Isnin, Disember 13, 2010

Tidur Berlapik Plastik Pembalut Mayat

Jam 3 petang tadi saya sampai di sini.


Pihak hotel bermurah hati menempatkan saya dan jurukamera di bilik luas menghadap laut. Hi-tea di hotel ini berharga RM18 sahaja.

Pun begitu saya bukan ke sini untuk bercuti.

"So buat apa?"

Itu antara soalan paling kerap diajukan masyarakat kepada saya di setiap lokasi namun percayalah tiada jawaban dapat saya kemukakan kepada mereka.

Kerjaya 'buruh kasar' seperti ini membenarkan saya menempuh pelbagai cabaran di lokasi berbeza. Teringat, sewaktu menyertai operasi membanteras penagih dadah di Jengka, Pahang 8 tahun lalu.

Tiada gerai mahupun restoran di dalam ladang kelapa sawit. Tiada bantal dan tilam empuk untuk berbaring. Hanya nyamuk dan agas peneman ketika duduk di atas plastik pembalut mayat dijadikan lapik hampir 15 jam.

Perit benar rasanya meneguk air mineral dari subuh ke petang sebagai alas perut.

Kali ini tugasan bakal disempurnakan membenarkan saya tinggal di bilik berhawa dingin, makan ikan bakar dan bersiar-siar di tepi laut biru.


... sebelum menempuh ombak dan gelora Selat Melaka di musim tengkujuh!

22 ulasan:

  1. Demi tugasan badai dan gelora harus ditempuhi.Seperti kehidupan manusia dimuka bumi jugak, penuh duri dan ranjau.Hanya satu,keikhlasan dan bertanggungjawab, adalah segala-galanya .

    BalasPadam
  2. wow best nya... susah dahulu ...senang -senang kemudian:) ..
    tp kebanyakan anak muda kini senang2 je....

    BalasPadam
  3. kagum dgn semangat dan kesungguhan saudara mazidul dlm melaksanakan tugas...

    BalasPadam
  4. Itulah suka-duka kerjaya pilihan masing-masing.

    Adakala senang dan adakala susah.

    Apa-apa pun, kita senang dan suka dengan kerjaya kita.

    BalasPadam
  5. tugasan dan tempat yang berubah-ubah yang seronok tu... banyak pengalaman dan ilmu ditimba..

    teruskan demi isu2 panas dan 999 yang sentiasa dinanti

    BalasPadam
  6. tanpa pengalaman kita tak tahu susah senang hidup orang lain kan..

    BalasPadam
  7. Sesekali mendapat tugasan macam sedap juga boleh jejalan ya tak? pada terperap aje :) Selamat maju jaya utk anda.

    BalasPadam
  8. oooo duk kat orient star...
    berapa hari?
    assignment kat area lumut je ke?

    eh banyak betul soalan daaa...

    BalasPadam
  9. semakin brkilatlah kepala sdr marzidul berjemur tp laut..

    BalasPadam
  10. Best nie... sambil bertugas sambil melancong..papun selamat bertugas abagng mazidul

    BalasPadam
  11. Mazidul itu yg dinamakan tiada kejayaan tanpa pengorbanan....teruskan tugasan anda Mazidul...


    p/s: slm ziarah dan slm kenal ...AZZEY....

    BalasPadam
  12. BRO, jika dibanding bekerja 8 jam sehari di bilik berhawa dingin, tetapi otak ketat, wajah kerut...

    lebih baik kerja di luar, jumpa ramai orang dan karenah, belajar banyak tentang kehidupan. Ketika itu makan minum bukan lagi menjadi kepentingan, tetapi melaksanakan amanah itu sudah menjadi keseronokan.

    BalasPadam
  13. ...tugasan terkadang takkan menjanjikan apa-apa namun kita terpaksa lakukan demi mencari rezeki & nafkah keluarga...

    --- bilamana kita jadikan kerjaya itu satu minat & kecenderungan nan menyukakan hati kita maka biar bagaiman getir pun tugasan kita ianya tetap menarik & mencabar ---

    BalasPadam
  14. begitu la kan kitakan demi mempersembahkan karya yang terbaik untuk para penonton..

    klo tengok wartawan lam national geografi tu..sanggup bermalam lam hutan..bahkan sanggup menempuh mara bahaya..

    pe2 pun kami amat menghargai jasa enMAS yg mmg xpernah kenal erti penat lelah demi kami semua..tahniah3x..

    BalasPadam
  15. Inilah kerja paling Best Dalam Dunia. Ramai yang berminat tapi tidak ada semangat, ramai yang bersemangat tapi tak dapat. Cuba tanya CEO-CEO syarikat besar tu, mesti dia orang suka kaau dpat buat kerja macam ni, tidak protokol, tiada upcara rasmi, tak payah iron baju dan bertali leher, cuma ikut peraturan pihak berkuasa dan idea sendiri.

    BalasPadam
  16. Saudara Mazidul,

    Saya kagum dengan saudara. Saudara melakukan tugas saudara dengan ikhlas semasa mencari bahan untuk membuat liputan.

    Hasil yang saudara perolehi telah memberi manfaat kepada semua pihak termasuk orang ramai, pihak berkuasa tempatan dan pemimpin untuk melihat permasalahan yang berlaku dalam masyarakat kita.

    Semangat yang ada seperti saudara ini harus di puji dan seharusnya menjadi pendorong kepada orang ramai untuk lebih bermotivasi melaksanakan bidang tugas masing-masing dengan ikhlas tanpa mengharap sebarang imbuhan.

    Percayalah kita akan lebih berjaya pada suatu hari nanti seandainya kita sanggup merintangi onak duri pada hari ini.

    Jadi, syabas saya ucapkan kepada saudara mazidul, yang cekal menempuhi segala dugaan sehinggakan sanggup tidur beralaskan Plastik Pembalut Mayat..

    BalasPadam
  17. rindu di lumut.... tempat saya membesar... hotel orient star berhampiran dengan markas tentera laut (TLDM)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.