Sebilangan kita biasa melihat orang ramai menghisap shisha di pelbagai lokasi.
Bagaimanapun di Kelantan, penjualan shisha tidak dibenarkan. Lihat gambar saya rakamkan pada 26 November lalu di Kota Bharu, peralatan menghisap shisha dirampas penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu.
saya takde kawan yg hisap shisha. tapi katanya hisap shisha lagi bahaya dari merokok. benarke? saudara tlg sahihkan.
BalasPadamKenapa tidak dibenarkandi Kelantan? Alasan?
BalasPadamSetahu saya mereka gunakan sejenis cecair yang berfungsi seperti tembakau juga. Saya pernah tengok di Restoran al Rawsha, perempuan pun hisap Shisha ni. boleh pilih flavour lagi..
ingat tak ada di negeri ku...rupanya dah ada jugak..
BalasPadamfungsi dier sama je cm merokok...org kate bahaya, sbb shisha dihisap dengan ketiadaan penapis dan dengan kadar yang lama pada satu2 masa...
BalasPadamhahaa...berita harian cakap 300 kdai shisha..
BalasPadamaku tergelak2..
shsha used fermented tobacco supaya bole ditambah flavour,shisha lagi bahaya dari rokok kerana orang biler hisap shisha ni dia sedup lagi dalam dari rokok,..shisha memang la best..flavor mcm2,
Iyer, memang shisha lagi bahaya dari rokok! Saya dari kementerian kesihatan pun memang dah lama tahu keburukan shisha nih... mengapa masih dibenarkan yea? Orang hanya tahu ambik keuntungan tanpa tahu keburukan dari benda tersebut! hampehh
BalasPadamHukum hisap shisha
BalasPadamssalamualaikum ustaz,
Apa hukum menghisap shisha? Adakah sama dengan hukum menghisap rokok? Dan adakah kesannya sama dengan rokok? syukran ustaz..
Jawapan
الحمدلله والصلاة والسلام علي رسول الله وعلي آله وأصحابه أجمعين ، أما بعد
Sebenarnya soalan seperti di atas pernah ditanya kepada bekas mufti Arab Saudi, iaitu Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz. Jadi di sini saya memilih untuk menjawab soalan di atas dengan menterjemah jawapan yang telah diberi oleh bekas mufti Arab Saudi. Terjemahannya adalah seperti berikut:
Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?
Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt:
يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)
Dan firmannya lagi:
ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث
Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)
Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon. (tamat jawaban bekas mufti Saudi)
Saya juga sempat bertanya kepada doktor pakar, Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin mengenai kesan buruk menghisap shisha. Adakah kesan menghisap shisha sama dengan kesan menghisap rokok? Jawaban ringkasnya, kesan menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk bergantung kepada bahan perasa atau tambahan yang digunakan semasa menghisap shisha.
Sebagai kesimpulan, menghisap shisha adalah haram sepertimana haramnya menghisap rokok dan kesan mudarat menghisap shisha adalah sama atau lebih buruk daripada kesan menghisap rokok mengikut bahan perasa atau bahan tambahan yang digunakan.
Sekian والله أعلم
Rujukan:
1) Website: http://muntada.islamtoday.net/t61245.html
2) Soal jawab dengan Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin
salam kepada semua.. saya adalah salah seorang daripada peniaga2 shisha di malaysia ini. saya tidak bersetuju dengan hujah2 anda sekalian. mengapa mesti anda memandang dengan berat sebelah. sepatutnya, kalian semua mengkaji serta mengetahui tentang shisha dahulu sebelum menghentam dan mengeluarkan kenyataan2 yang tidak sepatutnya serta tidak tepat lalu menyebabkan timbulnya fitnah dan mengakibatkan shisha dipandang serong. bukankah fitnah itu juga 'HARAM'? malah dosanya adalah lebih besar dari dosa membunuh? di sini saya sertakan sedikit fakta2 tentang perniagaan shisha yang kalian hina dan benci ini supaya dapatlah sahabat2 semalaysia saya dapatlah mencerap dan berfikir semula tentang shisha ini serta menilai semula pendapat kalian. Yang pertamanya, nisbah kandungan nikotin di dalam perisa shisha ini hanyalah 0.05% sahaja jika hendak dibandingkan dengan rokok yang mempunyai kadar yang jauh lebih tinggi. asap shisha yang dihembus juga hampir tidak menimbulkan sebarang kesan terhadap orang di sekeliling berbanding dengan asap rokok yang ternyata lebih membahayakan pihak sekeliling jika disedut asapnya. rokok juga telah jelas tertulis di kotaknya mengandungi lebih dari 4000 bahan kimia sedangkan perisa shisha hanyalah terdiri dari bahan berikut seperti tembakau(40%), molasses/sirap,gliserin dan juga bahan perasa. shisha juga bukanlah dihisap setiap hari. dan selalunya mereka hanyalah menghisap hanya sekali dalam sehari berbanding dengan rokok yang boleh dihisap setiap hari, setiap masa dan di mana2.
