Terus-terang, saya mengetahui identiti terperinci pemilik blog itu, nama, umur serta kerjaya dan lokasi dia bertugas, hasil maklumat dihantar individu mengenalinya. Penulis blog kemudian mengesahkan butiran dirinya melalui emel kepada saya. Andai kata saya berniat serong, pasti saya mudah menghubungi pihak majikannya, kementerian ‘penting’ supaya tindakan tegas diambil terhadap kakitangan terbabit. Namun, saya tidak berbuat begitu.
Blog ini kemudiannya dikunjungi pembaca menggelar dirinya Adamdryx, pekerja syarikat penerbangan berusia 33 tahun mengaku dirinya gay. Pelbagai hujah dikemukakannya. Pembaca, Kapten Zaren menegur Adamdryx agar tidak menegakkan benang basah berhubung pendiriannya berterusan menyokong kehidupan gay, baca di [ sini ]. Pada masa sama, Adamdryx secara jelas menghina kerjaya wartawan selepas program '360' merungkai topik ‘Gay Terlampau’ pada 19 Ogos lalu. Namun, setakat ini dia dilihat gagal membidas hujah juruterbang wanita terbabit.
Sebaliknya, Adamdryx bertindak membuka entry di blognya memaparkan nama penuh saya sekaligus mengundang pembaca blognya melontarkan pelbagai kecaman, rujuk di [ sini ], walhal tanpa provokasi, saya tidak berminat membongkar butiran peribadinya. Jika saya ingin berbuat begitu, terlalu mudah untuk dilaksanakan.
Kartika Sari, 32 tahun, wanita kelahian Perak MENGAKU meminum arak di Terengganu bakal menjalani hukuman sebat tidak lama lagi. Pramugara syarikat penerbangan dengan gambar terpampang di blog, mengaku dirinya gay secara terbuka, hemat saya juga boleh dikenakan tindakan. Namun, biarpun serangan peribadi dilakukannya secara berterusan, saya belum lagi menghubungi majikannya kerana percaya Adamdryx boleh berubah biarpun setakat ini dia gagal dinasihati puluhan pembaca blog ini.
Jika pembaca berhasrat melontarkan komen dan teguran, sila hantarkan TERUS ke blog milik Adamdryx, klik [ blog Adamdyrx ]. Jika anda bersetuju dengan 'pegangannya', katakan setuju dan mengapa? Jika tidak, nyatakan tidak beserta alasan logik. Saranan saya usah menggunakan perkataan lucah, berhujah secara hormat.
Gambar di entry ‘Lesbian Tidak Segah Gay’ mendapat teguran Adamdryx. Saya dengan redha memadamkan gambar dikatakan kurang menyenangkannya itu. Biarpun hakikatnya gambar sama dipaparkan di banyak laman web terbuka, bahan tontonan dunia. Lagipun Adamdryx rajin berdoa dan bertazkirah di blognya, segan :)
Kata Adamdryx di entry terakhir blognya, ”Teguran terhadap Mazidul telah pun ADam lakukan. Teguran itu dibuat, ADam secara tidak langsung mengingatkan diri sendiri”
Syukurlah, jika Ramadhan ini sekaligus mengingatkan kita semua. Teguran Adamdryx berhubung gambar Allen dan ‘isterinya’ saya terima, lalu tindakan saya laksanakan. Kini saya amat kepingin melihat Adamdryx menerima teguran orang lain terhadap diri dan bertindak demi kebaikan.
Itupun jika dia boleh menerima teguran.
* Ada manusia jadi perompak, penyamun, perogol, lesbian, pengkid dll. Tetapi majoriti tidak megah dengan 'kejahatan' dilakukan. Terfikir, siapa sebenarnya lelaki berselindung di sebalik nama ADAMDRYX ini?
cam bukan mazidul je
BalasPadamMohd Faridzul, kenapa?
BalasPadamBro mazidul..inila yang dikatakan cabaran umat islam membantu umat islam..cabaran wartawan dalam usaha memaparkan kisah dunia realiti..pati bro pegang pada yang satu sahaja..niat bro..aper orang nak kater,nak kecam biarla..you know what you are doing and for what reason..about others..let it be..biar allah swt yang aturkan..
BalasPadamp/s: bro klu kiter kupas isu arak plak..join venture dengan JAKIM..saya rase lebih ramai yang kene sebat bro...tak hairan kalau ader artis terlibat..
kadang2 ada orang ni Tuhan dah tutup hati die ketat sgt2 sampai satu tahap tu die mmg dah tak boleh nak berubah walaupun berbuih nasihat diberikan...
BalasPadamDan aku tak hairan kalau ada orang sebegini
kisah kaum nabi LUTH sendiri sudah cukup membayangkan betapa kerasnya hati isteri dan anak-anak nabi dari menerima ajaran suaminya sendiri..
