Dilaporkan lebih 20,000 peserta terbabit dalam demonstrasi membantah Akta Keselamatan Negeri, ISA, Sabtu lalu, 1 Ogos 2009.
Polis menahan 589 peserta demonstrasi, 572 dibebaskan setelah selesai proses pendokumentasian.
29 didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 16 daripada mereka didakwa menyertai perhimpunan haram manakala 13 lagi termasuk remaja berusia 16 tahun didakwa membekalkan kemeja-t Perhimpunan Gagasan Memansuhkan ISA di demonstrasi sama.
Dilaporkan, setiap dewasa dibebaskan dengan ikat jamin RM500, kanak-kanak RM300 sebelum dipanggil semula ke mahkamah untuk dibicarakan.
Dianggarkan jumlah wang jaminan terbabit RM14,300.
Barangkali sebilangan mereka didakwa terpaksa meminjam untuk menjelaskan wang jaminan terbabit dan bakal turun naik mahkamah, pastinya membabitkan kos.
Apapun, 'ikan besar' dibebaskan tanpa perlu membayar wang jaminan.
Askm bro,
BalasPadamApalah nak diherankan... dah mcm menjadi amalan negara kita.. Tengok ajelah gejala rasuah..
si ikan bilis jugak yang kena baham... Si ikan jerung bebas bermaharajalela dan terus mencari mangsa....
Si ikan bilis dikata rasuah... Si ikan jerung dikata politik wang.. bukankah sama je tu! Yang pasti kedua-duanya (si pemberi & si penerima) akan menempah tempat di neraka...
Aku memang tak masuk la dengan politik nie... tak kira la pencadang atau pembangkang... kalau dah berdemo kat jalanraya apa yang dapat? ni la akibatnya kalau dah terlalu taksub dengan parti masing-masing.
BalasPadamBODOH betul kalau jadik mak bapak yang bawak anak2 berhimpun sama melaungkan maki hamun di jalanan.. eee tolong la...
Kesimpulannya yang aku nampak akhirnya orang MELAYU sama MELAYU & ISLAM sama ISLAM bertempur di tengah jalan.. bangsa lain tepuk tangan...
berapa agaknya KOS operasi pihak keselamatan??
BalasPadammembazir dek DEMO
, gas, minyakkereta dan lainlain..tuntutan kerja lebih masa, masa dl..
RM2 juta boleh tak??
Kembara, usah lari topik. Entry ini menyentuh isu beban mahkamah bakal ditanggung mereka terbabit dalam demonstrasi.
BalasPadamItupun masih ada penyokong diaorg ni yg tak sedar2 diperalatkan..
BalasPadam_______________________
View Profile: Rantong™
Tapi ikan bilis stil takkan 'sedar' yg dia ikan bilis.....selagi tak 'digoreng' selagi tu tak sedar diri. itu pun kalo sedar la... Hehhhee
BalasPadamBayaran wang jaminan pun dah kena ratus2 RM..tiada penyakit cari penyakit...mula la menagih simpati saudara-mara dan kawan2 meminta wang untuk dipinjam bagi membayar wang ikat jamin...tambah pulak hutang...alahai orang kita...
BalasPadameh! Serius ke> kenapa mcam tu? sama2 tangkap.. sama2 bebas. sama2 jamin lah!!
BalasPadamtu lah kan..
BalasPadamada org tak paham..
bukan kite tak ckp isa tu salah..
kite cme ckp demo jalanan tu salah..
tu pon susah nk paham kew??????
tak der penyakit cari penyakit.. jerung ker bilis ker.. kalau salah ttp salah... kalau elok2 dok umah diam2 tak der la kena denda beratus2,..
BalasPadamkadang2 bukan sbb tak paham tindakan mereka tu salah.. tp nak tunjuk diri tu jaguh.. terima aja akibatnya...
BalasPadam"bukan kite tak ckp isa tu salah..
BalasPadamkite cme ckp demo jalanan tu salah."
Nak tambah sikit ape yg areQue kata spt di atas tu : Demo jalanan sgt2 bersalah bila dianjurkan pihak pembangkang atau kumpulan mahasiswa yang menentang sesuatu dasar pemerintah...
Tetapi demo jalanan sgt2 dibenarkan malah diwar warkan dlm media apabila dianjurkan oleh pihak pro pemerintah... Inilah demokrasi terpimpin namanya...
