Ahad, Ogos 16, 2009

Melayu Jahil Sanggup Mati

Di laman web, Malaysia dikecam warga negara jiran secara terang-terangan. Apapun akibat kebebasan dunia tanpa sempadan, tiada tindakan boleh diambil. Kita hanya mampu membaca kutukan tajam mereka biarpun hati berasa sakit.

Di Malaysia, kebelakangan ini hak istimewa kaum Melayu termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan acapkali dipertikaikan. Namun, pihak mempertikaikan maklum, hanya pindaan perlembagaan mampu menghapuskan hak istimewa terbabit. Berulangkali ditegaskan, usah sentuh isu sensitif berhubung kaum. Namun kini, pelbagai pihak terlalu berani menyeringaikan taring mencabar kewibaan Melayu.

Tidak cukup dengan tindakan itu, kini Islam sebagai ugama rasmi negara turut dihina penulis blog didakwa warga Malaysia. Di pentas dunia, Salman Rushdie, dijatuhkan hukuman bunuh bekas pemerintah Iran, Ayatollah Khomeini pada 14 Februari 1989 kerana menulis buku menghina Islam, ‘Satanic Verses’.

Orang Melayu sudah lama bersabar. Kaum mereka dikecam, majoriti hanya mendiamkan diri, sebilangan bersuara. Tetapi usahlah terlalu taksub menjolok sarang tebuan kerana saya percaya Melayu paling jahil sanggup mati demi mempertahankan ugama anutannya.

* Wartawan Zulhazri Abu Bakar memaklumkan saya, seorang bapa di Johor Bahru, Johor mendakwa membawa anaknya berusia 7 tahun dua kali ke hospital pakar kerajaan tetapi tidak diperiksa secara teliti. Akhirnya, anak itu meninggal dunia akibat Selesema Babi pada 9 Ogos lalu.

* Kes kematian Selesema Babi: 62

22 ulasan:

  1. hidup ISLAM!!!!!!!!

    Allahuakbar...

    BalasPadam
  2. teringat aku pada sebuah kisah benar seorang tan sri yg aku muatkan di blog aku satu masa dulu...

    baru terkebil-kebil nak jawab...

    merasalah...
    sapa suruh cabar sgt hak org melayu????

    tak tahu malu

    BalasPadam
  3. MEREKA BUTA SEJARAH.....KERANA ADA ORG YG MEMEGANG KUASA POLITIK YG MEMPERMAINKAN ISU INI.

    BalasPadam
  4. Salam semua
    "saya percaya Melayu paling jahil sanggup mati demi mempertahankan ugama anutannya" - saya juga percaya yang sama tetapi malangnya kehadiran Melayu yang seperti si Kitul lagaknya membuatkan saya bertanya, apakah ia mampu terlaksana?..

    BalasPadam
  5. Ye.. Setuju dengan Bro. sejahil-jahil melayu, mereka sanggup bermati-matian demi agamanya. JANGAN DI JOLOK SARANG TEBUAN.

    BalasPadam
  6. Dari sekecil-kecil MELAYU, sampai sebesar-besar MELAYU akan sanggup bermatian demi agamanya.ALLAHUAKHBAR...

    BalasPadam
  7. terharu baca luahan hati DR Redzuan Tee Abdullah tentang islam yg dipolitikan.

    doa combi ALLAH pnjgkan umor dan murahkan rezeki beliau kerana islam perlukan seorg khalifah yg berani seperti beliau.

    BalasPadam
  8. TOLONGLAHHHHHHH!!!!

    jgn bawa anak ke hospital kerajaan dlm masa gawat ni..

    nyawa yg lbh penting kah atau duit yg nak dijimatkn itu yg lbih pnting???

    anak sedara rq pernah demam last week n ayah dia bawak gi hospital krajaan bimbg suspected H1N1...

    pastu...doktor check smbil lewa n suh mkn vitamin jer..

    gile bodoh punye doktor...

    dsbbkan pelik dgn sikap dktr yg tak check anak die btul2, abg ipar rq bawak anak die g hospital swasta n check kat sana...

    mmg mahal tapi puas hati!!!!

    dan dktr jalankn tugas sbg dktr dgn bgitu baik skali..

    semua bnda yg bakal brkmngkinan pun dia check bmbg kna wabak mcm ni..

    plz...

    luv ur life or luv ur money???

    lu fikirlah sendiri

    BalasPadam
  9. Bila kita fikirkan kenapa di Palestin atau pengganas lain sanggup menjadi Pejuang Berani Mati. Ramai kalangan kita tidak setuju tindakan begitu tetapi bagi bangsa mereka memang satu kemegahan. Malahan mereka berani mengatakan perbuatan itu adalah Mati Syahid.

