Ahad, Ogos 02, 2009

Demonstrasi Jalanan SAMA Perarakan Maulidur Rasul?

NIAT mereka terbabit dalam demonstrasi 1 Ogos 2009, mendesak kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA. Itu hak mereka.

Tetapi CARA mereka menyusahkan pelbagai pihak.

1. Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin jumlah kerugian dan kerosakan harta benda terpaksa ditanggung peniaga di Kuala Lumpur mencecah RM200 juta.

2. Sistem pengangkutan Transit Aliran Ringan, LRT tergendala apabila Stesyen LRT Masjid Jamek ditutup di antara jam 12 tengahari dan awal malam. Warga emas, wanita dan kanak-kanak terpaksa berjalan jauh ke stesyen LRT terdekat.

3. Pengunjung pusat membeli belah di bandaraya mendakwa terkurung lebih 2 jam kerana takut keselamatan tergugat akibat demonstrasi dianjurkan.

4. Demonstrasi turut membabit juvana, buktinya 37 remaja ditahan semalam.

Kesimpulannya, NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.

***
Saya terbaca Hazrey menulis, ‘Berarak cara itu (demonstrasi anti-ISA) bukan cara Islam. Menyusahkan orang lain kerana nak tunjukkan kekuatan kita berkumpul’.

Komen terbabit kemudian dibantah Abuamin, catatannya sinis ditujukan kepada Hazrey, ‘Bro, kalau gitu, bro patut saman semua Jabatan Agama termasuk JAKIM kerana menganjurkan perarakan Maulidur Rasul dan Maal Hijrah setiap tahun. Itu bukan ‘ajaran Islam’ bro ..’

Komen saya, hairan, bagaimana Abuamin boleh MENYAMAKAN demonstrasi jalanan semalam dengan perarakan Maulidur Rasul dan Maal Hijrah kerana perarakan terbabit tidak menyusahkan pelbagai pihak berbanding demonstrasi jalanan dianjurkan.

KECUALI jika Abuamain bersetuju dua sambutan besar dalam kalendar Islam terbabit menyusahkan pihak tertentu.

Kata anda?

* Gambar: Lelaki, 77 tahun dan anak dari Alor Star, Kedah, terperangkap di Stesyen LRT Masjid Jamek akibat demonstrasi jalanan.

* Klik 'Abuamin' di komen, TIADA profil. Ish! Ish! Peserta demonstrasi semalam, ramai tutup muka :)

78 ulasan:

  1. Maaf kalau catatan ini mengguris perasaan. Kepada Abuamain, demonstrasi mansuhkan Isa secara kekerasan, manakala perarakan Maulidurrasul lebih bersifat kepada perpaduan dan kelembutan. ( Bukan niat untuk menyakiti hati saudara)

    BalasPadam
  2. oo bukan ajaran ISLAM??? sunat, harus wajib atau haram??mana satu

    BalasPadam
  3. Bro, girl yang bertudung purple tu buat demonstrasi juga ke?

    BalasPadam
  4. Saya pasti saudara Abuamin belajar sesuatu dari saudara seIslamnya pada hari ini. Seperti yang saya katakan, menyamakan Maulidur Rasul dengan demo yang berentitikan maku hamun, caci maki adalah tidak berasas. Itu kata saya (dengan cara berhemah).

    p/s: Kesian bapak mertua saya tu. Hehe. Comel. :)

    BalasPadam
  5. Bazrul, dia bakal menantu pak cik tu, bakal isteri hakim :):)

    BalasPadam
  6. Bazrul dan Hazrey, awak berdua jangan sesekali ditangkap dan didakwa di Alor Star, Kedah.

    Sah, ada HAKIM akan kata, "Kamu berdua didapati besalah!"

    BalasPadam
  7. Sekadar bertanya sahaja. :) Ingatkan girl tu sertai demontrasi juga. Bukan apa, tak sesuai dengan dia. Haha..

    BalasPadam
  8. Awat kalau kat aloq staq kami didapati bersalah? haha..

    BalasPadam
  9. Demonstrasi yang dianjurkan adalah demonstrasi yang aman.Yang menjadi kecoh adalah bila mana pihak berkuasa mula menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan perarakan tersebut.Gas pemedih mata ini pula ditujukan sesuka hati ke arah orang ramai.

    Sekiranya pihak berkuasa dapat mengawal pergerakan peserta demo tersebut sepertimana mereka mengawal pergerakan peserta Le tour De langkawi sebagai contohnya,maka sudah tentu tidak akan berlaku kekecohan dan peserta demo akan selamat sampai ke destinasi mereka.

    Jadi sekiranya Perhimpunan Anti ISA tidak boleh disamakan dengan perarakan Maulidul Rasul,kita boleh menyamakannya dengan lumba basikal Le Tour De Langkawi.Apa yang penting adalah niat pihak berkuasa itu sendiri,samada ingin memberi perlindungan ataupun menghalang sesuatu acara itu.Kerjasama daripada pihak berkuasa amat penting bak kata wonderpets..."apa yang penting kerjasama..."

    biaqpila.blogspot.com

    BalasPadam
  10. Bazrul, tengok lelaki berjaket coklat berjalan dengan pak cik tu, beliau HAKIM Mahkamah di Alor Star, Kedah. Bakal memperisterikan gadis bertudung ungu :)

    BalasPadam
  11. Biaqpila, I was there, were you there to see with your on eyes?

    BalasPadam
  12. ohh.. i know. Patutla bro cakap kalau kat alor Star akan didapati bersalah. ( lambat pick up la ):) Takkanlah bakal wife hakim nak sertai demonstrasi.. Salah tafsiran la Bro. :)

    BalasPadam
  13. Biaqpila, la ... demo jalanan SAMA dengan Le Tour De Langkawi pula?

    BalasPadam
  14. Sepatutnya, pemimpin yg ingin memansuhkan ISA perlu duduk berbincang dengan kerajaan. Memberi idea/pandangan dan bukan mempergunakan rakyat sebagai landasan protes.

    Paling sedih rakyat yg memprotes yang taksub pada pemimpin dan tak memikir nasib diri/keluarga/anak2 apabila ditahan polis. Mana keluarga nak bergantung diri. Bila keluarga bermasalah, pihak berkuasa juga yg disalahkan. Pelik bukan. Bukan nak salahkn diri kerana terlibat perhimpunan haram ini.

    Pemimpin2 begini tak beranin berbincang face to face ke dgn pemimpin kerajaan?? Pelik?? Tapi bila berceramah, kemain berapi.....Pelik bukan???

    BalasPadam
  15. wah wah wah...

    ajaran manakah yg kamu anuti tu abuamin..

    aku ada baca kat bawah tadi rs nak hempuk je pale org ckp mcm ni...

    tp aku sabau lagi ..

    tapi bile aku fikir2 balik..tahukah saudra abuamin apa yg saudara ckp tu dikira mnghina Islam????????

    astaghfiruLLah..

    better ko beristighfar dan mntak ampon pd Allah..

    kalo nak balas kata2 org pon..make sure jwb tu based on facts....

    ai...lupe dah ker???

    BalasPadam
  16. nampaknye penakut juga..

    hmmm..konon berselindung bagai yea

    BalasPadam
  17. hahahahhahah..biaq pi la die

    huaaaaaaa....xoxoxo..

    peace no war!

