Ahad, Disember 12, 2010

Pertemuan Bloggers Di Ice Room (Updated)

18 Disember, Sabtu jam 9 malam, buat apa?

Kepada bloggers berminat, jom kita bertemu di Ice Room, premis menjual pelbagai makanan di  Jalan PJU 5/22, The Strand, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kawasan parkirnya luas, makanan dihidangkan menarik.

Ice Room menawarkan juadah lebih daripada ais krim dengan harga berpatutan.

Tujuan pertemuan, untuk berborak, berkongsi pengalaman berhubung blogging dan sekaligus merapatkan hubungan sesama kita selama ini berinteraksi di dunia maya.

Jika mempunyai masa terluang untuk menghadirkan diri, sila sahkan kedatangan anda di ruangan komen.

Boleh?

***

Ice Room mula beroperasi pada 5 November 2010.


Biarpun premis ini kelihatan eksklusif, harga makanan dihidangkan amat berpatutan.

Pengusaha premis terbabit, bekas Pengarah Luar Negeri Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Tourism Malaysia, Datuk Razali Mohd Daud, 59 tahun dibantu isteri, Datin Faridah Kasim.

"Sebelum berniaga saya sekeluarga menetap lima tahun di London, empat tahun setengah di Frankfurt, Germany dan my last post, Timbalan Ketua Pengarah dan Pemangku Ketua Pengarah Tourism Malaysia, office di Pusat Dagangan Dunia Putra," ujar beliau. 

Anak kelahiran Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan terbabit bersara pada tahun 2009.

"Pelanggan kita dari semua bangsa, Melayu, Cina, India. You name it lah semua datang, " tambah Datuk Razali.


"Saya memang kerap berada di kedai berjumpa dengan pelanggan," tambah Datin Faridah.


"How is the ice cream?"

Itu antara pertanyaan kerap bermain dibibir mereka suami isteri ketika mendekati pelanggan. Kedua mereka juga sentiasa memantau pekerja bagi memastikan setiap juadah dipesan dihidangkan pada waktu terpantas.

Hemat saya, tindakan itu satu personal touch, jarang dipraktikkan majoriti pengusaha kedai makanan di negara ini.

Sambil minum petang bersama beliau, Datuk Razali menunjukkan saya fail tebal mengandungi puluhan sijil halal bahan digunakan untuk menyediakan lebih 100 produk makanan, ais krim dan minuman di premis perniagaan beliau.


Tanpa diminta beliau sudi membawa saya menjengah ke dapur Ice Room.

Datuk Razali kemudian memperkenalkan saya kepada chef berpengalaman berasal dari Taiping, Perak, Alias Abd Rahman, 34 tahun.


Chef Alias meletakkan ayam disembelih dikeluarkan dari cooler. Pantas saya merakamkan gambar ayam disembelih secara sempurna terbabit.

"Semua bahan digunakan untuk hidangan di Ice Room memiliki sijil halal. Dairy products dibekalkan Nestle Malaysia," tambah Datuk Razali lagi.


Kepada bloggers, usah bimbang kerana wifi disediakan percuma manakala bilik khas permainan kanak-kanak ditempatkan di bahagian atas premis.


Ops! Berikut kenyataan Datuk.

"Semua pembaca blog Mazidul datang ke Ice Room pada 18 Disember, kita bagi harga 10% diskaun "

Sekali lagi, SILA SAHKAN KEHADIRAN anda di ruang komen.

Terima kasih.

Welcome to Ice Room!

Kemas Kini

Hasil perbincangan bersama Datuk Razali, beliau bersetuju menghadiahkan voucher bernilai RM100 kepada seorang blogger untuk menjamu selera di Ice Room pada kunjungan berikutnya.

Voucher terbabit bakal menjadi milik blogger dipilih (secara muktamad) menulis entry terbaik berhubung Ice Room di blog miliknya selepas 18 Disember.

