Jumaat, Disember 17, 2010

Tet! (Updated)

Kepada blogger akan ke Ice Room pada Sabtu, 18 Disember, jam 9 malam, sila sahkan kehadiran anda di ruang komen tampalan ini sekali lagi.

Berikut bloggers sudi datang:

1. Kak Cik seroja
2. Azieazah
3. Badut
4. Lord Zara
5. Gapisman
6. Enul Wani
7.Eri-Chan dan kawan (Hak mana satu?)
8. Acu
9. Jard The Great
10. The Red Rambutan
11. Akuzie dan famili
12.Azrul
13. JMR
14. Mia
15. Zaini Zaa
16. Jinkamen
17. Ondscene 
18. AzMask dan Adam

Sila bawa laptop ke premis terbabit, sambil menjamu selera, barangkali kita semua berpeluang berbincang mengenai kaedah untuk mempertingkatkan kualiti blog.

Jangan lupa membawa kamera digital untuk merakamkan gambar bakal dimuat naik ke blog.

... Ice Room terletak di hadapan GIANT Kota Damansara.

Tet! 

Gunakan sticker, tulis nama anda dan tampalkan di baju bertujuan memudahkan rakan lain mengenali kita. Secara jujurnya, biar saya coretkan di sini, tujuan utama pertemuan nanti, mengeratkan perhubungan sesama kita sambil bertukar-tukar pandangan berhubung blogging. Pinta saya, usah berasa malu berkongsi ilmu, setiap kita memiliki kreativiti dan kelebihan tanpa mengira usia dan latar belakang kerjaya.

Terkini, blog ini mempunyai lebih 3,000 folowers dan saya percaya turut dibaca warga Malaysia kini bermastautin di luar negara.

Hakikatnya saya tidak pernah bersua muka dengan majoriti pembaca blog ini namun percaya sebilangan anda tidak jemu memberikan sokongan padu, berkunjung ke sini biarpun kita tidak kenal secara peribadi.

Teringat saya antara kenyataan wartawan pernah bertugas bersama saya menjayakan program 360, Harris Farok Alex ...

"Kalau nak kenal Mazidul, baca blog dia"

Saya akui kenyataan itu ada kebenarannya. Pelbagai pengalaman saya kongsikan bersama pembaca dan pastinya setiap patah perkataan dicatatkan di sini datang dari hati.

Soalan saya, bagaimana anda 'kenal' blog ini?

Jawaban ikhlas pembaca amat saya hargai.

23 ulasan:

  1. Salam bro Mazidul,

    Saya dari Subang Jaya lebih kurang 10 minit akan sampai ke Kota Damansara. Yes! I will be there!

    BalasPadam
  2. Selamat bertemu ngan rakan blogger. Akak belum ada berkesempatan lagi. Mesti teruja, dapat berjumpakan, sebelum ni berhubungan melalaui blog. Apa-apa pun, akak mengucap berbanyak terima kasih, kerana link blog akak yg Mazidul letak, membuat ramai pembaca baru, menerjah blog akak. Lain kali, kita berjumpa ye.

    BalasPadam
  3. Kakcik akan datang nanti bersama Azieazah. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  4. Terima kasih enMAS kerana menghargai kami..

    No kenal blog enMAS ni melalui blogger2 lain dlm bloglist mrk..pertama kali membuka terus tertarik tuk jd pembaca setia..dan setiap kali No baca, No akan membayangkan gaya bahasa semasa enMAS mengacarakan sesuatu program hehe..maknanya bukan No 'baca' tapi No bayangkan enMAS yang memberi penerangan cam lam tb tu..

    Tahniah sekali lagi dr No..semoga ada rezeki kita berjumpa di Labuan..

    BalasPadam
  5. saya dah lama jadi peminat senyap blog dan tuan tanahnya.. terima kasih juga atas jemputan di atas, teringin sangat untuk turut serta namun jarak dan waktu belum mengizinkan

    ingin turut serta berkenal mesra dengan rakan maya yang lain, insyaallah ada rezeki di lain masa

    BalasPadam
  6. Selepas pertemuan blogger di Taman Rimba Commonwelth bln Mac lalu, saya sentiasa ternanti-nanti bilalah pertemuan kedua yg akan En. Mazidul anjurkan untuk bertemu lagi dgn rakan2 bloggers.