    BalasPadam
  18. yg jelas..Maulidur rasuL tak sama ngn demonstrasi..

    org yg mngatakan ia sama..perlu tahu dulu apakah erti maulidur rasuL..

    sah lah tanggapan aku selama nie..

    mmg dorg tak tahu pon apa yg dorg nak perjuangkan..

    konon nak bela hak tahanan..bole blah la kalo akal blh fikir wat demo sama ngn mjlis maulid???

    hmmm..tak paham aku

    BalasPadam
  19. Semua, dengarnya angin bertiup KUAT, ada JERUNG bakal ditahan.

    Apapun, komen saya setakat itu sahaja :)

    BalasPadam
  20. Salam.

    Terima kasih, pandangan saya dapat perhatian bro Maz dan kawan2 lain.

    Perarakan Maulidur Rasul adalah satu syiar Islam, sebagai tanda kasih kita kepada Rasulullah. Saya hanya menjawab komen Hazrey - yg berkata bahawa berarak bukan ajaran Islam.

    Siapa yg kata perarakan anti ISA tu ganas? GMI dan janji berkali-kali, ini perhimpunan AMAN. Apabila polis sembur air kimia dan gas pemedih mata, sudah tentulah mereka lari selamatkan diri.

    Kalau polis tak serang, perhimpunan itu takkan jadi kacau macam tu. Biarlah mereka berjalan di bahu jalan ke istana dengan AMAN.

    Lebih baik lagi, kalau polis dapat berikan laluan ke istana dengan kawalan trafik yang baik.

    Ada ke di kalangan demonstran yg bawa senjata? Tiada. Mereka hanya mahukan hak berhimpun secara AMAN yang dijamin oleh perlembagaan. Terancamkah keselamatan negara apabila mereka tunjukkan bantahan terhadap akta zalim itu dengan berjalan beramai2 sebagai tanda protes?

    Pihak istana sudah bersetuju dengan temujanji petang Sabtu itu. Kumpulan penyokong ISA juga sudah dapat menyerahkan memo mereka kepada istana pada petang yang sama. Jadi, kenapa pihak berkuasa double standard ?

    Pihak pembangkang (BN) di Selangor dan Penang pun sekarang dah pandai buat demo, tapi mereka tidak diganggu kerana kerajaan PR tahu itu hak mereka yg sah dalam perlembagaan.

    Apabila ribuan pelajar UiTM Shah Alam dulu berarak ke SUK Selangor membantah statement MB Selangor ttg buka UiTM kepada non-bumi, polis berikan kawalan kpd para demonstran (Kementerian Pengajjian Tinggi senyap pula ye..? )dan pihak MB pun menerima memo mereka dengan baik.

    So, masih salahkah pemahaman saya ttg hak berkumpul secara AMAN tanpa serangan dan provokasi pihak berkuasa ni wahai Saudara Mazidul?

    * Sdr Maz, profil saya hanya untuk keluarga dan rakan2 terdekat. Sukar untuk saya yakini bahawa keselamatan saya dan keluarga terjamin buat masa ni, kalau saya open profil saya. Bila keadaan mengizinkan nanti, saya dengan sukacitanya akan maklumkan kepada semua. Itu tak salah kan... :)

    BalasPadam
  21. Saya masih tertunggu-tunggu pendirian Sdr. Maz tentang ISA...

    Patut dikekalkan ke..?
    Patut dikaji semula ke..?
    Patut dimansuhkan ke..?

    Tan nak beritahu pendirian ke..?

    BalasPadam
  22. Abuamin, "Sdr Maz, profil saya hanya untuk keluarga dan rakan2 terdekat. Sukar untuk saya yakini bahawa keselamatan saya dan keluarga terjamin buat masa ni, kalau saya open profil saya. Bila keadaan mengizinkan nanti, saya dengan sukacitanya akan maklumkan kepada semua. Itu tak salah kan... :"

    Saya akan nantikan saat itu, cuma ingin berkenalan lebih rapat. Sukar berbicara jika tidak mengenali identiti teman dilayan :)

    BalasPadam
  23. areQue,

    Saya adalah Melayu Muslim berfahaman Mazhab Syafie.

    Saya amat berbesar hati kalau saudari mahu berdiskusi dengan saya tentang Islam, atau apa2 isu semasa dengan cara yang tertib, sopan dan beradab.

    Tuan rumah ni (Sdr Maz)pun menekankan perbincangan atau komen yang beradab. Tak gitu bro ? :)

    Saudari pun ada pengetahuan Islam yang tinggi, so kalau saudari berhujah dgn betul dengan sandaran Quran, Hadis atau ijma' ulama' - saya tak ragu2 untuk menerimanya.

    Kalau tak, berlapang dadalah menerima pandangan orang lain...

    BalasPadam
  24. Abuamin, saya akan menyatakan pendirian saya berhubung ISA sebaik saudara 'membuka' profil untuk saya mengetahui identiti saudara.

    Tak salahkan? :) Kata orang tua tak kenal makan tak cinta.

    BalasPadam
  25. Mazidul tq reply komen...bukan calang2, org popular tu bai...

    Cuba kita bayangkan polis tembak gas pemedih mata pada peserta Le tour De Langkawi,tak ke menonong bawak basikal?

    Peserta demo anti ISA ini tidak cukup ganas jika nak dibandingkan dengan penunjuk perasaan di luar negara,cuma media tiga suku yang memberi gambaran buruk terhadap mereka.Mereka tidak melawan polis pun.Mereka juga tidak membawa apa-apa senjata.Mereka cuma lari untuk menyelamatkan diri setelah dikejar.Kalau takdak sapa kejar,buat apa nak lari?gila ka nak lari tanpa sebab?

    Jika polis dapat mengawal pergerakan lalulintas dan pergerakan peserta demo ini,nescaya tidak ada masalah yang berlaku.Segalanya akan selesai dalam masa 2 atau 3 jam sahaja.

    Sikap double standard sepertimana abuamin katakan itu memang ada.Kalau pihak umno bn yang buat demo,fru tak pula sembur.Mungkin demo umno bn tak ramai yang hadir kot.Wallahualam

    biaqpila.blogspot.com ....apa ada hal

    BalasPadam
  26. Biaqla, saya memang selalu balas :)

    Laporan kata sampai 20,000 orang terbabit dalam demo.

    Le Tour De Langkawai, berapa ramai penunggang? Ada sampai 1000 ke? Kalau sikit mudah kawal, ramai macam-macam perangai, sikap dan cara.

    Kekadang, anak 3 oragpun susah nak jaga oooo ...

    BalasPadam
  27. Ini yang salah ni. Amat amat salah.

    Abuamin tak faham betul apa itu keamanan. Kalau berarak nak pi shopping takkan polis nak halang pulak?

    Pihak istana dah bersetuju nak jumpa, dah tu apa justifikasi untuk berarak? Untuk tunjuk kekuatan? Tidakkah itu seperti hero kampung? Yang nak dihantar itu memorandum. Berat sangat ker memorandum itu sehingga terpaksa memerlukan 20 ribu manusia kecil, besar, wanita dan tua untuk mengangkut memorandum itu?

    Kalau berat, kenapa tidak dikutip sahaja dari 20 ribu manusia tu, seringgit seorang dan sewa lori 40 tan? Mereka boleh tunggu di rumah tanpa menimbulkan kesusahan pada orang lain. Buatkan live on the net. Oh maaf, 20 ribu manusia boleh dikumpulkan, tetapi kaedah berteknologi tidak dapat difikirkan?