BalasPadamajakan suami agar tidak mngikut golongan2 sejenis itu diibaratkan mnurahkan air ke daun keladi sahaja!
kembalilah...
rujuklah sejarah ini di dlm Quran..
muhasabah lah diri di bulan ramadhan ini..
bykkn bertadabbur dan bertadarrus dlm memahami ayat-ayat Allah..
nescaya kamu kan beroleh ketenangan ....
kita menegur selagi mampu.. itu tanggungjawab kita dlm menegakkan kebenaran,.. biar tidak diterima tp tugas ttp kita jalankan.. insyaallah.. Allah itu Maha kuasa.. perkara baik akan dibalas baik...
BalasPadamsalam ramadhan utk semua
Bro Maz
BalasPadamMenyampuk jap, AreQue, LUTH ke LUT?
Kalau tersilap marah pulak Orang Lembaga Urusan Tabung Haji.
Pihak yang berkenaan kena ambil tindakan sewajarnya untuk melaksanakan hukum Islam. Kita ni cuma boleh melapurkan sahaja ye tak?
Nota: Seronok la tahun ni, dapat puasa, sahur, berbuka, tarawikh kat kampong. Tapi kesian la pulak kat mem aku kena tinggal jauh di sana....
Semoga dengan kedatangan bulan ramadhan ni, sama-samalah kita berubah dari yang kurang baik, menjadi baik.. Dari yang baik menjadi yang lebih baik.
BalasPadamBro maz, rasanya dia ni ada masaalah jiwa kuut? perasaan berperang antara nafsu & ketakwaan pada tuhan. Daripada tulisannya yg terpamir di blog menyatakan betapa kelirunya dia tentang kehidupan & dimasa yang sama menyiasat & 'membogelkan' maruah seseorang yg memang saya akui ada kebenarannya seperti yg terjadi pada blogger wanita "kayokoje" tetapi tak seharusnya di perlekehkan sebegitu rupa. Kesian dia..!Tak pelah bro, kalau dah tegur tak jalan jugak...biarlah takdir menentukan yg pastinya beliau mempercayai akan ketentuan atau takdir tersebut.
BalasPadampada pendapat saya, encik mazidul sudah menjalankan kewajiban sebagai umat islam, sudah beri nasihat yang secukupnye...biar tuhan yang menentukan takdirnya... dia pun hamba Allah dan pasti akan kembali kepadaNya suatu hari nanti.. termasuk kami semua...
BalasPadamsangat sokong pandangan bazrul nazlan zainal..
Salam Ramadhan...
BalasPadam2 minggu lebih saya follow isu ni, cuma skrg berkesempatan nak komen.
Bro Maz, Rasulullah pernah dibaling batu ketika berdakwah kpd penduduk Taif, sehinga mengalir darah ke dalam kasut baginda dan berkocak kasut baginda dengan darah apabila berjalan. Jadi, apabila kita dicerca sikit2 semasa menyampaikan dakwah tu, kira adatlah... Memang sunnah hidup pendakwah macam tu.
Saya follow blog bro Maz sbb pengalaman bro sebagai wartawan banyak beri manfaat kpd saya yg kerja lain2 ni. Kerja wartawan - especially wartawan penyiaran di TV sebenarnya adalah hampir sama macam pendakwah juga - menyampaikan kebenaran dan mencegah kemungkaran (amar ma'ruf nahi mungkar).
Pendedahan isu gay dan arak - bagi saya adalah termasuk dalam usaha nahi mungkar. Memberi teguran dan nasihat adalah kewajipan sesama Muslim. ( Adamdryx kata : nasihat hanya apabila diminta - itu salah. Agama itu adalah NASIHAT. "Ad-deenun nasihah - hadith)
Dah banyak umat terdahulu yg Allah hancurkan lantaran berleluasanya kemungkaran - dan azab Allah apabila turun akan kena kpd semua sekali termasuk hamba-hambaNya yg soleh. Sebab itulah - mencegah kemungkaran itu wajib - walaupun hanya mencegahnya dgn hati (hadith).
Harap bro Maz terus istiqomah @ konsisten dgn usaha mencegah kemungkaran ini. :)
Abuamin, terima kasih.
BalasPadamSeperti saya katakan sebelum ini, saya hanya membongkar kisah gay agar cara kehidupan itu tidak menjadi ikutan orang lain.
Saya percaya, golongan pengamal sukar meninggalkannya berlandaskan alasan masing-masing.
Saya akan terus menulis. Saya percaya tidak semua orang suka dan mampu menerima komen atau teguran orang lain tetapi sekurang-kurangnya, teguran dibuat.
Selamat berpuasa :)
SALAM MAZIDUL...
BalasPadamAPA PANDANGAN ANDA TENTANG HUKUMAN SEBAT YANG DITANGGUHKAN KEATAS MODEL MELAYU TU..
TIDAKKAH KREDIBILITI MAHKAMAH SYARIAH TERUS DIPERLECEHKAN?
ADAKAH SELEPAS INI SEMAKIN RAMAI BUDAK MELAYU AKAN MINUM ARAK??
ORANG YANG RELA UNTUK DIHUKUM SEBAT ....TAK DIBUAT TAKUT MALAYSIA TAK DIKUNJUNGI PELANCONG ATA PELACUR
beria-ria kartika nak disebat..uishhh ada agenda ape agaknyer yer *konpius
BalasPadamalidyangon>>> setahu saya ejaan nabi luth dieja LUTH bukan LUT...