    Tetapi sayangnya, bila tengok tarikh & masa pertemuan kali ini saya terpaksa meminta maaf kerana tidak dapat turut serta. Sebelah siang ada sedikit urusan bisnes manakala sebelah malam seperti biasa akan menziarahi Ibu Mertua.

    Tetapi percayalah saya bagaikan setiap hari dapat 'bertemu-berinteraksi-berkongsi buah fikiran-berkongsi gembira, sedih & risau-mendapat idea-mencurah rasa' dgn En. Mazidul di laman blog ini.

    Semuanya bermula dari program 360, lantas saya mencari nama di Google lantas menemukan saya dgn blog ini.

    TERUSKAN...!

    BalasPadam
  7. kenapa tak buat kt ice room bangi...dekat skit..hehe..apa2 pun ada keinginan nak pergi..

    BalasPadam
  8. slm en. Mazidul :)
    pertama kali menerjah blog en Mazidul dr blog sahabat saya. sejak tu 'jatuh chenta' hehehe.. tringin ke gathering.. tp.. mr habibi saya xtau kan saya blogger bwh selimut.. insya Allah satu hr nnti ye.

    p/s blog ni juge menemukan saya dgn kakciknurseroja :)

    BalasPadam
  9. InsyaALLAH akan datang.
    Moga tidak tersesat dari Sungai Buloh nanti.
    =______=

    BalasPadam
  10. salam en. mazidul... sy mengesahkn kehadiran sy... di ice room kota damansara... mlm minggu n. Kita Jumpa di sane ek...

    BalasPadam
  11. memandangkan kak azieazah pergi dengan kakcik seroja maka nya acu ke sana seorang diri malam esok....insyaAllah jumpa di sana mlm esok

    BalasPadam
  12. Pertemuan Blogger : Jauh benar nak datang nya

    BalasPadam
  13. wahhh...kalo le de yg sudi amek diriku d umah...huhuhu...sedey ni..xde transport nk g..

    jujurnye saye da x ingt mne dapat link blog ni..tpi memula dapat trus le ltak kt "list blog idol"..leh kate tetiap ari jugek dok wat lawatan kt cni sambil membace..nk tempek komen x sempat..so usha tajuk n coretan yg rase berkenan utk d bace :)

    BalasPadam
  14. saya 'kenal' blog ni melalui rakan saya...and i think this blog is honest..congrate!

    BalasPadam
  15. salam bang Mazidul,

    saya confirm datang nanti... :)

    BalasPadam
  16. Salam Abg Mazidul,

    Sy silent reader..selalu singgah di blog ni.. sy kenal blog abg dari blog kwn2 blogger juga...

    BalasPadam
  17. salam,
    saya akan dtg. if teman saya zcat tu kena kerja lebih masa..saya bawak kawan lain. boleh ke?
    saya kenal blog ni melalui bapak gegula-hazrey..hehe..tiap2 hari saya baca..dah mcm keperluan pulak.

    BalasPadam
  18. salam abang mazidul..

    saya akan datang bersama anak saya adam :)

    BalasPadam
  19. Salam bro,

    saya minta maaf x dapat join bersama...coz nak berdating privacy sempena aniversary... haha... InsyaAllah dilain masa dan kesempatan boleh berjumpa...

    Saya kenal blog bro sejak awal ditubuhkan... dan terus link diblog saya... terdengar bro promote di akhir salah satu rancangan ini... 999 atau 360(maaf kurang pasti, tapi awal2 tue je... pastu dah tak promote)

    P/S: Jutaan terima kasih kerana link blog saya yg tak seberapa... terharu...

    BalasPadam
  20. Saya mungkin akan agak terlewat kerana jiran sebelah ada kenduri doa selamat. Insya Allah saya akan hadir, ingin sangat nak jumpa Bro. Mazidul dan blogger Azieazah dan Kak Cik

    BalasPadam
  21. Wah... nama kakcik di atas sekali tu... hehehe... Kalau nama kat tempat pertama ada hadiah tak??? (kakcik gurau2 je...) :)

    BalasPadam
  22. sy sahkan kehadiran. insyaAllah. hehe. kenal blog neh dari mana ek? tak ingat. mungkin dari bloglist cik zara kot

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.