    Saya tergelak apabila ada cubaan meletakkan justifikasi bahawa orang lain boleh buat, kita pun boleh buat sebagai alasan. That is lame. Very lame excuse.

    Uitm berarak: Mungkin saudara Abuamin tidak membaca akhbar. Mereka turut dibidas dan dikecam kerana mempraktikkan budaya parti pembangkang, berarak. Itu bukan budaya orang terpelajar. Banyak platform lain yang boleh digunakan.

    Dan saya sungguh sungguh tak faham hingga sekarang apa keperluan untuk menggunakan sebegitu ramai manusia untuk menghantar memorandum yang MUNGKIN beratnya tak sampai sekilo itu. Dan pastinya, takkan pihak Istana nak berjumpa dengan semua 20,000 manusia tu? Apa relevannya?

    Ya, memula berarak tanpa senjata. Ingat di Perak? Dulu pun kata kata begini terbit, mereka yang menyertai demo tidak menggunakan senjata, tetapi sekarang? Don't create precedence. Alah bisa tegal biasa.

    Sama seperti apabila kereta TV3 pun dipecahkan, kedai dimusnahkan di KL dulu ketika perarakan menuntut 'keadilan'. Dari mana datangnya senjata itu? Mereka bertindak offensive dek kerana sikap yang 'sudah dipupuk' dari kecil-kecilan - memula berarak aman, kemudian mula offensive. Bak kata pepatah, memula cakap bohong, lelama mencuri.

    Lagi satu, saya mohon dari saudara abuamin, boleh ker nanti apabila ada saudara Islam kita disamun, dibunuh dek penjenayah Indonesia, kita dapat berarak ke Kedutaan Indonesia di Kolumpo sana untuk menyatakan bantahan kita? Mungkin parti politik yang terlibat semalam ada pengalaman kan. Lagipun, di Indonesia, budaya demo ini bagai makan nasi di waktu tengahari. Maka, eloklah buat jugak nanti. Nak jugak tengok ada parti politik yang betul betul membela rakyat - yang susah secara total dan bukan untuk segelintir sahaja. Total. Ingat tu.

    BalasPadam
  28. Saudaraku Hazrey yang disegani,

    Ya kalau pihak umno bn yang berarak pi shopping memangla polis tak halang.

    Kalau dah dinamakan pembangkang buat apa pun mesti kena halang punya.Waima bakar lilin pun.

    Anda masih tidak paham apa keperluan berarak sebegitu ramai untuk menghantar memorandum? Lemahnya otak anda berfikir.Bateri jenis apa anda pakai? alkaline atau jenis lithium?

    Contoh terbaru demonstasi PPSMI berjaya membuka mata hati kerajaan untuk memansuhkannya.

    Selagi rakyat tidak bangkit menunjukkan sokongan selagi itulah mereka tidak mengetahui kehendak rakyat.Nak hantar memorandum menggunakan email sesiapa pun boleh hantar.Tetapi tahukah anda email mempunyai butang delete dan sekali tekan saja memorandum tersebut akan masuk ke Trash .

    Inilah jalan terbaik yang ada,kerana telah bertahun-tahun mereka berjuang dan membuat tuntutan serta permintaan kepada kerajaan namun tiada hasilnya.

    Ia ibarat water cannon mencurahkan air kepada orang berhimpun...
    ataupun mencurah air ke daun keladi saja.Buang air saja...bil kena bayar.Kalau duk kat Selangor takpa la..18m3 pertama free....

    http://biaqpila.blogspot.com

    mazidul: tolong promote blog gua

    BalasPadam
  29. aku masih tak nampak apa relevannya demonstrasi ini... jgn nak ckp sebab demonstrasi PPSMI dihapuskan.. ianya dihapuskan atas sebb lain dan hasil dari kajian yg telah dibuat.. bukan kerana tunduk pada desakan...

    BalasPadam
  30. sekejap samakan dgn perarakan maulidur rasul.. kejap samakan dengan le tour de langkawi... apa kebenda laa.. mcm lalang!

    BalasPadam
  31. biaqpila: Saya tergelak baca komen anda. Kuat betul sentimen politik anda.

    Ketika pilihanraya tempohari, parti pembangkang termasuk yang kini dituduh jangan pandang depan, disokong. Apa petunjuk itu? Terdapat wakil dalam Dewan Rakyat. Apa itu dewan rakyat? Penggubal undang undang. Law maker. Apakah itu ISA? Apa kaitan ISA dengan Parlimen? Apa guna mereka di Parlimen selain menjadi paria semata mata? Saya menggunakan kuasa elektrik untuk menjana pemikiran saya, maka bateri tidak digunakan. :)

    Tak apa, saudara hanya bertanya bateri apakah yang saya gunakan dan saya tidak marah sebab sudah menjadi kelaziman yang saya lihat, elemen serangan peribadi dan tidak matang selalu menjadi entiti kepada cara perbahasan parti pembangkang. Membangkang tak salah, tetapi di Malaysia ini, ia perlu dititipkan dengan elemen serangan peribadi sebab itu yang orang suka nak dengar dan mereka bangga dapat berbuat seperti itu. Nanti ramai orang akan tepuk. :)

    Dan pada 2012 nanti, pastikan kekuatan serupa diterjemahkan dengan pengundian anda. Pastikan kempen bermula dari sekarang. Lepas itu, bukan ISA sahaja anda boleh hapuskan, banyak lagi yang boleh anda lakukan. Beri keampunan kepada penjenayah, buka dormant companies untuk terima peruntukan dan banyak lagi. Keputusan di tangan anda. :)

    Dan saudara juga silap apabila berkata hanya apabila perarakan diadakan bagi membantah PPSMI, barulah ia betul betul dikaji. Sudah sifat parti pembangkang untuk membangkang, tak buat salah, dah buat pun salah. Kajian sudah dijalankan ketika itu pun.

    Saya hanya mampu tergelak apabila saudara mengatakan hanya dengan JALAN perarakan ia mendapat perhatian. Kalau begitu, maka marilah kita semua ajak wakil wakil rakyat pembangkang yang ada di Parlimen meletak jawatan ramai ramai sebab tak guna mereka terus berada di Parlimen, baik kita berarak jek, gerenti dapat perhatian. Mungkin masa perletakan jawatan itu, ia boleh dilakukan dengan berarak jugak. Anggaplah ia sebagai satu senaman. Tunjukkan kekuatan. Kelak, pasti water cannon pun abis air.

    And since we are it, sekali lagi saya tanya, can you pls organise the same perarakan bila ada rakyat Malaysia disamun, dibunuh rakyat Indonesia. Nampak korang ni sanggup membela sesiapa, maka apa salahnya membela kumpulan (mangsa) itu juga? Totality takder setakat ni. Yang dapat publisiti murahan jek yang dianjurkan. Apa kata, kalau nak jadik pembela, buatlah betul betul dan menyeluruh dan bukan syok sendiri dan sekadar jaguh kampung.