79 ulasan:

  1. salam...

    nak tanya. selain dr kat KL dan selangor.. kat negeri2 lain xde ke buat perjumpaan blogger mcm ni? rasanya ramai blogger yg berharap dpt buat perjumpaan begini di tempat masing2...

    BalasPadam
  2. Alamak Mazidul...org kerajaan macam saya, hujung-hujung tahun ni sibuk sangat-sangat. Kalau tak boleh gak datang bawak Man Burger bersama.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  3. salam,
    aktiviti sebegini tentu boleh bertukar-tukar pendapat/idea

    BalasPadam
  4. Salam, alahai kalau dekat mungkin dpt juga di pertimbangankan :) semoga pertemuan membawa seibu makan buat kalian semua. Kenali akuanakpahang "Segalanya disini suka duka sebuah kehidupan."

    BalasPadam
  5. Salam.
    Bang Mazidul, Zara mungkin ke KL 17 Dec ni sehingga 19 Dec. Kalau ada kelapangan, mungkin boleh sertai. Last jumpa hari tu bukan Mac kan?

    =)

    BalasPadam
  6. Hmmm... I tak ingat I dah pernah pegi makan di sana atau tidak...

    Aiskrim?? Ohhh tak bleh tahan. Tapi...malam? I don’t think I can make it...

    LORD ZARA pun nak turun? Hmmmmm mesti best kali ni.

    BalasPadam
  7. selepas berjumpa saudara smlm di majlis kahwin Yat & Sazaly, saya nak join..tapi saya kena balik kampung.. ;(

    BalasPadam
  8. huwa..next week..jika lapang, insyaALLAH sy join..singgah sini en mazidul..

    BalasPadam
  9. salam encik mazidul, terime kasih byk2. tak sangka boleh tersenarai kat sahabat blogger. terime kasih sekali lagi.

    BalasPadam
  10. salam sdr MS dan rakan blogger. Insya-Allah, kalau semua blogger setuju saya cadang nak uar-uarkan di dalam warta perdana minggu ni...mungkin boleh kot.

    BalasPadam
  11. tempat sgt menarik dan saya pencinta aiskrim..erm macam nak pujuk emak. ehehehe

    BalasPadam
  12. kalau tak jumpe time blogger gath time lain saya pegi sorang2 nak mkn eskrem..saya kena sebut kata kunci 'pembaca blog mazidul' dapat tak diskaun?heheheh...

    BalasPadam
  13. Salam, semua. Sy bersama rakan2 saya baru sahaja menikmati juadah di ice room. Gambar kami bersama Dato Razali serta gambar ice-cream kami turut terpapar di atas. Kedai ice-room ini sgt menarik, warna yg ceria serta suasana yg tenang sgt mendamai jiwa. Juadah yg disediakan menarik, sedap dan menyelerakan terutamanya ice-cream yg pelbagai rasa dan dihias dgn menarik serta harga yg berpatutan. Datang dan nikmatilah ice-cream yg sgt enak. Berbaloi2.

    BalasPadam
  14. Zaini Zaa, InsyaAllah confirmed. Penyertaan terbuka kepada semua bloggers.

    Kepada bloggers sudi datang, terima kasih.

    17 jenis ais krim disajikan di Ice Room.

    Idayu, Datuk kata OK.

    BalasPadam
  15. Ok! Saya akan bawa sorang bekas pelumba motosikal (OKU) datang sama. Dia baru bergiat dlm blogging.

    BalasPadam
  16. Miss D, please come.

    Lord Zara, Mia, Zaina Zaa, Azrul, JMR, TQ!

    Anna, datang?

    BalasPadam
  17. wahhh menarik tp tak dpat nak dtg laa..jauh sgt..
    apa pun semoga pertemuan itu nanti membawa pelbgai kenangan dan pengalaman masing2 yaa..

    BalasPadam
  18. Ohhh... tetiba terasa nak datang! Benar saya belum pernah masuk sini, wpun pernah makan sekitar area itu.

