Kak Cik Seroja dan keluarga dari Taman Kencana, Cheras, Kuala Lumpur tiba paling awal di Ice Room dan sekaligus memenangi 3 vouchers untuk makan percuma di Bawal Power.
Diikuti rapat Azieazah dari Pandan Jaya, Cheras, memenangi 2 vouchers. Kedua mereka tinggal di Cheras, boleh berkunjung ke Bawal Power dan makan bersama.
Tahniah!
Kepada mereka berdua serta ahli keluarga, terima kasih diucapkan. Ketenangan jiwa Kak Cik Seroja dan kekecohan Aziezah, kombinasi sejati.
Begini suasana dirakamkan dari jarak jauh.
Bersedia ...
Hampir bermula ...
Nyum! Nyum! Nyum! Presenting Acu Sayang! Dari Taman Sepakat, Kajang, Selangor!
Adengan peluk memeluk turut dirakamkan di antara Azieazah dan Echah. Echah dan keluarga kini menetap di Tuaran, Sabah berkebetulan berada di Kuala Lumpur, sempat meluangkan masa bersama kami semua. Ini kali pertama saya bertemu dengan Echah dan keluarga.
Berikut gambar keluarga Echah bersama Alid, berbaju hitam, kanan.
Pertemuan turut dihadiri bloggers, Shamsul Ondscene dan Zaini Zaa, petugas di akhbar Mingguan Warta Perdana. Terima kasih bro! Dalam kesibukan jadual harian, masih sudi menghadirkan diri menyerikan pertemuan bloggers.
Blogger, Eri-Chan berbaju putih kanan, hadapan sekali datang bersama jejaka manis dan tampan, berbaju merah, Azman.
"Siapa dia brother pakai baju merah tu?," soal blogger, Acu Sayang.
Ha! Ha! A good question Acu! We will find out later.
Gotcha! Gambar Eri-Chan, tinggal di Ampang, Kuala Lumpur dan 'dia', dirakamkan selepas majoriti bloggers pulang. Ehem! Ehem!
Romantis!
Apa tunjuk tunjuk?
Apa tunjuk tunjuk?
Jauh perbezaannya berbanding 2 bloggers ini, bagai langit dan bumi.
"Bang, tolong ambil gambar saya dengan Alid," pinta Acu Sayang.
Saya tunaikan.
Halid Mat atau mesra dipanggil 'Alid', jurutera juga rakan blogger kelahiran Johor pernah menemankan saya minum di hotel terkemuka di Petaling Jaya, Selangor sementara menunggu wartawan program 360 menemubual lelaki gay di dalam bilik hotel.
Blogger dan guru kelahiran Kampung Serom 2, 84410 Sungai Mati, Ledang, Johor, Zara bertudung petak, gembira dirakamkan gambar bersama rakan lain.
"Betul ke awak nak kahwin?," soal saya.
"Tak!," jerit blogger berusia 23 tahun itu.
Thanks Cikgu Zara! ... atau nama sebenar beliau Sharifah Fatimatul Zahrah.
Blogger, Zulhazri Abu Bakar, pasti gemar melihat pose istimewa Zara di atas! Kembongkan mulut dan klik! Klik!
Kepada blogger, Azrul, thanks bro! Ingat pesanan saya, patah tumbuh hilang berganti, bertemu tidak semestinya bersatu. Ha? 19 tahun? Wow!
Kepada pemilik blog Gapisman, berbaju oren, Ruslie Sophian, terima kasih kerana sudi menghadirkan diri bersama isteri.
Ruslie, 58 tahun, aktif dalam pemanduan kenderaan 4x4!
Blogger AzMask datang bersama isteri dan anak, Adam.
Begitu juga, guru, Roshidayu Che Mat dari Taman Seri Muda, Shah Alam, Selangor, pemilik blog Nasi Kerabu Buah Tanjung turut datang bersama keluarga.
Namun Jard The Great kelihatan agak pemalu, malu kucing eh?
Berikut gambar gelagat photographers saya rakamkan.