    BalasPadam
  32. hazrey... good point... im agree with ur statement.. tp itu lah mereka.. bila keputusan dibuat... mereka simpulkan bahawa keputusan itu adalah hasil dari tunjuk perasaan mereka... stupid! kalau mcm tu apa2 yg nak kerajaan ubah... maka mereka akan buat demonstrasi dan tunjuk perasaan... sungguh singkat pemikiran mereka.. jln pintas yg diambil.. tanpa memikirkan kesan yg amat buruk disebaliknya..

    BalasPadam
  33. nampaknya wakil rakyat yg dipilih mereka tak mampu nak galas amanah rakyat yg mengundi... so mereka terpaksa bertindak sendiri dgn cara sebegini..... kesian mereka... :p

    BalasPadam
  34. tp biasalah.. bila terlalu fanatik dgn sesuatu parti politik.. mereka menjadi taksub... inilah yg sokong yg membawa rebah...

    BalasPadam
  35. combi setuju dgn hazrey dorang mmg jaguh kampung berani dgn org kita sendiri takut 'kecut teluQ' dgn bangsa asing.. :(

    sabo jer aku..!

    .............

    dorang yg buat demo ni selalu cpt 'naik sheikh' so mane bole samakan dgn perarakkan maulidur rasul atau tour d langkawi..konpius aii :p

    pelik betul ramai yg tutup muka bila camera zoom in kat muka dorang.berani kerana benar tapi malu-malu kucing ler pulak.lebih-lebih lagi pompuan yg berjubah dan bertudung labuh.

    jom nak gelak sat..muahaha :D

    BalasPadam
  36. Burhanuddin bin Muhammad Nur al-Hilmi.. darahnya itu bagaikan mengalir dalam jasad ini.

    Entah kepada aku mengatakan amat menghormati Allahyarham ini bukan kerana dia waris aku, bukan kerana kami ini beratur datuk, bukan kerana kami lahir sekampung tetapi aku banyak mendengar ceritera dari kalangan org tua kampungku. Terutama Opah Bi.

    "iDAN masa dia keluar penjara itu iDAN dia telah agak nazak, nak tuduh kerana dipenjara itu dia sakit tenat tiada buktinya..."

    Apa perasaan warisnya terdekat aku tak pasti. Tetapi di jiwaku aku sememangnya mahu amat mendapat penjelasan sewajarnya kenapalah pemerintah amat takut perjuangan Pakcik aku ini.

    Aku tak tahu arwah Pakcik aku dipenjara kerana apa, aku malas nak korek lebih ceritera ini sebabnya perjuangan dia tidak sehaluan dengan pemerintah.

    Aku bukan orang politik.

    Jiwaku sekadar jiwa penyair, jiwa penyair kena menyelami, harus mencari apa yang tersirat, jauh sekali mahu menghunus pedang & bertindak ganas. Tapi aku pasti amat ISA itu memang ada yang kena diperbetulkan. Cara mana itu bukan hak aku memikirkan.

    Ini ceritera lama; Bekas tahanan ISA seorang pensyarahku, setelah keluar dari tahanan selama dua tahun; tidak nampak pun tanda perubahan perwatakannya. Malahan aku nampak tambah sasa & mencabar. Dia berbangsa asing setelah keluar dia pandai memberi salam, telah pandai berinshaAllah. Fasih amat. Dia pernah jadi KJ Bila mesy perkataan inshaAllah itu tak lekang dari mulutnya. Aku senyum2 sahaja takkan nak tegur, apa hak kita nak halang org pandai bahasa Arab.

    Dalam senyap-senyap semua pelajar tahu, dia menjadi makin anti bangsa Melayu, makin anti Islam. Anak Melayu takkan mungkin mendapat markah tinggi, (memang bangsa kita malas kot!.) Anak sebangsanya pasti mudah mengatasi pelajar Melayu dalam segi pemarkahan.

    Pernah satu hari pelajar Arab mengadu kepadaku yang dia tidak dapat menggunakan perisian yang disimpanan beliau. Alasan dia... dia guna duit penyelidikannya beli perisian tersebut. Aku tahu kaumnya mudah sahaja diberinya. Aku dah letak jawatan di sana, pensyarah ini pun dengar khabarnya telah pindah ke lain.

    Aku menganggap ini sebagai protes dia dalam menentang ISA secara senyap bukan demo.

    Impak atau tindakan secara senyap ini rasanya amatlah bahaya.

    Bukan aku mahu mengajar pemerintah, aku sendiri Hamba Allah yang naif sangat. Tetapi inilah antara bukti kenapa ISA itu perlu kita perbetulkan. Malahan begitu ramai rakyat marhaen menolaknya sebabnya mungkin telah terkena percikan ISA itu sendiri, sementelah keluarganya atau kenalan sendiri ditahan sebagai tahanan ISA.

    Aku yakin jika semakin ramai yang ditahan ISA seperti kes terpencil pensyarah yang aku ceritera tadi. Bukan mustahil semakin ramai yang menjadi pendendam, malahan membuahkan perpecahan sesama kaum kita. Bukan mustahil di fikiran & minda bangsa asing ISA itu adalah akta bangsa kita. Sebabnya pemerintah atau politik di Malaysia kini memang majoritinya dikuasai bangsa kita. Padahal ISA itu sendiri siapakah yang merangkanya.

    Apa akan jadi nanti jika beralih kuasa ke bangsa asing. ISA itu ada lagi, aku amat yakin dendam itu pasti digunakan melalui ISA.

    Tidakkah ianya akan menjadi senjata memakan tuan atau pun orang tua berkata Bagaikan api dalam sekam. Bila-bila masa sahaja akan memarakkan api kemusnahan buat negara kita.

    Ini satu telahan bukan bukti bagaimana banyak undi kaum India lari ke PR, aku yakin amat antara satu dari perbagai sebabnya adalah lantaran pejuang mereka yang pernah ditahan ISA.

    BalasPadam
  37. demontrasi ni bukan nye bawak parang senapang.. depa nak berarak tuk pergi ke istana negara je.. jalan ditutup pun sebab polis yg tutup .. kekecohan berlaku bile pihak polis semburkan gas pemedih mata ngan air.. org kalau kene sembur mesti lari.. cuba biarkan depa jalan berarak mesti x de kecoh camni.. sebab pahman politik jadi camni pulak... x patut2...kadang2 rakyat perlu bersuara....

    BalasPadam
  38. iklaneka:

    sokong cara menghantar MEMO melalui sebuah kereta sahaja..

    atau pun lainkali bila sudah tau kalah...
    sejak dulu2 melawan polis tak pernah menang..

    oleh itu para DEMO disarankan memandu sewa Kereta kebal dua tiga biji..

    bila sudah tau kalah memang membazir jika nak melawan..

    BalasPadam
  39. Maaf kalau komen saya ini menyinggung perasaan Abuamin tapi pada saya Abuamin ni pendek akal kerana menyamakan perarakan anti-ISA dengan perarakan Maulidur Rasul/Maal Hijrah..

    Melainkan kalau semasa perarakan Maulidur Rasul/Maal Hijrah itu dihujani gas pemedih mata, perkhidmatan LRT tergendala, orang terperangkap dalam pusat membeli belah, peniaga rugi besar sebab takde sapa nak pegi kawasan tengah kota tu...

    Dan kalaulah Abuamin ini Muslim, saya cadangkan beliau beristighfar dan mengucap agar "firewall" beliau tak dapat ditembusi hasutan syaitan.

