Majoriti manusia berhasrat dipanjangkan umur tetapi hakikatnya kita tidak akan hidup menongkat dunia.
Di Malaysia, purata hayat lelaki, 70 tahun manakala perempuan, 75 tahun. Dalam erti kata lain, pada usia emas, isteri lazimnya akan ditinggalkan suami tersayang, dia pergi buat selama-lamanya. Maka hidup lah isteri berseorangan atau bersama zuriat dilahirkannya.
Kita semua akur, maut pasti datang cuma detiknya tidak terjangka.
Imbas kembali, sebilangan ahli keluarga dan kenalan karib kita meninggal dunia akibat terbabit kemalangan jalanraya, penyakit kronik atau diakibatkan kejadian tidak terjangka dek akal. Kini tiada lagi mereka di dunia fana ini, hanya kenangan mereka tinggalkan.
Andai kita tahu kematian bakal menjemput pada hari esok, pasti ramai akan menggigil ketakutan. Tiada lagi selera makan, hilang keinginan berfoya-foya malah wang ringgit jua sudah tiada nilainya.
Hanya segelintir barangkali mampu menyahut panggilan malaikat maut secara tenang.
Jika berpeluang menulis wasiat ringkas sebelum menghembuskan nafas terakhir, apakah bakal anda coretkan buat tatapan insan tersayang?
Salam .. pernah nak tulis .. tapi tgh fikir lagi apa benda nak diwasiatkan sedangkan harta tidak setinggi gunung
BalasPadamwasiat saya:
BalasPadam'banyakkan bertaubat dan beribadat, satu hari nanti kamu akan mati macam saya juga'.
pernah..AHAD-30/11/2008 jam9.26pm..harta? xde langsung! maklumla bergantung idup ngan suami..
BalasPadammula2 minta maaf dunia akhirat, halal makan minum selama bersama,..klo No takde harap dapat cari penganti No yang baik budi pekerti, baik akhlaknya dan mampu menjaganya serta anak2 sebaik mungkin atau yang lebih baik dari No..
Salam BRO...
BalasPadamYeah kadang2 seronok gelak, tepuk tampar tetiba tersungkur. Habis. Sapa sangka.
Wasiat? Biasanya wasiat adalah sesuatu yg wajib dilaksanakan..
Saya hanya ingin anak-anak saya mendoakan saya, dan menjalani kehidupan lebih baik dari yang saya lalui..
Wasiat saya, bayarkan hutang-hutang saya, fidyah solat dan puasa saya. Baru bahagikan harta.
BalasPadam"Saya sayang kamu, kamu semua sayangi diri"
BalasPadamSebelum ini secara lisan bersaksikan Ibu & Suami (dgn persetujuannya) saya sudah mewasiatkan agar sekiranya saya koma sehinggalah sakaratul maut menjemput saya tidak kira di usia berapapun, maka kedua-dua permata hati akan dijaga dan dididik oleh Kakak saya. Tiada siapa ahli keluarga di kedua-dua belah pihak perlu terasa hati dgn keputusan muktamad tersebut kerana Kakak telah cukup meyakinkan kami sekeluarga dgn pegangan agama, amalan pemakanan dan lain2 perkara yg berkaitan dgn pendidikan & erti kehidupan.
InsyaAllah perkara ini dan beberapa perkara yg lain akan dihitam-putihkan.
kalau sy laa... aku wasiatkn untuk waris2 aku, al - Quran, hadis2 nabi dan agama islam... tuntutlaa ilmu setinggi gunung... kerana itulah bekalan kita di akhirat kelak... harta pangkat nih semua duniawi semata2, berpada2 laa mencari, krn di akhirat nnti, mereka ni semua akan tuntut hak mereka...
BalasPadampertama sekali tentu wasiat kepada anak-anak saya...
BalasPadam~tunaikan solat kerana semua bermula disini.baik buruk perkara yg kita lakukan semua berkaitan dgn IMAN.insyaALLAH selamat hidup didunia dan diakhirat.
~tolong jaga abah@pak syed dgn sebaik yg mampu kerana dia lah lelaki yg paling baik saya pernah ada selain arwah ayah saya.
dan kepada pak syed pulak...jika ada jodoh yg baik berkahwinlah kerana lelaki perlukan teman berbanding dgn wanita setelah kematian pasangan.namun begitu kasih sayang kpd anak-anak janganlah dilupakan. *boleh gitu*
kepada adik beradik saya...jagalah emak kita dan berilah kasih sayang serta ketenangan di hujung usianya.
adedeh sedih pulak tau bila menulis bab wasiat dan kematian :(
*** saya tahu mereka akan membaca wasiat ini kerana mereka jugak selalu masuk sini jadi silent reader :)
wasiat saye..truskan perjuanganku...
BalasPadampernah terfikir nak buat wasiat yg formal guna amanah raya atau any other wasi provider, tp sampai sekarang hubby asyik beralasan sahaja untuk buat wasiat. Padahal wasiat ni amat dititik beratkan oleh Nabi kita. Tambah pulak saya hanya ada seorg anak perempuan, anything happen to both of us, adakah nasibnya akan terbela??? Harapnya saya berkesempatan untuk meninggalkan wasiat sebelum menutup mata
BalasPadamJangan tinggal SOLAT dan jaga diri baik-baik.
BalasPadamdush...xnah terpikir lak pasal wasiat nih..ehmm...
BalasPadamsaya tulis blog sebagai tinggalan buat yang semua yang saya sayang...
BalasPadamWasiat ringkas saya utk isteri dan anak-anak : doakan abang /ayah sentiasa, sedekah apa jua harta (jika ada) kepada jalan Allah dan jangan tinggal sembahyang buat kamu semua. New Entry "Jika anda seorang Blogger."
BalasPadamsedang mengarang wasiat kepada suami, seandainya AIM pergi dulu.
BalasPadamSelit2 dalam blog :)
Dunia Aku Ibu Muda
mazidul...jom la berfacebook semula....senang kami baca cerita terbaru dari maazidul
BalasPadamBro Dol, Banyak juga wasiat saya tu, surat wasiat dah siap awal-awal hari tu, ada satu makcik tu dia buat service untuk surat wasiat. Dalam surat wasiat tu?- rahsia!
BalasPadamandai sy pergi dlu sblm ahli kluarga yg lain, sy nk adik beradik sy jaga ibu bapa sy dgn baik. tu yg paling pnting. maafkan salah silap sy selama sy hidup, halalkan mkn minum & segala yg tlh diberi pd sy, & juga doakan sy. hrp mereka jaga diri dgn baik..hmm
BalasPadam"Bila abang dah tak nanti...keraplah lawat blog 'Bersama Mazidul' dan tinggalkan komen...dengan cara itu sekurang-kurangnya rakan bloggers akan kenangkan abang dan sedekah al-fatihah..."
BalasPadambro, ur handphone bagi saya. sekian terima kasih.
BalasPadamwasiat saya ialah suruh pengutip utang jumpa abang saya nama mazidul.
errr...byk...tak tertulis di sini!
BalasPadamwasiat hutang la, wasiat err..mcm2 lagi lah.
mazidul ni buat org rasa nak buat wasiat pulak.