Salam,
BalasPadamSudahlah, yang salah tetap salah nak tegakkan benang basah buat ape.
bro mazidul,
BalasPadamBrader Anwar Bin Ibrahim memang suka kontroversi, publisiti macam ni. kalau buat kat stadium, dah selalu sangat. tak kecoh pun, tak masuk suratkhabar, tak kena siram air dan kena gas pemedih mata. buat kecoh macam ni baru syok, lantakla penyokong kena tanggung. penyokong2 taksub pun bukan peduli sangat diri sendiri, sokong apa saja kata2 dia. selagi Brader Anwar Bin Ibrahim tak jadi PM Malaysia, bro tunggu dan saksikan macam2 lagi agenda & wayang, but i guess, u know it already.
Open, sudah terang lagi bersuluh :)
BalasPadamentahlah..
BalasPadamsudahlah mereka ini diperbodoh dan diperkudakan oleh ikan-ikan besar, sekarang kena naik turun mahkamah pula..
ikan besar mana mungkin hendak menolong ikan ikan kecil ini. malah, selalunya, mereka akan makan ikan-ikan kecil ini..
jadi, kepada ikan ikan kecil, membesar dan berfikirlah dengan waras dan matang...
'mengong' bah dorang nih.. :(
BalasPadamjihad ler kunun..tolong bayo sewa rumah ibu tunggal pun jihad juga takyah buat demo jalanan bah..!
............
tak mampu bayo posa & raya dlm penjara..bule mkn pree.. :p
sape suruh !
Saya masih lagi tunggu perubahan yang diwar-warkan PR kalau dapat memerintah Selangor.. sampai sekarang, tak banyak perubahan, malah saya nampak lebih banyak masalah.
BalasPadamBukan nak kata kerajaan Selangor terdahulu takde masalah, ada jugak. Apa yang saya dapat simpulkan di sini, belum dapat belum tau, dah dapat, baru tau, dan akhirnya, dua kali lima juga... kalau dah namanya manusia, diberi kuasa dan $$$, kalau tak kuat iman, pi mai pi mai tang tu jugak..
Maaf saudara Mazidul, saya lari topik sekejap sebab geram sebenarnya.. soal ikan bilis tersepit macam ni, pada saya, padan muka mereka yang kena denda tu.. takde penyakit cari penyakit. Kononnya perjuangan, tapi macam menang jadi arang, kalah jadi abu saja. Yang menang betul-betul? Ikan jerung jugak..
Saya nak tanya, dorang yang kena bayar wang ikat jamin ni kan, ada tak pemimpin dorang datang bayar duit jaminan tu atau dorang kena bayar sendiri?
Audra: janji tabur pakai ayaq lioq.. tak kena bayaq.. bersepah2 la tabur... tp pengikut dia org ttp percaya.. bila tak dpt tunai janji depa alih salah pd org lain...itu jer la yg depa pandai
BalasPadamkanak-kanak pun ada??
BalasPadamalahai..kesiannya. tak pasal2 jadi mangsa sekali.
yang dewasa pun takde otak.
hari sabtu yang sepatutnya diisi dengan berfaedah, dok umah dengan anak bini, di buang dengan aktiviti camni. pastu kena denda lagi.
apa la kepuasan yang diorang dapat agaknya??
tentang ikan kecil dan ikan besar, malas nak komen. dah terlalu biasa. sebut pun tak berapa guna.
Bro Maz
BalasPadamTak pasal pasal buang duit
Dah lah menurut apa yang difahamkan mereka yang turut serta adalah 'golongan bawahan' @ orang miskin.
Susah susah cari duit dah kena bayar jaminan, nanti lepas 'bicara' kena cari duit/pinjam duit nak bayar saman.
Makin melarat hidup tu
Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran...
Semuanya kerana ikut hati bukan ikut Aqal...
Apapun semua dah terjadi, mereka yang terlibat dan tertangkap terpaksa menanggung apa juga yang akan berlaku di masa depan.
Bak kata orang ' Pay high for a lesson'
Bukan ke Sang Kancil dah tegur...
"Jangan monyet, kita tak boleh makan buah tu..."
Monyet berdegil juga...
dah jadi berguling guling kepedasan
Ambil iktibar daripada apa yang berlaku...
Nota Alid: Bersama rakan rakan sepejabat nampak mayat wartawan Jepun yang kena tembak mati di hadapan pejabat pada September 2007. Semua akibat tunjuk perasaan.
Alid, bak sini gambar tu, kita postkan di blog ini, tengok negara mana lebih ganas menangani demo :)
BalasPadamZeq, terima kasih hantarkan hp no.
Bapak borek anak rintik, bapak tak korek (duit bayar jaminan) anak tak dapat balik.( di tahan) haha..
BalasPadamBegitulah nasib si ikan kecil.. kadang-kadang ikan besar punya pasal. ikan kecil turut terkena tempiasnya. ( sekadar ingatan bersama)
BalasPadam