BalasPadambagi mereka yang mengatakan ianya haram, tidaklah saya nafikan. tetapi fikirlah pula, jika benda yang memudaratkan tubuh kita itu haram, berapa banyak pula makanan dan minuman yang memudaratkan tubuh yang kita ambil setiap hari? bukankah itu juga hukumnya haram? diharap dapatlah dijelaskan tentang hal ini kerana jika kita hendak membuat keputusan, janganlah kita membuta tuli menghentam sedangkan zaman semakin maju. takkanlah kita masih berada di takuk pemikiran yang lama?
sekian sahaja buat kali ini yang ingin saya utarakan. saya memohon ribuan maaf andai ada di antara kata2 saya yang menyinggung atau menyakitkan hati sesiapa.
sekian, terima kasih.
sepanjang pembacaan, penyelidikan dan perbincangan saya bersama staf kkm...sememangnya shisha jauh memudaratkan berbanding rokok
BalasPadamsememangnya kadar nikotin yang terdapat dalam shisha hanyalah 0.05%
akan tetapi
Menghisap shisha selama 40 minit mengandungi antara 50 – 200 sedutan
Setiap sedutan pula mengandungi 0.15 – 0.50 liter asap.
1 jam sesi shisha, pengguna menyedut 100 – 200 kali asap dan kira-kira 70% lebih nikotin berbanding dengan sekali merokok.. bukan itu sahaja, kadar karbon monoksida dalam darah juga meningkat..
jika anda tidak merokok,kadar peratusan karbon monoksida hanya lebih kurang 1%. jika anda perokok pasif, kadarnya meningkat menjadi 2 hingga 4%..
bagi perokok berat dan penghisap shisha pula, kadar karbon monoksida dalam darah adalah 5-7% dan 8-12%..
seperti yang sudah diketahui umum, karbon monoksida boleh menyebabkan kerosakan pada otak..
selain itu..menghisap shisha slame sejam boleh menghasilkan asap rokok bersamaan 400 batang rokok dan boleh memudaratkan.
berkongsi paip shisha lak boleh terdedah kepada pelbagai penyakit..
shisha 400 kali ganda bahaya dari rokok..
BalasPadamWhat Hookah(SHISHA) Smoking Does To Your Health?
The American Lung Association (ALA) identifies hookah smoking as a major health risk. The following are the health risks of hookah smoking:
Lung cancer, oral cancer
Gastric and esophageal carcinoma
Impaired pulmonary function
Heart disease
Reduced fertility
Low birth weight of the babies
Hepatitis or herpes (caused due to the sharing of hookah among smokers)
So, as Muslim..fikir-fikirkanlah
Prioriti dlm Islam
1. Menjaga Agama
2. Menjaga Nyawa*
Prioriti as Muslim
BalasPadam1. Menjaga Agama
2. Menjaga Nyawa *
Walaupun kita berada di zaman yang canggih dan berteknologi tinggi, namun aspek kesihatan perlu dititikberatkan. Jika sudah terbukti ianya bahaya..jadi ia bersangkut dgn menjaga nyawa..jadi as a Muslim, kita mmg xboleh sokong benda2 mudarat ni.
As a Muslim, nak cari rezeki..biarlah bermanfaat untuk semua makhluk Allah ni. Bagi saya, shisha bukan sj xbermanfaat utk tubuh manusia dan binatang sekalipun, malah ia turut menyebabkan pencemaran alam sekitar dgn pembebasan gas Karbon Monoksida..ini akan menggalakkan 'Global Warming,.
Selain itu, ia turut membahayakan nyawa org lain yg berada disekitar..
Janganlah dengan keseronokan dunia semata-mata kita sanggup menggadaikan nyawa kita dan nyawa org lain yang xberdosa..serta alam sekitar yg perlu kita jaga..Ini adalah amanah Allah. Kelak akan disoal..
Sama-samalah kita berfikir..tanya iman..