    Cara Islam dan ajaran Islam adalah dua perkara yang amat berlainan. Kalau tak faham bahasa Melayu, sila dalami ilmu bahasa Melayu agar dapat fahami perbezaan kedua-dua istilah tersebut.

    Senang cerita macam ni la, dunia lihat orang Islam sebagai pengganas, sedangkan Islam bukannya disebarkan melalui keganasan. Tapi kita kat sini, mengganas jugak melalui cara macam ni, bagus ke macam tu?

    BalasPadam
  40. Apa sebenarnya yang hendak di bantah.Siapa sebenarnya yang membantah.Mengapa disana tempatnya menunjukkan bantahan.Mengapa tidak kelihatan 2 lagi kelompok bangsa yang mengaku menjadi rakayat Malaysia, bersama sama membantah, jika itu lah tujuan demonstrasi jalanan itu.Di mana kah mereka.Kalau tempat peniaga Melayu di Jalan TAR telah disembur,buat lah pula demonstrasi jalanan di Jalan Petaling dan Jalan Brickfields agar semua nya merasa sama rata.Malang sungguh pelajar pelajar diperbodohkan.

    BalasPadam
  41. Lepas ni tolong la kalau nak berarak ke nak berdemo ke tolong buat kat tempat lain...jangan menyusahkan orang lain....

    p/s: lepas ni mesti orang pembangkang akan cop saya pro-kerajaan..

    BalasPadam
  42. Salam Hazrey,

    Saya tak tergelak baca komen anda, tapi rasa sedih kerana saudara masih tidak menjawab persoalan yg ditimbulkan secara objektif.

    Saudara mesti bezakan antara undang2 jenayah dan ISA. Kalau rakyat Malaysia mati dibunuh warga Indonesia, sudah ada undang2 yang jelas untuk menangkap dan mendakwa tertuduh di mahkamah. Kecekapan polis sudah terbukti dalam mengesan dan menangkap penjenayah macam tu.

    Sampai masa nanti, kalau keadaan dah terlalu teruk, tak mustahil kita akan buat demo bantahan di depan pejabat kedutaan Indonesia.

    Sya pernah hadiri demo di depan kedutaan US menentang serangan Israel ke atas Gaza. Pada masa yg sama, Pemuda UMNO pun buat demo yang sama tujuannya. Kalau soal berat tak sampai sekilo dokumen bantahan yg saudara timbulkan, adakah Pemuda UMNO pun tak larat nak sewa lori? Pemuda UMNO takde emel ke yg boleh emelkan dokumen tu sebagai tanda protes ke atas Israel?

    Saudara orang bijak, saudara boleh jawab persoalan keperluan demo tu sebenarnya...

    Dalam kes ISA, kebanyakannya adalah musuh politik pemerintah dan mangsa kambing hitam. Apa yg boleh tahanan lakukan?

    Nak jumpa lawyer, TAK BOLEH.
    Nak bela diri, TAK BOLEH.
    Nak jumpa keluarga selama 60 hari pertama, TAK BOLEH.

    Alasan penahanan TIDAK PERNAH dibuktikan.

    Penahanan boleh dilanjutkan setiap 2 tahun hanya dengan laporan pihak Kemta dan SB.

    Undang2 apa macam ni?

    Baik, saya jawab soalan Hazrey dan kawan2 lain:

    1. Demo menyusahkan orang.
    Jawapan : memang menyusahkan orang, sebab itulah yg dikehendaki oleh kerajaan. Permit untuk perhimpunan aman spt yg dijamin dalam perlembagaan tidak pernah diluluskan. Perjalanan rakyat membantah kezaliman ISA diprovokasi dan disembur air kimia serta gas pemedih mata - sedangkan penganjur sudah berkali2 beri jaminan bahawa itu ialah perhimpunan AMAN dan dikawal oleh petugas khas.
    Benarkan rakyat berhimpun spt dlm perlembagaan, maka tiada siapa yg akan susah.

    2. Kenapa berdemo?
    Sebab semua cara dan saluran lain telah digunakan, tetapi kerajaan buat tak dengar dan terus menzalimi mangsa dan keluarga tahanan tanpa bicara ini. Parlimen, perbincangan, forum, surat rayuan, semua pemerintah tak layan. Demo adalah jalan desakan serius kpd pemerintah. Ambil contoh di US dan Eropah - rakyat yg cintakan keamanan berdemo berpuluh2 ribu orang mendesak kerajaan mereka tarik balik tentera dari Afghan dan Iraq. Bodohkah rakyat yg berdemo tu?

    3. ISA masih diperlukan?
    Dulu Tun Razak gubal ISA sebab nak hapuskan pengaruh komunis. Tp sekarang ISA digunakan sewenang2nya, bidang kuasanya terlalu luas dan banyak kali digunakan oleh BN untuk hapuskan musuh politik. Contoh : Ops Lalang 1987, ADUN dan MP dari DAP ditahan awal tahun ni di bawah ISA dengan alasan "untuk menyelamatkannya daripada bahaya" - ini fakta, saudara2...

    4. Negara2 lain pun ada akta yg hampir sama?
    So, oleh sbb negara lain ada, kita pun mesti ada juga walaupun terbukti akta itu satu kezaliman?
    Kalau begitu, marilah kita seru kerajaan kita wujudkan Kem Guantanamo cawangan Malaysia...

    5. Kenapa libatkan kanak2 ?
    Memang saya personally TAK SETUJU kanak2 dilibatkan. Itu adalah tanggungjawab ibu bapanya. Namun, akan sampai satu tahap nanti, kanak2 perlu diberi kesedaran awal bahkan mungkin juga perlu dilatih menjadi pejuang macam kanak2 Palestine - apabila kezaliman itu sudah terlalu menjolok mata dan maruah Islam.

    6. Pak Najib dah kata nak kaji ISA?
    Terima kasih Pak Najib, tapi maaflah, susah nak percaya cakap Pak Najib. Apabila Teoh Beng Hock mati, dan Suruhanjaya Diraja ditubuhkan atas desakan rakyat, Pak Najib tunduk kepada desakan (termasuk drpd parti komponen BN sendiri), tapi skopnya hanyalah menyiasat cara SPRM buat siasatan, bukannya siasat punca kematian mendiang. Banyak lg contoh, tak dapat nak taip semua kat sini.

    Kawan2,
    Janganlah merendah-rendahkan keupayaan berfikir rakyat... Rakyat bukannya bodoh spt yg tuan2 katakan. 40 ribu hingga 50 ribu rakyat tu bodoh ye?

    Bagaimana pula dgn jutaan lg rakyat "bodoh" di negeri2 lain yg juga benci kezaliman ni?

    BalasPadam
  43. Salam dan selamat pagi,

    Bro Mazidul dan sahabat lain,

    Saya lebih bersimpati nasib org-org yang menerima akibat hasil dari perarakan ni. sungguhpun didakwa dilakukan secara aman, kenapa tak dibuat hari lain? (hari ahad contohnya) ini tidak, sabtu masih dikira hari bekerja, berniaga (esp pagi peniaga di jalan TAR). Tidakkah pihak yang berarak berfikir dulu sebelum buat dari pentingkan kepentingan diri lebih dari kepentingan awam? Patut ke tidak? Fikirkan tu je. Jgn disalahkan pihak berkuasa, media atau sesiapa. Patut ke tidak anda semua menyusahkan org lain, org awam, peniaga di kawasan berkenaan? Perhimpunan aman tapi rosakkan harta benda, lari ke dalam pasar malam dan permis perniagaan (membahayakan org lain), ni sape nak jawab?