    Aku pernah berbual dengan Muataz rakanku dari Palestin.

    "iDAN apa perasaan awak bila kita balik bercuti tenguk rumah kita telah didiami orang, apakah ini tidak namanya hak & martabat kita dicabar...!"

    Memang begitu perangainya orang Israel merampas bumi Palestin. Maka orang Palestin yang buminya telah dijajah maka tentulah mereka berhak memerangi Israel lantaran melalui rundingan tidak pernah berjaya.

    Perang itu satu Jenayah, bagaimana kita diperangi secara senyap tanpa kita mampu bertindak.

    Apakah negara kita juga mahu dijajah sebegitu?.

    Diam tak diam begitu yang berlaku di bumi kita. Tanah Rizab Melayu banyak telah jatuh ke tangan bangsa asing. Tanah pusaka saya di Perak sendiri yang geran asalnya dikeluarkan sekitar tahun 1920an Rizab Melayu jatuh ke tangan orang luar lantaran akta tanah yang kita gubal membenarkan ianya dilelong jika tidak dibayar cukainya.

    Ramai waris Tanah Pusaka Rizab Melayu leka di bandar tak dapat pun surat lelongan sebab ianya di alamatkan di kampung tetapi Pej Tanah boleh gunakan akta ini untuk membuat lelongan.

    Cukai yang bertunggak tidaklah sebanyak mana jika dibandingkan dengan nilai tanah yang tergadai kepada bangsa asing. Jika tanah kampung pun jatuh ke tangan bangsa asing; sementelah di bandar yang tentunya lagi mahal & takkan mampu kita memilikinya.

    Apalah nilainya kita berbangsa Melayu jika hanya mampu punyai tanah seKangkang Kera. Nama sahaja bangsa Melayu. Mana tanahnya di Tanah Melayu. Bayangkan di kotaraya Penang & KL contohnya; banyak manakah bumi di sana milik kita orang Melayu?.

    Apakah kaum asing ini masih mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Rasanya demi menyedarkan bumi asal kejadian milik kaum Melayu. Adalah lebih baik kembalikan nama asalnya menjadi Tanah Melayu,(Sabah+Sarawak... bagaimana?) atau celikkan mereka ini yang nampaknya buta sejarah & tak ingat asal keturunan kaum mereka.

    BalasPadam
  10. Sedih..sgt menyedihkan..tgk negara sebelah timur tengah..sepatutnya kuasa negara islam sangat hebat..tapi tak mampu melakukan yg terbaik utk afghanistan,iraq dan sebagainya..sama-sama kita merayu pada yg esa tidak sesekali Malaysia alami apa yg telah dialami oleh afghanistan,iraq,bosnia etc...ayuh bangun anak melayu..jgn kita lalai...

    BalasPadam
  11. Orang yang mempertikaikan hak2 yang termaktub dalam Perlembagaan negara ni sepatutnya tidak diberi muka dan patut dilucutkan hak kerakyatannya sebagai warganegara Malaysia...

    BalasPadam
  12. kak combi>>>>>sedih jugak bc Dr ridhuan Tee tulis

    aku kagum ngan dia

    aminnnn:)
    jarang jumpe pendakwah yg berani sprti die

    BalasPadam
  13. Sekali diberi kebebasan yang lebih meluas, inilah jadinya. Diberi betis, nak pulak peha. Diberi ikan, tak cukup nak ayam, kambing bagai.. Pun masih ramai tak sedar betapa beruntngnya menjadi rakyat Malaysia.

    Nak tanya orang-orang yang pegi berarak hari tu, apa pulak dorang nak buat bila Islam dikutuk, dihina sebegitu sekali.. tak nak berarak membantah ke? Hantar memorandum ke PM pulak, dalam memo tu tulislah penghina pengutuk Islam secara terang-terangan macam tu, patut dikenakan tindakan keras.

