Jumaat, Disember 03, 2010

Tolong Jawab Soalan Ini

Sejak awal pagi semalam, saya berasa amat sedih.

Sedih mengenangkan perlakuan anak bangsa saya, Melayu beragama Islam terjebak dalam kegiatan seks songsang.

Lebih daripada itu mereka berasa terlalu bangga dengan amalan terbabit sekaligus gah memaparkan gambar  mereka melakukan hubungan seks di ratusan blog boleh dicapai sesiapa sekali pun.

Apa sudah terjadi kepada sebilangan lelaki di Malaysia ini?

Saya difahamkan segelintir lelaki gay sanggup berkahwin semata-mata bertujuan mengkaburi mata masyarakat sekeliling agar tidak mengesyaki  kegiatan songsang mereka. Mangsa, wanita dijadikan isteri.  Pernah  seorang isteri  juga guru sekolah menengah menghubungi saya melalui telefon dan meluahkan isi hatinya. 

"Pada awalnya suami kata nak mengajak kawannya datang ke rumah untuk diurut.  I said OK. Lama kelamaan  kegiatan itu menjadi rutin. Setiap hari kawannya datang ke rumah. menghabiskan masa berdua  di dalam bilik tidur. Entah macam mana Allah nak tunjuk, at one time I saw them f**king each other, in my own bedroom! Luluh hati saya Mazidul," keluh wanita terbabit.  

Pastinya.

Lelaki diharapkan menjadi suami dan ayah kepada anak-anaknya, terkulai di dalam pelukan lelaki lain.

Soalan barangkali amat sukar dijawab namun ingin saya ajukan kepada semua pembaca blog ini ...

Bagaimana mungkin lelaki mampu tertarik sesama lelaki? Sehingga bernafsu melakukan hubungan seks?

Jawablah biarpun hanya dengan menaip noktah sekali pun.

27 ulasan:

  1. ntah la mcm mana mereka boleh tertarik dengan jantina yg sama jenis dengan mereka...

    BalasPadam
  2. Susah kalau hati dah suka sesama jenis ni...tak ada ubat..kecuali dia kembali pada ajaran agama..

    BalasPadam
  3. saya memang tak faham dengan lelaki yang bernafsu songsang ini. mereka terang-terangan melawan tabii mereka sebagai lelaki dan menyanggah ayat Al-Quran yang menyatakan Allah menciptakan manusia itu berpasangan. lelaki dan perempuan. binatang juga begitu. rasanya binatang pun tak pernah berlaku songsang. taraf manakah mereka ini?

    BalasPadam
  4. kanak-kanak dan gologan awal remaja dibiarkan sendirian mencari pegertian seksual tanpa bimbingan agama dari golongan dewasa. lalu dengan capaian informasi dihujung jari segalanya mungkin berlaku. kali pertama "terlihat" mungkin rasa jijik, tetapi kalau acap kali??? bisa saja pendirian berubah.

    mungkin ada yang "curious" nak mencuba, kemudian ketagih

    Ya Allah, ya Tuhanku kurniakanlah mereka yang telah terpesong ini dengan taufiq dan hidayah dariMu.

    BalasPadam
  5. dah puas berpikir kenapa harus bernafsu terhadap sesama jenis.. tp x tercapai dek akal yg normal ini..entah macam mana golongan ini berfikir.

    BalasPadam
  6. Salam... tak tergambar di fikiran pun... urmmm.. scary rasa nya... tolonglah.... get some help...

    BalasPadam
  7. bro mazidul, kwn sy yg lembut2 mase sekolah dulu sume da songsang dah.

    kalo hati dari kecik da lembut, kene la dikeraskan. parents takkan tak prasan lansung kelainan anak dorang banding ngan org len.

    maaf kalo ape yg sy ckp ni off topic. sume ni kene selesaikan dr rootnye lagi.

    BalasPadam
  8. Saya pun tak paham lah dengan golongan lelaki macam ni.. minat sesama lelaki.. esshh.. tak paham aku..

    BalasPadam
  9. Kelahiran lelaki begini memang wujud dimana internal mereka bercelaru, pergaulan bebas dan akidah yang lemah menjerumuskan mereka kepada kegilaan ini. Ia sebenarnya adalah penyakit yang mesti diubati ...

    BalasPadam
  10. tak suke tengok gambar org bogel... nampak cam khinzir... hish tak baik cakap gitu kan... susah la mulut nih...

    BalasPadam
  11. Bila hidup bertunjangkan nafsu tidak mengikut landasan agama & norma kehidupan yang sepatutnya ini lah jadiknya..Dengan bangga mereka memperagakan cara hidup sonsang mereka..subhanallah..
    semoga mereka diberi hidayah untuk berubah...

    BalasPadam
  12. Salam ....
    Kalau agama dah tak jadi keutamaan.....
    nafsu lebih diutamekan...
    macam tu le......

    BalasPadam
  13. SEkarang para isteri bukan hanya susah hati kalau suami nya meliar memandang wanita, kami juga terpaksa lebih berhati-hati kalau mata2 sang suami meliar memandang kaum LELAKI.