Tidak lupa, sekalung penghargaan kepada Datuk Razali dan Datin Faridah kerana tanpa jemu, mesra melayan semua bloggers.
Datuk sebelum ini bersetuju menghadiahkan voucher bernilai RM100 kepada seorang blogger menulis tampalan paling kreatif mengenai perhimpunan berlangsung. Blogger terpilih dipersilakan membawa ahli keluarga atau rakan taulan untuk menjamu selera di Ice Room. Tulislah, selepas berpuas hati, dengan tampalan, sila maklumkan kepada saya di ruang komen blog ini, so that we can check it out and choose the winner, keputusan muktamad.
... dan ini gambar kami semua, sila klik.
Kita tengok dari jauh je lah. Segan nak join sebenarnya. Apa pun Tahniah, Penganjuran yang amat berjaya. Tahniah sekali lagi!
BalasPadamsalam....
BalasPadambest gak pertemuan tadik..
makanan ngan aiskrim pun sedap...
kalau ada lagi pertemuan camnih esok esok harusku datang lagik..hehhehe
thanx bro mazidul
Fuyooh... ramainya yang join... pertemuan alam maya ke alam nyata... alhamdulillah...
BalasPadamhehehe... saya dah sampai rumah. terima kasih atas jemputan!
BalasPadamwah bestnyer gathering blogger...
BalasPadammemang best... join jugak walau pun sedang di landa malu2 meow..
BalasPadamwahh.. bestnyer...
BalasPadamadoiyai bila lak giliraan aku ni nak duduk macam diorang ni nak join segan x paddan pun dengan blog kita orang ni yang beginner ni apa-apa pun mmg best la.. from malaysianoutdoors.blogspot.com
BalasPadamTerimakasih... Aiskrim sedap, ada diskaun lak lagi!
BalasPadamHmmmm... cerita lanjut pasti ada lagi kan? :)
Salam MAS...
BalasPadamnanti kita tetapkan masa untuk pertemuan voucher pulak ya? ;-)
Eh! macam mana tadi kakcik tak perasan yang Acu pakai cekak rambut ek???
Apa2pun pertemuan tadi memang sangat menyeronokkan. Terima kasih kepada semua. :)
Gambar berulang-ulang pun ada...:)
BalasPadamKAKCIK, nanti upload pic yang dari kamera KAKCIK, saya plak nak cilok...:)
BalasPadamSeronok bersembang...tak ingat makan minum...hinggakan kopi 'o' sejuk...kehkehkeh!!! Thanks bro Mazidul. Great gathering and nice to get to know all blogger.
BalasPadamTak sempat nak kenal pun yang mana satu JIN KAMEN... nick menarik macam Kamen dlm citer Sinchan!
BalasPadamwaaa jelesnya.. buat kat jb pulak bro.. ;)
BalasPadamsalam..
BalasPadamkak azie, bukan ke kita borak sekali ngan azmask dan adam tadi :)
kak azie..
BalasPadamjinkamen yang makan eskrim stroberi sampai abis.. heheheh
Ehhh.. oh yaaa suaminya AZMASK ler ni. alahai.
BalasPadamBtw, Kak Azie pun makan eskrim stroberi gak, habis gakkk...
*Bila dialog tambahan dah kuar ni yang buat aku tak tahan nih. Seriau semacam jerrrr!
Salam
BalasPadamNak join tapi malu..sebab tidak seaktif yang lain..:)
alamak...kantoi pulak pasal umur tu...ekeke :p
BalasPadamapapun gathering tadi best...makanan pun sedap...boleh rekomen kat kawan2 makan kat situ nanti... :)
Jom guling-guling disini pula:
Azrul Hisham -My Real Life
terbaik!!
BalasPadamuwaaaaaaaaaa...hilang "kecomelan" acu dengan gaya gelojoh nak makan Black Pepper Chicken Chop.....ketara buroksssss nya saya...hahahaaaa
BalasPadamabg dul,
BalasPadamyg dtg dgn eri-chan tu azwan la bukan azman
sala.