    Saya bersetuju dengan kesimpulan Bro Mazidul.

    BalasPadam
  44. Kezaliman ada dimana2...ada kanak2 yg dibawa dari Alor Setar dan disuruh(paksa?) dan ditinggalkan dari pagi sampai petang menjual ubat-ubat atas nama Sekolah Tahfiz sedangkan anak2 ini sepatutnya tidak dibebankan aktiviti2 ini. Tafsiran saya ini zalim ke atas kanak2. Perlukah saya kumpulkan 100ribu manusia dan berarak serta berdemo ke sekolah tersebut?

    Di kota Damansara, sewa rumah PPRT ibu2 tunggal dinaikkan 100% hingga ada yg tidak mampu membayar sewa akan dihalau dari rumah sewa mereka. Sedih melihat tangisan ibu2 tersebut minta simpati. Tafsiran saya ini zalim. Perlukah saya kumpul 100ribu org berdemo dibangunan MPPJ?

    Pembantu2 rumah indonesia beragama Islam dipukul oleh majikan2 bukan beragama Islam hingga luka parah dan ada yg mati. Ini zalim. Kenapakah tiada mereka yg mengumpulkan 100ribu org berdemo dan berarak menyerahkan tuntutan ke Istana supaya undang2 lebih ketat menjaga saudara seagama kita? Tidakkah mereka takut akan di tanya di Padang Masyar nanti apakah yg mereka lalukan utk menolong saudara seagama?

    BalasPadam
  45. Sekadar untuk berkongsi pandangan, nampaknya telahan hujah saudara hazrey seolah-olah gagal menghadam fitrah dan mauduk perhimpunan jalanan. Katanya, apa berat memorandum tersebut untuk dipikul seramai 20000 orang. Saudara, ini bukan persoalan jisim dan fizikal, namun, persisnya saudara perlu memahami fitrah kemanusiaan. bukan hubungan suami isteri, anak dan ibu/bapa, guru dan pelajar, dan sebagainya lagi bisa tegang dan dingin kerana perbedaan pendapat.Variasi method diekspresikan sebagai medium menyatakan rasa tidak puas hati. Perhimpunan diadakan dijalanan sebagai tanda mereka ingin pendapat dan suara mereka diberikan sekurang-kurangnya publisiti. Ini bukan soal politik pakatan mahupun barisan, tetapi lebih ilmiah dan intelek sekiranya saudara merujuk nukilan tinta sejarah yang byk merakamkan Dato Onn, selaku penggerak perjuangan rakyat mengajak rakyat marhean turun ke jalanan dari segenap pelusuk seantero tanah melayu untuk menyatakan rasa tidak senang cadangan Malayan Union. Impaknya, ini kaedah fitrah. Seantero dunia bisa menggunakan fitrah yang sama. Aman atau tidak perhimpunan tersebut, bergantung kepada keikhlasan dan kebijaksanaan semua pihak.pakatan selaku penganjur, kerajaan selaku pentadbir. Subjektif!Belum pernah saya membaca kenyataan media dari mana2 pihak yang mengajak pendokong perjuangan mereka membawa sekurang-kurangnya batu untuk dilemparkan kpd pihak berkuasa. Malah, mereka sendiri akan menghantar pendokong perjuangan mereka yang taksub dan tidak beretika kepada pihak penguasa. Secara intelek dan ilmiah, kita sepatutnya bijak membedakan ketaksuban pendokong dengan fitrah perjuangan pakatan mahupun barisan.tepuk dada, tanyalah selera....

    BalasPadam
  46. Ya.. saya sokong pendapat Hazrey.. kalau kamu sanggup berarak ke kedutaan Indonesia untuk membela majikan-majikan yang ditipu pembantu rumah, yang mengalami kerugian kerana pembantu rumah lari/bermasalah, kalau kamu sanggup berarak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati kamu terhadap jenayah yang dilakukan oleh pihak Indonesia terhadap rakyat Malaysia, saya nak turut serta. Pada saya matlamat sebegini adalah lebih berbaloi dari berarak soal PSSMI, soal ISA dan soal yang lain-lain. Itu sebenarnya perjuangan hak. Ini kita kena gertak sikit, dah kelam kabut nak ikut syarat orang sana pasal PRA.. geram sungguh!

    BalasPadam
  47. ehmmm..kalo btul la saudara abuamin ni beragama islam bermazhab kan Imam as-Syafie..
    then how come u blh samakan Perarakan maulidurasuL dgn demonstrasi jalanan????

    cakap tak serupa bikin ke apa???

    BalasPadam
  48. oh ya..
    menyamakan MaulidurasuL dgn Demonstrasi jalanan tu beradab kah????

    BalasPadam
  49. Menyuruh ahli Parlimen meletak jawatan kemudian pergi ke jalanraya berdemonstrasi merupakan idea yang bernas jika pemikiran anda menggunakan kuasa elektrik, namun tidak semua perkara dapat diselesaikan dengan cara yang sama.Mungkin idea bernas itu dijana ketika pemikiran anda short circuit atau ketika bekalan elektrik ke otak anda terputus. Oleh kerana anda mengatakan otak anda tidak menggunakan bateri,maka tiada kuasa bateri untuk backup ketika tiada bekalan elektrik.Tapi tak perlu risau,kerana itu adalah perkara biasa bagi penyokong umno bn.Mereka hanya tahu keburukan pembangkang dan tidak dapat berfikir luar dari gambaran yang telah dibeerikan oleh media 3 suku.

    Anda harus faham,setiap masalah ada cara tersendiri untuk diselesaikan.Setiap penyakit ada ubat tertentu untuk dirawat.Tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan satu cara.Takkanlah kita nak mengadakan demonstrasi yang bertema seperti "Perhimpunan Hapuskan H1N1".Agak-agak la bai!!!

    BalasPadam
  50. http://pkrpasdap.blogspot.com

    kita hudud sahaja perusuh.

    BalasPadam
  51. Zaman Dato Onn tiada peragut tegar, penculik dan perompak.

    penjenayah yang mungkin mengambil kesempatan.

    Zaman dulu juga kurang kejadian bunuh menggunakan pistol dan BoM,

    apakata jika ada ledakan BOM ditengah2 perbarisan itu??, mengundang sabotaj serta tuduhan dari pihak lawan dan penyokong.

    BalasPadam
  52. Le tour de Langkawi pun menyusahkan orang ramai jugak. Jalan sana sini tutup. Tapi sebab kerajaan yang anjurkan..

    BalasPadam
  53. err... huduh perusuh sebab berdemonstrasi?

    pencuri, perompak semua tuh tak nak plak hudud? haih..

    BalasPadam
  54. Saudara Hazreq yang disegani,

    Menyuruh ahli Parlimen meletak jawatan kemudian pergi ke jalanraya berdemonstrasi merupakan idea yang bernas jika pemikiran anda menggunakan kuasa elektrik, namun tidak semua perkara dapat diselesaikan dengan cara yang sama.Mungkin idea bernas itu dijana ketika pemikiran anda short circuit atau ketika bekalan elektrik ke otak anda terputus. Oleh kerana anda mengatakan otak anda tidak menggunakan bateri,maka tiada kuasa bateri untuk backup ketika tiada bekalan elektrik.Tapi tak perlu risau,kerana itu adalah perkara biasa bagi penyokong umno bn.Mereka hanya tahu keburukan pembangkang dan tidak dapat berfikir luar dari gambaran yang telah dibeerikan oleh media 3 suku.

