Jumaat, Disember 17, 2010

Ya! Saya Tengok Gambar Bogel Artis Itu

 Nota

Senarai Link Sahabat Bloggers sedang dikemas kini.

...

Mereka pasangan kanak-kanak lelaki dan perempuan dipercayai berusia di antara 11 dan 14 tahun.

Mereka melakukan hubungan seks dirakamkan pihak ketiga di bilik hotel.

Mereka juga dipercayai pasangan adik-beradik.

Kepada pembaca tidak berpeluang membaca laporan akhbar Harian Metro, sila baca di sini.

Terkejut?

Video lucah bersepah di pasaran manakala klip video lucah mudah disaksikan di laman web. Mereka kanak-kanak di bawah umur, justeru jiwa penuh dengan tanda tanya sekaligus disdorong perasaan ingin tahu.

Itu fakta.

Pada awal tahun 80 an, gambar pegun pelakon wanita dalam keadaan berbogel tersebar di seluruh negara. Ketika itu saya belajar di sekolah menengah.

Kini saya terfikir, melihatkan aksinya, saya yakin artis terbabit tahu gambarnya dirakamkan. Maksudnya, wujud pembabitan pihak kedua untuk menghasilkan gambar dirakamkan secara sukarela terbabit.

Untuk tujuan apa? Saya tiada jawabannya tetapi hakikatnya dia bukan kanak-kanak, remaja belasan tahun.

Ya! Saya mengaku turut berpeluang melihat gambar terbabit ditunjukkan rakan sekelas. 

Waktu itu bahan lucah hanya boleh ditonton melalui VCR, tiada VCD atau DVD apatah lagi Blue Ray. Pita video lazimnya disewa dan ditonton secara tersembunyi dek remaja kampung atau bandar.

Bukan semua tetapi di kalangan remaja nakal.

Kemudahan internet? Waktu itu perkataan 'internet' tiada di dalam perbendaharaan kata rakyat Malaysia. 

Zaman berubah, teknologi berkembang pesat. Awal tahun 90 an, telefon bimbit tidak dilengkapi kamera berbanding telefon bimbit terkini. Teknologi rakaman itu kemudian disalahgunakan sebilangan kita, golongan dewasa.

"Kau nak tak? Best!"

"Nak!"

Menggunakan teknologi bluetooth, rakaman pasangan remaja dan dewasa melakukan hubungan seks di pelbagai lokasi disebarkan luas secara pantas di negara kita. 

Tidak dapat disangkal, sebilangan kita juga gemar menonton aksi terbabit.

Itu semua fakta.

Jadi hairankah kita jika perlakuan golongan dewasa ditiru kanak-kanak?

Berikutan kewujudan blog gay terbuka menyiarkan gambar pegun dan klip video lucah hubungan seks sejantina, usah hairan jika satu ketika nanti perbuatan sama ditiru kanak-kanak lelaki di negara ini.

"Gambar ini orang dewasa Melayu, Islam. Mesti Ok kalau kita cuba sebab ramai buat macam ini"

Bagaimana jika ide itu tercetus di minda mentah mereka?

29 ulasan:

  1. Kakcik juga melihat 'gambar itu'... tapi rasanya pada 90an yang ditunjukkan oleh seorang bos lelaki berbangsa Cina dengan komennya 'mana ada lawa?' Penyebaran bahan2 lucah yang terlalu berleluasa sekarang ini sangat menakutkan ....

    BalasPadam
  2. salam. pendidikan seks yang akan diajar disekolah nanti mungkin dapat membendung semua gejala ini.mungkin,mungkin!!!!!

    BalasPadam
  3. Salam Mazidul, Perkara buruk seperti ini sepatutnya diambil tindakan tegas oleh semua pihak perlu ada pemantuan dan sekatan sewajarnya. Jika dibiarkan semakin lama semakin parah.

    BalasPadam
  4. Pada pandangan saya, inilah akibatnya jika kurang pendidikan agama dan pengawasan ibu bapa atau ibu bapa sendiri yang kurang pendidikan agama.

    'Route cause' harus dicari, kenapa gejala sebegini berleluasa sekarang.

    Sekadar pandangan saya.

    BalasPadam
  5. setuju sangat sikap ingin tahu dan mencuba kanak-kanak begitu tinggi, mereka bangga bercerita jika dapat meniru perlakuan itu

    ada murid tahun 3 dan 4 telah pandai mengedarkan gambar lucah menggunakan telefon bimbit

    BalasPadam
  6. as salam en mazidul..semoga pendidikan seks yang akan diajar serta iman yang teguh dpt membendung masalah ini

    BalasPadam
  7. Apa faedahnya semua orang bebas dan boleh menggunakan telefon berkamera? Itu yang menyebabkan gelaja merakam dan menyebar gambar lucah berleluasa.

    sama-samlah kita fikirkan demi pembangunan bangsa kita.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum en.mazidul..

    Perbualan yg sy dengar antara remaja lelaki belasan tahun ni sgt mengejutkan sy..