BalasPadamnampak meriah dan tergambar kemesraan. saya memasuki laman ini melalui blog rakan blogger kakcik yang datang awal tu .. dan juga aziezah. tapi kami belum pernah bertemu lagi.
bestnye... bilalah dapat join gak!
BalasPadamnampak ceria semuanya makan eskrim
malu2 kucing sbb pakai pendakap gigi. tak dpt nk ckp bnyk. hehehehehe
BalasPadamwah bestnya tengok semua berhimpun
BalasPadamitulah pasal.. sudah muncul gossip liar.. pelik jugak sebab bila pulak azman (jinkamen) datang bersama si dara comel lote lagi canthek jelita. Mak sudah jelez... hahahahha
BalasPadamHuh happening betul pertemuan kat ICEROOM. Hajat hati memang nak join tapi sebab ada wedding kaum keluarga, tak dapat bersama kalian. Mazidul bila pertemuan seterusnya???
BalasPadamAcu Sayang dan AzMask, maaf di atas kesilapan teknikal ulasan.
BalasPadamSo, Jinkamen dan AzMask, husband and wife.
Jadi, siapa dia lelaki berbaju merah bersama Eri-Chan?
Mazlin, 999 hari selepas majlis persandingan mu :)
Jard, next time kalau malu malu lagi, kita orang akan nikahkan awak!
Azrul, peace bro!
Siapa dia The Red Rambutan? Anyone? Huh! I am just kidding.
memang nak join tapi ada hal keluargalah pulak..insyallah jika ada lagi saya nak joinlah..jelous
BalasPadamazrul 19thn? wow...
BalasPadamjard belajar guna htc dgn kwn sayala..baru boleh review penuh..heheh..bestla pekerjaan dia..
zara..weii kelakar la kau.
mazidul, u tak ingat ke dia?
anyway memang best. aiskrim sangat mengujakan..
nak link post ni kat entri saya sementara nak dpt pics dr kawan saya..hehehe
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamWah! Mesra, hangatttt... Yg paling best Echah_Syed sekeluarga & Wangi jadi dtg seolah membawa saya bersama mereka!
BalasPadamNext gath pls... Sabtu belah siang le Yeop, bermula dgn sarapan pagi, menceceh, bergambo sampailah mkn tengahari. Sila pertimbangkan ye... Terima Kasih
Tumpang seronok dari jauh nun di Perlis...
BalasPadamsalam rakan blogger yang hadir. hasrat bro mazidul sudah allah makbulkan. terima kasih kepada pemilik Ice Room iaitu Datuk Razali dan Datin Faridah yang melayani rakan blogger dari awal hingga ketengah malam tanpa mengira penat sentiasa tersenyum dan mesra.
BalasPadammemang pada malam tadi sungguh happening dengan kelazatan aiskrim, flash kamera dan usik mengusik.
Dapat juga bersua dengan rakan blogger yang pertama kali bertemu seperti bro Gapisman (Rusdlie Sophian, orang kampung Lalang, Padang Rengas, Perak bersama isteri), sdr Azman dan keluarga dari Subang Suria (puas hati katanya sebab pertemuan pertama tak dapat hadir, tetapi kali ini akhirnya menjadi realiti).
Semoga pertemuan seterusnya akan menyusul. Terima kasih semua...jumpa lagi. nantikan susulan berita di dalam akhbar warta perdana, insyallah minggu ini...
BRO, saya sudah menulis sesuatu tentang Ice Room dan Pertemuan Blogger.
BalasPadamdi sini:
http://azieazah-aa.blogspot.com/2010/12/pertemuan-bloggers-di-ice-room-entri.html
abang azrul kantoi!
BalasPadamwooot!!
hahaha~
eri-chan : maaf sebab saya cakap memang kuat gila~ saya takkan bertapis~ LOL!
buat semua, sangat seronok jumpa kalian semua!aaaa~ nak update gak nanti~
Woot!