    Harus datang ler kot, sebab nak cuba buat entri terbaik nanti.... hehehehehe!

    BalasPadam
  19. Wahh... seronok nyer! Nak datang! Nak datang! Tapi tak tau bole datang ke tak?

    BalasPadam
  20. OMG.
    Datuk Razali. Its my Ex boss. Nice Guy :)
    Sudah buke kedai ghupnya Dato.
    Insyallah nnt nak terjah la!

    BalasPadam
  21. walopon saya masih baru dgn blog MAS ni saya berminat nk sertai gath 18hb nnt.. bolehkah en MAS... :)

    BalasPadam
  22. Izz, Jard dan Nie, besar tapak tangan, nyiru ditadahkan.

    Azieazah, without you macam buat function tetapi kurang 1 speaker besar :)

    BalasPadam
  23. Salam, setakat ini 10 blogger telah mengesahkan kehadiran.

    Terima kasih.

    It is going to be a simple gathering, semua datang, berjumpa, bersembang, makan, minum, usik mengusik dan balik before jam 11 malam.

    BalasPadam
  24. saya mau join! tapi confirmation 50% sebab siang itu ke jengka pahang. :D

    BalasPadam
  25. wow..bestnyeee..begitu teruja No klo bab2 aiskrim ni..tapi jauh sangat la..sabar saja la jawabnyee..

    ohya..klo ada berkesempatan datang Labuan jangan lupa war2 kan ye..

    BalasPadam
  26. salam en. Mazidul... sy xde blog sendiri, tp sya rajin bc blog en. Mazidul... InsyaAllah sy akan join perjumpaan blogger hr sabtu nih...

    BalasPadam
  27. Badut, no problem, plese join us. Bersembang tidak memerlukan blog.

    Kalau bawak kawan pun OK.

    So, 11 bloggers confirmed.

    BalasPadam
  28. salam,

    En. mazidul , Pemilik ice room nie anyway mantan boss saya...di Tourism Malaysia..
    Ini membuatkan saya ingin pergi restorannya ..kena set kan masa nie..g ngan family..
    anyway Dato' tahniah..dari kami

    BalasPadam
  29. herm,teringin nak sertai..tapi ada kerja lain pula..Abg maz,jangan lupa muatnaik berita selepas perjumpaan diadakan ya!!!
    saya follow blog abang dengan dua (2) blog berbeza..

    http://persona-segalanya.blogspot.com/
    http://daishipan.blogspot.com/

    Lagi satu (1), bila baca tampalan tentang "nuffnang" terus tak jadi...:(

    BalasPadam
  30. salam, saya memang ingin sertai tapi kawan baik kahwin hujung minggu ni. insyaAllah, ada masa dan kelapangan dapatlah saya bertemu en mazidul dan blogger2 lain

    BalasPadam
  31. en mazidul, semua ice room mempunyai sijil halal ke atau ice room milik datuk ni je? sebab kalau kat cheras tu iceroomnya macam penuh pekerja nepal je. tokey pun macam bukan islam je...ini boleh mendatangkan musykil.

    BalasPadam
  32. alhamdulillah! byk info yg saudara mazidul share psl ice room neh yg mmg yg kepingin sgt nk tau.. 'kenal' IR melalui JJCM n lepas itu terus 'jatuh cinta'... x sangka datin faridah kassim, bekas pelakon drama terkenal adalah isteri dato' razali.. so count me n my family in lah, saudara mazidul.. 2 adults, 1 16 yr-old-teen and 2 kids... tqvm 4 the oppoturnity...

    BalasPadam
  33. wah hijaunyer...kena google dulu kat mana.saya ni tak tau jalan sgt..hehe

    BalasPadam
  34. Salam Bro Dol

    Nak join juga, sebab rumah saya di area Salvia Appt sahaja. Jalan kaki 5 minit dah sampai.