    "Ko nak tak?" "Nak, ada berapa?"
    "Ada 1 cd 2 dvd"

    Seorang rakan lain mencelah.. "wei,apa barang korang layan cd blue je..tu lina kat blok xxx tu, klu bukan kita yg nak kerjakan sapa lagi..real punye la wei.."

    ....itula serba sedikit perbualannye..
    sy x sangka begitu advance remaja sekarang..

    BalasPadam
  9. Saya terkejut membaca akhbar tersebut semalam - terkejut kerana usia kanak-kanak tersebut. Terkejut kerana mereka tidak sabar menjadi dewasa. Terkejut kerana tiada lagi sifat malu dan maruah diri.

    Kejutan-kejutan itu akhirnya tdk lagi mengejutkan saya apabila difikirkan apakah puncanya - Tidak dinafikan bahawa kemajuan teknologi memberi sumbangan besar yg semakin mengecilkan pemikiran & logik akal - Maruah sudah tidak bernilai, mudah tergadai...

    Sebagai seorang Ibu saya amat SEDIH, RISAU dan GERUN.

    BalasPadam
  10. umur belasan tahun macam budak yang baru habis spm pun dah ada sugar mummy sendiri,minum arak,clubbing..mak bapak tak tahu..agaknya mungkin sangat sibuk, tak pernah nak jenguk tanya khabar anak2..dan bila jiran2 mengadu, dikata-jangan masuk hal orang lain..jaga tepi kain sendiri
    yang menjadi sugar mummy ni pun, wanita2 yang desprate mungkin...ini jugak menyumbangkan kepada gejala seperti ini..untuk dapatkan duit lebih

    BalasPadam
  11. Zaman akan terus berubah. Teknologi akan terus berkembang. Menyatakan TIDAK pada teknologi adalah satu kerugian besar. Disinilah 'pegangan AGAMA' memainkan peranan. IMAN perlu di perkuatkan sedari kecil dan ianya perlu berterusan. NON-STOP. Agar anak tahu, bila buat perkara yang ALLAH larang, tunggu sahajalah bala dan azab yang akan terjadi.

    BalasPadam
  12. Salam angkel mazidul,

    Saya tertarik dengan isu ini...macam² lah di zaman serba canggih teknologi tinggi skam ni...ai pun takut...hmmm~ mintak dijauhkan lah segala benda yam x diingini...

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum semua
    Sekadar ingin berkongsi pandangan
    PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH??
    saya rasa telah lama diaplikasikan di MALAYSIA. Kepada yang bersekolah agama (seperti di Johor/Selangor), pastinya pendidikan Munakahat telah diajar disitu. tetapi dengan pendidikan berhemah, mengikut budaya timur kita. Kalau di Barat pula, sex education.. Betul kata abang maz, penyebaran bahan lucah tidak lagi terkawal. sesiapa pun boleh akses bahan tersebut. Ada tak akta mana-mana yang boleh banned video/penyebaran maklumat tak senonoh ni? Kurang pasti la..
    Saya rasa dah parah sekarang ni..Nasibla belum ada anak lagi..(takut nak kahwin) huhu

    BalasPadam
  14. Perkara sebegini sememangnya membimbangkan kita pada hari ini.

    Sebenarnya kalau kita singkap balik keratan akhbar lama2, perkara seumpama ini pernah berlaku. Cuma penyebaran gambar lucah yang dilakonkan secara "live" oleh kanak-kanak, baru kali ni saya baca di harian metro semalam.

    Kalau tuan/puan masih ingat lagi pada zaman 90an ada seorang budak perempuan berumur 10 tahun mengandung. Teman lelakinya juga masih seorang kanak-kanak. Saya terbaca surat khabar ini sewatu saya darjah 5 atau 6 iaitu dalam tahun 1992/1993. (kalau saya tersilap minta maaf ye, sebab saya pun ingat2 lupa..)

    Pada ketika itu kita masih jahil lagi tentang internet, tetapi terdapat juga golongan kanak-kanak yg telah terjebak dalam perkara seumpama ini.

    Sebenarnya kalau diikutkan orang-orang zaman 60an ke bawah lagi advance. Kaum perempuan ada yang telah berkahwin pada usia kanak-kanak lagi.. Tapi orang-orang zaman dahulu cepat matang, dan kebanyakannya tahu batasan hubungan.

    Pada hari ini lebih besar cabarannya. Bagi ibu bapa yang memasang internet di rumah, perlu sentiasa perhatikan gelagat anak-anak kita. Begitu juga dengan saluran televisyen. Hari ini kita menggunakan siaran ASTRO yg byk memaparkan adengan-adengan dari barat yg kebanyakan filemnya ada berunsur hubungan "makwe pakwe" versi barat. AWAS!!