    BalasPadam
  14. Salam Suadara MAS,

    Saya amat terkejut, sedih dan terlalu risau.
    Tahniah atas usaha saudara, semoga Allah membuka ruang untuk pihak berwajib mengambil tindakan.

    sekadar memberi jawapan kepada persoalan saudara,
    segalanya kembali kepada agama dan hidayah kerana setiap manusia dilahirkan dalam keadaan 'fitrah' telah beriman kepada Allah
    ibu dan bapa yang bertanggung jawab menjadikan anak itu terpesong atau terus berada di jalan yang betul..
    didikan yang betul dengan persekitaran yang sihat mempengaruhi minda anak2 yang semakin membesar...
    bila dah besar...anak2 tadi dah boleh berfikir waras, minda yang sihat akan memilih jalan yang benar dan laluan yang diberikan hidayah berterusan oleh ALLAH.

    Semoga ALLAH lindungi kita semua dari bala' ini...

    BalasPadam
  15. ... bosan dan mual ... meloyakan.. maaf bro.. tak tau nak komen apa.. buntu jadinya..

    BalasPadam
  16. Ada 4 kemungkinan :-

    1) Terpengaruh dengan cara hidup barat.
    2) Dah jemu / biasa sangat dengan tubuh kaum perempuan sampai dah tiada nafsu / langsung tak berselera melihatnya.
    3) Menyampah /rasa leceh dengan kerenah kaum perempuan - suka merajuk, mendesak2 dan membebel
    4) Didikan dan pemantauan ibubapa yang tak kisah cara pergaulan / pembawaan anak2 semasa kecil.

    BalasPadam
  17. encik mazidul,

    sila terjah kegiatan songsang di tasik permaisuri..please!!!

    BalasPadam
  18. terus terang sy katakan, sy ada melayari blog yg dimaksudkan oleh MAS melalui link yg diberi. sekadar utk pengetahuan. itu pun hanya mampu layar pd muka hadapan sahaja. tak sanggup nak selak bahagian selebihnya.

    kebanyakan mereka yg bernafsu songsang ni, berwajah tampan. dan sy tak nafikan juga, kebanyakan mereka ini adalah dr golongan yg mempunyai tahap pendidikan dan mempunyai kerjaya yg agak bagus.

    mereka inilah yg merosakkan institusi rumahtangga dan keluarga. bila mana asasnya tidak kukuh, inilah yg terjadi. dan perkara ini akan berlarutan sehinggalah mereka sedar dan insaf atas kesilapan mereka.

    dan terus terang juga saya katakan, sebagai wanita, saya menjadi takut utk melalui alam rumahtangga. bimbangkan perkara sebeginilah... bimbang bakal suami yg diharap dapat mendidik dan membimbing kita, rupanya adalah seorang gay. bimbang bakal suami yg kita rasakan segak, handsome, macho, maskulin, hakikatnya dia adalah seorang lelaki yg gemar melunaskan nafsunya pd lelaki. oh tidak!!! mohon dijauhkan.

    biarlah sendiri dari terpaksa menghadap lelaki jenis ini...

    BalasPadam
  19. satu sahaja yang perlu diingat...sejarah yang berlaku pada zaman Nabi Luth...

    BalasPadam
  20. bgaimn mmpu trtarik? sy sndiri x thu mcm mn nk jwb, & masih trtanya2.
    agknya dah x blh tahan nafsu. nk 'buat' dgn prmpuan, kena tgkap nnt. kalau lelaki dgn lelaki dduk dlm bilik then 'buat', possibilities nk kena tgkp tu tipis. yelah, kalau dh sejantina, xde sape syak sgt kan.

    BalasPadam
  21. Memalukan kaum adam.Ingatlah kisah Adam dan Hawa.Fikirlah kenapa ALLAH ciptakan Hawa..Taubatlah wahai kaum GAY.Ingatlah dan fikirkan bahawa jika anda terus begini,Bagaimana dengan keturunan anda?Adakah anda dapat melihat generasi yang anda lahirkan??Bende ni memang jijik.Kita bukan Kuda laut,boleh pass baby masuk dalam perut??kita manusia yang ada jantina,kenal erti pasangan sejoli..bukan songsang.Bayangkanlah "Kalau anda memandu kereta,tiba-tiba ada sebuah Kren memandu secara melawan arus dengan kelajuan 180km/j yang menuju tepat ke arah anda.Bagaimana perasaan anda ketika itu??"Inilah yang sedang anda lakukan dan mungkin inilah balasan dunia terhadap anda..

    BalasPadam
  22. TAK DPT BAYANGKAN...
    AMAT MENAKUTKAN JIKA MENGALAMI NASIB MCM CIKGU TUH...DASYHAT PENANGAN ZAMAN SKRG DITAMBAH TEKNOLOGI CANGGIH HANYA DIHUJUNG JARI..DOLU2 RASANYA X PENAH DENGAR BENDE NI KT MESIA...SPEECHLESS...NAUZUBILLAH...

    BalasPadam
  23. kesiannya wife dia. hurmmmmm... terlintas plak nak tanya. mana satu lebih menyakitkan dan meluluhkan hati... caught your husband doing "IT" with another man or another woman?

    BalasPadam
  24. Bila nafsu mengatasi akal fikiran... pendidikan agama diketepikan, dengan iman yang lemah tak mampu mengatasi gelodak nafsu yang membuak. Hanya tunggu bala-bencana yang bakal ditimpakan... Siapa lah kita untuk menghalang bala-bencana yang bakal menimpa sedangkan manusia lain leka membuat maksiat?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.