Khamis, Disember 09, 2010

Beg Sandang

Setiap hari saya bekerja.

Bukan 100% di pejabat, barangkali hanya 25% sahaja.

"Jarang nampak kat office," komen rakan.

Ha! Ha! Ha! Nasib baik mereka tidak berkata ...

"La! Kerja di sini lagi?"

Lazimnya saya kerap merayau dan 'bermastautin' di kedai mamak, pusat membeli belah, gerai makanan dan di pelbagai lokasi lain.

Lokasi membuka ruang dan peluang saya ditemui masyarakat dan saya menemui mereka. Dalam erti kata lain, jika saya terperuk di pejabat, saya tidak begitu aktif bekerja. Berbeza, di luar saya berpeluang bercampur gaul dan didekati orang ramai.

"Mazidul, boleh saya cakap sekejap? Ada maklumat nak bagi tahu"

Itu permintaan rutin sering kali dikemukakan orang ramai kepada saya.

Melayan permintaan mereka pada waktu sesuai membenarkan saya memperoleh banyak maklumat  berhubung kes selama ini dimuatkan dalam program 999.

Berikutan itu saya sentiasa membawa beg sandang. Di dalam beg, saya isikan laptop, pelbagai jenis chargers,  kamera, buku nota, kad pengenalan diri, ubat, lampu suluh, minyak wangi dan bermacam objek lain.


Hari ini saya membeli satu lagi beg sandang berjenama Camel.

Ya, puluhan koleksi beg saya didakwa menyemakkan closet di rumah. Namun hakikatnya, beg sandang terbabit menjadi sahabat saya ke pelbagai lokasi, darat, laut dan udara sejak 15 tahun lalu.

Mudah kan kerja saya?

17 ulasan:

  1. BRO, memang sewajarnya begitu. Pelengkap tugas, kata orang.

    Wpun saya wanita, saya pun suka bawa beg sandang sebegitu, terutarama kalu perlu ke luar daerah. Mudah, dan lebih yakin. Sumbat saja dlm tu, semua lengkap dan senang dibawa.

    Pssstttt... ada bawa tuala mandi sekali tak? :)

    BalasPadam
  2. bila dah banyak koleksi beg tu, bolehlah buat car boot sale.... mesti peminat serbu

    BalasPadam
  3. sy pun suka.. cantik.. ..sy suka sbb senang nak letak ape.. semua dlm tu.. rase cam nak beli yg baru la.. jeles lak tgk bro punya beg ekekeke

    BalasPadam
  4. salam
    sama la saya...lebih dikenali beg sandang saya sebagai beg Gajet..macam macam ada..

    BalasPadam
  5. bro mazidul..thanks for link my blog into yours.sangat2 hargai.

    BalasPadam
  6. ya..macam2 leh kita simpan lam tu kan..ikut kepentingan memasing la kan..

    BalasPadam
  7. Saya baru beli Deuter utk suami...berebut dengan anak2..so akan beli lagi 2 utk anak2..sangat selesa dan convenient..if besar sikit, boleh bawa pergi hiking dan camping...

    Nak promotes bisnes org Melayu yang jual Deuter...bagus budak ni, sangat bertolak ansur dengan orang mcm saya yang tak faham Deuter tu apa...

    http://www.facebook.com/album.php?aid=14429&id=100001673765736

    Semoga semua usaha kita mendapat keberkatan...

    BalasPadam
  8. abis, dah keje mazidul rupa itu.. kena seswailah dengan cara jugak, ye tak..

    yes, beg itu sgt cantek..

    BalasPadam
  9. beg sandang sesuai dengan kerjaya macam encik kan..semoga encik mazidul success selalu ya..dan kumpul lagi banyak2 beg.. :)

    BalasPadam
  10. Bro, next time consider a Crumpler. It SWALLOWS EVERYTHING you 'feed' it ^_^.

    BalasPadam
  11. Sama la kita, saya pergi kerja bawa bag sandang saja.

    Senang.... lagi pun boleh boleh isi macam-macam.

    BalasPadam
  12. kalaulah pemimpin kita macam tu sentiasa bersama rakyat tentu best kan..

    BalasPadam
  13. tolong tengok blog ni lain macam aje.... http://www.noktahhitam.com/malaysian-gay-marine-tldm.html

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.