    Antara kawalan terbaik yg saya lihat sebagai jalan penyelesaian adalah dengan "menyibukkan" pelajar-pelajar hari ini dengan aktiviti-aktiviti di sekolah di bawah pengawasan guru dan aktiviti-aktiviti di rumah di bawah pengawasan ibu atau bapa.

    Justeru itu, saya sangat menyokong sekiranya ada saranan daripada mana-mana pihak yang mahukan golongan perempuan hanya berkerja dari pukul 8 pagi hingga pukul 1 petang sahaja.

    Sekiranya ini dapat direalisasikan oleh pihak kerajaan, saya kira ianya akan dapat memberi peluang kepada kaum ibu untuk memantau perlakuan anak-anak mereka setelah tamat sesi persekolahan.

    Apa yang berlaku sekarang ni ibu dan bapa sibuk berada di tempat kerja dari pagi sampai ke patang malah ada yang sampai ke malam.. Dan anak-anak di rumah membuat aktiviti tanpa mendapat pengawasan yang sewajarnya

    BalasPadam
  15. memang pernah tenguk gambar tu masa muda.
    seram sejuk tenguk aksi adik beradik tu..
    nak salahkan siapa?
    50-50 nak join esok malam. tak confirm lagi

    BalasPadam
  16. Huhuhu~
    =_______=

    Ditonton dan dilakukan balik oleh kanAK?
    sadis~

    BalasPadam
  17. Sungguh sedih dengan apa yang sedang berlaku sekarang ni, dan ianya berlaku kepada anak-anak sekarang ini? apa yang tak kena? apa yang kurang? didikan agama telah diberikan sempurna, mereka tahu halal haramnya...tapi masih melakukan juga..APA YANG TAK KENA?

    BalasPadam
  18. Ya Allah. Kau jauhkanlah anak2 & zuriat2 kami dari perbuatan mungkar. Amin...

    BalasPadam
  19. Mazidul: saya mengucap panjang baca berita ni smlm......terus teringat my princess di rumah. mudah2an dia sentiasa dlm perlindungan-Nya..amin

    BalasPadam
  20. donia akhir zaman en mazidul
    yg kita tak terfikir sudah berlaku pada zmn sekarang..

    semoga kita semua dilindungi dari segala dosa
    semua pihak perlu berfikir utk menangani kebejatan sosial ini..sebelum semakin membarah dlm masyarakat kita...jgn tuding menuding..

    BalasPadam
  21. salam..
    dunia dah semakin maju..
    tp tiada seorang pn di kalangan remaja sekarang atau yang dewasa sedar akan betapa pentingnya masa depan mereka..bukan nak mengata semua..maaf..ada segelintir..
    kecewa tgk budak2 sekolah bpkaian tk tntu, mlepak..
    didikan ibu bapa mmg memainkan peranan yg penting..
    bsyukur ayah dan ibu dah mendidik dgn baik..
    skrg lg tggl setahun utk menamatkan pengajian..
    :)

    BalasPadam
  22. bila da maju n canggih sgt len plak yg jadiknye...
    di salah gunakan..huuu..
    nk salahkan sape???diri seniri??mak bapak???cikgu skolah???org2 len??or persekitan???

    1- diri sneiri yg da x leh nk control..rase ingin mencuba..???

    2- mak bapak yg x smpat nk amek tau ape ank2 buat n spend mase bersama??

    3- cikgu skolah yg x bgi nasihat or pengajaran tentang sex yg btol???

    4- org2 len???pe kaitan..leh makan saman ke kalo diowang yg nasihat???

    owh..dunia2...

    BalasPadam
  23. kanak-kanak sekarang lagi di advacnce.banyak godaan dunia di sekeliling mereka.justeru mereka patut dibimbing secara mendalam oleh ibu bapa.mahu tidak mahu ibu bapa mesti mengawal tingkah laku anak-anak.dunia sudah berubah.semakin hari semakin banyak godaan yanng mendatang..

    BalasPadam
  24. benda ni dah semakin menjadi barah dah dalam masyarakat..

    BalasPadam
  25. budak2 zaman sekarang cepat belajar dan suka cuba benda yang buat mereka curious untuk tahu..serius saya baru dengar berita ni..takut mengenangkan masih ada adik kecil yg berusia 10 tahun dan suka bermain gmae di internet..pengaruh di internet sgt membimbangkan..

    BalasPadam
  26. rombak kembali dari sifar! - tapi tak mudah..saya sedih dan takut mengenangkan generasi selepas ini. mcm mana pula agaknya ya?

    BalasPadam
  27. sangat ngeri. walaupun tak tgk video tu tpi rasanya pernah tgk gambar pegun kanak2 terbabit. mereka seolah2 berbangga? hilangkan dara/teruna diawal usia.
    mengerikan tadi baru baca blog di beautiful nara ada lelaki mangaku gay. boleh dilihat melalui youtube. maksudnya dia telah sebarkan/nyatakan siapa dirinya tanpa rasa malu.

    BalasPadam
  28. Dalam meluat, saya lebih merasa bimbang... Kebimbangan seorang ibu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.