    Anda harus faham,setiap masalah ada cara tersendiri untuk diselesaikan.Setiap penyakit ada ubat tertentu untuk dirawat.Tidak semua masalah boleh diselesaikan dengan satu cara.Takkanlah kita nak mengadakan demonstrasi yang bertema seperti "Perhimpunan Hapuskan H1N1".Agak-agak la bai!!!

    http://www.biaqpila.blogspot.com/

    BalasPadam
  55. lawak betul... untuk menghalalkan demonstrasi jalanan, dikutip dan dijaja ayat-ayat al Quran dan hadis...

    tapi kan... bab larangan akan demonstrasi dan cara yang ditunjukkan oleh para politikus pembangkang menerusi al Quran dan al Hadis tidak pula dikeluarkan... dan berapa banyak larangan serta perlambangan keras seperti ANJING NERAKA yang Rasulullah s.a.w tujukan kepada golongan seperti ini tidak diceritakan sekali selain daripada menentang kezaliman atau jihad yang belum tentu status jihadnya....

    Kenapa yer?

    BalasPadam
  56. Bro Maz

    Pada hemat saya

    saya tak tau nak cakap apa apa

    pasal demo ni...

    Banyak buruknya rasanya...

    Saya bukan parti politik mana mana

    Parti Tupperware ye la... he he he

    Kalau nak orang berkumpul ramai ramai

    Buat atau anjurkan expo Perabot dan Hiasan Rumah, Taman atau Beranda Hari Raya

    Expo Mega Sale

    Expo Baju raya pakaian hari raya

    Expo Usahawan Melayu Menjelang Ramadhan dan Aidil Fitri ke..

    Mesti ramai orang datang...

    Kita boleh niaga macam macam

    Barang basah dan barang kering

    Dapat banyak untung

    untng boleh buat belanja Raya atau buat modal untuk terus berniaga

    Bila berniaga bagus... kita jadi kaya

    bila kita jadi kaya raya...

    Semua orang akan suka...

    Apa yang kita cakap

    Semua orang percaya

    Tapi kena cakap yang ikhlas dan benar la...

    Kita boleh pergi melancung

    pergi bercuti dengan aman damai

    boleh makan makan bersama keluarga...dan kawan kawan atau rakan blogger...

    Minum air sedap sedap... bukan minum air 'free' dari FRU

    Lepak tepi pantai, tepi air terjun atau tepi tasik

    Kalau duit banyak lagi boleh naik 'Star Cruise' dengan family...

    * Khabarnya Lesen meniaga Pasar Ramadhan dah habis...

    * Gambar: Lelaki, 77 tahun dan anak dari Alor Star, Kedah, terperangkap di Stesyen LRT Masjid Jamek akibat demonstrasi jalanan.

    alid kata: Lawa anak dia ek...baju purple tu...

    * Klik 'Abuamin' di komen, TIADA profil. Ish! Ish! Peserta demonstrasi semalam, ramai tutup muka :)

    alid kata: dah klik dah, memang tak de, sendiri punya profile yang keluar...

    BalasPadam
  57. membuat perbandingan dan SAMAKan..

    -zaman keris dengan zaman BOM..

    -dari sudut yang tepat bukan sipi- sipi

    -kalau dibuat perbandingan konsert ROCK dan penonton yang mula naik angin di dalam stadium sebagai SAMA dengan para Demo itu marah pulak ..tak tepat juga..

    -SUKAN dan agama, serta hiburan..memang tak sama..DEMO pun tak sama..

    -perarakan hari wilyah pun tak sama..

    -walaupun sama dari sudut SESAK jalanraya.

    BalasPadam
  58. anak-anak kecil diajak berjihad dgn berdemo & maki hamun dijalanan..??

    tolong laa..ngape buta akal betul mak bapak dorang.kalau begini cara mendidik anak bila beso nnt kita di demo dgn kick boxing..sape nak jawap??

    patut anak-anak kat sekolah skrg ramai yg kurang ajar sbb pengaruh mak bapak yg ajar ajaran songsang.

    dulu anak murid takut & hormat guru.skrg silap siket mak bapak dtg sekolah serang guru.bagai ketam mengajar anak lakunyer.

    malu weiii!

    BalasPadam
  59. tak payah klik la korang kat profil die..kalo berani tunjuk la muka..apasal senyap..

    hai...tu lah pasal ek...brani bercakap tak berani pulak nak tayang muka..

    BalasPadam
  60. Hazrey..sabo la erk...

    begitulah dunia..

    masing2 nak bercakap apa yg mereka rasa betul..

    tu lah susah nya

    BalasPadam
  61. echah.. dia org mmg buta.. buta perut dan buta hati.. taksub tak bertempat!

    BalasPadam
  62. Salam.

    Sukar rupanya berbincang di alam cyber ni. Lain yg saya terangkan, lain pula pemahaman orang...

    areQue,
    Saya tak mahu hak privasi saya dicabuli, spt mana saudari juga tak mahu diganggu. Lebih baik kita berterus terang dgn tidak menampilkan wajah atas sebab2 tertentu, daripada bersikap hipokrit memaparkan muka oarng lain. Saudari pun paparkan wajah org lain dalam profil saudari kan... Saya ragu kalau wajah itu wajah saudari, sebab penampilan itu tidak mencerminkan penampilan seorang muslimah... betul?

    Saya tidak berniat menyerang peribadi saudari, tapi saya mesti pertahankan hak saya kalau hak saya dicerobohi...

    BalasPadam
  63. Kita semua sibuk berbahas ttg demo dan perarakan, tapi tak ramai yg mahu bercakap ttg isu sebenar - iaitu ttg isu kezaliman akta ISA itu sendiri.

    Cukuplah. Kesimpulan saya :

    Serulah kepada pemerintah supaya hapuskan akta zalim ISA ini.

    Kalau ada yg disyaki memudaratkan keselamatan negara :

    1. Dakwa di mahkamah terbuka.
    2. Hukum kalau terbukti bersalah.
    3. Bebaskan kalau tiada bukti.

    Itu saja permintaan rakyat yg berarak tu.

    Pemerintah adil,pemerintah ditaati, pemerintah zalim, pemerintah disosah* !

    * pinjam ayat K.E Sinar Pagi...

    BalasPadam
  64. Kate perhimpunan suara rakyat...Bangsa melayu ader la yg byk dlm protes nie....Bangsa lain byk ke join perhimpunan ini? Bangsa lain sibuk mengukuhkan ILMU di dada. Bangsa kita sibuk mempertahankan dan taksub pada pemimpin..... Orang melayu mudah lupa..

