Ahad, Disember 05, 2010

'Anu' Bergesel

Tok Mudim, nama amat menggerunkan kepada majoriti kanak-kanak lelaki. Dia digambarkan sebagai lelaki bermisai tebal, berkain pelikat, berbaju Melayu dan memegang pisau tajam di tangan. Kelibatnya sahaja sudah cukup membuatkan ramai kanak-kanak kecut perut. 

Pagi sebelum dikhatankan, kanak-kanak tinggal di kampung lazimnya akan mandi beramai-ramai di sungai. atau parit. Biarpun  ceria pada wajah, hanya tuhan tahu debaran di hati. 

Sewaktu nama dipanggil satu persatu naik ke rumah untuk 'dipotong', pelbagai reaksi dapat disaksikan. Sebilangan kelihatan tenang untuk melangkah ke alam dewasa, sebilangan lagi menangis dan menjerit malah cuba melarikan diri.

Ketika itu sebilangan anak dara kampung berkumpul berhampiran rumah atau di dapur sambil berbisik-bisik.

Apa mereka perkatakan tidak diketahui.

"Kau main mainlah, kalau Tok Mudim tersalah potong, putus semua sekali, tak ada apa tinggal, nak kencing macam mana?," usik golongan dewasa.

Jahat kan gurauan itu?

Namun ada juga antara mereka berusaha menenangkan ...

"Tak sakitlah, cuma macam kena gigit semut sahaja"

Itu dahulu, sekarang jauh perbezaannya. Tugas Tok Mudim diambil alih doktor menggunakan teknologi moden.

Apapun, wajah tetap sugul, debaran tetap ada.


"Masa inject sakit," kata Muhamad Azard Faez, 9 tahun.

Justeru, tangisan tetap menjadi acara rasmi.


Berikut komen Azard selepas dikhatankan pada 28 November lalu.

"Potong pakai laser, tak ada rasa apapun, sekejap sangat"

Gambar ini dirakamkan selepas dia dikhatankan.


Zaman dahulu, kanak-kanak terpaksa menunggu beberapa minggu untuk sembuh. Kesan luka terpaksa dibersihkan setiap hari dan mereka dijaga rapi bak wanita pantang selepas bersalin. 

Pergerakan pula terbatas.

"Jangan berjalan sangat, nanti bentan, bengkak, susah," pesan orang tua.

Jika berjalan, hujung kain pelikat terpaksa dipegang dengan tangan dan sewaktu tidur hujung sama digantung menggunakan tali di ikat ke dinding rumah.

Seksa.

Kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Lihat gambar Azard pada hari ke-5 selepas dikhatankan.


Seluar besar milik abangnya, dipakai bertujuan menggelakkan 'anu' nya daripada bergesel.


Apapun, samada dahulu atau kini, berkhatan tetap dianggap satu daripada peristiwa besar dalam kehidupan lelaki selain akad nikah dan menyaksikan kelahiran anak pertama.

13 ulasan:

  1. zaman dok kampung dulu..aruah tok wan ada pesan..jgn langkah taik ayam..nanti bentan..hehehehhehhehe..

    BalasPadam
  2. khatan pakai mudim dulu rasa sejuk ~
    kene sembur ngn ubat die

    BalasPadam
  3. berkhatan dengan tok mudim merupakan kenangan yang tak akan dilupakan...bahkan pengalaman yang tak boleh dibeli walaupun sejuta ringgit sekali pun...

    BalasPadam
  4. Tahniah Azard... Selamat melangkah ke alam remaja. :)

    BalasPadam
  5. org tua2 siap pesan,anak lelaki lom sunat jgn makan pedal ayam,nnt liat..pastu bila dah dah khatankan,mak pesan lg,org pompuan jgn tgk,nnt lambat baik..waaa..ada betul ke tu..?
    akak ngikut aje.

    alhamdulillah keempat2 anak lelaki akak takde masalah..ada yg dah nak jd suami org pun.

    BalasPadam
  6. Masa kecil-kecil dulu, ada orang cakap khatam di klinik cepat 'mati' awal. Sebab ubat bius boleh menyebabkan 'pendek umur'. Betul ke?

    BalasPadam
  7. teringat masa adik berkhatan dulu2.... mak nak tengok tak kasi.. sebab dia dah besar mana boleh pompuan tengok hihihi

    Bro.. ANGKAT nikah tu camno, angkat kemana tuh hehehe.. typo kut

    BalasPadam
  8. Saya ada 3 orang anak lelaki (6 thn, 3th, 3bln)..bila baca N3 ni, saya plak yang berdebar2... Camner yer nanti bila tiba time diorg?...

    BalasPadam
  9. Salam
    anak zaman kini bekhatan kejap je baik..kalau dulu..siannyer.

    BalasPadam
  10. Tahniah Muhamad Azard Faez...!

    BRO, selain itu pasti ada lagi kot.... :)

    BalasPadam
  11. time bkhatan la mak layan baik punya! makan sedap..!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.