Lelaki di atas tiada kena mengena dengan iklan 'Wanted dead or alive'.
Ha! Ha! Ha!
Dia Emri, berusia 31 tahun, berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan tidak pernah terbabit dalam kes jenayah di negara ini.
"Boleh ke?," soal saya.
"Boleh bang, no problem. Abang nak voucher berapa banyak?," soalnya kembali.
"Lima cukup," balas saya.
Ya! Voucher makan tengahari untuk 5 orang PERCUMA ditaja pemilik gerai Bawal Power, Emri, khas untuk pembaca blog ini. Gerai miliknya terletak di Tanjung Village food Court, Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, dibuka di antara jam 12.30 tengahari dan 12.30 malam.
Selain ikan bawal digoreng rangup, ikan keli, sotong dan ayam turut dihidangkan kepada pelanggan dengan harga di antara RM6 dan RM10 bagi setiap menu berasingan.
"Kita memang hidangkan dalam big portion. Biar pelanggan berpuas hati dengan juadah kita," tambah Emri.
Saya mengenali Emri sejak 2 tahun lalu ketika dia menjadi jiran di Seksyen 11, Kota Damansara. Hemat saya, dia insan amat gigih menjalankan pernigaan dan tidak mengenal erti putus asa.
Bawal Power kini mempunyai cawangan kedua di Up Town, Damansara Utama, Petaling Jaya, premis terbabit beroperasi di antara jam 5 petang dan 3 pagi.
Ok, let's get back to business.
Blogger terpilih dan menetap di Lembah Klang boleh membawa 4 ahli keluarga atau rakan untuk menjamu selera secara percuma di Bawal Power Dataran Sunway.
Bagaimana caranya?
Pergi ke pasar, cari ikan bawal dan rakamkan gambar anda sedang memegang ikan terbabit secara KREATIF dan hantarkan gambar dirakam ke emel saya mazidulakmal@yahoo.com. Sila sertakan nama penuh dan nombor telefon bimbit bertujuan memudahkan saya menghubungi anda.
Pemilik gambar terpilih akan menerima hadiah 5 vouchers makan percuma! Penyertaan ditutup pada 17 Disember 2010.
Keputusan saya, muktamad dan tiada rayuan boleh dikemukakan.
Namun kepada pembaca berhasrat menjamu selera di Bawal Power dan ingin membuat tempahan awal, sila hubungi Emri di talian 013 4664 566.
nanti bila ke KL...boleh try test tengok kesedapan masakan di situ....
BalasPadamBawal hitam atau putih pun tak kisah, kan BRO? hehehehe
BalasPadamHarap-harap tiada pula yang bergambar dgn seseorang yang menggunakan gelaran nick BAWAL. hehehe (btw, saya memang ada sorang sahabt bernama BAWAL – tokey Butik Bawal).
Kalu saya bergambar dgn dia, gerenti tak perlu voucher lagi, saya lak kena belanja dia.. hhehehe
wah bab makan saya sgt suker..;)
BalasPadamwaaah..bestnyee..tp sayang No duk jauh..mmmm agaknye sape la blogger bertuah tu ye?...
BalasPadamOtak macm ni yang kita nak cari..he he.Syabas en marzidul dan en emri
BalasPadamBRO MAZ, seeloknya tarikh nak pegi makan tu ditentukan serentak, baru best makan reramai. Pastu kalu ada blogger lain nak join (tanpa voucher) pun leh tumpang semeja meriahkan (bayor sendirik). amacam?
BalasPadamops! Macam idea nak tumpang sekaki jer nihhh...
wajiblah ke pasar tani shah alam ahad ni! yeah!
BalasPadammacam sedap je ikan bawal tu ... lapar nampak gambar tu.
BalasPadamBRO, I tolong promote jer... sebab I tau, I bleh dapat 5 ekor Bawal goreng tu nanti.. hahahaha!
BalasPadamBaru publish:
http://azieazah-aa.blogspot.com/2010/12/bawal-bukan-sebarang-bawal.html
bergambar dengan tudung bawal boleh? hehe nak kena bergambar dengan ikan bawal kat pasar ke yang dh masak? hehe. kelako..takpe2 nanti nk g try mkn bawal di sinun. hamboi siap wat peraduan bagai.
BalasPadamWahhh bawal power nie cam syok je.. saya nak pergi ikut Abg Mazidul! =D esok saya tangkap gambo ikan Bawal ye.. =D
BalasPadamyours
SH
wahhhhh macam best jerr..tapi sayang saya tak duduk kat area sana laa..hehehehe..satu lagi langkah perubahan kat blog nie..bagus.. :)
BalasPadamsaya di seremban, maka x berpeluang nk ikut serta..huhu..tp xpe...ade rezki sy akan ke kedai beliau!
BalasPadam~cikgu suzana~
as salam,
BalasPadamwah.. khas uk or Kay El je ke?
tak apalah...
BalasPadamsaya goreng sendirilah bawal tu..
jauh sangat..
bukan rezeki saya. Jauh benar
BalasPadambukan bawal je power, emri tu pun power bang. dia power main drum bang. keh keh keh..
BalasPadamNampak sedap jer ikan bawal ni..
BalasPadamBeruntung betul pemilik restauren ini apabila kedainya berserta dengan hidangan ikan bawal goreng sedap terpapar di blog saudara Mazidul..
Lepas ni tentu berduyun-duyun pelanggan datang ke gerai makan bawal power. Insya Allah..
Inilah yang dinamakan rezeki yang datang dengan izin Allah..
Ada 5 vouchers percuma lagi sehingga 17 Disember 2010.. Nampak gayanya tinggal 5 hari sahaja lagi..
Kalau kedai makan bawal power ini berada dekat Mukah sarawak (tempat saya berkhidmat sekarang ni) tentu saya akan turut mengambil bahagian untuk mendapatkan vouchers tersebut..
wahhh ada giveaway plak yerr.. best tuh dapat makan ikan bawal goreng rangup.. bila plak ler nak kepasar niiii...
BalasPadam