BalasPadamsupaya berbunyi huruf Tho..
sila semak buku sejarah nabi dlm bhasa melayu dan tafsir quran yg ada terjemahan melayu
Wan Norizan, saya melihat ada pertelagahan berhubung keputusan sebatan itu sendiri di antara hakim menjatuhkan hukuman dan Ketua Hakim Syarie Terengganu. Barangkali kerana hukuman dijatuhkan kepada Kartika, pertama kali dilaksanakan di negara ini.
BalasPadamApapun, saya kagum membaca kenyataan Kartika inginkan hukuman dilaksanakan secepat mungkin. Bagus, jika dia tulus ikhlas.
Gejala meminum arak di kalangan orang Islam, isu nasional. Saya pernah membuat liputan mengikut nelayan di Yan, Kedah 10 tahun lalu. Sebilangan nelayan juga minum arak tetapi di pulau. Arak diberikan pemandu pelancong Cina bertugas.
Sdr Mazidul
BalasPadamAda ketikanya teguran kita buat seseorang lambat amat "muat" ke hatinya, biar pun dia tahu dia memang bersalah. Malahan kita yang jadi mangsa lantaran tempias tohmahan yang dilempar seyogia teguran kita yang ikhlas itu. Biarlah!. Kita perlukan menyabarkan diri. Sdr Mazidul memang di pihak yang benar.
Kes Kartika; bila hukuman telah dijatuhkan payah rasanya nak ditarik balik atau buat rayuan. Lagipun empunya diri pun reda (redha bahasa dulu lagi tepat) untuk menjalani hukuman. Cumanya saya berharap janganlah sampai sebat bagai di penjara bagi pesalah sivil... macam yang pernah kita tenguk videonya. Sakitlah amat malahan parutnya pasti tak hilang ke akhir hayat.
Jauh di sudut hati saya rasa kasihan jika Kartika mendapat parut sedemikian sepanjang hayatnya. Cukuplah aib yang ditanggung oleh dirinya & keluarga.
Bro Maz
BalasPadamTumpang jap,
OK AreQue, Noted. :)
Tengah senyum ni...
Idan, hukuman sebat lelaki dan wanita berbeza.
BalasPadamBagi wanita, lengan dalam (ketiak) dan sisi badan si penyebat tidak boleh ada ruang semasa sebatan dilaksanakan. Sebatan bukan dipunggung tetapi di belakang, si penerima hukum akan memakai baju nipis. Manakala, saiz rotan juga lebih 'banyak' kecilnya berbanding rotan digunakan untuk menyebat kaum lelaki.
Nanti saya tuliskan entry berhubung sebat, InsyaAllah.
echah..
BalasPadambenda positif kena sokong..baik sangka..
beri semangat kepada mata memandang..
niat dia soal lain..
Apa yang penting bagi kita sesama islam ini adalah tegur-menegur antara satu sama lain, jika seseorang saudara kita telah melakukan kesalahan. selebihnya, terpulang pada yang empunya diri.
BalasPadamLUTH la bukan Lut!
BalasPadamsalam Kakanda Mazidul,
BalasPadamselalu cek dok baca blog ni, tapi tak pernah nak komen. dok komen dalam hati ja, ni baru tergerak hati nak menaip no. Sempena posting terakhir mungkin untuk ADam si Lesung Batu.
Kadang kadang depa ni susah nak menerima kesalahan sendiri. Pantang tegoq org kedah kata, Bebai cukup kuat. Pastu mula nak keluaq ayat ayat Tazkirah...bagus! tazkirah tu bagus..mengingati...tapi kalau setakat nak cakap berubah ja mana cukup..kena usaha dan berubah jugak la!
Cek ada kawan jenis mcm ADam si lesung batu ni dulu, dia memang SEJIBIK camtu. Bermadah bukan main..sampai kita naik segan..buleh meleleh ayaq idong dengaq dia cakap. tapi....masih di takuk lama..org kedah kata.."Sembang tak Jatuh! "
maka dengan itu, saya merasakan perlu bagi kakanda terus mengupas isu isu macam ni, Biaq pi la depa nak marah ka apa. Kita takut apa, tugas nak mendidik masyarakat melalui Media ni bukan mudah, tapi insyaAllah mudah-mudahan dengan niat yang betul, Tuhan akan permudahkan segala urusan Kakanda.
Kepada yang mengaku GAY..u ols u ols di luaq sana. Jangan marah arrr..yang penting REDHA dan TERIMA HAKIKAT. USAHA untuk BERUBAH supaya Masyarakat semua boleh terima. Kami semua nak tolong ampa...tapi ampa jangan nak KERAIH sangat..selamat beposa...
wasalam
p/s : panjang lebaq cek tulih..apa nak buat, marah jugak tadi beli Murtabak kat Sg,Buloh nampak sedap. tapi TAWAQ HEBIAQ orang kedah kata...
Rumi, manusia ada pelbagai ragama, perangai, keinginan dan perlakuan.
BalasPadamkepada jenis enggan menerima teguran, lantak pi depa la no ...