    Soal selesema babi, kebanyakan doktor di hospital kerajaan adalah baru, muda dan kurang pengalaman. Kemungkinan besar, bilangan pesakit adalah lebih ramai dan jumlah doktor yang ada tidak mencukupi untuk menangani semua pesakit.

    Di hospital swasta pula, tidak hairan jika mereka memberikan perkhidmatan yang lebih baik, kerana, jika tidak, tentulah kita akan bising juga perkhidmatan tidak "sebaloi" bayaran yang dibuat. Cuma saya hairan sedikit, tidak lama dulu, saya mengunjungi sebuah hospital swasta, yang mana mereka menyediakan tempat khas untuk pengunjung yang disyaki pengidap H1N1.

    Mereka menyaring setiap pengunjung di pintu masuk. Siapa yang demam, disuruh ke kawasan yang disediakan untuk tindakan lanjut. Siapa yang tak demam, diberikan topeng penutup hidung dan mulut dan diberikan sedikit cecair pembasmi kuman tanpa bilasan untuk mencuci tangan.

    Di hospital kerajaan, macam tu jugak ke prosesnya?

    BalasPadam
  14. melampau dah dia org nih... tp Melayu tetap tak sedar.. asyik nak bertelingkah sesama sendiri.. lebih bermegah dgn politik dari menegakkan ketuanan Melayu dan Islam,..

    BalasPadam
  15. to areQue >> kita doakan keselamatan dr redzuan Tee Abdullah & en mazidul selalu.amin

    BalasPadam
  16. areque, nak baca kisah tan sri tu kat mana? interested la.

    sekarang tak berani gi hospital. seram.

    tapi, ntah kenapa, kalau gi mana2 orang macam pandang serong pada orang yang pakai mask. seolah-olah, orang tu plak yang berpenyakit.

    kena perbetulkan persepsi ini.

    BalasPadam
  17. '..to areQue >> kita doakan keselamatan dr redzuan Tee Abdullah & en mazidul selalu.amin''

    doa juga untk saya dan semua umat di dunia..

    BalasPadam
  18. mahu salahkan siapa. jika sudah membawaa anak ke hospital tetapi tiada apa2. kemudia anak itu meninggal.
    masih ingin katakan ibu bapa kurang kesedaran tentang H1N1?

    BalasPadam
  19. ooohhh...
    rq de mesej kahh???
    xoxooxox..heheheheheehh

    kak combi>>>>> yup..amin! i like him very much

    kak asilahmuhajer>>>> kat blog areQue ada...tak ingat entry bulan baper...
    jun rasanya
    akak checkla..

    uncle zeq>>>>>>>>
    hihihihihhih buley ka panggil uncle ni???ke nak pnggil atuk????
    xooxoxoxoxo

    aminnnn:)
    doakan seluruh umat Islam ktika kita semua bersolat....jgn lupa tue...
    percayalah..bile kte doakn orang, orang akan doakn kita juga...


    Islam itu indah kan..
    *peace!

    BalasPadam
  20. Izinkan saya berkongsi puisi ini yang pernah saya siarkan di ,blog saya suatu ketika dulu.

    Usman Awang - Melayu

    Melayu itu orang yang bijaksana
    Nakalnya bersulam jenaka
    Budi bahasanya tidak terkira
    Kurang ajarnya tetap santun
    Jika menipu pun masih bersopan
    Bila mengampu bijak beralas tangan

    Melayu itu berani jika bersalah
    Kecut takut kerana benar
    Janji simpan di perut
    Selalu pecah di mulut
    Biar mati adat
    Jangan mati anak

    Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya:
    Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
    Banjar juga disebut Melayu,
    Minangkabau memang Melayu,
    Keturunan Acheh adalah Melayu,
    Jakun dan Sakai asli Melayu,
    Arab dan Pakistani, semua Melayu
    Mamak dan Malbari serap ke Melayu
    Malah mua'alaf bertakrif Melayu
    (Setelah disunat anunya itu)

    Dalam sejarahnya
    Melayu itu pengembara lautan
    Melorongkan jalur sejarah zaman
    Begitu luas daerah sempadan
    Sayangnya kini segala kehilangan

    Melayu itu kaya falsafahnya
    Kias kata bidal pusaka
    Akar budi bersulamkan daya
    Gedung akal laut bicara

