Isnin, Disember 06, 2010

Penjelasan Pemilik Blog 'Apa Ku Kesah'

Untuk pengetahuan, gambar pemilik blog 'Apa Ku Kesah' telah SEDIA ADA dipaparkan di blognya beserta butiran lain.

Terlihat gambarnya terpapar sebagai seorang daripada followers blog gay terbabit, saya terdorong menghantar emel kepadanya tetapi tiada jawaban diterima.

Hari ini saya menerima komen berikut daripada pemilik blog terbabit. Terima kasih saya ucapkan.

"Salam...

Pertama sekali saya amat terkejut dengan article yang tertera gambar saya. Untuk pengetahuan umum, saya bukanlah seperti yang digambarkan. Saya sama sekali tidak tahu menahu akan perkara ini. 

Mungkin sukar untuk pembaca mempercayai apa yang ingin saya sampaikan namun terpulang pada diri masing2 samada untuk percaya atau sebaliknya. Apa yang boleh saya katakan disini, tindakan En. Mazidul dalam menyiasat kebenaran yang sebenar tidaklah menjadi satu kesalahan namun memaparkan imej saya (walaupun kabur) amat memalukan dan menjatuhkan maruah saya. 

Sebaliknya En.Mazidul seharusnya menghubungi saya terlebih dahulu secara peribadi dan bukannya memaparkan semua ini untuk satu pendapat seolah2 apa yang dikaji itu walaupun ianya "JIKA" adalah benar. Oleh yang demikian, saya akan menghubungi En.Mazidul secara peribadi dan berharap isu ini dapat diselesaikan dengan kadar segera"

Jika tampalan saya sebelum ini dibaca secara teliti, tiada sebarang tuduhan dilontarkan, hanya beberapa persoalan dicatatkan, itu pun JIKA semua maklumat dipaparkan di blognya asli.

Saya bersedia menerima penjelasan saudari secara peribadi dan  'menarik'  kembali  tampalan terbabit daripada blog ini.

Silakan.

7 ulasan:

  1. Phiewww! suspen juga saya dibuatnya. Harus saya akui blog Sdr MAZ ni sangat popular dan ramai sekali yg masuk baca. Entri juga banyak yg kontroversi wpun fakta.

    Meletak diri di tempat “saudari” terbabit, tentulah saya pun terfikir yg Sdr MAZ harus bertanya dulu wpun entri menyebut JIKA dan tiada tuduhan. Tetapi menjadikan persoalan dirinya sebagai sebuah entri, agak perit buat dia.. saya rasa.

    Phiewwwwww.. kesat peluh.

    BalasPadam
  2. JIKA tak betul, dibetulkan
    JIKA betul, perbetulkan...

    BalasPadam
  3. nasib baiklah blog aku tak pernah diterjah lagipun tak pernahpun aku buat hal tak elok di alam maya ini melainkan hidup dengan mencari nota2 buat hidangan mata, juga mencari apa yang patut dan yang sesuai dengan jiwa (yang tak elok mohon kepada Tuhan supaya dijauhkan)

    BalasPadam
  4. Salam...
    Sama ada budak tu follow gay blog secara sngaja atau tidak, hak dia. Urusan dia dgn Allah, asalkan tidak lggar undang2 negara. Followers tuan ramai, 3192 orang. Itu belum lg masuk jutaan yg singgah ke blog tuan utk mcari berita terkini dan yg off record.
    Memang tiada tuduhan.. Tetapi dia dah dikaitkan dgn blog gay, mestilah dia rasa aib.dia masih budak mentah...mgkin masih sekolah.jgn pula emosinya terganggu smpai mjejaskan pengajiannya.
    Sy x menyokong mana2 pihak.. ini sekadar pandangan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.