    BalasPadam
  35. teringin nak join tapi tak berapa taw jalan la kat sekitar tu..risau sesat

    BalasPadam
  36. ok... sy konfem datang. hehehe.. terima kasih atas peluang ini

    BalasPadam
  37. nak tulis saja boleh?
    nanti hadiah zara yg amekkan
    hoho

    BalasPadam
  38. Joe, kena datang.

    Zack, Akma, GPS ada, polis ada untuk bertanya jika tersesat jalan.

    Red Rambutan, wajib datang.

    Akuzie and family, welcome.

    Shahrizat, saya telah menulis berhubung Ice Room di KOTA DAMANSARA.

    Saya tidak memaksa awak untuk datang. Sebilangan orang kita bersikap pelik, kalau kopitiam, hanya dapat 1 sijil halal untuk satu produk makanan dan kemudian menyalahgunakan sijil kononnya untuk semua hidangan, dia orang baham selamba.

    Pemiliknya pun bukan Melayu.

    Kalau premis milik Melayu beragama Islam, hearsay pun boleh 'ditelan' begitu sahaja dan pelbagai persoalan dibangkitkan.

    BalasPadam
  39. Statistik kehadiran, campur tolak, tolak campur, setakat ini 20 orang termasuk bloggers mengesahkan kehadiran mereka.

    Terima kasih atas sambutan!

    BalasPadam
  40. salam bang... perjumpaan tuh pukul brp?? sy bukan apa, senang sy nk set time hr sabtu nih...

    BalasPadam
  41. hurmmm.... kalau berkesempatan saya kan cuba hadirkan diri..... ;-p

    BalasPadam
  42. Badut, rasanya setiap orang tahu membaca dan memahami apa dibaca tahu pada jam berapa pertemuan itu.

    So, saya malas jawab.

    BalasPadam
  43. abang dul,

    acu bergantung pada kak azie...insyaAllah jika kak azie confirm,acu pun confirm...bukan nye apa,acu malu nak pegi sorang...walaupun nie kali ke3 kita gathering...hehehehee

    BalasPadam
  44. ok saya dtg. confirm dgn seorang kawan saya..bolehkan?

    BalasPadam
  45. hehehe sory bang... my mistake :P ok kite jumpe kt sane pukul 9 mlm k...

    BalasPadam
  46. Teringin juga nak join jumpa rakan2 maya... kebetulan tarikh aniversary... mungkin ada planing lain...:)

    BalasPadam
  47. Mazidul: teringin nak join.mesti best sambil sembang2 tukar2 fikiran sambil mkn ice cream...:)

    BalasPadam
  48. tempat neh dekat tak dengan UM ?
    teringin nak join , tapi segan sikit . huhu .

    BalasPadam
  49. Tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum pertemuan di antara blogger-blogger berlangsung di Ice Room..

    Tentu menarik bila pertemuan tersebut berlangsung nanti. Setiap blogger mempunyai idea dan pandangan masing-masing terhadap sesuatu perkara atau isu.

    Jadi bila keluar sahaja sebarang isu semasa pertemuan tersebut, tentu banyak percambahan minda (brain storming) akan wujud.

    Sebagai pendatang baru dalam dunia blogger, sesi sebegini merupakan saat-saat yang saya nantikan selama ini untuk lebih mengenali rakan-rakan blogger 'otai' yang selama ini hanya dikenali secara online sahaja.

    Saya terkilan sebab tak dapat nak turut serta dalam pertemuan ini. Ini disebabkan saya bertugas di Mukah pada ketika ini, dan terlalu jauh untuk saya datang ke Semenanjung bagi menghadiri perjumpaan ini.

    Jadi kepada semua rakan-rakan blogger, doakan saya dapat segera berpindah ke semenanjung supaya pada masa akan datang saya dapat turut serta dalam pertemuan seumpama ini.

    Saudara Mazidul,
    Tentang peluang mendapatkan Voucher RM100 yang ditawarkan. Adakah tawaran tersebut hanya untuk blogger-blogger yang hadir ke perjumpaan tersebut, atau blogger lain juga boleh turut serta untuk merebut peluang memenangi Voucher tersebut?