    BalasPadam
  65. salam abuamin...

    saya dah letak muke saya bersepah2 dlm blog..siap gmbr keluraga lagi..

    aaa..dan utk pngetahuan awak,dan abg mazidul..zeqzeq...echah syed dan tedi ramai dah lihat wajah saya di blog..kawan2 saya yg satu kolej ngn sy juga pngunjung tetap blog saya..

    so..for what purpose i nk sorok muka i nie???kawan2 i tau i sapa lah...

    sohih sgt saudara tak explore dan tgk posting2 saya..

    haii..saudara dah explore blog saya kah????

    byk posting2 yg saya letakkan ..saya letaakkan muka saya..kenapa tak cari???

    kenapa menuding jari tanpa menyelidiki dahulu???

    tuduhan saudara dah mnggambarkan siapa sebenarnya saudara..

    saya kasihan dgn saudara..

    ish ish ish...

    BalasPadam
  66. oh ya...satu tu je gmbo kartun saya letak kat profil dpn tu pon..awak dah tak reti beza ngn manusia sebenar kew???

    gmbr ngn karton ngn due wajah berbeza..

    oh ya..

    lupa saya mgkin awak bru bukak blog saya yea..

    tk smpt explore lg..

    silakanlah..gi cari..

    tak caya blh tny bbrapa nama aku tulis tadi..

    BalasPadam
  67. susah brckp kalo org tu rs btul

    BalasPadam
  68. lebih aku tidak banyak mengomen hal-hal sensitif seperti ini kerana aku kurang arif. aku tengok di sini. bila orang lain yang kurang arif mengomen lebih banyak yang terkena ke batang hidung sendiri.

    BalasPadam
  69. Salaam,

    Kalau betul ikhlaslah nak berbincang pasal ISA ni, sepatutnya adakan platform perbincanganlah sesama pemimpin. Kalau ikhlas.

    Kalau tak ikhlas, ada agenda lain, taksub pada pemimpin, semua yang pemimpin dia cakap semua betul, orang lain tak betul, memangla kita akan ambik satu pandangan saja. Pandangan kita saja yang betul dan kita nak paksakan pandangan tu pada orang lain.

    Bila pemimpin bagi tau org politik guna ISA ikut suka hati dia sebab dendam kesumat, dengki dan berkepentingan, itu satu dakwaan. Dakwaan tu mungkin betul atau salah.

    Orang yang tak setuju mungkin ada pandangan yang berbeza. Mungkin pada pihak lain tindakannya dah dilakukan dengan sewajarnya. Baginya tiada niat kezaliman dan dah berasaskan fakta yg betul. Cuma dalam kes keselamatan high profile, pembukaan fakta adakah terhad.

    Kemudian ada offer untuk improvement. Kenapa orang yang tak puas hati tadi tu tak appreciate kesudian org yg pro tu untuk berbincang? Sebaliknya dia kata cakap pemimpinnya juga yang betul. Mansuhkan terus, takde improvement pun. Seolah2 pemimpinnya itu maksum dan tidak melakukan kesilapan sikit pun.

    Sebenarnya engkau tu yang ada agenda sendiri. Kelabu mata dengan cakap2 pemimpin kau yang kuat menabur fitnah dan kebencian tu.

    BalasPadam
  70. boleh tak kepada insan pelayar di sini, yang telah membuat DEMO menaip secara JUJUR apakah hasil dan kepuasan selepas berdemo??

    tak salah kan kongsi nikmat berdemo??atau kepuasan selepas berdemo??

    kongsi bersama-sama..

    BalasPadam
  71. saya berada di sekitar lokasi demo pada sabtu lalu untuk bertugas.sedih bila lihat org2 melayu yang sangat taksub dgn "perjuangan" sebegini dan salah seorang adalah sahabat yg lama saya. Dia sanggup mati andai ajalnya sampai waktu demo tu.Pada dia ini mati syahid.Mati untuk perjuangan sebuah kebenaran.
    Semalam saya sempat "mencari" dia untuk tanya ttg demo ni. Dia percaya bahawa mereka akan menang dan jika ini tidak menjadi kenyataan, demo sebegini akan terus dilakukan..Pada sahabat sy ini(termasuk kwn2 demo dia), kerajaan hanya akan tunduk jika terus didesak dgn cara macam ni.
    Saya percaya dia dan rakan2 akan terus mengikuti demo sebegini biarpun mereka sedar suatu hari nnt mereka akan menerima nasib seperti "ikan bilis" spt entri saudara di atas..

    BalasPadam
  72. pendapat saya adakan kawasan lapang seperti Hyde Park di London.Siapa saja boleh menyuarakan pendapat tanpa gangguan kepada masyarakat yang lain. Masalah dengan Malaysia, perhimpunan ini merupakan suatu platform yang disengajakan untuk memanggil FRU dan POLIS, supaya apabila POLIS bertindak, mereka nampak kejam dan akhirnya akan dipolitikkan. itu sahaja.

    BalasPadam
  73. Al-K cadangkan itu betul
    PR Selangor apa salahnya benarkan guna stadium atau ruang lapang yang tak sampai menganggu lalu lintas.

    Kerajaan pun apa salahnya benarkan rakyat marhaen mahu melepaskan apa terbuku di hati mereka.

    Tiada ruginya jika antara dua pihak saling mengizinkan. Jangan senang-senang mengatakan yang itu perhimpunan haram perhimpunan ini okey!.

    Jom Heboh pun dapat mengumpul puluhan ribu orang berhimpun. Sebabnya diberikan permit pun dilindungi kerajaan kita. Apalah salahnya perhimpunan rakyat begini juga dilindungi.

    Tak kisahlah orang kampung ke, atok ke, cucu, atau anak kecik menyusu nak melalak; biarlah jika memang itu caranya mereka mahu meluahkan perasaan mereka.

    Kita pun tak pasti apakah semua dalam perhimpunan haram itu mengundi pembangkang. Entah-entah yang mengundi BN lagi ramai, mana kita tahu.

    Rasanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pun pasti sudi mencemar duli datang ke stadium jika memang ada rakyat marhaen yang ingin menyembahkan sesuatu. Atau pun buat secara perantaraan@simbolik sahaja. Lepas berhimpun pakai kapcai pun boleh ke Istana negara untuk hantar memorandum itu. Janganlah arak kapcai itu pulak. Pinta polis trafik kawalkan.

    Rasanya kalangan responder di sini pun masing-masing taksub dengan pegangan parti masing-masing sedangkan kenyataannya tak semua pembangkang itu tak betul belaka. Begitulah sebaliknya. Perlu diingat ada negeri2 yang kerajaan kita BN juga jadi pembangkang.

    Demokrasi yang terpimpin seharusnya ada satu pihak yang menegur & ada pihak yang mahu akur.
    Itu gunanya pembangkang.

    Jika kita sayangkan negara ini (Tanah Melayu asalnya)amat perlu kita menghormati pembangkang. Seperti BN di Kelantan,Kedah, Selangor, Pulau Pinang pun Perak (?). Bayangkan peranan pembangkang (BN) yang amat perlu agar negeri-negeri tidak terus hanyut. (Mungkin@konon)

    BalasPadam
  74. Hujah-hujah yg menarik..
    trima kasih krn kongsi bersama.. ;p

    BalasPadam
  75. pengumuman (HASUTAN)

    lain kali jika nak berdemo..
    ajak Tentera Merah Jepun

    ajak anak2 Tahanan ISA berdemo di KAMUNTING..

    logiknya, orang tak boleh tuduh dibayar upah RM500.00, sebab yang berdemo anak-anak tahanan ISA,nak tuntut tebusan ayah masing-masing.

    ...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.