    Malangnya Melayu itu kuat bersorak
    Terlalu ghairah pesta temasya
    Sedangkan kampung telah tergadai
    Sawah sejalur tinggal sejengkal
    Tanah sebidang mudah terjual

    Meski telah memiliki telaga
    Tangan masih memegang tali
    Sedang orang mencapai timba
    Berbuahlah pisang tiga kali
    Melayu itu masih bermimpi

    Walaupun sudah mengenal universiti
    Masih berdagang di rumah sendiri
    Berkelahi cara Melayu
    Menikam dengan pantun
    Menyanggah dengan senyum
    Marahnya dengan diam
    Merendah bukan menyembah
    Meninggi bukan melonjak

    Watak Melayu menolak permusuhan
    Setia dan sabar tiada sempadan
    Tapi jika marah tak nampak telinga
    Musuh dicari ke lubang cacing
    Tak dapat tanduk telinga dijinjing
    Maruah dan agama dihina jangan
    Hebat amuknya tak kenal lawan

    Berdamai cara Melayu indah sekali
    Silaturrahim hati yang murni
    Maaf diungkap senantiasa bersahut
    Tangan diulur sentiasa bersambut
    Luka pun tidak lagi berparut

    Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
    Selagi yang ada sanggup diberikan
    Sehingga tercipta sebuah kiasan:
    "Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran"


    Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
    Masihkan tunduk tersipu-sipu ?
    Jangan takut melanggar pantang
    Jika pantang menghalang kemajuan;
    Jangan segan menentang larangan
    Jika yakin kepada kebenaran;
    Jangan malu mengucapkan keyakinan
    Jika percaya kepada keadilan

    Jadilah bangsa yang bijaksana
    Memegang tali memegang timba
    Memiliki ekonomi mencipta budaya
    Menjadi tuan di negara Merdeka

    Selamat mencerna minda.

    BalasPadam
  21. Pertama sekali di sini adalah membezakan perjuangan Melayu dgn perjuangan Islam.

    Melayu adalah bangsa yang hanya menumpang akan Islam. Yang harus di perjuangkan adalah Islam.

    Rasulullah SAW bersabda :
    "bukanlah dari golongan kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah" (HR Abu Daud).

    Nabi SAW telah melarang ummatnya dari memperjuangkan bangsa dan ingatlah bahawasanya tidak akan di terima oleh Rasulullah di akhirat kelak sebagai ummatnya.

    Hanya Islam wajib diperjuangkan disamping berlaku adil kepada semua agama.

    Apa yang hendak dibanggakan dgn Pelembagaan Malaysia???

    "Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sebagai satu perlembagaan yang tidak gunakan." [Al-Furqan(25):30]

    Islam itu deen (the way of life). Jd Islam tak perlukan Perlembagaan lain selain dari Al-Quran.

    “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir”. [Al Maa-idah(5): 44].

    “dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim”. [Al Maa-idah(5): 45].

    “dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik”. [Al Maa-idah(5): 47].

    “Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya". [An Nisaa'(4): 65].

    Al-Quran adalah PERLEMBAGAAN bagi ummat Islam dan bukan Perlembagaan Persekutuan yang hanya di tulis oleh manusia.

    Wahai blogger yang cerdik pandai.

    Adakah anda memperjuangkan Perlembagaan Malaysia kerna ia hanya menyatakan keIstimewaan Melayu (bangsa) yang hanya di tulis oleh manusia...???

    Apa hujah anda bila berdepan dgn Allah kelak...???

    Diakhir kata....

    FAZAKKIR INNAMAANTAMUZAKKIR.
    "Maka berilah peringatan, kerana sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan. "[Al Ghaasyiyah(88):21)

    Allah SWT memerintahkan manusia supaya memberi peringatan kepada mereka yang masih di buai mimpi...........

    Wassalam.

    BalasPadam
  22. Bagi saya keadaan ini timbul kerana ada kalangan mereka yang bergelar tok guru di kalangan kita yang menyokong tindakan mereka menyebabkan mereka semakin berani sedangkan mereka tidak tahu kami orang Islam sanggup mati syahid dalam mempertahankan agama Islam kerana kami tidak mahu di akhirat nanti ALLA S.W.T bertanya pada kami kenapa kami tidak beriman dengan agama kami dengan mempertahankannya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.