapa yg memilih propesion perguruan sebagai kerjaya tunaikanlah AMANAH sebaiknnya.Sebb nya sume kerja HALAL itu ibadah.Keja kena dpt KBERKATAN,dan jgn lupa..wpun anda GURU, anda juga brstatus ibu/bapa yang anak2 anda dididik oleh insan brnama GURU.

    BalasPadam
  40. Bang Dul

    "“Maaf ya puan, memang saya koyak. Itu cara saya mengajar, saya nak dia jadi pandai,” jawab cikgu."

    Kalau dia nak tau macam mana saya mengajar "guru yang suka mengoyakkan buku murid..."

    Tunggu aku balik.

    bagi tau Nama sekolah, alamat, Nama Pengetua, nama Guru tersebut, nama isteri guru tu, nama anak anak guru tu, nama bapa, nama ibu, nama Jaga Sekolah, Poskod, nama Jalan...Siap dia....

    Nota: Tulisan aku pun buruk juga...
    tapi dapat gak kerja Macam sekarang... Heleh, baru jadi cikgu dah berlagak, belum jadi Guru Besar lagi...

    Lepuk belakang kepala 91 kali baru tau... ketumbuhan dalam otak nanti.

    BalasPadam
  41. mendidik ni adalah satu perkara yang amat sukar... fahamlah wahai rakyat malaysia.. masing2 ada cara tersendiri... apa shj yg kita lakukan x mungkin dapat puaskan hati semua pihak...

    BalasPadam
  42. sy rs wajar sbb tu cara nk mendidik dan melatih pelajar..bila pelajar tkt, so dia akan wat yg terbaik lain kali

    BalasPadam
  43. Kalau muka banyak jerawat, kita koyak kulit muka ke?

    Tak .. kan?

    Apa kita buat? Kita cari ubat jerawat dan rawat muka :)

    BalasPadam
  44. Salam.

    Ingat tak "kata-kata keramat" seorang ayah yg selalu diceritakan orang pada hari pertama persekolahan? Begini bunyinya..

    " Cikgu...hari ni saya serahkan anak saya kat cikgu. Cikgu didiklah anak saya dengan apa cara pun, asalkan tak patah dan tak cacat, sudahlah..."

    Berbahagialah insan bernama cikgu itu kalau berhadapan dengan ibu bapa seperti ini...

    BalasPadam
  45. Abuamin, pernah dengar kes pegawai polis membawa pelajar pulang dari sekolah dan berkata 'Anak puan dipercayai dicabul guru. Kita sedang siasat guru terbabit mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan' :)

    BalasPadam
  46. sdr MAS,
    semasa cikgu itu mengoyak buku, dia berada dalam keadaan yg emosional.
    Namun dia cukup profesional apabila bertemu dengan ibu kanak-kanak itu.


    Sebagai guru, terutama yang mengajar di sekolah rendah, tidak sepatutnya bertindak demikian. banyak lagi kaedah lain yang boleh digunapakai utk 'mengajar' anak didik.

    BalasPadam
  47. Budak-budak zaman sekarang manja sangat. Kena marah dek cikgu sket kecoh berambat ke balai polis...merepot sane-sini.

    Saya dulu masa zaman sekolah lagi teruk kena. Balik rumah nak crite balik kat ayah pon takut.

    Kena marah adalah tujuan untuk membentuk disiplin. Tanpa displin kita tidak dapat membuat kerja dengan sempurna. Kerja yang tidak sempurna, kita tidak dapat hasilnya.

    Adakah suasana politik semasa yang mengajar rakyat supaya rajin2 lah merepot ?. Isu PPSMI pon perlu repot polis ke? Adakah ia satu jenayah?...

    BalasPadam
  48. nasib baik laa muka saya tak dikoyak...ahahahaha

    BalasPadam
  49. mcm ni la bro.. masing2 ajar sendiri anak mereka di rumah.. guna kan cara sendiri,,,

    BalasPadam
  50. bro, tk terlambat nk komen ni kan..
    pasal guru koyakkan buku murid??
    mmg tk patut sbb fikirlah beb..beli buku dgn duit, duit susah nk carik skrg nih disbbkan dengan ekonomi yg tk kukuh skrg nih dan yuran dan duit buku yang mahal. dahlah penat mak ayah menasihatkan anak2 derang supaya jaga buku elok2 sbb mak ngan ayah susah carik duit utk belikan buku tu so, bg guru yg mmg berpendidikan tinggi tp kenapa guna akal yg singkat berbuat demikian, walau mcmna stress pun anda, kena lah terima hakikat yang anda adalah guru dan idola pd murid2 tu semua, marah mcm mn sekali pun jgn lah buat demikian, budak tu baru umur 8thn, kecik lagik dan masih boleh ditegur secara halus. kalau tk boleh jgk, buatlah satu catatan ringkas pada buku latihan derang utk parents, supaya memantau anak2 derang dirumah utk berlatih dalam penulisan sbb di sekolah tiada masa yg byk utk guru beri latihan yg byk. lama kelamaan, tulisan murid tu akan berubah sedikit demi sedikit cantik dan sejuk mata cikgu memandang dan tk lah terlampau stress.

    hehehhe..bleh diterima tk bro...

    BalasPadam
  51. lah anak abg mazidul ke?...
    cikgu tu tau tyak yang anak itu ayahnya abg mazidul?

    berani betol?...

    huh!!

    tu ler... buat lah pembahagian yang pernah saya nyatakan...

    BalasPadam
  52. KOYAK BUKU KERANA TULISAN BURUK-
    TAK PATUT LANGSUNG..
    BUKAN SEMUA ORANG BOLEH TULIS DENGAN CANTIK..

    HURM..

    BalasPadam
  53. assalammualaikum

    first time di sini....
    isu koyak buku tulis ya...
    berlaku pada anak tuan rumah...

    dah berbelas tahun mengajar, tapi tak pernah saya mengajar budak sekolah rendah, kecuali anak sendiri...


    secara peribadi saya tidak menyokong tindakan tersebut,
    walaupun...

    ada sahabat saya yang membaling buku keluar...itupun setelah berkali memesan kerja yang diberi perlu dibereskan...tapi ini untuk pelajar menengah, terutama yang tingkatan lima, sebab tak reti2 bahasa....

    kalau sekolah rendah...lain lah pulak pendekatannya ya...
    apa pun cikgu2 kena kreatif mendenda....ada banyak cara....tepuk dada tanya pengalaman....

    eloknya sebelum mendenda, bertanya2 ngan cikgu2 lain cara2 mendenda yang berkesan dan profesional

    BalasPadam
  54. dahulu jika murid bersalah maka masyarakat akan menerimanya dengan keterbukaan. namun, masyarakat kini akibat dari keterbukaan pula akan menerimanya sebagai biadap dan kurang ajar. pelbagai hukuman boleh dilaksanakan oleh guru mengikut guru tersebut. ada guru yang mahukan perubahan secara mendadak dan ada juga yang sifat ansur maju. pada saya, saya akan menulis komentar dikaki buku mengenai teguran yang perlu diperbetulkan seperti tulisan anda tidak kemas. sila perbaiki. jika pelajar yang elok tulisannya saya akan tulis pula teruskan usaha anda serta deretan bintang sebagai tanda pencapaian. jika orang lain berbeza pula.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.