    BalasPadam
  50. Saya pernah menyaksikan pertemuan beberapa orang blogger dalam forum meja bulat terbitan Astro Awani..Sebuah rancangan yang dikendalikan oleh saudara Suhaimi..

    Saya suka menonton rancangan tersebut, apabila terdapat beberapa orang blogger, ketua-ketua persatuan belia dan para cendikiawan dari universiti atau mana2 persatuan berkumpul untuk membincangkan sesuatu perkara..

    Saya lihat hujah-hujah yang dikemukakan oleh para blogger juga tidak kurang hebatnya berbanding tetamu-tetamu jemputan yang lain yang kebanyakannya memang arif dalam bidang masing-masing..

    Walaupun seorang blogger tidak tertumpu kepada sesuatu bidang dalam penulisan mereka, tetapi apabila diminta untuk memberikan hujah atau pandangan mereka berkemampuan untuk melontarkan hujah-hujah atau pandangan berserta fakta-fakta yang releven dan bernas..

    Perkara seumpama ini memberi satu gambaran positif buat rakan-rakan blogger dan saya kira ianya akan dapat menarik lebih ramai generasi muda untuk menjadi seorang blogger..

    BalasPadam
  51. ada event apa nie.... nak join leh x?
    segan sebetulnya since saya nie blogger ciput jer... tapi ice room nie kat damansara kan? dekat jer kat umah...

    BalasPadam
  52. InsyaAllah, kakcik akan hadir bersama suami - mungkin juga bersama Acu Sayang dan Azieazah. Kalau Azie tak ada, nanti tak ada food tester tersohor, betul tak MAS? :)

    BalasPadam
  53. cam menarik jer

    http://www.daydeck86.com/2010/12/bloggers-gathering-ice-room-mazidul.html

    BalasPadam
  54. Kota Damansara tu agak luas mungkin penaja penjumpaan ini dapat linkkan peta lakaran bagi memudahkan pemblog menyertaan perjumpaan ini..

    BalasPadam
  55. nuargto

    jiwang la brader ni. Siap tulis surat cinta la pulak. He he he Berapa punya panjang la komen.

    BalasPadam
  56. Datin dulu actress kan?? Makin cantik sekarang

    BalasPadam
  57. salam pada semua bloggers..
    kalau tak silap saya le.. isteri datuk tu.. Datin Faridah Kassim adalah seorang pelakun drama dan beberapa Filem melayu sekitar lewat tahun 80an dan awal 90an.. namnya Faridah Kassim masa tu..
    kalau tak silap le..kerana nama dan rupanya..saya masih ingat lagi.. atau mungkin juggak pelanduk dua serupa..tapi namanya dah sama dah..

    BalasPadam
  58. insyallah saya akan datang.
    lagipun, sy memang suka aiskrim!!

    BalasPadam
  59. terima kasih atas info berkenaan ice room kota damansara ini. saya begitu menghargainya.

    BalasPadam
  60. Kesimpulan, banyak undi memihak saya. Wakakakaka!

    BalasPadam
  61. dekat je dari rumah... tapi malu... xada orang kenal saya, blogger baru...

    BalasPadam
  62. Saya pun masih baru... try aje alaaaaaaa

    BalasPadam
  63. sangat teruja & teringin untuk ikut serta. mmmm ice cream gitu ... masih terbayang2 kelazatan ice cream di mekah berharga 3 riyal. tapi tak sure boleh hadir.

    GiLoCatur
    http://gilocatur.blogspot.com/

    BalasPadam
  64. alamak..tak dpt datang la...kat kelantan huhuuhh

    BalasPadam
  65. baru lepas ke sana tadi, dan memang berbaloi serta sedap. ada gak buat entri berkenaan. Dan jika berminat nak baca boleh klik di sini

    BalasPadam
  66. bagaimana cawangan ice room yg lain,adakah mendapat sijil halal yg sah?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.