Bang Mazidul, nama penuh ku ada di sini?
Pitam~
hahahaha~
hohehohehoehoeohe... setelah kumemerah otak, inilah entri taruhan... jgn lupa bc, wahai Bang Dul...
BalasPadamhttp://nasikerabubuahtanjung.blogspot.com/2010/12/sesi-sejuk-dingin-bersama-bang-dul-dan.html
kengkwn yg lain... mmg besh sesgt jumpa korang.. so sorry x smpt n memalu rimau nak g tegur sorang2 eks? hope dpt jmpa lagik...
baru sampai kk petang tadi jam 7pm.mimpi menjadi kenyataan.yezza!
BalasPadamsuka,suka suka dapat jumpa smua kengkawan tapi sayang malam tu i malu pulak nak berborak.adedeh tetiba i jadi pompuan melayu terakhir huhuhu... :p *sahih azie kutuk aku dgn stetmen ni ekeke*
azie memang best giler... *speaker hang pakai bateri keta ka? hohoho :D
pak jidul lebih comel live....hiks *dlm tb lebih besar 10% kot uish :p
azrul sgt kecil...kena makan lebih ni hohoho :D
jard...jumpa jugak kita bah! :)
sham...i selalu masuk blog u jadi silent reader tau.
zara,acu,kakcik...semoga kita dapat berjumpa lagi nx gath.
eri-chan sgt comel...si baju merah tu mmg comel.ehem jugak macam kata pak jidul ^.^
azmask...salam perkenalan jugak.nanti i update gambar dlm blog eh.
alid...eh ngape ko nmpk kurus mlm tu?oppss ! tet... :p
terima kasih semua...insyaALLAH pnjg umor,murah rezeki kita jumpa lagi.esp utk wangi tqvm kerana u semua impian menjadi realiti kan...muahhh!
liza@yong...jgn jeles sbb 'esok masih ada' :)
nanti teman letak gambo kite makan sampai tak henggat donia tu eh huhuhu..
sori pak jidul pnjg pulak komen i kat sini hehe :))
nway tqvm utk u jugak.
Salam semua blogger,
BalasPadamKak Intan mula2 segan juga nak pergi kerana mungkin ramai blogger muda aje yang datang. Tapi rupanya ramai veteran yang hadir.
Terima kasih sdra Mazidul yang sambut kami dgn mesra dan tak lekang berbual.
ICE ROOM owner..Datuk Razali dan Datin Faridah very friendly. Rupanya kakak to my cousin's wife. We'll come back to ICE ROOM.
Kak Intan respect semua blogger hebat dan ramah even though tak sempat nak berbual panjang. You are all great blogger dan bro Mazidul great organizer...bolehlah organize lagi nanti.
Datuk Razali menghubungi saya dan mengucapkan terima kasih kepada semua bloggers. Beliau juga telah membaca sebilangan daripada tampalan anda tulis.
BalasPadam"Nanti kita baca sama-sama dan putuskan blogger mana dapat hadiah voucher makan RM100 tu," ujar beliau.
Penghargaan saya kepada semua sudi hadir di pertemuan terbabit, samada blogger baru atau veteran.
Echah dan family, thanks sebab sudi singgah.
BalasPadamrugi xdpt pergi..tapi tgk semua yang hadir memang otai2..takut...
BalasPadamGreat gathering!!! Tak sempat nak berbual dgn semua bloggers.
BalasPadamDatuk Razali n Datin Faridah...you're great host.
Bro Mazidul...thanks a lot, you're great.....!!
Apa kata Januari nanti kita pi camping satu malam kat waterfall Slim River?
Aku memang nak kutuk ECHAH punnnnn....!
BalasPadammmg saya rugi besar!!!
BalasPadamgapisman, mmg menarikkk... wait!! ini kempen Uncle nk tarik kitorg supaya berlasak2an gaks kan? eheheheheh...
BalasPadamRugi tak dapat pergi kan....
BalasPadambang dul, dh ada keputusannyer??
BalasPadam